DUNIACACAMARBA |
- [Video] Rawatan Asma Menggunakan IKAN HIDUP
- Remaja Dicekup Mengaku Pernah Terlanjur
- [Video] Pakatan Rakyat Fail 24 Petisyen Kerusi Parlimen, Saman Pengerusi SPR, Cabar Seksyen 9A
- [Video] Himpunan BLACK 505 Dianjak Ke 22 Jun 2014
- Wanita yang Didakwa Meruntuhkan Perkahwinan Presiden Rusia
- Perogol Ditanam Hidup-hidup Sebelah Mangsa
- [Wajib Baca] Tanah Melayu TERGADAI di Negeri Terkuat UMNO...
[Video] Rawatan Asma Menggunakan IKAN HIDUP Posted: 10 Jun 2013 06:30 AM PDT [Kosmo] HYDERABAD - Beribu-ribu pesakit asma dari seluruh negeri Andhra Pradesh dan beberapa negeri lain di India beratur untuk mendapatkan rawatan ikan hidup, lapor laman berita ZeeNews. Mereka percaya rawatan kontroversi itu melibatkan pesakit menelan sejenis ikan sardin hidup itu dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Rawatan ikan itu dikendalikan oleh Keluarga Goud Bathini di 32 kaunter di Dataran Pameran di sini. Mereka mula mengagihkan ikan sardin hidup itu selepas satu upacara pada waktu tengah hari kelmarin dan berterusan sehingga tengah hari semalam. Ubat tersebut merangkumi pes herba berwarna kuning yang ditelan bersama seekor ikan hidup. Keluarga Goud memberitahu, ubat itu hanya berkesan jika ditelan bersama ikan hidup untuk menyembuhkan asma jika dilakukan selama tiga tahun. Walaupun dianggap kontroversi, rawatan tersebut menarik kehadiran beribu-ribu sakit. "Saya datang ke sini untuk kali kedua. Penyakit asma saya berkurangan selepas mengambil ubat tersebut. Saya berharap saya akan sembuh," kata seorang pesakit dari bandar Kurnool, Ramakrishna Reddy. Menurut beberapa pegawai Jabatan Perikanan, mereka membekalkan sejumlah 50,000 ekor ikan untuk acara rawatan tahunan itu. Keluarga Goud mendakwa formula rahsia untuk ubat herba itu diberikan kepada moyang mereka oleh seorang keramat selepas moyang mereka bersumpah untuk mengagihkannya secara percuma. - Agensi |
Remaja Dicekup Mengaku Pernah Terlanjur Posted: 10 Jun 2013 05:33 AM PDT [SH] KULIM - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam. Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya. Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar. Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali. "Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya. "Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu. "Keluarga kami juga sudah tahu hubungan kami ini dan mereka mendesak supaya kami dinikahkan dengan seberapa segera. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan kerana kami masih bersekolah. Sekiranya kami sudah bekerja, sudah pasti sekarang ini kami sudah pun menjadi suami isteri," katanya. Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut. Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga. "Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina. "Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab," katanya. |
[Video] Pakatan Rakyat Fail 24 Petisyen Kerusi Parlimen, Saman Pengerusi SPR, Cabar Seksyen 9A Posted: 10 Jun 2013 05:02 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan memfailkan 25 petisyen bagi kawasan parlimen di seluruh negara dalam masa terdekat. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pasukan #SiasatPRU13 Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Dari jumlah itu, 19 petisyen akan dikemukakan oleh PKR, empat PAS dan dua oleh DAP. "Bagi kerusi Bagan Datok, selain petisyen pilihanraya, satu petisyen berasingan difailkan berhubung kesalahan calon BN, Datuk Seri Zahid Hamidi melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihanraya," katanya. Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR berkata, ianya menjadikan 25 petisyen akan dikemukakan bagi 24 parlimen kesemuanya. Sementara itu beliau turut memaklumkan Pakatan Rakyat juga memfailkan 10 petisyen pilihanraya bagi kerusi Dun di seluruh negara. Dari jumlah itu, sembilan Dun adalah yang ditandingi PAS dan satu Dun yang ditandingi PKR. Pada masa sama tegasnya, beberapa tindakan undang-undang juga akan diambil termasuk memfailkan saman Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi SPR dan ahli-ahli SPR diatas kegagalan melaksanakan dakwat kekal. Selain itu, Pakatan juga akan memfaikan petisyen menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja setakat ini dan kajian dalaman PKR. Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. "Pasukan PKR yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi. Berikut adalah kawasan parlimen yang terlibat dengan petisyen: Difailkan oleh PKR 1. P014 Merbok 2. P018 Kulim Bandar Baru 3. P026 Ketereh 4. P029 Machang 5. P053 Balik Pulau 6. P072 Tapah 7. P075 Bagan Datok 8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000) 9. P092 Sabak Bernam 10. P118 Setiawangsa 11. P140 Segamat 12. P144 Ledang 13. P146 Muar 14. P158 Tebrau 15. P159 Pasir Gudang 16. P168 Kota Marudu 17. P177 Beaufort 18. P182 Pensiangan 19. P220 Baram Difailkan oleh PAS 1. P093 Sungai Besar 2. P096 Kuala Selangor 3. P119 Titiwangsa 4. P161 Pulai Difailkan oleh DAP 1. P078 Cameron Highlands 2. P142 Labis Berkaitan: Rafizi: Kos Petisyen Pilihan Raya RM1.5 juta [KD] PETALING JAYA 10 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta. Justeru, jamuan makan malam mengumpul dana bagi membiayai kos petisyen pilihan raya akan bermula 28 Jun ini. "Jamuan makan malam bagi mengumpul dana itu akan bermula di Pulau Pinang diikuti Kuala Lumpur dan Johor Bahru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Kata Rafizi, kos deposit awal petisyen berjumlah RM15,000 dan RM30,000 untuk setiap petisyen yang difailkan. Ia melibatkan 24 petisyen bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi kawasan DUN. Tambahnya, meskipun Pakatan Rakyat mendapat bantuan guaman secara pro-bono, namun kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen atau sekiranya plaintif tewas. "Kena dapatkan dalam sebulan. Kita (KEADILAN) juga bercakap bagi pihak lain (PAS dan DAP)," katanya. Menurut Rafizi, petisyen tersebut telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga 12 Jun ini. PKR: Zahid Belanja Lebih RM200,000 Masa Kempen [MK] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR. Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000. Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini. Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini. PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen. Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. |
[Video] Himpunan BLACK 505 Dianjak Ke 22 Jun 2014 Posted: 10 Jun 2013 04:53 AM PDT [Selangorku] PETALING JAYA 10 JUN : Pakatan Rakyat (PR) memutuskan mengadakan perhimpunan aman Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Jun ini berikutan tiada program lain dijalankan di kawasan itu pada tarikh berkenaan. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata pihaknya mengambilkira pandangan pihak terlibat di mana pada tarikh asal iaitu 15 Jun, terdapat program karnival dan majlis perkahwinan akan diadakan di kawasan itu dan berhampirannya. Sehubungan itu, PR memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman #blackout 505 dalam tempoh 10 hari kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti ditetapkan. "Permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun telahpun dibuat pada Jumaat 7 Jun lalu. DBKL juga mengesahkan tiada mana-mana pihak membuat permohonan mengadakan acara di padang itu pada tarikh tersebut. "Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa majoriti rakyat Wilayah Persekutuan bersama PR maka DBKL dan Tengku Adnan diminta menghormati hasrat rakyat selain Padang Merbok adalah milik rakyat. Berkaitan: DBKL tolak permohonan Pakatan guna Padang Merbok [MK] Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Padang Merbok pada 22 Jun ini. Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib sebaliknya mencadangkan pembangkang mengadakan perhimpunan itu di tempat tertutup seperti stadium. Beliau juga berkata akan membantu Pakatan mencari tempat yang sesuai seperti perhimpunan yang diadakan di Selangor sebelum ini. Perhimpunan pertama Pakatan sebelum ini diadakan di Stadium Kelana Jaya. Bercakap dalam sidang media hari ini, Ahmad Phesal, keputusan menolak permohonan itu dibuat antaranya kerana Majlis Olimpik Malaysia sudah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi untuk acara mereka pada 23 Jun. Justeru, mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelum itu. |
Wanita yang Didakwa Meruntuhkan Perkahwinan Presiden Rusia Posted: 09 Jun 2013 08:30 PM PDT [HM] Moscow: Inilah ahli gimnastik seksi dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Presiden Vladimir Putin. Pemenang pingat emas Olimpik Alina Kabaeva, 30, dikatakan sudah sekian lama menjadi wanita simpanan Putin dan didakwa mempunyai anak hasil hubungan sulit itu. Khabar angin kononnya pasangan itu merancang berkahwin dihangatkan lagi dengan pengumuman mengejut Putin bahawa dia dan isteri, Lyudmila akan bercerai. Putin, 60, secara dramatik mengumumkan hasratnya itu dalam mesej menerusi televisyen yang disiarkan ke seluruh negara kelmarin. Beliau dan Lyudmilla, 55, bekas pramugari berkahwin 30 tahun lalu dan mempunyai dua anak perempuan. Bagaimanapun, di Moscow, bukan lagi rahsia rumah tangga mereka sudah berakhir dengan Putin dilapor dilihat mengucup Alina di sebuah restoran pada 2008. Dakwaan bahawa mereka menjalin hubungan sulit mula didedahkan akhbar milik penentang Putin, Alexander Lebedev. Akhbar itu diharamkan enam hari kemudian. Kelmarin, khabar angin semakin kencang mengenai apa tindakan presiden itu selanjutnya. Rakyat Russia yakin Putin meninggalkan Lyudmilla untuk berkahwin dengan Alina walaupun mendakwa dia bercerai kerana beban kerja hingga tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Jurucakapnya, Dmitry Peskov berkata: "Tidak ada tempat dalam kehidupan Putin untuk hal ehwal keluarga. Yang ada hanya tugas memimpin negara. Bagaimanapun, bloger Leonid Volkov berkata: "Saya mendengar ramai pemandu teksi berkata: "Jika dia curang kepada isterinya bermakna dia menipu negara." Bulan lalu, Alina, dalam wawancara televisyen menafi mempunyai anak, tetapi secara berhati-hati mengelak menyebut nama Putin. |
Perogol Ditanam Hidup-hidup Sebelah Mangsa Posted: 09 Jun 2013 06:30 PM PDT [HM] La Paz: Penduduk sebuah kampung di kawasan pergunungan di selatan Bolivia mengebumikan seorang lelaki hidup-hidup di dalam kubur seorang wanita yang dirogol dan dibunuhnya. Santos Ramos, 17, dituduh membunuh mangsa, Leandra Arias Janco, 35, Ahad lalu. Lebih 200 penduduk kampung menangkap Ramos dan mengebumikannya hidup-hidup di sebelah mayat mangsa. Menurut jurucakap polis, pihaknya gagal menghalang perbuatan itu selepas penduduk turut menghalang mereka memasuki kampung berkenaan. Seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali berkata, Ramos diikat ketika mangsanya dikebumikan. Dia kemudian dicampak ke dalam kubur sebelum penduduk memasukkan keranda berisi mayat Leandra dan menimbusnya. |
[Wajib Baca] Tanah Melayu TERGADAI di Negeri Terkuat UMNO... Posted: 09 Jun 2013 05:30 PM PDT [Berita Semasa/ASD] Malaysia adalah antara segelintir negara di Asia Tenggara yang benarkan warga asing membeli hartanah 'FreeHold'. Jual boleh tetapi mengapa biarkan warga asing memiliki harga kenapa senario seperti ini terus berlaku? Cara Indonesia mengawal pemilikan hartanah kepada warga asing yang mana hanya dibenarkan tempoh pemilikan pajakan maksima selama 30 tahun sahaja lebih dihormati.. tetapi cara Malaysia? Kerajaan Johor Kenakan Kadar Cukai Hartanah Baharu? JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengenakan kadar cukai baharu yang lebih tinggi kepada kira-kira 130,000 pegangan asing yang memiliki hartanah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata kadar cukai baharu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat itu berbeza dengan kadar yang dikenakan kepada penduduk tempatan. Sebentar? Sekadar mahu menaikkan cukai pintu? Terus-terang kami katakan selamba sahaja orang Singapura membayarnya. Adakah cadangan seperti ini yang mampu dikeutarakan setakat ini? Tiada lagikah cadangan yang lebih agresif daripada ini? Tidak mustahil, tidak lama sahaja lagi Johor bakal menjadi tempat tinggal dan kediaman untuk rakyat Singapura. Trend sekarang, orang Singapura tinggal di Johor Bahru, rumah mereka di Singapura disewakan kepada expartariat. Akhirnya, apa yang berlaku sekarang harga rumah di Johor Bahru melambung-lambung tinggi disebabkan permintaan daripada kelompok mereka ini. Natijahnya, warga Malaysia terutamanya orang Melayu Johor tidak mampu beli hartanah di sana sebaliknya sedikit demi sedikit JB bakal jadi tempat tinggal warga Singapura. Sambung baca lagi laporan Bernama di sini… "Sudah tiba masanya kerajaan negeri memberi perhatian kepada pegangan asing di negeri ini kerana rakyat kita di negara luar juga dikenakan kadar cukai yang berbeza. Jadi saya rasa untuk permulaannya kita kenakan kadar berbeza bagi cukai harta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Zon Permas, di sini hari ini. Mohamed Khaled yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Permas berkata, beliau yakin rakyat Johor akan bersetuju dengan keputusan tersebut kerana ia akan memberi keuntungan kepada mereka manakala warga asing pula perlu belajar bersyukur kerana memiliki harta di negeri ini. – Bernama Hakikatnya rumah-rumah di Johor amat murah bagi orang Singapura. Pemandu teksi di Singapura pun boleh milki hartanah bernilai RM400,000 di Johor Bahru. Mengambil kira faktor : - Pendapatan perkapita rakyat Singapura lebih 4 kali ganda berbanding rakyat Malaysia sendiri umumnya dan rakyat Johor amnya - Keduanya, adalah disebabkan kadar tukaran matawang Singapura agak tinggi sekitar 2 kali lebih berbanding Malaysia - Dan akhirnya, undang-undang pemilikan hartanah di Malaysia kepada warga asing masih lagi lemah Ayuuh penguatkuasa, kapitalis hartanah yang berada di barisan hadapan dan juga kalangan yang berkepentingan dan berpengaruh yang berselindung di belakang mereka ini, sedarlah jangan biarkan rakyat sendiri merempat dek kerana sibuk mengejar pembangunan dan keuntungan yang maksima semata. Akhirnya lagu di bawah ini bakal menjadi siualan untuk tempoh masa yang kan datang. Tidak mustahil….. Jangan hanya pandai berdegar-degar di kaca televisyen dan di media arus perdana yang lain mahu memperjuangkan bangsa Melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya tetapi hakikatnya di belakang, bersama-sama menyokong membina rumah mahal dan menjual serta menggadai kepada warga asing. Baru-baru antara kami ada pergi ke pejabat jualan pemaju yang terkenal di sana. Penuh dengan warga Singapura. Apabila ditanya, harga satu unit rumah kluster yang terpampang "only bumi unit left" dengan harga RM1 juta lebih Adakah ada warga Johor yang waras beli rumah teres dengan harga RM500,000 ke atas? Majoriti pemilik hartanah Seri Alam. Bukit Indah orang mana? Kalau tidak…. Projek terbaru laris macam goreng pisang. Satu lagi projek berhadapan dengan Jusco Bukit Indah telah pun "sold out" walaupun belum "launch" lagi. Siapa pembelinya? Kalau tidak….. Jikalau dilihat keadaan di sekitar JB/Nusajaya agak sedih kerana : Seri Alam – Rumah yang bawah RM300,000 tidak akan dibina lagi, ada satu taman baru RM500,000 ke atas, apabila ditanya kepada pihak pemaju, jawapan mereka projek tersebut dipasarkan untuk kalangan"lecturers expatriate" yang akan datang di mana Seri Alam bakal menjadi bandar Ilmu. Buat rumah di ulu Pasir Gudang pun sama, pun sudah mencecah RM350,000. Hartanah di Johor Semakin Mahal : Usaha Menganinya? Jadi, apa lagi usaha yang mahu dilakukan kepada orang Melayu Johor yang terdiri daripada golongan pertengahan dan rendah terutamanya bagi membantu meningkatkan slot kependudukan mereka di di kawasan utama Johor? Kenakan cukai tinggi kepada warga asing hanya bantu kerajaan tambah duit dan pendapatan sahaja terutamanya bagi menampung pemberian BR1M setiap tahun. Tetapi dengan duit BR1M tersebut, berapa banyak impaknya kepada orang melayu yang tercari-cari hartanah di kawasan bandar apatah lagi di tanahair sendiri. Yang dibimbangkan pada masa akan datang, jika ditangani dengan mekanisme yang lebih baik Johor pasti akan jadi seperti Palestin saja suatu hari nanti. Tidak mustahil. Dahulu….. asalnya tanah palestin luas, orang-orang kaya Yahudi membeli sedikit demi sedikit tanah dari orang palestin akhirnya bila Yahudi kuat, mereka merampas begitu sahaja baki tanah palestin yang tinggal. Kebanyakan rumah di Johor berharga RM400,000 ke atas yang mana mampu dibeli oleh golongan gaji lebih daripada RM7,000 sebulan sahaja. Jadi kepada Menteri Besar Johor, tolong bagi statistik berapa ramai rakyat di Johor terutamanya Melayu yang bergaji sedemikian rupa? 1.Sepatutnya warga asing tidak boleh beli hartanah freehold 2.Pajakan hanya tempoh yang singkat sahaja 3.Nilai hartanah yang boleh dibeli warga asing hanyalah pada kadar jutaan ringgit sahaja 4.Dan dikenakan RPGT berkali ganda berbanding rakyat tempatan Sekarang ini terdapat projek komersial dan perumahan yang bertaraf antarabangsa di sekitar Danga Bay. Pelan asal yang diluluskan dicadangkan di masjid dibina di tenga-tengah kawasan komersial berkelas mewah ala-ala masjid Kotaraya. Tetapi akhirnya, ada suara-suara yang berpengaruh meminta mengeluarkan pelan pembinaan masjid tersebut dengan alasan kawasan tersebut disasarkan untuk warga Singapura yang boleh menyebabkan jalan sesak ketika Hari Jumaat terutamanya. Inilah satu insiden yang menunjukkan di sini pelabur Singapura cukup dihormati di Malaysia. Jenaka yang paling di Johor selama ini apa dia? Hanya tanah kubur dan angin sahaja tidak dijual Belum masuk lagi bab kisah jual beli pasir kepada Singapura sehingga kelihatan Selat Tabrau semakin lama semakin sempit. Bagaimana boleh jadi begini? Apakah Johor ini diperintah oleh komunis? Cina? Yahudi? Warga asing? |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan