DIALOG RAKYAT |
- ‘Ubah Network’: Usaha DAP dapatkan sokongan rakyat Malaysia luar negara
- Cadangan Bekas Hakim Bawa Kita ke Zaman Tombak dan Lembing
- DAP sasar 13 kerusi di Sabah dalam pelan tindakan PRU14
- Saman Halim Saad: Pakatan mengatakan legasi rasuah dan kronisme Dr M
- Wujudkan Suruhanjaya Bebas Postmortem PRU13! - Presiden PAS
- Kepala pecah jatuh tingkat 18
- PKR pulau sidang Parlimen 24 Jun ini
- UMNO kembali dengan ragam lamanya
- Penulis blog Singapura bantah pelesenan lawan web
- Misteri Kampung Tanduo
- Saifuddin: PSM tidak lagi bersama PR
- Rumah Saifuddin dipecah masuk
- 20% Undi Untuk 112 Kerusi Parlimen Bagi BN Menang Majoriti Mudah
- Gempar..KM P Pinang langsung tak ambil kisah tragedi jambatan
- PERGH!!!!!..JANGAN TIDAK PERCAYA BEB!!!... PAPAGOMO KINI SUDAH BERGELAR "SIR"!!!!!!
- Cadangan untuk kebajikan rakyat Terengganu
- Marina Mahathir jauh lebih matang dari bapanya
- SPR kaji persempadanan semula kawasan pilihan raya
- Himpunan #Blackout505 Padang Merbok Ditunda Pada 22 Jun?
- Tahanan warga Jepun gantung diri dalam lokap
- Litar lumba bakal dibina untuk belia kedah
- 1001 misteri di Kampung Tanduo
- Tiga Kambing 'Ditahan' Kerana Merosakkan Kenderaan Polis
- Isu Pasar Payang; Siapa Tipu Siapa?
- Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR
‘Ubah Network’: Usaha DAP dapatkan sokongan rakyat Malaysia luar negara Posted: 09 Jun 2013 05:48 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa EksekuRoketkini.comtif Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk membangunkan bagi mendekati 500,000 rakyat Malaysia di luar negara terutamanya di Singapura, Eropah, Amerika, Australia dan Asia-Pasifik. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan keputusan itu yang dibuat dalam mesyuarat CEC 5 Jun lalu. "Rangkaian Ubah ini akan dipimpin oleh Setiausaha Antarabangsa DAP yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah, Sdr Sivakumar Varatharaju Naidu. Jawatankuasa Rangkaian Ubah ini akan diumumkan kemudian," ujar Guan Eng. Menurut beliau kepentingan warga Malaysia yang menetap di luar negara semakin meninggi berikutan perakuan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan pengundian luar negara di Kedutaan Malaysia sewaktu PRU ke 13. "Malangnya, jumlah yang keluar mengundi sangat tidak memuaskan. Di Great Britain, dengan hampir 80,000 warga Malaysia, hanya 1,200 yang mengundi di Kedutaan Malaysia di London," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang. "Ada lebih banyak ruang dan peluang untuk mendapatkan sokongan daripada 500,000 rakyat Malaysia luar negara yang layak mengundi tetapi tidak berbuat demikian," tambahnya. – Roketkini.com | ||||
Cadangan Bekas Hakim Bawa Kita ke Zaman Tombak dan Lembing Posted: 09 Jun 2013 04:13 AM PDT MSO Semua orang boleh bercakap dan rasa mahu bercakap mengikut naluri dan kepentingan diri masing-masing. Itulah kebebasan, dan kemahuan itu menandakan mereka hidup. Kebebasan ini bukan saja dibenarkan oleh sistem demokrasi, tetapi Islam sangat mementingkan dan adil dalam memberi hak dan kebebasan bersuara. Sebab itu Islam itu syumul. Tuhan menyuruh kita membaca dengan seruan dalam surah Iqrak, adalah menjadi simbol kebebasan kepada kita untuk menimba ilmu seberapa banyak kemudian bercakap (sebar dan guna) ilmu berkenaan untuk kepentingan manusia dan dunia. Pun begitu ia tetap ada batas-batasnya. Macam demokrasi juga, walaupun ia bebas tetapi tetap tertakluk kepada undang-undang dan naluri manusia. Demokrasi mengalu-alukan kebaikan dan kemuliaan. Begitu juga dengan agama, semua agama mahukan kepada kebaikan dan kemuliaan. Bahkan lebih-lebih lagi tekanan mengenainya. Sekatan atau kawalan dikenakan oleh demokrasi atau agama dengan tujuan satu, untuk kebaikan dan kemuliaan. Selain dari tujuan itu ia bukan kebenaran sebaliknya kejahatan. Saya ingin menyinggung mengenai kebebasan bersuara dan ruang memberi pendapat yang digunakan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mencadangkan supaya satu akta khas untuk menghukum mereka yang menderhaka kepada raja atau sultan digubal. Katanya walaupun sudah ada akta Hasutan 1948 yang mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang melakukan penderhakaan kepada raja atau sultan tetapi itu tidak mencukupi. Akta itu ikhaskan kepada kesalahan-kesalahan lain. (Mungkin dalam konteks ini Mohd Noor ada tafsiran lain mengenai penderhakaan? Elok dan molek kalau beliau menghurai dan mentafsirkan bentuk penderhakaan yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada negara dan sesuai dengan perintah Allah itu agar rakyat tidak kabur mengenainya). Makanya satu akta baru, Akta Derhaka perlu digubal. Saya sependapat dengan pandang balas oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang menganggap kewujudan akta derhaka itu akan memberi impak negatif kepada negara termasuk dicap sebagai ekstrem. Pandangan Rafizi boleh dianggap sebagai pandangan anak muda atau generasi baru yang melihat dunia hari ini dengan mata bukannya ilusi atau impian serta pendodoian melampau. Sudah pasti akta berkenaan menjadikan kita surut ke belakang seperti lebih 400 abad lalu. Dahulu kala rakyat jelata begitu takut untuk berhadapan dengan raja hatta untuk menyampai sesuatu yang baik kepada baginda. Ini berlaku kerana adat-adat berhubung atau pun 'kebudayaan beraja' itu begitu tinggi yang ditafsirkan secara kolot dan feudal. Hatta untuk memberi tahu buah nangka baginda sudah masak dan kalau tidak dikait akan busuk pun begitu susah dan memerlukan peraturan dan adat istiadat ketat, mungkin kena angkat sembah. Jangan cakaplah soal-soal yang lebih kritikal dari itu. Sejarah atau mitos lampau banyak menceritakan bagaimana raja sebagai raja melakukan apa yang diingini mengikut kehendak hati dan nalurinya. Kenapa wujud bidalan 'raja bersultan di mata dan beraja di hati'. Ini kerana raja-raja zaman dulu melakukan tindakan dan menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa yang adil dan saksama. Ia kerana raja bersandarkan kepada laporan para penasihat saja. Yang lebih malang bila ada penasihat yang berhati busuk dengki dan khianati. Maka terjadilah hukuman dikenakan kepada mereka atau individu yang tidak benar-benar bersalah atau dalam erti kata lain tidak melakukan jenayah kepada rakyat dan negara. Manajala yang benar-benar jahat dan khianat lepas atau pun terus berlindung dalam 'genak' istana. Saya bimbang kalau akta derhaka yang dicadangkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan itu dilaksanakan, kehidupan kita akan kembali ke zaman gelap dan zalim itu semula. Akta itu menyebabkan rakyat akan melihat raja atau institusi raja itu tidak akan dapat ditegur dan dikritik langsung bimbang ia ditafsirkan sebagai penderhaka. Rakyat juga dalam ketakutan dan bersifat rendah diri tanpa sebab munasabah. Rakyat akan hilang haknya sebagai hamba Allah. Al hasilnya raja atau institusi raja akan terus menjadi raja dan kebebasan yang diperjuangkan rakyat selama ini akan berkubur. Apa yang telah dirombak oleh Mahathir Mohamad lebih 20 tahun lalu yang mengurangkan imuniti raja-raja sesuatu yang sudah molek dan betul. Proses evolusi itu melengkapkan institusi raja dengan demokrasi (rakyat). Raja-raja juga tidak bermasalah dengan proses itu dan baginda dapat bertahkhta dengan aman dan selamatnya. Keris dan tengkolok mereka tidak lurus dan berkarat. Kedudukan dan kedaulatan raja-raja tidak pernah tercalar pun. Jadi apakah kerana ada sedikit kebebasan bersuara menerusi media baru dilakukan oleh mereka yang jahil mengenai instutusi raja maka sebuah akta hendak dibuat? Inilah yang saya nampak di Malaysia, kita akan menyelesaikan sesuatu itu dengan akta dan undang-undang tanpa memilih jalan lain. Walhal dalam kronologi kehidupan Islam, selain dari menghukum manusia untuk memberi pencerahan dan keinsafan dianjurkan melakukan metode menerusi tarbiyah, pendidikan. Bagi saya daripada kita menggubal akta yang membawa kita ke zaman lembing dan tombak elok kita perkasakan kembali pendidikan Tata Rakyat yang pernah diamalkan sebelum ini. Pendidikan itu juga perlu diubat dengan pendekatan lebih fleksible dan autentik, bukannya dari satu arah, supaya rakyat mentaati rakyat tanpa memberi tahu falsafah dan penghuraian kenapa harus berbuat begitu. Subjek itu juga harus berani juga memberi tahu apa yang harus raja dan sultan lakukan. Majoriti rakyat negara ini Islam dan bekas hakim itu juga Islam. Kenapa tidak mahu mengambil metodolgi Islam dalam membentuk pemikiran dan jiwa rakyat di negara ini? Apakah kita tidak yakin dengan Islam? Kalau kita tidak yakin, untuk apa kita berpegang kepadanya. Islam bukan saja untuk menjadikan kita manusia berpuasa, solat, berzakat, naik haji dan sebagainya, tetapi Islam adalah untuk dipraktikan ke dalam seluruh kehidupan kita dari masa jaga hingga ke masa tidur. Sebab Islam itu memikirkan mengenai mati dan hidup manusia. Jadi bagi mendidikan rakyat negara ini agar tidak menderhaka kepada raja bagilah maklumat dan pendidikan Islam kepada mereka, dan jangan lupa juga raja-raja kita perlu dilengkap dengan ilmu Islam sedalam mungkin. Bahkan mereka lagi sesuai dipenuhi dengan ilmu Islam kerana raja atau sultan ada kepala agama di negara ini. Tidak ada erti kalau kepala tanpa ilmu. Kalau raja-raja kita berdiri atas takhta sebagai 'amirrumukmini' kita semua akan selamat. Kesimpulannya jangan kita mudah menerima cadangan oleh bekas hakim berkenaan yang bagi saya sudah gelap pintu fikirnya dan apa yang beliau nampak hanya pintu penjara saja, kerana dia sebagai hakim yang mahu mengambil jalan mudah, penjara saja orang salah habis cerita. Seperkara lagi bukan semua pandangan hakim itu benar dan betul, kadang-kadang hakim juga terkhilaf. | ||||
DAP sasar 13 kerusi di Sabah dalam pelan tindakan PRU14 Posted: 09 Jun 2013 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR— DAP memulakan kempen menghadapi Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan mengumumkan pelan tindakan "kawasan angkat", dimana wakil yang dipilih akan menjaga 13 kerusi negeri untuk tempoh lima tahun. Penasihat DAP Lim Kit Siang menyenaraikan kerusi sasaran semasa lawatan ke negeri tersebut hari ini, lebih satu daripada wakil DAP sama ada dari Sabah ataupun luar boleh dilantik untuk berkhidmat di setiap 13 kawasan tersebut. "Saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan Rakyat bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam PRU13, selain untuk memastikan yang kita berjaya membina asas yang kukuh untuk turut memenangi kerajaan negeri Sabah dalam PRU14," kata Lim dalam satu kenyataan media yang merujuk kepada pilihan raya 5 Mei lalu yang baru berakhir. Pilihanraya 2013 menyaksikan BN kembali berkuasa di Sabah dengan majoriti selesa dua pertiga tetapi gabungan pemerintah tersebut kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi mereka pada tahun 2008. PR mencatatkan kemenangan bersejarah di kubu kuat BN, menambah 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 60 keseluruhan dan tiga kerusi parlimen. Pada pilihan raya umum 2008, pembangkang hanya memenangi satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen di Sabah, kedua-duanya dimenangi oleh DAP. Lim berkata walaupun PR tidak mencapai sasaran asal untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 26 kerusi Parlimen di Sabah, negeri tersebut tidak lagi boleh dianggap sebagai "deposit tetap "BN". Beliau menegaskan situasi sama kini berlaku di Sarawak dan Johor, dua buah negeri yang dahulunya dianggap kubu BN, sambil menambah pertarungan untuk gabungan pemerintah dalam pilihan raya mendatang "sudah terbuka sepenuhnya kepada semua parti". Memetik keputusan pilihan raya di Sabah, Lim mengulangi kekecewaannya terhadap pertikaian kerusi saat-saat akhir antara parti pembangkang di negeri tersebut dengan parti tempatan, Parti Progresif Sarawak (SAPP) dan Parti Reformasi Negeri (STAR). Beliau berkata, jika tidak kerana pertikaian tersebut, BN akan kalah empat lagi kerusi Parlimen dan lapan DUN, iaitu Kota Marudu, Keningau, Tenom dan Pensiangan bagi kerusi Parlimen dan Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Nabawan dan Elopura bagi kerusi DUN. Sekiranya semua pembangkang bersatu sepenuhnya, BN sekurang-kurangnya akan tewas lagi di 11 kerusi Parlimen dan 26 DUN, dakwa Lim lagi. Walau bagaimanapun, MP Gelang Patah tersebut mahu melihat ke hadapan dan menggesa PR kini sepatutnya fokus untuk memenangi kedua-dua kerusi persekutuan dan juga kerajaan negeri Sabah, dengan mengambil kira kemenangan yang memberangsangkan dalam pilihan raya yang lalu. "Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam PRU14 - kerusi yang dinamakannya ialah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai," kata Lim. "Untuk membantu kempen DAP dan PR di Sabah bagi PRU14, Ahli-ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat," tambahnya lagi. Jawatankuasa perhubungan DAP negeri Sabah dan juga Ahli Parlimen Teresa Kok yang telah dilantik sebagai penyelaras bagi Sabah dan Sarawak akan mengumumkan butiran lanjut mengenai program anak angkat itu, kata Lim. Bagi sebelah pihaknya, ahli politik itu berkata beliau akan mengambil DUN Karanaan sebagai kawasan angkatnya. | ||||
Saman Halim Saad: Pakatan mengatakan legasi rasuah dan kronisme Dr M Posted: 09 Jun 2013 04:06 AM PDT Para pemimpin pembangkang percaya saman itu, bersedia untuk menjadi salah satu pertempuran korporat terbesar di negara ini, juga akan menguji keseriusan pentadbiran Najib dalam menangani rasuah peringkat tertinggi kerana mereka menjangkakan pertempuran undang-undang akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai hubungan korporat kotor Umno. "Ini adalah salah satu lagi peninggalan oleh Tun Dr Mahathir (Mohamad) (gambar)," kata ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada perdana menteri paling lama berkhidmat di mana pentadbirannya telah menerajui projek kemajuan korporat Bumiputra yang membantu mewujudkan satu kumpulan jutawan Melayu seperti Halim. "Kalau tentang rasuah dan kroni, kita memang sudah tahu Umno memang rasuah dan banyak kroni. Cuma sekarang kita mahu tahu siapa sebenarnya yang mendapat untung daripada semua itu... itu sahaja rakyat mahu tahu," tambah beliau. Halim telah mengambil tindakan undang-undang serius terhadap kerajaan bagi menuntut penyelesaian penuh perjanjian bernilai lebih RM2 bilion yang memaksa beliau melepaskan pegangan dalam Renong Bhd sedekad lalu. Menurut majalah perniagaan The Edge Review, Halim, suatu ketika dahulu yang merupakan satu-satunya penama korporat pemerintah Umno, mendakwa telah ditawarkan wang tunai berjumlah RM1.3 bilion, hartanah serta kawalan ke atas syarikat swasta pengurusan sisa sebagai pertukaran ke atas pelupusan Renong seperti yang dijanjikan pada 2001. Di samping memetik individu lain yang menyamai seperti saman Halim, majalah itu melaporkan ahli perniagaan itu hanya menerima RM165 juta walaupun telah menyerahkan empayar perniagaannya dan akan menuntut bakinya. Langkah itu datang sebagai satu kejutan kerana tempoh Halim dalam Renong telah dicemari dengan keputusan yang dipersoalkan. Terdapat persepsi dia telah gagal untuk mengekang hutang Renong yang semakin meningkat memaksa kerajaan untuk mengambil alih kepentingan dalam konglomerat melalui cabang pelaburan negara Khazanah Nasional Bhd. Liew mengatakan kes Halim ini adalah diantara kegagalan projek pembangunan korporat Bumiputera memetik kontroversi lain seperti pertarungan undang-undang antara penerbangan nasional MAS dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Tan Sri Tajuddin Ramli dan skandal Forex pada 1983. "Sedihnya, selepas 10 tahun sejak Mahathir bersara kita masih bergelut dengan isu-isu sebegini... saya rasa sudah sampai masanya cadangan Suruhanjaya Diraja dilaksanakan untuk menyiasat semua legasi kewangan yang bersangkut-paut dengan Mahathir ini," katanya. The Edge Review berkata saman itu, bakal menjadi pertarungan korporat terbesar dalam negara, serta akan mendedahkan buat kali pertama "urusan di sebalik tabir dalam beberapa urus niaga berbilion dolar dan penganugerahan kontrak yang membentuk dunia korporat Malaysia sekitar pertengahan 1980an dan awal dekad ini". Ia juga memetik pemerhati industri mengatakan saman Halim akan memberikan gambaran bagaimana Umno mencipta mesin membuat wang politik di seluruh Renong dan kebimbangan yang berkaitan dengannya, United Engineers Malaysia Bhd (UEM). "Ia akan menawar pengakuan Halim bagaimana dia berhenti menjadi penama perniagaan Umno dan juga memberi pengakuan peribadi yang dihadapi ahli perniagaan sejak bertahun-tahun lalu ketika beliau bertarung menjaga Renong yang penuh sarat dengan hutang untuk bertahan," tulis majalah itu lagi. Ahli Parlimen Kelana Jaya baru dari PKR Wong Chen bersetuju dengan pandangan itu mengatakan saman tersebut akan membantu mendedahkan jaringan korporat Umno dan bagaimana ia membantu parti pemerintah itu mengumpulkan kekayaan bagi meneruskan dominasi. Kes ini akan mendedahkan seperti yang didakwanya sebagai satu sistem penama korporat tunggal Umno dalam membentuk dan menjaga empayar parti tersebut. "Di samping itu, kes saman ini akan menyerlahkan lagi hubungan meragukan antara Umno dalam perniagaan. Apa yang Halim Saad katakan memang benar, sistem penama ini telah menggalakkan wujudnya budaya kekaburan (opaqueness) dalam perniagaan dan politik," katanya kepada The Malaysian Insider. Wong yang mengetuai portfolio pelaburan perti pembangkang PKR, mengatakan kes ini akan menunjukkan sama ada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertindak kepada yang terlibat dalam episod itu. "Kes ini akan menentukan ketelusan dan kebertanggungjawaban seperti mana yang dilaungkan oleh kerajaan". Pembangkang mendakwa bahawa orang-orang di sebalik kegagalan dasar mahal pentadbiran Mahathir bukan sahaja melepaskan diri dari hukuman tetapi mendapat pampasan besar dalam beberapa kes. Kes yang paling ketara adalah penyelesaian di luar mahkamah antara MAS dan Tajuddin, satu lagi "budak poster" korporat Bumiputra era Mahathir. Langkah itu telah digambarkan sebagai cubaan oleh kerajaan untuk menutup butiran yang terdapat dalam afidavit Tajudin untuk menyokong beliau tuntutan balas di mana hartawan itu kononnya mendedahkan banyak mekanisme dalaman di sebalik pembelian MAS. Pemimpin pembangkang menyatakan perkara yang sama boleh berlaku dengan saman Halim keranai hartawan itu mendedahkan pada pautan Umno-Renong boleh memaksa kerajaan untuk mengalah dan mencari penyelesaian di luar mahkamah. "Saya harap perkara ini tidak jadi seperti kes Tajuddin Ramli yang mana akhirnya ia diselesaikan di luar mahkamah. Sehingga sekarang rakyat masih tertanya-tanya apa yang berlaku dan berapa telah dibayar," kata ketua penganalisis ekonomi PAS Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider. Menurut The Edge Review, Halim cuba memberi tekanan kepada kerajaan untuk mendapatkan penyelesaian penuh, tetapi pada tahun 2010, Dr Mahathir berkata kepadanya perjanjian itu tidak akan dipenuhi. Ahli perniagaan yang pernah berhadapan dengan keadaan itu mengatakan Dr Mahathir memberitahu Halim beliau telah dimaklumkan oleh Nor Mohamed, aset yang diambil alih oleh Khazanah adalah milik Umno, tambahnya. The Edge Review berkata Halim yang kemudiannya bertemu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri — bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi untuk mengesahkan kata-kata Dr Mahathir. Menurut majalah tersebut dan StarBiz baru-baru ini, Nor Mohamed, kerajaan Malaysia dan dana pelaburan strategik milik kerajaan Khazanah Nasional Bhd telah dinamakan sebagai defendan di dalam saman berbilion ringgit yang telah difailkan April tahun ini. Dalam pernyataan tuntutan itu didakwa dilihat oleh StarBiz, Halim yang mendakwa pihak terbabit telah menandatangani perjanjian pada 2001 dan/atau perjanjian lain 2003 dengan dia untuk "niat menipu beliau atau mendorong beliau untuk bersetuju ke atas kedua-dua perjanjian tersebut". Dzulkefly mengatakan hanya satu cara untuk mengetahui tentang kes ini adalah dengan mengadakan forensik audit dalaman terbuka. "Saya rasa apa rakyat nak lihat sekarang ini adalah wang mereka tidak diperjudikan sewenang-wenangny," katanya. Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga mendesak Putrajaya untuk mendedahkan semua transaksi korporat melibatkan perjanjian Renong. "Adakah duit GLC itu juga duit Umno? Dan bukan duit rakyat?" katanya. Halim, pada tahun 1984 diambil oleh bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sebagai penama korporat tunggal Umno, telah membina Renong dan UEM ke dalam konglomerat terbesar di Malaysia, dengan usaha dalam perbankan, pembinaan, telekomunikasi, pembangunan hartanah dan industri jalan bertol. Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 membawa kepada kejatuhan harga saham Renong dan menurut The Edge Review mendedahkan aliran tunai yang buruk konglomerat tersebut dan beban hutang yang besar. | ||||
Wujudkan Suruhanjaya Bebas Postmortem PRU13! - Presiden PAS Posted: 09 Jun 2013 03:56 AM PDT KELAB GREENBOC PPAS menggesa pihak kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatan Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas Postmortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak. "Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan. Justeru, PAS, tegasnya ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia. Beliau berkata, berbagai persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihan raya, termasuklah sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen secara terbuka bagi pihak Barisan Nasional. "Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membuat cadangan supaya diadakan satu post mortem yang menyeluruh terhadap semua aspek PRU13 ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. Hakikatnya, kata beliau ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. "Pihak kerajaan sendiri juga telah membuat kenyataan supaya diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, dan ini telah memberi gambaran bahawa kedudukan SPR sekarang belum bebas sepenuhnya," katanya. Justeru, tambah beliau tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul. -HD LIHAT VIDEO DI SINI | ||||
Posted: 09 Jun 2013 03:46 AM PDT PUCHONG – Tragis apabila seorang wanita ditemui maut dengan keadaan kepalanya pecah dan otak terburai dipercayai terjatuh dari tingkat 18 Apartment Atmosfera, di sini, pagi semalam. Mayat mangsa, Yew Leng Leng, 23 ditemui terbaring di tingkat bawah pangsapuri berkenaan, kira-kira jam 7.40 pagi oleh seorang pengawal keselamatan. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa terjatuh dari ruang rehat beranda, pangsapuri berkenaan. "Mayatnya ditemui bersama serangkai kunci dipercayai kunci rumah yang didiaminya bersama teman lelaki di pangsapuri sama. "Pemeriksaan mendapati perut mangsa pecah, terdapat luka di belakang badan selain lebam di kaki dan leher dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tinggi itu," katanya. Menurutnya, mangsa dipercayai tinggal di tingkat tiga pangsapuri berkenaan sejak enam bulan lalu. "Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 pagi hingga sebelum mayat mangsa yang memakai kemeja T hitam ditemui tertiarap atas jalan. "Tiada siapa yang melihat kejadian itu (mangsa terjatuh) sehinggalah dia ditemui terbaring di atas jalan dan sudah tidak bernyawa," katanya. Abd Razak berkata, sehingga kini punca kematian masih belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. "Polis forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan siasatan menyeluruh masih dijalankan. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya. | ||||
PKR pulau sidang Parlimen 24 Jun ini Posted: 09 Jun 2013 03:43 AM PDT SHAH ALAM – PKR bakal memulaukan sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 24 Jun depan, kata Naib Presidennya, Tian Chua. Beliau berkata, tindakan itu dilakukan susulan beberapa tuntutan mereka yang tidak ditunaikan. "Kami hanya menuntut seluruh ahli dalam SPR meletak jawatan, tetapi perkara itu tidak ditunaikan. "Sebaliknya kerajaan beri input lain dengan mahu membuat jawatankuasa khas (PSC) dan sebagainya," katanya. Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, selagi seluruh ahli dalam SPR tidak letak jawatan pihaknya tidak berminat untuk memberi kerjasama kepada kerajaan. "Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan," katanya. Bagaimanapun, beliau memberitahu akan hadir pada hari perasmian kerana menghormati kehadiran Yang di-Pertuan Agong. "Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini. "Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak," katanya. Sementara itu, berbeza pula dengan pendirian parti komponen PR, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke memberitahu yang mereka tidak akan memulaukan sidang Parlimen akan datang. "DAP tidak ambil tindakan seperti itu, kami akan hadir seperti biasa. Soal (pulau) atau tidak terpulang pada pendirian mereka (PKR)," katanya. Terdahulu, dalam satu kenyataan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan. | ||||
UMNO kembali dengan ragam lamanya Posted: 09 Jun 2013 03:40 AM PDT Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO, Tan Sri Aziz Shamsuddin, berkata Najib dan Muhyiddin tidak perlu ditandingi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Pandangan beliau selari dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin baru-baru ini. Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat begitu. Tan Sri Aziz berkata kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden itu sudah elok dan yang perlu hanya untuk diperbaiki UMNO itu sahaja. Bagi jawatan-jawatan selain dari Presiden dan Timbalan Presiden itu, bolehlah dipertandingkan. Saya pula berpendapat elok semua kerusi jangan dipertandingkan jika itu menjadi masalah kepada semua yang sedang menyandang jawatan dalam parti. Senang, tidak payah bergaduh-gaduh lagi. Elok kita bertanya kepada TS Aziz, apa yang perlu diperbaiki dalam UMNO itu? Persoalannya lagi siapa yang hendak memperbaiki UMNO itu? Apakah Tan Sri Aziz tahu apakah yang hendak diperbaiki itu? Saya tidak yakin ada diantara pimpinan hari ini tahu apakah yang perlu diperbaiki kerana merekalah yang menyebabkan UMNO itu menjadi kucar-kacir pada hari ini. Bagaimana mereka yang melakukan kucar-kacir itu boleh memperbaiki keadaan parti itu? Melakukan kucar-kacir itu bukan kehendak mereka sendiri, tetapi mereka tidak sedar yang segala yang mereka lakukan dalam UMNO itu adalah penyebab kepada kucar-kacir itu. Itu sebab UMNO sudah dianggap tidak relevan lagi dan ramai yang bercakap hari ini, yang parti itu akan hanya mampu bertahan selewat-lewatnya sehingga pilihanraya ke14 sahaja. Memperbaiki UMNO itu bukan seperti memperbaiki 'remos' dikepala. Kalau memperbaiki remos sahaja maka cukup jika kita bawa sikat dan minyak rambut sahaja. UMNO sekarang ibarat kepala yang sudah tidak ada remos lagi. Jadi apa yang hendak diperbaiki keatas remos itu kerana remosnya pun sudah tiada. Bagi setengah persepsi orang, UMNO sudah tidak lagi boleh diperbaiki dan parti itu hanya menunggu waktu untuk jatuh secara rasmi sahaja. Jadi kalau UMNO masih dengan kepimpinan yang sama dari acuan yang sama, maka ia bukan perubahan atau penambah-baikan. Tindakan mengekalkan kerusi Presiden kepada Najib dan Timbalan Presiden kepada Muhyiddin itu pun betul jika kita hanya mahu mengekalkan UMNO itu setakat sampai pilihanraya yang akan datang sahaja. Kalau itu matlamatnya, maka langkah mengekalkan kerusi-kerusi Presiden dan Timbalan Presiden itu kepada penyandang sekarang adalah tindakan yang tepat. Lagi pun jika diganti Najib dengan Muhyiddin atau dengan sesiapa pun dikalangan pimpinan UMNO di Majlis Tertinggi sekarang, keadaannya bukannya ada perubahan pun. Jika Pakatan Rakyat masih wujud semasa pilihanraya nanti dan PR mengambil langkah untuk menukar imej pucuk pimpinannya maka bukan lagi kerja susah untuk menggantikan BN itu. Jika PR tidak melakukan kesilapan seperti yang mereka lakukan semasa pilihanraya yang lalu, BN akan tetap menghadapi kekalahan dalam PRU 14 yang akan datang. Saya selalu berkata UMNO dan pimpinannya bercakap tentang perubahan ini seolah-olah perubahan itu boleh dilakukan oleh mereka yang sedang menduduki MT pada hari ini. Itu sahaja sudah menunjukkan yang mereka mahu melakukan perubahan tetapi tidak tahu apa yang hendak diubahnya. Tan Sri Aziz sendiri tidak menyatakan apa yang perlu diubah itu. Siapa yang hendak mengubahnya dan bila hendak dilakukan perubahan itu? Kenyataannya, jika pun tahu siapa yang hendak mengubahnya serta apa yang hendak diubah itu, semuanya mesti dilakukan sekarang jika hendak menghadapi pilihanraya lima tahun yang akan datang. Ini juga adalah kemestian, kerana jika ada pun perubahan yang pada ramai tidak akan berlaku itu, ia mesti dilakukan secara drastik sekarang juga. Ia akan memakan masa untuk menampakkan kesan kepada perubahan itu. Jika tanggungjawab untuk melakukan perubahan itu kepada yang ada pada hari ini maka hasilnya adalah 'predictable'. Ia akan diibaratkan sebagai 'tikus memperbaiki labu'. Justeru UMNO tidak akan berubah dan yang akan berlaku nanti akhirnya ialah UMNO itu akan diubah oleh rakyat. Jika ada pun sedikit harapan untuk BN kekal ialah jika Pakatan Rakyat berada dalam keadaan hari ini. Jika PR masih seperti hari ini kemungkinan BN boleh kekal ada sedikit kebarangkaliannya. Jika selama ini blog ini selalu menekankan betapa pentingnya perubahan berlaku dalam BN, kali ini blog ini juga menyarankan PR untuk melakukan transformasi juga jika ia masih berkeinginan untuk mempunyai 'consequence' yang jelas dalam apa yang di sebut mereka untuk melaksanakan slogan 'ubah' yang dicanangkan dengan begitu hebat pada hari ini. Pakatan Rakyat masih tidak dapat mencari 'point of reconciliation' dalam beberapa hal penting. Perhubungan diantara parti diperingkat pertengahan dan bawahan masih lagi 'fluid' dan tidak ada penyatuan yang betul-betul jitu antara mereka. PR hanya dilihat sebagai pihak yang mahu mengalahkan BN semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Walaupun mereka faham yang mereka perlukan kekuatan untuk menundukkan BN tetapi ia masih lagi tercari-cari kebersamaan dalam siapa atau parti mana yang mempunyai keupayaan untuk mengepalai kumpulan itu. Ini penting kerana rakyat terutamanya yang diatas pagar masih mempunyai keraguan samada Anwar benar-benar pemimpin alternatif yang secocok dengan kehendak perubahan itu. Alasan untuk merasa ragu terhadap Anwar itu bukan sahaja jelas ada dikalangan rakyat dan ia juga ada dikalangan pimpinan PKR sendiri dan juga diantara parti-parti dalam 'coalition' itu sendiri. Walaupun ramai diantara pengikut beliau membentak dengan kenyataan ini, tetapi masa akan menentukan kebenaran dengan apa yang dikatakan ini hanyalah fenomena sementara sahaja. Perlu diingat walaupun isu yang dihangatkan tentang rasuah dan berbagai-bagai terhadap BN hari ini, hanyalah isu yang 'expedient' buat sementara sahaja. Walaupun isu itu BENAR, tetapi belum lagi mencukupi untuk membawa PR kepada kuasa kerana banyak lagi 'variables' kepimpinan yang baik yang masih belum nyata berada dipihak Pakatan Rakyat. Tidak kuasa saya untuk memberikan alasan atau sebab-sebabnya kerana ia memakan ruang yang panjang untuk menulisnya. Tulisan yang panjang selalunya tidak digemari oleh pembaca terutamanya dikalangan kita orang Melayu ini. Biarkan sahaja masa menentukannya. | ||||
Penulis blog Singapura bantah pelesenan lawan web Posted: 09 Jun 2013 03:35 AM PDT SINAR HARIAN SINGAPURA - Kira-kira 2,500 rakyat Singapura yang diketuai penulis blog tempatan mengadakan bantahan di Speakers' Corner di Hong Lim Park hari ini untuk mendesak kerajaan menarik balik syarat baharu pelesenan yang dikenakan terhadap laman web berita berkuatkuasa 1 Jun. Perhimpunan aman ini dianjurkan sekumpulan penulis blog dikenali sebagai #FreeMyInternet, yang menentang pelaksanaan syarat itu. Kumpulan ini berpendapat penguatkuasaan syarat berkenaan merupakan cubaan untuk membuat penapisan dan melanggar hak rakyat Singapura untuk mendapatkan maklumat secara dalam talian. Dalam kenyataan dikeluarkan selepas bantahan itu, #FreeMyInternet berkata ia mendapat semangat daripada kejayaan kempen pertamanya menentang Rejim Pelesenan MDA baharu, yang disifatkan ramai pengulas media sebagai titik perubahan dalam landskap peraturan media di republik ini. Kata kumpulan ini, lebih 4,000 orang menandatangani petisyen yang dikemukakannya secara dalam talian (jumlahnya terus meningkat), manakala lebih 150 blog menyertai mogok secara dalam talian anjurannya dan kira-kira 2,500 orang menyertai bantahan paling besar yang diterajui penulis blog dalam sejarah Singapura, tengah hari ini. Sebagai langkah berikutnya, kenyataan itu berkata #FreeMyInternet akan terus membuat gesaan agar Rejim Pelesenan itu ditarik balik. Kata kumpulan itu, pada minggu-minggu akan datang ia akan mengedar bahan dan mengadakan program untuk mendidik orang ramai serta Anggota Parlimen tentang kenapa Rejim Pelesenan itu perlu ditarik balik. "Kami tidak menolak mengadakan dialog dengan kerajaan, tapi dialog ini mestilah berupa perbincangan tentang cara Rejim Pelesenan ini akan ditarik balik dan ia mestilah merupakan dialog tentang bagaimana langkah membebaskan persekitaran media daripada belenggu peraturan boleh dilakukan dengan sebaik-baiknya untuk memberi manfaat kepada rakyat Singapura," kata kenyataan itu. Mulai 1 Jun 2013, laman berita dalam talian yang sering memuatkan laporan tentang isu berkaitan Singapura dan mempunyai ramai pengikut di sini, dikehendaki mendapatkan lesen daripada Lembaga Pembangunan Media (MDA). Di bawah rangka kerja pelesenan ini, laman berita dalam talian akan diberi lesen secara individu sekiranya ia (i) menyiarkan laporan purata sekurang-kurangnya satu artikel seminggu tentang berita dan hal ehwal semasa berkaitan republik ini bagi tempoh dua bulan, dan (ii) dikunjungi sekurang-kurangnya 50,000 alamat IP unik dari Singapura sebulan bagi tempoh dua bulan. - Bernama | ||||
Posted: 09 Jun 2013 03:32 AM PDT BUNYI aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami. Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar. Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai. Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu. Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu. "Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang. "Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju." Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu. Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula. "Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya. "Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja." Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam. "Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan. "Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari," katanya. Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan. Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ. Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami. Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai. Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini. Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami. Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas. Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali. Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali. Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan. Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu. Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami. Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan. Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya. Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri. Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa. Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu. Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas. Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya. Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ. Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan. Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu. Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas. Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo. Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami. Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa. Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan. Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari, Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling. Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan. Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat. Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal. Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui. Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai. Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan! Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri. | ||||
Saifuddin: PSM tidak lagi bersama PR Posted: 09 Jun 2013 03:31 AM PDT SHAH ALAM[DIKEMASKINI] - PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution. Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini. Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut. "Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak. "Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, PSM menggesa PR memberikan jawapan bertulis berhubung permohonan penyertaannya dalam pakatan tersebut bagi meleraikan percanggahan keputusan yang berlaku. Setiausaha Agungnya, S Arulchelvan berkata, permohonan untuk menyertai PR telah dihantar secara "hitam putih" pada September tahun lalu. Tambahnya, permohonan itu dilakukan atas sebab permintaan rakyat untuk PSM disatukan dengan PR. "Sudah terlalu lama, kita harap PR dapat menghantar surat secara bertulis mengenai status permohonan kami. "Kami keliru keputusan bercanggah...Kami juga tidak mahu rakyat keliru," katanya. Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bercanggah dengan keputusan PR berhubung isu permohonan PSM, Saifuddin berkata Karpal tidak hadir mesyuarat itu. "Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka," katanya. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali turut mengesahkan PR telah menolak PSM untuk menjadi sebahagian daripada parti perikatan itu. "Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM. "...Karpal tidak hadir mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya. | ||||
Posted: 09 Jun 2013 03:28 AM PDT MACHANG - Dua penjenayah terpaksa berputih mata apabila ditahan tidak sampai 48 jam selepas memecah masuk rumah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Kampung Air Hijau, dekat sini, Khamis lalu. Turut ditemui bersama mangsa, pelbagai barangan milik Saifuddin termasuk komputer riba, jam tangan, telefon bimbit dan kad bank. Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Che Malek Bedot berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 6.30 petang pada 6 Jun daripada pengadu yang juga merupakan kakak ipar kepada bekas Ahli Parlimen Machang itu. Katanya, pihaknya membuat operasi tangkapan dengan segera dan berjaya menahan dua suspek pada jam 1.05 pagi semalam. " Ketika kejadian, mangsa dan keluarga tiada di rumah dan kejadian tersebut disedari agak lewat. Suspek dipercayai pecah masuk rumah tersebut pada waktu malam. Hasil tindakan segera, dua lelaki Melayu berusia 23 dan 27 tahun yang juga penagih dadah ditahan di rumah masing-masing serta pihak polis berjaya menemui beberapa barangan milik mangsa . "Pecah rumah ini dipercayai melibatkan dilakukan dalam kumpulan dan tiga lagi masih bebas namun identiti mereka telah dikenal pasti. Kerugian pada kejadian tersebut dianggarkan bernilai RM25,350 yang mana melibatkan pelbagai barangan dan juga wang tunai, mata wang asing," katanya kepada media di sini, hari ini. Hadir sama pada sidang media tersebut, Ketua Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Loo Lian Lai dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Asisten Superintendan Kama Azural Mohamed. Che Malek berkata, kedua-dua mangsa mempunyai rekod jenayah lampau (pecah rumah) dan penyalahgunaan dadah dan akan ditahan reman sehingga 11 Jun ini bagi siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Katanya, suspek yang merupakan penduduk tempatan itu dipercayai bekerja sebagai penoreh getah manakala seorang lagi tidak bekerja. Sinar Harian difahamkan, seorang daripada suspek baru sahaja keluar penjara pada Disember lalu atas kesalahan yang sama. | ||||
20% Undi Untuk 112 Kerusi Parlimen Bagi BN Menang Majoriti Mudah Posted: 08 Jun 2013 08:52 PM PDT KELAB GREENBOC BN menang majoriti mudah dengan 20% undi PRU13' BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil. Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah. Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). "Pada asasnya, begitulah cara BN memenangi pilihan raya," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini. -mk Ulasan GB Begitulah bagaimana penipuan yang dilakukan SPR untuk memenangkan BN. 20% undi mewakili sehingga 112 kerusi parlimen untuk BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Itu sebab mengapa satu Suruhanjaya Diraja perlu didesak supaya dibentuk untuk menyiasat penipuan-penipuan sebegini dan BN sebenarnya memerintah dengan undi minoriti rakyat Malaysia. JANGAN LUPA BLACK 505 PADANG MERBOK 15 JUN INI | ||||
Gempar..KM P Pinang langsung tak ambil kisah tragedi jambatan Posted: 08 Jun 2013 08:48 PM PDT
Apalah punya Ketua Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang ni....sanggup bercenkang mata sampai pukul 3 pagi memantau operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam timbunan runtuhan tanjakan konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dalam pembinaan di Batu Maung semalam. Langsung tidak berhati perut langsung...tidak berjiwa rakyat...tidak perihatin sedikit pun.. Klik untuk ikuti laporan penuh blog ini. | ||||
PERGH!!!!!..JANGAN TIDAK PERCAYA BEB!!!... PAPAGOMO KINI SUDAH BERGELAR "SIR"!!!!!! Posted: 08 Jun 2013 08:43 PM PDT OMAKKAU Jangan tidak percaya... blogger kaki fitnah nombor wahid dalam dunia, papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang kini dalam proses kena saman RM100 juta oleh DSAI telah pun mendapat gelaran "Sir". Beliau kini menggelar dirinya sebagai "Sir" Azri...nama singkatan dari Wan Muhammad Azri b Wan Deris. Setahu Omak Kau..penganugerahan gelaran "Sir" yang diberikan kepada para individu ataupun negarawan yang cukup berjasa kepada negara atau pun dalam bidang-bidang tertentu yang diiktiraf oleh Raja England. Antara pingat kebesaran yang boleh membawa gelaran "Sir" ialah Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (CBE)...Pingat ini pernah di anugerahkan oleh Queen Elizabeth II kepada penyanyi Elton John. Terfikir juga.. apakah sumbangan dan jasa besar papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri bin Wan Deris sehingga dianugerahkan pingat kebesaran tersebut? Bekas banduan kes rasuah RM400 perah duit mat dadah semasa menjadi anggota polis trafik Balai Polis Ampang tahun 2007 boleh menggelar dirinya sebagai "Sir". Pemimpin pujaannya Tun Mahathir dan Najib Razak pun masih belum bergelar "Sir" . Inilah dinamakan dunia syok sendiri...Nak lari dari dihambat dengan pelbagai saman jutaan ringgit kini sudah cuba berlakon baik dengan mengguna pakai nama sebenar. Masalahnya rakyat dah mula kenal identiti sebenarnya beliau semenjak tahun 2009 lagi...boleh usaha cara mana pun tapi rakyat tidak akan mudah tertipu. | ||||
Cadangan untuk kebajikan rakyat Terengganu Posted: 08 Jun 2013 08:36 PM PDT
Kebajikan untuk rakyat Terengganu masih lagi tidak tertunai dan ditahap yang lama sedangkan kekayaan Negeri Terengganu Darul Iman mencurah ruah yang telah dipegang amanahkan kepada Kerajaan Terengganu. Mungkin tersalah urus ataupun ketidak kebijaksanaan Pegawai-Pegawai yang menjaga amanah itu sendiri menyebabkan sebilangan besar rakyatnya masih tidak dapat menikmati hasil bumi Negeri Terengganu sebagaimana yang sepatutnya. Sudah sampai masanya setiap keluarga yang menetap dan anak jati dinegeri itu yang bependapatan dibawah RM2000 sebulan diberikan imbuhan tetap sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan bukannya hanya diberikan RM200 atau RM300 sahaja hanya apabila menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri sahaja. Dicadangkan juga Negeri Terengganu menyediakan Hospital khas setaraf dengan Hospital Putra Jaya yang lebih selesa dan bertaraf dunia untuk anak negeri termasuk Hospital atau Institut Jantungnya sendiri dan tanpa apa-apa bayaran untuk rakyat Terengganu yang memerlukan apa juga rawatan. Bagi setiap bayi yang baru lahir pula 'hadiahkan' susu tepung untuk bayi dan lampin selama 2 tahun dan apabila dimasukkan alam persekolahan diberikan duit belanja sebanyak RM60 sebulan setiap murid hingga tamat persekolahan menengah mereka. Begitu juga setiap rakyat beragama islam diberikan menunaikan haji secara percuma sekali seumur hidup dan juga setiap warga emas dan ibu tunggal diberikan imbuhan tertentu untuk menampung sia-sisa kehidupan mereka itu.Perkhidmatan awam saperti bas didalam kawasan bandar hendaklah diberikan secara percuma juga. Pinjman khas untuk rakyat yang memerlukan pinjaman tertentu saperti membeli motosikal atau kereta kecil dipermudahkan tanpa dikenakan apa-apa bunga atau faedah tertentu. Begitu juga setiap kematian ahli keluarga simati diberikan bantuan sebanyak RM3000 bagi urusan perkebumian dan lain-lain dan begitu juga bagi mereka yang hendak mendirikan rumahtangga diberikan ganjaran tertentu sebagai galakan. Setiap masalah sosial saperti penagihan dadah hendaklah ditangani dengan sewajarnya saperti memberikan mereka kerja yang tetap dan menjaminkan kehidupan mereka dengan syarat mereka itu tidak kembali kepada ketagihan lagi. Ini semua tidak mustahil kita laksanakan kerana ada negara dan diantaranya sebuah negara Islam dirantau ini yang kaya raya mengikut kaedah sebegini dan ianya berjaya dimana kerajaan negaranya bertambah makmur dan rakyatnya hidup dengan menikmati segala kemudahan dengan aman dan damai.Walaupun negara berkenaan nampak kaya dan hebat kerana bukannya pembangunan besar-besaran yang diutamakannya tetapi adalah kebajikan rakyatnya yang diberikan tumpuan sepenuhnya dahulu. | ||||
Marina Mahathir jauh lebih matang dari bapanya Posted: 08 Jun 2013 08:35 PM PDT
KUALA LUMPUR: Menghairankan mengapakah Tun Mahathir tidak mahu mengikut jejak langkah anak perempuannya Marina, tulis blogger Omak Kau. Ini berhubung sekeping gambar yang memperlihatkan hubungan yang mesra antara Marina Mahathir dengan Nurul Izzah Anwar. Berikut ulasan blogger Omak Kau. Tidak semestinya dinobatkan oleh para pengkagum dan pemujanya sebagai negarawan paling ulung pernah dilahirkan di negara ini bersifat berjiwa besar, matang dan profesional dalam tindak tanduknya. Itulah yang dapat Omak Kau tafsirkan mengenai rakaman gambar di atas. YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ybhg Datuk Paduka Marina Mahathir Tun Dr Mahathir. Kelihatan cukup mesra dan mampu ketawa bila bersua muka. Umum sudah pun mengetahui yang DSAI sejak pembebasannya tahun 2006 lagi telah memaafkan apa jua tindakan zalim dan fitnah yang dikenakan terhadap dirinya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad namun sampai sekarang negarawan yang dikatakan paling ulung oleh para pengkagumnya masih dilihat mempunyai sifat dendam dan terus menyerang DSAI dengan pelbagai fitnah usang dengan cerita diulang tayang. Di situ terletaknya perbezaan jiwa antara DSAI dengan Tun M..paling menghairankan mengapakah Tun M tidak mau mengikut jejak langkah anak perempuannya Marina? | ||||
SPR kaji persempadanan semula kawasan pilihan raya Posted: 08 Jun 2013 05:01 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. "Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk 'Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini hari ini. Wan Omar berkata pihaknya mula mengumpul data melalui Pejabat SPR negeri dan melantik beberapa pegawai dari Jabatan Perangkaan serta Pejabat Tanah dan Jajahan Negeri bagi membantu kajian persempadanan itu dari segi melakar peta serta mengira jumlah populasi penduduk kawasan. Beliau berkata berdasarkan Perkara 113 (2)(ii) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula boleh dilakukan selepas tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat, dan dalam kes ini, pada 2003. Wan Ahmad berkata persempadanan kawasan kali ini dijangka lebih mencabar kerana semakin ramai akan menyatakan rasa tidak puas hati semasa hasil siasatan awal dipamer kerana mendakwa ia berat sebelah. "Sekarang siasatan belum dijalankan pun dah ada orang yang tidak puas hati. "Ada yang menuding jari ke arah kami dan menyatakan persempadanan itu dilakukan untuk kepentingan parti tertentu, tetapi kami melakukannya kerana dalam tempoh lapan hingga 10 tahun ini, sudah semestinya negara akan mengalami perubahan termasuk penambahan populasi penduduk, urbanisasi dan pembangunan pesat. "Bagi mengelakkannya (dituduh berat sebelah), kami berusaha melibatkan orang ramai untuk membantu kami menjalankan kajian pada kali ini," katanya. Beliau berkata semasa kajian persempadanan yang terakhir, pihaknya mengambil masa tiga bulan sama ada untuk mempamer, mengubah suai dan memberi penjelasan kepada orang ramai dengan turun padang ke setiap kawasan kajian yang terlibat. Wan Ahmad berkata rayuan semasa tempoh pameran kajian hanya boleh dilakukan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan lebih daripada 100 pemilih berdaftar tanpa sokongan mana-mana parti politik. Bercakap kepada pemberita selepas seminar itu, Wan Ahmad menyifatkan kenyataan pakatan pembangkang, yang menggesa beliau dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan, sebagai tidak munasabah. "Jika mereka ini merasakan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak diterima, mereka boleh menfailkannya melalui petisyen pilihan raya untuk dikemukakan kepada Mahkamah Pilihan Raya seperti mana yang termaktub dalam perkara 118 Perlembagaan Persekutuan. "Biar Mahkamah Pilihan Raya buat keputusan dan kami akan memprosesnya, semua ini adalah prosedur dan undang-undangnya, bukannya sesuka hati minta orang letak jawatan," katanya. Beliau berkata kejayaan pakatan pembangkang mengekalkan kemenangan di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah bukti jelas bahawa SPR menjalankan proses pilihan raya secara telus mengikut peraturan yang ditetapkan. - Bernama | ||||
Himpunan #Blackout505 Padang Merbok Ditunda Pada 22 Jun? Posted: 08 Jun 2013 04:55 PM PDT SHAH ALAM : Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dirancang pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, mungkin ditunda ke hari Sabtu minggu berikutnya. Bagaimanapun, keputusan menunda tarikh perhimpunan itu tertakluk kepada kesanggupan pemilik Padang Merbok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran menggunakan lokasi itu pada 22 Jun nanti. Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, keengganan DBKL berbuat demikian bakal menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain turun ke Dataran Merdeka pada 15 Jun nanti. "Kita akur penganjur kitar semula telah mengambil padang tersebut sebagai venue pada pagi hari sama. Namun kita sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan pihak penganjur larian itu. "Kita tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang diberikan pihak berkuasa untuk pergi ke satu tarikh, minggu lagi satu (22 Jun) yang juga agak praktikal kerana rapat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen. "Katakanlah kita dah cukup berunding, tetapi sekiranya kamu masih bermain, tidak mahu beri gunakan Padang Merbok, kami minta maaf kalau rakyat mengadakan protes dengan lebih besar lagi di Dataran Merdeka," kata Badrul Hisham ketika dihubungi TV Selangor. Pada masa ini perbincangan antara seketariat penganjur Perhimpunan #Blackout505 bersama pihak berkuasa dan DBKL masih lagi dijalankan. Badrul Hisham juga yakin keputusan menundakan perhimpunan #Blackout505 ke 22 Jun mampu memberi impak sambutan lebih besar kerana hampir dengan sessi pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti. "Saya yakin, pada Isnin nanti seketariat penganjur akan membuat pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar perhimpunan ini," kata Badrul Hisham lagi. Sebelum ini seketariat penganjur bersetuju menukar rancangan asal mereka mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka ke Padang Merbok seperti yang disarankan pihak berkuasa. Bagaimanapun, selepas itu, seketeriat penganjur #Blackout505 dimaklumkan bahawa larian kitar semula telah terlebih dahulu padang tersebut. Keadaan tersebut menyebabkan seketariat penganjur #Blackout505 terpaksa mempertimbangkan semula rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan pada 15 Jun nanti. | ||||
Tahanan warga Jepun gantung diri dalam lokap Posted: 08 Jun 2013 04:52 PM PDT SINAR HARIAN PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Jepun yang ditahan kerana menceroboh sebuah stor milik Sunway Group berdekatan sebuah universiti dekat sini, ditemui mati tergantung di dalam lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya awal hari ini. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap menggunakan bajunya kira-kira 4 pagi ini. Beliau berkata laporan bedah siasat yang dikeluarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya mendapati suspek mati akibat gantung diri dan tiada sebarang kecederaan atau luka pada anggota badannya. "Siasatan awal polis juga mengesahkan tiada unsur jenayah yang mengakibatkan kematiannya," katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata pemeriksaan pengawal lokap sejam sebelum itu mendapati kesemua tahanan termasuk lelaki itu, berada dalam keadaan baik. Thaiveegan berkata lelaki tersebut sebelum itu diletakkan di sel tahanan yang lain sebelum diasingkan kerana mengganggu tahanan yang lain. Suspek pada 2 Jun lepas ditahan kerana membuat ugutan jenayah dengan mengacukan pisau kepada polis bantuan yang ingin menahannya kerana menceroboh sebuah stor di dalam universiti itu. Bagaimanapun, katanya, lelaki itu berjaya ditahan dan polis menahan reman ke atasnya mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah dan 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah sehingga 17 Jun depan. "Pemeriksaan ke atas pasport lelaki tersebut juga mendapati tiada rekod kemasukannya ke negara ini dan penahanannya juga bersabit kes Imigresen," katanya. Thaiveegan berkata polis beberapa kali memanggil penterjemah dari wakil kedutaan untuk tujuan siasatan memandangkan suspek tidak boleh berbahasa Inggeris. Beliau berkata polis telah menghubungi keluarga suspek untuk memaklumkan kejadian melalui kedutaan dan mungkin mereka mengambil masa untuk tiba ke negara sini. "Kita sedang menunggu laporan penuh daripada pakar patologi dan bila dah terima, kita akan serahkan fail siasatan atau laporan mati mengejut ini ke Peguam Negara untuk arahan selanjutnya," katanya. - Bernama | ||||
Litar lumba bakal dibina untuk belia kedah Posted: 08 Jun 2013 04:48 PM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedang meneliti lokasi sesuai untuk membina sebuah litar lumba, bagi menunaikan aku janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada pilihan raya umum lepas. Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata buat masa ini pembinaan litar berkenaan dalam proses penelitian serta perbincangan dan beliau memberi jaminan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Beliau berkata pihaknya sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk pendidikan, komersil dan sosial demi kepentingan belia di negeri ini. "Kita buat litar ini untuk memberi ruang kepada generasi belia menceburi sukan permotoran sekali gus dapat menghindarkan mereka daripada terjebak dengan gejala sosial. "Kita minta rakyat jangan bimbang sebab tak timbul isu buat atau tak. Cuma kita minta sikit masa untuk bincang mengenai lokasi yang sesuai dan bagaimana nak mulakan," katanya ketika menutup sambutan Hari Belia Kedah 2013 di perkarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini. Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata penswastaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) merupakan pilihan terakhir kerajaan negeri bagi menyelesaikan bebanan hutang yang dihadapi kolej itu. "Kita belum lagi nak buat keputusan ke arah itu (penswastaan) dan ia mungkin sebagai satu pilihan dan tak semestinya pilihan tersebut kita utamakan kerana saya tak mahu tekankan soal penswastaan kerana takut ia dilaporkan sebagai pilihan (utama) kita kerana semua pilihan kita pertimbangkan secara adil," katanya. Mukhriz berkata pihaknya mempunyai banyak pilihan dan tidak mahu menumpukan kepada penswastaan Kuin semata-mata. Beliau berkata selain itu timbul juga kekeliruan sama ada kolej itu terletak di bawah kerajaan negeri atau swasta memandangkan terdapat anak syarikatnya kini bergantung penuh kepada Kuin. Katanya sekiranya anak syarikat Kuin iaitu Insaniah Holding adalah swasta, ia perlu mencari keuntungan dan tidak bergantung kepada Kuin semata-mata, misalnya untuk membayar gaji pekerja. Sementara itu, Mukhriz berkata golongan belia akan diberi peluang mendapat tempat dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di 11 daerah sebagai anggota majlis bagi menyuarakan pendapat. Katanya senarai nama telah diputuskan dan pelantikan belia sebagai anggota majlis dalam PBT akan dibuat secepat mungkin. - Bernama | ||||
1001 misteri di Kampung Tanduo Posted: 08 Jun 2013 04:44 PM PDT "Masa kami meninjau kat surau Kampung Tanduo, tiba-tiba terasa angin panas yang menampar kulit. Jantung kami makin cepat berdegup. Terasa macam ada mata yang merenung dan mengekori kami." CERITA DARIPADA WARTAWAN "Masa tu hujan renyai. Saya tengah memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu dah hilang!" CERITA DARIPADA PENDUDUK FELDA SAHABAT 17 "Banyak kali kami terdengar bunyi suara orang mintak tolong. Suara tu macam dalam kesakitan. Bila kami periksa tak ada sesiapa. Benda macam ni selalu kami alami. Kadang-kadang masa tengah hari... kadang-kadang waktu tengah malam." CERITA DARIPADA ANGGOTA KESELAMATAN. Misteri di KampungTanduo. Ikuti kisahnya. Dapatkan akhbar Sinar Harian hari ini. | ||||
Tiga Kambing 'Ditahan' Kerana Merosakkan Kenderaan Polis Posted: 08 Jun 2013 04:38 PM PDT Editor buletinKetiga-tiga kambing tersebut kini telah dijadikan sebagai "kambing hitam" untuk jenayah yang dilaporkan melibatkan sekawanan kambing yang menginjak-injak diatas kereta - contoh terkini tingkah laku anti-sosial di daerah Kilpauk di bandar ini. Polis berkata, kambing mempunyai rekod merosakkan kenderaan penduduk, tetapi telah "menyeberangi garisan" dengan serangan ke atas sebuah kenderaan peronda baru polis sebuah MPV Toyota Innova berwarna merah. "Kami mendapat kenderaan dua hari lalu," kata seorang pegawai yang bertugas. Menurut aduan itu, kira-kira 12 ekor kambing telah menyebabkan kenderaan tersebut kemik kenderaan apabila mereka memanjat ke atasnya, merosakkan 'wiper' pembersih cermn dan kaca, dan menggaru cat bonet dan badan. Polis bagaimanapun hanya tiga ekor kampung siasatan lanjut "Kami mendapat kenderaan dua hari lalu (dan rosak), kami mengambil haiwan itu untuk di bawa ke balai polis dan membuat siasatan tentang pemilik," pegawai itu memberitahu akhbar itu. Pemilik mereka, Mary Arogynathan, 37, akan menghadapi tuduhan kelakuan cuai terhadap penjagaan haiwan itu, yang kemudiannya diserahkan kepada Persatuan bagi Perlindungan Haiwan. | ||||
Isu Pasar Payang; Siapa Tipu Siapa? Posted: 08 Jun 2013 04:37 PM PDT Wartawan BuletinPengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Raja Bahrin) berkata para peniaga di Pasar Payang kini bimbang kerana telah ada pihak individu yang datang membuat ukuran, bancian dalam pasar tersebut. Katanya, tindakan itu boleh menjejaskan emosi rakyat terutama di kalangan para peniaga yang bakal 'kehilangan' tempat perniagaan yang menjadi sumber rezeki mereka. Beliau turut melahirkan rasa sedih dan simpatinya kepada para peniaga Pasar Payang dalam suasana hampir menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. "Kita (umat Islam) hendak puasa tidak berapa lama lagi dan hendak raya (Aidilfitri). Ini suatu perkara yang sangat menyedihkan, apabila para peniaga (Pasar Payang) kini berada dalam kebimbangan kerana tempat mereka berniaga mencari rezeki sejak sekian lama akan 'hilang'. "Kita (PAS) agak terkejut sehari-dua selepas Menteri Besar (Ahmad Said) mengangkat sumpah, satu arahan dikeluarkan kepada Bandaraya (MBKT) untuk menyiapkan kertas Exco untuk meluluskan projek ini secara bersegera. Kenapa kerajaan negeri begitu tergesa-gesa untuk memulakan projek ini," soalnya. Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said pula enggan bertolak ansur dengan bantahan rakyat serta mahu segera meneruskan projek bernilai RM400 juta itu. Raja Bahrin mempersoalkan dakwaan MB Terengganu itu bahawa hanya 'segelintir' pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan merobohkan Pasar Payang tersebut. Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said berkata bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan beliau dengan pihak terbabit. Ahmad Said mendakwa, dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak. Sebaliknya Raja Bahrin berkata, berdasarkan kajiselidik serta maklum balas dari pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) membuktikan bukan segelitir tetapi majoriti rakyat membantah. Bahkan katanya, disebaliknya dakwaan Ahmad isu terbabit selesai, sebanyak 22 NGO telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri,pada 23 Februari, tiga hari selepas kenyataan Ahmad itu. "Saya ingin mempersoalkan kenyataan Menteri Besar (MB) yang mendakwa hanya 'segelintir' yang tidak setuju dan bantah. Saya ada bukti sebelum ini, satu memo bantahan daripada 22 NGO juga telah dibuat dan diserahkan kepada Perdana Menteri (Najib Razak) pada tarikh 23 Februari 2013 lalu, sewaktu lawatan di Pasar Payang dan Hentian Bas MBKT. "Kita (PAS) juga pernah kumpulkan tandatangan rakyat termasuk orang luar yang tidak setuju Pasar Payang dirobohkan dan lebih 98 peratus dari kajiselidik kita orang tidak bersetuju. "Ini banyak bukti yang menunjukkan orang tidak setuju. Jadi kenyataan MB kata 'segelintir' itu kita (rakyat) tidak boleh terima kerana tidak ada bukti yang menunjukkan segelintir tetapi sebaliknya majoriti ramai tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan itu," jelasnya. Katanya, pihak Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Pasar Payang juga mengambil inisiatif mendapatkan tandatangan sokongan orang ramai termasuk pengunjung luar dan pelancong. Selain itu, kata Dato' Raja Kamarul Bahrin lagi, isu keselamatan yang ditimbulkan sebelum ini dilihat ada keraguan berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri. Beliau menjelaskan, berdasarkan laporan JKR pada tahun 2010 itu memang ada kerosakan pada struktur tiangnya tetapi hanya berlaku bahagian di dalam air iaitu melibatkan pasar ikan sahaja. "Kenapa disebabkan tiang, kita (kerajaan) hendak rombak semuanya kerana kita tahu yang terlibat di bahagian air itu, hanya sebahagian dari pasar ikan. Jika tidak selamat sudah tiga tahun, sudah lama runtuh. "Kita (PAS) ada rekod semuanya, tapi jika hendak buat juga (pasar baru) seperti mana dicadangkan (bangunan hotel dan apartmen), buatlah di tempat lain dan bukannya di tapak Pasar Payang," tegasnya. NGO yang telah menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 22 Februari lalu iaitu Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu Cawangan Kompleks Hentian Bas MBKT, Dewan Perniagaan melayu Malaysia Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian Cina Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan & Perindustrian India Negeri Terengganu, Majlsi Belia Negeri Terengganu. Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Persatuan Agensi Pelancongan, Pengembaraan Malaysia Cawangan Kuala Terengganu, Persatuan Sejarah Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga-peniaga Ikan Melayu Negeri Terengganu, Persatuan Penjual Melayu Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu, Persatuan Penanam Sayur & Pengeluar Buah-buahan Negeri Terengganu, Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu, Persatuan Hotel Bajet Negeri Terengganu, Persatuan Penarik-penarik Beca Negeri Terengganu, Persatuan Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Terengganu, Persatuan Penjaja Melayu Pasar Malam dan Pekan Sehari Kuala Nerus, Persatuan India Muslim Negeri Terengganu, Persatuan Pembatek Negeri Terengganu, Persatuan Ibu Tunggal Negeri Terengganu dan Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan. | ||||
Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR Posted: 08 Jun 2013 04:34 PM PDT Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya. Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat. Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi. Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen. Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat. Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu. Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM". Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri, manakala SPR dianggap umpama komponen BN. Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN. Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah. "Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya. Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003 Kerusi Parlimen Keluasan (km2) Pengundi 2003 Pengundi 2013 P8 Pokok Sena 320 64,192 80,916 P9 Alor Setar 109 56,007 80,916 P10 Kuala Kedah 232 73,942 95,534 P16 Baling 1,544 73,942 93,376 P17 Padang Serai 352 51,778 74,245 Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942). Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah. Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula 2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling. Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai. Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan." Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999. Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013! Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu. Kenyataan sinis Mat Sabu bahawa post mortem PRU14 pun boleh dibuat kembali menjentik fikiran saya. Apakah kita menyertai pilihan raya demi pilihan raya hanya untuk membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi tetapi tidak akan sama sekali mengizinkan pertukaran kerajaan melalui sistem pilihan raya yang tempang dan songsang ini? Black 5050 pada 15 Jun ini memang salah satu kaedah untuk menekan dan mempengaruhi kerajaan, tetapi ia bukan pertama kali kita anjurkan, dan kita sendiri boleh menilai impak positifnya. Lalu, apa pilihan lagi yang kita ada? |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan