Ahad, 16 Jun 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Najib nafi bertemu Anwar di Jakarta

Posted: 16 Jun 2013 04:34 AM PDT

JAKARTA 16 Jun - Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini seperti yang digembar-gemburkan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

Menurut Perdana Menteri, beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu.

"Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Mohd Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di dewan serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Apa lagi yang Anwar Ibrahim mahu? — Abdul Rahman Dahlan

Posted: 15 Jun 2013 06:00 PM PDT



16 JUN — Satu fenomena menarik yang saya amati sejak kebelakangan ini ialah suara suara `lantang' yang berkumandang dari lubuk Pembangkang. Boleh dikatakan saban hari, ada saja yang tidak kena. Apa lagi yang Pakatan Rakyat mahu agaknya? Pilihanraya sudah lama berakhir. Kerajaan sudah ditubuhkan, dan Parlimen sudah hampir bersidang.

Tidak sampai seminggu selepas pilihan raya umum lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memulakan `kecoh' nya. Bermula dengan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya, dia kemudiannya merantau ke setiap pelusuk negara di bawah sepanduk `Black 505', menyuarakan ketidakpuasan hatinya atas keputusan pilihan raya umum yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Anwar menganggap kekalahan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional, walaupun Pembangkang secara keseluruhannya menerima undi popular yang lebih besar, adalah tidak mencerminkan demokrasi sebenar. Dia mendakwa keputusan pilihanraya telah di `curi' oleh Barisan Nasional menerusi penipuan dan manipulasi.

Yang terbaru, desakan keras supaya anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan, walaupun mereka memikul tugas besar untuk mengkaji semula persempadanan kawasan pilihanraya yang berdasarkan jadual yang ditetapkan mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, saya kira semua ini hanyalah `smokescreen' Anwar untuk menarik perhatian umum daripada hakikat sebenar, bahawa kekalaha Pakatan Rakyat itu adalah disebabkan oleh kelemahan strategi beliau di Sabah. Anwar Ibrahim sebenarnya gagal memahami suasana politik di Sabah, dan ini menyumbang kepada kegagalan Pakatan memenangi kerusikerusi Parlimen penting yang boleh membantu mewujudkan kerajaan Pusat.

Sebagai contoh, pemimpin PKR Sabah tidak memahami apakah keuntungan strategi Anwar dalam membawa masuk Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, dan membenarkan kedua-duanya mempengaruhi senarai calon pilihanraya di negeri itu. Ini kerana PKR Sabah sudah pun mempunyai senarai calon tersendiri yang sudah lama membanting tulang untuk parti sejak ditubuhkan 15 tahun lalu. Mereka ini diketepikan begitu saja.

Jelas sekali, Anwar terlalu yakin bahawa Sabah boleh membantu `menghadiahkan' kerusi-kerusi Parlimen yang diperlukan, sehingga beliau mengabaikan negeri itu apabila pilihan raya menjelang tiba dan memberi tumpuan hebat kepada kerusi-kerusi panas di Semenanjung.

Kerana kegagalan percaturan itu, Pakatan kehilangan Sabah, dan sekaligus tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Masanya sudah tiba bagi Pakatan Rakyat untuk meletakkan pilihan raya sebagai sejarah silam, dan merintis jalan untuk membina negara. Dalam konteks ini, biarlah saya menjadi orang pertama yang membuka jalan kerjasama. Sebagai Menteri, saya sendiri sudah menjemput Anwar untuk menamakan pemimpin Pakatan untuk bersemuka dan berbincang mengenai isu semasa berhubung kementerian saya. Sehingga kini, pelawaan saya masih tidak berjawab. Saya kira rakyat berhak bertanya, kenapa?

Anwar juga mengembar-gemburkan isu undi popular dalam ucapannya. Jika dikaji, kelebihan undi popular Pakatan Rakyat adalah kira-kira 380,000 undi. Bagaimanapun, undi popular itu sebenarnya adalah ihsan DAP kepada Anwar, yang boleh dilihat menerusi kawasan bandar seperti Seputeh yang mencatatkan majoriti 51,000 undi, PJ Utara (45,000), Cheras (37,000),Serdang (42,000), Puchong (32,000) dan Bukit Gelugor (41,000). Jelas sekali, majority itu datang dari kawasan DAP.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, ialah mungkin Anwar lupa walaupun secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular, tetapi Barisan Nasional menerima sokongan `takdir' yang membantu gagasan itu memenangi PRU13 baru-baru ini. Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya.

* Datuk Abdul Rahman Dahlan ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Ahli Parlimen Kota Belud.

Video Presiden Mesir Bersama Ribuan Rakyat Bantah Kekejaman Syria

Posted: 15 Jun 2013 04:00 PM PDT






Dr Morsy, Presiden Mesir dalam ucapannya ketika Himpunan Rakyat Mesir bersama rakyat Syria di Kaherah sebentar tadi sekali lagi menegaskan bahawa Mesir memutuskan hubungan dengan rejim Basyar.

Beliau juga menyebut bahawa bermula sekarang Kedutaan Syria di Kaherah ditutup, begitu juga Kedutaan Mesir di Dimasyq ditarik balik. Malaysia bila lagi?

Tiada ulasan: