Selasa, 23 Julai 2013

Addin

Addin


Blogger PR Tetap Ke Penjara

Posted: 23 Jul 2013 10:14 AM PDT


Penulis blog Amizudin Ahmat gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah berhubung artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah pada 10 Ogos tahun lalu apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuan Amizudin.

Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah tidak dapat mencari sebarang kekhilafan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Amizudin, 43 dengan kesalahan menghina mahkamah.

"Perintah yang memaksa beliau dipenjara tiga bulan adalah tidak keterlaluan dan tidak mewajarkan campur tangan kami," katanya yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Anantham Kasinater.

Bagaimanapun, Zaharah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu permohonan penulis blog itu untuk kebenaran merayu perintah hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Beliau turut memerintahkan Amizudin memfailkan permohonan itu dalam tempoh dua minggu.

Katanya, jika Amizudin gagal berbuat demikian, beliau perlu hadir di Mahkamah Rayuan selepas tempoh itu berakhir untuk menjalani hukuman. Panel itu menolak rayuan itu tanpa kos.

Pada 21 Nov 2011, Rais, 71, diberi kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Amizudin berhubung satu saman yang difailkan olehnya.

Rais menang dalam saman fitnah beliau terhadap penulis blog itu di Mahkamah Tinggi, yang pada 19 Julai 2011, memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM100,000 kepadanya.

Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011 terhadap Amizudin, yang juga anggota Jawatankuasa Belia Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung satu artikel yang disiar dalam laman blog penulis itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau kira-kira 28 Dis 2010.

Mahkamah Rayuan turut mengekalkan jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah sambil menyifatkan ia tidak begitu tinggi berdasarkan kedudukan sosial Rais. Bagaimanapun, jumlah kos dikurangkan kepada RM50,000.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Amizudin oleh R Sivarasa. ~bernama




Iklan C (ii)

Gambar Mengejutkan Seluruh Negara Ini Mula Tersebar

Posted: 23 Jul 2013 08:06 AM PDT


Tindakan pentadbiran sekolah rendah untuk memaksa pelajar bukan Islam makan didalam tandas semasa bulan Ramadan tersebar luas di internet dan laman sosial Facebook dan menyebabkan kemarahan pengguna internet.

Gambar pelajar-pelajar tersebut sedang makan dalam tandas tersebar dalam Facebook.

Dipercayai arahan untuk pelajar bukan Islam untuk makan dalam tandas itu dikeluarkan sempena menghormati pelajar dan kakitangan Islam yang sedang berpuasa. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Rafizi Bikin Panas Lagi..

Posted: 23 Jul 2013 04:03 AM PDT

PETALING JAYA - PKR mendakwa penganugerahan kontrak dakwat kekal kepada syarikat milik Mohamed Salleh Alli pada PRU13 lalu turut membekalkan topi untuk petugas dan pegawai SPR.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata pihaknya juga mendapati kontrak yang diberikan kepada tiga syarikat pembekal topi itu menggunakan nama yang berbeza tetapi dikawal individu yang sama.

Beliau mendakwa dua daripada tiga syarikat tersebut dimiliki isteri dan pekerja Mohamed Salleh iaitu Shamsia Mansoor serta Norsiah Yusoff.

"Hasil semakan kami dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ketiga-tiganya mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh Alli," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Rafizi turut mempertikaikan soal pemberian kontrak secara terus kepada tiga syarikat. "Kenapa perlu beri pada tiga syarikat? Kenapa tidak diberi kepada satu syarikat sahaja?

"Rundingan terus ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh SPR dari pihak berkuasa dan orang ramai. Ia boleh berlaku jika Mohamed Salleh Alli ada hubungan istimewa dengan pimpinan SPR," katanya.

Beliau menjangkakan, kontrak topi tersebut bernilai RM 6 juta. "Keseluruhan kontrak mungkin bernilai RM 6 juta berdasarkan 300,000 pegawai dan 250,000 petugas SPR.

"Jika satu topi berharga RM20, didarabkan dgn keseluruhan jumlah tersebut, secara kasar, ia berjumlah RM 6 juta," katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)

Negara Dalam Bahaya

Posted: 22 Jul 2013 11:23 PM PDT

SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Syiah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Syiah berkembang pesat di Malaysia.

"Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu.

"Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Syiah telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya bagaimana ajaran Syiah ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik.

Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Syiah.

"Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Syiah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya.

"Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Syiah," katanya.

Menurutnya, ilmuwan, Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menasihati Malaysia untuk membendung Syiah.

"Beliau pernah diajak berdialog bersama puak Syiah, tetapi terpaksa dibatalkan kerana mereka tidak mahu menghormati perjanjian untuk tidak menyebarkan ajaran mereka ke negara Sunni. Sekarang negara dalam keadaan bahaya dan parah," katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan antara 300,000 dan sejuta orang, Abdullah Zaik berkata, angka itu sengaja diperbesarkan bagi melambangkan mereka punyai pengaruh yang kuat.

"Apabila Kedah mewartakan Syiah haram, mereka mahu nampak kuat dan nampak ramai. Dengan itu, mereka boleh guna alasan hak asasi untuk tidak diganggu gugat dan mendakwa didiskriminasikan jika kerajaan mengambil tindakan," katanya. ~sinar harian





Iklan C (ii)

Calon BN Kuala Besut Di Sabotaj Oleh Orang-Orangnya Sendiri?

Posted: 22 Jul 2013 07:57 PM PDT


Dua helai kain rentang ini dilaporkan telah dinaikkan didua lokasi strategik dalam kawasan DUN Kuala Besut beberapa hari yang lalu.

Ayat yang tertera padanya ialah "CALON KITO NI WEH, PANTANG TENGOK "DAHI LICIN" WEH, Bukan Orang Kito Pun, CALON PAYUNG TERJUN."

Pada kain rentang itu juga tertera logo Barisan Nasional dan juga UMNO dan telah diterbitkan oleh Gerakan Anak Jati Kuala Besut.

Ianya dipercayai ditujukan kepada calon Putrajaya yang diterjunkan khas oleh UMNO/BN untuk bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut.


Dipercayai juga ianya telah dinaikkan oleh penyokong-penyokong UMNO/BN sendiri yang tidak dapat menerima orang dari luar sebagai calon mereka.

Mungkin mereka menafsirkan perletakkan calon payung terjun sebagai wakil mereka adalah satu penghinaan buat mereka semua kerana ianya menggambarkan seolah-olah dalam UMNO Kuala Besut sendiri tidak mempunyai seorangpun individu yang layak dijadikan pemimpin. ~anak sungai derhaka




Iklan C (ii)

Jose Maurinho Kutuk Skuad Harimau Malaya?

Posted: 22 Jul 2013 06:50 PM PDT


Jose Mourinho kritik skuad Rajagopal

Terjemahan ; Jose Maurinho - Ini ke skuad kebangsaan Malaysia? ada diantara mereka seperti baru diterima masuk kedalam akademi bola sepak.

Kami tidak beraksi dengan kekuatan sebenar kerana permainan pasukan tuan rumah sungguh mengecewakan dan saya terpaksa melakukan beberapa pertukaran dengan pemain muda kerana perlawanan sepertu ini hanya sesuai untuk pemain kami yang tidak pernah dapat peluang beraksi dalam skuad utama chelsea.

Jika diberi peluang bercakap dari hati ke hati bersama barisan jurulatih malaysia, saya sarankan mereka meomilih pemain yang menjadi pilihan utama dalam, bukan pilih pemain berdasarkan kekuatan masa lampau.

Saya tak faham dengan taktikal pasukan tuan rumah dan ketika di bilik persalinan, saya arahkan pemain saya bermain seperti biasa..

Kata Jose Mourinho ketika ditemubual oleh CHELSEA TV.


Sumber


Addin :

Moga kepimpinan FAM, jurulatih dan pemain sedar dari lamunan..





Iklan C (ii)

Tiada ulasan: