RAKYAT MARHAEN |
- TPP: PR gesa tubuh PSC pantau secara khusus
- Pendirian Mahathir Mengenai Kedudukan Najib Masih Diragui
- Penyokong UMNO / BN merupakan PATI, Penjenayah dan Penyebar Ajaran Sesat?
- GURU YANG CUKUP FOBIA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT WALAUPUN JAWAPANNYA TEPAT LAGI BENAR!
- Thanks to Umno, police force now a loony bin where ANYTHING GOES!
- Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM
- INILAH ANTARA DOSA UMNO YANG MADEY BUAT 'DONO'
- Tok Ki Det: Sejarah perlu ditulis semula...!!!
- Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir..??
- MIC and MCA must buck up!
- Dr M calls for M'sian history to be REWRITTEN, vernacular schools to be REPLACED
- TPP: Malaysia boleh tarik diri
- PAS minta MB Terengganu, JKKK tidak derhaka
- TPP tiada faedah: Pakar ekonomi
- Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Sejarah Syiah (Siri 3/3)
- Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Sejarah Syiah (Siri 2/3)
- Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Sejarah Syiah (Siri 1/3)
- Black 505: Di Taman Rekreasi Air Panas - DBKL ?
- Rosmah dinobat wanita paling berkuasa di M'sia
- Setiap rakyat adalah wartawan!
- GST sudah sesuai dilaksana..!!!
- Calon KEADILAN parlimen Seri Aman terima anugerah Geneva (Global Human Rights Defenders Award)
- Kes Zunar lawan k’jaan Malaysia, polis ditangguhkan
- Dr M akui kesilapan tidak sekat internet semasa berkuasa.....minta kuasa dengan Najib nampak...!!!
- 6 wartawan NST sertai TMI?
TPP: PR gesa tubuh PSC pantau secara khusus Posted: 18 Jun 2013 07:43 PM PDT Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara itu diketahui PR semasa mengadakan pertemuan dengan wakil Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) baru-baru ini. "Walaupun kami menghargai rundingan yang dianjurkan oleh Miti, tetapi kami masih tidak berpuas hati bahawa pada hakikatnya TPP itu tidak tertakluk kepada pengawasan Parlimen. "Rangka kerja undang-undang TPP yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan bersama yang turut melibatkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pas, Dr Dzulkefly Ahmad dan mewakili Institut Rakyat, Azrul Azwar. Nurul Izzah berkata, PR mencadangkan agar ditubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pantau perkara itu secara khusus. "Kami tetap komited memperjuangkan ketelusan dan penglibatan awam yang lebih tinggi dalam semua aspek TPP. Kami juga mahu sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen dwi-partisan mengenai TPP ditubuhkan dengan segera," katanya. |
Pendirian Mahathir Mengenai Kedudukan Najib Masih Diragui Posted: 18 Jun 2013 07:01 PM PDT Walaupun Mahathir dilihat menyokong agar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak diadakan bagi mengelakkan perpecahan dalam UMNO, namun pendirian bekas Perdana Menteri itu masih lagi diragui. Kenyataan beliau tidak mendapat respon yang menggalakkan daripada pemimpin UMNO sendiri. Kedinginan respon itu bukan saja disebabkan pemimpin UMNO sedar bahawa kehendak akar umbi adalah sebaliknya tetapi juga kerana mereka masih lagi ragu-ragu dengan kekukuhan kenyataan Mahathir itu. Ada pemimpin UMNO yang hanya menganggap kenyataan Mahathir itu sekadar untuk menguji apa sebenarnya kehendak pemimpin bawahan dan akar umbi terhadap pertandingan jawatan tertinggi UMNO dan ada pula yang melihatnya sebagai kenyataannya untuk masa ini saja. Mahathir, kata beberapa bekas pemimpin UMNO, bukan tidak biasa berubah-ubah pendiriannya sebelum ini. Lagi pula, kata pemimpin UMNO yang lain, kenyataan Mahathir yang menyokong agar tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO kali ini agar berlapik dengan Mahathir masih menyebut mengenai demokrasi yang sepatutnya membenarkan pertandingan dan kemungkinan pertandingan menyebabkan perpecahan serta pihak yang kalah menubuhkan parti baru. Ini bermakna, kata pemimpin itu lagi, jika Mahathir dapat diyakinkan bahawa pertandingan tidak menyebabkan perpecahan yang serius, jauh sekali menyebabkan pihak yang kalah menubuhkan parti baru, malah semata-mata bertujuan menyuburkan demokrasi dan menyelamatkan kedudukan UMNO dalam PRU 14 nanti, pendiriannya tentu saja boleh berubah. Pertandingan UMNO masih lama lagi dan macam-macam boleh berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, tidak mustahil pendirian Mahathir juga berubah, kata pemimpin itu lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Penyokong UMNO / BN merupakan PATI, Penjenayah dan Penyebar Ajaran Sesat? Posted: 18 Jun 2013 06:55 PM PDT ANGGOTA RELA PROJEK IC HARAM PERTAMA DI SABAH? Saudara Pengarang, SAYA, Mohd Yusri Bin Azman Shah mewakili Ikatan Pencari Kebenaran Sabah (IPKS). Pada kali ini kami mahu dedahkan segala aktiviti haram yang dilakukan oleh abang kepada Ketua Rangkaian Jual Beli IC di Sabah iaitu Nasir Bin Yusof @ Latiff. Suspek tersebut bernama Peer Mohammad Bin Kadeer yang memegang IC Projek bernombor 600323-12-5465. Beliau merupakan seorang ahli RELA, Bekas Presiden Kongres India Muslim Sabah (KIMMA) dan kini Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM). Suspek di atas telah menubuhkan sebuah badan NGO yang kami rasakan tidak berdaftar. Kami persoalkan siapa ahli dia? Berapa ramai ahli? Pejabat berdaftar di mana?, Adakah mengadakan mesyuarat? Adakah menghantar laporan kepada Pendaftar Pertubuhan? Dan apakah aktiviti mereka? Sejak akhir-akhir ini, kami dimaklumkan menerusi e-mail, di Sabah times, Borneo Post, mamak haram ini sering muncul. Namun, kami gagal mendapatkan keratan akhbar tersebut. Sesiapa yang kebetulan ada artikel tersebut, sila hantarkan kepada kami atau pihak Sabahkini.net. Kami mendapat tahu bahawa suspek ini menyebarkan ajaran sesat yang kononnya dinamakan ajaran Wahabi yang dibawa daripada selatan India. Ajaran sesat ini kononnya tidak mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah, sebaliknya mengagungkan Saidina Ali. Ajaran ini tidak perlu sembahyang dan konsep ajaran sungguh sesat sekali. Ajaran ini mengharapkan semua jenis cukai, zakat dan duti termasuk cukai pintu, cukai jalan, cukai perseorangan, cukai perniagaan, duti import dan duti kastam, zakat fitrah dan zakat harta. Hairan dan terkejut, itulah yang berlaku kepada kami asalnya. |
GURU YANG CUKUP FOBIA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT WALAUPUN JAWAPANNYA TEPAT LAGI BENAR! Posted: 18 Jun 2013 06:53 PM PDT Inilah contoh terbaik betapa ada segelintir pendidik yang mengambil sikap berparti dan mengampu keterlaluan.. Langsung tidak nampak dimana silapnya jawapan dua orang murid pada satu soalan yang berbunyi :-- " Senaraikan tiga tokoh hebat Malaysia yang boleh dikaitkan dengan nilai kerajinan... Murid pertama menjawab 1) Anwar Ibrahim 2) Dato Seri Najib Tunku Abdul Razak 3) Tunku Abdul Rahman... Jawapan Anwar Ibrahim dianggap salah tetapi jawapan kedua walaupun nama bapa Najib ditulis Tunku Abd Razak masih dianggap betul dan diberikan 1 markah. Murid kedua menjawab :- 1) Lim Guan Eng 2) Lim Kit Siang 3) Anwar Imbrahim...Seperti dijangkakan..kesemua jawapan dikategorikan sebagai salah. Apakah DSAI, YAB Lim Guan Eng dan YB Lim Kit Siang bukannya di kategorikan sebagai antara tokoh-tokoh hebat negara yang ada nilai kerajinan? Aapakah jika ada anak murid menjawab seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin mau pun Hasan Ali maka akan dianggap sebagai jawapan itu betul dan tepat? Inilah dia apabila pendidik memiliki akal cetek kerana diselaputi jiwa kepartian memihak..Enggan menerima kenyataan..baginya hanya para pemimpin UMNO/BN saja yang hebat didalam negara ini. |
Thanks to Umno, police force now a loony bin where ANYTHING GOES! Posted: 18 Jun 2013 06:34 PM PDT The police force of London was reorganised in 1829 based on the recommendations put forward by the Home Secretary, Sir Robert Peel. As a result, the police eventually became nicknamed "bobbies". Bobbies wear a uniform that is non-military in appearance. Their only regular weapon is a short, wooden truncheon, which is kept out of sight and may not be employed except in cases of self-defence or to restore order. Bobbies who are deployed for dangerous missions may carry firearms for that particular occasion. When summing up his reforms of the police force, Peel stated that "the police are the public and the public are the police." This should be the standard of policing that all governments should adhere to in maintaining peace and harmony in any country. On the opposite end of this spectrum is the institution of what is generally known as the "secret police". These would be intelligence agencies, police agencies or law enforcement agencies that operate behind the veil of secrecy. Many times, such institutions operate beyond what is permitted by the law to protect the interests and political power of individual dictators or authoritarian regimes. Instead of transparently enforcing the rule of law and allowing itself to be subject to public scrutiny as a normal police agency would, many of these secret police agencies exist specifically to operate above and beyond the law in order to suppress political dissent through clandestine acts of terror and intimidation targeted against enemies of the ruling political class. Such secret police agencies tend to be accountable only to the executive branch of a government, often times only to the most powerful person in the country. They operate, at best, in partial secrecy where most, if not all, of their operations are deliberately obscured and hidden from public oversight. Such authority allows these secret police agencies to bolster a government's control over their own citizens while at the same time provide allowances for a government to deny prior knowledge to any violations of civil violations. As a result, such secret police agencies make an excellent vehicle for overt and covert political repression. The type of police we have in Malaysia |
Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM Posted: 18 Jun 2013 06:32 PM PDT Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah. Alasan kenapa mereka perlu meletak jawatan ialah kerana mereka (SPR) sendiri mengakui akan kesilapan yang dilakukan. Untuk lebih 'lendik' lagi seluruh kakitangan SPR letak jawatan. Ada juga yang mencadangkan supaya suruhanjaya itu dimansuhkan dan diganti dengan sebuah badan bebas yang baru. Kerajaan juga secara tidak langsung memperakui kelemahan SPR. Pengumuman untuk meletakkan dibawah jawatankuasa khas parlimen yang dianggotai oleh parti pembangkang menjelaskan hakikat itu. Perubahan atau menjelaskan bahawa apa yang dituduh pembangkang ke atas SPR adalah benar. Kalau SPR memang perfect seperti mana didakwa penerajunya kenapa badan itu perlu dialihkan untuk diletakkan di bawah jawatankuasa khas? Persoalannya apakah desakan itu akan didengari oleh SPR khasnya Aziz dan Wan Omar? Saya ada perbandingan mengenai hal ini untuk melihat apakah Aziz dan Wan Omar berganjak atau tidak. Saya melihat desakan atau rasa judis orang ramai kepada mereka ini samalah dengan rasa judis para peminat bola sepak kepada jurulatih bola sepak pasukan Harimau Malaya, K Rajagopal. Read More / Baca Lagi >> |
INILAH ANTARA DOSA UMNO YANG MADEY BUAT 'DONO' Posted: 18 Jun 2013 06:30 PM PDT Teman rasa Tun Mahathir beruntung umur panjang gamaknya berkat doa orang alim termasuk Almarhum Ustaz Fadhil Noor .Almarhum dikatakan berdoa semoga Tun Mahathir(masa tu Dato Seri Dr. Mahathir) dipanjangkan umur agar beliau(Tun Mahathir) dapat melihat kerosakan dan 'kezaliman' yang telah beliau lakukan terutama sebagai Pengerusi UMNO Malaysia ketika itu dan sebagai Pengerusi BN dan Perdanan Menteri Malaysia semasa itu. Tetapi Tun Mahathir masih berdegil dan leka dengan kesihatan yang Allah berikan dan merasa dirinya sihat dan boleh berpolitik sehingga akhir hayat. Kita berdoa agar beliau bertaubat dan tumpukan dengan beribadat kepada Allah serta lebihkan bersama anak, cucu atau cicit bukan persiakan masa yang ada walaupun beliau telah menyaksikan rang lebih tua dan muda dalam keluarganya telah meninggalkan beliau lebih awal lagi.Dosa-dosanya termasuk bangunan tiada cf lagi disebabkan pembinaan lebih kepada close tender dan sekiranya projek bermasalah selepas dibina tiada tindakan dikenakan disebabkan penender adalah kroni yang telah diambil komisyen maka segan nak denda ..dan kalau ada tindakanpun wang kerajaan akan dikeluarkan untuk tampong perbelanjaan tersebut contohnya MRR2 di Kepong manakala contoh bangunan sekolah yang belum mendapat cf tapi telah digunakan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2.Bila CF tiada sukar mendapat peruntukan penyenggaraan dan akhirnya PIBG(Persatuan Ibu Bapa) yang akan menanggung kerosakan dan penambahan sekolah tersebut.Dan kerja tak beres dan menyusahkan rakyat ini terus diwarisi PM kini iaitu DS Najib. HQ Umno dibina sebelum pelan diterima, dakwa MP Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima. "Bagaimana negeri boleh tunduk kepada Umno dan membenarkan kerja-kerja dimulakan sebelum pelan bangunan dihantar?" Read More / Baca Lagi >> |
Tok Ki Det: Sejarah perlu ditulis semula...!!! Posted: 18 Jun 2013 06:27 PM PDT KUALA LUMPUR - Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan 'dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang'. Ia akan juga membantu menyatukan rakyat Malaysia, menyediakan pendidikan yang lengkap untuk golongan muda, katanya dalam ucaptama bertajuk "Masa depan yang lebih baik bagi Politik Malaysia, Pasca Pilihan Raya Umum ke-13" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. "Kita perlu melakukan banyak perkara. Kita juga perlu belajar dari sejarah negara lain seperti mengapa berlaku Arab Spring (Kebangkitan Rakyat Arab). Kemudian, kita perlu bertanya diri, apakah kita mahu ini berlaku di negara kita? "Ada orang berkata mereka mahu melihat Arab Spring di Malaysia. Mereka lebih rela tidak menghiraukan kestabilan, keamanan dan menggulingkan pemimpin. Read More / Baca Lagi >> |
Najib lega selepas bertemu Dr Mahathir..?? Posted: 18 Jun 2013 06:25 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar kiri) berada dalam keadaan tidak menentu selepas mengetuai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 5 Mei tanpa mencapai sasaran yang beliau sendiri tetapkan: merampas kembali majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen. Terdapat beberapa sesi untuk meredakan kemarahan ahli-ahli Parlimen tidak berpuas hati: berjanji kepada ahli-ahli politik Umno yang mahu dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkait kerajaan (GLC) dan memantau komen dari tokoh berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar kanan) dan laporan mengenai Tengku Razaleigh Hamzah – boleh menjadi pencabar berpotensi. Kesimpulannya, ini adalah waktu mencabar bagi Najib. Akan tetapi Isnin lalu merupakan hari baik bagi perdana menteri. Dr Mahathir bertemu Najib dan memberi jaminan beliau percaya tidak perlu ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi Umno dalam pemilihan parti itu akhir tahun ini. Jaminan itu hadir selepas bekas perdana menteri itu memberitahu sekumpulan pengurus dana dalam satu sesi tertutup di Kuala Lumpur Jumaat lalu mengenai perlunya pertandingan bagi jawatan tertinggi Umno. Tidak pernah ada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi itu semenjak Umno asal diisytiharkan haram pada 1988 dan Dr Mahathir menubuhkan Umno baru. Sumber dalaman memberitahu The Malaysian Insider Dr Mahathir percaya komen beliau kepada pengurus-pengurus dana telah disalah anggap. Akan tetapi mereka yang hadir pada sesi di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengatakan Dr Mahathir mengkritik pimpinan dan percaya pertandingan akan menonjolkan ciri-ciri demokratik Umno selain dari meningkatkan imej Najib di mata orang ramai. Masih belum jelas apa yang menyebabkan Dr Mahathir mengubah pendiriannya mengenai pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu. Secara rasminya, beliau mengatakan pertandingan boleh memecahbelahkan Umno dan menambah di Malaysia, terdapat trend di mana yang kalah tidak boleh menerima keputusan sesuatu pilihan raya itu. Disebalik sokongan Dr Mahathir agar tiada pertandingan dua jawatan tertinggi, penentu sama ada Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding adalah mesyuarat bahagian-bahagian Umno dan kejayaan Putrajaya menguruskan dua kumpulan ini: ahli-ahli Parlimen Umno - tidak diberikan jawatan Kabinet dan ketua-ketua bahagian Umno yang tidak diletakan sebagai calon pada pilihan raya umum lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Jun 2013 06:23 PM PDT MIC MPs should team up with their Pakatan counterparts to improve the lot of Indians while MCA should rescind its stupid decision to stay out of the cabinet Appended below is the list of MIC MPs: 1 G Palanivel (Cameron Highlands MP, Natural Resources & Environment Minister) 2 S Subramaniam (Segamat MP, Health Minister) 3 P Kamalanathan (Hulu Selangor MP, Deputy Education Minister) 4 M Saravanan (Tapah MP, Deputy Youth & Sports Minister) However, the Indian voice in Parliament is still more from Pakatan Rakyat's (PR) side as shown below: 1 N Surendran (PKR, Padang Serai MP) 2 Michael Jeyakumar Devaraj (PKR, Sungai Siput MP) 3 G Manivannan (PKR, Kapar MP) 4 Kasthuriraani Patto (DAP, Batu Kawan MP) 5 M Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP) 6 V Sivakumar (DAP, Batu Gajah MP) 7 Charles Santiago (DAP, Klang MP) 8 Gobind Singh Deo (DAP, Puchong MP) 9 Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP) Although MIC has said that it captured 60% of the Indian vote, it still has less seats than DAP's Indian MPs! Even if one were to say that Gobind and Karpal are Sikhs, it only shows that DAP and MIC have an equal number of Indian MPs at four each, but DAP is the only party which has put Sikh MPs in Parliament. Read More / Baca Lagi >> |
Dr M calls for M'sian history to be REWRITTEN, vernacular schools to be REPLACED Posted: 18 Jun 2013 06:21 PM PDT One of these was Mahathir's call to Prime Minister Najib Razak to no longer be soft towards the Pakatan Rakyat coalition led by Opposition Leader Anwar Ibrahim, as they continued "to insult the nation's democratic system... we need to be a bit tough, and not give them face". "The time has come for the Prime Ministe to be tough and to stop 'giving face' to racists like Mahathir and Utusan Malaysia who have been seeking to destroy the message of peace and moderation with their ceaseless and reckless racist lies and falsehoods," retorted DAP adviser Lim Kit Siang. Being 'Mr Big Mouth'? Even the Internet is not spared! But far from being cowed, Mahathir appears to be enjoying himself. A day ago, he urged for the top 2 posts in Umo not to be contested as Malaysians were "not that clear on democracy and, if they lose, members will form another party which will lead to more cracks in Umno. That is why I am against the contest for the top posts. During my time, I won with only a few votes, but those who lost took the case to court and then formed their own party." It was an obvious swipe at Tengku Razaleigh Hamzah who had challenged him for the Umno presidency in the 1980s but lost after a controversial vote count that till today many Umno members say was manipulated by those close to Mahathir to ensure that he won. Today, Mahathir was at it again. Firstly he admitted he might have made a mistake in giving guarantees for internet freedom, which has been blamed for empowering and enabling the Pakatan Rakyat to win more seats in the recent 13th general election. "When I headed the MSC, I was asked by an American woman whether we would block the internet. I told her no, we will be very free... but now I will think twice about it," Dr Mahathir said at the closing of the CEO Forum 2013 at the Berjaya Times Square. 'Twisted' viewpoints Read More / Baca Lagi >> |
TPP: Malaysia boleh tarik diri Posted: 18 Jun 2013 06:16 PM PDT Menurutnya, bukan hanya Malaysia, malah negara lain yang terlibat dalam TPP ini juga boleh menarik diri jika merasakan tiada kepentingan untuk negara masing-masing. "Buat masa ini, rundingan masih dijalankan dan kerajaan hanya akan bersetuju jika ia beri kebaikan. Jika di akhir perbincangan itu nanti, ada perkara yang akan membebankan rakyat, kita akan tarik diri. "Kerajaan bukan bodoh hingga mahu gadai maruah dan kepentingan negara seperti apa disimpulkan beberapa pihak. Kerajaan akan jaga keperluan asas rakyat dan kita tidak mahu lari daripada konsep 'Rakyat Didahulukan'," katanya kepada Sinar Harian. |
PAS minta MB Terengganu, JKKK tidak derhaka Posted: 18 Jun 2013 06:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negeri diseru mentaati titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >>Adun Chukai, Hanafiah Mat (gambar) memberitahu, selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu, JKKK telah berhelah dan tidak mahu menandatangani borang-borang permohonan rakyat dengan alasan kononnya mereka tidak ada kuasa lagi. Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, apabila ditanya kepada pihak JKKK mengapa berbuat demikian diberitahu tidak mempunyai kuasa. "Saya paling ramai orang mengadu, JKKK tak mahu tandatangan. Bila saya tanya, dia (JKKK) kata MB tak beri untuk tandatangan dan dia (JKKK) sebut lagi, dia tak ada kuasa. "Jadi saya juga minta MB Ahmad Said supaya dengar perintah (titah) sultan hari ini, jangan menderhaka," ujarya dipetik Buletin Online. |
TPP tiada faedah: Pakar ekonomi Posted: 18 Jun 2013 05:05 PM PDT SHAH ALAM - Pakar ekonomi menyifatkan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) tidak mempunyai kesan positif kepada pengguna sebaliknya hanya memberi beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah. Read More / Baca Lagi >>Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, walaupun perjanjian itu masih belum dimeterai, kerajaan perlu melihat sejauh mana kesan TPP kepada orang ramai sebelum membuat keputusan muktamad. "Saya tidak nampak perjanjian ini beri sebarang faedah kepada pengguna, malah TPP lebih banyak beri kesan buruk kerana harga barang akan naik. Kerajaan perlu lihat adakah kesan baik lebih banyak dari buruk atau sebaliknya sebelum bersetuju menyertai perjanjian ini," katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas sama ada perjanjian TPP akan beri kesan secara langsung kepada golongan berpendapatan rendah jika dilaksanakan. Menurutnya, pengguna akan terima kesan akibat terma perjanjian tersebut yang pastinya menguntungkan Amerika Syarikat (AS)sebagai kuasa utama ekonomi dunia dan bukan negara lain. "Kita perlu melihat sejarah lampau sebagai contoh dari perjanjian Pangkor 1874 sehingga perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), semuanya tidak menguntungkan kita. "Kita juga perlu ingat, jika AS tergesa-gesa untuk membuat sesuatu perjanjian pastinya, perjanjian itu tidak akan beri kebaikan kepada orang lain," katanya. |
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Sejarah Syiah (Siri 3/3) Posted: 18 Jun 2013 04:58 PM PDT |
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Sejarah Syiah (Siri 2/3) Posted: 18 Jun 2013 04:58 PM PDT |
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang - Sejarah Syiah (Siri 1/3) Posted: 18 Jun 2013 04:58 PM PDT |
Black 505: Di Taman Rekreasi Air Panas - DBKL ? Posted: 18 Jun 2013 08:56 AM PDT Tiga lokasi dicadangkan Ahmad Phesal, dalam pertemuan melibatkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan dua lagi ahli parlimen PR, Datuk Johari Abdul dan Fong Kui Lun, iaitu Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas - jika mereka masih mengkehendaki kawasan terbuka. Ahmad Phesal berkata, bagaimanapun, mengambil kira tempahan majlis perkahwinan yang telah dibuat di stadium dan sekitar Taman Tasik Titiwangsa, pihaknya tidak dapat memberi kebenaran untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Titiwangsa. Menurutnya, Taman Rekreasi Air Panas dicadangkan atas faktor kawasan tersebut yang lapang yang juga mempunyai kemudahan tempat letak kereta, di samping, berhampiran dengan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), membolehkan akses terus ke lokasi berkenaan. |
Rosmah dinobat wanita paling berkuasa di M'sia Posted: 18 Jun 2013 08:46 AM PDT |
Setiap rakyat adalah wartawan! Posted: 18 Jun 2013 06:49 AM PDT Oleh ALI BUKHARI AMIR Andaian bahawa kebebasan akhbar boleh menggelincirkan manusia terjebak ke lembah perang, tidak sepenuhnya benar. Hal ini kerana, sebelum akhbar wujud di kebanyakan negara, perang sudah meletus dengan sendirinya. Sejak era Rom-Parsi, darah-darah yang ditumpahkan pada zaman pergolakan perang, tidak direncanakan oleh majlis sidang pengarang akhbar. Akhbar tak pernah wujud pada kala itu. Ertinya perang tidaklah bermula dengan akhbar. Insan itu sendiri setepatnya penguasa yang memutuskan sama ada perang itu akan terjadi atau pun tidak. Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucapan pada ulang tahun ke-48 (tahun 1993) perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan:- "Malaysia believes in press freedom. But the freedom as other freedom and rights must be with responsibility. We hope for a responsible Malaysia media but we do not ignore the need of supervision of this responsibility. "But for international newspaper, we can only hope and pray that they realize what they are doing". Kebebasan akhbar di Malaysia diiktiraf tetapi perlu diberi pemantauan agar akhbar itu bertanggungjawab begitu menurut garis pemikiran Mahathirisme. Mahathirisme tidak mempercayai akhbar-akhbar di Malaysia. Sekiranya, Dr Mahathir diberi kepercayaan untuk memimpin dunia, nescaya semua akhbar ini akan dpantau keras olehnya juga. Kenyataan Dr Mahathir ini membuktikan bahawa beliau sentiasa menyimpan keraguan, menaruh curiga dan kerap berawas ke atas akhbar. Sebab itu beliau tekankan perihal tanggungjawab ke atas akhbar. |
GST sudah sesuai dilaksana..!!! Posted: 18 Jun 2013 06:39 AM PDT KUALA LUMPUR - Kini masa yang sesuai bagi kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan hasil. Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd Nor Zahidi Alias berkata semasa kerajaan dilihat akan melaksanakan GST, beliau mencadangkan agar diadakan langkah-langkah tertentu untuk melindungi golongan berpendapatan rendah daripada kesannya. "Secara keseluruhannya, mempunyai GST adalah baik. Saya berpendapat kerja-kerja perhubungan awam mengenai GST perlu ditingkatkan lagi dan kita tidak boleh terlalu idealistik dengan menyatakan ia tidak akan menyebabkan inflasi. Ia akan menyebabkannya. "Saya percaya bahawa walaupun terdapat kenaikan dalam harga, ia tidak akan banyak walaupun kita melaksanakan GST," katanya kepada pemberita di luar acara Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 di sini hari ini. Nor Zahidi berkata inflasi mungkin berlaku dalam fasa awal pelaksanaan GST. "Saya rasa itulah sebabnya kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengadakan Akta Anti-Pencatutan bagi memastikan jika kita memperkenalkan GST, peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang mereka tidak perlu berbuat demikian," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Calon KEADILAN parlimen Seri Aman terima anugerah Geneva (Global Human Rights Defenders Award) Posted: 18 Jun 2013 06:37 AM PDT KUALA LUMPUR, 18 JUN: Bekas calon KEADILAN parlimen Seri Aman, Sarawak, Nicholas Mujah menerima anugerah Pembela Hak Asasi Global (Global Human Rights Defenders Award) dari International Foundation for the Protection of Human Rights Defenders (FrontLine), Geneva, lapor Sarawak Report di laman facebook mereka hari ini. Nicholas Mujah merupakan bekas calon KEADILAN bagi kawasan parlimen P202 Seri Aman dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu Menurut Sarawak Report, Nicholas yang memenangi anugerah itu pada 2010, pernah dilarang keluar negara sehingga memenangi anugerah tersebut. Nicholas yang berketurunan Iban telah memperjuangkan hak orang Asal di Sarawak berhubung tanah adat semenjak 1980. Pada Oktober 2010, beliau ditahan bersama enam penduduk kampung di Sebuyau, Sarawak kerana menghalang syarikat balak, Quality Concrete Holdings dengan mendirikan halangan. Nicholas yang juga ketua rumah panjang di Sebuyau merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan ahli Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) Beliau masih meneruskan kerja bersama komuniti Iban yang juga kawasan kampungnya sendiri memperjuangkan hak tanah adat dari diambil syarikat balak, Quality Concrete Holdings. |
Kes Zunar lawan k’jaan Malaysia, polis ditangguhkan Posted: 18 Jun 2013 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR. 18 JUN: Kes rayuan kartunis Zunar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibicarakan semula hari ini ditangguhkan. "Hakim hari ini menangguhkan perbicaraan tersebut kerana mahu menyemak beberapa perkara berkaitan rayuan ini," kata Sivarasa Rasiah, salah salah seorang peguam mewakili Zunar kepada Keadilandaily. Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque membuat rayuan membatalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan tangkapan dibuat polis terhadapnya dibawah Akta Hasutan pada 2010. Beliau sebelum ini mengemukakan saman terhadap PDRM dan kerajaan Malaysia kerana membuat 'tangkapan berniat jahat' dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku 'Cartoon-O-Phobia' pada 24 September 2010. Dalam kejadian tersebut, beberapa naskah buku dan lukisan asal kartun dirampas dan Zunar turut ditahan. Read More / Baca Lagi >> |
Dr M akui kesilapan tidak sekat internet semasa berkuasa.....minta kuasa dengan Najib nampak...!!! Posted: 18 Jun 2013 06:35 AM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan. Dr Mahathir berkata beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996. "Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet. "Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre disini. Beliau juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain. "Bila berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 18 Jun 2013 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Kakitangan akhbar New Straits Times hari ini terkejut apabila menyedari ramai rakan-rakan mereka meninggalkan akhbar berumur 167 tahun itu untuk menyertai laman The Malaysian Insider (TMI). Read More / Baca Lagi >>Menurut bekas editor kanan akhbar itu, Rocky Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan, antara yang mungkin meninggalkan akhbar itu adalah Lionel Morais, editor jenayah kanan akhbar itu. Enam orang wartawan NST dijangka menyertai Morais untuk memenuhi kelompongan di TMI yang ditinggalkan oleh Leslie Lau dan lebih dua puluh yang lain yang meninggalkan TMI. "Berita baiknya, sehingga mereka mendapat pengganti Lionel dan pemberitanya, akan berlaku kejatuhan dalam kadar jenayah, sekurang-kurangnya di muka-muka akhbar NST," tulis Rocky (gambar). Beliau juga mendapat maklumat, beberapa wartawan dari Singapura juga akan menyertai TMI. Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan perkara ini namun tidak menyatakan siapa yang akan menyertai beliau di TMI. "Kita ambil sebahagiannya...semua orang nak masuk sini sekarang," kata Jahabar kepada Harakahdaily. Seorang wartawan kanan NST ketika dihubungi mengesahkan mengenai hal ini. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan