Addin |
- Mahathir Belasah Najib Dan Mustapha Muhammad
- Punca BN Tewas PRU13 Tersebar..
- Ini Penjelasan Kenapa Calon PAS PRK Kuala Besut Tidak Berpendidikan Tinggi
- Ini Sebab Utama Calon PAS Boleh Menang Di Kuala Besut
- Bekas Ketua Menteri Melaka Meninggal Dunia
Mahathir Belasah Najib Dan Mustapha Muhammad Posted: 13 Jul 2013 09:19 AM PDT SHAH ALAM - Malaysia diminta mengabaikan tarikh akhir di mana perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) perlu dimeterai bersama 12 negara Pasifik lain Oktober depan, hujah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, perjanjian itu adalah muslihat Amerika Syarikat untuk menembusi pasaran domestik negara-negara, malah bukanlah sebuah perkongsian yang sama rata. "Kita banyak bercakap mengenai ketelusan. Mari kita lihat ketelusan berkaitan rundingan TPP ini. Amaran Oktober itu patut diabaikan dan biar China menyertainya," katanya menerusi blog chedet.cc semalam.Bekas pemimpin utama negara itu turut menasihati Putrajaya supaya berterus-terang dalam isu TPP ini. Pada hematnya, perjanjian TPP hanyalah sebuah perjanjian yang merugikan negara."Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas."Tetapi selepas kita menandatangani perjanjian TPP, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," katanya lagi.Semalam dalam Wacana Sinar Harian siri ke-22, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pendirian kerajaan dalam rundingan TPP akan mengambil kira tiga perkara utama iaitu perlembagaan negara, kuasa kerajaan negeri dan dasar negara seperti hak Bumiputera dan perusahaan kecil dan sederhana. "TPP masih dalam proses rundingan dan belum pasti akan dilaksanakan. Tetapi kerajaan tidak akan menandatanganinya jika TPP akan mengorbankan kepentingan negara," katanya.Namun, Mustapa turut mengingatkan semua pihak supaya lebih realistik kerana setiap perjanjian perdagangan, sama seperti peraturan lain sedikit sebanyak mempunyai kesan negatif di sebalik manfaat yang diperoleh. "Kita negara perdagangan ketiga di belakang Hong Kong dan Singapura, kita sangat bergantung kepada perdagangan kerana kita ada (hasil bumi) tapi kita tak mampu buat semua," jelasnya.Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan komitmen kepada rundingan yang bermula sejak lebih dua tahun lalu dan dijangka mencapai kata akhir persetujuan menjelang rangka lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Asia Tenggara Oktober depan. ~sinar harian |
Punca BN Tewas PRU13 Tersebar.. Posted: 12 Jul 2013 11:57 PM PDT KUALA LUMPUR, 11JULAI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) gagal memberi jawapan berhubung tindakan kerajaan membenar Utusan Malaysia diterbit dan diedar walaupun sering menghadapi saman fitnah. Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam soalannya kepada KDN semalam mempersoal rasional rampasan 1,408 akhbar Suara Keadilan,Harakah (1,062) dan The Rocket (70)KDN mendakwa rampasan akhbar Suara Keadilan ekoran pengedaran dan penjualan akhbar kononnya menyalahi undang-undang. "Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan KDN pada 28 Jun 2010 kepada penerbit meminta penjelasan mengapa penerbit tidak boleh dikenakan tindakan dibawaha AMCP 1984."Penerbit menjawab surat itu pada 29 Jun 2010 tetapi jawapannya gagal memuaskan hati KDN. Justeru Surat Penjelasan dikeluarkan pada 2 Julai 2010," jawabnya melalui Jawapan Lisan. Penjelasan dikemukakan menjawab Sim yang bertanyakan Suara Keadilan akan diberikan permit penerbitan semula dibawah Akta Penerbitan dan Pencetakan.Namun soalan Sim berhubung Utusan Malaysia yang masih terbit dan diedarkan walaupun sering menghadapi saman fitnah, gagal dijawab KDN. ~keadilandaily |
Ini Penjelasan Kenapa Calon PAS PRK Kuala Besut Tidak Berpendidikan Tinggi Posted: 12 Jul 2013 09:58 PM PDT BESUT: PAS berpendapat calon yang dipilih pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut adalah calon yang tepat serta menepati kehendak penduduk setempat. Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Datuk Husam Musa menjelaskan perkara tersebut selepas proses penamaan calon pagi tadi. Menurutnya lagi, calon yang ditampilkan oleh PAS merupakan calon yang disukai oleh penduduk setempat dan beliau yakin rakyat akan terus memberi sokongan pada hari pengundian nanti. "Calon yang kita tampil ini adalah atas permintaan penduduk di sini, jadi atas alasan tersebut saya yakin calon dari PAS mempunyai kekuatan untuk menghadapi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini. "Kita tidak tampil calon yang mempunyai bantahan dalaman atau penduduk setempat, calon kita adalah individu yang dihormati serta dikenali," kata beliau. Sementara itu, Husam ketika ditanya mengenai kelayakan pendidikan calon PAS, Endot@Azlan Yusof menjelaskan calon PAS dipilih untuk mewakili serta membawa suara rakyat di Dewan Undangan Negeri bukannya untuk menjadi pensyarah ataupun jurutera. "Isu pendidikan bukan satu isu yang besar, beliau mewakili dan membawa suara rakyat di dewan, beliau hendak mewakili rakyat bukannya menjadi pensyarah ataupun jurutera di dewan. "Apa yang penting walaupun pendidikan itu rendah tetapi dapat membawa inspirasi rakyat dan membela hak rakyat itu yang lebih bermakna dari pendidikan tinggi tapi gagal membela rakyat," jelasnya. Husam yang juga turut yakin dapat mengulangi kemenangan PAS di Dun Kuala Besut sepertimana yang belaku pada tahun 1999. "Kita di sini mempunyai tugas berat dan kita sedia maklum pada PRK BN akan menggunakan pelbagai pihak atau agensi kerajaan untuk membantu kempen mereka. "Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diragui ketelusannya tetapi oleh kerana calon kita ini disenangi rakyat, saya rasa peluang itu ada. "Kalau ditakdirkan kita menang kedudukan Dun 16:16, secara tidak langsung rakyat terengganu ada kuasa untuk meminta kerajaan mengagihkan kekayaan Terengganu dengan lebih adil," sambung beliau. Tambahnya lagi, kemenangan PAS memberi kelebihan kepada rakyat tetapi jika BN terus kekal ia tidak akan membawa apa-apa perubahan besar kepada politik Terengganu. Katanya, jika kedudukan seri, wakil rakyat PAS akan membawa isu-isu pembangunan ekonomi yang lebih mantap dan rakyat akan mendapat faedah yang berganda. "Ini peluang untuk rakyat Kuala Besut membuat perubahan, ia tidak berlaku pada PRU13 sebelum walaupun hanya PRK tetapi kesannya amat besar kepada pengaruh politik Terengganu," tambah beliau lagi. Dalam pada masa yang sama, Husam menyifatkan PRK kali ini juga merupakan pertarungan antara kem Datuk Seri Idris Jusoh dan kem Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. ~harakahdaily |
Ini Sebab Utama Calon PAS Boleh Menang Di Kuala Besut Posted: 12 Jul 2013 08:18 PM PDT KUALA BESUT, 13 JULAI: Calon Pas, Azlan @ Endot Yusof bercadang tidak mengambil elaun wakil rakyat sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.Sebaliknya, Azlan yang lebih mesra dikenali dengan nama Che Long akan menyerahkan semula elaun tersebut kepada penduduk Kuala Besut bagi tujuan kebajikan. "Insya Allah. Kalau ditakdirkan saya menang, saya akan menjadi wakil rakyat, bukannya menjadi wakil kerajaan," kata Che Long dalam ceramah sulungnya di UPU Kampung Pantai, Kuala Besut malam tadi."Saya akan mengambil (berat masalah rakyat dan menguruskannya sebaik mungkin," kata Che Long yang terkenal dengan sifat pemurah disenangi di kalangan penduduk Kuala Besut. Rintihan penduduk Kuala Besut yang lama terpinggir akibat perbalahan politik dalaman Terengganu menyebabkan mereka perlu diwakili seseorang yang benar-benar mewakili kepentingan rakyat, bukan kepentingan peribadi. "Sebab itu saya akan mendengar luahan hati rakyat dan berkhidmat sebaik mungkin," katanya disambut laungan takbir kira-kira 300 hadirin. Turut hadir ceramah malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga ahli parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Muhd Yusoff dan ADUN Chukai, Terengganu, Hanafiah Mat.~sinar harian |
Bekas Ketua Menteri Melaka Meninggal Dunia Posted: 12 Jul 2013 05:17 PM PDT JASIN - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia, semalam akibat kencing manis dan kompilasi buah pinggang. Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga di kediamannya di Merlimau Pasir, Merlimau, dekat sini, kira-kira 5.30 petang.Allahyarham menjadi Ketua Menteri Melaka bermula Mei 1997 sehingga Disember 1999 sebelum digantikan dengan Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Seri Halijah Mohd Jadi dan enam orang anak; antaranya, pelakon dan juga bekas pengacara Melodi, Khadira atau Dira Abu Zahar. Sementara itu, anak kelima Allahyarham, Muhd Iskandar, 34, berkata, bapanya dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang sejak hujung Mei lalu akibat penyakit yang dihadapinya. "Ayah kemudian dipindahkan ke Hospital Melaka Isnin lalu sebelum dibenarkan pulang malam semalam," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini. Menurutnya, jenazah bapanya akan dikebumikan Makam Pahlawan Masjid Negeri Al-Azim Bukit Pala, awal pagi esok. ~sinar harian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan