Ahad, 9 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Bolehkah Mangsa Curi Reda? – TG Nik Aziz

Posted: 09 Jun 2013 08:30 AM PDT


P/s: Harap-harap Harun Taib dan geng dapat menjawab persoalan ini.


[Video] Penjenayah Mati Ditembak Polis

Posted: 09 Jun 2013 08:06 AM PDT






[HM] KOTA BHARU: Dua penjenayah yang dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas di Jalan Temenggong di sini, pagi tadi terpaksa berputih mata apabila gagal melarikan emas malah salah seorangnya berjaya ditembak mati oleh anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, seorang penjenayah mengacukan pistol kepada kerani kedai emas manakala seorang lagi mengarahkan dia membuka dulang simpanan emas, kata pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 38. 

Katanya, kerani sempat membuka salah satu dulang sebelum penjenayah terbabit dikejutkan dengan kehadiran polis sebelum melarikan diri. 

"Mujur mereka tidak sempat melarikan apa-apa kerana polis tiba dengan cepat. Ini kejadian kali pertama yang berlaku di kedai saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Katanya, suspek yang berasal dari Kampung Gabus, Tok Uban, Pasir Mas berusia 32 tahun ditembak di bahagian paha kiri. 

"Polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri selain mendapatkan gambarnya melalui kamera litar tertutup (CCTV).Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.



Semua Ahli PAS Dikerah Hadiri BLACK505 15 Jun Ini, KECUALI...

Posted: 09 Jun 2013 07:14 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya yang akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun nanti.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui di Ibu Pejabat Agung PAS selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurutnya, keputusan tersebut telah diputuskan di dalam mesyuarat pagi tadi.

"Kita hari ini membuat keputusan untuk mengerahkan ahli-ahli PAS bagi menyertai himpunan aman Black 505 yang akan di adakan pada 15 Jun nanti.

"Kita juga tidak mensasarkan berapa ramai ahli-ahli PAS yang akan hadir tetapi mengharapkan ia akan disertai oleh seberapa ramai yang mungkin sebagai tanda sokongan kita," jelasnya.

Mohamad yang menyatakan kenyataan rasmi dari Presiden PAS akan dikeluarkan melalui blog rasmi dan juga laman web Harakahdaily selepas ini.

"Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat.

"Apa yang kita harapkan ahli-ahli PAS akan turut serta pada himpunan tersebut dan saya sendiri akan hadir pada 15 Jun nanti," sambung beliau.

Dalam pada itu, beliau yang mengulas mengenai kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Merbok dengan menjelaskan perkara tersebut akan diputuskan Jawatankuasa Penganjur.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR esok pada jam 11 pagi berhubung dengan himpunan aman Black 505.


Berkaitan:

Mat Sabu: PAS sertai himpunan 15 Jun

[MK] Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



P/s: ...kecuali Harun Taib dan geng yang reda akan kekalahan dan penipuan PRU13.


Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia

Posted: 09 Jun 2013 05:54 AM PDT



PETALING JAYA: Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.

Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.

Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.

Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.


P/s: Al Fatihah

Lelaki Luah Rasa Hati tentang Isteri Curang dalam Blog

Posted: 08 Jun 2013 08:30 PM PDT


Sekadar hiasan

[HM] Singapura: Akhbar harian utama berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang lelaki mendapati isterinya tidur bersama suami orang dan saling bertukar mesej pesanan ringkas (SMS) yang erotik setiap malam. Kecurangan itu diketahui selepas dia meletakkan alat pengintipan tersembunyi dalam telefon bimbit isterinya.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina republik ini, Lianhe Zaobao, lelaki itu turut mendapat tahu dia bukan bapa kandung kepada anak perempuan mereka berusia dua tahun.

Dalam beberapa siri tulisan di blog miliknya, "Saya mahu balas dendam," lelaki terbabit menulis bahawa isterinya mengkritik prestasi seksualnya dan bagaimana dia menikmati seks bersama kekasihnya dalam perbualan SMS mereka.

Tidak mahu menjadikan anak perempuan mereka sebagai mangsa, lelaki itu memutuskan mendiamkan diri dan meluahkan perasaan serta kemarahannya dengan menulis di blog. 

Dalam tulisan tiga hari lalu, dia berkata, isterinya berterus terang dengan suaminya dan meminta maaf.

Lelaki itu sudah meninggalkan kediaman mereka dan memutuskan memfailkan perceraian. - The New Paper



Wanita MAKAN Makan Otak Bayi Sendiri

Posted: 08 Jun 2013 07:00 PM PDT



[HM] San Antonio: Polis bandar raya ini berkata, seorang wanita dituduh memenggal kepala bayi lelakinya berusia tiga minggu menggunakan sebilah pisau dan dua pedang, selain turut memakan beberapa bahagian tubuh anaknya itu.

Ketua Polis San Antonio, William McManus memberitahu wartawan bahawa serangan Otty Sanchez terhadap anak lelakinya, Scott Wesley Buchholtz-Sanchez "terlalu kejam" untuk didedahkan sepenuhnya.

Tetapi katanya, Otty turut memakan sebahagian otak bayi itu dan menggigit tiga daripada jari kaki mangsa sebelum menikam dirinya sendiri sebanyak dua kali. Polis berkata, Otty, 33, memberitahu pihak berkuasa yang dihubungi ke kediamannya awal Ahad lalu dia membunuh bayi lelakinya atas permintaan syaitan. Otty didakwa dengan pembunuhan kelas pertama dan ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta (RM3.09 juta). Dia sedang pulih daripada kecederaannya di hospital. - AP

Lelaki Janji Kahwini Budak Bawah Umur yang "Dirogol'nya

Posted: 08 Jun 2013 05:00 PM PDT


Sekadar hiasan.

[HM] Melaka: "Awak biar betul, mangsa baru berusia 13 tahun. Takkan awak nak kahwin dengan remaja bawah umur?," kata Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen di sini, semalam ketika mendengar rayuan seorang pemuda yang didakwa atas empat tuduhan merogol remaja perempuan itu beberapa bulan lalu.

Terdahulu tertuduh, Muhammad Ashyraf Rahim, 23, dari Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, mengangguk faham akan semua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh kemudian membuat pengakuan tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.

Mengikut dua pertuduhan awal, dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun 10 bulan di dalam stor belakang rumah di Kampung Gedong Lalang, Bukit Rambai, masing-masing jam 11 pagi dan 12 tengah hari pada 12 serta 23 Februari lalu.

Bagi dua pertuduhan berikutnya, dia didakwa turut merogol remaja itu di lokasi sama, kira-kira jam 8.30 pagi dan 9.30 pagi, 21 Mac serta 30 Mac lalu.

Justeru, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ashyraf merayu mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman berikutan sudah berjanji dan bersetuju mengahwini remaja yang menjadi mangsa rogolnya itu.

"Saya sudah janji nak kahwin dengan dia (mangsa). Diharap pihak mahkamah dapat mempertimbangkan permohonan saya," katanya.

Selain itu, dia turut merayu kos ikat jamin RM24,000 ditawarkan pendakwaan dikurangkan dengan alasan tidak berkemampuan dan hanya bekerja membantu ibu dan bapa berniaga, selain turut menghidap penyakit asma.

Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 8 Julai depan.



Tiada ulasan: