Jumaat, 28 Jun 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Final Piala FA 2013, Pemain Kelantan Sedia Hadapi

Posted: 28 Jun 2013 04:54 AM PDT





KAPTEN pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi mahu rakan sepasukannya merantai pergerakan dua tonggak utama Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha dan Leonel Nunez pada perlawanan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Menurut Badhri yang dikenali sebagai Piya, dua pemain tersebut jika tidak dikekang dilihat mampu mengundang bahaya buat pasukan The Red Warriors (TRW) sekiranya diberi terlalu banyak ruang bergerak.

"Mat Yo (Norshahrul) dan Nunez memiliki kelebihan segala-galanya sebagai penyerang sejati. Disebabkan itu, saya katakan mereka adalah pemain yang perlu diberi perhatian oleh barisan pertahanan Kelantan pada perlawanan akhir nanti.

"Namun, kami tidak perlu gentar dengan Mat Yo dan Nunez kerana kami memiliki resipi untuk merantai pergerakan mereka.

"Apa yang penting, kami tidak akan membiarkan kedua-duanya bergerak bebas dan memegang bola kerana mereka cukup berbahaya,"katanya ketika ditemui di Auditorium Kumpulan Media Karangkaf, hari ini.

Pada masa sama, Piya turut berharap agar rakan sepasukannya memerah keringat lebih daripada 100 peratus pada perlawanan itu sekiranya berhajat mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini.

"Kita semua tahu JDT adalah pasukan yang kuat, pemain mereka juga lebih baik daripada kita. Mereka memiliki Mat Yo, Awe (Azwan Roya), Safee Sali, boleh dikatakan mereka adalah pasukan terbaik Malaysia.

"Jadi saya harap semua pemain bersedia dan berjuang sampai ke akhir perlawanan dan yang paling penting tidak melakukan kesilapan yang mampu memberikan kelebihan kepada JDT seperti sepakan percuma berhampiran kotak penalti.

"Ini kerana, kita semua tahu JDT mempunyai kekuatan melalui Safiq Rahim untuk menyudahkan sepakan sebegitu," ujarnya yang akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan musim ini.

Piya juga berharap penyokong TRW akan membanjiri Stadium Nasional bagi meniup semangat pasukan dan berharap mereka juga menjaga tingkah laku masing-masing bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Panas! Duta Luar Malaysia Sahkan Malaysia Sokong Kerajaan Basyar Laknat?

Posted: 28 Jun 2013 01:20 AM PDT




Zahrin Rashid


Sebarkan!!!! Biar semua tahu kita di MALAYSIA tidak mahu ambil peduli dengan saudara kita di SYRIA!

Satu majlis pertemuan diadakan antara Pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mansoura Mesir dengan Kedutaan Malaysia Kaherah. Dalam pertemuan tersebut ACP Ishak Mohd Jani yang merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer (PDRM), memberi sedikit taklimat tentang isu keselamatan, yg menyentuh tentang pendirian kerajaan Malaysia terhadap isu Syria. Teryata, mereka berpihak kepada kerajaan Bashar Al-Assad, bahkan ucapan ini disokong pula dengan ucapan Dato Duta Malaysia di Mesir.

Majlis tersebut diadakan pada 27 november 2012, di dewan Abu Nagah, U. Mansoura, Mesir.

(Yang berucap dalam video ini merupakan Staff Kedutaan Malaysia Kaherah merangkap jawatan Security Liason Officer.

Berikut Ucapan beliau :

1. "Dari segi hubungan diplomatik kerajaan Syria itu kerajaan Sah. Jadi jangan ada pula dikalangan kita melaksanakan aktiviti yang menyokong pihak yg menentang pemerintahan kerajaan Syria (Bashar al Asad) , mengutip dermalah, membuat kenyataan akhbarlah dan sebagainya"

2. "Kita tidak benarkan pelajar-pelajar terlibat benda ni. Kalau dalam kutipan derma yang dilakukan oleh pelajar terhadap Palestin itu alright pasal itu memang dasar kerajaan kita terhadap Palestin memang consitanly tidak berubah dari dulu hingga sekarang iaitu menyokong perjuangan Rakyat Palestin menuntut hak mereka di Palestin"

3. "Tetapi untuk Syria saya cakap disini, Dato Duta juga akan menyentuh perkara ini tidak ada pelajar Malaysia yg terlibat dalam krisis ataupun 'PERANG SAUDARA' di Syria"

Ini jawapan dari saya untuk anda :

1. Oiiiiii!!!! Kutip derma pun tak boleh! Dah melampau orang2 Demokrasi Sekular ni! Munafik! Fasik! Kau ingat siapa yg terseksa di Syria tu? Esok lusa anak bini orang islam disembelih oleh puak Syiah kat Malaysia ni jangan tanya kenapa!

2. Nak betulkan sikit, Palestin tu bukan hak untuk orang Palestin tapi hak untuk ORANG ISLAM secara keseluruhannya!

3. Seperti yang saya katakan, kerana DEMOKRASI SEKULAR memisahkan kita dengan saudara kita yang tertindas di Syria. INI BUKAN PERANG SAUDARA. Malulah pada diri kamu yg konon sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w tapi tidak mahu ambil peduli akan apa yg terjadi dengan Umat baginda di Syria :,(

Alangkah Indahnya Jika Pemimpin Menjadi Imam

Posted: 28 Jun 2013 12:27 AM PDT

Belia adalah aset atau harta yang sangat berharga kepada negara. Merekalah tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Bagaimanakah yang dikatakan belia yang mampu memimpin negara?

Mereka adalah belia yang berjaya memimpin diri sendiri. Selain itu, mereka juga mampu menjadi imam dalam jemaah solat, bijak dalam ekonomi, mesra dengan masyarakat, celik dalam bidang politik dan cemerlang dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Semua ciri-ciri berikut sebenarnya telah diasuh dan dididik sejak dari zaman kanak-kanak agar mereka menjadi salah seorang belia yang dikatakan mampu memimpin negara.

Mempraktikkan sembahyang berjemaah dalam masyarakat mampu menguatkan sistem organisasi dalam negara. Hal ini dapat dilihat melalui hikmah sembahyang berjemaah, antaranya, merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Alangkah indahnya jika pemimpin menjadi imam, kerana kekuatan sembahyang berjemaah juga boleh menimbulkan sikap kasih sayang, hormat-menghormati dan menjalinkan persefahaman.

Syarat-syarat untuk menjadi imam sembahyang berjemaah adalah sama dengan syarat untuk menjadi pemimpin dari segi kemampuan menguasai ilmu agama. Seorang imam perlu menguasai bacaan Al-Quran lebih baik daripada makmumnya dan lebih faham perkara berkaitan rukun dan syarak.

Begitu juga pemimpin, seorang pemerintah perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam untuk mentadbir negara kerana kuasa menghukum terletak di bahunya. Kejayaan umat Islam sebelum ini adalah kerana mereka mempraktikkan roh sembahyang itu di luar sembahyang.

Dalam sembahyang, mereka merendah diri kepada Allah SWT. Di luar sembahyang, mereka tawaduk, tidak sombong, tidak angkuh atau membesarkan diri.

Mereka sembahyang berjemaah dan patuh kepada imam selagi imam patuh kepada syarat dan rukun. Di luar sembahyang, mereka hidup dalam masyarakat yang harmoni, mentaati pemerintah selagi pemerintah mentaati Allah SWT.

Dalam sembahyang berjemaah juga mereka berbaris dalam satu saf yang tersusun rapi. Di luar sembahyang, mereka berganding bahu dalam organisasi yang teratur untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Seseorang yang dianugerahi Allah SWT untuk menjadi pemimpin hendaklah menunjukkan rasa cintanya dalam menyampaikan dakwah Islam kepada bawahannya atau rakyatnya. Dakwah tidak semestinya dilakukan oleh pendakwah, ustaz mahupun tabligh tetapi dakwah juga dipertanggungjawab kepada pemimpin.

Maksud dakwah ialah mengajak individu ataupun masyarakat ke arah yang lebih baik dari setiap sudut ekonomi, politik, sosial, pendidikan, sains dan teknologi serta kesihatan.

Insya-Allah, jika seseorang itu berjaya menjadi imam dalam sembahyang jemaah, maka dia akan berjaya dalam memimpin rakyatnya.

Biodata Penulis

Siti Mariam Kamarudin merupakan pelajar jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Bekalan elektrik terputus di S'wak akibat litar terpelantik

Posted: 27 Jun 2013 07:04 PM PDT


Kejadian bekalan elektrik terputus membabitkan hampir keseluruhan Sarawak termasuk Kuching petang ini berpunca daripada litar di talian penghantaran Kemena-Bintulu terpelantik pada pukul 5.40 petang.

Pengurus Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) Ahadiah Zamhari berkata jurutera dan juruteknik SEB sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang turut menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar raya Kuching susulan lampu isyarat pincang tugas.

"Kami sedang melakukan sedaya upaya kami untuk memulihkan bekalan secepat mungkin dan SEB memohon maaf atas kesulitan yang dialami pengguna," katanya dalam kenyataan di Kuching.

Katanya gangguan itu mungkin menjejaskan semua bahagian di Sarawak namun SEB belum dapat mengesahkannya setakat ini.

Bekalan elektrik di sesetengah kawasan di bandar raya ini termasuk di Poh Kwong Park dan Matang telah dipulihkan pada pukul 6.30 petang semalam.

Sementara itu di Bintulu, seorang penjawat awam Yati Jaya memberitahu Bernama bekalan elektrik dipulihkan sepenuhnya pada pukul 8.15 malam.

Bernama dimaklumkan pengguna di Miri masih bergelap setakat 8.30 malam tadi yang turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.

-Bernama

Tiada ulasan: