Kelab Greenboc |
- Harun Taib Tidak Faham Politik — Mohd Sayuti Omar
- Najib Goyang, Ahli Parlimen Sabah & Sarawak Jumpa Ku Li
- Prof Mohammad Agus: SPR Gagal!
- [VIDEO] PR Kemuka 25 Petisyen Parlimen (PKR 18 PAS 4 DAP 2)
- [BONGKAR] Zahid Hamidi Langgar Had RM200,000 Berkempen PREU13
- Dulu Desak K'jaan PR Tutup... Sekarang Dah Ada Kuasa, TUTUPLAH!!!
Harun Taib Tidak Faham Politik — Mohd Sayuti Omar Posted: 11 Jun 2013 01:10 AM PDT Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas. Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505. Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur. Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus. Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham? Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya. Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah. Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa. Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti. Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional. Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. -msomelayu |
Najib Goyang, Ahli Parlimen Sabah & Sarawak Jumpa Ku Li Posted: 10 Jun 2013 11:00 PM PDT Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13 KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. "Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. "Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. "Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya," tambah beliau. Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang", dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. "Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. "Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa," tambah sumber tersebut. Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. "Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, "katanya. |
Prof Mohammad Agus: SPR Gagal! Posted: 10 Jun 2013 08:01 PM PDT Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu. "Pada saya SPR gagal," tulis beliau di Facebook. Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013. Berikut ialah tulis penuh beliau. Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal. Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini. Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada! Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian: (i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan; (ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003. Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut: (i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan, (ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang. Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa. -HD |
[VIDEO] PR Kemuka 25 Petisyen Parlimen (PKR 18 PAS 4 DAP 2) Posted: 10 Jun 2013 04:31 PM PDT Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP. "Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya. Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya. Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara. Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR. Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal. Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR. Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. "Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi. Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen: Difailkan oleh PKR 1. P014 Merbok 2. P018 Kulim Bandar Baru 3. P026 Ketereh 4. P029 Machang 5. P053 Balik Pulau 6. P072 Tapah 7. P075 Bagan Datok 8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000) 9. P092 Sabak Bernam 10. P118 Setiawangsa 11. P140 Segamat 12. P144 Ledang 13. P146 Muar 14. P158 Tebrau 15. P159 Pasir Gudang 16. P168 Kota Marudu 17. P177 Beaufort 18. P182 Pensiangan 19. P220 Baram Difailkan oleh PAS 1. P093 Sungai Besar 2. P096 Kuala Selangor 3. P119 Titiwangsa 4. P161 Pulai Difailkan oleh DAP 1. P078 Cameron Highlands 2. P142 Labis |
[BONGKAR] Zahid Hamidi Langgar Had RM200,000 Berkempen PREU13 Posted: 10 Jun 2013 08:30 AM PDT MMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR. Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000. Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini. Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini. PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen. Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. -mk
|
Dulu Desak K'jaan PR Tutup... Sekarang Dah Ada Kuasa, TUTUPLAH!!! Posted: 10 Jun 2013 04:45 AM PDT Harap-harap Melayu tak mudah lupa bila Pengerusi UMNO Kedah Datuk Md Bashah Mat Hanipah buat sidang media khas membantah kewujudan pusat hiburan House Bar, Jalan Alor Mengkudu. UMNO mendesak supaya kerajaan PR Kedah menutup pusat hiburan tersebut. Sekarang UMNO dah ada kuasa, so nak tunggu apa lagi pi tutuplah! Jangan dok bagi banyak alasan kerajaan UMNO Kedah hoiii. Bagaimanapun rakyat Kedah bagi masa kepada UMNO Kedah untuk melaksanakan kerja penutupan semua pusat hiburan tu dalam masa 100 hari seperti yang mereka janjikan sewaktu kempen PRU lalu. Kalau lepas 100 hari depa tak tutup jugak, maka kita turun buat demo depan Wisma Darul Aman. Kita ajak sekali Cot Salihiah, Sobri Sudin dan Mursyid Pekida... amacam, boleh? - Kedah La |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan