Isnin, 17 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sidang Parlimen ke-13, didominasi golongan muda

Posted: 17 Jun 2013 08:34 PM PDT


SHAH ALAM - Sesi Parlimen ke-13 yang akan berlangsung 24 Jun ini bakal dimulakan dengan acara mengangkat sumpah Ahli Parlimen pastinya lebih hangat kerana Dewan Rakyat kali ini didominasi golongan muda.
Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan daripada PKR yang pertama kali bergelar wakil rakyat menyifatkan perkara itu perkembangan sihat bagi membentuk sebuah negara berdaya saing.

"Pastinya lebih hangat dengan bertambah wakil rakyat daripada PR, serta kedua-dua pihak mempunyai ahli Parlimen terdiri daripada golongan muda.

"Perbahasan jadi lebih bernas dengan idea-idea baru untuk dihujahkan terutamanya daripada wakil rakyat baru. Saya yakin kedua-dua pihak lebih patuh peraturan Dewan Rakyat," katanya.

Pada PRU13 lalu, BN melakukan perubahan drastik apabila menampilkan calon baru dan golongan muda lebih ramai daripada apa yang dijangkakan.

Bagaimanapun PR yang lebih sinonim dengan wakil rakyat daripada golongan muda hanya mengekalkan tradisi mereka selain membuat perubahan dengan memperkenalkan calon baru.

Read More / Baca Lagi >>

Analisa: Undi popular PAS di kerusi Parlimen NS meningkat

Posted: 17 Jun 2013 08:28 PM PDT

Di kesemua kerusi Parlimen dan DUN, pengundi Melayu merupakan dua pertiga daripada jumlah pengundi. 

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, PAS Negeri Sembilan meletakkan calonnya bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin.
PAS juga bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Lui, Klawang, Serting, Lenggeng, Senaling, Johol, Labu, Paroi, Chembong, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh.
Di kesemua kerusi ini, pengundi Melayu merupakan dua pertiga daripada jumlah pengundi. Calon PAS bertanding satu lawan satu di kesemua kerusi ini.
PAS Negeri Sembilan masuk bertanding dalam PRU-13 iaitu di 'medan perang Melayu' (Malay battlefield), iaitu 'medan perang' yang paling sukar ditembusi berbanding dengan lain-lain 'medan perang' di Negeri Sembilan.
Kejayaan PAS menawan ''medan perang Melayu' ini bermakna berakhirnya dominan Umno di Negeri Sembilan. Maka Umno mempertahankan 'medan perang Melayu' habis-habisan.
Kerusi-kerusi di mana PAS bertanding merupakan benteng tradisi Umno dan penentu hidup matinya Umno Negeri Sembilan.
Sebab itu Umno Negeri Sembilan mengambil sikap bahawa kubu tradisi Umno ini mesti dipertahankan dengan apa cara sekali pun (by hook and by crook).
Dalam PRU-12, PAS berjaya membuat tembusan dengan menawan DUN Paroi dengan majoriti yang selesa. Sejak dari itu, Umno Negeri Sembilan tidak pernah membuang masa dan tenaga untuk menawan semula DUN Paroi.
Read More / Baca Lagi >>

The present Malay dilemma

Posted: 17 Jun 2013 08:26 PM PDT

Malay political leaders who have achieved the pinnacle of their career do so by a combination of guile, political pedigree and money – plenty of money.

Malays who are pillars and leaders of society, Malays who are in high public offices, Malays possessing great executive and political power with wide discretion in using that power and minimal accountability, will, more often than not, misuse that power to their personal advantage, resulting in the detriment of the very people whom they lead.
This was true of the Sultans who were not hesitant on calling upon the British to safeguard their royal prerogatives while surrendering their interest, that of their subjects and of their country into the avaricious hands of the British.
The British then proceeded to hand over part of our nation in the north to Thailand and unilaterally reigned over Pahang, Terengganu, Kelantan, Selangor, Johor, Kedah and Perak – appointing themselves as "advisors" to these Sultans "whose advise must be acted upon".
In the process Sultans who were compliant with the wishes of the British were put on the thrones of Kedah, Perak and elsewhere and whatever changes deemed necessary by the British to the constitution of Malaya to reflect the interest of the British – changes that have literally changed forever the very foundation of our nation – for good and for bad.
This is also true of Umno from the time they took government after Merdeka to this very day where political power in their hands were abuse for the personal gain of their own kind to the detriment of the Malays and our nation.
And it is true today of those Malays who have been privileged to hold high public office and who then proceed to sell their executive powers along with their integrity and credibility to the highest bidders while taking for themselves whatever could be taken from our national coffers.
How cheaply they sell themselves and how little they care for the common good of our people and our nation! They do not seem to understand that with great power comes great responsibility.
This not to say that all Malays with power will misuse that power but the prevalence of this scourge amongst Malay leaders plagues too many of them, so many that it raises the question of whether the Malays can really lead responsibly.
As a Malay, it pains me to raise that question that only a Malay can rightfully ask of his own leaders before others ask it – if that is not already being done.
For the Malays, the sum of the negatives far outweighs the positive. Our problems are multi dimensional but none more so than the dearth of worthy leaders to lead us in this darkest hour of our nation, if not of the Malays.
Read More / Baca Lagi >>

Jihad media setengah dari jihad perang

Posted: 17 Jun 2013 08:23 PM PDT

Oleh USTAZ BADRUL TAMAM
UNGKAPAN "orang yang menguasai media dialah yang menguasai dunia" bukan sebarangan. Ini salah satu langkah musuh-musuh Islam untuk memenangi perang peradaban melawan Islam. Mereka berhasil memenangkan perang dan menguasai dunia dengan wasilah media. Sehingga Islam tergambar buruk. Pejuangnya disebut teroris. Syiar-syiar Islam dianggap simbol keterbelakangan.


Melalui media, golongan kuffar menguasai pandangan umum masyarakat. Mengarahkan ke mana yang mereka kehendaki. Bahkan kepada kesesatan, baik secara ideologi atau keyakinan.Mereka berhasil memutarbalikkan fakta dan arah kecenderungan masyarakat melalui pandangan media. Sehingga gendang perang terhadap Islam yang mereka lakukan mendapat dukungan masyarakat global. Bahkan sebahagiannya dari negara-negara orang Islam dan kalangan masyarakat Muslim terikut sama. Allah mengisyaratkan pentingnya umat Islam untuk menguasai media. Baik untuk membentuk pandangan positif terhadap Al-Haq (Islam), juga sebagai pandangan balas terhadap media-media anti-Islam. Terlebih dalam jihad Islam, keberadaan media menjadi saranan yang tak boleh diremehkan. Ini kerana tersebarnya pandangan buruk terhadap Islam dan pejuangnya dapat melemahkan kekuatan jiwa Muslimin. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman, maksudnya: "Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian mereka menjadi pendukung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (hai para Muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar." (QS. Al-Anfal: 73)
Sikap setiakawan sesama kafir juga berlaku dalam perang global terhadap Islam. Angkatan-angkatan perang kafir dan pelaku media mereka bekerjasama dan saling mendukung dalam perang Salib moden ini. Bahkan sebelum gerakan ketenteraan dimulai, mereka sudah menyerang melalui serangan pendapat melalui corong-corong media mereka. Sehingga semakin lengkaplah fitnah dan semakin dahsyat kerosakan yang timbul. Maka jika umat Islam tidak juga menggarap media –sebagaimana mereka telah mengupayakannya- maka pasti benar-benar terjadi fitnah (kekufuran dan kesyirikan) dan kerosakan yang besar di muka bumi ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sokong perhimpunan #Black505. Ahli, penyokong digesa hadir - Husam

Posted: 17 Jun 2013 08:09 PM PDT

PAS menyokong perhimpunan besar-besaran #Black505 Pakatan Rakyat (PR) di Padang Merbok, Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 22 Jun untuk membantah dakwaan penipuan Pilihan Raya 2013.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa seluruh ahli dan penyokongnya untuk bersama-sama dalam perhimpunan itu walaupun masih belum jelas sama ada pihak berkuasa akan membiarkan ianya berjalan dengan lancar.
"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Husam dipetik dari portal Harakahdaily.
"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa.
Husam menjelaskan, bukan menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan itu akan tetapi penipuan pilihan raya mesti dihentikan.
Sebelum ini hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR yang dilihat bersungguh-sungguh dalam menjayakan perhimpunan #Black505 dan sokongan PAS dijangka akan menambahkan lagi kekuatan bantahan itu.
Bekas calon kerusi Parlimen Putrajaya itu turut menegaskan, PR tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum 13 lalu.
"Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan.
"Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik. Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan," tegas Husam.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: Ulama gesa rakyat bangkit tuntut hak, cegah penipuan PRU

Posted: 17 Jun 2013 08:07 PM PDT

ustaz ganiKUALA LUMPUR 18 JUN: Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.
"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan. Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya," katanya kepada Keadilan Daily.
Justeru, beliau menyokong penuh himpunan Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia hadir beramai-ramai di Padang Merbok 22 Jun ini.
"Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah," kata Ghani.
Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.
"Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan," tegasnya.

Black 505: AMK, Pemuda Pakatan sedia gempur Padang Merbok

Posted: 17 Jun 2013 08:06 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 JUN: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kini memasuki fasa terakhir mobilisasi menjelang kemuncak himpunan Black 505 yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini.
"AMK telah bersedia sepenuhnya. Kini dalam proses akhir mobilisasi untuk himpunan itu," kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil berkata, jentera AMK menumpukan kepada anggota KEADILAN seramai mungkin, selain penyokong Pakatan Rakyat.
"Kali ini kita menumpukan kerja peringkat negeri untuk menggerakkan seberapa ramai ahli AMK untuk turun ke himpunan kemuncak 505 pada 22 Jun nanti," katanya kepada Keadilan Daily.
Katanya, selain menggerakkan peserta, AMK juga akan memastikan keselamatan mereka sepanjang himpunan berlangsung.
"AMK akan bekerjasama dengan beberapa NGO lain serta Unit Amal PAS bagi memastikan kelancaran himpunan itu nanti. Berdasarkan pengalaman lepas, kita cukup bersedia memikul tanggungjawab bagi memastikan keselamatan peserta terjamin," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

The Najib-Mahathir foxtrot

Posted: 17 Jun 2013 08:00 PM PDT

How do you feel when someone keeps breathing down your neck, nagging, criticizing and meddling with your work right from the day you start work?
Well, if you want to know, 'tanya Najib'. Yes, ask Prime Minister Najib Razak because that must be how he is feeling all this while. And worse still, the person doing the heavy breathing is not Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu or wife Rosmah Mansor but Mahathir Mohamad!
The Najib-Mahathir foxtrotYes, Mahathir or Dr M the former prime minister - hard as nails and some say ruthlessness personified - who defeated all other pretenders to his throne including Musa Hitam, Tengku Razaleigh and Anwar Ibrahim. Dr M also removed Abdullah Badawi from power even though he had handpicked Badawi to succeed him. And this was how Najib came to power - given the green light from Mahathir to replace Badawi..
Yes, the old man was that powerful. Remember Tun Salleh Abas who was unceremoniously sacked as Chief Judge. Even the Malay Rulers lost their immunity against prosecution! It was then that dazzled by his own power, Mahathir began ruling the country like his own property, arbitrarily helping his sons and cronies to amass wealth beyond imagination.
By comparison Najib, and for that matter Badawi too, have not been able to match the mega structures built by Mahathir, such as the still half-full office blocks at the Petronas Twin Towers, the money-swallowing F1 Circuit, the far from perfect Putrajaya and the ever rising tolls for using our highways.
Up till now, Najib has failed to eke out any real or lasting transformation programs despite having the gall and vanity to encourage the people to call him Bapa Transformasi or the Father of Transformation!
However, in gravy train department, neither Najib nor Badawi have been slouches. While they may not be able to drive the gravy train as well Mahathir and his sons, they too have supped and feasted well on the largesse that comes with near absolute power.
Fed up of Dr M's backseat driving
About to begin his second term as PM - if he is not thrown out as Umno president in the party's elections later this year - there are signs Najib is now fed up with being in Mahathir's shadow. He wants to be his own man but is not sure how. He wants to claim his own right as the elected Prime Minister, but is afraid Mahathir might get upset and squash him to death like a pesky fly.
No wonder Najib is feeling peeved and rather insecure with all the recent talk of removing him from power in UMNO and taking out a no-confidence vote against him in Parliament. Obviously, Najib must feel he must do something and do it fast.
He probably reckons his trump card was leading UMNO/BN to win the 13th general election. Whether it was by hook or by crook, UMNO-BN has won and UMNO has the biggest number of seats  - 88 out of 133 to boot. To him, this took place at a time when the country has not been doing too well in every aspect; UMNO was in big trouble due to its never-ending infighting and scandals, while the BN component parties were in shambles too. Above all, the Opposition was the strongest ever. Could Mahathir win the GE-13 or for that matter all the previous elections if faced with the same problems?
And from here, the seed grows, a bulb suddenly lights up for Najib. Why not stand up to Mahathir and then inherit all the devious and lucrative ramifications already set up by the older man.
Of course for now, Najib and strategists will try to walk silently like Ninjas, delivering the killer blow when they are ready and without Mahathir even realising it. But wily old fox as he is, Mahathir may already be two steps ahead in this cloak-and-dagger game that he excels in.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: Ribuan mahasiswa akan berhimpun Sabtu ini

Posted: 17 Jun 2013 07:57 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 JUN: Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang menjangkakan ribuan mahasiswa akan menyertai himpunan Black 505 Sabtu ini.
"SMM sendiri akan mengerahkan lebih 5,000 ahli untuk turun menyatakan pendirian mahasiswa yang menolak sama sekali penipuan terancang dalam pilihan raya yang lepas.
"Pendirian kami jelas, walaupun dihalang pihak berkuasa, kami sebagai rakyat malaysia mempunyai hak untuk berhimpun seperti dijamin dalam perlembagaan," tegasnya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beliau yang dalam siri jelajah penerangan di beberapa buah negeri bagi menjelaskan penipuan pilihan raya, mengajak seluruh anak muda untuk bangkit dalam himpunan itu.
"SPR masih belum menjawab kepada rakyat tentang beberapa isu penting. Terbaru pengerusi SPR sendiri kononnya kecewa pada dakwat yang dikatakan dakwat "kekal".
"Kita tak mahukan sandiwara, kita akan turun ke himpunan ini dan desak pengerusi SPR berundur," ujarnya yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan.
Read More / Baca Lagi >>

Molehah Kalau Pusat, Kelantan Bina Lebuh Raya .....

Posted: 17 Jun 2013 07:55 PM PDT

Kerajaan Kelantan menerusi Exconya, Hanifa Ahmad menjelaskan projek Lebuh Raya Rakyat (LRRK) dari Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73 km akan diteruskan sekiranya kerajaan Persekutuan enggan membina lebuh raya berkenaan.

Projek yang digagasan oleh bekas Exco kanan Husam Musa itu dilancarkan tahun lepas dan fasal pertama pembinannya di Kampung Sat Machnag sudah pun bermula yang dilakukan oleh bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Hanifa lebuh raya itu akan teruskan secara berperingkat-peringkat. Fasal kedua akan disambung sehingga ke Kampung Damar Kuala Krai. Penjelasan itu menunjukkan kerajaan Kelatan serius untuk membina lebih raya bagi kemudahan rakyat serta memenuhi janji yang dibuat sebelum pilihan raya. Tidak timbul kini kerajaan Kelantan memungkiri janji untuk membina lebuh raya berkenaan.

Read More / Baca Lagi >>

DALAM KENANGAN AL MARHUM UST. FADZIL NOOR : Pemimpin dan Rakan Ummat. (22/6/2002 )

Posted: 17 Jun 2013 07:40 PM PDT

Oleh Ridzwan Abu Bakar
Fadzil @ Ali bin Mohd Noor adalah seorang tokoh ummat, yang dilahirkan untuk berbakti dan memimpin ummat, telah mengikut takdir dan ketentuan ilahi sebagai seorang pemimpin ummat, telah mengunakan pelbagai wadah dan peluang untuk berjuang untuk ummat kerana Allah – demikianlah yang kita saksikan- . Setelah diberikan kekuatan untuk menikmati alam perjuangan dan memimpinnya, Allah subhanahu wa taala telah memanggil balik insan ini kehadratNya.

22 Jun 2002, Malaysia mencipta sejarah apabila pemergian seorang tokoh ummat diratapi oleh ratus ribu para pengkagum, anak murid, mutarabbi, penyokong, lam, kawan rapat, sahabat, rakan "fikrah", rakyat dan pelbagai jenis dan sisi ummat. Bayangkan jalanrayara Alor Setar – Pokok Sena (termasuk jalan-jalan kampung) dipenuhi kenderaan yang berusaha untuk bergerak ke tanah perkuburan Muassasah Darul Ulum. Rasanya, belum ada sejarah – di Malaysia -, kematian seorang tokoh diratapi dan ditakziahi oleh ratusan ribu ummat. Semua jenis "perwakilan" ummat datang kerana rasa "kehilangan", hilang "suara" dan "bimbingan" menyebabkan mereka sanggup meredah lebuhraya nun jauh dari Selatan Tanahair untuk berwida' dengan tokoh ummat ini. Catatan ini akan cuba mengajak kita semua untuk melihat kehebatan insan ini dari sisi "orang biasa-biasa" yang menilai seorang tokoh hebat.
1. Saya secara peribadi, pertama kali bertatap muka dan mendengar ucapan tokoh ini pada tahun 1990, sekitar awal tahun 1989UFN (Ustaz Fadzil Noor, selepas ini hanya ditulis dengan UFN) dengan ditemani oleh Al Marhum Ustaz Azhari Abdul Razak telah dijemput untuk menjadi tetamu Ijtima' Jama'at Islami Pakistan di Lahore, dalam perjalanan pulang mereka melalui Karachi, satu program ramah mesra dengan para pelajar dari pelbagai Negara telah diatur, program dijalankan di Markaz Islami Ittihad Talabah (Persatuan Pelajar Islam – sebuah pertubuhan pelajar yang dinaugi oleh Jamaat Islami Pakistan).
Read More / Baca Lagi >>

Info sejarah sidang Parlimen ke-12 yang lalu

Posted: 17 Jun 2013 07:36 PM PDT

• Persidangan Dewan Rakyat kali ke-12 mencatat beberapa sejarah baru iaitu seramai 99 orang Ahli Parlimen adalah muka baru, manakala jumlah pembangkang pula bertambah lebih empat kali ganda iaitu 82 orang. Ia dirasmikan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.

• Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kini Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama. Perkara ini terjadi kerana PKR memenangi kerusi paling banyak berbanding parti pembangkang lain.

• Pelantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang Dipertua dibuat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.

• Orang ramai berpeluang mengikuti sesi soal jawab Parlimen apabila RTM mula menyiarkan secara langsung sesi itu selama 30 minit sehari bermula 30 April 2008 sepanjang sidang Parlimen ini berjalan.

• Ahli Parlimen mempunyai talian kekeluargaan duduk di dalam dewan yang sama. Mereka adalah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak beliau Nurul Izzah Anwar, Karpal Singh bersama anak beliau Gobind Singh Deo manakala Lim Kit Siang bersama anak beliau Lim Guan Eng.

Read More / Baca Lagi >>

TPP: Apa kerajaan UMNO@BN nak sorok?

Posted: 17 Jun 2013 07:34 PM PDT


Muka depan

MUNGKIN tidak ramai yang tahu pada ketika ini, satu rundingan perdagangan bebas (FTA) dinamakan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sedang diadakan antara Malaysia dan 10 negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perjanjian yang didakwa dijalankan penuh rahsia itu dijangka akan ditandatangani Oktober depan, dengan kehadiran Presiden AS Barack Obama di salah sebuah negara Asean.

Namun, terlalu sedikit maklumat diketahui mengenai rundingan yang telah berjalan selama 24 bulan dan hampir memasuki peringkat akhir itu.

Menurut beberapa badan bukan kerajaan (NGO), maklumat rundingan TPP bukan sahaja tidak didedahkan kepada rakyat tetapi ahli Parlimen juga tidak dimaklumkan isu ini untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Sidang Parlimen ke-13 dijangka paling panas

Posted: 17 Jun 2013 07:33 PM PDT

Dr Azmi Hassan SHAH ALAM – Parlimen yang akan memulakan persidangan pertama penggal ini pada 26 Jun depan dilihat akan lebih hangat dengan kehadiran ramai Ahli Parlimen baru.

Setiausaha Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berpendapat, Ahli Parlimen yang majoritinya adalah orang muda akan memberi impak besar terhadap Parlimen kali ini.

Menurutnya, hakikat tersebut harus diakui namun berharap tidak akan wujud kisah 'istana pasir' di dalam Dewan Rakyat nanti.

"Jangan ada lagi perkara seumpama itu berlaku. Satu pihak bina istana, satu lagi mengkritik dan merobohkannya.

"Apa yang paling utama adalah mencari kesepakatan dalam menyelesaikan isu rakyat dan ditangani bersama-sama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Dewan Rakyat adalah medan bagi memajukan negara ini dan bukan mencari kepentingan untuk diri sendiri dan juga parti.

Read More / Baca Lagi >>

Sidang Parlimen ke-13: Lebih menarik, mencabar

Posted: 17 Jun 2013 07:32 PM PDT

Sidang Parlimen ke-13: Lebih menarik, mencabar TANGGAL 24 Jun ini akan menyaksikan permulaan episod baru dari kalendar Parlimen negara.

Sidang Parlimen ke-13 ini dijangka lebih menarik dan mencabar khususnya bagi Ahli Parlimen BN mahupun PR, susulan keputusan PRU13 yang berakhir Mei lalu.

Antara isu yang akan menjadi tumpuan di awal sidang Parlimen ini adalah persoalan sama ada Ahli Parlimen PR akan mengangkat sumpah pada sesi pembukaan Dewan Rakyat, Isnin ini.

Ramai pastinya tertunggu-tunggu adakah PR akan kotakan janjinya yang menegaskan akan tetap mengangkat sumpah, meskipun sebelum ini membiarkan ia menjadi tanda tanya.

15 Jun lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh, menegaskan kesemua Ahli Parlimen PR tidak akan memboikot persidangan Parlimen ke-13 dan akan mengangkat sumpah 24 Jun ini.

Read More / Baca Lagi >>

Sidang Parlimen: Isu PRU13, SPR topik utama PR

Posted: 17 Jun 2013 07:31 PM PDT

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad SHAH ALAM - Bantahan berterusan keputusan PRU13 lalu oleh PR bakal menghangatkan sesi perbahasan Parlimen kali ini, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau antara wakil rakyat baru yang bakal menggalas tanggungjawab dalam Parlimen berkata isu tersebut pastinya dijadikan persoalan utama dibahaskan oleh PR.

"Sudah pasti panas terutamanya sekarang pembangkang semakin bertambah dan isu PRU akan jadi topik utama selain melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Isu SPR yang tidak laksanakan tuntutan Bersih akan ditimbulkan semula ekoran keputusan PRU13 lalu," katanya kepada Sinar Harian.

Kata beliau, selagi tiada perubahan dalam SPR perkara tersebut akan sentiasa dijadikan bahan utama dalam Parlimen kerana PR konsisten membantah keputusan PRU.

"Isu yang paling kuat berkenaan dakwat kekal selain tuntutan lain.

Pada 2008, penggunaan dakwat kekal hampir pasti digunakan sebelum dibatalkan oleh SPR.

Read More / Baca Lagi >>

Black 505: Memahami kebangkitan anak muda

Posted: 17 Jun 2013 07:29 PM PDT

Tidak terlalu sukar untuk memahami kebangkitan anak muda, termasuk pelajat sekarang, terutama menjelang dan selepas PRU yang lalu. Oleh itu, sebarang kegagalan memahaminya, sama ada pihak individu atau pemimpin parti politik dan pendukungnya, akan mengundang masalah yang sangat besar.

Ini kerana, sama ada kita bersetuju atau tidak bersetuju dengan pemikiran dan sikap generasi baru ini, mereka tetap hadir dalam masyarakat, bahkan mewarnai kehidupan masyasrakat, khususnya jalur politik tanah air.

Sebab itu Pakatan Rakyat sangat perlu terus berada di tengah-tengah golongan anak muda, dalam masa yang sama juga berada di tengah masyarakat biasa.

Memang ada sesetengah anggota masyarakat merasa jengkel atau mencebik melihatkan demikian ramai anak-anak muda di samping golongan veteran yang menyertai Himpunan Bersih 0.2 dan 0.3 serta pelbagai himpunan lain sebelum PRU, baik di Kuala Lumpur mahupun di seluruh negara.

Malah selepas PRU, juga himpunan berterusan - yang dinamakan Himpunan Black 505 – di mana anak-anak muda dan golongan pelajar ini menuntut tiga perkara:

Pertama: Tidak akan menerima keputusan PRU13. Kedua: Menuntut ditubuh SPR baru. Ketiga: Mengadakan pilihan raya semula di kawasan apa yang didakwa berlaku penipuan.

Puluhan ribu anak muda telah menyertai himpunan tersebut. Mereka terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan pelbagai latar belakang keluarga serta pendidikan. Menunjukkan kebangkitan anak muda ini tidak dilatari sebarang elemen perkauman dan sebagainya. Mereka datang secara sukarela dengan kenderaan dan belanja sendiri.

Sebelum itu, para hari mengundi, 5 Mei yang bersejarah itu, anak-anak muda semua bangsa – terutamanya di bandar-bandar besar dan semi bandar – telah berbaris panjang di saluran enam dan tujuh, di tempat mengundi. Ini menunjukkan anak-anak muda telah full-force pergi mengundi dan ini adalah manifestasi kesungguhan mereka untuk menentukan haluan politik negara di mana menurut kajian, anak muda ini kebanyakkannya menyokong Pakatan Rakyat.

Mengapa mereka menyokong Pakatan, justru kerana mereka melihat Pakatan mampu membawa perubahan jika menang.
Read More / Baca Lagi >>

TPP: Pembabitan MiTi bermula dengan janji pendedahan terhad

Posted: 17 Jun 2013 07:28 PM PDT

Jumaat lepas, 14 Jun 2013, kami bertemu dengan wakil-wakil MiTi yang diketuai oleh Datuk Rebecca Sta Maria, KSU Kementerian serta salah seorang perunding utama bagi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Encik J. Jaya Siri.
Perbincangan kami adalah tepat pada masanya, hanya sehari selepas dialog antara MiTi dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) gagal.
Walaupun kami menghargai rundingan dibuat oleh MiTi dengan pihak-pihak berkepentingan, terutamanya ahli-ahli parlimen dan pemimpin pembangkang , kita masih tidak puas hati dengan hakikat bahawa TPPA itu tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen.
Oleh yang demikian, rakyat Malaysia berhadapan sekatan dalam memastikan bahawa hak-hak sosio-ekonomi dan kedaulatan negara dihormati dan dilindungi.
Rangka kerja undang-undang yang menyeluruh TPPA itu boleh menyebabkan undang-undang domestik tunduk dan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di landasan yang sama kuat jika bukan sebagai kerajaan.
Banyak isu-isu telah dibawa ke hadapan dalam perbincangan, yang terdiri daripada kawalan kerajaan ke atas pasaran kewangan, penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (ISDS), harga farmaseutikal dan perubatan, serta kebimbangan umum terhadap kurangnya ketelusan dan maklumat teks runding TPP . Semasa dialog itu yang berlangsung sejam, perkara berikut telah dibangkitkan khususnya:
1) Analisis Kos-Faedah (CBA) pada TPPA:
MiTi mengakui kewujudan kertas CBA dibentangkan kepada Kabinet pada tahun 2010. iaitu 2010 United Nations Development Programme (UNDP) laporan tersebut dibuat oleh Kerajaan Malaysia.
TPPDalam perkembangan yang sedikit positif, kami telah dijanjikan dengan satu salinan laporan itu dalam masa dua minggu walaupun dilucutkan daripada jawatan perunding.
2) Kawalan Kewangan dan Kebebasan
MiTi memberi jaminan lisan tiada kerugian atau pencairan hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi dan kawalan modal dengan menandatangani TPPA itu. Walau bagaimanapun, kebocoran satu teks rundingan Australia berkenaan kawalan modal baru-baru ini, dan kewujudan apa-apa peruntukan dalam FTA lain yang Amerika Syarikat telah tandatangani, memaksa kita untuk kekal berjaga-jaga kemungkinan kehilangan hak tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kereta Rasmi Kerajaan: Selamat jalan kereta nasional, Proton

Posted: 17 Jun 2013 05:36 PM PDT

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider
 difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

"Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.
Read More / Baca Lagi >>

Cerita tentang manusia dan kefahamannya

Posted: 17 Jun 2013 04:10 PM PDT

Oleh Meor Yusof Aziddin
Memilih cara hidup sendiri adalah atas pilihan dan kemahuan kita sendiri. Saya tidak pernah merancang apa yang terbaik untuk masa depan melainkan kita sendiri yang perlu lalui dan berjalan di atas landasan yang realistik dan belajar memahami cerita takdir untuk mendapat ketenangan jiwa. Kita bebas memilih apa warna yang kita mahu, hitam mahu pun putih, segalanya terpulang pada diri kita sendiri. 


Tenang jiwa adalah kemuncak kebahagiaan bagi mereka dapat merasai nikmat kesempurnaan. Ia penting kerana tanpa bahagia walau siapa pun kita, ia tidak akan membawa apa-apa makna. Itu sebab orang kaya pun ada yang haru biru hidup mereka dan pekerja buruh kontrak pun ada yang selesa dan dapat merasai nikmat bahagia.
Ia bukan berkisar tentang wang, harta dan kuasa. Ia tentang jiwa yang tidak perlukan apa-apa bahan materi pun melainkan tahap ikhlas diri kita sendiri dalam mengenal makna hidup ini.
Sewaktu kecil saya bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis kerana abang saya seorang pelukis. Selainnya sebahagian besar masa banyak saya habiskan dengan berangan dan bermimpi. Sewaktu di Darjah 1 saya tidak ingat apa pun memori yang sedih mahu pun gembira melainkan pada hari pertama masuk sekolah, arwah bapa saya hantar dengan basikal tuanya dengan belanja sekolah sebanyak 15 sen sehari. Itu pada tahun 1974 dulu.
Dan yang paling menarik saya tidak tahu membaca sewaktu Darjah 1 sehingga masuk tahun 2 saya dimasukkan ke Darjah 2B, kelas yang kebanyakan muridnya buta huruf termasuklah saya. Syukur pada tahun itu juga akhirnya saya tahu juga membaca dan sejak itu selalulah saya dapat nombor 1 dalam kelas 2B itu.
Dan yang magiknya juga ramai rakan saya di kelas 2B itu yang telah berjaya dalam hidup mereka selepas 20 tahun walau hanya tamat sekolah setakat Tingkatan 3. Walau kurang cerdik dalam pelajaran mereka cerdik dalam bab yang lain pula.
Ada yang pandai bertukang, ada yang rajin berkebun, ada yang pandai dalam bidang kemahiran. Jadi pada saya semua orang punya peluang untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Janganlah berputus asa bila kita gagal dalam akademik seolah sudah tidak ada lagi hari esok untuk kita.
Salah satu sebabnya juga mereka yang berjaya itu dilahirkan sebagai anak orang berada. Apabila orang tua kita punya banyak wang dan tanah berpuluh ekar, apa yang perlu dirisaukan tentang masa depan anak-anak mereka?
Read More / Baca Lagi >>

ISA: Encik Menteri Dalam Negeri, pulangkan hidup kami?

Posted: 17 Jun 2013 04:07 PM PDT

Oleh Merah Hitam
Sejak suami mereka di tangkap polis dan di bawa ke Semenanjung pada November 2011,mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan insan yang keluar bekerja, mencari rezki untuk keluarga.


Sejak tarikh itu juga, suami tidak dapat bekerja untuk mencari pendapatan buat keluarga. Jangankan mainan, sebutir beras pun tidak lagi dapat di sumbangkan oleh si suami untuk di nikmati oleh isteri dan anak-anak yang kian membesar.....
Bagaimana dengan perbelanjan harian, makan minum, sewa rumah dan sebagainya? Semua itu terbeban di bahu isteri......

Kezaliman yang di lakukan oleh penguasa ISA tidak setakat itu saja. Isteri yang amat merindui suami terpaksa berusaha meminta bantuan dari sesiapa yang di rasakan boleh di percayai  untuk membawa mereka bertemu suami yang di kurung  hanya di Kem Kamunting saja.

Kenapa hanya di kem Kamunting?

Kenapa suami mereka tidak di kurung di penjara Tawau atau Kota Kinabalu atau mana-mana penjara yang agak berdekatan dengan Tawau, tempat tumpah darah mereka? Kenapa hanya di Kem Kamunting?Pernah kah penguasa ISA terfikir betapa siksanya isteri yang tinggal di Sabah untuk datang ke Taipinbg di Perak...?Read More / Baca Lagi >>

Tidak boleh dielak, negara dan politik baru wajib berlaku

Posted: 17 Jun 2013 03:39 PM PDT

Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta 'organized' akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah.

Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU yang baru lalu ini..
Di sebaliknya kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang jelas-jelasnya telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.
Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui yang kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.
Bagi kaum Cina perniagaan dan perdagangan serta industri ini sudah menjadi darah daging mereka dan kaum ini telah melalui banyak kepayahan untuk membentuk bangsa ini untuk menjadi bangsa yang sentiasa bekerja kuat dan membina ekonomi bangsanya sampai ketahap yang ada pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Penan Diabaikan Sarawak, Persekutuan Minta Perhatian Selangor

Posted: 17 Jun 2013 03:35 PM PDT

rodziah wanita penan 18 jun 01
SHAH ALAM, 17 JUN: Setelah sekian lama tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri sendiri mahupun Kerajaan Persekutuan, komuniti Penan tampil meminta bantuan daripada Kerajaan Selangor.
rodziah wanita penan juliet 18 jun 01
Ini kerana masyarakat Penan di kawasan pedalaman Sarawak yang bergantung hidup sepenuhnya kepada hasil hutan dan sungai kini umpama hidup dalam buangan apabila hutan ditebang bagi membina empangan.
Seorang wakil penduduk, Juliet Bulan Singa, 21, berkata, aktiviti pembalakan secara besar-besaran di kawasannya menyebabkan penduduk di situ hilang sumber makanan dan kemudahan asas.
"Banyak hutan sudah diceroboh oleh aktiviti pembalakan, oleh kerana itu semua keperluan kami seperti ubat-ubatan, kayu, rotan, binatang semua sudah sukar hendak dicari," ujarnya yang tinggal di kawasan pedalaman Long Pakan, Sarawak.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Tabita De', 32, berkata, sungai yang dijadikan sumber utama untuk memasak, mencuci pakaian dan membersihkan diri juga diancam kemusnahan apabila tercemar daripada aktiviti pembalakan.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah Bidas Kenyataan Najib - “Ada Orang, Peguam Tidak Boleh Berfikir”

Posted: 17 Jun 2013 03:33 PM PDT

Grafik Pengundi hantu
PETALING JAYA, 17 JUN: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membidas kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa orang yang percaya terdapat gerakan sulit membawa masuk warga asing untuk mengundi di dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 merupakan orang "yang tidak boleh berfikir".
"Saya harap rakyat Malaysia dapat menilai inilah cara pemimpin bercakap (kerana) penghinaan itu bukan kepada peguam saja, semua.
"Jangan kita lupa, Malaysia bukan sebuah negara diktator tetapi negara demokrasi, kalaupun rakyat mengundi Pakatan Rakyat, adakah itu bermaksud mereka tidak siuman?." Kata Nurul Izzah yang ditemui hari ini.
Baru-baru ini Datuk Seri Najib Razak berkata orang ramai dan peguam yang mengesyaki ada gerakan membawa masuk warga Bagladesh untuk mengundi di dalam PRU adalah golongan yang tidak boleh berfikir.
Najib dilaporkan berkata demikian di majlis jamuan tengahari bersama pelajar Malaysia di Indonesia semasa lawatannya ke negara tersebut semalam.
Pakatan Rakyat dan beberapa NGO mendakwa terdapat bukti warga asing diberikan kad pengenalan untuk mengundi PRU 13 bulan lalu.
Nurul Izzah berkata Najib sebagai seorang pemimpin tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan angkuh, tetapi sebaliknya menyiasat dakwaan penipuan yang dibawa NGO dan Pakatan.

KiniFocus: Restaurant robberies instill fear in food-loving Malaysians

Posted: 17 Jun 2013 03:30 PM PDT

Tiada ulasan: