WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
BELUM PERNAH PIMPIN DEMONTRASI, MACAMANA NAK KUTUK ANWAR?MASUK PENJARA DULU BRO.... Posted: 03 Jun 2013 03:14 AM PDT Penerangan Beberapa Kalimah Biasa Yg Diguna Puak UG Dalam PASMari kita lihat propaganda2 puak UG dalam PAS: 1) Dedah rahsia parti = Dedah pengkhianatan dalam PAS i.e. jumpa UMNO dalam gelap, lantik Ku Li sebagai PM, fitnah parasit etc. Hakikatnya, segala pengkhinatan2 ini tidak pernah menjadi keputusan parti ataupun pendirian PAS. Jumpa UMNO dalam gelap selepas 2008 lepas pun tidak pernah mendapat persetujuan mana2 pihak dalam PAS 2) Tidak mengikut disiplin jemaah = mendedahkan pengkhianatan dalam PAS oleh pengkhianat parti seperti Nasa dan Hasan Ali 3) Memberi wala' kepada Anwar Ibrahim = menolak agenda kerjasama dengan UMNO yang dicadangkan oleh kumpulan ustaz dalam PAS, menyokong perjanjian dalam Pakatan Rakyat 4) Tidak wala' kepada ulama = tidak menyokong ustaz2 yang mahukan kerjasama dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat. 5) Bukan budaya dalam PAS = jangan persoal tindakan2 pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa 6) Parasit = tidak menyokong usaha menubuhkan kerajaan perpaduan, pemimpin2 yang menentang pengkhianat2 dalam parti. Misalnya Harakah mengecam NAsaruddin Mat Isa. Kemudian kecaman tersebut telah dijawab oleh Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda dengan marah sekali. Tak lama lepas tu, Dewan Pemuda mengusulkan supaya sidang editor Harakah dirombak. Kesimpulan: apabila orang macam saya menentang para pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasa, maka puak2 UG inilah yang datang menentang saya. Mereka2 ini giat memfitnah orang mcm Dr Dzul dan Khalid Samad dengan memanggil gelaran seperti parasit, tapi mereka diam membisu pasal Nasa dan Hasan Ali Akhirnya tak hairanlah Allah SWT menarik kemenangan dari Parlimen Titiwangsa sedangkan Allah SWT memberi kemenangan kepada Nurul Izzah. Puak2 UG ni lebih rela jadi pendokong pengkhianat2 dalam parti terutamanya puak2 Pemuda PAS. TULANG BESI Kisah Nik Abduh nak balun Anwar ni aku nak jelaskan sikit supaya beliau harus sedar yang menjadi ahli Pas sebelum beliau lahir lagi sudah berjuang bersama dengan Pas. Malah yang kena hentam,masuk penjara,malah macam-macam lagi yang ahli Pas hadapi sedangkan beliau masih belajar lagi. Kini setelah menjadi ahli Parlimen, Kita berharap beliau dapat membuat satu kaedah atau cara bagaimana untuk mengalpahkan Umno dan Bn atau ada cara lain.kalau kaedah berbincang atau kaedah berceramah puluh-puluh ribu dan mengatakan bahwa ada ahli Pas yang kena kencing dengan anwar, Aku nak juga tengok apa cara Nik Abduh ni boleh buat sehinga kalau tak dapat %k pun tak apa lah.#k sudah , tapi ceramah solo dan ajak rakyat sama-sama tumbanmgkan Umno atau pun???????????????? Nik Abduh persoal Anwar?KOTA BHARU 1 Jun - Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim terus giat merancang perhimpunan Blackout 505 menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula menerima kekalahan pakatan pembangkang dan menyifatkannya sebagai takdir Allah.Malah, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi akaun Facebook miliknya hari ini menyatakan tidak terkejut dengan keputusan pada 5 Mei lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal membentuk kerajaan sekali gus menafikan impian Anwar bercita-cita menjadi Perdana Menteri. "Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan (5 Mei lalu) adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan Pas. "Keputusan PRU-13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat pakatan pembangkang. Pas melalui Presidennya (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah," katanya. Nik Abduh turut menyentuh prestasi pembangkang di Sabah dan Sarawak yang kekalahan pembangkang di kedua-dua negeri itu membayangkan kelemahan jentera Anwar. Kekalahan pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak jelas beliau, telah melenyapkan harapan pembangkang untuk memenangi Putrajaya seterusnya membentuk kerajaan meskipun berjaya menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjung. Dalam nada sinis, Nik Abduh turut menyifatkan janji-janji Anwar sekadar janji manis sehingga mengakibatkan ramai penyokong pakatan pembangkang menjadi mangsa 'kencing manis akibat janji manis bergula' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru dengan TGNA (Tuan Guru Nik Aziz), TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) dan guru politik dalam Pas, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas. "Ya, DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bukan Pas dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah Pas. Tetapi, saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung Pas," katanya. Beliau sehubungan itu menempelak ahli dan pendukung Pas yang sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjurkan Abdul Hadi sehingga menganggap kekalahan pilihan raya lalu sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang didakwa mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Saya sukar memahami sesetengah ahli Pas tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi. "Sama ada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung Pas sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara kerana mungkin juga kedua-duanya bersalah," katanya. Nik Abduh turut mengakui Pas masih gagal memikat undi orang Melayu di seluruh negara termasuk kegagalan parti itu membantu sekutunya PKR mengekalkan tiga kerusi Parlimen di Kelantan yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Menurut beliau, Dewan Pemuda Pas sekitar tahun 2010 telah merumuskan bahawa Pas mestilah menumpukan usaha memikat hati orang Melayu yang didakwa masih liat untuk berubah. Dalam rumusan tersebut katanya, Dewan Pemuda Pas juga mengingatkan semua jentera parti agar menjaga hati orang Melayu agar Pas dilihat mampu menggantikan UMNO. "Pas perlu bertegas dengan isu orang Melayu sebagaimana UMNO dilihat begitu. Bezanya Pas hanya perlu menampilkan penyelesaian cara Islam yang adil dan bersifat memakmurkan hubungan antara kaum tanpa rasis UMNO. Justeru ia akan menambah undi Melayu selain mengekalkan undi bukan Melayu kepada Pas," katanya lagi merujuk kepada rumusan sayap Pas itu. Nik Abduh turut menegaskan bagaimana Dewan Pemuda Pas telah berusaha menjuarai isu-isu Melayu dan Islam serta yakin memperolehi hasil yang agak positif. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan