Sabtu, 22 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Pakar Ekonomi, Dr Mahani Meninggal Dunia

Posted: 22 Jun 2013 08:34 AM PDT



[AA] KUALA LUMPUR: Pakar ekonomi, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dilaporkan meninggal dunia hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HUKM) akibat penyakit kanser.

Dr Mahani, 59, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 2 petang tadi dan menurut adiknya, Adnan, jenazah beliau akan dibawa balik ke rumah Allahyarham di Desa Sri Hartamas.

Adnan berkata jenazah kakaknya akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Maghrib.

Allahyarham meninggalkan suami, Hamidon Howell Miller dan seorang anak lelaki James Imran Miller.

Beliau yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) terlibat dalam penggubalan polisi semasa krisis ekonomi 1998.

Mahani, yang memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam ekonomi pembangunan dari University of London pada 1992, pernah bertugas sebagai profesor di Jabatan Ekonomi Kendalian, Universiti Malaya.

Pada 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Pasukan Perunding Khas bagi Globalisasi, Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan dari 2005 hingga 2007 adalah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Institut Pengajian Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi.

Beliau adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD).


[Gambar] Koleksi Gambar BLACK505 Padang Merbok

Posted: 22 Jun 2013 05:55 AM PDT


Black505 Padang Merbok 22 Jun 2013


Sumber foto pelbagai, kredit Omakkau. Terima kasih empunya gambar.












Husam Musa Ditahan bawah Akta hasutan Kerana...

Posted: 22 Jun 2013 05:49 AM PDT


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.

[TMI] Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013. 

"Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang," kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang. 

"Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya," tambahnya. 

Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505. 

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily. 




Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa

[HD] KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.

Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.

Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.

Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.


Tiada ulasan: