kalam Perantau |
Analisa PRU13; Persaingan BN vs PR lebih hebat dan meluas (Bahagian Pertama) Posted: 10 Jun 2013 05:46 PM PDT Oleh: Shuhaimi Al-Maniri Kita telah pun mengetahui keputusan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5hb Mei lepas dan telah diwartakan pada 22hb Mei. Buat pertama kali, BN hilang undi popular semenjak tahun 1969 walaupun masih kekal memerintah negara. BN mengekalkan kuasa untuk mentadbir negara selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen. PR berjaya menambahkan tujuh kerusi menjadikannya 89. Setelah selesai PRU-13 yang menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PR, marilah menganalisa keputusan Pilihanraya yang ke-13 ini. Sebagaimana dijangkakan persaingan lebih hebat dan meluas dalam PRU13 berbanding dengan PRU12. Jika pada PRU ke-12 sebelum ini hanya mencatatkan 76 peratus (8.0 juta) sahaja keluar mengundi tetapi peratus keluar mengundi PRU ke13 kali ini adalah paling tinggi dalam sejarah PRU, iaitu 80 peratus (10.4 juta) dengan undi popular BN 47 peratus (5.2 juta) ketinggalan berbanding dengan PR sebanyak 51 peratus (5.5 juta). Pembangkang walaupun kalah, namun mereka telah menjadi pembangkang yang lebih kuat daripada sebelum ini. Berbanding (jadual 1 – di lampirkan) dengan PRU ke-12, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS telah berjaya meningkat 7 kerusi dari 82 kepada 89. DAP berjaya menambah 10 lagi kerusi parlimen pada PRU 13 ini manakala PAS dan PKR bukan sahaja gagal untuk menambah kerusi, malah hilang pula kerusi yang sedia ada. PAS daripada 23 kerusi parlimen pada PRU12 kini hilang 2 kerusi menjadi 21 kerusi sahaja. Manakala PKR pula daripada 31 kerusi parlimen kini menjadi 30 kerusi setelah hilang 1 kerusi pada PRU13 ini. Berikut (jadual 2 – dilampirkan) ini adalah keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri; Perlis (3): BN (3); Kedah (15): BN (10), PKR (4), Pas (1); Kelantan (14): BN (5), Pas (9); Terengganu (8): BN (4), Pas (4); Pulau Pinang (13): BN (3), DAP (7), PKR (3); Perak (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2); Pahang (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1); Selangor (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4); WP Kuala Lumpur (11): BN (2), DAP (5), PKR (4); WP Putrajaya (1): BN (1); WP Labuan (1): BN (1); Negeri Sembilan (8): BN (5), DAP (2), PKR (1); Melaka (6): BN (4), DAP (1), PKR (1); Johor (26): BN (21), DAP (4), PKR (1); Sabah (25): BN (22), DAP (2), PKR (1); Sarawak (31): BN (25), DAP (5), PKR (1). Di peringkat negeri pula, Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan mereka di Pulau Pinang dan Selangor dengan mendapat majoriti 2/3, begitu juga di Kelantan walaupun merosot sedikit. BN berjaya merampas semula Kedah dan mengekalkan Perak dengan majoriti mudah. Begitu juga di Terengganu dan Negeri Sembilan, BN gagal menang dengan majoriti 2/3. Sungguhpun BN berjaya memenangi semula Kedah dan Perak (sebelum BN merampas kembali Perak pada Februari 2009 melalui pintu belakang), tetapi jumlah keseluruhan 505 DUN, BN kehilangan 71 kerusi lagi kepada pembangkang atau bebas dengan hanya memperolehi 271 (berbanding 344) dan PR mendapat 230 (berbanding 161) pada PRU12 pada Mac 2008. Berikut jadual 3 (di lampirkan) keputusan penuh bagi 505 kerusi DUN yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri; Perlis (15): BN (13), PAS (1), PKR (1); Kedah (36): BN (21), PAS (9), PKR (4), DAP (2); Kelantan (45): PAS (32), PKR (1), BN (12); Terengganu (32): BN (17), Pas (14), PKR (1); Pulau Pinang (40): BN (10), DAP (19), PKR (10), PAS (1); Perak (59): BN (31), DAP (18), PKR (5), Pas (5); Pahang (42): BN (30), PKR (2), DAP (7), Pas (3); Selangor (56): BN (12), PKR (14), DAP (15), Pas (15); WP Kuala Lumpur (-); WP Putrajaya (-), WP Labuan (-); Negeri Sembilan (36): BN (22), DAP (11), PKR (3); Melaka (28): BN (21), DAP (6), PAS (1); Johor (56): BN (38), DAP (13), PAS(4),PKR (1); Sabah (60): BN (48), DAP (4), PKR (7), STAR (1); Sarawak : kerusi DUN telah dipertandingkan secara berasingan. Didapati 21 kerusi yang dirampas Pakatan Rakyat dan BN tetapi 15 kerusi pula yang Barisan Nasional rampas dari Pakatan Rakyat. Senarai Kerusi dirampas Pakatan Pakatan adalah; 1) Stampin (DAP); 2) Sarikei (DAP); 3) Lanang (DAP); 4) Kluang (DAP); 5) Kampar (DAP); 6) Miri (PKR); 7) Lumut (PKR); 8) Gelang Patah (DAP); 9) Sandakan (DAP); 10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam pilihanraya kecil 2010); 11) Tuaran (PKR); 12) Penampang (PKR); 13) Bukit Katil (PKR); 14) Temerloh (PAS); 15) Alor Setar (PKR); (16) Pandan (PKR); 17) Kuala Terengganu (PAS); 18) Dungun (PAS); 19) Batu Pahat (PKR); 20) Kuala Nerus (PAS); 21) Sepang (PAS) Manakala Kerusi dirampas BN pula adalah; 1) Titiwangsa (PAS); 2) Kuala Selangor (PAS); 3) Pendang (PAS) 4) Balik Pulau (PKR); 5) Bagan Serai (PKR); 6) Kulim-Bandar Baru (PKR); 7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010); 8) Padang Terap (PAS); 9) Jerai (PAS); 10) Sik (PAS) 11) Merbok (PKR); 12) Baling (PAS); 13) Machang (PKR); 14) Ketereh (PKR); 15) Tanah Merah (PKR) Berikut adalah analisis kerusi parlimen dan dun yang dimenangi oleh BN atau PR dibawah majoriti kurang dari 1000 undi majoriti seperti berikut; Perlis – 5 kerusi: BN (4), PR (1); Kedah – 5 kerusi: BN (3), PR (2); Pulau Pinang – 6 kerusi: BN (6); Perak – 11 kerusi: BN (8), PR (3); Selangor – 7 kerusi: BN (3), PR (4); WP Kuala Lumpur – 1kerusi: BN (1); Negeri Sembilan – 4 kerusi: BN (3), PR (1); Melaka – 3 kerusi: BN (2), PR (1); Johor – 4 kerusi: BN (4); Kelantan – 16 kerusi: BN (7), PR (9); Terengganu – 13 kerusi: BN (4), PR (9); Pahang – 8 kerusi: BN (6), PR (2); Sabah – 12 kerusi: BN (7), PR (5); dan Sarawak – 2 kerusi: BN (1); PR (1); Kerusi Barisan Nasional Pada PRU ke13 ini, parti-parti BN berasaskan kaum Cina telah mengalami kekalahan yang teruk setelah kehilangan kerusi di kawasan majoriti kaum Cina. Pada ketika ini, parti-parti berasaskan kaum Cina BN hampir runtuh, manakala kaum tersebut tidak lagi menganggap parti-parti komponen itu sebagai wakil dalam politik Malaysia. Barisan Nasional bersifat perkauman – Cina mula serik dengan politik perkauman. Ia menunjukkan bahawa pengundi Cina telah membuat pilihan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN, satu tamparan yang yang menambah sulitkan parti MCA dan Gerakan. Di dalam BN, MCA yang mewakili kaum Cina diberi 37 kerusi parlimen, namun yang menang hanya 7. Begitu juga dengan MIC, hanya menang 4 kerusi daripada 9 serta GERAKAN yang hanya memenangi 1 kerusi parlimen daripada 11. Sebahagiannya pula menang di kerusi majoriti melayu/Islam. Penganalisa politik UMNO pula membidas yang MCA dan Gerakan tidak bekerja untuk PRU ini, apakah benar kenyataan ini. Lihat bukti ini, Kerusi kawasan Melayu tapi BN (MCA/Gerakan ) yang menang sebagai contoh; 1. PARLIMEN Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN); 2. PARLIMEN Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN); 3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS) Kalah vs Tsen Tsau Lin (BN); 4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN); 5. DUN Cheka (M69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN); 6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso(BN); 7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN); 8. DUN Pemanis (M-56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN); 9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN); 10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN); 11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN); 12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN);13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN) Selain menganalisa undi Cina, mari kita analisa undi Melayu pula. Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013. Realitinya, kemenangan pilihan raya BN diperoleh hasil dua cara, iaitu melalui parti BN yang menang dikawasan majoriti tradisional Melayu di Semenanjung dan melalui parti-parti komponen BN yang mendapat kerusi majoriti di Sarawak dan Sabah. Kebanyakan yang masih menyokong BN adalah terdiri dari pengundi melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dimana BN memenangi 22 kerusi parlimen dari 25 yang dipertandingkan di Sabah dan 25 dari 31 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN untuk 2 negeri "deposit BN" ini adalah 47, mewakili 35% dari keseluruhan kerusi Parlimen yang dimenangi BN. Kalau dilihat dalam konteks PRU13, negeri-negeri seperti Johor, Pahang, dan Melaka, masih majoriti pengundi melayu berpihak kepada BN dan untuk negeri-negeri lain di Semenanjung, peratusan kaum melayu menjadi 50:50 di antara BN dan Pakatan Rakyat. (Disiarkan Harakah Bil 1848 / 31Mei – 2 Jun) |
You are subscribed to email updates from kalam Perantau To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan