RAKYAT MARHAEN |
- PARLIAMENT SIZZLES: Secret ballot rejected, Pandikar elected Speaker amid youth protests
- 'Kami tak gentar', kata penganjur Black505
- Speaker Dewan Rakyat: Pandikar 133 undi, Abdul Kadir 89
- Aktivis dakwa peserta perkhemahan dikasari
- Timbalan Pengerusi SPR Merajuk, Takan Maafkan Peserta Demo Dunia Akhirat..
- #BLACK505: Anak muda terus bertekad walaupun tiada khemah
- Padang Merbok: Aktivis enggan berganjak
- Anwar Hanya Akan Jumpa Najib Bersama Pimpinan Pakatan
- Menteri dikritik utamakan panda berbanding jerebu
- DBKL lapor polis minta usir aktivis Padang Merbok
- Blackout 505 : Peserta terus Berkhemah Walaupun Keadaan Jerebu
- Anwar beri amaran 'sindrom penat' pemimpin Pakatan
- #BLACK505: Campers pledge to stay, with or without tents
- Beware of UMNO voices within Pakatan Rakyat - Anwar
- Gambar Najib Di Malukan Tersebar..
- PR Sedia Kerjasama BN - Isu Jerebu
- SPR peranannya suruhanjaya bukan "suruhan Umno"
- Mat Sabu: Pakatan perlu menang sokongan Melayu untuk memerintah Malaysia
- Almarhum Ustaz Fadzil Noor :“Tidurlah Bagaikan Malam Pengantin”
- Semalam bersama demonstran di Padang Merbok
- Penahan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin
- Perkhemahan Cara Akhir Menentang Penipuan Pilihanraya
- Anwar : Penahanan Husam Bersifat ‘Selective Persecution’
- DAP Perlu Tingkat Usaha Betulkan Persepsi Melayu
- Kaji agar TPPA tidak jejas kepentingan negara – Anwar
PARLIAMENT SIZZLES: Secret ballot rejected, Pandikar elected Speaker amid youth protests Posted: 23 Jun 2013 08:01 PM PDT Malaysia's Parliament got off to the fiery start expected by most people in the country after possibly the most divisive-ever general election held last month. At Parliament's door step to greet Prime Minister Najib Razak were dozens of youth activists demanding the resignation of the Election Commission chiefs and even after the sitting in the August house began at 10am, the demonstrators were still unwilling to disperse. "No, we are getting even stroner. We have a joint memorandum to hand over to our leaders in Parliament," Roslan Islmail, the head of Kelantan-based Ambang 13 pro-democracy outfit, told Malaysia Chronicle. The group, along with dozens of other student protesters, had earlier handed over a copy of the memorandum to the Opposition which was received by PKR MP for Batu Tian Chua. As the police had blocked the entry to parliament, Tian and his colleague DAP's M Manogharan received the memo at the road just outside Parliament. Meanwhile, as expected Najib's Umno-BN coalition is steamrolling its way through the election of the Speaker and Deputy Speaker. The Opposition's demand for a secret ballot was denied. "Voting blocs - TS Pandikar Amin 133 MPs / Dtk Kadir Sulaiman 89 MPs. Speaker 4 Dewan Rakyat is finalized," tweeted MP for Lembah Pantai Nurul Izzah. | ||||
'Kami tak gentar', kata penganjur Black505 Posted: 23 Jun 2013 07:57 PM PDT Ahli Parlimen Seremban dari DAP itu bagaimanapun akan memaklumkan tindakan lanjut pihaknya selepas ini bergantung kepada kenyataan pihak polis. "Saya bersedia (dikenakan tindakan tegas polis). "Kita tunggu dulu kenyataan pihak polis, baru kita beritahu apa tindakan kita selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada Konvenysen Pakatan Rakyat (PR) di Ampang, semalam. Pada hari himpunan Sabtu lalu, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan tegas ke atas penganjur. Pada 10 Jun lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal menolak permohonan Sekretariat Black505 untuk menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi acara kemuncak perhimpunan itu. | ||||
Speaker Dewan Rakyat: Pandikar 133 undi, Abdul Kadir 89 Posted: 23 Jun 2013 07:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebagaimana keputusan Pilihan raya Umum ke-13 lalu, BN memenangi 133 kerusi parlimen, begitulah juga keputusan pengundian untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat, pagi ini. Speaker sesi lalu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memperolehi 133 undi anggota dewan sementara bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman mendapat 89 undi. | ||||
Aktivis dakwa peserta perkhemahan dikasari Posted: 23 Jun 2013 07:53 PM PDT Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata operasi pada dinihari itu dijalankan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis yang dilengkapi senjata.Pihak berkuasa awal pagi ini merampas berpuluh-puluh khemah yang didirikan oleh aktivis Padang Merbok selepas perhimpunan 'Black 505' pada hari Sabtu lalu. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata operasi pada jam 4.30 pagi itu dijalankan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anggota polis yang dilengkapi senjata. "1 pagi jumpa DBKL bagi jaminan 8 pagig akan kosongkan Padang Merbok. Tapi 4.30 pagi DBKL dengan polis bersenjata rampas khemah dan kasari, tendang orang yang tidur," katanya dalam satu tulisan di Twitter. Seramai 45 orang peserta berkenaan kini berhimpun dan berbaring sebagai tanda bantahan di satu kawasan di depan bangunan Parlimen sejak jam 8.30 pagi ini. | ||||
Timbalan Pengerusi SPR Merajuk, Takan Maafkan Peserta Demo Dunia Akhirat.. Posted: 23 Jun 2013 03:08 PM PDT Kecik ahti dia. Apakah tindakan kita keterlaluan? Lihat bawah. Baca sampai habis. Besarkan imej kalau tak dapat baca dengan screen kecik. Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad memberitahu kepada pihak media bahawa ; 1. Dia tidak akan maafkan sesiapa yang memijak2 poster yang terpampang wajahnya.. 2. Dia tidak akan maafkan mereka dunia akhirat.. 3. Dia juga merasa kecewa dengan tindakan pemimpin pembangkang yang hamburkan kata2 kesat terhadapnya.. Ayat dia.. " Tidak mengapalah.. mereka akan bertanggungjawab di akhirat nanti dan saya tidak akan maafkan mereka dunia akhirat. Ia adalah perbuatan khianat, biadap dan saya tahu mereka semua sudah dikelirukan oleh pemimpin nya.. " Aku takmo ulas citer di atas. Juga tak berminat nak jadi hakim dengan tentukan siapa betul siapa salah dalam insiden di atas. Biar Allah je tentukan. Kalau betul timbalan pengerusi SPR, tak bersalah maka Allah akan hukum mereka2 yang bersikap khianat terhadap dia oke? Sekarang aku cuma nak citer beberapa benda yang terbukti sahih jek. Oke. Sahih.Read More / Baca Lagi >> | ||||
#BLACK505: Anak muda terus bertekad walaupun tiada khemah Posted: 23 Jun 2013 02:49 PM PDT Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini berkata kira-kira 40 buah khemah yang didirikan di Padang Merbok selepas himpunan Black 505 semalam telah diturunkan. Ia ekoran tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerahkan notis supaya mengosongkan Padang Merbok dalam tempoh dua jam pagi ini. Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, baki 50 buah khemah lagi masih lagi kekal strukturnya di padang itu. "Kami sedang berbincang peringkat demi peringkat (sama ada untuk menurunkannya). Isunya bukan dengan DBKL. Isunya adalah mendesak (kepimpinan) SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan," katanya. Sementara itu, Pengarah Propaganda SAMM Edy Nor Reduan berkata, setakat jam 1.30 petang ini tiada apa-apa tindakan daripada DBKL sekalipun kira-kira 30 pegawai DBKL berada berdekatan kawasan perkhemahan mereka. Sebelum itu, Bernama melaporkan DBKL hari ini mengeluarkan notis dua jam kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok di Kuala Lumpur untuk mengosongkan kawasan itu. Pegawai Penguatkuasa DBKL yang ditemui di kawasan itu berkata notis tersebut dikeluarkan pada pukul 10.15 pagi supaya membuka dan mengalihkan khemah yang didirikan di tempat awam tanpa kebenaran Datuk Bandar Kuala Lumpur. Penganjur mendakwa 100 khemah didirikan di Padang Merbok selepas perhimpunan Black 505 semalam dan 246 orang bermalam di situ malam tadi. | ||||
Padang Merbok: Aktivis enggan berganjak Posted: 23 Jun 2013 02:48 PM PDT Sekumpulan aktivis yang berkhemah di Padang Merbok hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari tempat tersebut walaupun telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menerusi laman sesawang Facebook Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka akan terus bertahan meskipun dihalang berkhemah di situ oleh pihak DBKL. "DBKL dan polis datang dengan lebih ramai. Mereka sudah berbaris, mungkin tapak khemah akan diserang teruk. "Kami akan cuba pertahan. Mohon malam ini semua berkumpul di Padang Merbok," katanya. Mereka yang berkhemah di sana turut mencipta lagu bagi meningkatkan semangat mereka untuk kekal di sana. Antara petikan lirik lagu tersebut adalah: "DBKL sangat baik hati, jaga kami dari malam tadi, kerja anda kami hargai, sampai esok kami di sini. | ||||
Anwar Hanya Akan Jumpa Najib Bersama Pimpinan Pakatan Posted: 23 Jun 2013 02:46 PM PDT AMPANG 23 JUN : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengadakan sebarang rundingan. Bagaimanapun, Anwar berkata, perbincangan yang akan dilakukan itu hendaklah dilakukan secara telus dan terbuka. "Saya tidak pernah menolak untuk berbincang dengan sesiapa, tetapi harus telus dan terbuka. "Kita pelawa dari 'consistent' untuk ada rundingan, untuk berbicara dengan PR, saya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sedia untuk jumpa Najib dan Muhyiddin pada bila-bila masa," katanya. Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Hotel De Palma Inn, Ampang, di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Menteri dikritik utamakan panda berbanding jerebu Posted: 23 Jun 2013 02:44 PM PDT "Kenyataan (Palanivel) di akhbar hari ini bukan tentang jerebu tetapi tentang membina bangunan khas untuk panda dan bagaimana ia akan dihantar dalam masa terdekat. "Ini tidak masuk akal, kita sedang berada dalam krisis jerebu, tetapi beliau bercakap tentang panda. "Jika jerebu tidak selesai, China tidak akan benarkan panda itu datang," kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semasa pembukaan konvensyen kepimpinan Pakatan Rakyat di Ampang hari ini. Lim juga menggesa pengisytiharan darurat di ekoran cuaca buruk di beberapa tempat di Johor, yang kebetulan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini. Bercakap dalam sidang media hari bersama Pakatan hari ini, Lim berkata beliau maklum pengisyhtiharkan telah dibuat tetapi kerajaan harus melakukan lebih daripada itu. "Apa salahnya kerajaan memberikan topeng muka percuma di kawasan yang teruk dicemari," katanya. Palanivel dilaporkan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dengan Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) mengenai perlindungan panda gergasi dan program penyelidikan yang akan dijalankan di Zoo Negara.Read More / Baca Lagi >> | ||||
DBKL lapor polis minta usir aktivis Padang Merbok Posted: 23 Jun 2013 02:41 PM PDT KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuat laporan polis meminta agar polis bertindak mengusir peserta perhimpunan yang masih berkhemah di Padang Merbok, di sini. Menteri Wilayah Persekutusan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata laporan polis itu dibuat susulan mesyuarat antara pihaknya dan DBKL pada pukul 5.30 petang tadi. "Tindakan mereka ini satu kesalahan. Kita dah beritahu mereka tak boleh berhimpun di situ, mereka boleh berhimpun di Stadium Merdeka, tapi mereka degil, jadi kita minta polis bertindak mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat enam keluarga mangsa kebakaran di Kampung Padang Balang, di sini hari ini. Katanya, tindakan tegas terpaksa diambil kerana penyokong pembangkang ternyata terlalu keras hati dan dikhuatiri menimbulkan kekecohan sebagaimana insiden dua penguat kuasa DBKL dikasari semalam. | ||||
Blackout 505 : Peserta terus Berkhemah Walaupun Keadaan Jerebu Posted: 23 Jun 2013 02:23 PM PDT | ||||
Anwar beri amaran 'sindrom penat' pemimpin Pakatan Posted: 23 Jun 2013 02:20 PM PDT | ||||
#BLACK505: Campers pledge to stay, with or without tents Posted: 23 Jun 2013 02:48 AM PDT The protesters who camped out at Padang Merbok last night will take down their tents, following the eviction notice this morning from City Hall. But the protesters themselves will stay on, declared Solidariti Anak Muda Malaysia chairman Badrul Hisham Shahrul, who is also known as Chegu Bard. "We do not want them to deviate the attention of others from the real issue here. So we will dismantle the tents in stages as requested in the notice," said Chegu Bard. He stressed that although the tent structures will be removed, the group of protestors will continue to be here until the first sitting of the 13th Parliament of Malaysia tomorrow. "Our stand remains the same. Our presence here is to put pressure against the Election Commission and the top two to quit," said Chegu Bard. He said the tents will be removed in stages as some of them belong to individuals while some belong to other non-governmental organisations. He said political activist Haris Ibrahim had a discussion with enforcement officer Nasarudin Daharun on the matter. "He has agreed to give us more time to allow us to remove the tents structure," said Chegu Bard. | ||||
Beware of UMNO voices within Pakatan Rakyat - Anwar Posted: 23 Jun 2013 02:47 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim today went for the jugular when he warned elements within Pakatan Rakyat against giving in to political fatigue and losing steam in the fight against electoral fraud. The Opposition Leader did not mince his words and called those with wavering spirit, the voices of Umno in the coalition of PKR, PAS and DAP. "There are some among us who are talking about 'moving forward'. I would like to remind them that if they were to remain in Pakatan, moving forward without understanding the realities of the past is impossible. "The people who are only talking about 'moving forward' is the same as what Husam said, they are the voices of Umno in Pakatan and we must have courage to reject and deflect this, " Malaysiakini quoted him as saying. The Opposition leader was speaking at the Pakatan Rakyat's convention in Kuala Lumpur. His comments came in the wake of the Black 5O5 gathering yesterday where an estimated 50,000 people turned out, smaller than the expected crowd. This has led the mainstream media to call the rally a failure and for pundits to say that political fatigue was taking its tool on the Opposition's drive for electoral reform. But Anwar told Pakatan Rakyat elected representatives not to lose sight of the big picture. "The persecution of Pakatan leaders continues despite the government being a minority one... we cannot concede. In politics this is called political fatigue. When it infects Pakatan Rakyat, people will ways to reduce the fatigue or "find" income," he said. Combating fatigue among the party faithful and isolating Pakatan leaders likely to be tempted with offers of position and wealth is going to be a major challenge for Anwar and other like-minded leaders in the opposition. There has been speculation that the Barisan National government is willing to offer government positions to Pakatan Rakyat politicians who are willing to cross over. | ||||
Gambar Najib Di Malukan Tersebar.. Posted: 23 Jun 2013 02:42 AM PDT Perdana Menteri Hj Najib pun hadir ke himpunan blackout. Najib dah salah attend prog, amik kau makan kasut! ~fb dppk Tambun Man 'whacks' Najib KUALA LUMPUR: While politicians delivered fiery speeches at Padang Merbok, one elderly man decided to show his frustration by beating Prime Minister Najib Tun Razak's portrait with a slipper. "Najib knows how to make laws but he doesn't understand on how to follow them. This is why he deserves it," said M Krishnan,55 before whacking Najib's portrait repeatedly. He also drank some water, before spitting it out on Najib's portrait. His actions received thunderous support from those around him, who cheered while he waved his slipper on the portrait. On what was his grouses against the government, Krishnan said he was a recipient of a public housing scheme (PPR) flat from the Kuala Lumpur City Hall (DBKL), two years ago. However, he claimed that the flat was in a poor condition and accused DBKL of ignoring his complaints."So I stopped paying rent after three months. Now I owe DBKL about RM3,000 but I don't care," said Krishnan. He added that the Socso office had also failed to compensate him in full despite an injury suffered during his working time.When asked if he feared the authorities may take action against him for his conduct, Krishnan told the media that he was not afraid to be arrested. "If the police want to take action against me, go ahead. I'm not afraid," he said. ~free malaysia today | ||||
PR Sedia Kerjasama BN - Isu Jerebu Posted: 23 Jun 2013 02:01 AM PDT | ||||
SPR peranannya suruhanjaya bukan "suruhan Umno" Posted: 23 Jun 2013 01:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat terus bersuara memperjuangkan agar peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kembali kepada landasan asal. Berucap pada majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini, Mohamad berkata, peranan SPR yang ada hari ini sudah menyimpang jauh dan dilihat seperti berkerja hanya untuk memenangkan Umno BN. Bukti paling jelas katanya, boleh dilihat dengan pelbagai kepincangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sehingga menyaksikan sejumlah 60 petisyen dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN. Ianya tidak termasuk lagi kepincangan-kepincangan lain seperti penggunaan dakwat yang diyakinkan sebagai kekal, tetapi boleh tanggal sejurus selepas pengundian. "Yang penting peranan SPR perlu dikembalikan. Peranan SPR adalah menjadi sebuah suruhanjaya, bukan "suruhan Umno"," katanya. Turut menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis itu adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mesej himpunan sampai Read More / Baca Lagi >> | ||||
Mat Sabu: Pakatan perlu menang sokongan Melayu untuk memerintah Malaysia Posted: 23 Jun 2013 01:50 AM PDT Umno berjaya menanam persepsi parti itu adalah pejuang dan pelindung Melayu, dan Pakatan Rakyat (PR) perlu menghapuskan persepsi sedemikian daripada komuniti Melayu jika mahu mengambil alih pemerintahan negara, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata Umno berjaya dianggap pelindung survival Melayu dan Islam, yang menjadikan masyarakat Melayu yakin parti majoriti Melayu itu sahaja yang akan mempertahankan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. "Umno masih dianggap pelindung Melayu dan Islam ... inilah kalau kita lihat keputusan (pilihan raya) bahawa orang Melayu masih bimbamng kalau Umno kalah bagaimana apa akan terjadi kepada orang Melayu, Islam. "Ini kejayaan persepsi yang ditanam sejak merdeka, yang menjadikan rakyat takut mengalahkan Umno, termasuk menjaga nama Allah," kata Mat Sabu ketika berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) di Ampang. Justeru itu, Mat Sabu menggesa rakan komponen PR dari DAP, dan PKR memberi bantuan sewajarnya bagi memastikan persepsi berkenaan dapat dihapuskan. "Bantuan semua kaum khasnya DAP yang memperolehi undi besar nak buang persepsi Umno pejuang Melayu ... macam mana nak buang dalam masa, tiga atau empat tahun akan datang," katanya di hadapan 400 penyokong PR yang hadir hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Almarhum Ustaz Fadzil Noor :“Tidurlah Bagaikan Malam Pengantin” Posted: 23 Jun 2013 01:42 AM PDT Oleh Ridzwan Abu Bakar 23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur. Dua minggu sebelum itu, di Muktamar PAS yang diadakan di Dewan PUTIK Kota Bharu, ketika mengucapkan Terima Kasih bagi pihak perwakilan kepada YB Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor atas ucapan dasar yang disampaikan, Ustaz (sekarang Dato') Hj Abu Kassim Abdullah selaku pengerusi tetap Muktamar telah membaca sepotong hadith yang mafhumnya ganjaran kepada mereka yang menghabiskan masa, tenaga dan harta untuk perjuangan Islam, akan dikatakan kepada mereka pada saat dikebumikan "Tidurlah bagaikan malam pengantin", (hampir dalam setiap kali Muktmar Ust Abu Kassim akan baca hadith ini diselangi dengan pantun-pantun yang meniupkan semangat, yang antaranya "berakit-rakit ke hulu, berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemduan" dan pantun-pantun memperkenalkan AJK Pas Pusat). Para pejuang hanya akan berehat dan punya masa untuk beradu dengan tenang apabila mereka mati, Dr Ammar bin Fadzil – anak Al Marhum UFN – dalam ucapannya sebelum sembahyang jenazah telah menyatakan "Inilah – 2 minggu – masa yang dapat kami habiskan sepenuhnya bersama Baba", demikianlah Pejuang – Ulama' - Pemikir – Ahli Politik yang telah mula memberi azam dan himmahnya untuk bersama dengan para pejuang lain bagi memenangkan Islam di tanah air pada hari pertama beliau menjejaki kaki di Malaysia setelah beberapa ketika berada di lapangan jihad keilmuan di "kiblat" ilmu ummat ini di Al Azhar, Mesir. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Semalam bersama demonstran di Padang Merbok Posted: 23 Jun 2013 01:30 AM PDT Pagi Ahad. Mentari pagi Malaysia menyinari pemandangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Padang Merbok. Khemah memenuhi padang. Anak-anak muda yang tinggal di dalamnya bangun tidur. Mereka menggeliat, sambil senyum. Merangkak keluar dan menyapa rakan-rakan yang tidur bertemankan bulan dan cuaca dingin. Mereka mula memikirkan tentang sarapan pagi. Lebih kurang 300 orang mahasiswa dan anak muda berada di sini semenjak perhimpunan semalam - dihadiri oleh puluhan ribu orang yang percaya terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dan mahukan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan. Mereka yang berkhemah telah mengisytiharkan akan bekhemah sehingga sidang Parlimen ke 13 Malaysia bermula esok. Mereka mahukan perubahan. Kumpulan aktivis itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan tetapi lebih ramai adalah anak muda yang mahukan perubahan dan melakukan aksi ke arah itu. Ramai menemui kawan-kawan baru di sini yang mana sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Penahan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin Posted: 23 Jun 2013 01:28 AM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Anak negarawan yang kini ahli Pas seumur hidup Tamrin Ghafar kesal dengan apa yang berlaku ke atas Naib Presiden Pas yang ditahan polis lewat petang semalam di bawah akta Hasutan 1948. Bagi Tamrin penanahan Husam itu merupakan bukti tindakan penangkapan terpilih dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Dalam percakapan dengan bloger sekejap tadi, Tamrin mempersoalkan kenapa polis begitu cepat, pantas dan rajin bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi seakan memejamkan mata atau buat-buat tidak dengar terhadap kroni kerajaan yang melakukan kesalahan sama. Beliau lantas memberi contoh dan mempersoalkan kenapa, polis tidak menahan dan melokapkan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, atau pun Ahmad Zahid Hamidi dan Non Omar walaupun mereka pernah mengeluarkan kata-kata berunsurkan hasutan yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Katanya Mahathir semasa berceramah di Gelang Patah Johor pada pilihan raya lalu telah membangkitkan dengan niat orang Melayu benci dan tidak mengundi calon-calon Cina terutama DAP dalam PRU-13 dengan mengatakan kalau DAP menang negara ini akan diperintah oleh Cina. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Perkhemahan Cara Akhir Menentang Penipuan Pilihanraya Posted: 23 Jun 2013 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 JUN : Anak muda yang berkhemah di tapak himpunan #Black505 semalam berkata tindakan mereka itu kerana semua usaha bagi memaksa Kerajaan Persekutuan bertindak terhadap dakwaan penipuan di dalam pilihanraya umum ke-13 telah gagal. Walaupun umumnya rakyat Malaysia kurang faham atau memandang serong terhadap tindakan mereka, peserta perkhemahan itu merasakan perjuangan mereka akan akhirnya mendatangkan kebaikan kepada masyarakat umum. Ini kerana proses pilihanraya yang terencat dan lemah tidak akan mengambarkan suara rakyat yang sebenar dan akhirnya merampas kuasa individu untuk menentukan halatuju negara. Buktinya seperti diperkatakan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Walaupun gagasan itu menang 51 peratus daripada keselurahan undi PRU-13, ia tidak dapat membentuk kerajaan persekutuan. "Kalau rakyat tidak mahu ambil tindakan sekarang. Kita bakal terus bersusah payah lagi biarlah sampai 100 kali pilihan raya lagi sekalipun," kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ketika di temui kawasan perkhemahan itu di Padang Merbok. Sejurus selesai himpunan #Black505 semalam, aktivis anak muda daripada pelbagai latar belakang mendirikan kira-kira 50 khemah di padang itu. Usaha itu bagi mendesak Kerajaan Persekutuan Umno-BN mengambil serius tuntutan beberapa NGO dan Pakatan sebelum ini untuk menangani penyelewengan PRU-13. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Anwar : Penahanan Husam Bersifat ‘Selective Persecution’ Posted: 23 Jun 2013 01:24 AM PDT AMPANG 23 JUN : Penahanan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam disifatkan 'penganiayaan terpilih' (selective persecution) oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Umno-BN. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 'penderaan' terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tetap diteruskan walaupun Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan minoriti. "Penderaan terhadap pimpinan PR diteruskan, walaupun kerajaan itu adalah minoriti yang tidak dapat dinafikan walaupun rakyat telah menolak BN. "Budaya keangkuhan dan pendakwaan yang memilih 'selective prosecution', malah saya katakan ia adalah 'selective persecution' itu diteruskan," katanya. Semalam, Husam ditahan di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan yang beliau keluarkan di Kota Bharu sebelum perhimpunan Black505 di Padang Merbok. Semalam beliau dibawa ke Kota Bharu untuk siasatan. Husam didakwa sebagai berkata "Andaikata kita terkorban atau satu daripada kita terkorban, insyaAllah ia adalah syahid fi sabillilah". Mengulas lanjut, Anwar berkata, penahanan Husam memperkukuhkan bukti bahawa pemimpin Umno bebas dan terlepas daripada segala kenyataan berbaur perkauman dan hasutan selama ini. Katanya, selama hampir bertahun-tahun pemimpin Umno-BN dan kumpulan pendesak Melayu (Perkasa) mengeluarkan kenyataan sedemikian namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa. "Ungkapan berbaur perkauman dan hasutan ini lebih berbulan-bulan dan bertahun-tahun oleh Umno dan Perkasa sama sekali tidak dihiraukan. "Seolah-olah tidak ada perubahan dalam sistem di negara kita," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. | ||||
DAP Perlu Tingkat Usaha Betulkan Persepsi Melayu Posted: 23 Jun 2013 01:19 AM PDT AMPANG 23 JUN: Kerjasama perlu dipertingkatkan dikalangan komponen Pakatan Rakyat (PR) bagi membetulkan persepsi orang Melayu bahawa hanya Umno sahaja pelindung dan pembela komunti. Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, perancangan teliti perlu dilakukan mulai sekarang bagi mengelakkan isu yang berkaitan orang melayu dimainkan semula pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Oleh itu, beliau berkata, DAP diperlukan bagi membantu menerangkan kepada komuniti Melayu yang masih ragu-ragu untuk memberi sokongan kepada Pakatan. "Untuk rancangan lima tahun akan datang, kita kena lihat secara serius bantuan daripada semua kaum khasnya DAP. "DAP menang begitu besar dan diperlukan supaya melihat secara serius bagaimana nak membuang persepsi yang mengatakan hanya Umno penyelamat Melayu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel De Palma Inn Ampang di sini hari ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Kaji agar TPPA tidak jejas kepentingan negara – Anwar Posted: 23 Jun 2013 01:17 AM PDT AMPANG, 23 Jun: Penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik (TPPA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) akan mendatangkan banyak manfaat kerana tidak seperti negara lain, Malaysia banyak bergantung kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI). Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak wajar sekiranya Malaysia mengambil sikap muktamad dengan menolak perjanjian berkenaan, tetapi jika kesannya membebankan rakyat, maka perjanjian itu mesti diteliti semula. "Maka pasukan atau panel dari kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus meneliti dan membuat satu konsensus menentukan peruntukan mana yang harus diteliti semula supaya perundingan TPPA tidak menjejaskan kepentingan negara," katanya dalam ucapan aluan ketika Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di Hotel De Palma. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan