DIALOG RAKYAT |
- Suara Keadilan cari wartawan untuk perluas operasi
- Caj bil air 70 sen, BN perlekeh rakyat Terengganu
- Cubaan sekat Facebook bertentangan hak bersuara
- TPP: Kedaulatan Malaysia dikorban untuk perdagangan bebas? – Nurul Izzah
- ‘Undang-undang derhaka’ bawa negara pemerintahan totalitarian
- Ceroboh Lahad Datu, seorang lagi didakwa
- Kes C.Sugumar: Kerajaan Persekutuan Ada 48 Jam Untuk Benarkan Bedah Siasat Kedua
- Hannah Yeoh : Syabas Perlu Tangani Gangguan Air Subang Jaya
- DAP, PAS turut pilih pegawai politik S'gor
- Waytha kata abangnya sepatutnya dibebaskan
- JKR tak terima permohonan MP lawat hospital
- Selepas Tak Mengaku Dirinya "Papagomo", Beliau Kini Tak Mahu Berblog Lagi
- LKS: MP DAP tak akan pulau majlis angkat sumpah
- Blog 'rasis' Dr M undang laporan polis, demo
- Jambatan runtuh, polis sah seorang maut
- Anwar timbang pulau sesi pembukaan Parlimen
- 'Papagomo' kata mahu berhenti tulis blog
- Shabery: Tonton 'Tanda Putera' sebelum kritik
- 'Barangkali nafi royalti minyak juga hina raja'
- Ashraf Muslim letak jawatan Pusat Rawatan Islam
- Pampasan RM10,000 pada mangsa runtuhan jambatan ke-2 PP
- 'Gen Y berdemo cuma sebab rasa hebat'
- Surat Terbuka Setiausaha Agung DAP kepada semua cawangan DAP
- Dakwat kekal: Menteri Kesihatan sanggah SPR
- Kisah Dogeng Kota Damansara
Suara Keadilan cari wartawan untuk perluas operasi Posted: 07 Jun 2013 03:55 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memerlukan tambahan wartawan seberapa segera bagi memperluas operasi penerbitanPada masa ini, jualan akhbar mingguan ini mencecah 130,000 nashkah setiap keluaran dan ia terbit setiap minggu. Pada 24 April lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyatakan, Suara Keadilan mencatat kedudukan tertinggi sebagai sumber maklumat politik di kalangan media alternatif. Suara Keadilan berada pada kedudukan pertama dengan capaian 12 peratus, diikuti Harakah untuk PAS (11 peratus) dan Roket mewakili DAP (1 peratus). Kepada yang berminat untuk bersama-sama berjuang menerusi Suara Keadilan, emel butiran diri kepada skeadilan@gmail.com. | ||
Caj bil air 70 sen, BN perlekeh rakyat Terengganu Posted: 07 Jun 2013 03:50 AM PDT Oleh Mohd Arif Juhani KUALA TERENGGANU: Caj tambahan 70 sen setiap kali pengguna membayar bil air menunjukkan Umno-BN memperlekeh dan mempernainkan rakyat Terengganu selepas kembali menguasai negeri ini. Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semakin melampau apabila hanya tahu membebankan rakyat yang kebanyakannya berpendapatan sederhana dan miskin. "Ramai masih ingat kenyataan Ahmad yang tidak mahu membantu kawasan dimenangi Pakatan Rakyat. "Apabila tiba isu yang membebankan rakyat, kenapa babitkan semua rakyat? katanya kepada Keadilandaily. Dalam notis yang diedar ke seluruh Terengganu, semua pengguna air negeri ini akan dikenakan caj komisen 70 sen bermula 1 Jun 2013 oleh Pos Malaysia dan Posmini. Namun, Pos Malaysia mendakwa caj dikenakan selepas menerima notis dari Syarikat Air Terengganu (Satu). Tambah Azan, bekalan air Terengganu yang diswastakan kepada Satu yang mempunyai bon jaminan jangka panjang 10 tahun dengan modal permulaan lebih RM10 juta untuk membeli peralatan seperti rumah pam dan loji pemprosesan bekalan air. Berdasarkan caj dikenakan jelas membuktikan pelaburan awal kerajaan negeri dalam pengurusan air gagal mengikut jadual yang ditetapkan sehingga membebankan rakyat. Katanya, Terengganu berbeza dengan Selangor yang menghadapi permintaan air yang tinggi, namun Selangor masih mampu memberikan air percuma 20 meter padu kepada lebih satu juta kediaman setiap bulan. "Maklumat yang saya terima menunjukkan 65 peratus sahaja pengguna menggunakan air dibawah 20 meter padu. Apakah logiknya caj baru yang dikenakan? soalnya. | ||
Cubaan sekat Facebook bertentangan hak bersuara Posted: 07 Jun 2013 03:48 AM PDT Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Gesaan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyekat akses ke laman sosial seperti Facebook bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak bersuara, kata peguam, N. Surendran. "Kerajaan tidak berhak untuk menyekat akses ke laman Facebook atau seumpanya kerana pertama sekali ia bertentangan dengan perlembagaan serta hak asasi," kata Surendran kepada Keadilan Daily. Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin yang menggesa kerajaan menyekat laman sosial seperti Facebook kononnya demi membendung perbuatan menggugat kemanan negara. "Negara kita bukan negara komunis seperti China yang menyekat kebebasan rakyat begitu saja. Gesaan itu adalah bodoh dan dangkal," bidas Surendran. Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang mengkaji undang-undang bagi mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini. Justeru, kata Surendran, cubaan itu jelas hanya untuk melindungi kerajaan BN yang tidak boleh menerima kritikan daripada rakyat. "Ia percubaan untuk menyekat rakyat dari mengkritik kerajaan korup dan penuh salahguna kuasa, gesaan itu jelas untuk menyelamatakan kerajaan BN," katanya. "Lagipun, Facebook diterima di seluruh dunia, jika benar Malaysia mahu haramkan aksesnya di negara ini, kita akan menjadi bahan tawa seluruh dunia," katanya lagi. | ||
TPP: Kedaulatan Malaysia dikorban untuk perdagangan bebas? – Nurul Izzah Posted: 07 Jun 2013 03:44 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bimbang kedaulatan Malaysia dikorbankan dengan menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik ( TPP) tanpa mempedulikan pandangan rakyat."Kami bimbang kerajaan menandatangani perjanjian TPP tanpa mempedulikan pendapat orang ramai atau memberi perhatian kepada kebimbangan dan sentimen rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan. Menurutnya, TPP memberikan hak undang-undang lebih kepada perniagaan asing berbanding domestik melalui fasal dipanggil resolusi penyelesaian pertikaian 'pelabur-negeri' (ISDS). (TPP) adalah inisiatif Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang melibatkan 11 buah negara yang kini memasuki pusingan rundingan ke-17 dan Malaysia menyertai perbincangan TPP mulai Oktober 2010. TPP mengandungi peruntukan berhubung pelanggaran berkaitan Perdagangan Hak Harta Intelek (TRIPS) yang terdiri daripada asas farmaseutikal sehingga maklumat dalam talian digital. Antaranya, penyedia perkhidmatan internet (ISP) dikehendaki memantau aktiviti harian pengguna internet dan diberi kuasa untuk bertindak dengan cara melumpuhkan akses atau pendikit jalur lebar yang menghalang kebebasan bersuara. Malangnya kata Nurul, rakyat Malaysia termasuk wakil rakyat tidak dimaklumkan mengenai perbincanganyang berkaitan dengan TPP. "Ini pengecualian yang malang apabila perbincangan, perbahasan atau apa-apa bentuk penyertaan, apatah lagi keseluruhan sesuatu proses tanpa mendapatkan pengesahan Parlimen seolah menafikan hak orang awam untuk mengawasi, meneliti perjanjian antarabangsa, sama ada dua hala atau pelbagai hala yang boleh menjejaskan kepentingan dan kedaulatan negara," katanya. Justeru, beliau menuntut kerajaan Malaysia memastikan jaminan dan keselamatan tertentu: 1) Memperkukuhkan undang-undang alam sekitar dengan piawaian antarabangsa untuk mengelakkan sebarang penyalahgunaan ekosistem. 2) Mencontohi amalan terbaik antarabangsa untuk menentang sekeras-kerasnya ISDS dan menggabungkan amalan-amalan terbaik dalam Penyata Dasar Perdagangan. 3) Menggubal undang-undang untuk melindungi kepentingan pengguna internet tempatan dan mengekalkan kebebasan maklumat selagi ia tidak melanggar undang-undang keselamatan sedia ada. Justeru, Nurul Izzah berkata beliau akan terus memberi keutamaan kepada penglibatan wakil-wakil daripada semua kaum sama ada Melayu, Cina, India serta Dewan Perniagaan mengenai perkara ini. "Kami menerima dengan baik jemputan kedutaan Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa mereka telah menawarkan pelbagai kumpulan perniagaan dan masyarakat sivil di Malaysia peluang untuk menjadi sebuah organisasi dalam rundingan. Tambah Nurul Izzah, pihaknya tidak menerima jaminan membuta tuli bahawa kerajaan Malaysia akan melaksanakan tugasnya apabila mereka telah gagal teruk untuk melindungi kepentingan negara dan kedaulatan pada masa lalu, Antaranya seperti kes-kes pertikaian wilayah Pulau Batu Putih (dengan Singapura) dan Blok L dan M (dengan Brunei), perjanjian air (dengan Singapura) dan perjanjian tanah KTM Tanjong Pagar (dengan Singapura). "TPP ini mungkin satu semangat 'Perdagangan Bebas'. Tetapi apakah ia benar-benar 'perdagangan saksama' untuk rakyat negara kita?, soalnya. Kenyataan penuh, sila klik pautan ini | ||
‘Undang-undang derhaka’ bawa negara pemerintahan totalitarian Posted: 07 Jun 2013 03:41 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, cadangan 'undang-undang kesalahan menderhaka' berpotensi disalahguna sehingga menyebabkan negara menuju pemerintahan totalitarian."Undang-undang yang tidak selaras dengan demokrasi memang mempunyai potensi untuk disalahgunakan. "Apa pun, negara yang stabil dan yakin dengan rakyatnya tidak akan mengekang dengan undang-undang yang drakonian seperti itu. "Jika undang-undang yang mengharamkan bantahan diluluskan, ertinya negara itu menuju ke arah negara totalitarian atau negara satu parti; macam negara komunis," katanya dalam emel kepada Keadilandaily. Aziz diminta mengulas pandangan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah yang mencadangkan penggubalan undang-undang khas, seperti kesalahan menderhaka kepada Raja. Namun, beliau menegaskan seperti pandangannya sebelum ini, bahawa Perlembagaan adalah institusi tertinggi di Malaysia dan semua orang termasuk Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepadanya. Katanya, semua orang mempunyai hak kerana ia dijamin oleh Perlembagaan dan sebarang bantahan dilakukan mengikut saluran undang-undang. "Membantah adalah hak yang sah di sisi undang-undang yang demokratik. Saya kata semua orang, termasuk Agong, tertakluk kepada Perlembagaan. "Jadi tak ada siapa yang boleh nafikan hak yang termaktub di situ. Saya mengeluarkan pandangan berdasarkan undang-undang," katanya. | ||
Ceroboh Lahad Datu, seorang lagi didakwa Posted: 07 Jun 2013 03:33 AM PDT Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lepas berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Feb 2013 hingga 29 Mac 2013 di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan. Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda. Pendakwaan dilakukan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P.Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau. Dengan pertuduhan terbaru hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, KPL Hassan Ali Basri. Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata kesemua tertuduh telahpun melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi. Abdul Gani berkata pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan. "Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya. Katanya kesemua kes itu, kecuali kes KPL Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan KPL Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun. Sementara itu, James Tsai, peguam yang dilantik Kerajaan Filipina untuk mewakili rakyat negara itu yang berdepan tuduhan dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, berkata setakat ini mereka mewakili 24 tertuduh. Tsai berkata permohonan Datuk N.Sivananthan untuk menyertai pasukan peguamnya yang bakal mewakili kesemua 24 tertuduh itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 12 Jun ini. Katanya tertuduh yang belum diwakili peguam pula akan diwakili peguam yang dilantik mahkamah. Antara peguam yang dilantik mahkamah dan hadir bagi mewakili anak guam masing-masing dalam prosiding hari ini ialah Syarulnizam Salleh, YS Lo Yun Sin dan Zakaria Ahmad dengan diketuai Ram Singh. Mereka mewakili Basad H Manuel. Ronny Cham pula mewakili Ismail Yasin manakala Abdul Gani Zelika mewakili Abd Hadi Mawan dan Atik Hussin Abu Bakar. Turut hadir ialah Peguam Rowiena Rasid yang mewakili tertuduh, Pabblo Alie. Rowiena dilantik keluarga Pabblo.- Bernama | ||
Kes C.Sugumar: Kerajaan Persekutuan Ada 48 Jam Untuk Benarkan Bedah Siasat Kedua Posted: 07 Jun 2013 03:30 AM PDT PETALING JAYA : Keluarga C.Sugumar, yang didakwa mati di dalam kawalan polis lima bulan dahulu, akan bertindak untuk mengambilbalik mayat anak mereka yang masih disimpan oleh di Hospital Serdang jika Kerajaan Persekutuan tidak melakukan bedah siasat kedua dalam tempoh 48 jam. Bapa saudaranya, A. Kuppusamy berkata, keluarga mendiang telah menunggu selama 136 hari bagi mendapat keadilan dengan menuntut bedah siasat kali kedua tetapi tuntutan itu didakwa digagalkan dengan campur tangan Perdana Menteri sendiri. "Saya dan ahli keluarga akan meneruskan pengebumian mendiang dan Kerajaan Pusat akan tanggung akibatnya," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini. Dalam satu kejadian pada petang 23 Januari lalu, Sugumar, 40, seorang pegawai keselamatan, ditemui mati dalam keadaan digari serta mukanya dilumur serbuk kunyit. Bedah siasat Hospital Serdang berkata punca kematiannya akibat sakit jantung namun ini ditolak keluarga mendiang kerana tiga orang saksi yang berada di tempat kejadian mendakwa melihat mendiang dikejar dan dipukul oleh polis. Beberapa protes yang dilakukan sebelum ini akhirnya menyebabkan Kementerian Kesihatan bersetuju untuk membenarkan ahli patologi daripada Thailand, Dr Pornthip Rajasunan untuk melakukan bedah siasat kali kedua. Bagaimanapun, pada Februari 2013, Dr Porthip mendedahkan bahawa beliau tidak dapat melakukan bedah siasat itu kerana campur tangan daripada Kerajaan Malaysia dan Thailand. Sebelum ini, MP Padang Seri N Surendran mendedahkan Dr Pornthip bertindak sedemikian selepas Datuk Seri Najib Razak menghubungi Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. Surendran juga mendakwa Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan menzalimi keluarga mendiang dengan menyatakan bedah siasat kedua memerlukan surat kebenaran daripada mahkamah. Dakwanya, tiada peruntukan dalam undang-undang di negara ini yang menyatakan bahawa surat kebenaran mahkamah diperlukan bagi tujuan bedah siasat kedua. "Kenapa minta surat kebenaran mahkamah sedangkan undang-undang tidak memperuntukkan sedemikian untuk melakukan bedah siasat kedua?" soal Surendran yang juga hadir pada sidang media itu. Turut hadir pada sidang media itu MP Subang, Sivarasa Rasiah dan peguam keluarga mendiang, Latheefa Koya. Jesteru itu, Surendran mendesak agar Najib membenarkan Dr Pornthip datang ke negara ini atau membenarkan ahli patologi tempatan di Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Universiti Malaya melakukan bedah siasat kedua ke atas mayat mendiang. | ||
Hannah Yeoh : Syabas Perlu Tangani Gangguan Air Subang Jaya Posted: 07 Jun 2013 03:28 AM PDT SUBANG JAYA : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh mahu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi respon terhadap cadangan yang dikemukakannya bagi menangani krisis air di Subang Jaya. Menurutnya, cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat bersama wakil Syabas pada 20 Mei lalu. Antara cadangan itu adalah meminta Syabas menaiktaraf perkhidmatan pelanggan terutama di laman web dan pusat panggilan. Selain itu, Syabas perlu mewujudkan sistem amaran awal sekiranya tahap bekalan air di empangan di Subang berada di paras separa kritikal. "Sebelum ini, jika berlaku ketiadaan air, penduduk akan menghubungi Syabas malangnya pihak Syabas tidak mengangkat panggilan. "Amaran awal penting supaya penduduk dapat bersedia untuk menyimpan air bagi kegunaan mereka jika berlaku ketiadaan air," katanya dalam sidang media di pejabatnya, di sini. Hadir sama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Hannah menambah pihak Syabas juga perlu menghantar tangki air dua kali sehari di antara jam 6 hingga 8 pagi dan 8 hingga 10 malam. "Sebelum ini, penduduk membuat aduan bahawa pihak Syabas tidak menghantar tangki. Mereka hanya menghantar sekiranya penduduk membuat panggilan dan mendesak Syabas," katanya. Selain itu, Wong Chen berkata pihaknya terpaksa membuat sidang media berkenaan isu ini kerana melihat pihak Syabas tidak mempedulikan cadangan yang dihantar. "Dalam mesyuarat itu, mereka memberikan respon yang positif tetapi selepas lebih dua minggu, pihak Syabas diam. "Kami ada menghantar email susulan dari cadangan itu untuk mengetahui perkembangannya, namun pihak Syabas juga tidak memberi respons," katanya. Difahamkan cadangan itu dihantar selepas penduduk Subang Jaya khususnya di SS19, mengalami krisis air selama dua hari. | ||
DAP, PAS turut pilih pegawai politik S'gor Posted: 07 Jun 2013 03:23 AM PDT Setelah PKR melantik Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik kerajaan Selangor, DAP dan PAS juga akan mengambil langkah sama. DAP mencadangkan naib pengerusi Kebangsaannya Teresa Kok sebagai pegawai perhubungan politik kerajaan Selangor manakala PAS masih mencari calon yang sesuai. Dalam kenyataannya hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata cadangan untuk melantik Teresa kerana DAP rakan kongsi sekata dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Sementara itu, PAS Selangor pula akan membincangkan calon mereka dalam mesyuarat Badan perhubungan negerinya minggu depan, kata Pesuruhjaya PAS Dr Abd Rani Othman melalui SMS. Manakala timbalannya Iskandar Samad pula memberitahu Malaysiakini, pihaknya juga akan bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincang perkara sama. | ||
Waytha kata abangnya sepatutnya dibebaskan Posted: 07 Jun 2013 03:21 AM PDT MALAYSIA KINI Timbalan Menteri yang baru mengangkat sumpah, P Waythamorthy berkata abangnya Uthayakumar sepatutnya telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan menghasut.Oleh itu, beliau menggesa Uthayakumar supaya merayu terhadap hukuman penjara 30 bulan ketika ruang masih ada untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai "peluang yang baik". "Terkejut dan sedih" dengan penghakiman tersebut, Waythamoorthy (kiri) berkata abangnya mungkin telah menggunakan "perkataan kasar" terhadap pihak berkuasa Malaysia dalam surat kepada Perdana Menteri British. Bagaimanapun, Waythamoorthy yang juga seorang peguam berkata, itu tidak merupakan satu hasutan. Uthayakumar, yang juga pemimpin Gerakan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) dijatuhkan hukuman tersebut Rabu lalu, beberapa jam selepas adiknya itu mengangkat sumpah sebagai senator untuk menerima jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. | ||
JKR tak terima permohonan MP lawat hospital Posted: 07 Jun 2013 03:17 AM PDT MALAYSIA KINI Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia berkata sehingga kini kini pihaknya tidak menerima permohonan daripada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk melawat tapak pembinaan Hospital Shah Alam. Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes Ir Adanan Mohamed Hussain bagaimanapun memaklumkan kepada Malaysiakini, Jabatan Kerja Raya Cawangan Kerja Kesihatan boleh mengatur lawatan Khalid itu. Adnan berkata pejabatnya difahamkan bahawa kontraktor utama - Gadang Engineering (M) Sdn Bhd - ada menerima permohonan daripada pejabat ahli parlimen itu dan meminta berhubung terus dengan wakil pengarah projek JKR. "Bagaimanapun Jabatan Kerja Raya Cawangan Kerja Kesihatan sehingga kini tidak menerima sebarang permohonan daripada ahli parlimen berkenaan untuk melawat tapak Hospital Shah Alam. "Jabatan Kerja Raya Cawangan Kerja Kesihatan boleh mengatur lawatan berkenaan untuk ahli parlimen tersebut," kata Adanan dalam makluman bertulis kepada Malaysiakini. Selasa lalu, Khalid berkata beliau sudah menunggu surat daripada JKR Pusat selama empat bulan berhubung permohonannya melawat tapak hospital itu serta laporan projek berkenaan di kawasannya. Katanya lagi, surat permohonan untuk melawat tapak serta laporan tentang projek pembinaan itu telah diberi kepada syarikat kontraktor pembinaan pada Februari lalu. Bagaimanapun, katanya, syarikat tersebut memintanya yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, untuk memohon pada JKR negeri pada bulan yang sama. "Lepas hantar surat pada JKR negeri, dia jawab kena dapatkan kelulusan daripada JKR Pusat dan saya telah hantar surat. Sampai sekarang saya tak dapat surat balasan," katanya. | ||
Selepas Tak Mengaku Dirinya "Papagomo", Beliau Kini Tak Mahu Berblog Lagi Posted: 07 Jun 2013 03:15 AM PDT Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. "I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. "Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. "Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. "Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan. Ulasan GB Mula-mula "Muhammad Azri", bekas polis dan juga si penjenayah yang pernah menjadi banduan kerana rasuah itu tidak mengaku bahawa blog papagomo yang sarat dengan fitnah dan video lucah itu sebagai bukan miliknya. Kini mahu bersara dari menjadi seorang blogge. ' Dan yang pelik sempat pula menyatakan bahawa "Pakatan mesti dihancurkan". Sekarang siapa yang hancur dulu? Pakatankah atau blog papagomokah? GB sudah ulas dulu. Petikan: Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta. Sekarang sudah hampir menjadi kenyataan. Papagomo sedang menuju kebinasaan dan kehancuran..... | ||
LKS: MP DAP tak akan pulau majlis angkat sumpah Posted: 07 Jun 2013 03:10 AM PDT MALAYSIA KINI DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya. MP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13. Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya. Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab". | ||
Blog 'rasis' Dr M undang laporan polis, demo Posted: 07 Jun 2013 03:06 AM PDT MALAYSIA KINI Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan sekumpulan penyokongnya ini berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah kawasan itu bagi membantah "serangan tidak adil" Dr Mahathir Mohamad terhadap pengundi Cina.Gooi (dua dari kanan) berkata, beliau juga turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri berhubung laporan tulisannya di blog yang disifatkan sebagai tidak adil sama sekali. "Mahahir mencadangkan bahawa orang Cina mengetepikan orang Melayu secara politik dan ekonomi, ia bukan hanya tidak masuk awal, tetapi ... sungguh tidak bertanggungjawab dan merosakkan, mengancam keharmonian kaum yang dikongsi semua bangsa," katanya. Dr Mahathir semalam antaranya berkata sebahagian besar peserta perhimpunan negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina -- perkembangan yang didakwanya akan menyebabkan polarisasi kaum lebih serius. Dalam masa yang sama, katanya, orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik. | ||
Jambatan runtuh, polis sah seorang maut Posted: 07 Jun 2013 03:02 AM PDT MALAYSIA KINI dikemaskini Polis telah mengesahkan bahawa seorang mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan jambatan malam tadi, telah meninggal dunia.Menurut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa itu berada di tempat duduk pemandu kereta Kelisa yang masih belum dapat dikeluarkan kerana operasi masih dijalankan. Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Batu Maung, Pulau Pinang runtuh pada kira-kira pukul 7.15 malam tadi. Pihak polis juga tidak dapat menyatakan sama ada terdapat mangsa lain di bawah runtuhan tersebut. Sementara itu, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengeluarkan arahan berhenti kerja pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua berikutan kejadian kejatuhan bahagian yang sedang dibina malam tadi. Pengarah kejuruteraan MPPP, Adnan Mohd Razali menyerahkan arahan itu kepada pengurus projek kontraktor utama Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan yang melawat tempat kejadian itu hari ini berkata arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa sehingga kontraktor memastikan projek tersebut selamat. Baca berita penuh] Sementara itu, Bernama melaporkan Adnan sebagai berkata kerja pembinaan di tapak berlakunya runtuhan tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang dihentikan serta-merta kerana membahayakan keselamatan orang awam. Katanya, kontraktor terlibat juga diarah mengambil langkah untuk membaik pulih keadaan di tapak berlaku runtuhan berkenaan. "Struktur landasan tersebut telah runtuh ke atas jalan awam malam tadi dan ia membahayakan keselamatan orang awam," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di tempat kejadian hari ini. Sementara itu, Guan Eng pula berkata, tragedi itu berlaku atas masalah kejuruteraan dan "kita harus mempunyai seorang jurutera yang boleh mengetuai kerja-kerja mencari dan menyelamat. "Tetapi sehingga hari ini, usaha menyelamat mangsa telah gagal dan setakat ini hanya kerja pembersihan kerana usaha untuk menyelamatkan mangsa amat tipis," katanya. | ||
Anwar timbang pulau sesi pembukaan Parlimen Posted: 06 Jun 2013 09:22 PM PDT Terence Netto Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan. Tindakan anggota Parlimen Permatang Pauh itu pastinya mengundang kritikan terhadapnya dari segenap sudut. "Politik juga tentang tanggapan dan tanggapan meluas bahawa pilihan raya umum ke-13 dicemari penipuan yang cukup meluas, yang cukup untuk kita mempertimbangkan pilihan sama ada untuk memulaukan sesi pembukaan," katanya. Anwar hampir pasti akan dicadangkan semula sebagai ketua pembangkang walaupun PKR bukan lagi menguasai jumlah kerusi dalam Parlimen. Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi. | ||
'Papagomo' kata mahu berhenti tulis blog Posted: 06 Jun 2013 09:16 PM PDT MALAYSIA KINI Pengendali blog kontroversi papagomo.com mengumumkan akan menamatkan penulisan di laman berkenaan kerana ingin menumpukan usaha kepada perniagaan menjual pakaian.Laporan laman Sinar Harian Online menyebut, pengendali blog berkenaan mengumumkan perkara itu di laman media sosial Twitter pada hari Isnin lalu. "I'm done (saya sudah habis). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini. "Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. Pengumuman itu dibuat beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh untuk mendengar Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau terhadap penulis blog papagomo.com itu. Anwart mendakwa penulis blog berkenaan, Wan Muhammad Azri Wan Deris menyiarkan perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks. Hakim Rosilah Yop semalam menetapkan tarikh 28 Jan 2014 untuk mendengar kes saman itu. Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Wan Muhammad Azri dalam satu pernyataan di mahkamah pada akhir bulan lalu menafikan bahawa beliau merupakan penulis blog papagomo.com. | ||
Shabery: Tonton 'Tanda Putera' sebelum kritik Posted: 06 Jun 2013 09:13 PM PDT Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata MP Gelang Patah Lim Kit Siang sepatutnya menonton filem kontroversi 'Tanda Putera' sebelum membuat kritikan ke atas karya berkenaan. Shabery berkata Lim kemudiannya malah akan dapat menulis ulasan atau membuat filem sendiri mengikut "kebebasan ekspresi", selepas menonton filem berkenaan. Jelasnya, nilai seni sesuatu karya itu boleh dilihat dari pelbagai sudut – sama ada bagi artis atau peminat seni dan begiut juga bagi sejarah. "Pembangkang hanya ingin mengekang kebebasan ekspresi orang lain hanya dengan khabar angin atau dengan melihat sebahagian kecil daripadanya," kata Shabery. | ||
'Barangkali nafi royalti minyak juga hina raja' Posted: 06 Jun 2013 09:05 PM PDT MALAYSIA KINI Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat optimis pihak berkuasa akan menjalan siasatan sebaik-baiknya terhadap seorang wanita yang ditahan atas tuduhan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun, bekas menteri besar Kelantan itu berkata, membelakangkan titah sultan untuk mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori sama. "Di sebuah negeri, pernah sultan negeri berkenaan bertitah di dalam dewan agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat. "Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan. "Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini. Seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin ditahan pihak berkuasa. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai. Kenyataan itu menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948. | ||
Ashraf Muslim letak jawatan Pusat Rawatan Islam Posted: 06 Jun 2013 09:00 PM PDT KL TODAY Pelakon dan pengamal perubatan Islam iaitu Ashraf Muslim dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu. Perkara itu diumumkan sendiri oleh pihak pengurusan pusat rawatan tersebut dalam satu entri di laman web rasmi mereka pada Rabu lalu.Pihak berkenaan turut memaklumkan Ashraf, 32, juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu dimiliki oleh bapa mertua Ashraf iaitu Lokman Abdul Hamid, 52, dan beroperasi di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. "Kami mengucapkan terima kasih ke atas segala sumbangan dan usaha beliau. Ucapan selamat maju jaya kepada beliau di dalam kerjaya di masa hadapan," kata kenyataan itu. Pada Mei lalu nama Ashraf menjadi perhatian apabila dikatakan telah ke mahkamah Syariah untuk mengambil borang permohonan berpoligami. Bagaimanapun Ashraf enggan memberi komen tentang hal tersebut tetapi sebuah akhbar melaporkan seorang wanita bernama Sakinah telah mendedahkan bahawa isteri pelakon tersebut iaitu Noor Dayana Lokman, 26, sudi untuk bermadu. Ashraf telah bernikah dengan Noor Dayana pada 30 Ogos 2011 di Mekah, Arab Saudi. Sementara itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen pelakon itu berhubung peletakan jawatannya gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon. | ||
Pampasan RM10,000 pada mangsa runtuhan jambatan ke-2 PP Posted: 06 Jun 2013 08:57 PM PDT Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), syarikat pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, akan membayar pampasan RM10,000 kepada setiap orang awam yang menjadi mangsa kejadian runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan itu di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam tadi. Pengarah Urusan JKSB Datuk Dr Ismail Mohamad Taib berkata kejadian runtuhan itu di luar jangkaan syarikat kerana projek itu telah melalui tiga fasa dan tidak pernah mengalami sebarang masalah. Katanya sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian dan jika jawatankuasa itu dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh kurang dari sebulan, ia tidak akan menjejaskan tempoh siap jambatan berkenaan. "Kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang semalam apabila dua bahagian konkrit, 180 ton konkrit keras dan 100 ton konkrit lembut, runtuh," katanya. Setakat ini polis mengesahkan seorang wanita tempatan Thilasheni Rajendran, 24, cedera akibat terkena serpihan runtuhan pada bahagian tangan. Ketika kejadian, Thilasheni sedang memandu dan beliau sempat memberhentikan kenderaannya pada jarak kira-kira 2 meter dari tempat kejadian manakala rakannya Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada dalam kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. Selain itu dua pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39, turut cedera dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Keadaan mereka dilaporkan tidak serius. Kedua-dua pekerja asing itu dikatakan sedang bertugas di tapak binaan ketika kejadian. Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata lebih 300 anggota pasukan penyelamat dari bomba dan polis masih menjalankan kerja untuk mengesan mangsa di dalam sebuah lagi kenderaan yang dipercayai terperangkap dalam runtuhan itu. Katanya keadaan dan jumlah mangsa dalam kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap dalam runtuhan itu belum dapat disahkan. Beliau berkata pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan perkhidmatan kren yang lebih berat apabila kren yang disediakan oleh syarikat pembinaan itu gagal mengangkat tanjakan konkrit yang runtuh itu. Projek pembinaan jalan susur keluar jambatan itu diurus kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd. -Bernama | ||
'Gen Y berdemo cuma sebab rasa hebat' Posted: 06 Jun 2013 08:56 PM PDT Akhir-akhir ini, Malaysia seperti beberapa negara lain berhadapan dengan pembabitan sebilangan anak muda yang antigolongan berkuasa dalam perhimpunan dan demonstrasi kononnya atas nama kebebasan bersuara dan melakukan pembaharuan. Apakah yang sebenarnya berlaku yang mendorong sebahagian generasi muda ini bertindak sedemikian? Mengupas persoalan itu, Pakar Perunding Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata sebilangan anak muda yang dikategorikan dalam generasi Y ini cepat berasa diri mereka 'hebat'. Sikap ini mudah mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan atau melakukan provokasi menerusi laman sosial apabila terpengaruh dengan asakan budaya negatif ini. "Mereka sebenarnya belum matang dalam membuat keputusan terutama ketika mereka berada dalam keadaan tertekan atau kecewa. Lebih membimbangkan ada yang cuba mencabar sistem perundangan negara dengan membuat kecoh, huru-hara dan ini menimbulkan tanggapan negatif terhadap generasi itu," katanya kepada Bernama. Ramai anak muda menghadiri beberapa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat baru-baru ini membawa nada serupa, menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Apakah institusi keluarga kini semakin kurang memainkan peranan mendidik dan membentuk sahsiah anak muda? Dr Muhammad Muhsin berkata banyak faktor lain termasuk media sosial yang boleh mempengaruhi corak pemikiran generasi muda terutama kepada mereka yang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan utama maklumat. Meskipun ada ibu bapa yang bersikap tegas dalam mendidik anak-anak, namun sikap degil dan memberontak anak muda menyebabkan mereka tidak peduli dengan nasihat keluarga, katanya. Darah anak muda yang membuak-buak bersemangat untuk meluahkan rasa tidak puas hati, didorong dengan ajakan rakan-rakan menghadiri demonstrasi jalanan, menyumbang kepada punca anak muda melibatkan diri dalam perhimpunan sebegini. Ibu tunggal Umi Kalthom Alwi, 49, kesal 'kelemahan' sebilangan generasi muda ini digunakan pihak tertentu untuk menjadikan mereka umpan bagi menimbulkan masalah dan mempengaruhi mereka untuk berpolitik serta membuat pelbagai tuduhan liar terhadap kerajaan. "Kita sebagai ibu bapa boleh memberi kebebasan kepada anak-anak tetapi setiap ibu bapa juga perlu peka dan mengawasi tindak-tanduk anak-anak, di mana mereka berada dan apa yang mereka lakukan," kata ibu kepada enam orang anak yang berumur antara 15 hingga 29 tahun itu. Seorang juruteknik Amri Azri Zulkiffly, 29, yang berkongsi pengalamannya menyertai demonstrasi jalanan anjuran kumpulan proreformasi pada 2008 berkata perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan ajakan rakan menyebabkan dia terlibat. "Pada masa itu semua yang hadir memakai baju berwarna merah dan saya tidak berasa takut sebaliknya berasa seronok maklumlah ketika itu umur 23 tahun, tapi tidak semua yang datang itu benar-benar memperjuangkan hak mereka... sekadar suka-suka sahaja. "Tidak semua yang kita buat itu betul tetapi darah anak muda sememangnya tidak pernah berasa puas... belajarlah bersyukur dengan nikmat yang ada," kata bapa muda kepada seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang kini sedar tindakannya itu tidak berfaedah, membuang masa dan memudaratkan negara. Berpandangan bahawa generasi muda hari ini lebih bersikap memberontak dan sukar menerima teguran, seorang warga emas Khairanin Mohd Mansor, 76, berkata ramai anak muda tidak memahami dan menghayati sejarah negara. "Jika mereka hidup di zaman komunis pasti mereka tahu betapa susahnya hidup dalam keadaan daif serta ketakutan. Anak-anak muda hari ini seharusnya bersyukur kerana mereka boleh tidur dengan tenang tanpa mendengar letupan bom dan bunyi tembakan atau melihat insan tidak berdosa dibunuh," katanya. Khairanin, yang lebih mesra dengan panggilan Opah Ani, berkata mendidik generasi muda semakin mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi kerana dunia hari hari ini semakin kompleks dan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat beransur hilang jika institusi keluarga lemah. Bagi seorang peniaga Ismail Yusoff, 55, tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak kepada ibu bapa sahaja tetapi anak-anak muda sendiri yang terdedah dengan dunia teknologi maklumat perlu bijak membezakan antara yang baik dan buruk. "Sebagai ibu bapa kita perlu jelaskan kepada mereka apa itu demonstrasi jalanan, akibat jika ditangkap melanggar undang-undang dan wajarkah mereka turut serta. Malangnya terdapat ibu bapa yang menyokong tindakan anak mereka atas dasar idealogi politik masing-masing," katanya. Seorang penuntut universiti swasta berusia 23 tahun yang enggan dikenali berkata sifat ingin tahunya membawa kepada hasrat mahu melihat sendiri perhimpunan yang dianjurkan dan apa yang boleh diperolehnya. "Saya tiada tujuan mahu melanggar undang-undang negara. Saya tahu wujud Akta Perhimpunan Aman. (Dengan berada di situ), saya dapat menilai perkara sebenar dan membuat keputusan," katanya sambil mengakui demonstrasi jalanan membawa kesan buruk kepada banyak pihak. Seorang pekerja swasta Mohamad Hafiz Mohamed Nassir, 24, berkata generasi Y mesti bijak memilih saluran untuk menyuarakan pendapat mereka. "Lihat sahaja perhimpunan Hari Belia yang diadakan baru-baru ini. Ia merupakan cara untuk kita berkongsi pendapat dan menyuarakan pandangan menerusi saluran betul bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya. Mohamad Hafiz berkata biarpun hanya sebilangan individu yang membuat kecoh, namun tindakan mereka memberi imej buruk kepada generasi muda keseluruhannya, yang sebahagiannya akan mewarisi kepimpinan negara.- Bernama | ||
Surat Terbuka Setiausaha Agung DAP kepada semua cawangan DAP Posted: 06 Jun 2013 08:46 PM PDT ROKETKINI.COM Surat Terbuka Setiausaha Agung DAP kepada semua cawangan DAP Mencapai Kemenangan Melalui Kebebasan, Harapan Dan Peluang Untuk Kemakmuran Dan Daya Saing Di Malaysia Dengan Melatih Bakat Kepimpinan Baru, Memodenkan Infrastruktur, Mewujudkan Kepimpinan Bersih Dan Urus Tadbir Yang Baik DAP mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam sejarah pilihan raya kita bagi Pilihan Raya Umum 2013, dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen dan 95 daripada 103 kerusi negeri yang kita tandingi. (Dengan 12 kerusi yang sedia ada di Sarawak, DAP kini mempunyai 107 Ahli Dewan Undangan Negeri). Kita merasa bangga DAP kini adalah parti yang benar-benar Malaysia kedua terbesar dengan wakil rakyat terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Kadazan. Keputusan berani pemimpin DAP, Sdr Lim Kit Siang untuk menanggung risiko besar dengan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah berjaya menangkap imaginasi masyarakat di seluruh negara dan merupakan faktor utama dalam memacu kemenangan pilihan raya DAP, terutamanya di Johor. DAP juga memenangi undi popular, dengan mencatatkan majoriti tertinggi lebih 50,000 oleh Sdri Teresa Kok serta membantu Pakatan Rakyat memenangi majoriti 2/3 di negeri-negeri kubu kuat kita di Pulau Pinang dan Selangor. Kita memenangi semua kerusi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Dari segi undi popular, tidak ada negeri yang menghampiri jumlah 68% seperti yang diperolehi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, lonjakan peningkatan 8% berbanding pilihan raya umum 2008. DAP menang dengan menwarkan kebebasan, harapan dan peluang; berbanding penipuan, ketakutan dan politik wang. DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari. Salah satu titik perubahan utama adalah tindakan melampau BN dalam menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi pilihan raya umum. Tindak balas pantas DAP dalam menganjurkan "Go Bald To Protest Money Politics" sebuah kempen yang sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar dan memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN. Ramai wanita di seluruh negara bersedih apabila mereka melihat isteri saya dan wanita DAP membotakkan kepala dan terus memasang azam untuk menghukum BN. Ini adalah kemenangan untuk semua rakyat Malaysia, dengan kadar keluar mengundi bersejarah yang mencapai 84%, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mahu mengambil bahagian dalam proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang tulen. Pakatan Rakyat memenangi undi popular sebanyak 51% berbanding dengan hanya 47% untuk BN. Margin kemenangan adalah lebih besar di Semenanjung Malaysia sebanyak 53% bagi Pakatan Rakyat berbanding 45% untuk BN. Pakatan Rakyat memenangi 55% undi popular di Perak, namun tetap hilang kuasa. Kita mempunyai kerajaan minoriti BN di Putrajaya, Perdana Menteri minoriti BN dan Menteri Besar minoriti BN di Perak. Demokrasi tidak membenarkan minoriti memerintah majoriti. Terdapat keperluan mendesak bagi reformasi pilihanraya bagi menghormati prinsip "satu orang, satu undi, satu nilai". Tiga langkah akan diambil :- 1. Proses undang-undang untuk mencabar di mahkamah kerusi-kerusi yang dimenangi BN melalui penipuan, undi-membeli dan memanipulasi senarai pengundi melalui pengundi hantu dan Bangladeshi yang bukan warganegara; 2. Proses politik untuk mendesak reformasi pilihanraya dalam dewan legislatif, kempen-kempen awam dan forum antarabangsa. 3. Proses rakyat bagi menjalankan kempen gerakan rakyat, hanya jika perlu, untuk menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil. Kepimpinan Politik dan Legislatif Mesyuarat CEC DAP yang diadakan pada 10 Mei 2013 di Ibu Pejabat kebangsaan parti, selain daripada mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung kerana dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, telah membuat keputusan berikut: 1. Bahawa DAP akan menyokong pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Parlimen ke-13; 2. Bahawa Sdr Lim Kit Siang dilantik semula sebagai Ketua Parlimen DAP; 3. Pihak yang berikut wakil-wakil rakyat yang dilantik ke jawatan berikut di DUN masing-masing: DUN Kedah: Sdr Teoh Boon Kok sebagai whip DAP; DUN Perak: Sdr Ngeh Koo Ham sebagai whip DAP; DUN Negeri Sembilan: Sdr Anthony Loke sebagai Ketua Pembangkang DUN, Sdr Cha Kee Chin sebagai whip; DUN Melaka: Sdr Goh Leong San sebagai Ketua Pembangkang, Sdr Lim Jack Wong sebagai whip; DUN Johor: Sdr Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang dan Sdr Tan Chen Choon sebagai whip; DUN Pahang: Sdr Tengku Zulpuri sebagai Ketua Pembangkang dan Sdr Lee Chin Chen sebagai whip; DUN Sabah: Sdr Dr Edwin Bosi sebagai whip; DUN Sarawak: Sdr Wong Ho Leng dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang dan Sdr Chiu Chin Seng sebagai whip 4. Bahawa Sdr Gobind Singh akan menubuhkan sebuah pasukan undang-undang untuk menguruskan pelbagai petisyen pilihan raya yang mungkin boleh difailkan oleh calon DAP. Respon tidak rasional BN Tindak balas tidak rasional BN dengan menggunakan perkauman dan ekstrimisme bagi mengalihkan perhatian daripada kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sudah boleh dijangka. Begitu juga dengan penutupan pusat-pusat khidmat oleh Gerakan dan MCA serta keengganan mereka untuk memegang jawatan-jawatan kerajaan. Walau bagaimanapun "sandiwara" oleh Gerakan dan MCA ini mungkin akan berlangsung hanya setahun sebelum mereka menerima perlantikan semula kepada pelbagai jawatan kerajaan dikhaskan untuk MCA. Dalam pada itu, ini adalah satu peluang keemasan untuk wakil-wakil rakyat yang baru dipilih untuk memperlihatkan kehadiran dengan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh BN di kubu kuat mereka. Atas sebab ini, parti meletakkan penekanan yang tinggi terhadap perkhidmatan kepada keperluan rakyat, bagi membolehkan DAP untuk membina organisasi DAP sebagai sebuah gerakan rakyat untuk rakyat. Sebagai langkah pertama, semua wakil rakyat mesti menubuhkan pusat perkhidmatan mereka dan membuat pertemuan bagi menyelesaikan masalah pengundi di kawasan mereka. Lebih penting lagi adalah kerja berpasukan – satu pasukan perkhidmatan mesti ditubuhkan di setiap tempat mengundi. Hari-hari di mana hanya satu orang yang melakukan semua kerja sudah berakhir. Tiada pasukan bermakna tiada impian kejayaan bagi DAP. Interaksi yang kerap mesti dilakukan antara pasukan perkhidmatan, pihak awam dan jabatan-jabatan kerajaan. DAP telah mengamanahkan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Sdr Tan Kok Wai untuk memantau dan melaksanakan langkah-langkah ini dengan kuasa penuh untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana wakil rakyat yang gagal untuk melaksanakannya. Sdr Tan akan dibantu oleh pemimpin CEC Sdri Teresa Kok, Sdr Anthony Loke, Sdr Tony Pua, Sdr Kulasegaran dan Sdr Vincent Wu. Sdri Teresa Kok akan memberi penekanan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak. DAP juga mencadangkan sebuah anjakan dari sekadar pusat-pusat perkhidmatan biasa untuk wakil-wakil rakyat kita dengan sebaliknya mewujudkan pusat-pusat komuniti. Penekanan harus sentiasa diberi kepada usaha membina pasukan kita, memberi peluang kepada golongan muda dan belajar untuk berada dalam kerajaan. Kita ingin menggesa pemimpin-pemimpin di semua negeri untuk datang ke Pulau Pinang bagi membiasakan diri mereka dengan pengurusan kerajaan sebagai sebahagian daripada persediaan kita untuk mengambil alih Putrajaya dalam masa 5 tahun. Ingatlah bahawa DAP menang dengan menawarkan kebebasan, harapan dan peluang untuk kemakmuran dan daya saing di Malaysia dengan melatih bakat kepimpinan baru, memodenkan infrastruktur, mewujudkan kepimpinan bersih dan urus tadbir yang baik. Perjalanan ini adalah jauh dan sukar. Jagalah kesihatan anda. Kerja keras dan selamat maju jaya. LIM GUAN ENG Setiausaha-Agung | ||
Dakwat kekal: Menteri Kesihatan sanggah SPR Posted: 06 Jun 2013 08:32 PM PDT KL TODAY KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan telah menafikan dakwaan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mengenai dakwat kekal yang digunakan pada PRU13. Sebelum ini, Abdul Aziz dan Ahmad mendakwa kandungan silver nitrate di dalam dakwat kekal dikurangkan demi kesihatan para pengundi. Kandungan silver nitrate yang rendah di dalam dakwat kekal yang disapu pada jari pengundi telah disebut-sebut sebagai punca dakwat itu boleh dibasuh terus selepas digunakan. Ditanya sama ada memang terdapat alasan perubatan untuk mengurangkan silver nitrate, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata: "Saya tidak pasti, anda perlu bertanya SPR soalan tersebut. Jika anda tanya sama ada mereka tanya kita untuk sebarang laporan, saya rasa tidak". Subramaniam juga berkata tiada perbincangan dengan kementerian untuk mendapatkan laporan mengenai penggunaan dakwat kekal dari sudut perubatan. "Jika mereka ada bertanya pada kita dan kita diberikan laporan, maka ia amat berlainan, tapi saya tidak rasa begitu…" tambah Subramaniam lagi. Sebelum ini, Aziz mendakwa SPR telah mendapat satu surat daripada Kementerian Kesihatan yang memberikan amaran mengenai penggunaan silver nitrate yang berlebihan di dalam dakwat kekal yang boleh menyebabkan penyakit ginjal dan kanser. Ahmad pula mendakwa keputusan ditukar pada saat-saat akhir untuk merendahkan kandungan silver nitrate adalah untuk tujuan kesihatan. "Ini adalah kali pertama saya mendengarnya," kata Subramaniam ketika ditanya mengenai dakwaan Abdul Aziz dan Ahmad. | ||
Posted: 06 Jun 2013 04:55 PM PDT Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama. Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara. Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS? Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD 'dipinjamkan' kepada PKR disebut di BPPNS.Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata. Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR 'standby' pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus. PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri. Maka cerita konon bahawa PKR tiada calon juga adalah dongeng semata-mata. Dongeng 3: Dr Nasir Adalah Calon PSM Hakikatnya Dr Nasir adalah calon PKR. Watiqah yang diguna adalah watiqah dari PKR. PKR turunkan beliau sebagai calon PKR. Tiada watiqah PSM dan bukan PSM yang ditentangi PAS. Bukan seperti di Semenyih. Cuba buka mata sikit. Ada beza atau tidak Semenyih dan Kota Damansara? Di Semenyih Aru bertanding atas tiket PSM. PKR turunkan calon bertanding kerana tidak terima Aru sebagai calon PKR. Sedangkan kerusi Semenyih dipersetujui semua adalah milik PKR bukan milik PSM. Di KD kes Dr Nasir adalah sebaliknya. Hanya yang terus ingin menegakkan benang basah sahaja akan mengatakan tiada beza. Dalam soal memilih calon, setiap parti berhak memilih calonnya sendiri atas alasan tersendiri. Ahli PAS KD perlu ingat, pada 2008, PAS meletakkan Ibrahim Ali di Pasir Mas! Ibrahim Ali bukan ahli PAS pun! Itu adalah atas maslahah PAS Kelantan. PAS Kelantan mencapai kemenangan besar, dari majoriti 1 kerusi pada 2004 kepada majoriti 2/3 pada tahun 2008. PAS mendapat 39 dari 45 kerusi pada tahun 2008! Strategi meletakkan Ibrahim mungkin telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kemenangan itu. Maka cerita penglipur lara bahawa Dr Nasir adalah calon PSM dan bukan PKR juga merupakan dongeng semata-mata. Dongeng 4: PAS KD Tolak Dr Nasir Kerana beliau Sosialis Dr Nasir seorang Sosialis sejak dahulu. Beliau bersama Dr Syed Hussin dalam PSRM dan apabila PSRM bercantum dengan Keadilan sehingga Keadilan pun menambah 'rakyat' dalam nama 'PKR' dan menambahkan jalur merah pada logonya, Dr Nasir tidak ikut sama. Sebaliknya Dr Nasir berusaha menubuhkan PSM. Namun pada 2008 beliau diturunkan sebagai calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga Arul yang bekas ahli PSRM juga diturunkan di Semenyih. Pada ketika itu PAS terima dan tidak membantah. Kalau mahu tolak Dr Nasir kerana dia Sosialis, sepatutnya ianya dibuat sejak 2008 kerana semua tahu beliau Sosialis pada ketika itu lagi. Bukan baru beliau isyhtihar bahawa beliau Sosialis. Lagipun telah diakui bahawa PKR dan DAP berbeza fahaman politik dengan PAS. Kalau PAS tolak Sosialis kerana bercanggah dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman liberal demokrat dan sosial demokrat yang dibawa PKR dan DAP? Dan bukankah ini sebabnya ada 'tahalluf' iaitu kerjasama dengan yang tidak sama fahaman politik dengan PAS. Dan bukankah ini sesuai dengan ayat 61 Surah Al-Anfal yang bermaksud; "Dan kalau mereka telah condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong juga kepadanya (perdamaian), dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". Masalah ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana ianya telahpun diputuskan bersama pada 2008 bahawa sekiranya Dr Nasir guna lambang PKR maka tiada masalah. Soal Syed Hussein Ali bertanding di Kelantan dan ditolak oleh PAS Kelantan adalah atas perkiraan lain. Masyarakat Kelantan tidak bersedia menerima Syed Hussein Ali sebagai calon. Faktor 'winnability' dalam suasana saingan sengit perlu diambil kira. Tapi di Kota Damansara, terbukti Dr Nasir boleh menang. Ini telah terbukti pada 2008. Maka dengan itu alasan PAS KD tolak Dr Nasir kerana beliau Sosialis juga adalah alasan dongeng yang telah direka cipta. Dongeng 5: Dr Nasir Sebagai ADUN Banyak Menimbulkan Masalah Ada yang mengatakan bermacam-macam perkara berhubung tindakan Dr Nasir sebagai ADUN. Masalah itu dan ini. Kononnya susah untuk dapat peruntukan untuk program dan sebagainya. Saya jawab dengan mendedahkan satu fakta sahaja untuk menyanggah ini semua. Sepanjang 5 tahun tiada sebarang aduan terhadap Dr Nasir yang dikemukakan dalam mesyuarat BPPNS. Kalau ada pun, isu biasa yang melibatkan semua ADUN yang bukan PAS yang dihadapi oleh ahli PAS. Biasalah tu, mereka pun sibuk membuat program sendiri dan PAS pun dengan programnya. Sepatutnya kerja rapat. Program PKR/DAP program PAS, program PAS program mereka juga kerana semua untuk bertemu dengan rakyat jelata yang merupakan pengundi PR bersama. Pada masa yang sama ramai juga ahli PAS jadi Nazir Masjid, AJK Masjid, Ketua Kampung, JKK, Ahli Majlis dan sebagainya. Tiada pula Dr Nasir menhalang fahaman Islam dari disebarkan dan fahaman Sosialisma diajar di Masjid dan Surau! Amatlah menghairankan kenapa tiba-tiba apabila sudah dekat dengan PRU baru isu ini timbul. Semasa membincangkan soal siapa calon untuk Paya Jaras, di mana pimpinan Selangor bertemu pimpinan PAS Subang berkali-kali, termasuk selepas pembubaran Parlimen, tiada walau satu ayat pun dikeluarkan berhubung KD! Maka bagi saya, sebagai pimpinan PAS Negeri Selangor, alasan Dr Nasir banyak menimbulkan masalah adalah dongeng ke 5. Dongeng 6: Bertanding di KD adalah Keputusan Majlis Syura! Saya malas hendak jawab. Saya nasihat penghujjah jangan menipu. Walaupun kita tahu "peperangan itu adalah tipu-helah" janganlah guna hadis itu sebagai alasan untuk menipu ahli dan rakyat. Saya bukan berperang dengan saudara-saudara. Saya hanya ingin menegur kesilapan yang telah dilakukan. Jangan menipu. Jatuh imej tuan-tuan semua; lebih-lebih lagi yang bergelar Ustaz. Sebenarnya, jika benar ikhlas, alasan tidak perlu bertukar-tukar dan berbagai jenis. Tidak perlu ditokok tambah dengan macam-macam cerita penglipulara. Cakap je, "Dia Sosialis". Atau "dia susah nak kerjasama". Atau "kerusi dipinjam". Atau "PKR tiada calon". Pilih sahaja satu dan hujjah berasaskan yang itu. Ini tidak. Alasan berbagai dan beraneka bentuk dan banyak darinya yang dongeng belaka. Itu adalah bukti alasannya adalah alasan semata-mata. WaLlahu 'Alam |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan