Selasa, 18 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ulama Gesa Rakyat Bangkit Tuntut Hak, Cegah Penipuan PRU

Posted: 18 Jun 2013 12:30 AM PDT


Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin berkata, umat Islam tidak boleh membiarkan penipuan tanpa sebarang usaha mencegah, terutamanya melibatkan sistem pilihan raya yang pincang.

"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan. Islam melarang kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya," katanya kepada Keadilan Daily.

Justeru, beliau menyokong penuh himpunan Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia hadir beramai-ramai di Padang Merbok 22 Jun ini.

"Keputusan pilihan raya lalu mendedahkan seluruh rakyat kepada sistem demokrasi yang herot. Himpunan itu nanti menjadi platform terbaik menyedarkan rakyat hak mereka yang dicabuli pemerintah," kata Ghani.

Katanya, sesebuah negara tidak akan dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan bermartabat akibat cara pemilihan pemimpin negara yang penuh tipu helah dan muslihat.

"Usaha dilakukan penganjur Blackout 505 patut disokong oleh semua rakyat yang cintakan keadilan," tegasnya.

Akhirnya Selamat Jalan Kereta Nasional, Proton

Posted: 17 Jun 2013 11:15 PM PDT

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.

"Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang.

Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka.

Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s.

Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana.

Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan.

Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008.

Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan.

Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu.

Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan.

Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010.

Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan.

Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. -TMI

[DASYAT] Mudahnya PATI Dapat Dokumen M'sia Di Filipina...

Posted: 17 Jun 2013 08:00 PM PDT


Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu bahawa pendatang haram boleh mendapatkan dokumen Malaysia ketika masih berada di Filipina lagi.

Macarius Sabinus - pegawai lapangan yang ditugaskan mendaftar pendatang haram di Sabah dan mengeluarkan resit sementara (kad burung-burung) kepada mereka - menemukan bahawa mereka mendapat dokumen itu di Bongoa, Tawi-Tawi, walaupun belum didaftarkan.

Bagaimanapun Macarius - juga penyelidik di badan pemikir Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS badan bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) - berkata, resit itu mempunyai nombor siri dan cop berbeza.

IDS, sebelum ini dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Awam (IPPA), ditugaskan mengkaji pendaftaran pendatang haram secara besar-besaran di Sabah antara 1986 dan 1988. -mk


Pendatang asing terima resit 'burung-burung' dari Filipina, kata saksi RCI


Saksi Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) hari ini berkata pihaknya mendapati terdapat sindiket-sindiket yang menjual "resit sementara" atau dikenali sebagai "kad burung-burung" kepada pendatang asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah.

Macarius Sabinus, 56, yang bekerja mendaftarkan pendatang asing tanpa izin pada tahun 1986-1988 di Sabah berkata, ketika proses itu pihaknya menemui kes-kes berkenaan dan pendatang asing tanpa izin tersebut menerima kad burung-burung berkenaan di Bongao, Filipina.

"Saya banyak menemui kes sedemikian di kawasan Sandakan, bila saya buat pendaftaran di Dewan Masyarakat, mereka tunjuk resit burung-burung yang diterima daripada orang di Bongao.

"Kad itu berbeza daripada segi rekod nombor sirinya, dan cop Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang sebenar," katanya, yang merupakan saksi kedua inkuiri hari ini, dan menambah, pasukannya sahaja menemui sekitar 10 kes seperti itu.

Bongao merupakan daerah yang terdapat di Pulau Tawi-Tawi milik Filipina yang berhampiran dengan kawasan perairan Sabah.

Sementara resit burung-burung adalah dokumen pengenalan yang diberikan kepada warga asing tanpa izin yang didaftarkan di Sabah pada tahun 80an, sebagai bukti mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan.

Macarius merupakan Pegawai Penyelidik di Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, dan bagi tujuan mengumpul data pendatang asing tanpa izin berkenaan, beliau dipinjamkan ke JKM pada 1985.

Beliau bertanggungjawab merekod dan mendaftar pendatang asing tanpa izin di negeri Borneo itu bagi tujuan statistik dan kaji selidik terhadap pendatang asing pada masa tersebut di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Sepuluh.

"Saya buat kaji selidik, mereka (pendatang asing) akan isi borang dan kami akan dapatkan maklumat lengkap untuk mereka yang datang mendaftar ... Kemudian kami akan keluarkan resit 'burung-burung' kerana mereka langsung tidak mempunyai dokumen.

Ditanya sama ada dengan memberikan mereka kad burung-burung berkenaan akan menjadikan mereka rasa mereka boleh kekal di Sabah, Macarius berkata: "Tidak ... Ia hanyalah pendaftaran sementara yang menunjukkan mereka tiaada dokumen daripada negara asal."

"Ada juga yang membawa kad pengenalan meragukan, jadi saya rumuskan mereka dapat daripada majikan syarikat jadi bukan daripada JKM," katanya lagi.

Laporan berhubung pendaftaran berkenaan, jelas Macarius akan dihantar kepada JKM dalam tempoh seminggu sekali.

"Kebiasanya laporan menunjukkan kawasan kami melakukan pendaftaran, berapa pelarian, berapa pendatang.

"Bila saya temubual mereka, ada yang ada kad pengenalan biru, namun cara percakapan mereka bukan umpama rakyat Malaysia, tapi dia ada kad pengenalan biru, resit sementara, saya cakap Sulu dengan dia, dia cakap Sulu dengan saya," terang Macarius kepada panel inkuiri hari ini.

Beliau turut menjelaskan, terdapat lebih 12 pasukan yang melakukan pendaftaran tersebut dengan setiap daripada mereka memiliki 12 hingga 13 anggota.

Inkuiri di hadapan bekas Ketua Hakim Sabah Steve Chim hari ini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2 petang nanti.
- TMI

Berkas 15 Peserta Flashmob, Tindakan Gila

Posted: 17 Jun 2013 05:10 PM PDT


Tindakan polis memberkas 15 peserta 'flashmob' di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan menahan mereka hampir lapan jam di Balai Dang Wangi pada Sabtu lalu disifatkan sebagai satu tindakan gila.

"Namun kejadian itu sama sekali tidak mungkin berjaya menakut-nakutkan anak muda untuk terus beraksi dalam banyak lagi siri 'flashmob' selepas ini menjelang himpunan 22 Jun nanti," kata Edy Noor Reduan, pengarah propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa sebenarnya tidak ada perhimpunan pada hari itu. Jika ada perhimpunan sekalipun, ia bukan berlangsung di depan Sogo tetapi di Padang Merbuk Jalan Parlimen pada 22 Jun nanti.

"Di depan Sogo tempohari hanyalah sebuah aksi spontan yang dipanggil 'flashmob'," terang beliau.

Menurutnya, polis tidak memahami konsep 'flashmob' apabila cuba menggunakan Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang perhimpunan.

"Jika beri notis 10 hari, itu bukan 'flashmob'. Malah dalam akta yang sama, polis tiada peruntukan untuk membuat tangkapan," katanya.


Edy Noor menerangkan bahawa jika diarahkan bersurai sekalipun, peserta 'flashmob' bertekad tidak akan meninggalkan kawasan tersebut

"Ini kerana sangat jelas mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak mengganggu orang awam, tidak mengganggu lalu lintas malah keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman sememangnya sesak setiap hari Sabtu," tambahnya.

Menurutnya, 'flashmob' Sabtu lalu bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa pilihan raya umum padad 5 Mei lalu dijalankan dengan penuh kecurangan.

Panik

Katanya, sikap panik kerajaan hingga menangkap peserta 'flashmob' dengan isyarat ugutan sebenarnya telah berjaya membangkit lebih banyak aksi 'flashmob' di seluruh negara.

Sehari selepas tangkapan 'flashmob15′, beberapa flashmob dilancarkan termasuk salah satunya di depan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Hari ini juga katanya, satu 'flashmob' anak muda di Ipoh, esok di beberapa lokasi lagi termasuk di pekan Sungai Besar, Selangor.

Rabu ini, fasa kedua 'flashmob' seperti yang dijadualkan di Jalan Tun Perak akan tetap diteruskan bermula jam 5 petang, juga akan berlangsung di Bandar Melaka.

Khamis pula di Flashmob Kuala Terengganu, Kemaman, Port Dickson dan pekan Pontian, semua bermula jam 5 petang.

Lebih banyak lokasi 'flashmob' pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari besar #KL622 – Hari Rakyat Lawan Penipuan SPR, katanya. -FMT

‘Usulkan Undi Tidak Percaya Terhadap Najib’

Posted: 17 Jun 2013 08:01 AM PDT


Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sumpah, lafaz dan tindak-tanduk beliau [Datuk Seri Najib] semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan lagi justifikasi untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang ini.

"Usul yang dicadangkan adalah di atas pertimbangan salah laku dan ketidakpatuhan kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan di atas pertimbangan politik," katanya dalam surat terbuka kepada Anwar.

Surat sama dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan "tsunami Cina" yang diutarakan Najib selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang Perdana Menteri berbilang kaum.

Tambah Mat Zain, Najib telah menghina Yang di-Pertuan Agong [Tuanku Mizan Zainal Abidin] ketika upacara majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 3 April 2009 dengan menggunakan sumpah yang direka sendiri.

'Membelakangkan Perlembagaan'

"Tindakan Datuk Seri Najib sedemikian itu bukan sahaja membelakangkan peruntukan Perlembagaan, bahkan beliau turut menghina kepercayaan YDP Agong terhadap beliau," katanya.

Menurut beliau, sekiranya di hari pertama memegang jawatan tersebut Najib telah sanggup berbohong di hadapan YDP Agong dan rakyat Malaysia, maka apatah lagi, di hari-hari yang berikutnya.

"Justeru itu, beliau tidak layak melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri semenjak 3 April 2009 lagi. Sebarang perkara yang beliau lakukan atas sifat seorang Perdana Menteri boleh dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mengikut sepertimana peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menambah burukkan lagi, tambah Mat Zain, ialah apabila Najib mengikrarkan dua afidavit di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah pada 21 dan 23 Sept 2011, yang difailkan dan dikemukakan dalam Mahkamah Tinggi berkaitan kes liwat yang kini berada di peringkat rayuan.

"Dalam affidavit-affidavit berkenaan, Datuk Seri Najib telah mengikrarkan nama seperti yang terkandung dalam kad pengenalan beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Nama ini adalah bercanggah dengan nama yang beliau lafazkan di hadapan YDP Agong ketika mengangkat sumpah jawatan iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak," katanya.

Tambah beliau, selain daripada percanggahan nama, Najib telah mengikrarkan dua kenyataan mustahak berasingan yang boleh dibuktikan sebagai kenyataan yang tidak benar atau palsu.

'Keterangan palsu'

"Membuat kenyataan secara bersumpah yang tidak benar adalah sama dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

"Bukan sahaja beliau telah melakukan kesalahan jenayah terhadap keadilan awam kerana membuat kenyataan bersumpah palsu, malahan beliau turut boleh disifatkan sebagai telah mengingkari atau membelakangkan hukum Islam," katanya.

Tambah Mat Zain, keengganan Najib menjadi saksi dalam perbicaraan yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kedua-dua pihak yang menuduh dan tertuduh tidak mendapat pembicaraan yang adil dan sempurna.

"Mengikut kefahaman saya, dengan sengaja mengelakkan diri daripada menjadi seorang saksi yang adil adalah dosa besar, kerana boleh membawa kezaliman kepada orang dituduh melakukan kesalahan," katanya. -FMT

Suara Rakyat 505: Rakyat Tetap Berhimpun Hingga SPR Letak Jawatan

Posted: 17 Jun 2013 05:15 AM PDT


Minggu lepas, Suara Rakyat 505 telahpun menyeru kepada SPR supaya letak jawatan dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Gabungan ini berpandangan bahawa jawatankuasa khas bagi memantau Suruhananjaya Pilihan Raya tidak akan membawa apa-apa perubahan signifikan dan kata-kata kami terbukti apabila Pengerusi SPR berkata bahawa dia tidak mungkin akan meletakkan jawatan.

SPR telah mencabar kuasa rakyat, maka seperti dijanjikan Gabungan lebih 50 NGO 'Suara Rakyat 505' menggembeling segala kekuatan untuk membawa rakyat beraksi pada 22 Jun 2013 di Padang Merbuk, menuntut demokrasi yang digelapkan dan mengembalikan kemenangan rakyat yang dirampas. RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN.

Bagi memastikan mobilisasi terbesar dan sebagai aksi akhir membangkitkan kesedaran rakyat tentang penipuan PRU13, Gabungan 'Suara Rakyat 505' akan mengkoordinasi sebuah jelajah untuk mengira detik (countdown) menuju 22 Jun.

Tirai Roadshow akan dimulakan dengan sebuah aksi flashmob pada 15 Jun dan kemuncak jelajah, satu aksi 'kira detik akhir' (final countdown) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH pada 21 Jun.

Pada malam kemuncak tersebut juga, hadirin akan diberi pedoman akhir bagi menghadapi hari besar 22 Jun 2013, hari rakyat menolak penipuan PRU!

Dalam masa yang sama, Kami juga akan mengembangkan inisiatif sukarelawan Gabungan Suara Rakyat 505. Pasukan sukarelawan ini akan dimoblisasikan pada masa yang tepat khususnya ketika masa untuk beraksi samada di himpunan atau protes.

Akhir sekali, Kami menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan, khususnya bagi menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam Negara. Hak ini tidak wajar dicabuli dan tidak boleh dihalang oleh pihak berkuasa termasuklah DBKL. Justeru, kami tetap akan teruskan perhimpunan di Padang Merbok walaupun mendapat halangan DBKL.

Sekian

GABUNGAN # SUARA RAKYAT 505

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22.Gabungan NGO Pengerang
23. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
24.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)
25. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)
26. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)
27. Angkatan Rakyat Muda (ARM)
28. Anak Bangsa Malaysia (SABM)
29. Unit Ehsan Malaysia
30. Anwar Ibrahim Club (AIC)
31. Agent of Change (AoC)
32. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
33. Kami Anak Muda Menentang Umno (K.A.M.U)
34. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
35. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)
36. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)
?37. Gabungan NGO Kelantan
38. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)
39. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)
40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
42. Selamatkan Teluk Rubiah
43. Selamatkan Pantai Port Dickson
44. Selamatkan Pasar Payang
45. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
46. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
47. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)
48. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
49. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
50. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
51. Comuniti Front (CF) Seremban

Tiada ulasan: