Selasa, 18 Jun 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Penjelasan Ustaz Fadli Shaari Berkaitan Isu Jalur Keras Yang Disebut Oleh Mohd Amar

Posted: 17 Jun 2013 09:17 PM PDT

Ahmad Fadhli Bin Shaari

Saya tidak tahu dan tidak berminat untuk ambil tahu tentang 'jalur keras' dan 'jalur lembut' ini... tetapi jika dikaitkan dengan intipati kuliah Dato Mohd Amar di Medan Ilmu jumaat lepas tentang Syiah yang disebut sebagai 'jalur keras', suka untuk saya maklumkan bahawa saya yang menghubungi beliau pada hari Khamis mencadangkan agar agar beliau menyebut sedikit tentang Syiah di Syria, ini kerana selepas kuliah tersebut akan diadakan sedikit demonstrasi solidariti untuk umat Islam Syria yang sedang ditekan oleh rejim Bashar yang berfahaman Syiah.

Adapun yang dikatakan 'Jalur keras' dan 'jalur lembut' menjelang muktamar PAS, saya hanya boleh menjawab, wallahualam.....

TPP: Kerajaan tidak dedah, hormat perjanjian

Posted: 17 Jun 2013 09:16 PM PDT


Wartawan Sinar Harian


SHAH ALAM - Tindakan kerajaan tidak mendedahkan mengenai kandungan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang disertai Malaysia dan 10 negara lain kerana menghormati persefahaman yang terjalin antara negara luar.

Menurut pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin, tindakan kerajaan merahsiakan kandungan perjanjian itu mungkin bagi tempoh tertentu sahaja.

"Secara taktikal strateginya sama, kalau sesuatu perkara itu didedahkan mungkin menjejaskan pihak lain.

"Ada perkara yang perlu disimpan tanpa didedahkan kepada umum, begitu juga halnya dengan perjanjian ini terutamanya melibatkan hal antarabangsa," katanya.

Kata beliau kebanyakan perkara ada perlunya dirahsiakan kerana termaktub di dalam perjanjian, sekiranya gagal pasti akan dikenakan tindakan.

"Kita harus simpan, jangan jadi benda awam untuk penerimaan bagi perkongsian strategi, contohnya Petronas, mungkin klausa laksana tugas hanya orang-orang tertentu sahaja yang tahu," ujarnya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan tindakan kerajaan merahsiakan kandungan TPP yang disertai Malaysia dan 10 negara lain sekiranya perjanjian itu tidak menjejaskan hak rakyat.

Beliau berkata, masih ramai orang awam dan pihak swasta tidak mengetahui hala tuju rundingan tersebut yang sudah memasuki pusingan ke-17 dan dijangka dimuktamadkan menjelang Oktober 2013

Selain itu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dilaporkan turut membidas sikap tidak prihatin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) kerana gagal memberi maklumat mengenai TPP dalam pertemuan kedua-dua pihak.

Miti adalah wakil perunding bagi Malaysia dalam rundingan TPP yang turut disertai AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

MTEM turut mendesak kerajaan menarik diri daripada rundingan itu yang dikhuatiri memberi impak negatif kepada ekonomi, sosial dan kedaulatan negara termasuk mengubah dasar industri kecil dan sederhana dan harta intelek serta meningkatkan kos perubatan.

Miti dalam kenyataan balasnya memaklumkan butiran perjanjian itu tidak didedahkan kepada umum kerana negara terlibat terikat dengan perjanjian kerahsiaan.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin usaha yang dibuat kerajaan pastinya untuk kebaikan ekonomi.

"Saya yakin kerajaan lakukan demi ekonomi dan kebaikan negara, tidak perlu dipersoalkan. Kalau mendatangkan keburukan pastinya tidak diteruskan dalam perjanjian itu," katanya.

Tiada ulasan: