Isnin, 1 Julai 2013

Addin

Addin


Fakta Menarik Yang Kita Tidak Tahu Di PRK Kuala Besut

Posted: 01 Jul 2013 04:00 PM PDT

Ada beberapa pemerhatian menarik yang dapat saya simpulkan tatkala meneliti semula keputusan-keputusan pilihan raya lepas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu. 

Menghayati pemerhatian dan kesimpulan itu insya Allah sedikit sebanyak akan dapat membantu peminat politik lebih memahami perkembangan terkini perebutan pengaruh dan kuasa di kawasan tersebut. Dun Kuala Besut sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara apabila satu pilihan raya kecil bagi kawasan itu bakal diadakan dalam masa terdekat. 

Menurut catatan sejarah pilihan raya negara, ini merupakan pilihan raya kecil kedua berlaku di Dun berkenaan. Kali pertama ialah pada 30 Julai 1979, ekoran kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN), Zakaria Muda.

Rabu (26 Jun) lalu, kerusi berkenaan kosong lagi, juga berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Dr. A. Rahman Mokhtar, akibat paru-paru berair.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang baru lalu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Puan Napisah Ismail dengan majoriti 2,434undi. Anggota Exco Kerajaan Negeri Terengganu itu memperolehi 8,809 undi berbanding Napisah yang mendapat 6,375 undi.

Ini merupakan penggal kedua bagi Allahyarham. Pada 2008, beliau menewaskan calon PAS, Ustaz Muhammad Zawawi Salleh denganmajoriti 2,631 undi. Beliau mengumpul 7,123 undi manakala lawannya mengutip 4,492 undi.

Allahyarham dipilih mewakili BN menggantikan penyandang, Abdullah Che Muda yang memenangi kerusi berkenaan pada 2004 dengan majoriti 2,027. Abdullah mendapat 6,334 undi sekaligus menewaskan Ustaz Muhammad Zawawi yang memperolehi 4,307 undi.

Walau pun sejak tiga PRU lalu (bermula 2004), Dun Kuala Besut menjadi milik BN, ia sebenarnya tidak senantiasa begitu sepanjang sejarah kewujudannya. Malah, sebagai pemerhatian pertama saya, bahawapemenang pertama kerusi Dun Kuala Besut (menerusi PRU 1959) ialah PAS, bukannya BN (atau Perikatan ketika itu).

Bahkan, dalam PRU berkenaan, saingan terdekat PAS bukannya Perikatan, tetapi Front Sosial (SF). Calon PAS, Haji Wan Said Mohd Nor menewaskan calon "Parti Ppalo Kubar" (sepertimana disebut oleh warga tempatan Kuala Besut, secara literal bermaksud "Parti Kepala Kerbau", merujuk kepada lambang SF), Wan Ali Wan Jusoh denganmajoriti 245 undi.


Wan Said memperolehi 1,303 undi berbanding Wan Ali dengan 1,058 undi. Manakala Abu Bakar Ahmad mewakili Perikatan hanya di tempat ketiga dengan 942 undi.

Kedua, kehadiran Wan Ali selaku tonggak utama SF Ranting Besutmenjadikan Kuala Besut sebagai antara pangkalan utama parti itu di Terengganu. Beliau sendiri bertanding sebanyak tiga kali di situ, iaitu pada 1959 dan 1964 (atas tiket SF), diikuti PRU 1974 (atas tiket Partai Sosialis Rakyat Malaysia - PSRM). Tidak syak lagi mana-mana kawasan yang menjadi tumpuan parti tersebut banyak dicorakkan dengan isu-isu ekonomi dan kemasyarakatan. Kuala Besut tidak terkecuali.

Ketiga, sejarah juga mencatatkan bahawa PAS pernah mewakili Dun Kuala Besut sebanyak empat kali. Selain menerusi PRU 1959, parti itu memenanginya semula pada PRU 1969 menerusi Mohamad Said. Beliau menewaskan calon Perikatan, Zakaria Muda dengan majoriti 257 undi, sekali gus menjadi wakil tunggal pembangkang dari Besut.

Pada PRU 1974, PAS bertanding atas tiket BN. Kuala Besut adalah satu-satunya kerusi di Besut yang difaraidkan kepada PAS. Calonnya,Ustaz Husin Jusoh menang agak besar ke atas pencabarnya daripada PSRM, Wan Ali Wan Jusoh.

Kemenangan PAS kali keempat di situ ialah menerusi Ustaz Zawawi Salleh, iaitu pada PRU 1999. Beliau memperolehi 4,426 undi berbanding Dato' Wan Zakaria Abd. Rahman, selaku penyandang, yang mendapat 3,939 undi.

Keempat, meski pun BN (Perikatan) lebih kerap menang berbanding PAS, kekuatan kedua-dua pihak kelihatan agak seimbang. Majoriti kemenangan terbesar BN ialah 2,631 yang dicatatkan pada 2008. Manakala pada kesempatan lain, angka itu jauh lebih rendah.

Bahkan, dalam beberapa pertarungan lain, kekalahan dialami PAS tidaklah seteruk mana. Contohnya, pada PRU 1964, ia kalah dengan hanya 330 undi. Begitu juga pada 1978 (875 undi), 1990 (263) dan 1995(811).

Keupayaan PAS memberikan saingan sengit di situ meletakkan Dun Kuala Besut sebagai salah satu kerusi yang sentiasa menjadi sasaran PASuntuk dimenangi dalam perkiraan parti itu menakluki Terengganu.

Kelima, sebahagian besar calon dipilih mewakili PAS di situ ialah pemimpin PAS dari "luar Dun". Bermula PRU 1964, PAS mempertaruhkan Yusof Mat Sah, yang tinggal di Jertih. Begitu juga dengan Mohamad Said dan Ustaz Husin Jusoh, yang menang masing-masing pada 1969 dan 1974, kedua-dua mereka juga dari Jertih. Ustaz Husin malah turut mewakili PAS dalam dua pilihan raya berikutnya, iaitu pada 1978 dan pilihan raya kecil 1979.

Pada PRU 1982, PAS menjemput Muhammad Jusoh @ Ustaz Stimat, dari Kerandang (sekarang dalam Dun Jabi) pula bertanding di situ. Ini diikuti Ustaz Abdul Latif Muhammad (1986) dan Ustaz Husain Awang (1990), kedua-dua mereka juga dari Jertih.

Malah, Ustaz Zawawi yang menang pada 1999, didatangkan dari Kampung Alor Keladi, dalam Dun Hulu Besut. Alhamdulillah, beliau diterima baik masyarakat setempat (khususnya pendukung PAS) sehingga diberi kepercayaan bertanding lagi pada 2004 dan 2008 di situ.

Ertinya, dari sudut penerimaan masyarakat, faktor "orang luar Dun"nampaknya tidak menjadi masalah utama dalam pemilihan calonmewakili PAS di Kuala Besut. Asal saja tokoh yang dipilih itu dari kalangan kepimpinan PAS di Besut, selain mempunyai hubungan baik sedia terjalin dengan masyarakat di dalam kawasan berkenaan.

Semoga analisa ringkas ini dapat membantu kita memahami latarbelakang pergolakan politik di Kuala Besut sedari dulu. Bahawa peluang di kerusi berkenaan sentiasa terbuka buat kedua-dua pihak – PAS mahu pun BN, bergantung kepada sejauh mana mereka berupaya memanipulasi kecenderungan dan sentimen dalam masyarakat.


Artikel ini disiarkan akhbar Harakah Bil:1857, 22-25 Syaaban 1434/1-4 Julai 2013 di ruangan 'KOLUMNIS F21' dengan tajuk 'Memahami latar belakang pergolakan politik Kuala Besut'




Iklan C (ii)
 


Kalaulah Lim Guan Eng Yang Keluar Statement Ni Pasti Kecoh Satu Malaysia..

Posted: 01 Jul 2013 08:57 AM PDT


Larangan untuk tazkirah.. oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah.. Aku ingat Lim Guan Eng yang buat pengumuman tadi untuk penang pasti kecoh satu Malaysia.

Pencacai Umno pasti ayat satu Malaysia.. dah terbalik dunia ni..




Iklan C (ii)
 


Bekas MP Jerai Lafaz Cerai Talak Satu

Posted: 01 Jul 2013 06:45 AM PDT


KUALA LUMPUR 1 Julai - Bekas Ahli Parlimen (MP) Jerai (PAS) Mohd Firdaus Jaafar melafazkan cerai dengan talak satu kepada isterinya Nurul Huda Binti Arshad di Mahkamah Rendah Syarie, Daerah Gombak Timur hari ini.

Tuntutan cerai difailkan oleh Nurul Huda selepas mendapati tiada lagi keserasian dalam perhubungan antaranya dengan Firdaus.

Ketika perbicaraan, Nurul Huda hanya mengangguk tanda faham setelah Hakim Shaiful Azli Bin Jamaludin bertanya sama ada beliau mengerti fakta kes yang dibacakan oleh Peguam Zahir Razak yang mewakili Firdaus.

Setelah meneliti kes, Hakim kemudiannya bersetuju terhadap tuntutan cerai tersebut dan memerintahkan Firdaus melafazkan cerai dengan talak satu.


Nurul Huda yang tidak diwakili peguam kemudiannya menitiskan air mata apabila Firdaus melafazkan cerai.

Dalam temubual bersama wartawan Rakyat News, beliau menyatakan perasaan redha diatas penceraian tersebut.

Sepanjang lima tahun perkahwinan, Firdaus dan Nurul Huda tidak dikurniakan cahaya mata. ~rakyat news




Iklan C (ii)
 


Jusuf Kalla Burukkan Anwar Dan Pakatan Rakyat.. Pembiayanya Sudah Terbongkar

Posted: 01 Jul 2013 04:00 AM PDT

Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.

Addin :

Jikalau punya excited dan tuduhan tanpa bukti oleh Jusuf Kalla membuktikan beliau di biayai oleh pihak tertentu di negara ini bagi memburukkan Anwar dan pakatan Rakyat. Tak payahla sebuat siapa, kita semua dah dapat agak..



Iklan C (ii)
 


Idris Haron Lawan Balik Nazri Aziz

Posted: 01 Jul 2013 12:56 AM PDT

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkeras bahawa kerajaan negeri akan terus membuka jalan di sekitar Jonker Walk untuk laluan kenderaan demi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

"Saya tidak akan berganjak selagi hasil kajian tidak menunjukkan penutupan jalan di sekitar Jonker Walk bukan punca kepada kesesakan lalu lintas yang berlaku sebelum ini," kata Idris seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataannya itu timbul susulan amaran oleh Exco pelancongan Melaka Datuk Ghazale Mohamad yang berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas peniaga yang berdegil dan tidak mahu bekerjasama untuk memberi ruang bagi kerajaan negeri untuk membuat kajian tersebut.

Kajian berkenaan akan dijalan selama empat minggu bagi menentukan sama ada kesesakan di Banda Hilir berpunca dari Jonker Walk dan jalan sekitar, laporan itu dipetik.

Perkembangan itu berlaku walau menteri pelancongan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz telahpun memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
 


Tempat Persembunyian Raja Muda Sulu Di Temui?

Posted: 30 Jun 2013 11:01 PM PDT

LAHAD DATU: Di manakah Raja Muda Azzimudie Kiram 72 tahun yang mengetuai pencerobohan bersenjata Sulu di Kg Tanduo bersembunyi terus menjadi misteri.

Azzimudie atau Agbimuddin, adik kepada Sulu Sultan Jamalul Kiram hilang tanpa dapat dikesan selepas dia "melarikan diri'' daripada Lahad Datu pada 11 Mac selepas pasukan keselamatan Malaysia berjaya menawan semula Kampung Tanduo, Sabah dalam serangan besar-besaran.

Pasukan keselamatan yakin dia melarikan diri ke sebuah pulau di wilayah Tawi Tawi di selatan Filipina yang terletak berhampiran Sabah tetapi ahli keluarganya menegaskan dia masih berada di Lahad Datu untuk melancarkan perang gerila.

Pegawai di Tawi Tawi percaya bahawa Azzimudie yang mendapat simpati daripada penyokongnya tidak menonjolkan diri untuk mengelakkan daripada ditahan oleh kerajaan Manila yang telah mengarahkan penangkapan beliau kerana melancarkan peperangan di negara asing.

Ada juga spekulasi bahawa Azzimudie, bekas Pembantu Pegawai Daerah Kudat, Sabah pada awal tahun 1970, telah dibunuh oleh pengawal peribadinya di Kampung Tanduo dan telah dikebumikan di sebuah kubur tidak bertanda selepas Malaysia meancarkan serangan untuk mengusir pasukan bersenjata Sulu sejak 5 Mac.

Dalam satu temu bual, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis percaya bahawa Azzimudie masih hidup dan bersembunyi di beberapa pulau-pulau di negara asalnya."Azzimudie pasti tidak berada di Lahad Datu, mereka (jurucakap Sulu Abraham Idjirani) boleh terus menegaskan bahawa Azzimudie masih di Lahad Datu, bersembunyi dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain,'' katanya ketika ditanya mengenai tuntutan berterusan kumpulan Sulu daripada jurucakap Idjirani di Filipina.

Walau bagaimanapun, Hamza tidak menolak kemungkinan bahawa Aghimuddin masih merancang untuk melancarkan perang gerila di Sabah.Beliau mengesyaki bahawa ahli-ahli keluarga Azzimudie menegaskan bahawa Raja Muda itu masih berada di Sabah kerana dia (Azzimudie) telah membuat banyak janji-janji (sebelum kejadian serangan) kepada kumpulan lelaki bersenjata Sulu, yang kini telah pun mati atau menghadapi tuduhan jenayah di Malaysia.

"Jadi untuk menghalang beliau daripada dibunuh (di Filipina), mereka perlu mengatakan bahawa Azzimudie masih berada di Lahad Datu dan masih berjuang,'' katanya, sambil menambah tidak ada sebarang pertempuran antara kumpulan bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah sejak pencerobohan itu ditamatkan pada awal April.

Sejak peristiwa itu Kampung Tanduo telah ditutup kepada orang ramai, beberapa pos keselamatan diwujudkan di kampung itu dan kerajaan negeri berusaha untuk memindahkan lebih daripada 20 keluarga di kawasan itu.

Dalam satu temu bual telefon dengan Manila, Idjirani, yang merupakan abang ipar Azzimudie menegaskan bahawa Azzimudie masih hidup "di suatu tempat di Lahad Datu'' dan akan melancarkan perang gerila terhadap Sabah.Idjirani, bagaimanapun tidak tahu lokasi sebenar iparnyanya itu.

"Saya tahu bahawa dia bersembunyi di dalam hutan dan telah menggunakan taktik gerila dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain di sekitar Kampung Tanduo," katanya.

Idjarani mendakwa bahawa beliau sering bercakap dengan Azzimudie."Malah saya bercakap dengannya dua hari lepas. Dia menghubungi kami dan memberitahu bahawa terdapat satu pertempuran antara Tentera Diraja Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia di Batu 9, Lahad Datu pada 16 Jun dan Kampung Labian pada 18 Jun, lalu" katanya.

Jurucakap itu percaya bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak dapat mencari Azzimudie kerana beliau tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya.

"Dia tidak lagi menggunakan telefon bimbitnya, seperti pada bulan Mac lalu (semasa pengeboman udara), dia sedar bahawa dia akan mudah dikesan jika menggunakan telefon bimbit,'' katanya.

"Raja Muda dan pengikut-pengikutnya adalah pejuang berpengalaman, walaupun pasukan Malaysia mempunyai lebih banyak senjata api tetapi mereka tidak dapat mengalahkan mereka," katanya, sambil mendakwa pasukan Malaysia sedang berhati-hati dalam menghadapi mereka.

Seramai 35 pengikut Azzimudie telah ditahan oleh pihak berkuasa Filipina selepas mereka pulang dari Lahad Datu baru-baru ini, Biro Siasatan Filipina mengsyorkan pelbagai tuduhan jenayah - termasuk berperang dengan negara asing - dikenakan terhadap Raja Muda dan pengikut-pengikutnya yang memasuki Kampung Tanduo antara 9 dan 12 Feb.

Seramai 73 penceroboh terbunuh (59 mayat telah ditemui) dalam pertempuran selama lapan minggu antara pasukan bersenjata dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Polis Malaysia telah menahan 184 orang dan 31 daripadanya telah dikenakan dakwaan dengan pelbagai kesalahan jenayah, termasuk melancarkan perang terhadap YDP Agong. Kes mereka sedang dijalankan di mahkamah.







Iklan C (ii)
 


Al-Fatihah, Sasterawan Ulung Negara Meninggal Dunia

Posted: 30 Jun 2013 09:51 PM PDT

SUBANG JAYA – Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun dan jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Putrajaya hari ini.

Allahyarham merupakan anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung iaitu sekolah rendah di tempat asalnya.

Pada 1949, beliau berjaya memperoleh keputusan peperiksaan Darjah 6 yang terbaik di seluruh negeri Kedah setelah pelajarannya tergendala akibat perang dunia ke-2 lalu menyertai Sekolah Melayu Seberang Perak.

Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim seterusnya menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya pada tahun 1964.

Seorang yang berkecenderungan akademik, Awang kemudian memperoleh ijazah-ijazah yang lain sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi daripada Stanford University, California pada tahun 1969 serta juga dalam bidang Pengajian Pengurusan Akademik dan Pembangunan daripada Lancaster University, United Kingdom.

Panda 1975, beliau dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan kemudian menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia lalu menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia. 

Sejak 1996, beliau merupakan Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Beliau merupakan salah seorang tokoh pendidik dan sasterawan terbilang yang menjadi sumber inspirasi kepada warga ahli akademik tanah air.





Iklan C (ii)
 


Kerana Asam Pedas, Pemimpin Umno Ni Bertekak..

Posted: 30 Jun 2013 08:51 PM PDT


PASIR GUDANG: Rancangan Melaka untuk mempatenkan asam pedas nampaknya seakan membawa kepada 'peperangan' yang panas dengan negeri jiran Johor.

Exco Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Johor Datuk Zulkurnain Kamisan mendakwa bahawa hidangan yang panas dan pedas itu bukan milik eksklusif negeri Melaka tetapi adalah makanan biasa di seluruh negara.

"Johor mempunyai asam pedas versi tersendiri, begitu juga dengan negeri-negeri lain," katanya selepas menghadiri majlis tamat pengajian GiatMARA Johor di sini semalam.

Zulkurnain berkata walaupun mungkin terdapat sedikit perbezaan antara asam pedas Melaka dan Johor ini, namun ramai orang yang tahu bahan-bahan utama untuk hidangan ini.

Beliau berkata, masyarakat di kedua-dua negeri mempunyai versi kuah mereka sendiri dan ia adalah sesuatu yang "tidak masuk akal" bagi Melaka untuk menuntut bahawa hidangan itu adalah milik mereka sahaja.

"Bila Melaka mempatenkan asam pedas, sesiapa yang ingin memasak hidangan tersebut, termasuk chef, mungkin terpaksa membayar royalti," katanya.

Zulkurnain berkata ini akan menjadi amalan tidak sihat bagi negara ini jika setiap negeri menuntut atau mempaten hidangan tradisional.

Jika Melaka mahu mempatenkan asam pedas, Johor juga boleh melakukan perkara yang sama pada nasi beriani, nasi ambeng, mee bandung, botok-botok, lontong dan sambal goreng.

"Tetapi kita tidak mungkin berbuat demikian kerana kita mahu orang ramai dari luar Johor untuk menikmati hidangan ini," katanya.




Iklan C (ii)
 


Rupanya KJ Baru Sedar...

Posted: 30 Jun 2013 07:00 PM PDT

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata. "Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan  di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

"Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

"Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera," tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM  (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan," ujarnya. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: