Khamis, 13 Jun 2013

labun KulupSakah...

labun KulupSakah...


Misi Surat Untuk Anak 3

Posted: 13 Jun 2013 02:15 AM PDT

Jam 11.45 pagi turun ke restoran bawah untuk gabungan sarapan dan makan tengah hari. Hari ini kena rajin sikit menulis. Lepas makan lepak di lobi sekejap beri An-Nur susu. Kemudian ke restoran semula pesan kopi untuk menulis.

Foto: di restoran bersama pelakon Wan Hanafi Su dan Faizal 'Azroy' Hussein.

Misi Surat Untuk Anak part 2

Posted: 12 Jun 2013 10:51 AM PDT

Pagi - check out dari pencaus ini. Mencari tempat yang lebih sibuk sikit supaya senang hendak makan. Tak perlu keluar jauh supaya aku boleh menumpu menulis. Sebelum itu aku hidupkan enjin untuk melihat keadaan kereta apakah serius kerosakannya. Mujur getah 'mounting' enjin saja yang dah haus. Tetapi gegaran enjin sampai ke dalam kereta.
Dari Brinchang turun ke Tanah Rata. Sarapan roti canai dulu di restoran mamak. Gagal lagi! Entah apa nak jadi dengan selera orang Malaysia hari ini. Dijajah mengikut kehendak tukang masak luar. Ingat lagi semasa kecil dulu, roti telur di dalamnya wajib ada bawang dan potongan cili hijau. Hari ini kita kena minta dahulu semua itu. Silap-silap kena bayar harga tambahan. Ini yang selalu disungutkan Sham. Selesai sarapan kami mencari hotel yang telah diselidiki Sham malam tadi melalui internet. Indah di laman web tetapi bila sampai ke lokasi sebenar tidak seperti diharapkan. Akhirnya mencari hotel lain. Paling tepi dalam deretan lot kedai. Ah! Baik. Di bawah restoran nasi kandar mamak. Sebaris steamboat, kedai kopi lain, Starfucks dan kedai-kedai biasa. Turun makan tengah hari di restoran nasi kandar. Murahlah. Sham pesan kebab kambing. Sos yang digunakan jenis masam.
Naik semula. Tidur. Belum menulis satu huruf apa pun untuk buku 'Surat Untuk Anak' ini. Turun petang kami mencari pusat urut refleksologi. Apek sekeluarga ini sangat baik. Aku urut dengan apek. Sham diurut oleh ah so. Ya! Anak perempuan apek ini yang pengkid mengurut acupressure untuk An-Nur. An-Nur layaaaan dengan tenang. Pengkid ini dibantu 'aweknya' yang berseluar jeans pendek sampai pangkal paha. Kata Ah So, mereka sudah kawan lama. Apek nampaknya layan ajelah anaknya si pengkid yang berawekkan amoi. Tuah An-Nur kami tumpang. Aku dan Sham dapat diskaun RM10 tiap seorang sementara An-Nur percuma. Barangkali keperamahan Sham berkongsi cerita menjaga An-Nur sehingga mengembara ke Beijing memikat mereka. Aku biasalah, berat mulut.
Selepas berurut kami makan malam di restoran Steamboat. Sup bayam campur ikan, nasi daging lada hitam, kuetiow kari dan seteko teh cina memanaskan badan kami dalam suasana dingin menggigit.
Naik ke bilik berehat. Jam 10.30 malam turun cari kopi panas. Banyak kedai sudah ditutup. Pekena kopi dan roti bakar. Naik semula ke bilik. Mula menulis sampai letih.
Rileks dan update blog ini.
Harap esok lebih baik...

Tiada ulasan: