Isnin, 17 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tidak Perlu Kecewa, Letak Jawatan Secara Sukarela Atau Ke Penjara!

Posted: 17 Jun 2013 01:00 AM PDT


Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR tidak cukup dengan hanya beliau menyatakan kekecewaannya sahaja tetapi atas dasar tanggungjawab, beliau wajib meletakkan jawatan dan berundur secara terhormat.

Kegagalan tersebut bukan kecil, ia memberikan kesan besar terhadap kepercayaan masyarakat kepada ketelusan perjalanan proses pilihanraya.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Abdul Aziz Yusof melahirkan kekecewaan ekoran pelaksanaan dakwat kekal yang gagal di dalam pilihanraya umum yang lepas.

Bahkan beliau menyifatkan bahawa itulah kekecewaan yang paling besar dalam hidupnya, lapor Sinar Harian hari ini.

"Kalau orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," katanya yang dipetik akhbar bahasa Melayu itu.

Kata Fadhli, dalam situasi Pakatan Rakyat meraih undi popular melebihi Barisan Nasional dan Barisan Nasional terus kekal memerintah, adalah sesuatu yang sangat mengaibkan jika perjalanan pilihanraya dipersoalkan ketelusannya.

"Kegagalannya diakui sendiri oleh Pengerusi SPR. Masyarakat tertanya-tanya, adakah benar kerajaan hari ini berkuasa atas mandat yang palsu?" soal beliau.

Justeru, katanya, tidak ada penyelesaian yang paling sesuai melainkan Pengerusi SPR dan para pegawainya wajib meletakkan jawatan, "suruhanjaya bebas perlu dibentuk menyiasat keraguan yang timbul dan pilihanraya semula wajib diadalan di kawasan-kawasan yang bermasalah."

Pelbagai laporan polis telah dibuat ekoran dakwat kekal yang tidak kekal digunakan oleh SPR dalam pilihan raya umum ke 13 lalu.

Calon PAS Arau yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din antara yang paling awal membuat laporan polis. Beliau hadir sendiri ke Pajabat SPR Perlis di Kangar pada hari mengundi bagi melaporkan pengalaman peribadi beliau dan turut membuat laporan polis. -HD




Kemuka bukti dalam petisyen sebelum minta letak jawatan


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf meminta pembangkang mengemukakan bukti dalam petisyen berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu, jika mahu mendesak kepimpinan suruhanjaya meletakkan jawatan.

"Seluruh anggota SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan pihak berkenaan. Saya menerima banyak panggilan telefon untuk saya tidak tunduk dengan desakan itu.

"Apa salah kita? Seluruh dunia akan ketawa jika kita tunduk hanya sebab desakan itu.

"Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan," katanya dalam Sinar Harian dipetik.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai tuntutan Black 505 yang mendesak supaya anggota SPR meletakkan jawatan dalam tembual eksklusif dengan akhbar itu yang disiarkan hari ini.

Pembangkang sebelum ini mendesak supaya anggota SPR meletakkan jawatan, mengadakan pemilihan baru terhadap 30 kawasan Parlimen dan merangka semula persempadanan semula selepas SPR yang baru dilantik.

Dalam temubual itu juga, Abdul Aziz berkata anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong serta jawatan seseorang anggota SPR akan terhenti apabila umur mencapai 66 tahun atau anggota itu meletakkan jawatan dengan rela hati.

Katanya, seseorang anggota SPR hanya boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang melalui suatu perintah oleh Yang diPertuan Agong jika anggota itu bankrap atau terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar atau menjadi mana-mana ahli Majlis Parlimen atau DUN.

"Selain itu, perlucutan jawatan itu juga boleh dibuat melalui satu tribunal mengikut cara yang sama untuk memecat Hakim Negara.

"Bagaimanapun, jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan," katanya lagi.
- MK


Ulasan GB

Pengerusi SPR berkata:

"Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan,"


Hello Tan Sri, jika dibuktikan nanti di dalam mahkamah bahawa SPR telah melakukan banyak kesilapan, pembohongan, salahlaku dan sebagainya, kamu bukan sahaja perlu meletakkan jawatan, malah perlu sangat didakwa semula dan kemudian dihukum penjara seperti yang berlaku di Thailand.

Baca di sini: SPR Letak Jawatan Tak Memadai, Kena Penjarakan Macam Di Thailand Ini!

Otak Pelajar Tahfiz, 'Segar' Seperti Hidup Sekalipun Seluruh Badannya Rentung

Posted: 16 Jun 2013 11:45 PM PDT


Tikam Batu – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu. Foto: thestar

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.

Barang rakan lain musnah

Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.

"Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak," katanya.

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

Anuar menunjukkan almari Aiman yang tidak terjejas dalam kebakaran.

"Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.

"Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi," katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

"Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam)," katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

"Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup," katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

Tidak jejas ambilan pelajar

Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

"Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar," katanya.

Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.

"Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah," katanya.

Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu. -SH

Ulasan GB

Itulah tanda mukjizat ayat Al-Quran yang merupakan Kalamullah. Al-fatihah untuk Allahyarham adik Aiman....

Selesaikan Dahulu Penipuan Pilihanraya, Baru Cakap Soal Perdamaian Nasional - Anwar

Posted: 16 Jun 2013 08:05 PM PDT


Putrajaya mesti menyelesaikan isu penipuan pilihan raya dalam Pilihan Raya 2013 sebelum bercakap soal perdamaian nasional dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang itu mengatakan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengusulkan perdamaian nasional kekal sebagai cakap kosong sekiranya tiada apa dilakukan untuk menyelesaikan penipuan, kecurangan dan salah tadbir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 5 Mei.

"Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius," katanya kepada pemberita di Jakarta pagi ini, seperti dilaporkan oleh Keadilan Daily.

Pemimpin de facto PKR itu berada di ibu kota Indonesia selepas lawatan tiga hari ke negara itu di mana beliau bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Terdapat spekulasi beliau turut akan bertemu Najib yang secara kebetulan berada di Jakarta.

Anwar menafikan terdapat pertemuan dan rancangan untuk pertemuan seperti itu.

"Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu," katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, Jakarta.

The Malaysian Insider difahamkan Najib juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan Yudhoyono yang telah menyatakan kebimbangan berkenaan dengan keputusan pilihan raya Malaysia.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Najib berjaya mempertahankan Putrajaya dengan memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Majoriti BN kurang tujuh berbanding kemenangan Pilihan Raya 2008 di bawah perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam sidang akhbar itu, Anwar mengulangi tuntutan agar perubahan berlaku dalam kepimpinan SPR dan kerajaan membenarkan perhimpunan Black 505 di Padang Merbok Sabtu depan yang mahukan tuntutan sama.

"Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu," kata Anwar menggunakan bahasa Indonesia menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, walaupun terdapat amaran ianya adalah perhimpunan haram.

Pemimpin PKR itu turut menyelar kerajaan berhubung penangkapan 15 peserta 'flashmob' Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo di ibu kota Malaysia semalam.

Katanya, tangkapan tidak ubah seperti suasana sebelum merdeka apabila pengedaran risalah dianggap sebagai kesalahan.

"Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa," katanya. - TMI


Sambutan hormat Anwar di Jakarta bertemu Presiden SBY


Poster size GERGASI menyambut ketibaan DSAI dan Kak Wan sempena bertemuan dgn Presiden Indonesia SBY di Jakarta.

Dari rakaman gambar diatas amat jelas bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah mendapat penghormatan negara apabila melakukan kunjungan ke Indonesia walaupun dinegara ini beliau sering dilemparkan dengan pelbagai fitnah.

Kehadiran beliau dengan DSWA ke Indonesia adalah atas kapisitinya sebagai Ketua Pembangkang kalau sebagai Ketua Kerajaan, sudah pasti sambutan lagi hebat diberikan. Tulis blogger Omakkau.


JAKARTA, 16 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

"Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius," katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.

Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.

"SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.

"Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu," kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.

Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta 'flashmob' Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.

Katanya, tangkapan terhadap peserta 'flashmob' yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.

"Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa," katanya

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.

"Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu," tegasnya.

Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.
- Malaysiandigest

Sultan Kelantan Gesa Pusat Selesai Bayaran Tunai Royalti Ikut Perjanjian!

Posted: 16 Jun 2013 05:15 PM PDT


Isu Tuntutan Bayaran Tunai Royalti Petroleum Negeri Kelantan... Hari ini Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang kita sayangi bertitah lagi...

Petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V

Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013

BETA MENYARANKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKERJASAMA DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR DAN ULTILITI DI NEGERI INI. ANTARANYA PEMBINAAN 'CENTRAL SPINE ROAD', LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU-KUALA KRAI DAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR.

BETA JUGA BERHARAP SUPAYA PENYELESAIAN ISU TUNTUTAN BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM DAPAT DISELESAIKAN MENGIKUT PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI.



Sumber: pkrl

Ulasan GB

Kepada UMNO BN, jangan derhaka terhadap titah Sultan!

Tahanan Polis Mati Kerana Membunuh Diri?

Posted: 16 Jun 2013 07:40 AM PDT


Putrajaya: Kematian tahanan ketika berada dalam lokap polis bukan semata-mata disebabkan kesilapan atau kecuaian anggota polis, namun ada kemungkinan tahanan terbabit berniat membunuh diri, termasuk menghantukkan kepala ke dinding akibat tekanan emosi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, ketika di dalam lokap, tahanan menghadapi tekanan dari dalam dan luar sehingga boleh menjejaskan emosi dan mendorong mereka melakukan tindakan sedemikian.

"Kita tidak boleh melihat keadaan itu (membunuh diri) tidak boleh berlaku kerana mereka yang ditahan mempunyai emosi, kita tahan dan letak di dalam lokap untuk memastikan dia tak melakukan sesuatu perbuatan membatasi undang-undang.

"Jadi kematian itu kadangkala bukan daripada kesilapan atau kecuaian anggota polis, ada penyebab sesuatu kematian dalam lokap.

"(Justeru) kita merangka strategi berdasarkan peraturan sedia ada dan memperbaiki kelemahan daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkenaan untuk memastikan perkara itu (kematian dalam tahanan) dapat dikurangkan.

"Kita tak boleh menyalahkan (polis), kalau orang berkenaan (tahanan) ingin membunuh diri dalam lokap seperti menghantuk kepala ke dinding, kita tak boleh menahannya (tetapi) kita cuba sedaya upaya kalau boleh dapat mengurangkan perbuatan sedemikian untuk memastikan lokap selamat digunakan," katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media sebelum menghadiri Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek (PIIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. -HM

Ulasan GB

Alasan tahanan mungkin "membunuh diri" adalah sesuatu tuduhan yang berat oleh Timbalan KPN.

Sudah adakah siasatan yang dilakukan untuk membuktikannya? Jika belum ada siasatan bagaimana TImbalan KPN begitu mudah mengeluarkan alasan sedemikian rupa? Apakah ia semata-mata untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh pihak polis?

Kedua, Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pernah menytakan satu ketika dulu bahawa DS Anwar Ibrahim yang cedera sewaktu di dalam lokap juga dikatakan memukul dirinya sendiri sehingga lebam matanya.

Tetapi akhirnya terbukti di mahkamah, bahawa alasan bekas PM itu karut dan didapati yang memukulnya ialah bekas KPN ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Justeru itu alasan yang dikemukakan oleh Timbalan KPN adalah karut dan tidak dapat diterima.

[KISAH MASYARAKAT] Cikgu Terlampau 'Ratah' Pelajar

Posted: 16 Jun 2013 05:10 AM PDT

Sabak Bernam – Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di sebuah bilik rumahnya, di Sungai Besar, di sini, Khamis lalu. Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berusia 34 tahun itu menghantar mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah ke sebuah klinik kesihatan.

Menurutnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu menaiki kereta suspek ke klinik itu untuk menghantar sample kahak kerana dipercayai menghidap penyakit tibi.

"Suspek memberhentikan kereta di hadapan klinik kesihatan itu dan mangsa turun kereta untuk menghantar sample kahak tersebut ke makmal klinik terbabit.

"Setelah selesai menghantar sample, mangsa terus kembali ke kereta gurunya itu dan kemudian suspek sempat bertanya kepada mangsa hendak ke mana, sebelum terus memandu kereta menuju ke rumahnya," katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik mangsa tiba di rumah, suspek terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik belakang rumahnya sebelum memaksa mangsa yang berdiri di hujung katil berdekatan pintu duduk di atas katil.

"Suspek cuba memancing mangsa dengan memaksa mangsa menonton video lucah sebelum bertindak merogolnya. Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mampu berdiam diri dan merelakan perbuatan gurunya itu," katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah keesokannya itu mengadu perbuatan suspek kepada guru kaunseling sebelum pihak sekolah menghubungi penjaga mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tujuan pemeriksaan lanjut," katanya.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah berjaya menahan guru itu di hadapan sekolahnya kira-kira jam 3.40 petang kelmarin.

"Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut," katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Ulasan GB

Kes-kes sebegini kerap berlaku. Keadaan tersebut dapat dielakkan jika guru perempuan yang membawa pelajar itu ke klinik atau panggil saja ambulan untuk datang ke sekolah.

Tiada ulasan: