RAKYAT MARHAEN |
- Tunku, Hussein juga bekas Presiden Umno, tidak pula sibuk macam…
- Pengamal media BN/Umno mula bertelagah
- Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13
- Anwar, Chegubard dapat sambutan hebat: 'Ini bukan kubu, ini kubur Umno'
- Rakyat Malaysia antara 10 negara teratas membeli hartanah di AS..!!! Rakyat yang mana tue..???
- Record crowd packs Perlis Black 505 rally: Calls for EC top duo to quit resound!
- Petisyen: 'Saya tunggu daripada SPR' - AG
- Petisyen: SPR sudah sedia.....!!!
- Ucapan Anwar Ibrahim di Kangar, Perlis Black 505
- Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Kisah Maisarah bin Masruq Al-Absi ra
- Ustaz Dato' Ismail Kamus: Israk Mikraj
- Cina-Cina-Cina: Mahathir memang tak faham maksud RAKYAT
- Sikap Mahathir mengejutkan, rasis lagakan Melayu dan Cina
- Dr Agus: Dakwat Kekal Contoh Terbaik Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi SPR Letak Jawatan
- DR M MUDAH LUPA: Pengundi Cinalah yang menyelamatkan UMNO pada 1999
- Terus mengasak Najib, sekali gus bermuhasabah tentang PRU13
- Is there still hope for MCA?
- Rafizi Ramli: The Sustainability Of The Electoral System Depends On Where We Go From Now
- Rafizi Ramli: Zahid Hamidi Melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
- 3 bersaing rebut anugerah ‘kenyataan politik paling aib’ bulan ini
- Pas fail petisyen bagi Dun Air Lanas, Kok Lanas
- RAFIZI GOES HEAD-TO-HEAD WITH KU NAN: No more nego, it's Padang Merbok & June 22
- Rafizi Ramli: Kos Petisyen Pilihan Raya RM1.5 Juta
- Pakatan Rakyat Fail 25 Petisyen Pilihan Raya Dalam Minggu Ini
- 隆市长建议民联移师体育馆 惟拉菲兹坚持马莫草场集会
Tunku, Hussein juga bekas Presiden Umno, tidak pula sibuk macam… Posted: 10 Jun 2013 07:05 PM PDT Aspan Alias11 JUN — Kian hari kian ternampak dengan jelas yang "ringgit dan sen" merupakan elemen penting yang menentukan samada satu-satu negara itu mampu untuk mewujudkan politik yang bersih untuk masa depan negara yang aman. Kadangkala kita menjadi hairan kenapa ada sesetengah orang yang pernah menjadi pemimpin penting kembali sibuk berpolitik setelah bersara begitu lama.Rupa-rupanya yang membuatkan mereka ini sibuk kembali untuk mempengaruhi politik negara ini untuk memberikan keuntungan atau perlindungan kepada kerja-kerja mereka lakukan secara tidak betul semasa berkuasa dahulu. Semuanya mempunyai kepentingan peribadi dan mempunyai "stake" yang begitu besar jika politik negara tidak menyebelahi kemahuan mereka. Dulu saya bertanya kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan kenalan yang faham tentang politik negara ini. Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn tidak sibuk bercakap politik apabila bersara walaupun mereka mempunyai "preferences" mereka sendiri dalam politik ini. Adakah latar belakang dan cara mereka dibesarkan oleh keluarga mereka itu yang membezakan di antara dua orang pemimpin yang berbeza nilainya? Mereka, seperti Tunku dan Hussein, meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada mereka yang sedang berkuasa dan mereka lebih kepada menjadi seorang negarawan yang dihormati, tempat rujukan kepada mereka dalam generasi sekarang. Begitu juga kepada Menteri-Menteri kabinet yang bersara juga tidak mengambil tempat yang besar dalam ruang politik setelah mereka bersara. Tan Sri Khir Johari tidak menyibuk dalam politik, Bahaman Shamsudin tidak sibuk bermain politik dan Tan Sri Samad Idris tidak bergiat bercakap dan terlibat dalam perkelahian politik setelah mereka bersara. Abdul Manan Othman tidak bercakap sedangkan semua mereka ini mempunyai pandangan dan "preferences" mereka sendiri. Pendeknya mereka tahu membawa diri dan meletakan diri mereka di tempat yang sepatutnya mereka berada. Read More / Baca Lagi >> |
Pengamal media BN/Umno mula bertelagah Posted: 10 Jun 2013 07:03 PM PDT Anuar Mohd Nor11 JUN — Pengamal media sosial pro Umno mula membelasah sesama sendiri. Ini semakin jelas dengan laman-laman sosial mula membelasah antara sesama sendiri. Kita mula melihat kritikan kutukan dan masing-masing mengukur siapa yang telah bekerja dan siapa yang sebenarnya hanya dapat gaji buta. Laman-laman pro Umno mula membicarakan jumlah perolehan dan pendapat yang tinggi, peruntukan yang besar diberi antara pengamal laman media. Mereka dapat bajet beberapa juta setahun dan dibayar selama 4 tahun — mereka dapat 10,000 sebulan, kumpulan itu mendapat 30 ribu sebulan dan yang satu lagi 300,000 sebulan. Semua mendapat habuan dan mana-mana yang tidak akan merasakan ini satu ketidakadilan kerana mereka hanya melakukan dengan kadar murah dan ada yang percuma.Akhirnya yang terbongkar adalah peruntukkan besar diberi oleh Umno. Kepimpinan Umno kepada pengamal laman web tidak ada sesiapa yang membocorkan kecuali diri sendiri. Kepada laman yang sering menuduh saya membocorkan rahsia dalam Umno sendiri patut salahkan diri sendiri. Akhirnya apa yang mereka akan kata ialah kenapa kecoh-kecoh mengenai Red Bean Army yang dikatakan dibayar sedang bloggers kita sendiri mendedahkan kita menerima bayaran bukan sedikit tetapi secara kolektif mungkin lebih dahsyat lagi. Kita juga akhirnya menyalahkan sesama sendiri atas kegagalan menjadi media alternatif utama dalam perang politik hari ini. Kita kata mereka tidak kerja dan mereka kata kita tidak kerja tetapi malangnya kita tidak sama-sama mengukur diri kita sendiri, kita tidak memikirkan cara dan strategik yang baik dan kita tidak belajar mengenai sejarah perkembangan laman web dalam negara kita ini. Dalam satu program yang saya sendiri sebagai penceramah saya terkejut dengan fakta yang dikeluarkan oleh penceramah JASA mengenai penubuhan www.malaysiakini.com dan laman web pembangkang. Jauh tersasar dan tidak mengerti penubuhan dan konsep perjuangan mereka. Tidak ada mereka tanyakan kepada saya bekas salah seorang yang mengendalikan media alternatif pada waktu itu. Mereka membuat kesimpulan sendiri menjadikan mereka lebih memandai dari pandai. Read More / Baca Lagi >> |
Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13 Posted: 10 Jun 2013 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. "Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. "Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. "Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar, Chegubard dapat sambutan hebat: 'Ini bukan kubu, ini kubur Umno' Posted: 10 Jun 2013 06:57 PM PDT |
Rakyat Malaysia antara 10 negara teratas membeli hartanah di AS..!!! Rakyat yang mana tue..??? Posted: 10 Jun 2013 04:53 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Jun — Rakyat Malaysia adalah diantara pembeli asing 10 teratas harta komersil Amerika Syarikat (AS), lapor Financial Times (FT), menyertai aliran pelabur dari pasaran baru muncul yang ingin meletakkan wang mereka dalam persekitaran stabil dengan hasil lebih tinggi. Memetik data firma penyelidik dan perunding hartanah global Real Capital Analytics (RCA), akhbar berpengaruh itu melaporkan Malaysia telah memasuki liga yang sama seperti Kanada, Singapura, China, Korea Selatan, Australia, Israel dan Kuwait dalam membeli sehingga ruang pejabat utama di New York dan juga di bandar-bandar di seluruh AS bernilai AS$ 27.2 bilion tahun lepas. "Pasaran baru muncul seperti China, Rusia, Brazil, India, Israel dan di tempat lain sedang mengalami banyak penciptaan kekayaan, namun mereka juga mengalami banyak turun naik dalam pasaran tempatan mereka. "Pelabur-pelabur dari negara-negara ini mencari pasaran yang stabil untuk mengekalkan kekayaan dan aset mereka untuk generasi akan datang," kata Audrey Sokoloff, seorang peguam menasihati anggaran jualan AS$3.4 bilion daripada Bangunan General Motors ikonik New York, dipetik sebagai berkata. FT melaporkan data RCA menunjukkan harga ruang pejabat di kawasan New York telah meningkat tahun demi tahun pada April, dengan peningkatan di Manhattan sebanyak 51 peratus. Hartanah komersial AS dilihat sebagai pai pelaburan asing terbaru disasarkan oleh orang kaya Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah berdolak-dalik terhadap ketidaktentuan politik dan ekonomi tempatan dengan meletakkan wang mereka dalam apa yang dilihat sebagai negara yang lebih selamat dan boleh diramal seperti United Kingdom (UK), Australia dan Singapura. Read More / Baca Lagi >> |
Record crowd packs Perlis Black 505 rally: Calls for EC top duo to quit resound! Posted: 10 Jun 2013 04:47 PM PDT Malaysia's smallest and northern-most state Perlis saw its largest-ever political rally on Monday night, with some 10,000 people packing the Pakatan Rakyat's Black 505 gathering in downtown Kangar to greet Opposition icon Anwar Ibrahim, PAS deputy chief Mohamad Sabu and a host of other leaders who had trekked up the country to rally public support for their fight against electoral cheating in the recently concluded May 5 ballot. "We continue with our fight. As I have said, the general election is not over. We are now exposing one electoral fraud after another," the 64-year-old Anwar told the roaring crowd. "We have to make a stand. Enough is enough." As usual, Anwar was mobbed by the crowd who rushed to greet him when he arrived, reaching out to touch him as he was made his way to the stage. His popularity and ability to mobilize public support is undeniable and unprecedented in Malaysian politics. 'Penipuan' (Cheating) Monday's rally was the first-ever Black 505 gathering held by the Pakatan in Perlis and the folk were not disappointed. Many had come to see for themselves what has been variously described as being "a social wave", "a phenomenon", "a political awakening" overtaking the country. The Black 505 rallies - the brainchild of Anwar himself - has drawn mammoth crowds all over the country. Malaysians of all races have taken part in these assemblies with gusto, abandoning their customary shyness to call out voraciously for the resignations of Prime Minister Najib Razak and the top officials of the Election Commission for allegedly cheating in the country's 13th general election. In Kangar, the 11th Black 505 rally, it was no different. The crowd's enthusiasm was obvious despite it being a Monday night. "Penipuan" was the the most common response when Malaysia Chronicle asked several members of the audience why they had come to the rally. "Inilah satu petanda orang Malaysia sudah sampai satu tahap politik yang matang (It is a sign Malaysians have become politically more matured)," was another common response. |
Petisyen: 'Saya tunggu daripada SPR' - AG Posted: 10 Jun 2013 04:45 PM PDT SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail menegaskan pihaknya sedia menerima petisyen bantahan keputusan PRU13 lalu. Bagaimanapun katanya, beliau masih menunggu perkara tersebut daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meneruskan prosiding seterusnya. "Saya tunggu daripada SPR berikan kepada saya. Kita sedia terima daripada mereka (SPR)," katanya kepada Sinar Harian. Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengumumkan bahawa PR akan memfailkan petisyen melibatkan 25 kawasan Parlimen dan 10 kawasan Dun. Katanya, satu petisyen berasingan akan difailkan berhubung kesalahan seorang calon BN yang didakwanya melanggar had perbelanjaan pilihan raya. Katanya, daripada 25 petisyen itu, PKR akan memfailkan 19 kerusi, empat kerusi oleh Pas dan dua lagi oleh DAP. |
Petisyen: SPR sudah sedia.....!!! Posted: 10 Jun 2013 04:44 PM PDT SHAH ALAM – SPR dan pasukan Peguam Negara sudah bersedia untuk berdepan dengan petisyen yang dikemukakan oleh semua parti politik yang bertanding pada PRUI13. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, tempoh untuk menghantar petisyen akan berakhir esok. "Semua peguam di bawah Jabatan Peguam Negara sudah dilantik, termasuk penasihat undang-undang di setiap kementerian juga sudah bersedia. "Perkara ini perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan di Mahkamah Tinggi, selepas itu boleh dibawa ke Mahkamah Rayuan, jadi semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh setahun," katanya. Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri tidak boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang difailkan ke Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan. Petisyen pilihan raya perlu dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya di wartakan pada 22 Mei lalu. |
Ucapan Anwar Ibrahim di Kangar, Perlis Black 505 Posted: 10 Jun 2013 03:36 PM PDT |
Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Kisah Maisarah bin Masruq Al-Absi ra Posted: 10 Jun 2013 03:19 PM PDT |
Ustaz Dato' Ismail Kamus: Israk Mikraj Posted: 10 Jun 2013 03:19 PM PDT |
Cina-Cina-Cina: Mahathir memang tak faham maksud RAKYAT Posted: 10 Jun 2013 07:37 AM PDT DULU bila ramai orang Melayu turun berdemonstrasi ke jalan raya, Tun Dr Mahathir kata 'Cina tepuk tangan'. Sekarang, bila orang Cina kononnya didakwa lebih ramai menyertai perhimpunan, Mahathir kata sebabnya 'Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP'. Beginilah, katakan kalau yang ramai datang itu orang India, agak-agaklah apa yang akan dikata Mahathir? Dan, kalaulah yang ramai datang itu pula Melayu, kita sudah boleh teka apa yang akan dikata. Bagi kita, hujah Mahathir ini didengar boleh, dipakai jangan, dan sebab itu Cabai Burung nak bertanya barang sepotong dua soalan. Soalan pertama, siapakah gerangan cauvinis Cina dalam DAP yang dimaksudkan Mahathir? Yang kedua, bagaimana mungkin ada cauvinis Cina dalam DAP sebab perlembagaan dan perjuangan DAP tak sesuai bagi puak seperti itu. Ketiga, jika ada cauvinis Cina dalam DAP, dah lama dia masuk MCA. Begitu salah, begini pun salah…. Lenggok ayat Mahathir ini saling tak tumpah seperti kisah seorang bapa yang membawa anaknya menaiki keldai. Maka tersebutlah kisah seorang bapa dan anak di sebuah negeri padang pasir….Bila mereka tiba di sebuah tempat sedang anaknya menunggang keldai manakala si bapa berjalan kaki, orang kampung menuduh si anak itu menderhaka. Tiba di sebuah kampung lain, bila si bapa pula menunggang keldai, orang kata pula si bapa tak kasihankan si anak. Dek kerana menurut kata orang kampung, dua beranak ini mengambil keputusan untuk tidak menaiki keldai. Itu juga dikata orang sebagai bodoh. Ada kenderaan tak mahu naik…. Kesimpulannya, buat begitu dikata orang, buat begini pun dikata orang. Jadi, eloklah kita buat tak peduli saja lagipun siapalah yang tidak kenal dengan Mahathir. Seorang insan yang mendapat anugerah Bintang Pribumi Perkasa Negara daripada Ibrahim Ali. Bab dakwaan ramai Cina pergi perhimpunan Walaupun Mahathir berjaya membangunkan Malaysia dengan pembangunan fizikal selama pemerintahannya lebih dua dekad dan masa itu juga negara dilanda krisis rasuah melampau dengan keadaan ekonomi yang tak stabil, beliau nampaknya masih tidak segan silu mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik biar pun masih bernyawa di era kebangkitan K-Pop dan Justin Bieber ini. Read More / Baca Lagi >> |
Sikap Mahathir mengejutkan, rasis lagakan Melayu dan Cina Posted: 10 Jun 2013 07:35 AM PDT KOTA KINABALU, 10 JUN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengejut dan memeranjatkan rakyat Malaysia dengan kelakuannya ketika dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) apabila beliau tampil sebagai satu suara paling ekstrem dan rasis di negara ini. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pada usia senja, Mahathir sepatutnya menjadi contoh bagi rakyat Malaysia, bukannya menjadi rasis kebanyakan kenyataannya cuba melaga-lagakan antara kaum Melayu dengan Cina. Katanya, sejurus selepas keputusan PRU-13, 5 Mei lalu diumumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap mengenai keperluan terhadap suatu program "perdamaian kebangsaan", namun jika dikaji dan disiasat bebas terhadap ucapan dan kenyataan yang dibuat ketika dan selepas PRU-13, beliau tidak sangsi bahawa kajian itu akan mendapati semua ucapan rasis dan cauvinis yang mengapi-apikan ke arah ketegangan kaum dan kebencian lahir daripada pihak UMNO/Barisan Nasional (BN), sama ada daripada pemimpin UMNO/BN atau daripada lidah rasmi dan tidak rasmi mereka, termasuk Mahathir sendiri. "Jika semua kenyataan rasis dan cauvinistik yang cuba menimbulkan rasa curiga dan perbalahan, sama ada ketika atau selepas PRU-13, lahir daripada pihak UMNO/BN, apakah patut pemimpin UMNO/BN menyalahkan Pakatan Rakyat jika hubungan kaum semakin buruk? |
Dr Agus: Dakwat Kekal Contoh Terbaik Pengerusi Dan Timbalan Pengerusi SPR Letak Jawatan Posted: 10 Jun 2013 07:10 AM PDT SHAH ALAM, 10 JUN: Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan badan itu SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Sambil menyifatkan SPR gagal, Dr Agus mempersoalkan signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalian daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. "Yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. "Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada," kata Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) itu menerusi laman sosial Facebook miliknya. Read More / Baca Lagi >> |
DR M MUDAH LUPA: Pengundi Cinalah yang menyelamatkan UMNO pada 1999 Posted: 10 Jun 2013 07:07 AM PDT Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengejutkan dan memeranjatkan banyak rakyat Malaysia dengan kelakuannya sewaktu dan selepas PRU13 apabila beliau tampil sebagai salah satu suara paling ekstrem dan rasis di negara ini. Di usianya yang senja, Mahathir seharusnya menjadi contoh bagi rakyat Malaysia dan bukannya menjadi rasis kebanyakan yang cuba untuk melaga-lagakan kaum Melayu dengan Cina. Sejurus selepas keputusan pilihan raya umum 5 Mei diumumkan, Perdana Menteri Daruk Seri Najib Razak bercakap tentang keperluan terhadap suatu program "perdamaian kebangsaan", namun jika dijalankan kajian dan penyiasatan bebas ke atas ucapan-ucapan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat sewaktu dan selepas PRU13, saya tidak sangsi bahawa kajian tersebut akan mendapati semua ucapan rasis dan cauvinis yang mengapikan-apikan ke arah ketegangan kaum dan kebencian lahir daripada pihak Umno/Barisan Nasional, sama ada daripada para pemimpin Umno/BN atau daripada lidah rasmi dan tidak rasmi mereka, termasuk Mahathir sendiri. Jika semua kenyataan rasis dan cauvinistik yang cuba menimbulkan rasa curiga dan perbalahan, sama ada sewaktu atau selepas PRU13, lahir daripada pihak Umno/BN, apakah patut untuk para pemimpin Umno/BN menyalahkan Pakatan Rakyat jika hubungan kaum semakin buruk? Dalam pilihan raya umum tahun 1999, para pengundi Cina telah menyelamatkan Mahathir dan Umno daripada Barisan Alternatif yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan, Parti Rakyat Malaysia, dan PAS, sewaktu Anwar telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta dipenjarakan dalam penjara Sungai Buloh. Mengapa ketika itu Mahathir tidak menuduh pengundi Cina cuba menghapuskan kuasa politik Melayu dan menguasai politik Malaysia? Mahathir seharusnya berhenti daripada menjejaskan Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia yang beliau sendiri perkenalkan dalam tempoh 13 tahun terakhirnya sebagai Perdana Menteri, iaitu di antara tahun 1991 hingga 2003, dan beliau seharusnya menjadi model bagi rakyat Malaysia jika beliau benar-benar jujur dan serius tentang Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia. Saya menggesa Mahathir untuk mengutamakan kepentingan negara dan rakyat Malaysia mengatasi kepentingan dan pertimbangan peribadinya. LKS. |
Terus mengasak Najib, sekali gus bermuhasabah tentang PRU13 Posted: 10 Jun 2013 07:05 AM PDT Oleh Ahmad Lutfi Othman Sebenarnya, tanpa perlu menunggu bukti-bukti baru berkaitan penipuan dalam PRU13 -- termasuk dakwat kekal yang tidak kekal, lampu padam ketika membilang kertas undi, ada pemilih mengundi lebih daripada sekali, juga amalan politik wang yang menjolok mata -- sistem dan proses pilihan raya negara kita perlu segera direformasi secara menyeluruh. Pengerusi SPR bersama timbalannya, dan lima anggota yang lain (rujuk profil mereka dalam laman web SPR dan saya pernah mengulasnya dua tahun lalu) harus meletakkan jawatan. Keyakinan awam kepada anggota SPR. seperti dituntut Perkara 114 (2) Perlembagaan sudah lama terhakis. Gelagat SPR tidak lebih daripada komponen ke-14 BN! Justeru, gema lantang suara rakyat yang ditunjukkan dalam siri jelajah "Blackout 505" mesti diteruskan secara lebih proaktif. Bukannya dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi, tetapi mahu bangkit mengasak secara intensif agar kerajaan benar-benar serius melakukan pembaharuan politik. Tidak lama lagi kita akan berdepan proses persempadan kawasan pilihan raya, yang selama ini menjadi instrumen paling ampuh buat BN mengekalkan kuasa. Tanpa majoriti dua pertiga, jumlah kerusi tidak dapat ditambah, namun SPR dibimbangi akan meneruskan "kerja jahat" selama ini, iaitu melakar semula kawasan pilihan raya semata-mata untuk memudahkan BN memenangi PRU14. Sistem First-Past-The-Post telah dimanipulasi sepenuhnya, termasuk penyimpangan maksimum untuk jumlah pengundi di setiap kawasan pilihan raya. Walhal, BN sepatutnya dapat bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengimbangi kawasan Parlimen, dengan melakukan penambahan kerusi mengikut formula lebih demokratik merujuk prinsip satu orang satu uundi, dengan mengambil kira kawasan luar bandar (rural weightage), tetapi dengan nisbah yang munasabah. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 10 Jun 2013 07:03 AM PDT The consensus seems to be that the rot has gone too deep to be removed, at least in the foreseeable future. As things stand today, there is little reason to be optimistic. Even as it licks the wounds from the worst electoral beating it has suffered in its 64-year history, MCA appears to be inviting embarrassing questions about the quality of its current leadership. Of course, pundits were already asking similar questions long before the recent general election, but developments after the polls have intensified doubts about the leadership's political maturity and its courage to institute reforms. Commenting on deputy president Liow Tiong Lai's announcement last week that the party was preparing a blueprint for reforms, internal critics told FMT it could be an attempt to whitewash a reversal of the pledge to reject appointments at all levels of the BN government. They said such a U-turn seemed more and more likely now, with its proponents arguing that the party must heed the public call for it to abandon such a politically unwise pledge. Cognate to that pledge is the recent talk from some MCA figures that the party should "re-think" its role in BN and its relationship with its political master, Umno. But many observers, including party insiders, have dismissed this as another dishonest attempt to generate a public perception that MCA has its ears to the ground and is serious about addressing its weaknesses. Read More / Baca Lagi >> |
Rafizi Ramli: The Sustainability Of The Electoral System Depends On Where We Go From Now Posted: 10 Jun 2013 07:00 AM PDT |
Rafizi Ramli: Zahid Hamidi Melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Posted: 10 Jun 2013 06:59 AM PDT |
3 bersaing rebut anugerah ‘kenyataan politik paling aib’ bulan ini Posted: 10 Jun 2013 06:53 AM PDT Anugerah "Kenyataan Politik Paling Aib" untuk bulan ini menjadi rebutan tiga pesaing, iaitu Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir, yakni apabila: Read More / Baca Lagi >>- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempersoalkan mengapa beliau dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya perlu meletakkan jawatan sedangkan mereka telah menjalankan tugas mengadakan pilihan raya sambil mengabaikan sama sekali kekecohan di dalam dan luar negara tentang PRU13 yang gagal memenuhi kriteria asas sebagai sebuah pilihan raya yang bersih, bebas, dan adil, sehinggakan buat kali pertama dalam tempoh 56 tahun sejarah negara orang ramai meragui keabsahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. - Ancaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan minoriti 47% BN akan menghukum dan mendiskriminasi majoriti 51% pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberikan kelebihan kepada minoriti 47% yang menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Najib Razak – ini menimbulkan persoalan sama ada Najib dan Kerajaan BN adalah Perdana Menteri dan kerajaan untuk cuma 47% rakyat Malaysia atau untuk semua rakyat Malaysia. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan rasis beliau yang terkini mendakwa keputusan PRU13 adalah bukti kaum Cina di Malaysia hendak menghapuskan kuasa politik Melayu dan mendominasi politik Malaysia. Ini menunjukkan sejauh mana beliau sanggup berbohong dan melakukan perkara keji untuk mengedepankan matlamat-matlamat perkaumannya. |
Pas fail petisyen bagi Dun Air Lanas, Kok Lanas Posted: 10 Jun 2013 06:52 AM PDT KOTA BHARU - Dua wakil calon Pas memfailkan petisyen pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Lanas dan Dun Kok Lanas bahawa keputusan PRU13 bagi kedua-dua kerusi pada 5 Mei lepas adalah tidak sah. Mustapha Deris, 55, wakil Abdullah Ya'kub memfailkan petisyen itu bagi kerusi Dun Air Lanas manakala Shaberi Mohd Zin, 57, yang mewakili calon Pas Nik Mahadi Nik Mahmood bagi Dun Kok Lanas. Kedua-dua petisyen difail melalui Hisham Fauzi Associates dan diserah kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor Haslinda Che Seman pada 2 petang. Read More / Baca Lagi >> |
RAFIZI GOES HEAD-TO-HEAD WITH KU NAN: No more nego, it's Padang Merbok & June 22 Posted: 10 Jun 2013 06:46 AM PDT PKR strategy director Rafizi Ramli said the Pakatan Rakyat coalition will not budge from its stand to hold a Black 505 rally at the Padang Merbok field on June 22 despite the latest news that the overseer, Kuala Lumpur City Hall, had rejected its application to use the venue. Read More / Baca Lagi >>"It doesn't make sense and I don't blame the Mayor because he has to toe the line set by Tengku Adnan. Tengku Adnan has already said Putrajaya will not allow the rally. I am not sure if Tengku Adnan realizes it but he making a fool of his boss's Peaceful Assembly Act. Every Malaysian has the right to assemble, what is the point of a Peaceful Assembly Act when the citizens are denied this right. What is this law for, what is the PAA supposed to regulate if in the first place, the people are barred from assembling," Rafizi told Malaysia Chronicle. "This rejection is totally without basis and clearly politically motivated. It shows Umno is afraid of its own shadow. On our part, we have done all we can to accommodate the police and the authorities but it looks like they have clear intention to block us anyhow." Excuses, excuses, excuses? Rafizi was referring to Federal Territories Minister Tengku Adnan, who is also the Umno secretary-general, and Prime Minister Najib Razak who had mooted the controversial PAA in 2012. One of the most criticized clauses in the PAA is the requirement of giving a minimum 10-days notice to the police before organizers can proceed to hold their event. However, in the case of Padang Merbok, Pakatan had already given the desired notice and even agreed to defer their rally to June 22 from the originally planned June 15 date so as to accommodate complaints by the police it had not received sufficient notification. In rejecting the Pakatan's application to use Padang Merbok, City Hall said the coalition could proceed but it had to look for a more 'conducive' venue. Accrding to KL Mayor Ahmad Phesal Talib, Padang Merbok was not suitable because its location within the heart of KL would cause massive traffic congestion. |
Rafizi Ramli: Kos Petisyen Pilihan Raya RM1.5 Juta Posted: 10 Jun 2013 06:41 AM PDT |
Pakatan Rakyat Fail 25 Petisyen Pilihan Raya Dalam Minggu Ini Posted: 10 Jun 2013 06:37 AM PDT |
Posted: 10 Jun 2013 06:36 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan