Sabtu, 15 Jun 2013

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Coretan Masa Cuti Sekolah

Posted: 15 Jun 2013 11:05 AM PDT

Assalamualaikum .. 

 Apa Khabar buat readers sekalian? saya doakan antum sekalian dalam sihat walafiat hendaknya.Cuti Sekolah yang lepas banyak meninggalkan kenangan buat diri saya sekeluarga almaklum banyak aktiviti yang dijalankan bersama-sama dengan keluarga tersayang. Minggu pertama cuti dah berada di Kuala Lumpur , menghadiri majlis perkahwinan adik sepupu yang rasanya dah lama juga tak dikunjungi. 

Tapi ala kulli hal segalanya berjalan lancar dengan sempurnanya. Tak cukup dengan itu, saya bersama-sama rakan yang lain dan isteri yang tersayang telah menghadiri satu majlis yang rasanya inilah kali pertama baru merasa masuk hotel 5 bintang. Majlis meraikan penjawat awam khususnya guru yang telah memberikan khidmat yang cemerlang dalam perkhidmatan. Alhamdulillah, nama saya turut tercalon untuk menerima anugerah tersebut.Dalam majlis tersebut diberikan sijil penghargaan atas khidmat yang telah diberikan.

Penyampaian sijil telah disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dato' Supaat bin Tumin dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM, Tuan Haji Rosland. Terima Kasih atas penyampaian sijil tersebut. Bukan nak berbangga atau menunjuk-nunjuk tetapi sekadar untuk melahirkan rasa bersemangat untuk teruskan perjuangan mendidik anak bangsa sehingga berjaya bukan setakat didunia sahaja bahkan diakhirat nanti.

Kembali Beraksi

Posted: 15 Jun 2013 08:23 AM PDT

Assalamualaikum .. 

Rasanya dah terlalu lama tak menjengahkan entry dalam blog usang ini dan rasanya dah sampai masa untuk kembali beraksi dengan semangat dan paparan yang baru berkaitan aktiviti-aktiviti yang disertai dan diikuti baik dari aspek pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan. Insha Allah saya akan cuba mengaktifkan kembali blog yang rasanya dah lama saya wujudkan ini. Buat semua rakan- rakan seperjuangan yang dah lama aktif , insha Allah, persahabatan dan ukhuwah yang terjalin sekian lama tak mungkin putus melainkan hamba dipanggil kembali menemui Yang Maha Pencipta. 

Tiada ulasan: