RAKYAT MARHAEN |
- Hadiah PRU13: Terima kasih pengundi BN .. Tambang bas bakal naik 30%
- UMNO akan pastikan Pulau Tuba terus gelap dari cahaya Al-Quran ..!!
- Biarlah Idris Paten Asam Pedas, Ustaz Mat Jangan Patenkan Budu Sudahlah...
- EC's stubborn refusal to quit may force STREET PROTESTS!
- 3 portfolio: Kepercayaan MB Selangor kepada PAS
- Serang PKR: Ezam disebut bakal dilantik pegawai Najib.??
- Black 505: Penganjur, DBKL gagal capai kata sepakat
- Tipu PRU: Pakatan perintah Malaysia jika menang 25 petisyen
- Kempen Najib tidak ditentang bermula
- DAP gesa KPN, KDN lulus polis bantuan MBPJ
- The Zombie-fication of Malaysian Society.
- WHITHER MALAYSIA POST-GE13: Issues, risks & the myth of transformation
- 3 Adun Kelantan Boikot Majlis Angkat Sumpah..???
- Perang media dan potensi menang PRU14
- ‘Bad precedent’ if Pakatan takes up stadium offer for rally, says Rafizi
- Himpunan 505 tetap diteruskan
- Ambiga: Protes jalanan mungkin hanya pilihan desak reformasi pilihan raya
- Himpunan 505: DBKL tetap tak lulus guna Padang Merbok
- FOLKS, OUR INDEX HARDLY MOVED! Is the KLCI crashing & can Najibnomics prevent it?
- Street protests may be only way to push for polls reform, says Ambiga
- Lawan atau tidak: Muhyiddin masih dalam dilemma
- Dr M: Jangan beri muka kepada pembangkang...!!! Rakyat juga jangan bagi muka pada UMNO@BN....
- Ribut: Umat Islam digesa berdoa dan bermuhasabah
- 3 pemimpin PAS sertai dialog dengan PSM
- Gale knocks down Penang Umno HQ antenna
Hadiah PRU13: Terima kasih pengundi BN .. Tambang bas bakal naik 30% Posted: 13 Jun 2013 09:03 PM PDT Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri. "Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas persetujuan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) supaya kerajaan menaikkan tambang bas bagi mengelakkan syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi. Namun, Syed Hamid berkata pengusaha syarikat bas perlu seiring dengan SPAD dalam mencapai objektif untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada orang awam. "Mereka memberi pandangan dan kita juga memberikan pandangan bagi mencari jalan terbaik untuk orang ramai," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO akan pastikan Pulau Tuba terus gelap dari cahaya Al-Quran ..!! Posted: 13 Jun 2013 09:00 PM PDT 1. Keputusan Kerajaan BN Negeri Kedah untuk menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi merupakan tindakan yang mundur ke belakang. 2. Malah, keputusan itu bagai membayangkan ketidaktentuan jaminan masa depan institusi pendidikan Islam di Kedah sebagaimana ura-ura sama terhadap KUIN sebelum ini. Adakah nasib sama juga bakal 'menghinggapi' Maahad Mahmud dan KAFA? 3. Cukuplah rekod Kerajaan BN yang hampir membunuh Sekolah Agama Rakyat (SAR). Jangan pula menganaktiri dan berlepas tangan terhadap institusi pendidikan yang berada di bawah tanggung jawab Kerajaan Negeri itu. 4. Sebagai sebuah kerajaan, alasan kos dan perbekalan elektrik yang dijadikan sandaran terhadap penangguhan itu menunjukkan dangkal dan lemahnya BN dalam mengurus kepentingan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Biarlah Idris Paten Asam Pedas, Ustaz Mat Jangan Patenkan Budu Sudahlah... Posted: 13 Jun 2013 08:54 PM PDT Kehebatan seseorang pemimpin itu bukan ditilik kepada kekuatan body dan fizikalnya saja, atau besar kecil kemas atau tidak srban dan ikatannya, tetapi ia akan diukur kepada kecanggihan ideanya. Kemunasabahan buak fikirnya dan apa yang dilontarkan boleh menyebabkan orang 'terkanyak' - terkejut. Terkanyak di sini bukan dalam erti kata lain 'gelak' atau lucu dengan buah fikiran itu tetapi merarasa 'aduhhh' dan 'wah'- hebatnya. Cara begitulah baru orang mengata pemimpin itu hebat dan ada keupayaan idea dan berpotensi untuk menjadi pemimpin membawa perubahan dan pembaharuan. Pemimpin yang baik dan ada idea juga akan memandu perjuangan dan wadahnya ke depan bukan berselibah dengan ekor serban dan kaki jubah. Ada juga sesetengah orang bila pemimpin itu berfikir di luar kotak kemampuan dan 'kelontong' politik, ia akan dianggap sebagai khayalan dan impian. Dijehkan (persendakan) sebagai pemimpin yang tidak ada arah. Semisalnya bekas Exco Kelantan Husam Musa yang melontarkan beberapa idea untuk menjana pembangunan untuk rakyat Kelantan sedangkan keupayaan kewangan negerinya tiada, orang beranggap idea Husam sebagai angan-angan dan impian kosong. Ia digelar sebagai angan-angan Mat Jenin. Lebih sedih lagi ada yang beranggap idea Husam telah menyusahkan Pas. Astga...anak beruk baham ayam, teruk sangatlah pemimpin yang berfikiran sempit dan rigid begini. Mengambil muda sesuatu yang tidak mungkin dilaksanakan dengan keupayaan semasa, terus mengatakan ia membebankan Pas. Sebenarnya orang yang berkata demikian yang menyempitkan lorong fikir yang menyusahkan Pas. Orang yang bersikap negatif dan mudah gerun ini tidak akan berjaya untuk membangun negeri dan memimpin rakyat. Kehadiran mereka akan menghabiskan boreh saja dan membuang masa emas perjuangan. Read More / Baca Lagi >> |
EC's stubborn refusal to quit may force STREET PROTESTS! Posted: 13 Jun 2013 08:42 PM PDT Polls reform group Bersih 2.0 has conceded that taking to the streets could be the only way left to fight for polls reform should its campaign to clean up the election system through legal channels fail. Read More / Baca Lagi >>Co-chairman Datuk Ambiga Sreenevasan said the group, however, will first use its "People's Tribunal" as the chief platform to "scrutinise" the allegations of fraud committed in Election 2013 where its findings will be the basis for its advocacy work for polls reform. "We will go with the tribunal first. Depending on the findings we will push for relevant reform. If that fails then a protest may be the only option," she toldThe Malaysian Insider. Ambiga had previously said that the "people's tribunal" will serve as a "moral force" to investigate and publicly expose alleged fraud in the May 5 general election. The tribunal and its findings will also underpin its fight for the resignation of all the present Election Commission (EC) line-up following accusations of bias. Bersih and Pakatan Rakyat (PR) leaders have also made this a key condition to bilateral talks on polls reform. But the Najib administration's insistence on the EC's independence means it is unlikely to agree to the condition. The EC chairman, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, has also said that the commission will not bow down to pressure. The impasse could well force Bersih and the opposition to resort to street protests as a last recourse. "Our fight for electoral reform will continue. Our People's Tribunal will proceed," Ambiga said. Bersih has held three massive street protests in the past. The violent clampdown on the demonstrations, especially the third rally, drew widespread domestic and international condemnation on the Najib administration which later forced it to set up a parliamentary panel to oversee polls reform. |
3 portfolio: Kepercayaan MB Selangor kepada PAS Posted: 13 Jun 2013 08:41 PM PDT "Saya tidak akan membelakangkan keputusan parti berkaitan hukum agama. Saya juga akan menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua kampung yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugas," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB USTAZ SALLEHEN MOKHYI ketika ditemui di pejabatnya tingkat 15, SUK, Shah Alam, baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>YB memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa. Sudah tentu tiga portfolio yang begitu besar kerana ia melibatkan pembangunan manusia. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beri kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas exco Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Kepercayaan ini mungkin satu penilaian atau satu penghormatan Tan Sri kepada saya. Ia juga kepada PAS yang cukup berkeupyaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini. Saya bukan sekadar berlatarbelakang pendidikan agama, tapi saya orang kampung yang hidup dan membesar di luar bandar. Dalam waktu yang sama saya berada di persekitaran dunia pertanian di utara Selangor. Ini merupakan kawasan pertanian yang terbesar di Selangor. Saya memang nampak kerja ini agak berat. Apabila saya menilai kerajaan Pakatan Rakyat telah mengurus tadbir Selangor sepenggal, ini bererti saya tidak menghadapi kepayahan sangat. Kita telah merintis perjalanan itu dengan rakan-rakan pada penggal lalu. Di tambah dengan moto Selangor `Meneruskan Kecemerlangan'. Tugas saya menjadi sedikit lebih ringan kerana kita telah ada program yang lepas dan boleh digunakan untuk penggal kedua ini. |
Serang PKR: Ezam disebut bakal dilantik pegawai Najib.?? Posted: 13 Jun 2013 08:39 PM PDT Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR. Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR. Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007. Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu. Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah. Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu. Pegawai-pegawai Najib itu dianggap telah gagal memberi nilai tambah kepada Umno dan Perdana Menteri terutama dalam pilihan raya itu. Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga turut menyalahkan pegawai-pegawai Najib itu. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Najib dilaporkan telah melantik Khairun Aseh sebagai salah seorang pegawai khasnya dan sudah pun memulakan tugasnya sejak minggu lalu. Khairun merupakan Exco Pemuda Umno Malaysia, anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat iaitu Pengerusi Perbadanan Putrajaya. |
Black 505: Penganjur, DBKL gagal capai kata sepakat Posted: 13 Jun 2013 08:37 PM PDT Penganjur perhimpunan Black505 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi penganjuran himpunan tersebut pada 22 Jun ini yang akan berlangsung di Padang Merbok. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pagi ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata buat masa ini penganjur kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya. Dalam pertemuan lebih sejam itu bermula 8.15 pagi, Rafizi berkata perbincangan turut berkisar mengenai tawaran DBKL sebelum ini supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka atau Stadium Titiwangsa. Bagaimanapun, Rafizi berkata pihaknya tidak mempunyai mandat membuat keputusan dan akan berbincang perkara itu dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan NGO berhubung perkara itu. Beliau yang juga ahli parlimen Pandan sebaliknya menegaskan "tidak mengharapkan banyak perubahan akan berlaku". "Setakat ini tidak ada perubahan (lokasi). Pertemuan (hari ini) berjalan dengan mesra tetapi keputusan kedua-dua pihak adalah sama pada asal. Kita mahu berhimpun di Padang Merbok. Read More / Baca Lagi >> |
Tipu PRU: Pakatan perintah Malaysia jika menang 25 petisyen Posted: 13 Jun 2013 08:36 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mampu mengambilalih pemerintahan negara daripada BN, jika menang kesemua 25 petisyen PRU13 bagi kawasan Parlimen yang difailkan di Mahkamah Tinggi yang telah berakhir tempohnya kelmarin. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan daripada jumlah itu, parti-parti yang bertanding memerlukan 149 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 serta 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, berdasarkan perkiraan itu, Pakatan sememangnya sudah berkemampuan untuk mengambil alih pemerintahan daripada BN di peringkat Persekutuan jika menang 25 petisyen itu. Menurut beliau, Pakatan kini telah memiliki 89 kerusi di Parlimen dan sekiranya menang 25 petisyen itu menjadikan jumlah kerusi yang dimiliki oleh Pakatan nanti sebanyak 114, melebihi dua kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah. Read More / Baca Lagi >> |
Kempen Najib tidak ditentang bermula Posted: 13 Jun 2013 08:32 PM PDT Jika Datuk Najib pemimpin yang bearwibawa dan diterima oleh semua, apa perlunya ketua Puteri dan ketua Pemuda Umno menyeru supaya belilau tidak ditandingi dalam pemilihan Presiden Umno yang akan datang? Bahkan Tan Sri Muhyidin Yasin juga tidak perlu dicabar bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu. Seolah-olah telah bermula kempen dalam kalangan parti itu supaya jangan ada yang mencabar kedua-dua pemimpin itu untuk mengekalkan jawatan masing-masing. Apakah telah ada kemungkinan dia dicabar berikut prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU yang lalu, malah pencapaiannya lebih buruk dari PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Badawi dulu. Ia bukan sekadar buruk di peringkat Parlimen, bahkan pimpinan langsungnya dalam BN dan Umno Selangor juga lebilh buruk daripada sebelumnya. Jika prestasi buruk Tun Abdullah Badawi dulu diikuti oleh kebangkitan Umno secara langsung diketuai oleh Najib sendiri, menuntut Pak Lah berundur, maka bukanlah Najib kebal sangat hingga dia dibiarkan saja. Maka Najib sendiri memahami apa yang dilakukannya terhadap ketuanya dulu, bukan ia mustahil melandanya. Telah pun ada yang mahukan Tan Sri Muhyidin berperanan bagi membangunkan semula kuasa Umno dan BN. Dr Mahathir selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh mengambil tindakan supaya jawatan presiden jangan dicabar kerana ia dikatakan mengundang perpecahan parti seperti yang terjadi selepas pemiliihan yang dia menang tipis. Dia berjaya mengelakkan dia tidak dicabar lagi selepas itu. Read More / Baca Lagi >> |
DAP gesa KPN, KDN lulus polis bantuan MBPJ Posted: 13 Jun 2013 08:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Jun – DAP hari ini menggesa Ketua Polis Negara (KPN)dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan kebenaran kepada pihak berkuasa tempatan mereka memiliki pasukan polis bantuan sendiri bagi mengekang kejadian jenayah di Petaling Jaya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin (gambar), menegaskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memerlukan tambahan dua kali ganda anggota pasukan polisnya bagi memastikan situasi yang selamat untuk penduduk di sekitar kawasan berkenaan. "PJ perlu menggandakan kekuatan pasukan polis. Pada 2012, dengan populasi sekitar 620,000 penduduk, hanya ada 1,323 pegawai polis. Dalam erti kata lain, setiap anggota polis perlu melindungi 470 penduduk," katanya yang juga pakar strategi media sosial DAP dalam satu kenyataan hari ini. "Purata 1:470 adalah jauh lebih tinggi berbanding saranan Interpol (International Criminal Police Organisation), 1:250." Jelasnya lagi, MBPJ telah memohon pasukan polis bantuan sejak Februari 2009 dan memperuntukkan sejumlah RM4.3 juta untuk melengkapkan 100 pegawai pebguasanya sebagai polis bantuan, namun ia telah ditolak pada 2010 atas alasan tiada keperluan pasukan polis tambahan di kawasan berkenaan dan akan berlaku pertindihan tugas dengan polis. "MBPJ kemudiannya memohon semula pada Jun 2012, namun masih lagi belum menerima sebarang jawapan daripada IGP," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
The Zombie-fication of Malaysian Society. Posted: 13 Jun 2013 08:30 PM PDT I have written a long time ago, about the political realities in this country. Malays and Bumiputera are the dominant groups in Malaysia. Any political organization which does not factor-in Malay interests and participation will fail to gain national relevance. It's a practical requirement for now. For a long time from now, Malays will still be the majority. Unless there is a catastrophic reversal in demographics, this fact will remain. And this fact is recognised by parties like DAP. The PM and the DPM will continue to be Malays. This country will never become a republic. All the institutions are controlled by Malays and unless Malays themselves elect to self-destruct, then others will take over. The problem in this country is caused by UMNO. It has zombied Malays into believing they are under siege especially from the Chinese. The Malays who are dominant in almost all aspects of civil life in this country is besieged by a numerically inferior group? The zombiefication by UMNO defies logic. Unless all these mad things happen, Malays will keep their place. The only people worried about keeping their place is UMNO because it's on the way out. What more under the confused leadership of Najib. Who else except Najib who can hold contradictory ideas and believe in them at the same time? Who else other than Najib who can talk about inclusiveness one minute and the next minute is haranguing the Chinese for not supporting UMNO? Who else other than Najib and UMNO who can run down the Chinese but the same time cavorting and doing business with Chinese friends? Who else other than UMNO leaders who can deride Chinese women but salivate at the sight of Amber Chia or Daphne Iking and other luscious looking Chinese girls adorning the numerous advertisement billboards? Who else other than UMNO leaders who can talk piously about law and order but sees nothing amiss in appointing a transgressor of law as Home Minister. Who else other than UMNO can appoint someone faggotty as Minister of Defence who described armed Sulu invaders as old men wearing sarongs and slippers? We accept and acknowledge the Malay factor. We reject UMNO only. Read More / Baca Lagi >> |
WHITHER MALAYSIA POST-GE13: Issues, risks & the myth of transformation Posted: 13 Jun 2013 08:11 PM PDT I was asked the same question over and over again by my peers, clients and the media. I did not give an immediate answer because it is precisely a "post-GE' assessment. There is a need to review and analyze the responses from various stakeholders, parties and observers. There is a necessity to feel the pulse of the nation before a valid and fact-based observation can be made. Read More / Baca Lagi >>There are a few themes which emerged from the 13th GE. Some of the issues and repercussions are going to be highlighted in point form. Firstly, I would like to highlight the key issues: 1) Division It is quite clear now that the 13th GE has created more divisions than common grounds. The are more profound political differences between the two coalitions - PR and BN - and their supporters. The whole political discourse has become either black or white. It is either you are with us or you are against us. It was compounded by the fact that the Opposition PR had expected to win the GE but was not successful. On the other hand, the BN regime had singled out the low Chinese support as the main reason for their less than stunning victory. Hence, the two coalitions are caught in an awkward situation. PR had blamed the electoral system and the alleged frauds as the main reason for their unsuccessful campaign. BN had blamed the Chinese community for their predicament. Both cannot accept anything than an absolute victory at the polls. Continuous post GE bickering over the election results, now preceded by the petitions, is going to drag on for months to come and is going drag in a lot of their supporters and members as well. This is the first sign of division. Worse case scenario, the division might even expanded to include the rural-urban divide, ethnicity (Malay versus Non-Malay), alternative versus mainstream media and religion (remotely). On the urban-rural divide, the dialogue has involved both the communitarian and morality dimension. It has become socially unthinkable to take a centrist position without being berated by one's social circle. Supporters from both coalitions have taken to peer pressure and communitarianism to press for support and compliance from their friends, colleagues and peers. This is often coated with both communal and morality arguments. 2) Credibility Crisis The newly minted PR has won almost 90% of all urban seats, leaving BN with both semi-rural and rural seats. However, any discourse concerning the nation is often dictated by the urbanites. The emergence of the online social tools such as the Twitter, Facebook, Blog, Youtube etc. the dominant discourse is not one the ruling regime will cherish. On the polling night itself, after news that the BN had successfully formed the Federal government, the public discourse on the Internet had established its foothold, intent, shape and agenda. The BN regime and the institutions and processes created by its regime were going to be discredited so that the PR would gain immediate advantage and influence over the minds of the urbanites. Even with a comfortable mandate and majority, the BN is going to find a hard time restoring its credibility if it cannot influence the discourse. BN might continue to rule but the PR would continue to hold on to their influence and electoral gains and hopefully to build on them. What is worse and damaging is the credibility crisis has grown internationally. Supporters and leaders of the PR coalition are taking their grouses to the UN, the White House, the UK government, Australia and other international platforms. A number of fraud allegations were made online and they were quickly replicated and shared out by the followers. |
3 Adun Kelantan Boikot Majlis Angkat Sumpah..??? Posted: 13 Jun 2013 08:07 PM PDT KOTA BHARU - Bekas Exco yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa mencetuskan persoalan apabila memohon tidak menghadiri majlis angkat sumpah yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) . Lebih mengejutkan apabila Speaker DUN, Abdullah Ya'kub turut memaklumkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu memohon untuk tidak hadir sepanjang tempoh persidangan DUN kali ini yang dijadual bermula Ahad ini. Sedangkan Husam, pada malam kelmarin telah menghadiri perhimpunan pakatan pembangkang di Padang Majlis Daerah Ketereh, kira-kira 20 kilometer dari Kota Darulnaim yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain Husam, dua lagi ADUN yang tidak hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ayer Lanas) dan Exco, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi (Wakaf Bharu). "Sebelum majlis angkat sumpah ini dimulakan, sukacita saya maklumkan bahawa pihak Dewan Undangan Negeri telah menerima tiga pucuk surat iaitu daripada ADUN Wakaf Baru dan Ayer Lanas yang memohon untuk tidak hadir pada persidangan (majlis angkat sumpah ADUN). |
Perang media dan potensi menang PRU14 Posted: 13 Jun 2013 08:03 PM PDT Oleh Ahmad Lutfi Othman Apa faktor terbesar Umno-BN masih mengekalkan kuasa dalam PRU13 lebih sebulan lalu? Bagi Dr Mahathir Mohamad, kuncinya terletak kepada ketakutan majoriti pengundi Melayu terhadap kemungkinan Anwar Ibrahim bersama DAP menguasai Putrajaya. Rasa takut "kehilangan hak-hak Melayu" yang dsengaja dicipta ini disuntik melalui propaganda berterusan sehingga membentuk persepsi hodoh kepada Pakatan Rakyat Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah secara berkesan. Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna. Bagi saya -- begitu juga anggapan ramai pemerhati politik -- kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini? Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai -- yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat. Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat. Read More / Baca Lagi >> |
‘Bad precedent’ if Pakatan takes up stadium offer for rally, says Rafizi Posted: 13 Jun 2013 07:59 PM PDT KUALA LUMPUR, June 14 — Pakatan Rakyat (PR) is still insisting on using the Padang Merbok field here for its "Blackout 505" rally, with PKR's Rafizi Ramli saying that giving in to the authorities' suggestion of a stadium would set a "bad precedent" for future peaceful gatherings. Rafizi said the people would want to exercise their right to freedom of assembly as long as it does not breach the Peaceful Assembly Act 2012. "I think that remains a critical point because if we were to accept the argument and also the precedent, that means there will be not be any other gathering in open, public spaces after this. "It sets a very bad precedent," the PKR strategy director told reporters after a meeting with Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and the police. According to Rafizi, no new points were raised in the meeting, with the authorities insisting that the opposition pact use a stadium instead of an open space, while PR still wants to use the field near the landmark Dataran Merdeka in the city centre here. "It's still a deadlock. I think it's status quo," Rafizi said. Two PR leaders, PKR's Datuk Johari Abdul and the DAP's Fong Kui Lun, also attended the meeting they said was called by the city mayor. The PR leaders said the pact's leadership council will make a final decision on this matter. PR has held "Black 505" mass rallies across the country since May 5 to protest against alleged vote-rigging in Election 2013 that saw the ruling Barisan Nasional (BN) retain power, despite losing the popular vote. |
Posted: 13 Jun 2013 07:58 PM PDT Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut tidak akan dibatalkan dan tiada kaitan dengan proses mengangkat sumpah kerana agenda utama himpunan tersebut adalah isu-isu berkaitan penyelewengan yang berlaku sewaktu PRU13. "Saya yakin, isu-isu seperti dakwat kekal yang tidak kekal, penipuan, akses media dan banyak lagi akan terus diangkat dalam siri himpunan ini. "Ahli Parlimen akan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa. Begitu juga himpunan akan berjalan seperti dirancang," katanya. Katanya, lokasi himpunan masih sama dan tiada pertukaran lokasi setakat ini. "Saya pasti, himpunan di Padang Merbok akan mendapat kehadiran yang di luar jangkaan dan percaya himpunan kali ini akan dihadiri lebih ramai berbanding sebelum ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyifatkan himpunan tersebut tidak mengganggu proses angkat sumpah Ahli Parlimen. "Selain itu, ia lebih ke arah menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada meletak jawatan. Kita akan terus memberitahu rakyat bahawa PRU13 dicemari dengan pelbagai penipuan," katanya |
Ambiga: Protes jalanan mungkin hanya pilihan desak reformasi pilihan raya Posted: 13 Jun 2013 07:57 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 telah mengakui protes jalanan mungkin hanya cara yang tinggal untuk memperjuangkan reformasi pilihan raya sekiranya kempen mereka untuk membersihkan sistem pilihan raya melalui saluran undang-undang menemui kegagalan. Pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) mengatakan bagaimanapun, kumpulan itu akan menggunakan "Tribunal Rakyat" sebagai platform untuk "meneliti" tuduhan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya 2013 dimana hasil penemuannya akan menjadi asas sokongan kepada kerja reformasi pilihan raya mereka. "Kita akan jalankan tribunal terlebih dahulu," katanya kepada The Malaysian Insider. "Bergantung kepada hasilnya, kita akan desak reformasi yang relevan. Jika itu gagal, mungkin protes adalah pilihan yang tinggal." Ambiga sebelum ini mengatakan "tribunal rakyat" akan bertindak sebagai "kuasa moral" untuk menyiasat secara terbuka pendedahan penipuan didakwa dalam pilihan raya umum 5 Mei. Tribunal ini dan penemuannya juga akan menyokong desakan peletakan jawatan barisan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dituduh berat sebelah. Bersih dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menjadikan ini sebagai syarat utama untuk perbincangan bilateral mengenai reformasi pilihan raya. Akan tetapi pentadbiran Najib menegaskan SPR adalah bebas dan ini dilihat sebagai tidak bersetuju dengan syarat diberikan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengatakan, suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada desakan tersebut. Kebuntuan itu juga boleh memaksa Bersih dan pembangkang untuk menggunakan demonstrasi jalanan sebagai jalan akhir. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan 505: DBKL tetap tak lulus guna Padang Merbok Posted: 13 Jun 2013 07:56 PM PDT KUALA LUMPUR - PR gagal mendapat kelulusan untuk meneruskan perhimpunan Black 505 di Padang Merbok selepas mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, hari ini. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Datuk Bandar telah mencadangkan Stadium Titiwangsa dan Stadium Merdeka sebagai lokasi alternatif setelah permohonan untuk Padang Merbok ditolak. Menurutnya, perhimpunan di tempat terbuka adalah termasuk di dalam Akta Perhimpunan Aman dan perkara ini juga merupakan kemahuan rakyat. "Kita telah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), DBKL tetap dengan keputusan mereka. "Tapi setakat ini kita memang putuskan untuk teruskan Black 505 di Padang Mrbok seperti yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Pemimpin Tertinggi PR," katanya pada pemberita di sini, hari ini. Pada Isnin lalu, DBKL telah menolak permohonan PKR untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 22 Jun ini. Read More / Baca Lagi >> |
FOLKS, OUR INDEX HARDLY MOVED! Is the KLCI crashing & can Najibnomics prevent it? Posted: 13 Jun 2013 07:30 PM PDT As we have mentioned earlier in our article (Malaysia's Economy and Stock Market Disconnect) on 2nd June, you need a strong economy to support a strong stock market. When fundamentals are lacking, market manipulation will have to come to an end sooner or later. As a matter of fact the sooner the better so that the market will rid itself of excesses and begin another cycle of growth. In contrary it seems like every country in the world is busy trying to outdo each other in propping up their economies with cash injection or so-called Quantatitive Easing. But such a move is wrong because the longer they delay the eventuality (market correction) the worse will be the outcome. Why Market Manipulation does not Work? What they are doing is practically misallocating resources from the good to the bad sector of the economy by manipulating everything such as Libor, interest rates, Bonds, Stocks, precious metals, currency, Oil, HFTs, Options, Swaps, Forwards and any damn thing they can get their hands into. Propping up the stock market does not produce any 'real economic benefit' as in raising productivity or efficiency of the economy. Those are just 'paper gains' and does not contribute to the well being of us in the long run. By propping up the stock market will also eventually leads to the formation of other bubbles like the real estate and consumer credit due to the artificially suppression of interest rate and the flood of cheap money into the economy. When the stock market crashes it also will bring down these sectors with it and the after effect will be disastrous. Artificially propping up markets will eventually fail because there are only that many suckers that you can persuade to invest in the market. When everybody is 'fully invested' then that's where the problem comes in because there is no further buying and eventually the Government have to step in to pick up the lag. Najibnomics As in Malaysia, Najib's Government effort to support the stock market will have to come to an end because in order to support the market the government will have to buy in everyday in order to maintain the index. Eventually our Government through its agencies will end up being the majority shareholder of every single 30 index linked counters. They have to keep buying when investors sell if not the index will go down. If they don't stop this insanity then in the end our 'Government is the Market' due to its controlling interest in the index linked counters. That is the problem facing all Governments around the world at the moment buying up all everything but unable to unload. As a result they ended up being the biggest owners of real estates, equities, financial derivatives and all the financial instruments that they manipulated. Finally all these investments will be to be 'deleveraged' and now this seems to be happening to financial markets around the world. How other markets fared? Read More / Baca Lagi >> |
Street protests may be only way to push for polls reform, says Ambiga Posted: 13 Jun 2013 07:29 PM PDT KUALA LUMPUR, June 14 — Polls reform group Bersih 2.0 has conceded that taking to the streets could be the only way left to fight for polls reform should its campaign to clean up the election system through legal channels fail. Co-chairman Datuk Ambiga Sreenevasan said the group, however, will first use its "People's Tribunal" as the chief platform to "scrutinise" the allegations of fraud committed in Election 2013 where its findings will be the basis for its advocacy work for polls reform. "We will go with the tribunal first. Depending on the findings we will push for relevant reform. If that fails then a protest may be the only option," she told The Malaysian Insider. Ambiga had previously said that the "people's tribunal" will serve as a "moral force" to investigate and publicly expose alleged fraud in the May 5 general election. The tribunal and its findings will also underpin its fight for the resignation of all the present Election Commission (EC) line-up following accusations of bias. Bersih and Pakatan Rakyat (PR) leaders have also made this a key condition to bilateral talks on polls reform. But the Najib administration's insistence on the EC's independence means it is unlikely to agree to the condition. The EC chairman, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, has also said that the commission will not bow down to pressure. Read More / Baca Lagi >> |
Lawan atau tidak: Muhyiddin masih dalam dilemma Posted: 13 Jun 2013 07:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily untuk menasihatkan agar berhati-hati dengan perang saraf di media yang dikhaskan untuk tatapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Read More / Baca Lagi >>Sumber Umno itu merujuk kepada dua perkara pelik yang berlaku di alam maya baru-baru ini. Perkara yang pertama ialah tindakan di kalangan blogger Umno yang membuat kajian online sendiri mengenai soalan "Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti Umno?" Kajian yang sengaja dipublisitikan oleh blogger Rocky Bru dan OutSyed the Box berkata lebih 70 peratus tidak bersetuju untuk Najib kekal sebagai presiden Umno. Menurut tulisan OutSyed the Box, pada 12 Jun 2013, seramai 1,291 atau 75 peratus daripada 1,702 pengundi mengundi 'Tidak Setuju' manakala seramai 411 mengundi 'setuju' untuk Najib kekal sebagai presiden Umno. Dalam pol terbaru yang blogger ini buat dengan soalan, "Apakah anda setuju tidak perlu diadakan pemilihan untuk jawatan tertinggi UMNO?, 95 peratus respondan atau 1264 mahu pemilihan Umno diadakan untuk peringkat tertinggi. |
Dr M: Jangan beri muka kepada pembangkang...!!! Rakyat juga jangan bagi muka pada UMNO@BN.... Posted: 13 Jun 2013 07:27 PM PDT KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara. "Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari ini. Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas. "Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya. LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana. Read More / Baca Lagi >> |
Ribut: Umat Islam digesa berdoa dan bermuhasabah Posted: 13 Jun 2013 07:25 PM PDT GEORGETOWN: Semua pihak wajar melakukan muhasabah ekoran ribut kuat yang melanda Pulau Pinang sehingga menara antena yang berada di atas bangunan Umno di Jalan Macalister runtuh petang semalam. Menurut Yang DiPertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor, kejadian itu bagi orang Islam tentunya memberi pengajaran tertentu iaitu sebagai ujian dari Allah SWT. "Apa pun yang terjadi kita kena muhasabah diri di manakah kesalahan kita dan apa dosa yang kita sudah lakukan, " kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Dalam kejadian ribut petang semalam, menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno itu runtuh, mengakibatkan sembilan orang cedera. Read More / Baca Lagi >> |
3 pemimpin PAS sertai dialog dengan PSM Posted: 13 Jun 2013 07:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu pertemuan antara pemimpin PAS dengan PSM akan diadakan minggu depan bagi menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pertemuan tersebut akan diadakan pada 18 Jun ini bertempat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. "Bagi PAS, yang akan hadir pada pertemuan itu adalah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, dan saya sendiri. "Presiden PAS tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri persidangan Dun Terengganu, dan akan diwakili setiausaha politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yang dilaporkan media semalam berhubung pertemuan tersebut. Arutchelvan berkata, pertemuan itu antara lain berhubung beberapa isu berbangkit termasuk isu Dun Kota Damansara dan isu ideologi parti itu. |
Gale knocks down Penang Umno HQ antenna Posted: 13 Jun 2013 07:19 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan