Khamis, 25 Julai 2013

Addin

Addin


Pengadu Kes Makan Di Bilik Persalinan Sembunyikan Diri?

Posted: 25 Jul 2013 09:15 AM PDT


Selepas heboh satu negara berhubung kontroversi murid bukan Islam makan di bilik mandi, akhirnya Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya hari ini. Murid dilihat duduk di kantin, menjamu makanan semasa rehat tengah hari tadi.

Sebelum ini, pihak sekolah mendakwa murid bukan Islam disuruh makan di bilik mandi oleh kerana kantin ditutup untuk pengubahsuaian. "Kantin bilik mandi" di sekolah itu juga sudah ditutup dan meja dan kerusi dialihkan.

Seorang bapa, Mejar Hardeep Singh berkata guru memberitahu murid mereka boleh menggunakan kantin hari ini. "Saya cuba semak dan mendapati bilik mandi itu sudah ditutup dan meja dan kerusi dibawa keluar."

Menurut Hardeep, apa yang terjadi tidak sepatutnya berlaku dan berharap ini memberikan pengajaran kepada pihak sekolah.

"Apa yang penting, insiden tidak diingini seperti ini tidak menjejaskan nilai yang rakyat Malaysia kongsi, terutama di sekolah murid diajar nilai kolektif," katanya.

Seorang lagi keluarga yang tidak mahu dikenali berkata, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan anak perempuannya dari sekolah itu.

"Melihat cara bagaimana sekolah menguruskan perkara ini dan cara ia tersebar di Facebook, saya tidak mahu anak perempuan saya bersekolah di sini lagi," kata wanita yang baru selesai urusan dokumen pemindahan sekolah anaknya.

Pada jam 2.15 petang, beberapa wanita dilihat membersihkan meja di kantin.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Hussein Mohd Arif berkata, beliau gembira perkara itu berjaya diselesaikan selepas sekolah diberikan tekanan hebat. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


SPR Berkokok Lebih Bising Daripada Ahli Politik - Rafizi Ramli

Posted: 25 Jul 2013 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan beliau telah mengulangi pendedahan mengenai pembekal dakwat kekal dan kaitannya dengan pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di luar dewan rakyat.

Rafizi mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof yang mencabarnya membuat pendedahan di luar parlimen sekiranya 'beliau anak jantan'.

Menurut Rafizi, kenyataan dibuat di luar dewan sebelum ini mencukupi untuk pengerusi SPR dan timbalannya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Tidak timbul soal mengikut kehendak kedua-dua mereka yang cuba mengelak dari persoalan sebenar dengan menimbulkan perkara cabar-mencabar, "siapa lebih anak jantan" seperti yang dimainkan sekarang," ujarnya,.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, isu cabaran tersebut membayangkan sikap berat sebelah pengerusi SPR dan timbalannya.

"Malah, perkataan-perkataan yang digunakan seperti "anak jantan", "menipu" dan lain-lain tidak menunjukkan sikap profesional mereka yang kini berkokok lebih bising dari ahli-ahli politik," tegas beliau.

Tegasnya, isu sebenar adalah kegagalan mereka mengendalikan pilihan raya dengan adil, bebas dan telus terutamanya mengenai pelaksanaan dakwat kekal.

"Apabila diselidiki, didapati ia berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain," katanya.

Rafizi turut mempersoalkan mengapa syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihan raya termasuk dakwat kekal.

"Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihan raya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? ," soalnya.




Ini Penjelasan ADUN Kuala Besut Berkenaan Insiden Tunjuk Kertas Undi

Posted: 25 Jul 2013 06:30 AM PDT

KUALA BESUT - Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurugambar.

Tengku Zaihan, 37, berkata, beliau tiada niat untuk menunjukkan kertas undi itu disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam.

"Maklumlah saya ni tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itulah menyebabkan tindakan saya jadi spontan.

"Semasa nak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respons," katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pihak pembangkang kononnya beliau telah melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurugambar pada hari mengundi semalam.

Pada PRK Dun Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi setelah Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan Dun
Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh Pas mengenai 16:16 Terengganu Baru.

"Saya bukanlah penyelamat tetapi pengundi Kuala Besut yang sebenarnya memainkan peranan utama dalam menentukan kemenangan BN dan meneruskan kesinambungan BN memastikan penduduk sini mendapat pembangunan berterusan.

"Selain daripada sokongan setempat, saya lihat pengundi muda mula beri sokongan kepada BN... mungkin juga ia ada kaitan dengan faktor calon muda diketengahkan BN," katanya.

Terdahulu, Tengku Zaihan memulakan tugas hari pertamanya sebagai wakil rakyat dengan bertemu penduduk di sekitar kawasan itu seawal pukul 10 pagi.

Beliau bermula dengan mengunjungi bapanya, Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah, 74, di Kampung Gertak Seratus untuk memohon restu sebelum memulakan
tugas pertamanya.

Tengku Zaihan yang ditemani isteri, Siti Salbiah Osman, 34, turut bertemu golongan peniaga di Pasar Tani Kuala Besut kira-kira 30 minit sebelum melawat rumah penyokong BN yang meninggal dunia pagi tadi akibat penyakit lelah sejak lapan tahun lalu di Kampung Kayu Kelat di sini.

Dalam pada itu, Tengku Zaihan turut menambah, sebagai permulaan beliau akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan melihat kembali perancangan yang telah dibuat oleh wakil rakyat terdahulu.

Sementara itu, Tengku Zaihan turut mengakui skop tanggungjawabnya kini lebih luas berbanding pekerjaannya sebelum ini yang juga harus turun bertemu rakyat. ~bernama

Addin:

Undang-undang dibuat bukan untuk Umno tapi selain daripada Umno..





Iklan C (ii)


Ibu Beragama Hindu Menang Kes Tentukan Agama Anak Lepas Suami Peluk Islam

Posted: 25 Jul 2013 05:16 AM PDT

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membenarkan permohonan seorang guru tadika, M Indira Gandhi untuk membatalkan tiga sijil pendaftaran kelahiran anaknya yang diperolehi bekas suaminya selepas lelaki itu menukar agama semua anak mereka kepada Islam.

Suruhanjaya Kehakiman Lee Swee Seng dalam keputusannya berkata, bapa kepada anak itu berhak menukar agama tetapi beliau tidak boleh mengambil hak anak dan ibu berkenaan terhadap kebebasan agama. Lee turut memerintahkan kedua-dua ibu bapa perlu mempunyai hak untuk memutuskan pertukaran agama anak mereka. 

Lee membenarkan permohonan kehakiman Indira tanpa perintah kos.

Indira memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2009 untuk membatalkan ketiga-tiga sijil yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak, selepas suaminya ketika itu, K Patmanathan menukarkan agama mereka tanpa pengetahuan Indira.

Patmanathan memeluk Islam pada Mac 2009 dan kini dikenali sebagai Mohd Ridzuan Abdullah. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Berita Menggemparkan Buat Rakyat Malaysia..

Posted: 25 Jul 2013 04:03 AM PDT


SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini.

Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Penyebaran apa-apa ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan, penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Walaupun penegasan itu telah dibuat dan terdapat beberapa negeri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram, tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat banyak laman-laman web dan sosial mengenai ajaran itu disebarkan secara terang-terangan.

Beberapa laman sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan memburuk-burukkan mazhab lain.

Sebagai contoh, sebuah laman sosial yang menggelarkan diri mereka 'I'm Proud To Be Syiah' mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia.

Penubuhan laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman itu. ~sinar harian




Iklan C (ii)



NFCorp Mendahului Menteri Kewangan, Umum Syarikat KASB Tanggung Hutang RM250 Juta

Posted: 25 Jul 2013 12:37 AM PDT

Syarikat usahasama Malaysian-Japanese, Kirimitonas Agro Sdn Bhd (KASB) bersetuju mengambil alih pinjaman RM250 juta projek penternakan lembu, kata National Feedlot Corporation (NFCorp).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata syarikat itu bersetuju dengan terma itu walaupun Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pernah menyatakan tiada keputusan berhubung hal itu dua minggu lalu

"KASB setuju membuat membayar semula pinjaman kerajaan itu secara penuh," katanya pada sidang media di Restoran Meatworks yang dikendalikan ahli keluarganya di Kuala Lumpur, hari ini.

KASB ialah usahasama secara 60:40 antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Company dari Jepun, antara sebuah syarikat penternakan lembu terkenal di negara itu.

Salleh kini berdepan pertuduhan jenayah pecah amanah RM47.3 juta kerana menyalah guna dana NFC untuk membeli kondomunium mewah dan lot tanah.

Skandal itu terbongkar berikutan Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek berkenaan jauh dari memuaskan manakala saksi pula mendedahkan dana itu disalah guna untuk membeli hartanah.

Pada 9 Julai lalu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan KASB tidak mengambil alih hutang RM250 juta dan kerajaan rugi RM163 juta jika perjanjian itu diteruskan.

Hari ini, Rafizi berkata, NFC bukan dalam posisi untuk terbabit dalam perjanjian kerana ia bersifat projek kerajaan.

"Pinjaman didahulu kerajaan, tanah di Gemas yang menempatkan projek berkenaan milik kerajaan. Jadi sepatutnya kerajaanlah yang buat keputusan

"Dua minggu lalu, saya bertanya kepada Menteri Kewangan II di Parliamen mengenai isu ini dan beliau jawab, kerajaan tidak membuat keputusan terhadap pengambilalihan itu," katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Ini 'Kambing Hitam' Terbaru?

Posted: 25 Jul 2013 12:18 AM PDT


Suspek keempat kematian dalam tahanan N Dhamendran, Inspektor S Hare Krishnan, mendakwa tidak bersalah tetapi diheret ke dalam kes itu bagi 'melindungi pihak-pihak tertentu.'

Ia didedahkan dalam satu laporan polis Hare Krishnan pada 1 Jun, sembilan hari selepas kematian Dhamendran pada 21 Mei 21, dua minggu sebelum inspektor polis itu menyembunyikan diri.

Mengikut Malaysiakini, laporan itu menyebut Hare Krishnan tidak berada di lokap di Dang Wangi pada hari Darmendran meninggal dunia.

Dhamendran 31, ditemui mati di dalam lokap polis 10 hari selepas ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api.

Pada mulanya, polis mendakwa Dhamendran mati akibat kesukaran bernafas tetapi bedah siasat mendapati mangsa mengalami 52 kecederaan termasuk dikokot di telinga.

Hare Krishnan juga mendakwa menerima arahan pegawai atasan pada 21 Mei untuk 'melepaskan dan menangkap semula' Darmendran ketika mangsa makan tengah hari di sebuah restoran di Cheras.

Ia didakwa berlaku selepas menemui seorang mangsa kes tembak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Beliau kemudian mengarahkan anggota bawahannya untuk berbuat demikian tetapi mendapati penangkapan semula Dhamendran dibuat menggunakan butiran pengenalannya tanpa persetujuannya.

Inspektor itu berkata, ada arahan untuk memasukkan namanya dalam diari lokap, sesuatu yang didakwanya dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Dia mendakwa semua catatan dirinya dalam diari lokap tidak benar dan dilakukan untuk mengaitkannya bagi melindungi pihak tertentu.

Mengikut Hare Krishnan, dia tidak pernah 'menyentuh atau memukul' Dharmendran pada hari itu, dan mendakwa dia tahu siapa yang 'memukulnya dan siapa yang berada di sana dan siapa yang tahu tentang hal itu.'

Malaysiakini turut melaporkan polis mengesahkan laporan polis oleh Hare Krishnan itu.

Hare Krishnan masih dalam persembunyian dan polis memapar gambarnya Selasa lalu bagi mendapatkan bantuan orang ramai dalam mengesannya.

Polis mendakwa Hare Krishnan gagal datang bertugas sejak 15 Jun.

Tiga suspek lain Jaffri Jaafar, 44; Mohd Nahar Abd Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 5 Jun. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Timbalan Pengerusi Masih Trauma, Kecut Perut..

Posted: 24 Jul 2013 10:53 PM PDT


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui trauma apabila kereta yang dinaikinya ditahan penyokong parti pembangkang ketika meninjau pusat pengundian, semalam.

Beliau berkata, kejadian berpunca apabila 200 penyokong parti yang berkumpul depan pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut.

Kata Wan Ahmad, kumpulan itu menahan kereta dinaikinya dan merempuh masuk perkarangan sekolah ketika konvoi membawa anggota penasihat dan petugas SPR memasuki kawasan itu.

Katanya, ia berlaku kerana kereta yang dinaikinya dan empat lagi kereta ada logo kerajaan Terengganu, menyebabkan mereka beranggapan ada pemimpin parti lawan mencampuri urusan pengundian.

"Mereka merempuh masuk dan mahu mengambil alih kawasan itu. Alhamdulillah, saya membuat keputusan segera meninggalkan pusat pengundian bersama-sama kumpulan konvoi.

"Penyokong juga tidak menghiraukan teguran beberapa pemimpin mereka yang meminta semua bertenang dan cuba memaklumkan bahawa orang yang datang itu adalah kumpulan SPR," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Dewan Majlis Daerah Besut di Jertih, malam tadi.

Wan Ahmad tidak dapat menjangka apa akan berlaku terhadap dirinya dan kereta yang digunakan jika tidak meninggalkan pusat pengundian dalam masa cepat.

Katanya, ia pertama kali beliau berhadapan insiden sedemikian sepanjang berkhidmat dengan suruhanjaya itu dan keadaan bertambah cemas apabila usaha 10 anggota polis untuk melindunginya tidak dihirau.

"Tapi saya berterima kasih pada dua, tiga pemimpin parti itu yang membuat keputusan mengerumuni saya untuk ke kereta sebelum polis membuka laluan untuk membolehkan kereta keluar.

"Yang paling tidak sedap ialah ada penyokong yang mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak mendengar nasihat pemimpin mereka supaya bersabar," katanya.

Beliau menyifatkan kejadian itu mencemari proses pengundian yang sebelum ini disifatkannya sebagai Pilihan Raya Kecil (PRK) paling tenang dan boleh dijadikan contoh.

Katanya, ia tidak patut berlaku bukan sahaja pada kereta yang dinaiki petugas SPR, tetapi juga mana-mana kenderaan yang melalui pusat pengundian.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap penyokong parti terbabitt, Wan Ahmad berkata:

"Ini bukan masa untuk menilai mahu mengambil keputusan atau tidak kerana yang penting saya selamat." ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Ini Punca Sebenar Kenapa PAS Tewas Di Kuala Besut - Penganalisis

Posted: 24 Jul 2013 08:22 PM PDT


Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.

Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.

Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.


Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.

Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Kerana Malu.. Najib Ubah Terminologi Tapi Maksud Masih Sama..

Posted: 24 Jul 2013 06:52 PM PDT

Orang kata.. sepertimana penggunaan ayat 'Pelarasan oleh Kerajaan' yang membawa maksud 'Kenaikkan harga', perkataan 'Bayaran Bantuan Khas Kewangan' telah digunakan bagi menggantikan perkataan 'Bonus'. Perkataan itu digunakan bagi mengelakkan dari Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menambah jumlah bonus yang diberikan kepada seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilannya.

Sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu dengan peruntukkan RM30 juta untuk seluruh kakitangannya itu..

Kata Tan Sri Khalid ketika mengumumkan perkara itu "Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,"

Oleh itu kerana malu untuk mengumumkan RM500 sebagai bonus untuk Kakitangan Kerajaan maka Najib mengumumkannya sebagai  'Bayaran Bantuan Khas Kewangan'..
Najib umum bantuan RM500 untuk penjawat awam 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya. 

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya. 

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif. 

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun. 

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya. 

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Bersyukurlah wahai semua Kakitangan Kerajaan Pusat.. daripada tak ada lebih baik ada...Lagipun dulu Najib kata RM500 dari kerajaan ni cukup untuk belanja selama satu tahun... ~anak sungai derhaka







Iklan C (ii)



Che Long Akur Keputusan

Posted: 24 Jul 2013 05:03 PM PDT

KUALA BESUT - Calon Pas Endot@Azlan Yusof akur dengan kekalahannya kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut, semalam.

"Saya terima kekalahan ini dan kalah itu perkara biasa, kita tidak merasa pelik dengan kekalahan ini tetapi jikalau kita menang ia memang suatu yang luar biasa," katanya yang juga dikenali sebagai Che Long, 48, pada sidang media di markas Pas PRK Kuala Besut di Kampung Baharu, di sini.

Azlan, seorang kontraktor, menyifatkan pilihan raya ini sebagai aman dan beliau berpuas hati dengan kempen yang berlangsung selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.

Calon Pas itu bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK, A Rahim Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut di Jerteh, dekat sini, malam tadi.

Beliau memberi alasan tidak sempat untuk menghadirinya kerana sibuk tetapi enggan mengulas lanjut.

Che Long kalah kepada Tengku Zaihan, 37, dengan majoriti 2,592 undi setelah mendapat 5,696 undi berbanding calon BN yang mendapat 8,288 undi.

Sementara itu, Pas mengakui strategi 'Gelombang Biru' BN lebih mantap berbanding slogan '16-16 Terengganu Baru' dan BN mempunyai tawaran yang tidak boleh ditolak oleh pengundi Kuala Besut berbanding tawaran Pas.

Yang Dipertua Pas kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, penduduk Kuala Besut dilihat lebih mementingkan pembangunan yang dicanangkan oleh BN. ~bernama




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: