Telok Bakong Online |
- Sekitar Majlis Kenduri Rakyat Sempena 5 Tahun MUAFAKAT Di Madrasah Tarbiah Kg Banda Dalam
- SELAMAT PENGANTIN BARU,DR NOOR MUHAMMAD AZLAN SHAH & DR FATIN ADLIA PADA 26 MEI 2013
- GST bantu orang kaya, bebankan rakyat miskin
Sekitar Majlis Kenduri Rakyat Sempena 5 Tahun MUAFAKAT Di Madrasah Tarbiah Kg Banda Dalam Posted: 02 Jun 2013 03:40 AM PDT Majlis Kesyukuran sempena lima tahun penubuhan Muafakat dan terselamatnya tujuh buah kampung Melayu warisan di sekitar ibu kota daripada dimusnahkan oleh kerajaan BN dalam Draf Rancangan Kuala Lumpur 2020 Pengerusi Muafakat, Hj Ishak Surin berpesan kepada anak-anak muda agar pertahankan kampung warisan tidak kira orang Melayu ,Tionghua dan India kalian nanti jangan jadi bangsa Palestin yang di tindas , kita tolak 1 Malaysia , kita mahu Malaysia Bersatu, dan lawanlah penipuan licik oleh golongan penindas Lauk pauk masakan kampung yang amat menyelerakan Kenduri Rakyat |
SELAMAT PENGANTIN BARU,DR NOOR MUHAMMAD AZLAN SHAH & DR FATIN ADLIA PADA 26 MEI 2013 Posted: 02 Jun 2013 02:35 AM PDT |
GST bantu orang kaya, bebankan rakyat miskin Posted: 02 Jun 2013 02:10 AM PDT (Oleh Aisha Geoffrey & Ruqayya Rahman)PETALING JAYA 20 MEI: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan kerajaan BN hanya membantu golongan kaya dan membebankan majoriti rakyat miskin, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen.Menurutnya, pelaksanaan tujuh peratus GST di negara ini adalah tidak rasional kerana rakyat terbeban dengan krisis kewangan akibat asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan serta rasuah yang ketara. "KEADILAN memahami rasional bagi GST adalah untuk memperluas dan meningkatkan asas cukai sedia ada. "Bagaimanapun, kelemahan asas cukai bukanlah berpunca dari pengelakan cukai (tax evasion) tetapi dari fakta bahawa pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini. "Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan mencukupi untuk membayar cukai pendapatan. Dalam erti kata lain pelan GST BN hanya membantu orang kaya dan majoriti rakyat membayar lebih cukai," katanya. Tambah Ahli Parlimen Kelana Jaya itu, krisis kewangan yang dihadapi kerajaan BN boleh dielakkan dengan menghapuskan projek-projek mega yang tiada manfaat dan dengan menangani rasuah secara serius. "Selagi BN tidak membuktikan mereka boleh mengurangkan pembaziran dan membanteras rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST," tegas Wong Chen. Terdahulu, beliau membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dalam satu forum Jumaat lalu membayangkan kerajaan mungkin melihat kepada kadar tujuh peratus, berdasarkan model Singapura. Katanya, pelaksanaan mekanisma percukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion. "Sudahlah gaji rendah, kenaikan harga minyak, tol dan sebagainya, sekarang nak tambah GST sampai tujuh peratus pula. GST tidak sesuai untuk negara yang menterinya korup dan rasuah macam Malaysia," tempelak Wong Chen. Tegasnya, jumlah RM20 bilion setahun itu jika ditolak dengan jumlah ketirisan yang mencecah RM40 bilion setahun, rakyat masih perlu menanggung beban RM20 bilion setahun hanya untuk membayar jenayah rasuah menteri. "Kalau dia (Idris) nak samakan dengan negara maju macam Singapura, dia perlu lihat dulu berapa banyak gaji rakyat Singapura. "Kebanyakan negara yang perkenalkan GST tiada hasil bumi. Mereka perlu untuk suntik dana negara, tapi Malaysia mempunyai hasil bumi yang banyak. Konon nak tambah GST untuk tambah dana, tapi hutang negara makin bertambah, rakyat pula tak kaya-kaya," katanya. Dalam perbahasan Parlimen tahun lalu, kerajaan menyatakan jumlah GST yang dicadangkan sebanyak empat peratus. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52249 |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan