Selasa, 4 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rakyat Beritahu Najib, Yang Ini Bukan Persepsi, Tetapi Realitilah!

Posted: 04 Jun 2013 01:17 AM PDT


Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan salah satu kelemahan yang harus diperbaiki jenteranya ialah dalam aspek menangani 'perang persepsi'.

"Ini yang mungkin kita boleh perbaiki, bagaimana kita harus menangani perang persepsi - bukan realiti tapi persepsi," ujarnya dalam ucapan sempena himpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, semalam.

Dana Najib berkata lagi:

"Namun masih ada pihak yang hendak pertikai keputusan pilihan raya...," ujarnya lagi.

Benar, Pakatan pertikaikan keputusan pilihanraya sepertimana Najib katakan, tetapi Pakatan akan memfailkan 35 petisyen sedangkan UMNO BN akan memfailkan lebih 50 petisyen. Sekarang siapa yang lebih mempertikaikan keputusan pilihanraya jika bukan kamu UMNO BN sendiri?

Apa yang disampaikan oleh Najib itu seperti satu sindrom penafian bahawa sekalipun UMNO BN berjaya membentuk kerajaan dengan 133 kerusi di parlimen, tetapi hakikatnya telah berlaku pengurangan sebanyak 7 kerusi bagi pihak UMNO BN yang telah dirampas oleh Pakatan Rakyat. Di peringkat DUN pula, secara keseluruhannya, UMNO BN kehilangan 71 kerusi yang dirampas oleh Pakatan.

Lebih buruk lagi sekali BN berjaya merampas Kedah dari PAS, tetapi ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

Sementara BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut:

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

Pertama kali dalam sejarah, BN kehilangan deposit di dua kerusi DUN di Pulau Pinang iaitu

DUN Pengkalan Kota - Pakatan 15,403 BN 1,803
DUN Berapit - Pakatan 16,995 BN 2,230

Jangan lupa, di kerusi parlimen, UMNO BN sudah kalah di Semenanjung dan hanya diselamatkan oleh kerusi dari Sabah dan Sarawak:

Pakatan : 80 BN : 76


Menarik juga untuk diberikan perhatian: Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

Dan di dalam senarai TOP 20 Majoriti Tertinggi, hanya satu sahaja untuk BN, sementara 19 yang lain dikuasai Pakatan.
,br>

Dan yang menarik dan yang amat tidak disukai Najib, beliau sebenarnya sudah tewas di tangan Anwar Ibrahim!

Lebih 80 Petisyen Bakal Dikemukakan, Pilihanraya Akan Diadakan Semula?

Posted: 04 Jun 2013 12:05 AM PDT


Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.

"Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi.

"Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera," tegas Anwar ketika sidang media semalam.

Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35 petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3 dari DAP.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR.

"Apabila BN pun failkan petisyen maknanya mereka pun ada yang tak puas hati dengan perjalanan pilihan raya, itu jelas menunjukkan kegagalan SPR menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.

Ulasan GB

Pakatan Rakyat telah mengumumkan 35 petisyen akan dikemukan manakala BN pula nak kemukakan lebih dari itu, iaitu sekurang-kurangnya 50 petisyen.

Nampaknya UMNO BN lebih sukar untuk menerima keputusan pilihanraya 2013 yang lalu, walaupun yang dituduhnya Pakatan.

Seandainya mahkamah membenarkan petisyen-petisyen ini, bererti akan berlaku satu "pesta pilihanraya kecil" tidak lama lagi dan rasanya adalah lebih wajar keputusan PRU13 dibatalkan dan satu lagi pilihanraya umum dipanggil.

Apa-apa pun ia sudah cukup mencemarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan sepatutnyalah kedudukan dan status SPR dikaji semula dengan perlantikan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat segala penyelewengan dan salahlaku pesuruh-pesuruhjaya SPR yang ada kini.

Tetapi aneh, sejak perhimpunan BERSIH 1.0 sehinggalah BERSIH 2.0 diikuti dengan BERSIH 3.0 yang menuntut Suruhanjaya Diraja ditubuhkan tetapi Perdana Menteri, Najib Razak memekakkan telinganya dan tidak melayan tuntutan-tuntutan tersebut.

Mengapa Najib terlalu takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk SPR ini?

Apakah beliau hendak melindungi perbuatan salahlaku SPR selama ini atau beliau sendiri ada peranannya di dalam penipuan dan salahlaku SPR tersebut?

Rakyat perlu bangkit bagi mempastikan Suruhanjaya Diraja untuk SPR ini ditubuhkan segera. Yang bersalah akan tetap perlu dihukum!

Isu Warga Bangla Mengundi: PM Bangladesh Sendiri Akuinya

Posted: 03 Jun 2013 08:10 PM PDT


Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei di sini.

Tapi bagaimana bila Perdana Menteri sendiri yang membuat pengakuan sendiri?

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sendiri telah membuat akuan mengenainya di suatu ketika dulu.

Menurut laman web NGO Biro Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri , Perdana Menteri Sheikh Hasina bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia itu Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu di mana mereka membincangkan "isu-isu lama terbengkalai , termasuk menghalalkan pekerja Bangladesh di Malaysia".

Kedua-dua bertemu ketika menghadiri Forum Dunia ke-66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada Mei 2010.

Ia berkata sumber-sumber yang sangat dipercayai mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Najib memberi jaminan Sheikh Hasina menimbangkan isu mengesahkan pekerja Bangladesh ke negara Malaysia dengan ikhlas sekali.

"Hari ini, pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia.

Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang.


"Satu lagi sumber yang sangat dipercayai dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa," lapor laman web itu. Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina menggesa rakyatnya "mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara sejajar dengan inisiatif kerajaan dan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". Laman web tersebut ditutup apabila isu ini kecuh. Tapi alhusseyn sempat buat screenshot seperti di atas. -al-husseyn


Bangladesh Prime Minister's Office


BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.

At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech. During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.

Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.

Today, Prime Minister's office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian's general election.

Another highly placed source from prime minister's office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.

Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government's initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.

Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.

Pelekat Gambar Siapakah Di Motorsikal Pemuda India Ini?

Posted: 03 Jun 2013 05:31 PM PDT


Motorsikal pemuda India ini ditampalkan dengan pelekat wajah TG Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS. Demikian penghormatan kaum bukan Islam terhadap pemimpin tertinggi PAS tersebut.

Hebat! Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada pemuda India itu lantaran keberanian dan kejujurannya menyokong perjuangan TG Nik Aziz yang a da ahli PAS sendiri tak mampu berbuat demikian dengan alasan-alasan kurang menasabah seperti segan, malu, takut, takkiah dan sebagainya.

Bukan sahaja kaum bukan Islam, malah ulamak-ulamak ternama turut menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz. Lihatlah:




Jika yang bukan Islam dan ulamak-ulamak terkenal menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz, lihat pula bagaimana golongan UMNO yang mengaku Islam perlakukan dan memfitnah TG Nik Aziz.





Malah ada lebih banyak lagi gambar superimposed yang dilakukan oleh golongan UMNo terhadap TG Nik Aziz yang tak sanggup GB paparkan di sini.
,br>Semuga masing-masing mendapat pembalasan yang wajar dari Allah swt.

Ada Tarian Separuh Bogel Di Pusat Beli-belah Segamat

Posted: 03 Jun 2013 08:01 AM PDT


PAS Kawasan Segamat membantah sekeras-kerasnya penganjuran tarian separuh bogel oleh wanita-wanita yg dipercayai di bawa dari luar negara di sebuah pasaraya One Segamat pada 1 jun 2013 jam 8.30pm.

Tarian separuh bogel tersebut telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.

Pihak peniaga juga merasa kurang selesa dengan penganjuran tersebut kerana bunyi lagu yang diperdengarkan terlalu kuat hingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan.

Dari sudut agama pula, PAS Kawasan Segamat kesal dengan apa yang berlaku pada malam tersebut kerana ianya secara terang-terangan adalah persembahan yang haram di sisi agama kerana pendedahan aurat yg melampau dan disaksikan pula oleh orang awam.

"Peristiwa ini jelas telah menghina agama Islam dan menghina institusi Islam di negeri Johor itu sendiri," kata beliau kesal.

Bagi beliau, tarian separuh bogel ala padang pasir yang menggayakan aksi lucah ternyata tidak boleh diterima di negara ini kerana ianya bertentangan dengan norma-norma masyarakat serta berdosa oleh semua yang terlibat samada penonton maupun penganjur itu sendiri.

"Justeru kami PAS Kawasan Segamat mendesak pihak berkuasa sama ada Majlis Daerah Segamat atau pun Pejabat Agama Daerah Segamat segera mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan wanita-wanita yang membuat persembahan lucah di khalayak ramai dengan menggunakan segala peruntukan undang-undang yg sedia ada.

"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas daripada pihak berkuasa sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Kami berdoa semoga daerah Segamat ini dijauhkan dari bala bencana kerana jika Allah ingin menurunkan balanya ianya tidak memilih hanya kepada pelaku maksiat sahaja tetapi keseluruhan penduduk Segamat akan menerima musibahnya," katanya.

UMNO Baru Terjaga Ketika Matahari Sudah Tegak Di Atas Kepala - TGNA

Posted: 03 Jun 2013 05:55 AM PDT


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri mahu meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen adalah bukti SPR sangat pincang sebelum ini.

"Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?.

Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin Umno dan lain-lain pihak jangan memperlekehkan pandangan rakyat.

"Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen," tegasnya.

Sementara itu, pandangan Tuan Guru Nik Aziz dikongsi oleh anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan).

"Saya berpendapat ini merupakan taktik terbaru Umno-BN untuk menghalalkan sebarang tindakan SPR di masa depan bagi mengekalkan kuasa mereka," katanya.

Jika Perdana Menteri betul-betul ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya, beliau menyeru supaya segera dilaksanakan tuntutan Bersih 3.0 iaitu

1) melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0,

2) pimpinan SPR meletak jawatan segera kerana kehilangan keyakinan rakyat terhadap SPR, dan

3) membenarkan pemantau antarabangsa bebas untuk memantau pilihan raya.

"Jika ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu, maka sebarang perubahan hanyalah perubahan kosmetik dan bakal menjadi satu lagi projek penipuan Barisan National," katanya.

Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga

Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang.


Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu.

Jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?

Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen.


Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?

Hari ini dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan mengakui sahaja kesilapan.

Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul.

Itu belum lagi dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar menguntungkan Barisan Nasional.

Benar sangatlah reaksi langsung daripada rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah daripada menang.

Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung di akhirat kelak!

Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan raya.

Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak, perbetulkan kembali sistem pilihanraya.

Sayangnya, Umno lambat sedar. Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR, ada pemimpin Umno masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang basah.


Jika umpama orang yang tidur, Umno hanya terjaga ketika matahari tegak di atas kepala!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Tiada ulasan: