Jumaat, 28 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sultan Selangor: Beri Kerjasama Kepada Kepimpinan Khalid

Posted: 28 Jun 2013 12:20 AM PDT

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta semua wakil rakyat, termasuk wakil Barisan Nasional (BN), memberi kerjasama penuh kepada kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Baginda, berjaya atau tidak pentadbiran Selangor itu bergantung kepada wakil rakyat dan pemimpinnya mentadbir dan memajukan negeri berteraskan undang-undang sedia ada.

"Beta menaruh harapan agar ahli-ahli Yang Berhormat dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negeri yang kita kasihi ini," titahnya dalam ucapan Majlis Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Pada masa yang sama, baginda menasihatkan Abdul Khalid supaya bertugas dengan lebih tekun, gigih dan terus berusaha mempertahankan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia dan sentiasa dihadapan sepanjang masa.

Baginda bertitah, wakil rakyat perlu menghormati kedaulatan undang-undang dan memastikan segala tindakan dan keputusan yang diambil tidak bercanggah dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut kearah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja.

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Undang-Undang Negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing," titahnya.

Sultan Sharafuddin turut menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus baik (good governance) dan mahu sistem ini terus diamalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Baginda turut berbangga dengan hasil Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) Selangor berjumlah 22% dengan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM11.

73 bilion pada tahun lalu dengan 252 projek berjaya dimajukan.

Sehingga Mac 2013, jumlah pelaburan yang terus mengalir masuk ke Selangor telah mencecah RM700 juta dan mahu usaha perlu digiatkan lagi untuk menarik lebih ramai pelabur melabur di Selangor.

Selain itu, baginda juga mahu dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES) diteruskan dan diperluaskan lagi skop pelaksanaannya bagi membantu meringankan beban sekaligus mengurangkan perbezaan pendapatan rakyat.

Baginda percaya, dengan peruntukan MES yang dibelanjakan sebanyak RM856 juta sejak tahun 2008 sehingga Februari 2013, rakyat mendapat manfaat hasil kekayaan Selangor itu terutamanya golongan miskin dan yang memerlukan bantuan. -FMT

Masyarakat Papua Bersyahadah

Posted: 27 Jun 2013 11:05 PM PDT


Kami dakwah di Papua penuh dengan pengorbanan. Pernah kami keluar ke pedalaman suku Tatsmit. Kami disambut dengan panah dan tombak dan habis tubuh saya dengan panah beracun sehingga saya dilarikan ke hospital. Hampir seminggu saya di hospital, tapi tetap sabar. Anehnya, orang-orang yang memanah saya ikut menghantar saya ke hospital.

Setelah sembuh, kami tetap masukkan jemaah ke suku tersebut, sampai kami diterima dan yang pertama yang kami ajarkan adalah cara mandi pakai sabun, syampu dan berus gigi kepada suku tersebut, sehingga mereka merasa nyaman kerana selama ini mereka biasa menggunakan minyak xxxx sebagai sabun.

Setelah mereka terkesan dengan mandi pakai sabun, syampu, baru kami dakwahkan tauhid sehingga awal dakwah kami di sana, kami ajak 2000 orang kelapangan untuk mandi beramai-ramai menghilangkan najis mughallazah mereka, dan mengajak mereka syahadah.

Alhamdulilah, 2000 orang telah masuk Islam, dan beberapa waktu yang singkat selepas itu, 4000 lagi mengucap kalimah syahadah." -Ustaz Dahlan



Ulasan GB

Hanya jiwa yang kental mampu untuk melaksanakan tugas dakwah seperti yang ditunjukkan di dalam video di atas. Tugas yang amat besar dan berat jika dibandingkan dengan berdakwah di kalangan masyarakat di dalam negara kita ini.

Dengan cara inilah juga sebenarnya umat melayu menerima Islam berabad-abad dahulu yang dilakukan oleh para pendakwah yang terdiri dari para peniaga Muslim yang datang dari segenap pelusuk dunia terutama dari benua Arab, India dan Cina. Tanpa kerja dakwah mereka, kita mungkin masih belum menikmati Islam yang kita anuti sekarang ini.

Justeru itu, usah berhenti berdakwah... untuk merealisasikan "Islam Untuk Semua".

Dakwat Kekal Boleh Dimakan, Hingga Menjilat Jari

Posted: 27 Jun 2013 08:01 PM PDT


Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa bahan pewarna makanan digunakan bagi menggantikan bahan kimia dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ia menjadi bahan ketawa.

Ini membuat Ahli Parlimen Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam twitternya secara berjenaka menulis, dakwat kekal kini boleh dimakan. Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau membuat pendedahan ini pada sidang Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Anthony Loke (DAP-Seremban).

Beliau menjelaskan bahawa tarikh luput untuk dakwat kekal ialah empat bulan dari tarikh pengeluaran.

Tidak ada bahan kimia digunakan dalam dakwat itu dan "kami menggantikannya dengan bahan pewarna dalam makanan yang dibenarkan."

Sementara itu, Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian.

"Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan,"
kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat Singapura.

Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana, malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. -FMT


Harga 'dakwat kekal' tiga kali ganda lebih tinggi jadi tanda-tanya


Jika dahulu kerajaan Barian Nasional (BN) membazirkan wang rakyat sebanyak RM2.

4 juta pembelian dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu yang akhirnya dilupuskan, DAP hari ini mempersoalkan pula mengapa kos pembelian bahan itu untuk PRU13 tiga kali jauh lebih tinggi dengan jumlah RM7.1 juta walhal nisbah peningkatan bilangan pengundi sekitar 20 peratus tidak wajar untuk harga semahal itu.

Bercakap kepada media hari ini di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tambah membingungkan lagi ialah bagaimana Kerajaan Kemboja yang mempunyai lebih dari sembilan juta pengundi hanya perlu mengeluarkan RM2.8 juta untuk pembelian dakwat kekal dari Kerajaan India pada 19 Jun baru-baru ini.

"Kenapa perbezaan kos ini begitu ketara dan kita juga hairan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia selalunya akan lebih mahal.

"Memang saya amat terkejut dan terkilan dengan jawapan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan amaun pembelian 'dakwat kekal yang tidak kekal' bagi PRU13 ini amat tinggi," katanya.

Loke yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dalam perkara berkait menyatakan kekecewaan beliau kerana dakwat kekal itu bukan sahaja mahal malah tidak memenuhi fungsinya sebagai 'dakwat yang kekal'.

"Kita mahu kerajaan dan SPR mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pembekal tetapi apa yang berlaku, SPR bukan sahaja tidak bertindak malah terus melindungi syarikat pembekal dengan merahsiakan siapa mereka konon atas sebab keselamatan.

"Kita nak tahu apakah isu keselamatan yang mereka maksudkan? Bagaimana pula maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?," soalnya.

Katanya, jika sebelum PRU13 pihak SPR merahsiakan maklumat syarikat pembekal kerana takut disabotaj, mengapa pula alas an sebegini digunakan walaupun pilihan raya sudah berlalu.

Beliau mengingatkan SPR bahawa tindak-tanduk mereka dalam perkara ini hanya akan memperkuatkan persepsi negative rakyat terhadap mereka.

– Roketkini



PRK Kuala Besut Mesti Dikendali ‘SPR Baru’ - Nurul Izzah

Posted: 27 Jun 2013 05:15 PM PDT


Hanya 'SPR baru' yang layak mengendalikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu, kata ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

"(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa).

"Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama?

"Pada saya ini tak boleh diterima pakai," kata Nurul Izzah ketika membahaskan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun 2013, di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu akibat kanser paru-paru.

SPR Terengganu dalam kenyataannya hari ini memberitahu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut boleh diadakan dalam tempoh 60 hari mulai tarikh pewartaan kekosongan DUN selewatnya hingga 27 Ogos depan.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut mengusulkan pemulihan segera SPR melalui satu jwatankuasa parlimen bagi melantik pengendali pilihan raya yang baru dan berwibawa.

"Dewan yang mulia ini mesti sedar bahawa mandat majoriti 51% yang diamanahkan kepada Pakatan Rakyat memberikan hak dan kuasa mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.

"Kehendak Rakyat menuntut agar sistem pilihan paya yang nyata gagal dan pincang mesti dipulihkan," tegas Nurul Izzah. -KD

Apa Sahaja Yang Dibeli Kerajaan Malaysia Akan Lebih Mahal

Posted: 27 Jun 2013 07:30 AM PDT

Peningkatan kos pembelian 'dakwat kekal yang tidak kekal' bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu didakwa meningkat tiga kali ganda daripada kos yang dikeluarkan pada pilihan raya sebelumnya iaitu sebanyak RM7.1juta.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU-12) tahun 2008 lalu, jumlah kos yang digunakan untuk pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak RM2.4 juta walaupun dakwat kekal itu dimusnahkan selepas tidak dibenarkan oleh kerajaan beberapa hari sebelum pilihanraya berlangsung.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, jumlah pengundi pada 2008 adalah sebanyak 10.9 juta orang manakala pengundi pada 2013 adalah sebanyak 13.2 juta orang dan ia melibatkan pertambahan hampir 20 peratus sahaja.

Menurutnya, pertambahan pengundi sebanyak 20 peratus menyebabkan peningkatan kos dakwat kekal sebanyak tiga kali ganda adalah sangat mengejutkan.

"Saya amat terkilan dengan jawapan dari SPR melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam yang mendedahkan jumlah kos untuk penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13 adalah sebanyak RM7.1 juta," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mempersoalkan kos pembelian sangat tinggi oleh Kerajaan Pusat untuk membeli sesuatu barangan.

Sebagai contoh, Kerajaan India menyumbangkan 40,000 botol dakwat kekal kepada Cambodia bagi tujuan pilihan raya dengan kos RM2.8 juta (US$877,800) pada 19 Jun lalu.

"Mengapa perbezaan kos ini begitu ketara dan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia sentiasa lebih mahal?.

"Semuanya lebih mahal, kereta perisai lebih mahal, kapal selam pun lebih mahal," soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menggesa Kerajaan Pusat mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal dakwat berkenaan yang gagal mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Bagaimanapun, pembekal dakwat berkenaan dilindungi oleh SPR yang merahsiakan maklumat syarikat tersebut atas sebab keselamatan.

Menurut Anthony, tiada sebab maklumat pembekal dakwat berkenaan dirahsiakan kerana PRU-13 sudah berakhir.

Akhirnya Idris Haron Menjilat Ludahnya Sendiri

Posted: 27 Jun 2013 05:05 AM PDT


KM: 300 peniaga Jonker Walk boleh berniaga seperti biasa

Kira-kira 300 peniaga boleh meneruskan perniagaan mereka seperti biasa di kawasan pasar malam Jonker Walk pada setiap hujung minggu, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, arahan penutupan gerai yang kebanyakkannya menjual cenderamata di Jonker Walk itu hanya salah faham, sebaliknya penutupan itu hanya melibatkan laluan kenderaan di kawasan berkenaan.

Jelas beliau, jalan sekitar Jonker Walk yang menjadi tumpuan pelancong itu dibuka semula untuk kenderaan yang ketika ini ditutup bermula 6 petang hingga 12 malam pada setiap Jumaat hingga Ahad bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

"Arahan pembukaan jalan ini, berikutan aduan orang ramai dan pelancong mengenai kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut terutama pada hujung minggu," katanya kepada Bernama di Melaka hari ini.

Idris berkata isu menghalang peniaga berniaga di Jonker Walk pada hujung minggu, sengaja dimanipulasikan pihak tertentu demi kepentingan politik mereka.

Ditanya sama ada pembukaan jalan tersebut menyukarkan pengunjung dan peniaga, Idris berkata: "saya tidak fikir begitu".

Sebagai contoh, katanya di Oxford City, England peniaga menjalankan perniagaan di kaki lima jalan raya dan kenderaan dibenar melalui kawasan disitu.

Sebuah akhbar bahasa Cina pada Isnin memetik Idris sebagai berkata mesyuarat Exco pada 12 Jun lepas, memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat. -Bernama

Tiada ulasan: