DUNIACACAMARBA |
- KL Antara 10 Bandar Raya Paling Bahaya di Dunia, Anda Mahu Percaya PDRM atau Laman Sesawang Luar?
- Sami Arah Budak Buat Seks dengan Penyelia Kuil Ditahan
- Wanita Rela Ditiduri Penjenayah Demi Keselamatan Bekas Suami
- Pasangan Suami Isteri Restu Anak Bikin Maksiat di Rumah
- Pelatih PLKN Lahir Bayi di dalam Tandas
- Suami Gila Talak BELASAH & GIGIT Bekas Isteri
KL Antara 10 Bandar Raya Paling Bahaya di Dunia, Anda Mahu Percaya PDRM atau Laman Sesawang Luar? Posted: 20 Jun 2013 07:21 AM PDT PDRM Nafi KL antara 10 Bandar Raya Paling Bahaya [SH] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan sebuah laman web yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia. Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan. "Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis. "Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama Laporan laman tersebut: P/s: Untuk rekod, berdasarkan rekod PDRM, Malaysia pernah dinobatkan sebagai Negara Paling Selamat di Asia Tenggara. Anda percaya? | ||
Sami Arah Budak Buat Seks dengan Penyelia Kuil Ditahan Posted: 19 Jun 2013 09:00 PM PDT
[HM] Bangkok: Polis Thai semalam berkata, mereka menahan dua sami kerana mengarahkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun melakukan seks dengan penyelia kuil dalam skandal terbaru menggegarkan penganut Buddha negara itu. Pasangan terbabit yang menafikan tuduhan itu boleh dihukum penjara 15 tahun jika sabit kesalahan, kata pegawai kanan polis Kolonel Wirachon Bunthawi kepada media dari bandar raya di utara Chiang Mai. "Kami menunggu waran tangkap untuk menahan penyelia itu," katanya. Berdasarkan keterangan mangsa dan seorang pemandu, dua sami berusia 20 dan 23 tahun itu dituduh membawa remaja terbabit bertemu penyelia berkenaan di sebuah kuil di Chiang Dao, di Chiang Mai beberapa kali sejak Februari lalu. Kes itu berlaku selepas kontroversi baru-baru ini di negara yang didominasi penganut Buddha itu dengan rakaman dimuat turun di YouTube memaparkan tiga sami terbang dengan jet peribadi, memakai fon telinga dan kaca mata hitam serta membawa beg berjenama. - AFP P/s: Gelagat sami yang heboh diperkatakan sebelum ini: | ||
Wanita Rela Ditiduri Penjenayah Demi Keselamatan Bekas Suami Posted: 19 Jun 2013 07:30 PM PDT
[HM] Kuala Lumpur: Nyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan sekumpulan penculik. Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit. Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. "Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya," katanya. Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu. "Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka," katanya. Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru. Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan. "Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk 'mencukupkan' jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya. "Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu," katanya. Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati. Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan. "Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan. "Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan," katanya. Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit. "Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian. "Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama," katanya. Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit. P/s: Aduhai!!! | ||
Pasangan Suami Isteri Restu Anak Bikin Maksiat di Rumah Posted: 19 Jun 2013 06:30 PM PDT
[HM] Alor Gajah: Sepasang suami isteri bagaikan merestui anak gadisnya melakukan maksiat apabila tergamak membiarkan wanita itu tidur bersama kekasihnya di rumah mereka di Masjid Tanah, dekat sini, semalam. Kegiatan itu terbongkar apabila sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah pasangan suami isteri berusia 49 dan 46 tahun itu sebelum menemui anak gadis mereka berusia 20 tahun bersekediaman dengan kekasihnya berusia 26 tahun, pada jam 1.10 pagi. Ketika kejadian, bukan saja pasangan suami isteri berkenaan berada di rumah itu, malah anak gadisnya berusia 19 tahun serta nenek kepada pasangan wanita itu yang berusia 78 turut berada di rumah berkenaan. Lebih menyedihkan ibu bapa suspek seolah-olah tidak terkejut dengan kehadiran lelaki bukan mahram itu bermalam bersama anaknya, malah langsung tidak menunjukkan reaksi marah. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan, penguat kuasa bergegas ke rumah itu dan selepas mengetuk serta memberi salam, pintu dibuka anak gadis pemilik rumah berusia 19 tahun. Katanya, pemeriksaan lanjut menemui seorang warga emas yang uzur berada di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut menemui pasangan suami isteri tidur di dalam sebuah bilik. "Apabila diperiksa sebuah lagi bilik ia dibuka seorang gadis dan ketika ditanya siapa berada di dalamnya dia menyatakan tiada sesiapa, dan pemeriksaan kemudian menemui seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang hubungan mahram. "Pegawai JAIM turut melakukan soal tanya terhadap ibu bapa gadis berkenaan dan mereka mengakui mengenali lelaki terbabit, bagaimanapun memberi alasan tidak mengetahui kehadiran kekasih anaknya itu," katanya. Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut, malah mereka mengakui beberapa kali tidur sebilik di rumah berkenaan walaupun ibu bapa kepada gadis itu mengetahuinya. Katanya, lelaki terbabit memberi alasan menumpang tidur di rumah teman wanitanya selepas menghadapi krisis dengan keluarganya. "Dia sampai di rumah berkenaan sejak petang dan keluarga wanita itu mengetahui kehadiran lelaki terbabit, malah siasatan mendapati mereka juga mengakui pernah terlanjur di rumah itu," katanya yang turut menjelaskan pasangan itu mengenali hampir tiga tahun. Beliau berkata, pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. "Jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya," katanya. | ||
Pelatih PLKN Lahir Bayi di dalam Tandas Posted: 19 Jun 2013 06:00 PM PDT
[Bernama] MUAR: Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut pada Rabu. Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini. Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu,manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan. Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki. "Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenal pasti punca kematiannya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. | ||
Suami Gila Talak BELASAH & GIGIT Bekas Isteri Posted: 19 Jun 2013 05:29 PM PDT [SH] PUCHONG - "Saya meronta-ronta minta bekas suami berhenti memukul tetapi dia mencekik, memijak perut dan menendang saya berkali-kali tanpa belas kasihan," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zee. Perbalahan yang didakwa mangsa bermula dengan pertengkaran mulut berakhir tiga jam selepas itu apabila dia berjaya melarikan diri ke pos pengawal keselamatan di kediaman dihuninya di Bandar Kinrara, di sini. Kejadian pada Ahad lalu katanya, bermula apabila bekas suami yang tinggal berasingan sejak dua bulan lalu tiba-tiba muncul di depan pintu pagar rumahnya. Menurut wanita berusia 37 tahun itu, bekas suaminya bertanya sama ada dia mahu merujuk semula sekiranya mahkamah mendapati talak dilafaz sebelum ini tidak sah. Zee, yang bekerja sebagai pereka dalaman sambilan berkata, keengganan dia menuruti kehendak bekas suaminya itu menyebabkan lelaki itu tiba-tiba naik angin dan meludah mukanya beberapa kali. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu dakwanya terus menarik dan mengheret dia masuk ke dalam rumah sebelum memukulnya berkali-kali. Sambil memaki hamun dengan menuduh dia perempuan sundal dan pelacur murahan, Zee mendakwa bekas suaminya itu menendangnya. Dakwanya dia percaya lelaki itu menyerangnya di bawah pengaruh alkohol dan mungkin terjebak dengan dadah. "Ketika bergelut itu, dia baling bekas abu rokok namun nasib baik ia tidak mengenai kepala saya. Kejadian disaksikan pembantu rumah dan anak lelaki saya yang berusia lima tahun," katanya. Bagaimanapun, katanya, pembantunya tidak berani menolong kerana diugut lelaki itu dan akibat tidak mampu menahan sakit dicekik, dia kemudian bertindak mencakar muka bekas suaminya itu. Berang dengan tindakan itu, lelaki itu katanya menggigit bahunya dan terus membelasah tubuh badannya sehingga bengkak dan lebam. Insiden berlaku hampir tiga jam itu, katanya, tanpa mendapat bantuan sesiapa sehinggalah dia mempunyai kekuatan melarikan diri ke pos pengawal untuk menghubungi pihak polis. "Bekas suami itu tinggal di rumah adiknya tidak jauh dari rumah yang saya sewa, selepas kejadian dia terus mengugut menggunakan SMS, dengan mengatakan tengok malam nanti apa akan jadi, saya rasa takut sangat untuk keluar rumah sekarang. "Ketika membuat laporan polis awal pagi Isnin lalu, dia tanpa rasa takut dan segan menendang dan meludah ke muka saya meski ada anggota polis di situ," katanya. Zee berkata, dia berkahwin dengan bekas suaminya berusia 43 tahun itu pada 2006 selepas berkenalan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka berdua mula tinggal berasingan selepas bekas suaminya melafazkan talak tiga, dua bulan lalu. Katanya, bekas suaminya memeluk agama Islam pada tahun yang sama namun mula menunjukkan belang dan sikap panas baran dua tahun selepas perkahwinan. Ketika mengandung anak tunggalnya, Zee berkata, dia pernah ditendang hanya kerana melakukan kesalahan kecil malah dakwanya sepanjang perkahwinan dia sudah lebih 20 kali dibelasah suaminya. Jelasnya, beberapa hari lalu bekas suaminya menghantar SMS berbunyi, 'aku akan mati di depan mahkamah Khamis ini (hari ini) kerana enggan rujuk semula'. "Esok (hari ini) kes kami akan disebut di mahkamah syariah disebabkan itu dia cuba mengugut dan menghantar SMS sedemikian," katanya yang mengadukan kejadian kepada Adun Kinrara, Ng Sze Han dan Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan