RAKYAT MARHAEN |
- MP Segambut buat laporan polis desak identiti suspek keempat kes Dhamendran didedah
- Himpunan 22 Jun kemuncak penolakan penipuan PRU – Anwar
- Rakyat diseru bangkit lawan penipuan PRU di KL 22 Jun
- Persempadanan semula: Adilkah SPR ?
- Kalau hendak berubah, ia mesti perubahan secara ‘total’
- ‘Chinese tsunami’ and other Chinese stuff
- Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin
- Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup
- PAS kekalkan tuntutan pemimpin SPR berundur
- KANTOI: PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG YANG RUNTUH DIBAWAH KAWAL SELIA KERAJAAN NEGERI PR PULAU PINANG?
- KESEMUA LIMA PEMBANTU POLITIK NAJIB YANG TUMPAS PADA PRU 13 YANG LALU DIGUGURKAN!
- KANTOI: VOLKSWAGEN MALAYSIA MENGESAHKAN HARGA VOLKSWAGEN GOLF SEJAK DULU LAGI BERHARGA RM157,888.00 TIDAK PERNAH DIJUAL DENGAN HARGA RM169,888.00!
- Tertekan: PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13
- UAI antara alasan BN fail petisyen
- Blackout 505: Ucapan Anwar di Sg Petani Kedah
- QA - Reclaim Your Heart KL - Yasmin Mogahed
- Ahmadiyah PENGKHIANAT Persaudaraan Umat Islam - Sheikh Ahmad Deedat
- Turkish police move in to clear Taksim Square
- Please Help Us, We Are 16 And 14
- Ucapan Zairil Khir Johari di Sg Petani Black 505
- Watch out for 22nd, 23rd and 24th key dates - Dtk Johari Abdul
- Ketibaan Anwar Ibrahim ke Sg Petani Black 505
- Blackout 505 Sg Petani: Hujan tiba-tiba menyebabkan kelam kabut....
- VINTAGE Mat Sabu: Mocks Umno at Sg Petani Black 505
- Wakil PAS bawa isu rakyat ke sidang Dun
MP Segambut buat laporan polis desak identiti suspek keempat kes Dhamendran didedah Posted: 11 Jun 2013 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Jun – Satu laporan polis hari ini dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) DAP Lim Lip Eng bagi menggesa pihak polis mendedahkan identiti suspek anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan N. Dhamendran. Lim mendesak pihak polis supaya memaparkan wajah dan nama suspek tersebut yang disyaki berpangkat inspektor di dalam semua akhbar dan media massa lain, selain meletak gambar suspek di semua balai polis seluruh negara. "Seorang lagi suspek dalam kes Dharmendran masih bebas dan tidak dapat dicari," kata Lim dalam satu sidang media selepas membuat laporan polis di balai polis Jinjang Utara di sini. "Saya buat laporan polis hari ini supaya menggesa pihak berkuasa memaparkan gambar dan nama suspek dalam semua akhbar, selain mempamerkannya di semua balai polis seluruh negara." Menurut Lim lagi, gesaan tersebut bukan sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan memandangkan pihak polis sentiasa melakukannya dalam memburu penjenayah lain, serta menyifatkan kegagalan bertindak sedemikian bukti pihak polis tidak telus dan adil dalam menjalankan tugas. "Kalau gagal berbuat demikian, bermakna polis tidak telus dan adil dalam penyiasatan," tambahnya lagi. |
Himpunan 22 Jun kemuncak penolakan penipuan PRU – Anwar Posted: 11 Jun 2013 08:19 PM PDT KANGAR 12 JUN: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) lalu terutama selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal, namun penipuan terus berlaku. Berucap pada Himpunan Black 505 peringkat Perlis, Anwar berkata, pada PRU 13, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Yang kita marah betul adalah kerana sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu," katanya depan kira-kira 7,000 rakyat di Dataran Kompleks Perniagaan di Kampung Bakau, dekat sini malam semalam. "Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa Parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam Parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak? "Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkah kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini," katanya lagi dipetik Harakah Daily. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat diseru bangkit lawan penipuan PRU di KL 22 Jun Posted: 11 Jun 2013 08:18 PM PDT SUNGAI PETANI 12 JUN: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyeru rakyat yang mahukan pembaharuan turun beramai-ramai ke Himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, 22 Jun ini bagi membantah penipuan pilihan raya dan menuntut anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan. Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak berpeluang memenangi pilihan raya sekiranya masih tiada perubahan dalam sistem pengendalian pilihan raya yang dikendalikan SPR. "Kita seru rakyat turun beramai-ramai. Kita juga menggesa pilihan raya diadakan semula di semua kawasan Parlimen dan DUN yang kita kenalpasti dan ada bukti berlaku penipuan," katanya depan 5,000 rakyat di Padang Awam, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, dalam Himpunan Black 505 peringkat Kedah malam tadi. Ahli Parlimen Batu itu berkata, Datuk Seri Najib Razak patut sedar beliau bukan Perdana Menteri sebenar bagi majoriti rakyat negara ini berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Persempadanan semula: Adilkah SPR ? Posted: 11 Jun 2013 08:16 PM PDT Oleh Mohammad Agus Yusoff Tahun ini SPR akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya yang tertangguh sejak tahun 2012. Tujuan persempadanan semula ini adalah untuk menambahkan bilangan kerusi parlimen dari 222 kepada satu angka baru. Namun, pertambahan kerusi ini sukar dilakukan kerana ia melibatkan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan. Tetapi jika sekadar hendak mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi, maka cukup sekadar sokongan majoriti mudah sahaja (Seksyen 9 Jadual 13). Persoalannya, apakah SPR hanya akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi baru atau akan membuat penambahan kerusi dari 222 kepada satu angka baru? Jika SPR mahu mempersempadankan semula kawasan pilihan raya seperti tuntutan Perkara 113(2) Perlembagaan, sama ada dengan atau tanpa pertambahan kerusi, maka SPR perlu memberi perhatian kepada aspek berikut. i. Sebelum pindaan tahun 1973, beza pengundi bagi setiap kawasan parlimen yang dibenarkan adalah 5% bagi kawasan bandar dan 15% antara kawasan bandar dan luar bandar. Selepas itu, perbezaan pengundi yang dibenarkan bagi setiap kawasan pilihan raya ialah sebanyak 33%. Pada hari ini, peruntukan tentang varian perbezaan yang dibenarkan ini sudah tidak ada lagi. Oleh sebab itulah, pada hari ini perbezaan antara kawasan Putrajaya 15,000 (terkecil) dan Kapar 150,000 (terbesar) ialah sehingga 900%. Ini menunjukkan satu pengundi di Putrajaya adalah bersamaan dengan 10 pengundi di Kapar. Perlukah SPR mengekalkan jurang perbezaan sebanyak ini? Read More / Baca Lagi >> |
Kalau hendak berubah, ia mesti perubahan secara ‘total’ Posted: 11 Jun 2013 08:15 PM PDT Aspan Alias12 JUN — Saya tidak dapat mengelak dari memerhati dan memberikan fokus kepada perkara yang saya mudah tertarik. Saya tertarik dengan isu transformasi yang pimpinan Umno sebut siang dan malam tanpa henti seolah-olah ia kedengaran begitu biasa seperti saya mendengar azan dari masjid yang berdekatan dengan rumah saya.Setiap malam dan pagi istilah transformasi dan perubahan kita dengar dan ini jugalah isu yang sama kita dengari sejak dua tiga puluh tahun dahulu. Tetapi penekanan tentang transformasi ini lebih hebat sekali semasa Umno sedang duduk diatas hujung tanduk sekarang ini. Janji-janji transformasi itu tidak juga membawa apa-apa perbezaannya. Kenapa begitu? Tentu ramai yang boleh memberikan jawapannya mengikut penilaian dan perincian masing-masing. Bagi saya tidak ada sesuatu yang kita tidak boleh ubah. Pertamanya kita mesti tahu apa yang perlu diubah dan yang keduanya untuk membaik-pulih itu mesti dilakukan oleh manusia pemimpin yang boleh melakukannya. Sebelum itu kerosakan yang hendak diperbaiki itu mestilah kerosakan yang masih boleh diubah. Jika kerosakan itu sudah terlalu teruk maka mungkin kah pembaik-pulihan itu akan dapat dilakukan? Ramai tertunggu-tunggu janji-janji pucuk pimpinan Umno untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan yang lampau. Jika mereka (pemimpin) melakukan introspeksi yang serius mereka akan tahu sejauh mana kerosakan yang dialami dan setakat mana usaha untuk memulihkan keadaan itu boleh dilakukan. Tetapi bagi saya, kerosakan kepada Umno itu tidak boleh diperbaiki lagi tanpa "political will" yang kuat. Sebabnya mudah. Jika kita ibaratkan sebagai sebuah kereta, Umno itu sudah tidak boleh diperbaiki hanya oleh mekanik biasa sahaja kerana kerosakannya melibatkan keseluruhan struktur kereta itu. Setakat mekanik tidak mencukupi untuk memperbaiki kereta yang usang itu. Read More / Baca Lagi >> |
‘Chinese tsunami’ and other Chinese stuff Posted: 11 Jun 2013 08:14 PM PDT Targeting the Chinese as some sort of rebellious voters is not the way forward for Najib's 'national reconciliation' plan and his claim of wanting to be a leader for all Malaysians Prime Minister Najib Tun Razak has been undiplomatic in his post-13th General Election remarks when he uttered the phrase 'Chinese tsunami'. Since then, BN leaders have jumped on the bandwagon condemning the Chinese who have been singled out as opposition voters. Evidence has been furnished that it is an urban tsunami and not a Chinese one and therefore the Prime Minister should make amends for his thoughtless remark. However, even if many Chinese voted for the opposition, there is nothing wrong in that. Are the opposition candidates not Malaysians? In the general election of a democratic country, is one not allowed to vote for a candidate/party of one's choice? If everyone is compelled to vote only for BN, then it is not democracy and Najib need not boast that Malaysia is a 'model democracy'. Besides the voting, the crowds at the Black 505 rallies have also been singled out for attack with some irresponsible BN leaders commenting that many in the crowd are Chinese. It is stupid to point to a portion of the crowd where there is a large group of Chinese friends at the rally and leaping to the conclusion that many in the crowd are Chinese. Have these irresponsible leaders attended the rallies? If they have, they should note that there are many participants of other races too. Irresponsible media people have reported that the Bersih 3.0 Rally held on April 28 last year had many Chinese participants while the KL112 Rally held on Jan 12 this year had less Chinese participants. This obsession with the number of Chinese participants is certainly bordering on the neurotic. Read More / Baca Lagi >> |
Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin Posted: 11 Jun 2013 06:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu pelopor yang mengaibkan institusi beraja di negara ini, tegas Tamrin Tun Ghafar (gambar). Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu mempersoalkan mengapa Mahathir yang suatu masa dahulu melakukan tindakan berupa penghinaan ke atas sultan tidak pula dikatakan menderhaka. Beliau membangkitkan kisah Mahathir "membelasah" institusi beraja ekoran muncul semula isu Kerajaan Umno-BN yang galak mengaitkan kenyataan beberapa orang awam di laman sosial sebagai kononnya menderhaka kepada sultan atau Yang di-Pertuan Agong. |
Dakwat kekal: Rakyat ditipu hidup-hidup Posted: 11 Jun 2013 06:51 PM PDT KANGAR: Rakyat terus bangun untuk melawan penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang lalu terutamanya selepas bertahun-tahun menuntut sistem pilihan raya yang bersih kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Read More / Baca Lagi >>Menurut beliau, dengan adanya Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang membuat lapan tuntutan termasuk dakwat kekal tetapi penipuan terus berlaku. Berucap pada program Himpuan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, beliau berkata pada PRU13 yang lalu, semua rakyat yang turun mengundi telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Yang kita marah betul kali ini bukan apa, sejak beberapa tahun ini terutamanya sejak sejak tahun 2008 dengan adanya Bersih, seluruh kempen kita adalah tertumpu kepada sistem pilihan raya yang bersih. Setelah kempen-kempen yang kita buat, mereka masih tipu. "Saudara tahu betapa susahnya kita nak dapat dakwat kekal? Dengan lapan tuntutan Bersih, berapa kali kita berhimpun dengan ratusan ribu yang turun ke Kuala Lumpur, kemudian jawatankuasa parlimen berbahas selama beberapa bulan, bertengkar dalam parlimen dan akhirnya Najib kata setuju dan SPR pun kata setuju dengan dakwat kekal. Tapi kekal atau tidak? "Dia tipu siapa? Dia tipu rakyat. Bolehkan kita begitu bodoh untuk ditipu, di mana maruah kita? Kalau tak selesai pilihan raya ini, penipuan ini tak diperbetulkan dan SPR tidak letak jawatan, percayalah bahawa tidak akan ada pilihan raya yang bersih selepas ini. |
PAS kekalkan tuntutan pemimpin SPR berundur Posted: 11 Jun 2013 06:50 PM PDT (Mohamad Sabu berucap di himpunan Black 505 Kangar) KANGAR: Sekiranya tatacara pengurusan pihan raya di negara ini tidak diperbetulkan, parti yang mendapat undi minoriti akan terus memerintah dan parti yang memperolehi majoriti akan terus tertindas kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Berucap dalam himpunan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, bersama-sama dengan sokongan padu suara rakyat beliau sekali lagi mempertegaskan bahawa kedua-dua penjawat tertinggi di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meletakkan jawatan. "Melihat kepada segala bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu, SPR bukan lagi bebas dan sudah menjadi kuda tugggangan, kita mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan," ujarnya di hadapan kira-kira 7000 orang yang hadir membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini. Menurutnya lagi, rakyat sudah sedar dengan segala penipuan yang dibuat dan mereka bangkit tanpa perlu diseru atau dihasut. "Lihat saja himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, siapa yang hasut rakyat? 5 Mei hari mengundi, 6 Mei semua orang letih, 7 Mei barulah kita mula bercakap dan melalui SMS dan sebagainya, pada 8 Mei 200 ribu orang hadir. Ertinya rakyat dengan sendirinya sedar belaku penipuan dalam pilihan raya. |
Posted: 11 Jun 2013 06:48 PM PDT |
KESEMUA LIMA PEMBANTU POLITIK NAJIB YANG TUMPAS PADA PRU 13 YANG LALU DIGUGURKAN! Posted: 11 Jun 2013 06:47 PM PDT |
Posted: 11 Jun 2013 06:44 PM PDT Pergh!!!! Akhirnya kebenaran terbongkar jua...Jelas sekali laporan muka depan akhbar lidah biawak rasmi UMNO Utusan didapati menipu dalam pemberitaan kononnya harga kereta Volkswagen Golf telah turun sebanyak 7.1% dari RM169,888.00 ke harga RM157,888.00 sebagai memenuhi janji Aku Janji BN yang mau menurunkan harga kereta secara beransur-ansur sehingga tahun 2017. Yang buat kenyataan rasmi ini ialah Volkswagen Malaysia pengedar rasmi kereta-kereta volkswagen dinegara ini. Pelik bin hairan.. Mengapa sampai ketahap begitu sekali Utusan sanggup menipu rakyat.. rakyat yang ditipunya bukan saja yang tidak menyokong UMNO/BN pada PRU 13 yang lalu tetapi juga para pendokong dan penyokong tegar UMNO jua. Nah!!!! Sekarang mana nak letak muka!!!!!..Oppss.. terlupalah pula.. Utusan mana tahu malu dan ada kulit muka. |
Tertekan: PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13 Posted: 11 Jun 2013 06:42 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider. Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13. Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi "bilik perang" Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008. Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar) kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka. BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008. Read More / Baca Lagi >> |
UAI antara alasan BN fail petisyen Posted: 11 Jun 2013 06:40 PM PDT Petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU13 di Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai. Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa, Pas menggunakan banyak pengaruh tidak wajar, antaranya Azhar dan Ustaz Zahazan Muhammad, bagi menarik sokongan pengundi di Kelantan. "Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama. Read More / Baca Lagi >> |
Blackout 505: Ucapan Anwar di Sg Petani Kedah Posted: 11 Jun 2013 05:37 PM PDT |
QA - Reclaim Your Heart KL - Yasmin Mogahed Posted: 11 Jun 2013 03:59 PM PDT |
Ahmadiyah PENGKHIANAT Persaudaraan Umat Islam - Sheikh Ahmad Deedat Posted: 11 Jun 2013 03:58 PM PDT |
Turkish police move in to clear Taksim Square Posted: 11 Jun 2013 03:57 PM PDT |
Please Help Us, We Are 16 And 14 Posted: 11 Jun 2013 03:56 PM PDT |
Ucapan Zairil Khir Johari di Sg Petani Black 505 Posted: 11 Jun 2013 03:53 PM PDT |
Watch out for 22nd, 23rd and 24th key dates - Dtk Johari Abdul Posted: 11 Jun 2013 03:52 PM PDT |
Ketibaan Anwar Ibrahim ke Sg Petani Black 505 Posted: 11 Jun 2013 03:51 PM PDT |
Blackout 505 Sg Petani: Hujan tiba-tiba menyebabkan kelam kabut.... Posted: 11 Jun 2013 03:50 PM PDT |
VINTAGE Mat Sabu: Mocks Umno at Sg Petani Black 505 Posted: 11 Jun 2013 03:46 PM PDT |
Wakil PAS bawa isu rakyat ke sidang Dun Posted: 11 Jun 2013 07:58 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan