Jumaat, 26 Julai 2013

Addin

Addin


Strategi BN Untuk Hapuskan Pakatan Rakyat Tersebar

Posted: 26 Jul 2013 09:48 AM PDT


Apakah tindakan di bawah ini strategi pihak tertentu untuk mematikan Pakatan Rakyat???

1. Cubaan mengharamkan DAP menerusi manipulasi berita pemilihan parti itu tahun lalu.

2. Memainkan isu Syiah bertujuan mengaitkan PAS dan berpotensi parti Islam itu diharamkan. Ia strategi sama ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir cuba mengharamkan nama Islam dalam pertubuhan suatu ketika dahulu.

3. Cubaan memenjarakan Ketua Umum Parti keADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kes Fitnah 2 pada 1 Ogos ini, beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri.

Nota : Namun mereka lupa, Allah sentiasa bersama golongan yang benar

~fb era pakatan



Iklan C (ii)


KJ Bidas BAM

Posted: 26 Jul 2013 07:32 AM PDT


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegur sikap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak memandang serius mengenai etika pemakaian ketika menghantar skuad badminton negara berlepas ke Hong Kong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Menurut Khairy, situasi itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pemakaian uniform itu penting kerana ia melambangkan imej Malaysia semasa beraksi di luar negara.

"Nampak perkara kecil tapi BAM tak patut hantar pasukan kita ke luar negara tanpa beruniform sukan nasional.

"Bab baju, blazer dan tali leher, itu gaya FAM,"kata Khairy menerusi laman Mikro Twitternya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melihat etika pemakaian pemain badminton negara yang tidak memakai pakaian uniform rasmi kebangsaan ketika berlepas berlepas ke Hong Kong di KLIA, semalam.

Semalam, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai 29 pemain Malaysia ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos. ~sinar harian



Iklan C (ii)


Berita Gembira Ni Mungkin Tak Di Siarkan Di Media Pro Umno..

Posted: 26 Jul 2013 07:15 AM PDT

GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan."Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.

"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. ~sinar harian


Iklan C (ii)


Kit Siang Yakin RoS Akan Batalkan Pendaftaran DAP

Posted: 26 Jul 2013 03:18 AM PDT

Lim Kit Siang (gambar) menjangkakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) sedang bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut penasihat DAP itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman badan itu tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru.

"Ia merupakan satu tindakan yang sama sekali tidak betul, tidak adil dan tidak profesional malah secara tidak langsung mencalarkan intergriti badan tersebut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim turut mempersoalkan bagaimana Abdul Rahman boleh memberi komen begitu sedangkan belum ada kesahihan yang dibuat mengenai isu pemilihan itu.

"Kami malah tidak melayan 29 permohonan untuk menubuhkan parti baru yang dikemukakan sejak lima tahun lalu," kata Abdul Rahman seperti dipetik dari akhbar milik MCA The Star.

Abdul Rahman dalam laporan itu diminta mengulas mengenai usaha anggota DAP untuk membentuk parti parti sekiranya pembatalan parti tersebut tidak dapat dielakkan.

"Bukankah ia menunjukkan Dia (Abdul Rahman) lebih percaya pada propaganda Umno / BN atau pengikut mereka seolah apa yang dikatakan mereka merupakan satu fakta betul walhal ia tidak berasas sama sekali," soal Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Laporan berkenaan mengaitkan perkara itu dengan isu pemilihan parti itu pada Disember lalu.

Tegasnya, DAP tidak akan memberi muka kepada mana-mana pihak yang didapati cuba mencalarkan nama baik parti tersebut.

Abdul Rahman dalam laporan itu memberi peringatan kepada anggota DAP supaya tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan itu bertindak membatalkan pendaftaran parti baru.

Abdul Rahman berkata mereka mungkin tidak akan memenuhi permintaan untuk menubuhkan parti baru. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


NGO Antarabangsa Sahkan Umno BN Salah Guna Undang-Undang Pilihanraya

Posted: 26 Jul 2013 02:37 AM PDT

Pertubuhan hak asasi manusia serantau, Asian Forum for Human Rights and Development (Forum Asia) yang dalam misi pencarian fakta hari ini mendedahkan penemuan awal mereka mendapati kerajaan Malaysia menyalahguna tiga undang-undang iaitu Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, dan Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar (PPPA) 1984 ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Wakilnya, Kishali Pinto-Jayawardena berkata, kerajaan Malaysia menggunakan beberapa undang-undang yang terlalu teknikal dan sukar difahami untuk menghukum dan mendakwa individu secara terpilih.

"Kami melahirkan kebimbangan terhadap bentuk undang-undang yang bermasalah ini kerana ia memberikan kuasa kepada kerajaan Malaysia untuk menjalankan pendakwaan dan hukuman secara terpilih ke atas individu tertentu.

"Janji kerajaan Malaysia untuk menjalankan reformasi tidak selari dengan pelaksanaan mereka," kata aktivis kanan daripada Sri Lanka itu dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pagi ini.

Penemuan awal kumpulan itu mendapati kerajaan Malaysia telah menggunakan Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Kanun Keseksaan dan juga Akta Percetakan dan Penerbitan Akhbar (PPPA) 1984 bertujuan menekan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka.

"Pihak berkuasa Malaysia menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menekan hak bersuara pada PRU13.

"Tangkapan ke atas aktivis dan pemimpin pembangkang berterusan terutama selepas pendedahan meragukan dalam proses pilihan raya," kata Joses Kuan, yang juga salah seorang wakil daripada kumpulan itu.

Tindakan itu dilihat sama sekali mencabuli hak berhimpun dan kebebasan bersuara yang dijamin ke atas semua rakyat Malaysia, kata Profesor Undang-Undang Universiti Kebangsaan Seoul Kyong-Whan Ahn. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Tony Pua Dedah Stigma Masyarakat Luar Bandar Punca Kekalahan PAS Di Kuala Besut

Posted: 25 Jul 2013 08:49 PM PDT

Penolakan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di luar bandar adalah kerana sering diuar-uarkan apabila gabungan pembangkang itu memerintah maka Lim Kit Siang akan dilantik menjadi Perdana Menteri (PM), kata Tony Pua (gambar).

Mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, beliau berkata, penduduk luar bandar mengetahui kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah, terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dan mengutamakan kepentingan krooni, tetapi masih memilih mereka kerana sentimen Lim bakal menjadi PM sering dimainkan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu menjelaskan sentimen atau ketakutan orang Melayu akan kehilangan kuasa harus diperbetulkan dan perlu dijadikan agenda utama sekiranya PR ingin menakluk Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kelak.

"Dapat kita lihat transformasi yang dilakukan oleh orang Cina dengan menolak BN pada PRU13 lalu dan ketakutan mereka terhadap sentimen perkauman yang pernah dimainkan suatu masa dahulu hilang.

"Jika suatu masa dahulu penduduk Cina di Johor sering dimomokkan jika pembangkang menang, orang Melayu akan keluar dengan parang bunuh orang Cina. Namun selepas PRU13 terbukti ketakutan itu tidak lagi menjadi isu," jelas Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam satu ucapan di majlis berbuka puasa yang diadakan di Ibu Pejabat DAP semalam.

Beliau berkata, BN konsisten menyerang DAP dalam PR tanpa mengambil kira parti lain yang turut bergabung dalam PR seperti PAS dan PKR bagi memastikan kelangsungan pemerintahan.

Pua memberi contoh dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini meskipun majoriti pengundi di sana adalah orang Melayu, namun isu yang ditimbulkan ialah DAP mahu mewujudkan sebuah negara residen dan melantik Kit Siang sebagai PM.

"Isu pokok sebenarnya adalah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri mengakui secara terbuka beliau mengamalkan kronisme daripada segi projek kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan pengagihan tanah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di Terengganu dengan mendapat lokasi tanah yang baik di tepi pantai secara percuma kononnya atas sumbangan Adun BN. Orang lain tiada sumbangan ke?"katanya yang mempertikaikan pengamalan kronisme oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isu pemilikan tanah adalah bahan yang sering diketengahkan oleh PAS semasa kempen PRK Kuala Besut tempoh hari.

PAS sebelum ini membangkitkan isu tanah di Kuala Besut antaranya termasuk unit pengsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh yang mereka dakwa dirampas oleh BN daripada penduduk.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan pemimpin BN, malah menganggap PAS sudah kehabisan idea, apabila terpaksa mengitar semula idea lama bagi menarik pengundi di Kuala Besut.

Selain itu, PAS turut mempersoalkan pemberian tanah kepada empat Adun Terengganu malah turut mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut BN menarik balik tanah berkenaan.

Ahmad Said bagaimanapun menegaskan tidak akan menarik balik tanah itu kerana ia bagi menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat. Beliau berkata, wakil rakyat berhak memohon dan memiliki tanah seperti anak negeri lain.

Sejak mengambil alih jawatan sebagai menteri besar pada 2008, Ahmad Said menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian di negeri berkenaan.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan calon BN Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menang dalam PRK pertama selepas pilihan raya umum 5 Mei sekaligus memunahkan harapan PAS yang mahukan DUN Terengganu tergantung dengan 16:16. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Punca Sebenar Bilik Persalinan Jadi Kantin Tersebar

Posted: 25 Jul 2013 07:46 PM PDT


Penggunaan bilik persalinan sebagai ruang tambahan kepada kantin di SK Seri Pristana dijangka menjadi perancangan tetap, kata seorang ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Mejar Hardeep Singh memberitahu The Malaysian Insider bahawa sekolah yang beroperasi sejak empat tahun lalu itu tidak dapat menampung populasi murid dan membuat keputusan mengambil tindakan berkenaan pada Mac lalu menerusi mesyuarat agung tahunan PIBG.

Ketika ditanya sama ada bilik persalinan itu akan menjadi tempat kekal untuk tambahan kepada kantin, Hardeep berkata:"Ya."

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff tahu perancangan itu dilaksanakan sejak Mac apabila murid diarahkan untuk menggunakan bilik persalinan itu untuk makan pada waktu rehat.

"Pada waktu itu, kantin belum ditutup untuk ubah suai. Ia masih dibuka," katanya.

Kini difahamkan bahawa `ubah suai' itu hanya membabitkan pertukaran pintu kayu kepada pintu kaca menuju ke ruang makan guru.

Difahamkan juga bahawa kantin ditutup sejak awal bulan puasa dan kerja mengganti pintu bermula pada 17 Julai dan siap seminggu selepas itu.

Keputusan untuk membuka bilik persalinan itu dibuat oleh Guru Besar, Mohamad Nasir Mohd Noor dalam mesyuarat PIBG itu.

"Beliau memberi masa kepada ibu bapa untuk mempertimbang perkara itu dan apabila tiada sesiapa membantah cadangan itu, sekolah meneruskannya dan membuka bilik persalinan," katanya.

Hussein memberitahu The Malaysian Insider, beliau sudah tentu akan memberitahu sekolah supaya jangan membuka bilik persalinan itu untuk dijadikan kantin serta merta, jika ada ibu bapa yang tampil membantah cadangan itu.

"Semua murid, termasuk kanak-kanak Islam sudah menggunakan bilik persalinan itu ketika waktu rehat sebelum bulan puasa lagi.

"Apabila Ramadan bermula, bilik persalinan itu terus digunakan oleh murid bukan Islam," katanya.

Hussein menegaskan bahawa sekolah tidak berniat jahat atau diskriminasi dalam isu itu hingga menyebabkan sekolah berkenaan dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, PIBG tidak diberikan masa yang mencukupi untuk memberi reaksi terhadap perkara itu apabila ia ditimbulkan secara besar-besaran oleh ibu bapa.

"Jika ibu bapa datang kepada kami menyuarakan kebimbangan dan keprihatinan mereka terhadap isu itu, saya dengan kadar segera untuk menghentikan rancangan menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin.

"Sebaliknya, yang berlaku ialah ia tersebar di media sosial dan isu itu kini bagi sesetengah orang sudah menjadi perkauman," katanya.

Rabu lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan melawat sekolah itu dan mendakwa isu itu kini selesai selepas pihak berkuasa sekolah memberi penjelasan kepadanya.

Beliau mendakwa, perkara itu tidak ada kaitan dengan bangsa atau agama dan memberi peruntukan RM10,000 kepada sekolah untuk mengubahsuai kantin.

Beliau juga mengarahkan bilik persalinan itu ditutup dan tidak lagi digunakan sebagai kantin pada masa depan. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: