RAKYAT MARHAEN |
- PATI akan jadi pewaris Negara ini ?
- Ketua Pemuda DAP Kecam Utusan ! Apa pula Umno nak boikot?
- Graduan disisih kerana dasar UMNO tidak untungkan Melayu
- Kemelut projek KLIA2 terbongkar, MAHB akui kelemahan
- Matlamat Black 505 bukan mengadakan perhimpunan semata-mata, kata pakar strategi MCA
- UMNO BN Menang Tetapi Mereka Masih Berantakan Dan Meroyan..
- Disebalik kisah MIRZAN, PETRON & SAN MIGUEL.....
- Selangor water issue: Ministry response positive, says Khalid
- PELAJAR: We are Youth
- Indian rights group to protest RTM's Interlok drama series
- The Hindraf brothers: Uthaya jailed the day Waytha becomes senator
- Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Selangor
- PRU13: PAS fail petisyen minggu depan
- I remember seeing these 3 cops at the lockup when I visited Dharmendran - widow
- EAIC forms task force to probe custodial deaths
- Postmortem PRU13 selesai menjelang muktamar - Salahudin
- 'Utusan Malaysia berbohong untuk jatuhkan DAP'
- Kes Nik Aziz saman bekas KPN, NSTP RM10 juta selesai di luar mahkamah
- Sidang Media Exco Selangor: Isu Pelantikan Saifuddin & Perumahan Bukit Botak
- 'Saya puas hati' but I will be watching the trial closely - Dharmendran's widow
- Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman - BULETIN 13
- Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Selangor
- MB Yakin Saifuddin Mampu Bantu Laksana Manifesto PR Di Selangor
- Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Pahang
PATI akan jadi pewaris Negara ini ? Posted: 05 Jun 2013 08:02 AM PDT |
Ketua Pemuda DAP Kecam Utusan ! Apa pula Umno nak boikot? Posted: 05 Jun 2013 07:26 AM PDT Hari ini , Anthony Loke secara anak jantan yang bertelur ditemani rakan-rakan dari PKR dan PAS, kesemuanya Melayu turut sama menemani Anthony mengecam Utusan Malaysia... Ha ha ha .. apa macam? Berita sepenuhnya boleh baca Di Sini |
Graduan disisih kerana dasar UMNO tidak untungkan Melayu Posted: 05 Jun 2013 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 JUN: Dakwaan ramai graduan Melayu gagal mendapat pekerjaan di syarikat besar bukan bermakna mereka disisih tetapi disebabkan pelbagai dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak menguntungkan orang Melayu. Senator Dr Ariffin Omar berkata, peminggiran graduan Melayu ini harus dilihat melalui pelbagai sudut secara holistik. "Kita tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan pihak yang tidak mengambil graduan Melayu bekerja sahaja tetapi perlu melihat pokok pangkal punca berlakunya perkara itu," ujar beliau ketika dihubungi hari ini. Mengulas laporan tajuk utama akhbar Utusan Malaysia hari ini 'Graduan Melayu disisih', Dr Ariffin berkata, rakyat Malaysia harus sedar bahawa penguasaan BN dan UMNO lebih 50 tahun lalu menyebabkan banyak dasar yang dibuat tidak seimbang malah merugikan orang Melayu dan rakyat. Contoh, kata pakar dalam sejarah dan kebudayaan Melayu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) sendiri telah gagal memajukan orang Melayu tetapi lebih menguntungkan syarikat kroni UMNO yang tidak berpengalaman. "Akibatnya, berlaku gejala 'alibaba' dan kita tidak berasa janggal kalau ada pihak yang mendakwa DEB lebih menguntungkan 'bukan Melayu'. Jangan kita salahkan orang lain. Ini adalah disebabkan dasar UMNO yang tidak minat untuk majukan orang Melayu sendiri," tegasnya. Ditanya mengenai kemunculan banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) negara ini, Dr Ariffin berkata, kerajaan memang tidak ada masalah untuk melaksanakannya. |
Kemelut projek KLIA2 terbongkar, MAHB akui kelemahan Posted: 05 Jun 2013 07:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 JUN: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akhirnya mengakui projek KLIA2 tergendala teruk setelah berbulan-bulan menafikan kepincangan yang berlaku itu. Pengakuan MAHB ini dibuat selepas Pakatan Rakyat (PR) beberapa kali mempertikaikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan sejak tahun lalu. Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata, MAHB memberi alasan kelewatan menyiapkan kerja pembinaan yang sepatutnya siap pada September 2011 itu kerana beberapa bahagian projek yang gagal disiapkan kontraktor terbabit. "Kami tidak terkejut apabila kontraktor utama projek itu menafikan dakwaan MAHB sebaliknya menyalahkan MAHB sendiri kerana memberi arahan berulang kepada kontrak asal," katanya Pua dalam kenyataannya, hari ini. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mempertikaikan tindakan MAHB yang menyalahkan pihak kontraktor selepas dua tahun berlaku kelewatan. "Jika ianya benar kesalahan pihak kontraktor, mengapa mereka tidak dikenakan denda dan ganti rugi yang ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) sejak September 2011 kerana kelewatan menyiapkan projek berkenaan," katanya. Menurut Pua, masalah membabitkan kontraktor itu tidak pernah disebut MAHB atau Kementerian Pengangkutan sepanjang 18 bulan lalu ketika beliau dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengetengahkan isu berkenaan. |
Matlamat Black 505 bukan mengadakan perhimpunan semata-mata, kata pakar strategi MCA Posted: 05 Jun 2013 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun — Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya. Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang. Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia. "Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO BN Menang Tetapi Mereka Masih Berantakan Dan Meroyan.. Posted: 05 Jun 2013 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas keputusan PRU13, parti komponen BN nampak gelabah sehingga ada cadangan untuk menjadikan BN parti tunggal. Selain itu, ada cadangan membubarkan semua parti komponen menjadi satu sahaja seperti yang disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn. Mesyuarat MT UMNO, Jumaat lalu, bersetuju mewujudkan makmal khusus bagi memperincikan cadangan itu dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan ahli di seluruh negara. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini ditambah pula kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang mengatakan Umno menang bukan kerana kuat, tetapi kerana Melayu berjaya ditakutkan sehingga mereka mengundi Umno pada PRU13. "Sampai bila Melayu hendak ditakutkan kerana Melayu yang berjaya ditakutkan sudah tidak ramai, sebagaimana orang Melayu sudah tidak ramai yang takut kepada hantu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang kepada Harakahdaily. Menurutnya, Umno berada pada situasi yang merbahaya jika hanya mengharapkan Melayu menyokong berdasarkan emosi kerana Melayu yang celik maklumat dan faham agama tidak diserang dengan budaya takut. Katanya, mereka sedar, Melayu musnah semuanya angkara Umno. Beliau berkata, golongan ini mula mempersoalkan kenapa setelah 57 tahun merdeka, Melayu semakin tertinggal ke belakang. Ini, katanya kerana Umno telah khianat amanah untuk membantu orang Melayu. "Berapa banyak projek yang dikhas untuk orang Melayu gagal diselenggarakan dengan baik. "Kenapa Umno hendak mengkambing hitamkan kaum lain, supaya Umno terus selamat?" tanya beliau. |
Disebalik kisah MIRZAN, PETRON & SAN MIGUEL..... Posted: 05 Jun 2013 06:55 AM PDT |
Selangor water issue: Ministry response positive, says Khalid Posted: 05 Jun 2013 06:29 AM PDT |
Posted: 05 Jun 2013 05:28 AM PDT |
Indian rights group to protest RTM's Interlok drama series Posted: 05 Jun 2013 05:27 AM PDT |
The Hindraf brothers: Uthaya jailed the day Waytha becomes senator Posted: 05 Jun 2013 05:27 AM PDT |
Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Posted: 05 Jun 2013 05:25 AM PDT |
Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Selangor Posted: 05 Jun 2013 04:49 AM PDT |
PRU13: PAS fail petisyen minggu depan Posted: 05 Jun 2013 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS akan memfailkan petisyen Pilihan raya Umum ke-13 bermula minggu depan di enam buah negeri. Read More / Baca Lagi >>Setiausaha Jawatankuasa Khas Petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata setakat ini, terdapat lapan petisyen yang disahkan akan difailkan, tidak termasuk enam dari Terengganu. "Setakat ini, jumlah petisyen yang disahkan lapan, tidak termasuk enam dari Terengganu. Jika Terengganu memutuskan enam petisyen, maka 14 petisyen akan difailkan. Mungkin juga akan berlaku perubahan sama ada hanya lima yang difailkan Terengganu, bergantung kepada keputusan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) esok," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Mengulas lanjut, Abang Kerdee berkata pada asalnya sebanyak 20 petisyen akan difailkan, bagaimanapun selepas enam kali bermesyuarat dan beberapa saringan dilakukan, jawatankuasa bersetuju untuk memfailkan lapan petisyen. Petisyen tersebut akan difailkan di Wilayah Persekutuan, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, dan Terengganu. |
I remember seeing these 3 cops at the lockup when I visited Dharmendran - widow Posted: 05 Jun 2013 04:32 AM PDT |
EAIC forms task force to probe custodial deaths Posted: 05 Jun 2013 04:30 AM PDT |
Postmortem PRU13 selesai menjelang muktamar - Salahudin Posted: 05 Jun 2013 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka selesai menyiapkan laporan lengkap berhubung prestasi PAS dalam PRU13, menjelang muktamar tahunan PAS ke-59. Read More / Baca Lagi >>Pengerusinya, Salahuddin Ayub (gambar) , berkata laporan lengkap itu akan dibentangkan selewat-lewatnya akhir Oktober ini dengan penglibatan 15 kumpulan sasaran yang bakal memberikan pandangan dan input kepada jawatankuasa tersebut. Selain organ parti, kata Salahuddin kumpulan sasaran lain yang akan terlibat dalam memberikan input itu, termasuklah daripada badan NGO, tokoh politik, sosial, ekonomi dan juga akademik. Dalam masa sama, tegas Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS itu, jawatankuasa juga akan mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil negeri untuk mendapatkan input secara langsung supaya laporan yang diterima meliputi di peringkat akar umbi. "Setelah bermesyuarat dua kali sebelum ini, jawatankuasa telah menyediakan format laporan serta terma-terma bagi kegunaan jawatankuasa, selain menetapkan tarikh-tarikh untuk diadakan pertemuan dengan PAS negeri-negeri bagi mendapatkan maklumat mengenai prestasi PAS pada PRU13 lepas," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini. |
'Utusan Malaysia berbohong untuk jatuhkan DAP' Posted: 05 Jun 2013 03:42 AM PDT DAP menuduh akhbar harian milik Umno - Utusan Malaysia - menyiarkan "pembohongan" dalam laporan muka depannya untuk membawa "agenda" pemiliknya supaya pendaftaran parti pembangkang itu dibatalkan. Laporan itu memetik seorang pemimpin kanan DAP yang enggan namanya disiarkan mendakwa, pemilihan itu dipercayai bagi 'mencantas' mana-mana cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lepas. Dalam satu sidang akhbar hari ini, Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, laporan tersebut tidak mempunyai merit. Katanya, ini kerana pemilihan peringkat cawangan adalah urusan tahunan parti itu dan tahun ini ia telah ditangguhkan dari April/Mei kepada Jun kerana pilihan raya umum ke-13. "Utusan Malaysia nak tipu sampai bila? Jelas ia nak beri tanggapan buruk dan negatif dengan motif akhirnya untuk memberi justifikasi ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk membatalkan pendaftaran DAP," kata Loke (kiri dalam foto). Tegasnya, walaupun jika ROS akhirnya mendapati DAP perlu mengadakan pemilihan CEC, senarai senarai perwakilan asal dari Disember lepas akan digunakan. Oleh itu, hujahnya, tidak timbul persoalan pemilihan peringkat cawangan diadakan untuk menggagalkan sebarang pemilihan CEC. Selain itu, katanya, ROS juga belum menemui sebarang kesalahan DAP. |
Kes Nik Aziz saman bekas KPN, NSTP RM10 juta selesai di luar mahkamah Posted: 05 Jun 2013 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun — Saman fitnah RM10 juta yang difailkan bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dan enam yang lain, selesai hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah. Peguam Choo Shi Jin, yang mewakili Abdul Rahim memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong. Choo berkata plaintif dan defenden bersetuju dengan penyelesaian itu tanpa melibatkan sebarang liabiliti. Bagaimanapun, kata beliau, syarat penyelesaian tidak dapat diumumkan. "Susulan itu, Nik Abdul Aziz menarik balik saman berkenaan," katanya. Pada 31 Mei tahun lepas, Nik Abdul Aziz memfailkan saman itu dengan menamakan Abdul Rahim, tiga pemberita akhbar New Straits Times (NST) — Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean and Nik Imran Abdullah —, ketua pengarang kumpulan News Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, ketua pengarang NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan NSTP sebagai defendan. Dalam penyata tuntutannya, Nik Abdul Aziz berkata defendan secara bersama bertanggungjawab menulis dan menyebabkan penerbitan satu artikel berunsur fitnah pada muka surat 6 akhbar itu pada 8 Mei tahun lepas. — Bernama |
Sidang Media Exco Selangor: Isu Pelantikan Saifuddin & Perumahan Bukit Botak Posted: 05 Jun 2013 03:32 AM PDT |
'Saya puas hati' but I will be watching the trial closely - Dharmendran's widow Posted: 05 Jun 2013 03:32 AM PDT |
Badan Hak Asasi Antarabangsa Gesa PM Henti Ganggu Peserta Himpunan Aman - BULETIN 13 Posted: 05 Jun 2013 03:31 AM PDT |
Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Parlimen Selangor Posted: 05 Jun 2013 02:07 AM PDT |
MB Yakin Saifuddin Mampu Bantu Laksana Manifesto PR Di Selangor Posted: 05 Jun 2013 01:58 AM PDT SHAH ALAM 5 JUN : Pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dilihat dapat membantu Kerajaan Negeri dalam melaksanakan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana individu yang layak bagi membantu menjayakan usaha Kerajaan Negeri. "Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari individu yang mempunyai keupayaan untuk melaksanakan manifesto yang kita bentangkan dalam PRU13 lalu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor, di Pejabat Kerajaan Negeri, di sini. Abdul Khalid menambah Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bersama pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada minggu depan bagi membincangkan usaha meningkatkan pembangunan luar bandar yang akan diterajui Setiausaha Agung PKR itu. Pelantikan Saifuddin diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres Kali Ke 9 parti itu di Petaling Jaya bulan lalu. Dalam masa yang sama, katanya, isu tuntutan PAS dan DAP terhadap jawatan yang setara dengan Saifuddin turut akan dibincangkan dalam pertemuan itu. |
Segera: Helaian Mata (Score Sheet) Dun Pahang Posted: 05 Jun 2013 01:47 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan