Jumaat, 14 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Parang bengkok gunanya hanya untuk menebas semak samun sahaja.....

Posted: 14 Jun 2013 08:29 PM PDT

Salah satu perkara yang saya pernah sebut lama dahulu ialah kemungkinan dan politik ini ada berbagai-bagai. Musuh hari ini akan menjadi kawan besok hari. Berkawan hari ini akan menjadi musuh pula beberapa hari selepas itu.

Tiada sahabat dan musuh yang kekal dalam politik ini nampaknya. Itu sebabnya saya selalu mengingatkan yang muda-muda pada hari ini jangan menjadi manusia keliru dan terjebak dengan keadaan dan menjadi mangsa kepada permainan manusia pemimpin yang hanya gilakan kuasa tanpa had.
Suatu ketika dahulu saya memberikan pandangan yang pergaduhan diantara kita dibawah ini adalah di sebabkan keadaan berpuak-puak dalam negara dalam hal politik hasil dari tindakan pemimpin yang masing-masing mempunyai pengikut.

Masing-masing yang bermusuh sanggup berjabat dan bersalaman semata-mata kerana kepentingan mereka sahaja. Pengikut yang berdemonstrasi serta bagi pihak yang mereka sokong itu hanyalah menjadi umpan dan dimangsakan oleh pimpinan yang membawa mereka berdemonstrasi itu.
Saya menyebut isu yang di siarkan oleh Malaysian Insider hari ini yang Najib dan Anwar berkemungkinan besar sedang berjumpa dan membuat pakatan diantara mereka dalam hal politik pada hari ini di Jakarta. Kebarangkalian perjumpaan ini tidak boleh di nafikan boleh berlaku.
Dalam masa rakyat berbalah diantara pihak mereka ini, tidak ada siapa yang mengetahui Anwar dan Najib pernah berjumpa dan membuat pakatan dihadapan Jusuf Kala dari Indonesia. Hanya setelah Anwar dikatakan memungkiri janji-janji dengan Najib itu, maka barulah rakyat mengetahuinya setelah rahsia perjumpaan itu dibocorkan oleh Jusuf Kala sendiri.
Tidak pula salah perjumpaan itu. Tetapi persoalannya bagaimana dengan penyokong yang berdemonstrasi dan berperang sesama sendiri mempertahankan pemimpin dan puak masing-masing itu? Semasa mereka berperang ini, ramai yang telah tercedera dan ramai juga yang telah berpatah arang sesama sendiri
Read More / Baca Lagi >>

MCA Goyang: Exco Johor Tee Siew Kiong letak semua jawatan dalam MCA

Posted: 14 Jun 2013 08:21 PM PDT

JOHOR BAHARU, 15 Jun - Exco kerajaan negeri Johor yang bertanggungjawab bagi Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Tee Siew Kiong meletak semua jawatan dalam MCA, sebaliknya hanya mengekalkan keanggotaan seumur hidup beliau dalam parti itu.

Tee berkata beliau berbuat demikian bagi mengelak sesetengah anggota parti itu terus mengeksploitasi pelantikannya sebagai exco Johor.

"Saya kesal kerana sesetengah anggota parti menjadikan pelantikan saya sebagai isu dan pada masa sama, bukan sekadar menjadikan saya sebagai sasaran malah bertujuan memusnahkan perpaduan parti.

"Bagaimanapun, saya tidak akan sesekali meninggalkan parti kerana saya sudah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga besar ini untuk tempoh lebih 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan malam semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Tipu PRU: Keputusan mahkamah berkaitan petisyen boleh dirayu

Posted: 14 Jun 2013 08:18 PM PDT

Pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan petisyen pilihan raya masih mempunyai ruang untuk merayu atau mencabar keputusan itu di Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata menurut Sekyen 36A Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954, rayuan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi.

"Pihak yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi tidak memihak kepadanya boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Penghakiman yang dibuat di Mahkamah Persekutuan adalah muktamad," katanya kepada Bernama semalam ketika diminta mengulas perkara itu.

Situasi sedemikian pernah berlaku pada pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan tanpa bertanding Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Sri Joseph Kurup di kerusi Parlimen Pensiangan selepas PKR memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan itu.

Bagaimanapun, Kurup mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kemenangannya.
Read More / Baca Lagi >>

Pendidikan bukan untuk lahirkan robot pintar

Posted: 14 Jun 2013 08:16 PM PDT


SHAH ALAM: Matlamat pendidikan bukan sekadar melahirkan 'robot pintar' sebaliknya pendidikan berperanan 'memanusiakan manusia'.

Bagi mencapai matlamat ini, pendidikan seharusnya menjadikan cinta sebagai asas kerana cinta diyakini mampu memberikan kekuatan kepada manusia untuk saling memberi.

Seperti mutiara kata dari cendiakawan Hamka, 'Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan'.

Itu antara intipati Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) yang diadakan di Kompleks Karangkraf, dekat sini malam tadi.

Pedagogi merujuk kepada kaedah pengajaran dan TFTN cuba membawakan kaedah pengajaran baru yang berasaskan cinta kerana yakin hanya pendidikan cinta mampu melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi akademik dan nilai-nilai kemanusiaan.

Read More / Baca Lagi >>

Portal "The Malaysian Insider" Goyang, 23 Kakitangannya Buka Portal Baru

Posted: 14 Jun 2013 08:16 PM PDT

Selepas berbulan-bulan dilanda spekulasi, portal berita The Malaysian Insider (TMI) hari ini menyaksikan hampir seluruh kakitangannya meninggalkan syarikat itu.

Penghijrahan, yang diketuai oleh editor eksekutif TMI, Leslie Lau, yang akan menyaksikan pewujudan sebuah portal berita baru, The Malay Mail Online (MMO), yang dijangka mula operasi pada 1 Julai.

"Kami mengambil semua orang (untuk menyertai MMO) - semua sub-editor dan wartawan - kecuali tiga wartawan Bahasa Malaysia yang masih mahu (bersama TMI) pada saat-saat akhir," katanya.

Leslie Lau, bersama dengan editor urusan Joan Lau, akan mengendalikan portal berita baru itu yang akan berfungsi secara berasingan dan bebas daripada Malay Mail versi cetak.

"Saya rasa pasukan itu telah menunjukkan bahawa ia berkemampuan dan kita ingin membina satu jenama dan perniagaan baru. Itu adalah cabaran peribadi saya," katanya.

Kakitangan terbabit, yang sepatutnya secara rasmi menamatkan perkhidmatan mereka di TMI esok, secara tiba-tiba menamatkan operasi petang ini.

"Saya bekerja pagi ini, tetapi sesuatu berlaku, jadi saya umumkan cuti untuk kakitangan dan kita pergi menonton filem," kata Lau.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar jumpa SBY hari ini

Posted: 14 Jun 2013 07:41 PM PDT

Twitter Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Bali untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas melalui media sosial Twitternya, pagi tadi.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.
Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.
Read More / Baca Lagi >>

Blackout 505: Tak hadir bukan makna khianati parti - Dtk Tuan Ibrahim

Posted: 14 Jun 2013 07:39 PM PDT

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.
Tuan Ibrahim Tuan Man "Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.
"Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.
Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Najib, Anwar di Jakarta, terdapat spekulasi akan bertemu..Jeng....Jeng..Apakhabar Ku Li Dan Din..!!!

Posted: 14 Jun 2013 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.
Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.
"Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.
Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.
Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.
"Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu," kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno akan jual bangsa Melayu untuk kekal kuasa

Posted: 14 Jun 2013 07:32 PM PDT



Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpinnya semua korup dan rasuah?

Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampung UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.

Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah di serata tempat.

Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?

Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan Melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung-kampung bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain haramjadah.

Read More / Baca Lagi >>

Husam angkat sumpah pada sidang Belanjawan

Posted: 14 Jun 2013 07:31 PM PDT


KOTA BHARU: Datuk Husam Musa, berkata beliau dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Adun Salor pada sidang Dun Belanjawan yang bakal diadakan Oktober nanti.


Ini kerana, katanya beliau memohon cuti untuk tidak menghadiri persidangan Dun Kelantan sejak 22 Mei lalu kerana berada di luar negara.

Katanya, program luar negara diatur lebih awal sebelum mendapat notis sidang Dun.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung percutiannya sepanjang tempoh persidangan Dun Kelantan yang bermula 13 Jun lalu.

Semua ahli dewan yang memenangi PRU13 lalu telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing, kecuali tiga ahli dewan yang memohon surat percutian mereka.

Selain Husam, Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) juga memohon cuti dan surat percutian mereka diluluskan dalam sidang Dun Khamis lalu.

Ketika menghubunginya melalui sistem pesanan ringkas (SMS), Husam memberitahu, pada 26 Mei hingga 9 Jun beliau menunaikan umrah.

"Kemudian saya dijadualkan ada beberapa atur cara rasmi di luar negara bermula 13 hingga 20 Jun ini.

"Kini saya berada di Amman dan juga sedang meninjau perkembangan Syria di sampingmemikirkan kaedah mana yang boleh dihulurkan bantuan untuk mereka," ujarnya.

Menurut Husam, pada asalnya beliau perlu menghadiri program pembentangan sistem pembayaran elektronik antarabangsa e-dinar.

Bagaimanapun, tambahnya atas nasihat ia terpaksa ditangguhkan kerana ada pertempuran baru di Bengazi.

Husam menambah, beliau juga dijangka akan ke Kurdistan, Iraq bulan Ramadan ini.

Husam Musa: Mengapa Saya Tak Hadir Angkat Sumpah?

Posted: 14 Jun 2013 07:41 AM PDT

ADUN Salor Datuk Husam Musa (gambar) hari ini menjelaskan beliau tidak menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri itu semalam kerana mempunyai tugasan rasmi di luar negara.


"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam," kata dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .

"Saya akan mengangkat sumpah pada sidang belanjawan (yang) dijadualkan Oktober akan datang.
"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini berhubung tandatanya mengenai ketidakhadirannya di majlis angkat sumpah tersebut, sedangkan beliau dilaporkan dilihat hadir dan berucap dalam perhimpunan Black 505 di Padang Majlis Daerah Ketereh pada 12 Jun.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Solidariti Ummah 14 Jun 2013

Posted: 14 Jun 2013 07:34 AM PDT

Pemuda PAS Ketuai Perarakan Bantah Kekejaman di Syria.

Posted: 14 Jun 2013 07:32 AM PDT

TGHH: KHUTBAH JUMAAT 05 SYA'BAN 1434 / 14 JUN 2013

Posted: 14 Jun 2013 07:31 AM PDT

Orang-Orang Muhyiddin Mula Berkata, Kalau Bukan Kali Ini, Bila Lagi?

Posted: 14 Jun 2013 07:06 AM PDT

Di sebalik pelbagai khabar angin yang sedang bertiup mengenai politik UMNO dan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri, kedudukan Muhyiddin sama ada mencabar Najib sebagai Presiden UMNO atau hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya dalam pemilihan parti hujung tahun ini, terus menjadi tanda-tanya.

Jika sebelum ini ramai golongan pengampu, pembodek dan tukang kipas tampil dengan satu demi satu alasan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan tetapi sejak Muhyiddin sendiri enggan memberi ulasan mengenai perkara itu buat masa ini, ia semacam reda seketika.

Muhyiddin minggu lalu ketika di Pagoh hanya berkata, beliau akan memberi komen mengenai pertandingan dalam UMNO atau mengenai kedudukan dirinya sama ada bertanding atau tidak di suatu masa yang sesuai nanti.

Jawapan Muhyiddin itu bukan saja berjaya menghentikan pengampu, pembodek dan tukang kipas daripada terus berkokok tetapi dalam masa yang sama terus menghangatkan perbualan di dalam UMNO sendiri mengenai pertandingan kedua-dua jawatan tertinggi itu.

Ramai yang percaya, jawapan Muhyiddin itu menggambarkan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab yang lebih tinggi dalam UMNO, bagaimanapun beliau dipercayai perlu mengambil sikap berhati-hati dan meninjau-ninjau dahulu arus yang sedang mengalir di dalam UMNO, sama ada memihak kepadanya atau pun tidak.
Read More / Baca Lagi >>

Apabila Islam dan politik dianggap dua perkara berbeza!

Posted: 14 Jun 2013 06:47 AM PDT

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Kalau dulu, orang UMNO dan penyokongnya saja yang berfahaman Islam dan politik itu suku, Amanat Hadi dianggap menjadi penyebab masyarakat Islam berpecah belah, Politik tidak diizinkan dibicarakan di masjid kerana itu dianggap mencemar kesucian Islam.Tetapi hari ini selepas PRU 13, berlaku satu lagi fenomena di kalangan penyokong PR yang turut menempatkan politik berbeza dengan Islam.

istilah ulamak politik mula dicanangkan bagi menunjukkan adanya ulamak yang bermain politik untuk mendapatkan kuasa.Ada pendapat yang memuji setengah ulamak yang berpolitik dan mengkeji setengah yang lain.Ada pendapat yang memperlekehkan ulamak yang tidak ada ilmu politik, ilmu politik yang dianggap terasing dari Islam.Kenapa perkara ini berlaku? Apakah kerana kegagalan memenangi PRU menjadi alasan untuk membenci ulamak politik?

Islam adalah carahidup yang sepatutnya difahami oleh semua UMAT ISLAM merangkumi semua sistem nilai kehidupan termasuk politik, yang bermakna politik tidak harus difahami semata mata untuk mendapatkan kuasa tetapi harus difahami kuasa yang diperolehi itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan.Perlaksanaan amanah itu pula mestilah dengan panduan yang jelas dari Islam.Ulamak yang berpolitik bukan kerana mereka mahu cari kuasa peribadi tetapi tanggungjawab yang diwajibkan kepada mereka sesuai dengan ilmu Islam yang mereka ada untuk melaksanakan perintah ALLAH.

Masalahnya berlaku bertembungan di kalangan umat Islam sendiri di mana sebahagian Umat Islam masih berpendapat Islam suku, politik suku.Ulamak sesuai dengan gelarannya merupakan seorang yang berilmu bukan setakat ilmu ilmu ibadat  tetapi ilmu muamalat yang berteraskan ajaran Islam, termasuk ilmu mualamat ini ialah ilmu politik berteraskan Islam, bukan berteraskan pendapat akal semata mata.
Read More / Baca Lagi >>

Wajib Baca: Berita baik untuk penyokong BN

Posted: 14 Jun 2013 06:40 AM PDT

Lepas BN Menang, Selalunya Kita Mendapat Berita Tentang Kenaikan...Kan?

Suhakam fokus baiki 5 agenda utama

Posted: 14 Jun 2013 06:38 AM PDT


Suhakam KUALA LUMPUR -  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memfokus kepada memperbaiki lima agenda utamanya dengan membabitkan kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan untuk terus ke hadapan, kata Pengerusinya yang dilantik semula Tan Sri Hasmy Agam.
  
Beliau berkata isu berkenaan ialah populasi yang semakin berusia, kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, hak asasi manusia dalam perniagaan, siasatan awam dan pendidikan berkaitan hak asasi manusia di sekolah rendah.
  
Hasmy berkata Suhakam mampu menjadi kuasa yang kuat untuk perubahan apabila digerakkan secara strategik dalam menangani rungutan dan keperluan masyarakat sivil.
  
"Terdapat beberapa cara berbeza untuk Suhakam membabitkan kerajaan dan badan berkaitan termasuk mengadakan perbincangan dengan menteri, menyediakan laporan, menghantar aduan dan membangkitkan isu berhubung situasi pencabulan hak asasi manusia.
  
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut di Syria | 14 Jun 2013

Posted: 14 Jun 2013 06:32 AM PDT

Teng: Selangor's councils to live stream meetings

Posted: 14 Jun 2013 06:31 AM PDT

Stop State Violence Forum: Roger Chan on IPCMC vs EAIC

Posted: 14 Jun 2013 06:30 AM PDT

Analisis Awani- Sidang Parlimen 13: Kualiti dan Isi?

Posted: 14 Jun 2013 06:30 AM PDT

Padang Merbok: Iklan McDonald's dedahkan penipuan DBKL?

Posted: 14 Jun 2013 04:30 AM PDT

PELBAGAI alasan diberikan untuk menghalang penganjuran Himpunan Aman Black 505 yang dijadualkan pada 22 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Hasil rundingan oleh pihak penganjur dengan DBKL sebelum ini telah menyebabkan himpunan yang sepatutnya berlangsung pada 16 Jun itu ditunda ke 22 Jun.

Alasan terbaru yang diberikan untuk menolak kelulusan himpunan itu ialah kononnya Majlis Olimpik telah menempah Dataran Merbok sejak tahun lalu bagi menganjurkan satu acara larian.

Namun sebuah Iklan yang disiarkan oleh portal McDonald's tentang acara larian yang dimaksudkan nampaknya mendedahkan perkara sebaliknya.

 "Siapa tipu? DBKL atau McDonald's? "

Majlis sanjungan budimu guru Ahad ini

Posted: 14 Jun 2013 04:25 AM PDT


KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik Malaysia) mengalu-alukan  kehadiran warga pendidik dari pelbagai institusi  ke Majlis Sanjungan Budimu Guru, Ahad ini di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Program yang  cukup bermakna ini dianjurkan dengan dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan serta AmalNita Selangor juga Pendidik.

Demikian kata Presiden Pendidik, Normala Bt. Sudirman (Cikgu Mala) (gambar bawah) dalam kenyataannya.

Bertemakan "Guru Murabbi Penjana Khaira Ummah", suatu forum akan diadakan selain acara perasmian yang akan disempurnakan perasmiannya oleh  Dr.  Halimah Ali selaku Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Antara jemputan istimewa adalah Siti Zailah Mohd Yusuf selaku Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat.

Turut dijangka meraikan majlis ini juga adalah  Dr. Hjh Siti Mariah Bt. Mahmud selaku Ahli Parlimen Kota Raja merangkap Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Suhakam perkenal 3 anggota baru

Posted: 14 Jun 2013 04:24 AM PDT


Suhakam KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini mengumumkan tiga ahli jawatankuasa yang baru dilantik berkuatkuasa 26 April lalu.

Mereka yang dilantik termasuklah Profesor Dr Aishah Bidin, Francis Johan Adam dan Sylvester Madating@Nordin Kasim.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam mengekalkan tujuh ahli jawatankuasa seperti tahun sebelumnya.

"Kita mengekalkan empat orang lama termasuk saya sebagai pengerusi, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee, Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi A Majid dan James Deva Nayagam.

"Tahun ini kita akan kekalkan juga tujuh orang ahli jawatankuasa dalam Suhakam," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: