Ahad, 2 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Selepas Puluhan Tahun Memerintah, Selepas Banyak Nyawa Terkorban...

Posted: 02 Jun 2013 10:12 AM PDT



ATM Siapkan Projek Laluan Darat untuk Penduduk Pedalaman Sarawak

[Bernama[ KUALA LUMPUR, 2 Jun — Penduduk luar bandar di Sarawak yang menggunakan Sungai Rajang sebagai laluan utama bakal mempunyai akses laluan alternatif apabila projek jalan raya baharu siap tidak lama lagi. 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata laluan darat sepanjang 38 kilometer itu merupakan salah satu daripada empat projek jalan di pedalaman Sarawak yang dibina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah projek Jiwa Murni Khas. 

Beliau berkata jalan bertar itu kini telah 92 peratus siap dan pembinaannya dijangka selesai sepenuhnya pada Ogos depan. 

"Projek jalan ini merupakan satu-satunya projek yang terdekat dengan sungai utama Batang Rajang tidak jauh daripada lokasi kejadian bot karam baru-baru ini, katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. 

Hishammuddin berkata jalan raya itu juga bakal menghubungkan Kampung Menjawah, pusat hydro Bakun sehingga pekan Belaga apabila siap kelak. 

Ia juga memberi akses laluan ke tujuh rumah panjang berdekatan iaitu Rumah Nyaving, Rumah Apan, Rumah Long Mitik, Rumah Long Segaham, Rumah Panjang Lahanan, Rumah Panjang Kajaman dan Rumah Panjang Makahei, katanya. 

"Dengan adanya laluan alternatif darat ini, penduduk sekitar tidak lagi hanya bergantung kepada laluan sungai yang terdedah kepada pelbagai risiko seperti mana yang telah berlaku baru-baru ini," katanya. 

Projek bernilai RM56 juta itu kini dibina bersama oleh pasukan jurutera ATM dengan pihak berkuasa tempatan dan dibiayai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri mengikut kaedah Strategi Lautan Biru, katanya. 

Selasa lepas, sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang meraikan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan berhampiran Sungai Rajang, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu, Sarawak. 


P/s: Lebih 50 tahun memerintah Sarawak, selepas banyak nyawa terkorban, barulah kerajaan BN menemukan jalan untuk membuat jalan. 

Yang tidak dilaporkan media.







Sah, Harga Rokok Naik Bermula...

Posted: 02 Jun 2013 08:42 AM PDT



[AstroAwani] KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia.


[Gambar & Video] Teddy Bear Jadi Penganti Ibu

Posted: 01 Jun 2013 04:59 PM PDT



[HM] London: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang.

Breeze ditemui terbiar di Taman Negara Dartmoor pada 24 Mei lalu beberapa jam selepas dilahirkan.

Dia cuba menyusui kuda betina lain sebelum pasukan petugas penyelamat menemuinya rebah akibat kejutan klinikal dan dehidrasi. Walaupun usaha mencari kuda betina yang melahirkan Breeze dilakukan di kawasan itu, tetapi ibunya tidak dapat ditemui. 

Petugas penyelamat merawat Breeze hingga sihat di pusat perlindungan kuda betina dan anak kuda di Devon, dan ia diberikan anak patung beruang itu untuk mendapatkan belaian.

Anak patung gergasi itu ditempatkan di kandang Breeze dan haiwan berkenaan dilihat berpuas hati.

Eksekutif pusat berkenaan, Syra Bowden berkata: "Apa yang menyedihkan, Breeze tidak mempunyai ibu untuk menemaninya.

"Walaupun ada penjaga di pusat ini yang bekerja 24 jam sehari untuk menjaganya, tetapi ia tidak sama.

"Justeru, kami memberikannya anak patung beruang gergasi yang boleh dipeluk sebagai teman."- Daily Mail





The centre always give their orphaned foals a giant cuddly toy as a companion. They say that they¿re just like human babies in the way it provides them with comfort




Tiada ulasan: