Rabu, 12 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gadis 15 Tahun Dagang Tubuh Kakak Sendiri

Posted: 12 Jun 2013 06:00 AM PDT


NA dan suspek yang lain.
[HM] Surabaya: Siasatan polis mendedahkan, seorang gadis berusia 15 tahun bukan saja menawarkan rakannya untuk melayan nafsu lelaki dewasa, tetapi juga kakaknya sendiri.

Gadis itu dikenali sebagai NA ditahan bersama kakaknya dan dua pelacur lain di sebuah hotel di Jalan Darmokali, minggu lalu.

"Si adik lebih berpengalaman daripada kakaknya," kata jurucakap polis Surabaya, Komander Suparti.

NA belajar di sebuah sekolah menengah rendah swasta di Surabaya. Dia dituduh menjalankan sindiket pelacuran terdiri daripada rakannya dan menawarkan perkhidmatan itu dengan mengguna telefon dan mesej pesanan ringkas (SMS).

Untuk menggunakan khidmat rakannya, gadis itu menetapkan bayaran antara Rp750,000 (RM225) hingga Rp1 juta (RM300) untuk tempoh singkat dengan lelaki dewasa. Bagi setiap langganan, dia menerima bayaran Rp250,000 (RM75).


Bunuh Kekasih dengan Kasut Tumit Tinggi

Posted: 12 Jun 2013 05:00 AM PDT


[HM] Houston: Seorang wanita menikam teman lelakinya hingga mati dengan kasut tumit tinggi dipakainya di kondominium mewah lelaki itu selepas semalaman minum arak. Suspek memberitahu pihak berkuasa, dia membunuh lelaki itu untuk mempertahankan dirinya.

Ana Trujillo, 44, disyaki membunuh profesor Universiti Houston Stefan Andersson dan mayatnya ditemui di kediamannya, kelmarin. 

Pasangan itu keluar minum dan pulang ke kondominium itu bersama-sama pada jam 2 pagi, kata jurucakap pendakwa raya daerah Harris Sara Kinney. 

Ana yang menetap di Houston kemudian menghubungi 911 dan berkata, dia diserang.

Apabila polis tiba sebelum jam 4 pagi ke kondominium di tengah daerah muzium di Houston itu, Ana membuka pintu dan polis melihat Andersson, 59, sedang terbaring di lantai, kata jurucakap Jabatan Polis Houston, Jodi Silva.

Terdapat beberapa kesan tikaman di kepalanya yang dikatakan pihak berkuasa angkara kasut tumit tinggi Ana. - AP



[Gambar] Monyet AJAR Manusia Erti...

Posted: 12 Jun 2013 01:44 AM PDT



Keterangan gambar:

"Two blind people wanted to drink water at the RagiGudda temple, Bangalore. When they were unable to operate the tap, this mother monkey opened the tap for them, allowed them to drink water, drank some water herself and then closed the tap before leaving the scene."


P/s: Haiwan mengajar manusia erti kemanusiaan.


Azab TELUR GERGASI Berakhir

Posted: 11 Jun 2013 11:00 PM PDT



[HM] Lelaki berusia 48 tahun itu yang berasal dari Las Vegas ialah bekas pemilik buah zakar seberat 45 kilogram dan muncul dalam dokumentari baru mengenai azab mempunyai kantung zakar sebesar itu.

Program yang menitiskan air mata itu meninjau secara unik mengenai kesusahannya menjalani kehidupan harian, termasuk terpaksa kencing di tempat duduknya serta memakai pakaian berpenutup kepala sebagai seluar dalam. 

Dokumentari itu turut memaparkan detik Warren menjalani pembedahan hidup atau mati selama 13 jam yang akan membawanya semula kepada kehidupan normal.

Warren menghidap penyakit yang dikenali sebagai crotal lymphedema, menyebabkan kantung zakarnya membesar dalam masa tidak sampai dua tahun. Penyakitnya itu menyebabkan dia pernah diundang menjadi tetamu dalam rancangan televisyen Howard Stern Show dan Comedy Cental.

Warren yang kini menjalani pemulihan di sebuah hospital di California berkata: "Tubuh saya kini menjalani proses penyesuaian. Saya sungguh berterima kasih kepada peminat yang membantu saya. Saya masih belum boleh banyak bergerak, memandu atau keluar makan malam. 

"Namun saya berhasrat melakukannya selepas ini. 

"Semua ini sebahagian daripada kehidupan menyayat hati yang perlu dilalui untuk pulih daripada kecacatan yang amat teruk." - The Sun


WESLEY sebelum menjalani pembedahan.







Gadis Dilarikan Lelaki Dayak Dirayu Pulang

Posted: 11 Jun 2013 09:53 PM PDT


[SH] KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali sejak tiga bulan lalu dirayu pulang memandangkan keluarga amat merinduinya di Kampung Durian Daun, Kok Lanas di sini.

Gadis berkenaan, Nur Aida Hassan mula menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu, berubah perangainya selepas mengenali lelaki yang dipanggil 'Eri' dipercayai berasal dari Sabah dan berbangsa Dayak yang cuba membantunya mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang di Johor Bharu.

Menurut bapanya, Hassan Dollah, 61, sebelum ini Nur Aida pernah memperkenalkan teman lelakinya itu kepada dirinya, selepas dia berkenalan dengan lelaki itu ketika mengikut ibu saudaranya ke Kuala Lumpur.

"Teman lelakinya ('Eri') pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Noraida, lalu saya suruh dia bawa keluarganya untuk bertemu dengan saya. Tetapi sehingga ke saat ini tiada tanda-tanda yang dia akan membawa keluarganya, malah melarikan anak saya pula.

"Saya cukup sedih dengan keadaan ini kerana anak saya yang merupakan anak keenam dari 12 beradik itu, tidak pernah melawan cakap saya sebelum ini namun selepas mengenali lelaki itu dia mula berubah," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Hassan berkata, apa yang dibimbangkan, Noraida juga pernah memberitahu kakaknya yang tinggal di Kedah melalui telefon, supaya tidak lagi menghubunginya kerana dia akan mengikut lelaki itu ke Sabah dan kawasan itu tidak mempunyai liputan talian yang jelas.

"Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini," dakwanya.

Harapan Hasaan ialah jika sesiapa pernah terlihat atau mengenalinya boleh terus berhubung dengan keluarga di talian 019-9142008 atau 014-8066947.

Lelaki yang dikenali sebagai 'Eri' yang dikatakan melarikan Nur Aida.

Hassan menunjukkan laporan polis yang dibuat pada 3 Mac lalu di Balai Polis Ketereh.


Harga Kereta TURUN: Rakyat Untung atau Ditipu?

Posted: 11 Jun 2013 05:00 PM PDT

Sepuluh model kereta KONONnya telah diturunkan harga di pasaran setakat ini. Hal ini diuar-uarkan dengan megah melalui Utusan Malaysia baru-baru ini. Model-model kereta tersebut termasuklah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

BENARKAH begitu?



Penjelasan pihak Volkswagen Malaysia  yang jelas menunjukkan PEMBOHONGAN Kerajaan






Klik gambar untuk membaca maklumat.


Ulasannya baca di sini.


Tiada ulasan: