DUNIACACAMARBA |
- [Video] Bagaimana MELIPAT Baju dalam 2 SAAT?
- [Gambar] Perogol & Pembunuh Dihukum Gantung di Kuwait
- [PANAS] Respons Anwar Ibrahim Selepas Dikaitkan dengan Insiden Menara UMNO
- [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Permintaan Kenaikan Tambang Bas 30% Ditolak, Tetapi...
- Ahmad Izham NAFI Media Prima Gam Faizal Tahir Kerana Lantang Bersuara Isu Politik Sebelum PRU13
- Pengendali Laman Jiwang.Org Ditahan Pihak Berkuasa
- [Video] Wanita Kantoi Khalwat dengan PELAKON POPULAR Sangkal Dakwaan Pelakon Tersebut
[Video] Bagaimana MELIPAT Baju dalam 2 SAAT? Posted: 19 Jun 2013 08:00 AM PDT | ||||
[Gambar] Perogol & Pembunuh Dihukum Gantung di Kuwait Posted: 19 Jun 2013 06:02 AM PDT Ahmad Abdulsalam al-Saadi Baili dan Hajjaj Saadi menjalani hukuman gantung di kawasan parkir di luar penjara utama di Kuwait. Saadi, 33, dikenakan hukuman tersebut atas kesalahan merogol 18 orang remaja lelaki dan perempuan, manakala Baili pula didapati bersalah membunuh pasangan dari Asia dalam satu kebakaran yang dirancangnya. -DCM
| ||||
[PANAS] Respons Anwar Ibrahim Selepas Dikaitkan dengan Insiden Menara UMNO Posted: 19 Jun 2013 12:54 AM PDT Anwar Gelak Dikaitkan dengan Insiden Menara Umno [MK] Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hanya ketawa apabila cuba dikaitkan dengan insiden runtuhan di Menara Umno Pulau Pinang. Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno negeri Zainal Abidin Osman berhubung perkara itu semalam, Anwar berkata seperti selalu, beliau akan dipersalahkan. "Tak apa, buatlah siasatan. Ini salah Anwarlah. Biasalah. Itu salah Anwar. "Bangunan runtuh salah Anwar. Nanti esok pemilihan dalam Umno (pun) salah Anwar," sindir Anwar. Zainal Abidin semalam berkata, Anwar merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar. Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. | ||||
[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Permintaan Kenaikan Tambang Bas 30% Ditolak, Tetapi... Posted: 18 Jun 2013 10:01 PM PDT Cuba baca tajuk berita di atas. "Tambang bas tidak akan dinaikkan-SPAD". Bersorak pengundi BN apabila membaca tajuk berita tersebut. Walhal perincian berita tidak semanis kata-kata pada tajuk berita. Dalam berita itu, SPAD hanya menolak cadangan menaikkan harga tiket bas sebanyak 30% pada musim perayaan Aidilfitri ini, NAMUN membenarkan pengusaha bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10% dari 8 Julai hingga 8 September. Maknanya, pengguna akan menanggung kenaikan harga tiket bas sebanyak 10% pada musim perayaan ini. Keputusan menolak kenaikan harga tiket sebanyak 30% itu bukanlah bersifat kekal kerana hal ini pasti akan dibangkitkan lagi pada masa depan. Hal ini demikian kerana pengusaha bas terpaksa menanggung kos yang tinggi membabitkan kenaikan harga tayar, minyak, casis/badan bas, alat ganti, dan kos penyelenggaraan. Subsidi minyak yang diberikan kepada pengusaha bas pula hanya untuk jarak tertentu sahaja. Malah pengusaha bas juga perlu memikirkan kos tambahan membabitkan dasar gaji minimum. Apa solusi kerajaan dalam hal ini? Jika pengusaha IPP (Pembekal Kuasa Bebas) boleh diberi subsidi sekitar RM2 bilion setahun, mengapa pengusaha kenderaan awam tidak dibekalkan subsidi yang lebih banyak bagi memastikan harga tiket kenderaan awam tidak dinaikkan untuk menampung kos? Malah alat ganti dan minyak pelincir untuk pengusaha kenderaan awam juga patut diletakkan di bawah barang kawalan bagi memastikan harganya sentiasa terkawal. Jika tiada solusi yang menyeluruh, maka rakyat akan terus terbeban dengan kenaikan harga tiket kenderaan awam atas alasan untuk menampung kos operasi. - DCM P/s: TM terbayang-bayang langkah penyelesaian yang akan diambil oleh PR jika mereka menguasai Putrajaya. | ||||
Ahmad Izham NAFI Media Prima Gam Faizal Tahir Kerana Lantang Bersuara Isu Politik Sebelum PRU13 Posted: 18 Jun 2013 08:16 PM PDT [MD] Semalam, terdapat laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima Berhad. Khabarnya penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Syurga itu digam dek kerana kelantangannya bersuara tentang isu politik negara, baru-baru ini. Menerusi kenyataan di portal Gua.com.my hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar tampil menafikan laporan yang mengatakan Faizal Tahir telah digam oleh stesen televisyen dibawah Media Prima. Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar. "Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita begini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali" "Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah di'gam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini," jelas Ahmad Izham Omar. Semalam kecoh apabila penyanyi itu dikatakan dimaklumkan secara lisan mengenai dirinya digam. Malahan sebaik sahaja perkara ini berkuatkuasa, beberapa acara yang melibatkan Faizal Tahir dengan stesen televisyen milik syarikat berkenaan khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba. Sementara itu pengurus peribadi Faizal Tahir, Jeff Wai mengatakan yang penyanyi itu belum bersedia untuk membuat sebarang kenyataan dan beliau sendiri tidak pasti sama ada laporan sebelum ini benar atau tidak. | ||||
Pengendali Laman Jiwang.Org Ditahan Pihak Berkuasa Posted: 18 Jun 2013 06:30 PM PDT [Bernama] PUTRAJAYA 18 Jun - Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan. Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas. "Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG. "Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Tan Ngiap Foo. Roslan berkata, pasukan penguat kuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Beliau berkata, Bahagian Penguat Kuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman web JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis. Sementara itu, Ngiap Foo berkata, industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman web yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini. "Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman web JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik," katanya. Beliau juga berkata, RIM telah mengenal pasti laman web yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei. Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata, KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman web yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini. Beliau berkata, sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman web dikategori sebagai 'jerung siber' yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta. "Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara. Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka," katanya. Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses. "Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses," katanya. | ||||
[Video] Wanita Kantoi Khalwat dengan PELAKON POPULAR Sangkal Dakwaan Pelakon Tersebut Posted: 18 Jun 2013 05:47 PM PDT [HM] Kuala Lumpur: "Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah, 21 yang ditangkap khalwat bersama aktor Shahz Jaszle di sebuah unit Apartmen Taman Sri Subang, 16 Mei lalu. Jelas Farah yang ditemui semalam, dia kesal dengan kenyataan Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin yang sudah pun bertunang dengan Redzwani Puteri Disember lalu bagi menyelamatkan diri sendiri dan menutup sikap curang terhadap tunangnya. Katanya, yang bekerja di sektor perbankan itu, dia terkejut membaca kenyataan Shahz dalam akhbar semalam kerana semuanya adalah penipuan dan permainan 'murah' seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah. "Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM (Blackberry Messenger) di telefon bimbit sebagai bukti. "Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama," katanya. Cerita awal di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan