Ahad, 2 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[LAWAK AHAD] Jika Anda Bijak Bistari, Jawab Soalan Ini..

Posted: 02 Jun 2013 01:05 AM PDT


Zul Nordin Dihenyak Lagi...

Posted: 01 Jun 2013 11:05 PM PDT


Pencalonan Zul Noordin strategi yang lemah

Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam kelmarin.

"Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen.

"Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu.

Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkiflimerupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami.

Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara.

"Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.'

[VIDEO] PAS Tidak Akan Tunggu Sehingga PRU-14

Posted: 01 Jun 2013 08:35 PM PDT


Kuala Nerus - PAS tidak akan menunggu sehingga pilihan raya umum (PRU) kali ke-14 akan datang untuk melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) tetapi akan menggunakan segala ruang yang ada dalam demokrasi bagi menjatuhkan mereka bermula sekarang.

Menurut Naib Presiden PAS Solahuddin Ayob, Umno-BN telah melakukan pelbagai tipudaya bagi memastikan mereka menang pada PRU kali ke-13 lalu termasuk memadamkan lampu semasa pengiraan undi.

"mereka lakukan perkara-perkara (tipudaya) seperti yang saya katakan tadi........ini kita tidak boleh terima.......dengan itu kita tak tunggu (sehingga) PRU akan datang untuk melawan mereka,

"kita lawan sekarang............kita lawan dengan apa cara yang ada pada kita dan juga ruang yang diizinkan oleh demokrasi,"ujarnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis ceramah sempena Majlis Kesyukuran PRU kali ke-14 PAS Kawasan Kuala Nerus. [Lihat Video]

Beliau menegaskan, PAS adalah parti yang berpengalaman dan bukanlah sebuah parti yang boleh ditipu dan termakan dengan 'umpan' yang dihulurkan oleh Umno-BN.

Menurutnya, PAS tidak terhutang budi dengan Umno-Bn kerana PAS bertanding dan menang dalam pilihanraya atas kerja dan usaha sendiri serta dibiayai oleh kewangan yang dihimpunkan dari serma disumbangkan oleh ahli-ahlinya.

Katanya, PAS tidak akan bertolak ansur dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang telah menjadi 'barua' kepada Umno dan Barisan Nasional.

Justeru beliau berjanji, PAS akan mengheret SPR ke muka pengadilan dan membuktikan di mahkamah bahawa mereka adalah ejen Umno yang bertanggungjawab melakukan penipuan bagi pihak Umno-BN. - buletinonline






Akan Tertipu Lagikah Rakyat Malaysia Dengan Janji "PM 47%" Ini?

Posted: 01 Jun 2013 05:05 PM PDT


Cadangan SPR bawah Parlimen ulangi JK sebelum ini

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.

"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya.

Salahuddin berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Jawatankuasa tersebut dicadangkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Pakatan hantar Dr Hatta Ramli dari PAS, Azmin Ali dari PKR dan Anthony Loke dari DAP sebagai tiga wakil kita dalam jawatankuasa itu.

"Akhirnya terbukti, tidak ada satu pun cadangan jawatankuasa itu yang dilaksanakan," kata beliau.

Salahuddin yakin, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu semata-mata untuk melaksanakan "damage control" apabila melihat semakin ramai rakyat yang menyambut slogan "tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Semakin ramai rakyat yang menyifatkan kerajaan minoriti dengan hanya 47.38 peratus undi pimpinan Najib sebagai kerajaan tipu pilihan raya, katanya.

"Bukan itu sahaja, perhimpunan ratusan ribu rakyat menolak pilihan raya yang dikotori oleh penipuan menakutkan para pemimpin Umno BN.

"Sebab itulah Najib umumkan rancangan yang belum tentu dilaksanakan dan belum tentu dipersetujui oleh 'warlord-warlord' Umno atau 'godfather' mereka, (Tun) Dr Mahathir (Mohamad)," kata beliau.

Oleh kerana PAS menyifatkan pengumuman Najib itu hanyalah pengakuan bahawa memang berlaku penipuan dalam pilihan raya, Salahuddin menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat penipuan-penipuan pilihan raya.

"Tuntutan sebegini sudah lama dibuat dan keengganan kerajaan BN menunaikan tuntutan itu menguatkan keyakinan rakyat bahawa ada terlalu banyak penipuan dan penyelewengan yang hendak disembunyikan," kata beliau.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sebelum ini memberitahu, pihaknya menerima pelbagai aduan penipuan dalam pilihan raya.

Mengenai kes lampu padam ketika pengiraan undi, selain beberapa laporan polis mengenai kejadian itu di sana sini, beliau berkata pihaknya menerima tujuh aduan mengenai kejadian tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, kata Rafizi, pihaknya juga menerima aduan tentang warga asing yang turut mengundi, pengundi berdaftar yang tidak dapat pengundi kerana ada pengundi hantu mengundi menggunakan namanya, jumlah undi yang lebih daripada kertas undi yang dikeluarkan dan pelbagai aduan lain.


Najib diberitahu SPR perlu diterajui muka baru, bukan sekadar letak bawah PSC


KUALA LUMPUR, 1 Jun — Usaha meningkatkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan meletakkan badan pengendali pilihan raya negara ini di bawah Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) tidak bermakna tanpa menggantikan teraju utama badan berkenaan, kata pemimpin pembangkang dan aktivis pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu diganti dengan individu lain supaya pembaharuan meningkatkan kredibiliti badan berkenaan.

"Tidak bermakna letakkan SPR di bawah PSC sekalipun, anggota mereka perlu letak jawatan," kata Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Mereka perlu letak jawatan, itu lebih mustahak supaya mereka mempunyai lebih kredibiliti," katanya lagi, dan menambah SPR adalah badan bebas yang dilantik di bawah Perlembagaan dan tidak boleh ditolak ke sana-sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal hari ini berkata bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR, kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

Kit Siang pula dalam respon mengenai perkara itu berkata SPR seharusnya bermula dengan muka baru bagi jawatan pengerusi dan timbalannya bagi meningkatkan keyakinan rakyat.

"Pengerusi dan timbalan sekarang beroperasi seolah-olah mereka menjadi protagonis kepada ahli politik dan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

"Lebih elok sekiranya Najib mengadakan perbincangan dengan ahli Parlimen PR berhubung cadangan berkenaan sebelum pengumuman dibuat," kata Kit Siang, yang merupakan ahli Parlimen Gelang Patah.

"Jadi ia akan dilihat sebagai inovasi bipartisan," tambahnya.

SPR menjadi sasaran dalam mengendalikan Pilihan Raya Umum 2013 apabila didakwa bersekongkol dengan BN bagi membolehkan parti kerajaan itu memenangi pilihan raya walaupun tewas undi majoriti kepada PR sebanyak 49 peratus.

BN memperolehi 133 kerusi, manakala PR memperolehi 89 kerusi Parlimen dengan 51 peratus undi popular.

Pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengadakan Himpunan Black 505 di seluruh negara bagi menolak keputusan PRU13. -TMI

BN Fail 50 Petisyen: Zahid Hamidi Dah Boleh Berhijrah ke Negara Lain!

Posted: 01 Jun 2013 07:35 AM PDT


Fail petisyen PRU, kenyataan Zahid kena batang hidung sendiri

Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

"Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

"Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),"
ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar "duduk di dalam hutan".

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

"Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

"Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu," ujarnya. -KD

Malaysia Juara Pengubah Wang Haram Berpusat Di Amerika Syarikat

Posted: 01 Jun 2013 05:30 AM PDT


Perkhidmatan kiriman wang tidak berlesen di Malaysia didakwa menjadi sebahagian daripada operasi besar pengubahan wang haram berpusat di Amerika Syarikat yang bernilai US$6 bilion (RM18.3 bilion).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata reputasi buruk Malaysia sebagai juara aliran wang haram per kapita menjadi dalil kukuh kegagalan Barisan Nasional (BN) dan Bank Negara melenyapkan rasuah dan mencegah pengubahan wang haram di Malaysia.

Katanya, ketika berada di London beliau sedih apabila membaca laporan akhbar New York Times bahawa skim pengubahan wang haram yang beroperasi di bawah Liberty Reserve memiliki jutaan pelanggan di seluruh dunia yang 'bersifat penjenayah' itu melakukan 55 juta transaksi dalam tempoh tujuh tahun lalu.

"Dalam kes pengubahan wang haram dalam talian terbesar dalam sejarah, Liberty Reserve bergantung sepenuhnya kepada penukar pihak ketiga untuk menerima dan membuat bayaran bagi pihak mereka, yang selalunya adalah 'usahawan pengirim wang tidak berlesen yang tidak mempunyai badan pemantau kerajaan atau undang-undang yang signifikan, berpusat di Malaysia, Rusia, Nigeria dan Vietnam'.

"Global Financial Integrity Report yang berpengkalan di Washington menyenaraikan negara China di tangga pertama dalam aliran keluar wang haram yang selalunya berunsur rasuah berjumlah US$2.8 trilion dan Malaysia berada pada kedudukan kelima di dunia dengan US$291 bilion. Namun atas dasar per kapita, China kalah kepada juara dunia Malaysia dengan hanya RM6,400 seorang setahun berbanding RM32,000 bagi Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, di England, malangnya Malaysia mempunyai sejarah silam apabila warganya ada yang menjadi 'bookie' mengatur perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris.

Menurutnya, reaksi negatif daripada hal itu kini kian pudar berikutan kesan positif pembabitan Malaysia dalam pemilikan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Queen Park Rangers dan Cardiff City.

Beliau berkata, malangnya, budaya rasuah kerajaan Malaysia dan kurangnya ketelusan kewangan serta akauntabiliti menyebabkan Malaysia menjadi fokus dunia sebagai pusat operasi pengubahan wang haram global.

"Reputasi antarabangsa Malaysia kini lebih teruk daripada Thailand atau Indonesia dan hampir sebaris dengan negara seperti Nigeria dan Rusia dalam hal pengubahan wang haram.

"Masanya sudah tiba bagi Kerajaan Persekutuan BN berhenti hidup dalam penafian dengan melaksanakan reformasi kewangan yang tulen untuk membersih dan menghentikan aktiviti jenayah aliran keluar wang haram serta pengubahan wang haram.

"Jika tidak, tidak ada ertinya Bank Negara mendapat pelbagai penghargaan untuk apa yang disangkakan sebagai pengurusan ekonomi yang baik sedangkan isu sebenar berkaitan ketelusan dan akauntabiliti tidak boleh diuruskan," ujarnya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, kerajaan tidak boleh terus bergantung kepada negara luar seperti Hong Kong untuk menyiasat dan menahan mereka yang terbabit menyeludup puluhan juta ringgit.-Roketkini

Tiada ulasan: