edyesdotcom |
BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14 [Wajib Baca] Posted: 11 Jun 2013 10:09 PM PDT Tulisan Terbuka 12 Jun 2013 BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14 Masih teringat kelazatan minuman B10 di kafe strawberry minggu lalu dan masih juga terngiang-ngiang gelak bahak Abg Mat ketika itu menjamah beberapa cucuk satay dan cendawan goreng. Beliau tidak dapat sembunyikan perasaan lucu apabila mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan satu post mortem mengengai pilihanraya. Saya bertanya, apakah sudah terlalu lewat untuk kaji selidik dan bedah siasat bagi PRU-13? Lalu Abang Mat menjawab, post mortem yang akan dibentangkan itu bukanlah untuk PRU-13 tetapi untuk PRU-14, bedah siasat yang menunjukkan bagaimana gerakan hebat reformasi 1998 yang digemakan semula pada tsunami 2008 akan berkubur pada 2018 di medan PRU-14. Seraya itu Abg Mat menyambung gelak bahaknya hah hah hah! Memang seram bila memikirkan perihal yang disebut oleh Abg Mat, tetapi lebih seram bila ada pihak yang minta supaya rakyat jangan gopoh dan terus bersabar. Mujurlah pihak yang redho menerima kekalahan PRU-13 seadanya sangat minima. Selebihnya majoriti besar rakyat mahukan sesuatu dilakukan dengan berani. Rakyat berani turun jalanraya pada 22 Jun nanti manakala Ahli Parlimen yang berani pula bersatu memulaukan majlis angkat sumpah pada 24 Jun 2013 dan bersama dengan rakyat di luar pintu parlimen pada hari tersebut. Keberanian dari pihak rakyat dan pihak pemimpin khususnya ahli parlimen harus ditonjolkan secara maksima. Semua pihak wajib bangkit dan lawan penipuan yang sudah berlaku pada PRU-13 dan terus berlaku bagi mengekalkan kerajaan legasi penjajah. SPR harus segera letak jawatan dan jangan sesekali mimpikan aksi persempadanan semula. Hari ini terbaca dari dinding muka buku seorang sahabat yang melahirkan kekhuatiran akan berlaku satu gabungan baru kerajaan perpaduang di antara Umno dan PAS, dengan helah supaya BN mempunyai majoriti dua per tiga. Namun saya menyanggah dengan beberapa fakta di atas pengetahuan serba sedikit yang diiktiraf di meja kafe strawberry. Saya bukan menyanggah hasrat PAS yang nak bergabung dengan Umno kerana bagi saya ia tidak logik selagi TG Nik Aziz hidup, tetapi saya menyanggah perkara lain. Persempadanan semula boleh berlaku walaupun tanpa majoriti dua per tiga parlimen, yang juga bermakna ia boleh berlaku tanpa gabungan Umno dan PAS. Hanya persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi parlimen sahaja yang memerlukan persetujuan 148 ahli parlimen yang mana BN hanya ada 133 sahaja, tidak cukup. Tetapi untuk Barisan Nasional menang bergaya pada PRU-14 dengan memperolehi semula majoriti dua per tiga tidak memerlukan sokongan dua per tiga parlimen hari ini. Persempadanan semula tanpa pertambahan kerusi parlimen yang mana diperuntukkan boleh berlaku selepas cukup 11 tahun dari persempadanan semula yang lalu, iaitu tahun 2003. Ini bermakna persempadanan semula yang seterusnya ialah pada tahun 2014. Sekarang bab paling penting - Bagaimana Barisan Nasional menang PRU-14 dengan persempadanan semua yang dibenarkan ini? Mudah! Hanya gunakan SPR. Sempadan boleh dialihkan mengikut telunjuk bagi memastikan BN menang. Contohnya di Shah Alam, Khalid Samad menang besar di kawasan sempadan Klang maka dialihkan sempadan supaya majoriti Charles Santiago menjadi 35 ribu pada PRU14 berbanding 24 ribu pada PRU13. Kesannya, Khalid Samad akan tumbang pada PRU-14 dengan 5 ribu undi majoriti. Ini natijah persempadanan semula. Contoh kedua ialah Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah punyai majoriti hampir 2 ribu, menang banyak di kawasan Sentosa dan Brickfield. Persempadanan semula tahun 2014 menyaksikan Sentosa dan Brickfield masuk ke Parlimen Seputeh. Maka akhirnya kita ucap tahniah kepada Teresa Kok kerana mempunyai majoriti terbesar iaitu 65 ribu majoriti manakala Nurul Izzah di Lembah Pantai akan tewas dengan majoriti hampir 10 ribu. Situasi seperti ini boleh berlaku di lebih 30 kerusi Parlimen. Akhirnya Barisan Nasional akan perolehi semula majoriti dua pertiga di atas usaha keras transformer si Najib Razak, iaitu SPR. Persempadanan semula ini juga bakal menyaksikan BN hanya perlu 30% undi popular untuk terus memerintah negara ini. Maka selamat tinggal Reformasi 1999 dan selamat tinggal juga Tsunami 2008 sekiranya kita hari ini di tahun 2013 yang mengalami #Black505 tidak bangkit memastikan SPR dihumban dan demokrasi kembali ditegakkan. Kalau terus sabar ketika ibu pertiwi dirogol, maka teruslah menjadi bangsa yang dayus. Akhir sekali saya simpulkan, inilah antara faktor mengapa SAMM dan penggerak massa yang lain bertekad untuk lawan penipuan PRU13 habis-habisan, bukan soal PRU14 tetapi PRU13. Kami juga menuntut Ahli Parlimen yang dipilih oleh 51% rakyat supaya menjalankan peranan pelindung rakyat dengan berani dengan tidak mengangkat sumpah pada tarikh 24 Jun 2013, hari lain angkatlah. Ohh lupa nak maklumkan pasal minuman B10 tadi, ia satu minuman yang cukup eksotik - Minuman shake buah markisa. Boleh pesan di kafe strawberry dengan menulis nombor B10 di ruangan minuman. Terima kasih kepada Abang Mat kerana belanja kami minum dan makan satay, terima kasih juga di atas ilham yang dikongsi. Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. EDY NOOR REDUAN Aktivis Blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN [WAJIB BACA] Posted: 11 Jun 2013 07:37 PM PDT FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN 1. Apakah tuntutan Suara Rakyat 505 kepada ahli-ahli Parlimen? Suara Rakyat 505 menuntut ahli-ahli parlimen Pakatan untuk boikot/tidak menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen pada 24th Jun 2013
2. Kenapa? Pertama sekali, ia selari dengan kenyataan PR. Pakatan Rakyat telah menyebut sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu kerana berlaku banyak penipuan. Dalam masa yang sama, lebih dari 35 kerusi yang telah dipetisyenkan . BERSIH juga tidak mengiktiraf Barisan Nasional sebagai kerajaan
Kedua, untuk menarik perhatian media antarabangsa terhadap Malaysia. Ucapara angkat sumpah selalu diberi perhatian meluas oleh media antarabangsa. Kita memerlukan liputan media ini untuk melawan arus media yang bias dan mengingatkan rakyat tentang penipuan pilihanraya. Juga boleh baca kenyataan ini: PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH
3. Adakah MP yang memboikot upacara angkat sumpah akan hilang jawatan mereka sebagai wakil rakyat? Tidak. Sememangnya tidak. Artikel 59 Klausa 2 , Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa , ahli-ahli parlimen mempunyai masa sehingga 6 bulan untuk mengangkat sumpah sebelum kerusinya diisyhtiharkan kosong.
Parlimen "Standing Order" juga menuntut Speaker untuk membantu MP mengangkat sumpah secepat mungkin jika mereka tidak menghadiri sesi pertama. Asasnya, jika mereka tidak hadir pada hari tersebut, hari seterusnya mereka masih boleh dibantu Speaker untuk mengangkat sumpah
Pada 11 June 2013, Naib Presiden PKR Surendran pernah menjelaskan perkara ini:
4. Apakah yang akan terjadi kepada MP PR yang menyertai boikot? Mereka akan terlepas dalam memilih Speaker Dewan.Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua MP PR hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu.
5. Tidakkah BN akan mencuba meluluskan apa-apa sahaja undang-undang dengan ketiadaan MP PR? Ada sesetengah undang-undang yang hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, dan ada yang memerlukan majoriti ⅔ untuk diluluskan.
Untuk undang-undang dengan majoriti mudah,MP BN boleh meluluskannya tanpa kehadiran MP Pakatan. Untuk undang-undang dengan majoriti ⅔ , BN tidak boleh meluluskannya dengan ketiadaan MP Pakatan Rakyat.
Dalam mana-mana situasi, undang-undang baru memerlukan masa berminggu-minggu untuk dibawa ke Parlimen dan didebatkan,dirangka-semula, didebatkan lagi kemudian barulah ia diluluskan.Maka , mustahil bagi Parlimen untuk meluluskan undang-undang dalam masa 24jam. Jadi perkara ini tidak harus dirisaukan.
6. Pernahkah ia dibuat sebelum ini? Ya,perkara ini adalah tindakan wajar yang biasa dilakukan dimana keputusan pilihanraya tidak diterima sebagai sah.
Sebagai contoh, pada tahun 2008, MP Mongolia memboikotsesi pertama Parlimen kerana mereka menganggap pilihanraya dipenuhi banyak penipuan. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7521975.stm Pada tahun 2011, ahli-ahli pembangkang Turkey juga boikot upacara angkat sumpah di Parlimen untuk menunjukkan protes terhadap beberapa MP yang dipenjara oleh Erdogan, yang kini berdepan dengan protes besar-besaran. http://www.euronews.com/2011/06/28/turkish-mps-boycott-swearing-in-of-parliament/
Ada banyak lagi contoh seperti dibawah : Sudan:http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251 Ghana: http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-20929592
7.Dan dalam negara-negara ini, MP tidak kehilangan kerusi mereka? Tidak. Sememangnya tidak.Inilah demokrasi. MP berhak untuk memboikot angkat sumpah kerana ini kebebasan meluahkan pendirian mereka.Ia sama seperti rakyat biasa yang memboikot sebarang acara/surat khabar kerana tidak berpuas hati dengannya. Mereka tidak kehilangan kerusi, malah mendapat liputan media secara meluas dlm masa yang sama menidakkan tuntutan kerajaan.
FAQ ON PARLIAMENT SWEARING IN CEREMONY BOYCOTT 1. What is Suara Rakyat 505 asking Pakatan MPs to do? Suara Rakyat 505 is asking Pakatan MPs to boycott/ not attend the swearing in ceremony of Parliament on 24th June 2013.
2. Why? Firstly, it is consistent with PR's statements. Pakatan Rakyat has stated it does not recognise election results due to massive fraud. At the same time, more than 35 seats are being disputed in election petitions. BERSIH has also not recognised Barisan Nasional as the government.
Secondly, it is so that the international media can focus on Malaysia. The swearing in ceremony is always covered widely by the international media. We need this media coverage to counter the biased mass media coverage and remind people of the fraudulent elections.
3. Will the MPs who boycott the swearing in lose their seats? NO. Absolutely not. Article 59 Clause 2 in the Federal Constitution states that there is a 6 month period for a MP to be sworn in before his seat is declared vacant.
Parliament Standing Orders also compel the Speaker to help MPs be sworn in as soon as possible should they miss the main ceremony. Basically, they miss one day, and the next time they show up the Speaker will help them to be sworn in.
On 11 June 2013, PKR Vice President Surendran clarified the matter:http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-pandikars-threat-unlawful-exposes-blatant-bias
4. What will the PR MPs who boycott miss? They will miss the choosing of the Speaker of the House. However, to choose the Speaker of the House only needs a simple majority, so even if all PR MPs were present, BN who has a simple majority can just go ahead and choose whoever they want anyway.
5. Won't BN try to pass all sorts of laws with Pakatan Rakyat MPs absent? Well, there are certain laws that require a simple majority, while others require a two-thirds majority to pass. This majority is out of the whole parliament.
For the laws with a simple majority, BN MPs can pass them anyway, even with Pakatan MPs. For laws with two-thirds majority, BN cannot pass them without Pakatan MPs being present.
In any case, new laws take weeks to be brought to Parliament, debated, redrafted, debated and then passed. It is impossible to pass a law from start to finish within a few hours/ one day, so this should not be a concern.
6. Has this kind of action been done before? Yes, in fact this kind of action is standard practice in situations where election results are highly disputed.
For example, in 2008 Mongolian MPs boycotted the first session of Parliament because they said the elections were full of fraud. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7521975.stm
In 2011, Turkish opposition members also boycotted the swearing in ceremony of Parliament to protest against certain MPs being jailed by Erdogan, who is now facing massive protests. http://www.euronews.com/2011/06/28/turkish-mps-boycott-swearing-in-of-parliament/
There are a lot more examples, here are a few of them: Sudan: http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251 Ghana: http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-20929592
7. And in these other countries, the MPs didn't lose their seats or anything? No, they did not. That is what democracy is about: an MP has a right to boycott the swearing in as part of his freedom of expression. Just like how ordinary citizen have the right to boycott events/ newspapers etc to show his dissatisfaction. They did not lose their seats but gained worldwide media attention, while not bowing down to demands of the government. #SuaraRakyat505 |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan