Jumaat, 14 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] MB Kelantan: Gelombang Anak Muda Dalam Black 505 Takutkan BN

Posted: 14 Jun 2013 01:20 AM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kebangkitan anak muda dalam siri-siri himpunan 'Black 505′ adalah simbol bantahan rakyat yang menakutkan Umno-BN.

"Kebangkitan anak muda telah merubah, telah memberi satu keadaan yang menakutkan Umno-BN," katanya di hadapan lebih 15,000 hadirin di himpunan 'Black 505′ Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh, kelmarin.

Katanya, golongan muda yang sentiasa peka dengan perkembangan semasa tidak mudah ditipu sekaligus berperanan sebagai ejen penyebaran maklumat.

Malah, dalam banyak laporan penyelewengan dan salah laku pilihan raya umum ke-13, golongan muda paling ke hadapan dan berani membuat pendedahan.

"Kebangkitan ini memberi satu amaran kepada sesiapa yang berkuasa bahawa penipuan adalah sesuatu yang tidak disukai oleh sesiapa pun," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan itu.

Dalam pada itu, Ahmad menyangkal dakwaan Umno-BN yang menuduh himpunan anjuran Pakatan Rakyat sebagai radikal dan tidak menggambarkan citra kehidupan umat Islam.

"Islam adalah agama untuk kita berkumpul. Kita hadir di padang Arafah, kita berkumpul hari raya dua kali setahun, kita berkumpul.

"Solat Jumaat sekali seminggu dan kita berkumpul solat jemaah lima kali sehari, ini syiar dalam Islam, ini cara Islam.

"Cara kita nyatakan perasaan bila ditipu dan tidak diberi keadilan, kita lahirkan rasa tidak puas hati kita kepada ketidakadilan itu," katanya. -JD



Warga Emas Ini Masih Hidup Walau Leher Hampir Putus Ditetak Perompak

Posted: 13 Jun 2013 11:10 PM PDT


Menurut mangsa rompakan seorang warga emas, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumahnya, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

[VIDEO & GAMBAR] Antenna Di Menara UMNO Pulau Pinang Tumbang, 9 Cedera

Posted: 13 Jun 2013 08:33 PM PDT


Rakaman bangunan UMNO dulu dan sekarang selepas pemancar telekomunikasi di bangunan tersebut tumbang

Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.

"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.





Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai

Posted: 13 Jun 2013 04:31 PM PDT


Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K Lingam berhubung pelantikan hakim.

Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila beliau didapati bersekongkol merosakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terbongkarnya rahsia besar sepertimana pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendapati beliau berkonspirasi mengatur pelantikan hakim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pendedahan RCI pada 2008 jelas menunjukkan bahawa menteri baru yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi satu misteri.

"Saya hairan mengapa pemimpin seperti itu dilantik sebagai menteri kerana ia boleh dipertikaikan.

"Tengku Adnan sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini berjanji akan "melindungi, memelihara dan mempertahankan" Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau sendiri memusnahkan kredibiliti institusi keadilan negara," katanya.

Justeru itu, katanya, pelantikan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pemimpin berkarisma dan lebih baik.

"Ini membuktikan segala pembaharuan yang didakwa Najib tidak akan ke mana. Malaysia tidak akan mampu mengeluarkan dirinya daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa selagi orang seperti itu, yang jelas merosakkan perlembagaan dilantik ke jawatan menteri," katanya.

Pada September 2007, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebocoran rakaman perbualan telefon selama lapan minit VK Lingam dengan seorang hakim kanan membincangkan konspirasi jahat untuk menetapkan pelantikan hakim kanan dalam badan kehakiman Malaysia.

Dalam rakaman selama lapan minit itu, nama Tengku Adnan disebut tidak kurang daripada 11 kali.-Roketkini

[VIDEO] Inilah Video Zahid Memberi Rasuah Yang Dimaksudkan Rafizi

Posted: 13 Jun 2013 06:15 AM PDT


PPKR sasar batalkan kemenangan Zahid dengan bukti video rasuah

PETALING JAYA, 12 Jun — PKR berusaha untuk membatalkan kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) di Bagan Datoh pada dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi oleh menteri tersebut, kata pemimpin parti hari ini.

Ketiga-tiga video tersebut yang boleh didapati di internet, kononnya menunjukkan Menteri Dalam Negeri tersebut mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang dan 5kg beras dengan "pelekat" untuk diberikan kepada pekerja kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Klip tersebut merupakan bukti utama ke atas kedua-dua petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan pilihan raya di Bagan Datoh yang menyaksikan Zahid menewaskan calon PKR Madhi Hassan dengan majoriti tipis 2,108 undi.

"Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.

"Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini.

Dalam salah satu video yang boleh didapati laman perkongsian video popular Youtube, Ahmad Zahid dilihat "melantik" pengundi yang beliau label sebagai penyokong "BN tegar"di dalam dewan semasa tempoh kempen Pilihan Raya 2013 bulan April lalu.

Semasa berucap kepada penyokongnya itu, naib presiden Umno itu berkata: "Tidak ada keperluan untuk membeli beras Anda tidak perlu untuk membeli beras, BN akan memberinya kerana anda adalah pekerja parti".


Dalam satu video yang lain, Ahmad Zahid sekali lagi dilihat bercakap mengulangi ucapannya itu, tetapi kali ini menafikan tindakan memberi wang dan beras kepada pengundi adalah satu bentuk rasuah.

"Mereka mengatakan bahawa kita memberi wang dan beras dan itu adalah rasuah. Kami memberi kerana kita telah melantik mereka sebagai jentera, kerana mereka adalah jentera BN. Adakah itu rasuah?" Katanya.

Menurut Edmund Bon, peguam yang mengetuai tindakan mahkamah terhadap Menteri Dalam Negeri tersebut, menyifatkan perbuatan itu jelas satu bentuk rasuah dan melanggar Akta Pilihan Raya.

"Ini sudah menjadi bukti kukuh untuk membatalkan keputusan pilihan raya," kata Bon dalam sidang akhbar yang sama.

Dalam petisyen kedua yang telah difailkan seorang pengundi bernama Azmi Sulaiman, beliau membuat petisyen bagi membatalkan keputusan dengan memetik Seksyen 19 dan 21 Akta Pilihan Raya yang melarang calon daripada menggunakan sejumlah pekerja kempen.

Pengakuan Ahmad Zahid yang mengatakan parti telah melantik 23,000 pekerja kempen didakwa oleh beliau telah melanggar dua undang-undang.

Kedua-dua petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini dan ia adalah antara antara 35 petisyen lain yang difailkan oleh pembangkang dalam usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya di 24 kerusi parlimen dan 10 kerusi negeri.


Walaubagaimanapun, pemimpin pembangkang tersebut mengakui bantahan yang terbesar dalam sejarah pilihan raya di Malaysia mungkin akan menjadi sia-sia.

"Secara umumnya, undang-undang tidak menyebelahi pihak yang membuat petisyen," kata Bon sambil menambah banyak petisyen tidak mungkin dapat melalui perbicaraan penuh kerana ianya akan ditolak atas alasan teknikal.

Pemimpin-pemimpin PR mendakwa Pilihan Raya 2013 keputusan adalah telah dirancang untuk memihak kepada BN.

Rancangan seterusnya adalah mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah, yang mungkin merupakan tindakan sivil terbesar terhadap pengendali pilihan raya dalam sejarah Malaysia, pembangkang juga telah menggerakkan "Black 505" dan menganjurkan beberapa perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk meningkatkan tekanan pembaharuan dalam pilihan raya.

Sejurus selepas pilihan raya 5 Mei 5, pasukan PKR #siasatPRU13 membuat satu siri pendedahan mengenai apa yang didakwanya bukti penipuan pilihan raya.

Langkah tersebut dilihat bertujuan memberi tekanan kepada Putrajaya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya, bermula dengan menambah baik SPR.

Namun, SPR telah menafikan dakwaan tersebut.

Rafizi juga berkata, PR akan meneruskan bantahan sehingga semua syarat bagi pembaharuan pilihan raya dipenuhi walaupun terdapat segelintir pemimpin pembangkang berkata sebaliknya dan mahu "pandang ke depan" dan melawan melalui saluran lain. -TMI





Tiada ulasan: