DUNIACACAMARBA |
- Remaja Tetak Leher Ayah Hingga Putus
- Janda Tinggalkan Anak Dirumah untuk Bersama Lelaki Nepal
- [Gambar] Bukti Erdogan Mendapat Sokongan Rakyat Turki
- Fakta Kecurangan PRU13 Dijelaskan kepada Susilo Bambang Yudhoyono & Jusuf Kalla
- [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Patutkah Awek Ini MENCARUT?
- [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] 1Malaysia MENGELUH Bil Elektrik Naik Mendadak, Apa Alasan TNB?
- Sarjan Tentera Kantoi Khalwat dengan Gadis 19 Tahun
- Dua Jam Tewaskan Tapah GERGASI
- Berahi Isteri Orang: Malu Dapat, Sakit Pun Dapat, Dosa Apatah Lagi
Remaja Tetak Leher Ayah Hingga Putus Posted: 17 Jun 2013 06:00 AM PDT
[HM] Port Moresby: Seorang remaja perempuan menetak kepala bapanya hingga putus dengan pisau memburu selepas lelaki terbabit memperkosanya di kediaman mereka di kawasan tanah tinggi di Papua New Guinea. Kejadian itu mendorong penduduk di desa itu membentuk rangkaian perlindungan bagi remaja berusia 18 tahun berkenaan serta enggan menyerahkan mangsa kepada polis kerana percaya bapanya yang jahat itu memang patut mati. Pemimpin gereja tempatan, Paderi Lucas Kumi dari Desa Rang di Western Highlands berkata, masyarakat enggan membenarkan remaja itu disiasat pihak berkuasa. Menurutnya, penduduk dan pemimpin di kawasan itu pergi melihat mayat tanpa kepala bapa mangsa selepas remaja terbabit melaporkan kejadian kepada mereka dan menjelaskan alasan dia membunuh bapanya. Kumi memberitahu akhbar Post Courier, bapa mangsa berusia pertengahan 40-an merogol anak perempuannya ketika mereka tinggal berdua di rumah selepas isteri dan dua lagi anaknya melawat saudara mereka pada malam kejadian. "Bapa mangsa memasuki biliknya pada tengah malam dan merogolnya berulang kali. "Bapanya mahu merogol mangsa sekali lagi pada waktu pagi dan ketika itu mangsa mengambil pisau memburu dan menetak kepala bapanya," kata Paderi Kumi. "Kami semua bersetuju remaja itu bebas untuk tinggal di sini kerana bapanya memang patut mati. "Mangsa melakukan pembunuhan kerana dia trauma dan tidak suka perbuatan jahat bapanya. Sebab itu kami setuju dia diberi perlindungan," katanya. Menurutnya, remaja itu diletakkan dalam rangkaian perlindungan dan dia disembunyikan daripada pihak berkuasa. Sementara itu, mayat bapa mangsa juga tidak akan dikebumikan mengikut adat. - Daily Mail | ||
Janda Tinggalkan Anak Dirumah untuk Bersama Lelaki Nepal Posted: 17 Jun 2013 05:00 AM PDT
[HM] Kluang: Alasan kesunyian dan terpesona dengan layanan rakan sekerja warga Nepal menyebabkan seorang janda beranak tiga sanggup meninggalkan tiga anaknya di rumah untuk melakukan maksiat dengan teman lelakinya itu di sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, semalam. Janda berusia 30 tahun yang baru setahun bercerai dengan suaminya dikatakan bercinta dengan teman lelakinya yang juga rakan sekerja di pekan berkenaan sejak beberapa bulan lalu sebelum mengambil keputusan bermalam bersama di hotel bajet berkenaan. Difahamkan, janda itu mengaku sanggup bernikah dengan teman lelakinya itu jika warga asing berkenaan memeluk Islam selepas mereka ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang bersama JAJ Batu Pahat dalam Ops Maksiat, pada jam 2 pagi semalam. Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang Mohd Khalil Mohd Noor berkata, pasangan terbabit ditahan dalam keadaan mencurigakan apabila berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu. Menurutnya, ketika serbuan lelaki terbabit hanya berseluar jean manakala wanita itu pula memakai blaus. "Ketika soal siasat dijalankan wanita terbabit menyatakan kesanggupannya bernikah dengan teman lelakinya, namun segalanya terpulang kepada lelaki itu sama ada mahu memeluk Islam atau tidak. "Selain itu, wanita berkenaan mengatakan dia hidup kesunyian dan tertekan membesarkan tiga anak menyebabkan dia bermalam bersama teman lelakinya itu," katanya. Mohd Khalil berkata, wanita terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor. "Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan namun diminta hadir ke pejabat kami Isnin ini (hari ini) untuk membantu siasatan," katanya. | ||
[Gambar] Bukti Erdogan Mendapat Sokongan Rakyat Turki Posted: 17 Jun 2013 03:00 AM PDT Petikan dari blog Omakkau; Perdana Menteri Republik Turki, Receb Tayyib Erdogan berucap di hadapan penyokongnya dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Istanbul. Perhimpunan tersebut membawa mesej 'Hormatilah Kehendak Rakyat'. Sebahagian petikan dari ucapan PM Turki: > Saya mahu katakan kepada Kesatuan Eropah (EU) agar jagalah batas sempadan kamu, adakah kamu memiliki autoriti asal untuk mengambil sebarang keputusan menentang kami? Saya tidak mengiktiraf dengan keputusan-keputusan EU kerana Turki bukanlah negara yang memiliki keanggotaan penuh EU. > Saya mahu bertanya kepada semua yang berada di Istanbul..jawablah dengan suara yang kuat agar kesemua bandar-bandar di Turki dan dunia mendengar jeritan kamu serta mereka yang merancang mahu merosakkan Turki menggeletar di hadapan kaca televisyen..mereka semua sedang melihat kita. Erdogan: Adakah kamu semua berdiri teguh di sebalik demokrasi? Orang ramai: Yaaaaaa. Erdogan: Adakah kami melaksanakan undang-undang? Orang ramai: Yaaaaaaa. Erdogan: Kamu semua akan pertahankan kehendak rakyat? Orang ramai: Yaaaaaaa. Erdogan: Adakah kamu semua menyokong saya? Orang ramai: Yaaaaaaa. > Kita adalah anak cucu cicit Empayar Seljuk yang mana telah menghimpunkan Timur Tengah di bawah satu panji..kita juga adalah anak cucu cicit Empayar Uthmaniyyah yang telah menghimpunkan 3 benua di bawah satu panji. > Erdogan menceritakan, salah seorang ahli parlimen pembangkang mewakili Parti Rakyat Republik (CHP) telah berkata kepadanya, "permasalahan kami bukannya di Dataran Taksim tetapi dengan kerajaan," Lalu Saya (Erdogan) berkata kepada mereka, "sesiapa yang mahu menjatuhkan kerajaanku dia mesti bekerja keras untuk memenangi pilihanraya parlimen akan datang dan bentuklah kerajaan." > Dalam ucapan, Erdogan menuduh ahli-ahli parlimen dari parti pembangkang CHP menyokong dalang di sebalik kejadian yang berlaku (demonstrasi Dataran Taksim). Beliau menegaskan, ini adalah cara mereka (politik/dasar) kerana mereka telah gagal dalam peti undi. > Erdogan menjawab kepada pihak-pihak yang menyangka bahawa apa yang berlaku di Turki sekarang ini adalah kesinambungan dari 'Arab Spring', "kamu semua sewajarnya mesti tahu bahawa Turkey Spring telah bermula pada tahun 2002 tetapi kamu tidak mengendahkan ia, padahal kamu ada mata, namun kamu tidak melihat.' > "Hari ini tidak ada sesiapa pun dari ratusan ribu yang telah datang berhimpun membawa molotov (bom petrol) atau teringin membuat kerosakan dan membakar," ujar Erdogan. > Wahai siaran-siaran berita antarabangsa; BBC, CNN, dan REUTERS..sembunyikanlah gambar ini dan sembunyikan pemandangan ini..pada beberapa hari yang lalu, kamu telah menyiarkan rakaman-rakaman dan berita yang mengelirukan tentang Turki. Jika kamu semua mahu mengambil gambar tentang Turki, datanglah ke sini yang menampilkan pemandangan sebenar Turki. > Turki bukanlah sebuah taman seumpama Dataran Taksim dan rakaman gambar yang disiarkan oleh 'orang yang berat sebelah' tidak menggambarkan kedudukan sebenar Turki..pemandangan yang kamu semua lihat hari ini adalah Turki yang sebenar. | ||
Fakta Kecurangan PRU13 Dijelaskan kepada Susilo Bambang Yudhoyono & Jusuf Kalla Posted: 17 Jun 2013 02:00 AM PDT Anwar adu kepada SBY, JK 'Kecurangan' PRU13 [SH] SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengadu tentang 'kecurangan' PRU13 lalu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK). Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia, semalam. Anwar dilaporakan telah bertemu SBY dua hari lalu di Bali. "Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar. Anwar berkata, SBY turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas penjelasan mengenai perkembangan dalam pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun kata Anwar, SBY tidak mengambil kedudukan untuk campur tangan terlalu mendalam. "Beliau beritahu saya, ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai pilihan raya Malaysia dan juga rundingan yang berkaitan dengan 'kecurangan' tersebut," katanya. Laporan itu turut dipetik sebagai berkata, dalam pertemuan Anwar dan SBY, beliau turut membincangkan isu-isu serantau membabitkan Indonesia serta Malaysia. Sementara itu, dalam satu pertemuan dengan JK, Anwar mendakwa telah memberitahu masalah yang dihadapi beliau selama ini. Anwar dipetik mendakwa, sepanjang lima tahun menjadi Ketua Pembangkang, beliau tidak diberi peluang walaupun satu minit untuk bercakap di hadapan media Malaysia. "Saya tidak dibenarkan masuk ke kampus (universiti), media kerajaan juga tidak boleh," dakwanya. Sementara itu, Anwar turut mendakwa sering diserang dan dikritik oleh media Malaysia, baik dalam perkara kecil ataupun besar. "Harus diketahui, di Malaysia pilihan raya itu ganas, ada penangkapan, penjara, penghinaan saban hari di televisyen. "Bagi rakyat yang tinggal di Malaysia mereka boleh memahami, setiap malam kita dipanggil pro-Amerika, Yahudi, pelampau Islam, pro-Hindu-Buddha, alat Cina. Setiap malam diserang oleh media," dakwanya lagi. Sehubungan itu dakwa Anwar lagi, JK telah menawarkan diri menjadi pengantara atau orang tengah sebagai langkah perdamaian politik di Malaysia. Anwar bagaimanapun dilaporkan menghormati pelawaan itu tetapi mengakui bahawa beliau akan terus berjuang ketidakadilan yang berlaku kepadanya pada pilihan raya lalu. "Saya berkata kepada JK, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai. "Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang. "Saya memenangi lebih 50 peratus dan (Datuk Seri) Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia? "Oleh itu saya memberitahu JK yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan," dakwanya lagi. | ||
[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Patutkah Awek Ini MENCARUT? Posted: 17 Jun 2013 12:46 AM PDT | ||
Posted: 16 Jun 2013 11:00 PM PDT Bagi orang yang prihatin akan jumlah bil utiliti bulanan, mereka tentu perasaan tentang peningkatan mendadak bil elektrik masing-masing. Kenaikan tersebut amat ketara sehingga menjejaskan bajet bulanan. Persoalannya, bilakah TNB mengumumkan kenaikan tarif elektrik? Rasa-rasanya selepas PRU, tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh TNB tentang kenaikan bil elektrik kecuali berita berkaitan dengan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan. Hal kenaikan tarif ini heboh diperkatakan oleh orang ramai di ruang siber melalui laman forum dan laman sosial. Banyak pengguna mempersoal kenaikan mendadak tarif elektrik sehingga mencecah sekali ganda daripada bil yang lazim dikenakan kepada mereka. Misalnya, jika sebelum ini bil elektrik mereka sekitar RM80 sebulan, kini bil tersebut meningkat sehingga RM140-RM150 walaupun penggunaannya pada kadar yang hampir sama. Bayangkan jumlah baru bil elektrik bagi pengguna yang lazimnya sekitar RM200 atau RM300 sebulan. Apakah alasan TNB tentang kenaikan mendadak tarif elektrik? Berdasarkan rungutan pengguna yang disiarkan oleh BH, kenaikan tarif elektrik yang kini mengejutkan majoriti pengguna berpunca daripada blok penggunaan, iaitu A dan B yang ada kaitan dengan bilangan hari dan kenaikan bahan api. Persoalannya, mengapakah hal ini tidak dijelaskan kepada rakyat? Mengapakah kenaikan ini begitu terasa selepas PRU13? Adakah formula pengiraan baru tarif elektrik ini mendapat restu kerajaan BN? Sebagai pengguna, kita berhak meminta TNB memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kenaikan mendadak tarif elektrik yang kini sedang membebani rakyat Malaysia.-DCM P/s: Terima kasih pengundi BN. Kami yakin anda tidak mengeluh dengan kenaikan mendadak bil elektrik. Anda bahagia kami sengsara!!! | ||
Sarjan Tentera Kantoi Khalwat dengan Gadis 19 Tahun Posted: 16 Jun 2013 09:30 PM PDT
[HM] Kluang: Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dan teman wanitanya berusia 19 tahun hanya sempat memakai tuala apabila pintu bilik sebuah hotel bajet di Simpang Renggam diserbu pihak berkuasa, semalam. Dalam serbuan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 33 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak, terkejut apabila biliknya diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) Kluang dan JAJ Batu Pahat. Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang Mohd Khalil Mohd Noor berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan terbabit hanya bertuala manakala wanita berusia 19 tahun itu di dalam tandas. Menurutnya, anggota dan pegawai penguat kuasa terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet itu. "Ketika pintu bilik dibuka, kami menemui seorang lelaki memakai tuala, manakala pasangannya hanya berkemban dalam tandas. "Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai hubungan sah dan menyatakan baru berkenalan. "Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama lelaki terbabit kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penjawat awam," katanya. Mohd Khalil berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara mencurigakan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika sabit kesalahan mereka berdua boleh di denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. "Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi membantu siasatan. "Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. "JAJ akan terus mengadakan serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas daripada maksiat," katanya. Menurutnya, dalam operasi semalam, mereka bekerjasama dengan JAJ Batu Pahat bagi memastikan hotel bajet bebas maksiat. Katanya, kerjasama itu akan dilakukan dengan lebih kerap. | ||
Dua Jam Tewaskan Tapah GERGASI Posted: 16 Jun 2013 08:50 PM PDT
[HM] Pekan: "Dengan menggunakan kudrat yang ada, saya bertarung selama lebih dua jam sebelum menewaskan tapah gergasi ini," kata Zulkifli Abidin, 36, dari FELCRA Seri Makmur, di sini, yang menewaskan ikan tapah gergasi seberat 78 kilogram ketika memancing di Kuala Sungai Lengkur, dekat sini, pagi kelmarin. Menurutnya, sepanjang bertarung dengan tapah sepanjang dua meter itu apa yang terlintas di kepalanya hanya kemungkinan bot gentian kaca dinaiki terbalik serta tali tangsi memiliki kekuatan 20 paun itu putus sekali gus bakal membuatkannya berputih mata. Zulkifli berkata, dia tidak menyangka rutin hariannya keluar ke sungai mencari rezeki pada jam 7.30 pagi kelmarin membuahkan hasil lumayan apabila ikan berkenaan berjaya dijual pada harga RM1,500 kepada seorang peraih di Temerloh. "Seperti biasa, saya keluar memancing seorang diri dengan bot gentian kaca sepanjang lima meter sebelum melabuhkan joran di kuala sungai yang bersambung dengan Sungai Pahang itu. "Saya melemparkan gewang beberapa kali sebelum disambar ikan berkenaan yang terlebih dulu melompat lalu merentap dengan kuat mengakibatkan joran di tangan hampir terlepas. "Ketika itu saya sudah tahu ia spesies tapah, namun tidak menyangka saiznya sebesar itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, kelmarin. Bapa kepada seorang anak lelaki itu berkata, ikan tapah gergasi itu sukar dijinakkan dan beberapa kali menarik botnya ke tengah dan tepi sungai sekali gus menimbulkan rasa bimbang. "Bagaimana kita menarik kerbau untuk disembelih, itu yang saya boleh katakan keadaan saya ketika 'bertarung' dengan ikan ini," katanya yang sudah lima tahun menjadi nelayan sungai. Katanya, dia cuba mengikut tarikan ikan berkenaan sambil tidak mahu melawan atau menyentap joran kerana dikhuatiri boleh menyebabkan talinya putus. "Walaupun agresif, saya cuba 'bermain' dengannya dengan membawanya ke tebing sungai. "Selepas ikan itu menghampiri tebing, saya melompat turun dari bot dan berjaya mengikat mulutnya menggunakan tali sebelum cuba mengangkatnya ke dalam bot," katanya. Zulkifli berkata, dia terus pulang ke rumah dengan membawa ikan berkenaan menaiki keretanya sebelum memaklumkan berita gembira itu kepada isterinya, Noriah Mohd Yunus, 29. "Sebelum ini, saya pernah mendaratkan ikan tapah dengan saiz sekitar 10 ke 30 kg di sungai ini namun tangkapan kali ini amat mengejutkan sehingga turut menggemparkan penduduk kampung," katanya. | ||
Berahi Isteri Orang: Malu Dapat, Sakit Pun Dapat, Dosa Apatah Lagi Posted: 16 Jun 2013 06:12 PM PDT [SH] BESUT - Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung. Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu. Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih. Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu. Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku. Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan. Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung. Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis. Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu. Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi. Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu. Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini. Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan. Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan