Isnin, 24 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rafizi Terus Bongkar Pelbagai Isu Di Parlimen

Posted: 24 Jun 2013 03:52 AM PDT


rafizi 01

KUALA LUMPUR  : Rafizi Ramli akan terus membongkar pelbagai isu ketika sesi persidangan Dewan Rakyat pada penggal kali ini.

Beliau yang ditemui sejurus selesai Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen di sini pagi tadi menyedari peluang berbahas mengenai sesuatu isu adalah terhad di dalam sesi Dewan Rakyat.

"Sebenarnya berada dalam (Parlimen) lebih terhad bergantung kepada masa yang dihadkan, giliran dan sebagainya.

"Tetapi tidak mengapa, jika tidak dapat peluang mencukupi di dalam Parlimen, saya tetap akan bongkar di luar," jelas Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau sebelum ini terkenal membongkar pelbagai isu antaranya isu penyelewengan National Feedlot Centre (NFC) yang melibatkan mantan Menteri Hal Ehwal Wanita, Datuk Seri Sharizat Jalil dan isu tanah di Bukit Raja yang melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah.

Dalam perkembangan lain, seramai 26 orang aktivis di Padang Merbok yang berbaring di hadapan parlimen pagi dilaporkan ditahan pihak berkuasa.

Antara yang ditahan ialah aktivis mahasiswa, Mohd Safwan Anang sementara Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan seorang lagi aktivis, Adam Adli menyerah diri kepada pihak polis.

khalid samad

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan dijangka dibawa ke lokap di Jinjang.
Mengulas penahanan tersebut, Rafizi di dalam responnya meminta agar pihak polis tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka yang ditahan.

"Kita akan memastikan mereka ini mendapat bantuan guaman dan apa-apa yang perlu," ujar Rafizi.
Pagi tadi lebih 50 orang menyertai demonstrasi di hadapan parlimen bagi mendesak anngota tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

Mereka turut berkesempatan menghantar memorandum kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Bekas NC UiTM cadang mansuh meritokrasi

Posted: 24 Jun 2013 03:49 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Cadangan bekas naib canselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah untuk memansuhkan sistem meritokrasi yang diamalkan dalam pengambilan ke universiti menerima sokongan dari beberapa orang tokoh pendidikan Melayu.

Menurut Ibrahim, cadangan untuk menstruktur semula pendidikan itu, bermula di peringkat prasekolah hinggal ke peringkat pengajian tinggi, adalah untuk mengembalikan keadilan kepada pelajar Melayu.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik kenyataan Ibrahim yang mendakwa sistem meritokrasi tersebut "mewujudkan ketuanan Cina".

"Tidak ada yang menguntungkan pelajar Melayu. Bayangkan pelajar Melayu di IPT kini hanya kira-kira 35 peratus dan selebihnya kaum Cina.

"Dalam aspek biasiswa pula, pelajar Melayu gagal menjadi dominan dalam merebut biasiswa kerana pada tahun lalu, sejumlah 80 peratus pelajar Cina menerima biasiswa kerana mendapat keputusan cemerlang berdasarkan penetapan kerajaan melalui meritokrasi," kata Ibrahim.

Ibrahim yang juga presiden Majlis Perundingan Melayu dilaporkan mendakwa demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pendidikan Melayu dan Bumiputera pada hari Sabtu lalu.

Kenyataan tersebut disokong seorang lagi anggota panel, presiden Persatuan Pesara Pendidik, Datuk Raof Hussin yang mahu kerajaan mengkaji semula sistem meritokrasi.

"Selama ini kerajaan terlalu memikirkan kaedah mengambil hati kaum Cina dan India yang kononnya untuk kepentingan negara sehingga sebenarnya telah terlalu lama menganiaya orang Melayu," kata Raof yang mahu kerajaan mengehadkan kuota pendidikan terutama untuk bukan bumiputera.

Akhbar berkenaan seterusnya hari ini memetik kenyataan bekas ketua pengarah kementerian pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang berkata keistimewaan perlu diberikan kepada pelajar luar bandar.

Beliau memberi alasan, pelajar luar bandar tidak menikmati kemudahan pendidikan seperti pelajar di bandar.

Sistem meritokrasi untuk pengambilan ke universiti diperkenal pada 2002 oleh perdana menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggantikan sistem kuota yang menetapkan tempat sebanyak 55 peratus untuk pelajar bumiputera.

Sistem berkenaan bagaimanapun tidak terpakai untuk institut pendidikan tinggi MARA dan kelas matrikulasi yang didominasi pelajar bumiputera.

Bukit Aman tak simpan letupan C4, kata peguam

Posted: 24 Jun 2013 03:48 AM PDT

 


 
Peguam kepada cif inspektor Azilah Hadri berkata, jenis letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak berada dalam simpanan Bukit Aman.

Peguam Hazman Ahmad berkata, berdasarkan rekod Bukit Aman, anak guamnya hanya dibekalkan pistol Glock dan magazin peluru.

"Justeru, terdapat persoalan tentang bagaimana jenis letupan ini didakwa digunakan," katanya.

Hazman juga berkata, Azilah tidak mempunyai atau mempunyai kawalan terhadap letupan C4 kerana ia tidak pernah dikeluarkan oleh Bukit Aman.

Altantuya didakwa dibunuh dan kemudian diletupkan pada malam antara 19 Oktober hingga 20 Oktober 2006.

Yazid dan pekerja mengaku tidak bersalah jadi anggota Al-Qaeda

Posted: 24 Jun 2013 03:44 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Yazid, 49, pengusaha kafetaria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Muhammad Hilmi, 33, pembantu kafetaria, kelihatan tenang ketika pertuduhan baharu itu dibacakan dan mereka minta dibicarakan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Feb lepas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Kamardin Hashim membenarkan permohonan peguam New Sin Yew, yang mewakili kedua-dua tertuduh, untuk menangguhkan kes itu sementara menanti rayuan mereka berhubung tuduhan terlibat dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria didengar di Mahkamah Persekutuan.

New berkata pihaknya telah memfailkan notis rayuan itu di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas.
Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon kedua-dua tertuduh ditahan reman di penjara Sungai Buloh sementara menanti keputusan rayuan.

Sementara itu, di Mahkamah Tinggi berlainan Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 17 Sept depan untuk sebutan bagi kes yang dihadapi kedua-dua tertuduh berhubung pertuduhan terlibat dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria.

Selasa lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pendakwaan untuk ketepikan pembebasan Yazid dan Muhammad Hilmi daripada pertuduhan berkenaan.

Ia berikutan keputusan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan itu.

Dalam keputusan itu, Abu Samah berkata pertuduhan terhadap responden (Yazid dan Muhammad Hilmi) ialah dalam ruang lingkup atau skop Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan turut mengarahkan kes itu disebut di Mahkamah Tinggi pada hari ini.

Pada Februari lepas, Yazid didakwa memajukan ideologi bertujuan menghasut orang ramai di Syria agar melakukan keganasan manakala Muhammad Hilmi dan seorang lagi suri rumah Halimah Hussein didakwa bersubahat dengannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang antara 1 Ogos dan 20 Okt tahun lepas.

Yazid didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) manakala Halimah dan Muhammad Hilmi didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pada 20 Mei lepas, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu selepas membenarkan permohonan mereka bagi membatalkan pertuduhan berkenaan. -- Bernama

Jerebu merebak ke dua daerah di Kelantan

Posted: 24 Jun 2013 03:42 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
Dua daerah di Kelantan iaitu Kota Baharu dan Tanah Merah mula dilanda jerebu sejak pagi ini.

Menurut laporan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kota Baharu menunjukkan peningkatan dengan bacaan tidak sihat iaitu 114 pada pukul 11 pagi, berbanding 108 pada pukul 7 pagi.

Tanah Merah turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU, bagaimanapun masih berada pada paras sederhana iaitu 93 setakat pukul 11 pagi, berbanding 90 pada pukul 7 pagi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Tinjauan Bernama di sekitar Kota Baharu mendapati keadaan jerebu tersebut tidak menjejaskan aktiviti harian orang ramai.-- Bernama,

Kementerian Kesihatan: Penyakit berkaitan jerebu meningkat

Posted: 24 Jun 2013 03:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 


Terdapat peningkatan pesakit asma serta penyakit berkaitan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik di sekitar negeri Johor dan Melaka, sejak jerebu melanda kedua-dua negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berlaku peningkatan melebihi seratus peratus bagi penyakit asma semenjak krisis jerebu.

"Di Johor pesakit asma meningkat kepada 122 peratus manakala di Melaka meningkat dengan ketara iaitu 127 peratus," katanya pada sidang media selepas melancarkan 'Kempen dan Seminar Keselamatan Pesakit Peringkat Kebangsaan' di sini hari ini.

Beliau berkata turut meningkat ialah jangkitan saluran pernafasan iaitu di Johor sebanyak 38.5 peratus dan Melaka 20.7 peratus.

Peningkatan juga berlaku terhadap simptom konjunktivitis atau sakit mata dengan Melaka mencatat peningkatan 63.6 peratus manakala di Johor tiada peningkatan, kata Dr Noor Hisham.

Justeru itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah atau menggunakan penutup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah.

Beliau berkata bagi memberikan rawatan yang sebaiknya kepada pesakit yang mengalami simptom jerebu di dua buah negeri tersebut, hospital dan klinik kerajaan kini memfokuskan kepada kes kecemasan.

"Kita mengurangkan pembedahan dan perkhidmatan lain, sekarang hanya fokus kepada kecemasan dan mengerakkan tenaga utama kepada unit kecemasan," katanya.

Kempen yang pertama kali diadakan itu menggabungkan kerjasama sektor awam dan swasta berkaitan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan pesakit dan bagaimana ini boleh dicapai.

Kempen dua hari bermula hari ini bertemakan 'Bersama-sama untuk keselamatan' dihadiri 500 peserta.-- Bernama,

Peguam: Pendakwaan tak panggil bekas pembantu Najib

Posted: 24 Jun 2013 03:37 AM PDT

 


 
Peguam kepada tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu hari ini membangkitkan kegagalan pendakwaan untuk memanggil pembantu peribadi kepada timbalan perdana menteri pada waktu itu Datuk Seri Najib Razak, untuk memberi keterangan.

Peguam kepada Koperal Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa kegagalan pendakwaan untuk berbuat demikian menjadikan perbicaraan tersebut sebagai perbicaraan silap.

Katanya, hanya Musa boleh mengesahkan kebenaran afidavit kontroversi yang difailkan oleh tertuduh ketiga dalam kes berkenaan, penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Kamarul berkata rekod telefon Abdul Razak menunjukkan komunikasi melibatkan lebih 30 mesej teks di antara Abdul Razak dan Musa di antara 7 Oktober dan 19 Oktober 2006.

Daripada jumlah itu, 12 mesej direkodkan pada 19 Oktober 2006 – pada malam Altantuya dibunuh.

"Hanya Musa yang boleh mengesahkan kredibiliti dan kebenaran afidavit Abdul Razak. Bagaimanapun pendakwaan memutuskan untuk tidak memanggil Musa untuk mengesahkan perkara ini.

"Bagi kami, Musa sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan (dalam perbicaraan kes pembunuhan di Mahkamah Tinggi Shah Alam) untuk mengesahkan atau menolak apa yang didakwa Abdul Razak dalam afidavit tersebut.

"Pastilah, dengan afidavit tersebut dan sekiranya Abdul Razak dipanggil, beliau akan berpegang kepada apa yang tertulis. Namun tiada peluang untuk pendakwaan mempersoalkan perkara tersebut kerana Musa tidak dipanggil," kata Kamarul.

Oleh yang demikian, mahkamah tidak mengetahui perkara yang diperkatakan antara Abdul Razak dan Musa pada malam tersebut.

Kamarul juga membangkitkan bahawa penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yassin juga tidak menyatakan motif pembunuhan tersebut.

Pandikar Amin cadang Pakatan tubuh “Kabinet Bayangan”

Posted: 24 Jun 2013 03:25 AM PDT

Oleh Md Izwan

 

Pandikar Amin cadang Pakatan Rakyat tubuh "Kabinet Bayangan" hari ini. Gambar oleh Afif Abd. HalimPakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini.

Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti.

"Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.

Disamping itu, Pandikar juga menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.

"Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12.

"Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi.

Pandikar menang pengundian selepas menewaskan calon pembangkang PR, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

Abdul Kadir dicalonkan oleh MP Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh MP Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Walau bagaimanapun sesi pengundian Speaker bermula dengan kekecohan selepas Ahli Parlimen (MP) pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan arahan mewajibkan MP menulis nama mereka di atas kertas undi sebaliknya mahukan hanya tandatangan sahaja ditulis.

MP Puchong (DAP) Gobind Deo Singh, MP Batu (PKR) Tian Chua dan MP Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ketetapan arahan Dewan Rakyat sedemikian tidak diperlukan.

"Ini tidak masuk akal," kata Gobind sebelum majlis angkat sumpah MP bermula.

Sementara itu, dua wakil daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said telah dilantik sebagai Timbalan Speaker pada sidang Dewan Rakyat Ke-13 kali ini.

Pandikar dalam ucapannya lagi juga menggesa supaya MP yang baru mengangkat sumpah agar mencerminkan imej sebagai seorang wakil kepada rakyat dan menunjukkan kematangan semasa berdebat.

"Marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia dengan penuh dedikasi, beramanah dan berkesan," kata Pandikar.

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah semasa jerebu, kata Muhyiddin

Posted: 24 Jun 2013 03:23 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 


Ibu bapa dibenar tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu.

"Ibu bapa diminta merujuk kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan status sekolah anak-naka mereka terutama di kawasan yang terlibat," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan dalam kenyataan di sini hari ini.

Sekolah-sekolah diarahkan tutup hari ini iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka serta daerah Muar, Ledang dan Segamat di Johor, Port Dickson di Negeri Sembilan dan Kuantan di Pahang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa sekolah-sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka ditutup esok memandangkan keadaan jerebu bertambah buruk.

Muhyiddin berkata walaupun sekolah-sekolah dalam kawasan jerebu kritikal dan yang bacaan Indeks Pencemaran Udara melebihi paras bahaya telah ditutup, murid.

"Dalam hal ini kerjasama ibu bapa perlu supaya dapat mengawasi pergerakan anak-anak mereka sepanjang tempoh itu," katanya.

Murid-murid juga dinasihatkan sentiasa memakai penutup hidung dan minum banyak air, manakala pihak sekolah hendaklah merujuk pelajar yang tidak sihat ke klinik atau hospital berhampiran, katanya.

Selain itu timbalan perdana menteri mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan semasa jerebu untuk mengetahui status terkini jerebu di kawasan masing-masing.

Katanya semua pengarah pelajaran negeri hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak berkuasa di peringkat masing-masing mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.

Muhyiddin juga meminta pihak sekolah mematuhi arahan surat siaran dari semasa ke semasa sama ada untuk menutup sekolah dengan serta merta, menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah atau menghentikan semua aktiviti kokurikulum dengan kadar segera bagi menjamin kesihatan murid. -- Bernama,

Husam Dibebas Lewat Petang Ini

Posted: 24 Jun 2013 03:19 AM PDT

MSO


Husam saling bercerita dengan Tokguru.
Husam Musa yang ditahan polis Sabtu lalu di Kuala Lumpur kemudian dibawa ke Kota Bharu dibebaskan lewat petang ini. Demikian menurut Exco Kelantan Nasaruddin Daud yang dihubungi setengah jam lalu.

Katanya beliau turut berada di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa bersama Speaker Dun Kelantan Abdullah Yaakob menanti pembebasan Husam. Menurut Nasarudin Adun Salor itu kelihatan sihat dan ceria.

Husam diremen selama dua hari untuk disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Tidak diketahui apakah beliau akan didakwa atau pun tidak.

Malam ini Husam dijangka hadir pada majlis kesyukuran pembebasan beliau yang diadakan di Pasir Tumbuh Kelantan.

Sebaik dibebaskan Husam dibawa ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Tokguru Nik Aziz. Difahamkan selepas pilihan raya lalu ini pertemuan pertama Husam dengan Nik Aziz. Semasa majlis angkat sumpah wakil rakyat baru-baru ini Husam tidak hadir kerana bercuti di luar negara

Gempar jumpa kubur misteri tak ikut arah kiblat

Posted: 23 Jun 2013 10:39 PM PDT


Gempar jumpa kubur misteri tak ikut arah kiblat
Hassan (kiri) bersama penduduk Kampung Sungai Baru menunjukkan kubur misteri berkenaan.
 
ALOR SETAR - Penduduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad.

"Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang meninggal dunia, jadi pakcik pergi ke tanah perkuburan seperti biasa untuk melakukan kerja yang diperlukan termasuklah mengenalpasti lokasi bersesuaian.

"Namun, ketika sedang mencari lokasi berkenaan, secara tiba-tiba pakcik melihat satu kubur yang tidak pernah ada sebelum ini, pelik dengan kemunculan secara tiba-tiba itu," katanya kepada Sinar Harian.

Harun berkata, kubur berkenaan kelihatan masih baru, malahan terdapat sejambak bunga yang hampir layu di atas kubur itu.

Menurutnya, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menjaga tanah perkuburan itu selama 10 tahun ini, kedudukan kubur misteri berkenaan berada di kawasan asing, sedangkan jika sesiapa dikebumikan, dia mengetahui lokasinya.

"Bimbang kewujudan kubur misteri terbabit mempunyai unsur mencurigakan, saya terus memaklumkan perkara ini kepada Imam masjid untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Imam Masjid Hidayatul Solehin, Hassan Ahmad, 83, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara terbabit kerana sedia maklum jika ada kematian pastinya dimaklumkan kepadanya.

"Jika berlakunya kematian di kampung kami, maka akan diadakan bacaan doa mahupun talkin. Namun, kali ini tanpa ada sebarang sembahyang jenazah ataupun doa, muncul kubur entah datang dari mana secara tiba-tiba.

"Kemudian saya bersama sebahagian kariah masjid bergegas ke lokasi kubur misteri terbabit dan terkejut melihat sebuah kubur misteri berada di kawasan berkenaan malah langsung tidak menyangka penemuan itu," katanya.

Katanya, kubur bertulis nama Firdaus Alif Wong berkenaan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kerana bukan sahaja dipercayai tidak mengikut arah kiblat malah seakan-akan baru digali.

Jerebu: Timbang fatwa tak wajib solat Jumaat

Posted: 23 Jun 2013 10:36 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Mufti-mufti di negeri yang mengalami masalah jerebu serius digesa mempertimbangkan fatwa tidak mewajibkan solat Jumaat seperti dilaksanakan di Singapura.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pensyarah terkenal Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana fatwa Singapura itu menepati sunah seorang sahabat Ibn Abbas.

Kata mereka lagi, Ibn Abas pernah menyuruh penduduk Madinah bersolat di rumah pada hari Jumaat kerana hujan lebat.

NONE"Di dalam kes jerebu yang melibatkan kesihatan, maka lebih utama untuk kaum Muslimin tidak memberatkan diri untuk menghadiri solat Jumaat," kata mereka dalam kenyataan bersama kepada Malaysiakini semalam.

Mereka juga menggesa agar pihak berkuasa agama negeri-negeri yang terlibat serius dengan masalah jerebu agar mengadakan solat istisqa (solat meminta hujan) di setiap peringkat.

Pejabat Mufti Singapura mengeluarkan fatwa bahawa penganut Islam di republik itu tidak perlu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat berikutan masalah jerebu yang semakin serius, lapor AFP.

Ini kerana jerebu memberi kesan negatif kepada kesihatan dan mungkin boleh mengancam nyawa, kata pejabat Mufti Singapura.

Orang ramai dinasihatkan menunaikan solat Zohor di rumah atau di mana-mana sahaja. Berdasarkan data 2012, umat Islam Singapura mewakili kira-kira 13 peratus populasi keseluruhan negara itu.

Indeks jerebu Singapura sebelum ini mencatat tahap kritikal iaitu 401 yang mampu mengancam nyawa pihak yang mengalami masalah kesihatan dan warga emas sekiranya keadaan itu kekal selama 24 jam

Bila jari dituding kembali ke Malaysia

Posted: 23 Jun 2013 10:34 PM PDT



 
Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah.

Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya?

Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri?

Begitu juga, kejadian jerebu ini disebabkan pencemaran oleh industri pertanian. Menteri alam sekitar Indonesia telah menamakan beberapa suspek dan sedang menyiasat beberapa yang lain.

Tidak kira mereka adalah syarikat berasal dari Malaysia atau tidak, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.

Jangan mengecut apabila Indonesia menuding jari kepada syarikat milik Malaysia. Yang menderita adalah manusia.

Kita di Malaysia perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan untuk mereka yang mempunyai komplikasi kesihatan paru-paru, jantung dan kulit.

Bagaimana pula dengan kerugian pendapatan lain. Siapa yang untung dan siapa pula yang menderita?

Bayangkan jika seluruh tahun depan mempunyai masalah jerebu, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kerajaan Malaysia, perniagaan dan rakyat mesti menuntut semua perbelanjaan tambahan yang ditanggung dalam penjagaan kesihatan, kerugian perniagaan akibat jerebu dan situasi darurat dan kos bahan kimia pembenihan awan.

Ini adalah selaras dengan EQA. Tuntutan kos ini adalah tambahan daripada denda yang pesalah perlu bayar kerana melanggar undang-undang.

Saya juga menggalakkan kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang sama untuk membawa pesalah ke mahkamah.

Jika syarikat-syarikat ini dan pemilik mereka tidak mahu menghormati undang-undang dan mahkamah kita, terdapat pelbagai bentuk tekanan yang boleh dikenakan, terutama tekanan ekonomi.

Jika produk minyak sawit mereka diharamkan, tidak ada manfaat ekonomi untuk mereka di sini. Ini boleh dilanjutkan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengharamkan produk mereka di pasaran antarabangsa.

Kita perlu teguh dan berjuang untuk kedaulatan negara kita sendiri. Dua ekor harimau dalam jata negara mewakili keberanian dan kekuatan.

Kita perlu menegakkannya! Kita tidak harus menjadi hamba ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

Aktivis berbaring depan Parlimen, 26 ditahan

Posted: 23 Jun 2013 10:30 PM PDT

 


 
Sekumpulan kira-kira 50 orang aktivis yang disuraikan dari tapak perkhemahan mereka di Padang Merbok pagi ini mengadakan perhimpunan di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen.

NONEKumpulan berkenaan, disertai kira-kira 150 orang lagi yang mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berkenaan sejak jam 10 pagi ini.

Keadaan bertukar tegang kira-kira sejam kemudian apabila kumpulan tersebut, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli, cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.

Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.

Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.

NONESusulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.

Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.

NONEBeliau turut meminta agar peserta berkenaan agar bersurai selepas menerima memorandum terbabit.

Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

Sementara itu, seorang aktivis NGO Asalkan Bukan Umno, Haris Ibrahim pula berkata beliau difahamkan bahawa individu yang ditahan akan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi dan seterusnya ke lokap berpusat Jinjang.

Katanya, sebahagian dari anggota kumpulan berkenaan, yang bersurai pada kira-kira jam 12.20 petang, akan berhimpun semula di Padang Merbok untuk satu taklimat pada petang ini.

Adun PR tandatangan petisyen

Posted: 23 Jun 2013 10:23 PM PDT


Boo Cheng Hau
Boo Cheng Hau
 
SENAI - Seramai 18 Adun PR Johor menandatangani petisyen terhadap usaha menyelesaikan masalah jerebu merentasi persempadanan negara-negara Asean.

Mengetuai langkah menandatangani petisyen itu adalah Pengerusi DAP Johor merangkap Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan kemudiannya diserahkan kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno.

Cheng Hau berkata, langkah itu dibuat berdasarkan keprihatinan Adun PR negeri ini yang ingin mengemukakan bantahan kepada kerajaan Republik Indonesia agar menghentikan pembersihan hutan secara serta merta melalui kaedah tebang dan bakar.

"Ia hanya menyebabkan merebaknya jerebu di rantau Asean. Kami menggesa kerajaan Indonesia untuk mengambil langkah-langkah yang segera untuk menghentikan jerebu ini," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, merujuk Laporan Jabatan Alam Sekitar dan National Environment Agency (NEA) Singapura, sekurang-kurangnya terdapat 138 titik panas di Sumatera buat masa ini.

"Paras pencemaran udara berada pada kedudukan paling buruk sejak 1997 di Singapura dan Malaysia.

Justeru, beliau berkata, petisyen itu ditandatangani agar Indonesia ambil langkah segera bagi atasi masalah itu.

Tiada lagi khemah di Padang Merbok

Posted: 23 Jun 2013 10:19 PM PDT

SINAR HARIAN
Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin
 

KUALA LUMPUR - Tidak ada lagi khemah sekumpulan aktivis yang bertebaran di Padang Merbok seperti semalam, awal pagi ini.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Chegubard berkata, semua khemah telah dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan dibantu polis sekitar jam 4.30 pagi.

"Kami yang tinggal di sini hanya berlapikkan kain rentang dan kotak. Tindakan lanjut akan diumumkan selepas ini," katanya.

Sebelum ini, dalam Twitter, Chegubard berkata, pihaknya telah berbincang dengan pihak DBKL awal pagi tadi dan memberi jaminan mereka akan beredar pada jam 8 pagi ini, namun, katanya, DBKL memungkiri janji mereka itu.

"1pagi jumpa DBKL bagi jaminan 8 pagi akan kosongkan Padang Merbok tapi 4.30 pagi DBKL dgn polis senjata rampas khemah & kasari, tendang org yg tidur," tulisnya.

Sejak Sabtu lalu, DBKL telah mengarahkan peserta perhimpunan itu menanggalkan khemah mereka kerana tindakan mendirikan khemah di tempat awam, menyalahi Undang undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit.

Mereka juga melakukan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Black505 laung MP PR jangan angkat sumpah

Posted: 23 Jun 2013 10:17 PM PDT


KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 peserta demonstran Black505 berkumpul di pintu masuk bangunan Parlimen dengan melaungkan pelbagai slogan, antaranya menuntut ahli Parlimen PR tidak mengangkat sumpah dan mendesak anggota SPR meletakkan jawatan.

Kumpulan ini bergerak dari Padang Merbok bermula dari jam 8.45 pagi menuju ke bangunan Parlimen tetapi disekat oleh kira-kira 500 anggota polis yang mula berkawal sejak awal lagi.

Di depan pintu masuk, kumpulan ini membuat bising dan menaikkan poster sehingga menganggu lalu lintas di Jalan Parlimen dan berterusan hingga ke pusat bandaraya.

Antara pemimpin PR yang kelihatan adalah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Datuk Johari Abdull, Badrul Hisham Shaharin; Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan; Jurucakap ABU, Haris Ibrahim dan aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim.

Sabtu lalu, himpunan Black505 yang berlangsung di Padang Merbok.

Setelah perhimpunan itu berakhir, sebilangan kecil dari mereka bertindak mendirikan khemah di padang tersebut.

Melalui tinjauan Sinar Harian pagi tadi, kesemua khemah sudah dirobohkan di kawasan Padang Merbok.

Bacaan IPU Muar positif, PD berbahaya

Posted: 23 Jun 2013 10:15 PM PDT

SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi ini, berbanding bacaan 507 yang direkodkan, pada 4 petang semalam.
  
Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335.
  
Sementara itu dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249.
  
Sebanyak 19 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 28 sederhana dan satu lagi dikategorikan baik.
  
Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.  - Bernama

222 MP selesai angkat sumpah

Posted: 23 Jun 2013 10:14 PM PDT

Najib Tun Razak
Dato' Seri Najib Tun Razak
 
KUALA LUMPUR - Walaupun bermula dengan sedikit kontroversi, akhirnya 222 anggota Dewan Rakyat selamat mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pagi ini.

Majlis angkat sumpah dimulakan dengan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Seterusnya 131 ahli Parlimen BN yang lain.

Sementara, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengetuai pasukan pembangkang mengangkat sumpah.

Ia kemudiannya diikuti ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan 86 ahli Parlimen PR yang lain.

Kesemua ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang baru dilantik semula selepas pengundian pagi tadi.

Pada PRU13 lalu, BN kekal menerajui Kerajaan Persekutuan selepas memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Beza 3 kerusi, sidang Dun Perak dijangka panas

Posted: 23 Jun 2013 10:11 PM PDT

Muhammad Faeez Azahar


IPOH: Dengan tiga kerusi yang membezakan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, sidang DUN Perak bermula 28 Jun ini dijangka panas.

Namun PAS berazam untuk memberikan yang terbaik demi kepentingan bersama, rakyat dan juga kerajaan melalui sidang Dun.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien menyifatkan, kekuatan pembangkang di Perak akan membantu menjaga kerajaan daripada melakukan penyelewengan dan salah urus tadbir dalam kerajaan.

Menurut Adun Titi Serong itu, suasana persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan lebih bermanfaat apabila kedua-dua belah pihak mempunyai suara dan kekuatan yang seimbang dan sudah pasti akan menghasilkan suatu keputusan serta perbahasan yang baik untuk rakyat.

Beliau berkata, persaingan polisi dan cadangan kedua-dua belah pihak akan dapat dilihat dalam persidangan Dun Perak sesi ini.

Sidang Dun Perak akan berjalan mulai 28 Jun ini.

Pakatan Rakyat di Perak mempunyai kekuatan 28 ahli iaitu 18 Adun daripada DAP manakala PAS dan PKR masing-masing 5 Adun.

BN pula mempunyai 31 kerusi iaitu tiga kerusi membezakan dengan Pakatan Rakyat sekali gus membuktikan kerajaan yang ditubuhkan oleh BN kali ini tidak kukuh.

"Kekuatan pembangkang sangat penting dalam sesebuah persidangan Dun bagi membantu menjaga serta 'menegur' kerajaan dan segali gus mewujudkan persaingan idea serta polisi yang sihat daripada kedua-dua belah pihak," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat  akan membawa suara rakyat dalam memastikan rakyat di negeri itu dapat mengecapi kebahagiaan sebagai rakyat yang bebas daripada segala kezaliman dan penipuan.

Jelas Ustaz Abu Bakar, Pakatan Rakyat komited untuk menggunakan kekuataan suara yang ada di Dun bagi memastikan prospek masa depan rakyat menjadi salah satu perkara yang akan diperjuangkan.

"BN tidak boleh sewenang-wenangnya meluluskan apa-apa polisi dan sebagainya yang hanya memberi keuntungan kepada mereka dan kroni-kroni mereka.

"Pakatan Rakyat akan memastikan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan negeri yang telus dan berwibawa adalah keutamaan dalam perbahasan di sidang Dun," jelas beliau lagi.

Disamping itu, beliau menegaskan, Pakatan Rakyat akan menggunakan platform tersebut untuk mendedahkan penyelewengan dan salah laku BN dalam urus tadbir negeri supaya rakyat mengetahui akan apa yang dilakukan oleh BN dalam pemerintahannya.

Dalam pada itu, beliau percaya, Adun khususnya daripada PAS akan dapat membawa suara rakyat di negeri ini dalam sidang Dun.

Ianya kata beliau, tidak berkisarkan kepada isu-isu dalam Dun masing-masing sahaja tetapi di seluruh Perak bagi membuktikan Pakatan Rakyat benar-benar berkemampuan untuk mentadbir negeri.

P Pinang lancar Briged Wanita untuk dekati wanita

Posted: 23 Jun 2013 10:09 PM PDT

Mohd Sabri Said,


GEOGRETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan 10,000 orang menyertai Briged Wanita untuk membantu pelaksanaan beberapa objektif berhubung kepentingan wanita kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya, segala permohonan untuk menyertai briged ini dibuat di Pusat Perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Penyelaras KADUN.

Wanita berumur 18 tahun serta bermestautin di negeri ini digalakkan menyertai briged ini.

"Sekarang ini kita baru ada 314 orang yang berdaftar sebagai Briged Wanita di hari perasmiannya.  Saya yakin ianya akan bertambah secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai sasaran kita iaitu 10,000 orang, " tegasnya dalam sidang media selepas merasmikan Briged Wanita di Auditorium A, KOMTAR semalam.

Kata beliau, selain dari membantu secara turun ke kampung- kampung mencari warga emas, ibu tunggal, anak emas dan seumpamanya mereka juga dapat bertanya khabar golongan wanita yang masih belum didekati.

Briged Wanita juga akan memfokuskan kepada satu lagi tugasan baru iaitu mendaftar wanita yang berumur 35 tahun ke atas untuk tujuan 'Ibu Emas' yang menjadi surirumaah sepenuh masa berumur 60 tahun ke bawah.

Perkhidmatan percuma itu adalah sebagai satu langkah penghargaan dan mengiktiraf sumbangan wanita  yanag bekerja dalam rumah secara tidak formal, kepada kesejahteraan dan kemakmuran  sosio ekonomi Pulau Pinang.

Menurut Lim lagi, ia adalah program sulung bagi pengiktirafan golongan terlibat dengan menumpukan pendaftaran kepada mereka yang menjalankan perniagaan kecil kecilan untuk menerima mikrokredit kerajaan  negeri dibawah Projek Titian Saksama Rakyat (PTSP) PDC.

"Melalui kaedah ini Briged Wanita lebih berpeluang menerangkan kepada golongan terbabit tentang dasar dan program kerajaan negeri yang telah dan akan dilakukan.

"Tidak dinafikan golongan sasaran tidak terdedah  dengan perkembangan semasa tambahan lagi wanita lebih tahu apa yang diperlukan oleh wanita, " kata beliau.

Briged Wanita juga jelas Lim, akan didedahkan dengan corak kepimpinan serta menggalakan wanita tampil ke depan berurusan sebagai pendedahan untuk membina kekuatan 'network' wanita lain dalam komuniti bagi melahirkan lebih ramai kepimpinan wanita yang lebih berkalibar.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah , Timbalan Ketua Menteri 1, Haji Abdul Rashid Hasnun, Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti Negeri, Chong Eng dan Pengerusi Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Agama, Datuk Haji Abdul Malik Kasim.

PAS tuntut dedah nama dalam masa 48 jam

Posted: 23 Jun 2013 10:07 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PAS menuntut agar Menteri Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mendedahkan nama Syarikat Malaysia di Indonesia yang dikatakan terlibat dengan krisis jerebu dalam masa 48 jam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia Haji Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, jika menteri yang berkenaan gagal untuk mendedahkan nama Syarikat itu dalam tempoh masa yang berkenaan, PAS akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Ia bertujuan untuk mendesak tindakan drastik semua pihak yang terlibat agar krisis ini dapat dihentikan seberapa segera demi kepentingan kesihatan dan keselamatan seluruh rakyat di Negara ini.

Beliau melahirkan kekecewaan kerana kegagalan Kerajaan UMNO/BN untuk mencegah insiden ini kerana masalah jerebu bukanlah satu isu yang baru.

"Kita pernah beberapa kali menghadapi masalah yang sama tetapi sampai bilakah isu ini dapat diselesaikan?

"Saya mahu tindakan drastik yang lebih awal dari pihak Kerajaan UMNO/BN khususnya menteri yang berkenaan untuk menangani isu ini bukannya sibuk dengan masalah Beruang Panda dari Negara China.

"Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang seharusnya lebih diutamakan dari binatang," ujar beliau dengan nada kecewa.

Ketua Menteri Pulau Pinang juga melahirkan kekecewaan beliau dengan sikap Menteri Alam Sekitar itu ketika majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang semalam.

Zulkefly juga menyeru agar seluruh rakyat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi diri dari ancaman Jerebu khususnya kepada anak-anak yang menghidap lelah atau asthma.

"Banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar buat masa ini," ujar beliau dengan harapan agar krisis jerebu ini dapat diatasi secepat mungkin demi Kesihatan dan Keselamatan Rakyat.

Perlu tegas halang jerebu berulang

Posted: 23 Jun 2013 10:05 PM PDT

Syed Abdullah Jamalullail ,

Lain kali syarikat di Malaysia perlu berhati-hati apabila hendak melabur dalam sektor perladangan di Indonesia. Jangan disebabkan membuka ladang kelapa sawit ratusan ribu ekar di sana, kita juga yang menerima padahnya apabila jerebu yang boleh membawa padah melanda negara kita sendiri.

Tiada alasan dan kompromi apabila menyatakan bahawa kebakaran besar-besaran di ladang-ladang adalah berpunca daripada cuaca panas yang terbakar secara sendirinya. Inilah apa yang terjadi apabila rasa tamak dan mengambil jalan mudah kerana mahu menjimatkan kos - membakar ladang bertujuan untuk menanam semula - selain menjimatkan kos kali ganda dan mudah juga menjadikan tanah bertambah subur.

Natijahnya, yang akan menjadi mangsa adalah kita sendiri dan negara-negara dirantau ini. Bukan sahaja kesihatan rakyat terutama sekali kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas tetapi juga mereka yang mempunyai berbagai-bagai penyakit kronik saperti sakit lelah, darah tinggi dan jantung yang sedia ada akan menambahkan peritnya lagi.

Selain itu ekonomi kita akan terjejas yakni kedatangan pelancong luar akan berkurangan dan banyak aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi akan juga terjejas serta pejabat dan sekolah akan juga terlibat sama.

Kita selalunya bising dan marah tetapi setelah jerebu itu hilang dalam masa dua atau tiga bulan kita lupa kembali dan membiarkannya berlalu sehinggalah ada pembakaran dan berlaku jerebu lagi maka kita meraung lagi. Hal itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah kalau kita dan negara-negara jiran yang lain yang ada kepentingan dengan sektor perladangan ini tidak melakukan sesuatu agar perkara sebegini tidak lagi berlaku dimasa hadapan. Untuk membantu memadamkan api saperti negara Singapura cadangkan itu tujuannya baik tetapi mengapa setelah segala-galanya misi pembakaran ini selesai baru hendak kita bersusah payah membantu mereka?

Berikan amaran supaya dan menarik balik pelaburan. Walaupun mendatangkan keuntungan tetapi kita akan rugi berlipat kali ganda lagi dalam hal-hal lain pula. Kita kena tegas dalam hal ini kerana kesihatan dan nyawa orang ramai lebih kita utamakan.

Anwar Hanya Akan Jumpa Najib Bersama Pimpinan Pakatan

Posted: 23 Jun 2013 05:02 PM PDT


anwar najib

AMPANG  : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersedia berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk mengadakan sebarang rundingan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, perbincangan yang akan dilakukan itu hendaklah dilakukan secara telus dan terbuka.

"Saya tidak pernah menolak untuk berbincang dengan sesiapa, tetapi harus telus dan terbuka.

"Kita pelawa dari 'consistent' untuk ada rundingan, untuk berbicara dengan PR, saya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sedia untuk jumpa Najib dan Muhyiddin pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Hotel De Palma Inn, Ampang, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang itu menafikan bertemu Najib di Indonesia seperti spekulasi media minggu lalu.

Sebuah portal berita melaporkan Najib dan Anwar berada di Jakarta pada masa yang sama dan berkemungkinan bertemu.

Laporan itu mendakwa pertemuan itu diatur ketika Najib dikhuatiri akan dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya di dalam Dewan Rakyat.

Ketika Jerebu Kritikal, “Menteri Fikir Pasal Panda”

Posted: 23 Jun 2013 05:00 PM PDT


pimpinan pakatan konvensyen 23 jun 01

KUALA LUMPUR  : Pakatan Rakyat (PR) membidas Kerajaan Persekutuan kerana lambat bertindak terhadap masalah jerebu yang telah menyelubungi negara ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR berpandangan jawatankuasa kabinet harus bersidang segera bagi membincangkan langkah bagi mengatasinya dengan cepat.

"Saya agak kesal kerana tindakan masih perlahan kerana apa dinyatakan menteri (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel) hanya akan bertindak pada Rabu depan.

"Keadaan kini gawat. Kalau ikut pengalaman pada 1997, jawatankuasa kabinet terus digerakkan dan semua jentera kerajaan dikerahkan untuk lakukan apa saja langkah bagi mengurangkannya," katanya dalam sidang media sempena Konvensyen Kepimpinan PR di sini hari ini.

Anwar menjelaskan bukan masanya bagi kerajaan Indonesia dan Malaysia menuding jari menyalahkan sesiapa dalam perkara berkenaan.

"Saya fikir perlu ada tindakan tegas oleh kerajaan Indonesia kerana kesalahan itu dilakukan di Indonesia.
"Malaysia juga tidak boleh berdiam diri kerana bila syarikat kroni Malaysia terlibat maka Malaysia harus bertindak. Ini soal keselamatan rakyat yang harus diambilkira," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sepatutnya tindakan awal dilakukan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) mencecah paras 300 (tidak sihat) seperti berlaku di Johor.

Katanya, topeng muka seharusnya diedarkan kepada umum lebih awal apabila masalah berlaku.

"Kita sedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menangani krisis ini.

"Palanivel lebih pentingkan (rumah penempatan) panda daripada jerebu. Kalau jerebu macam ini, China mungkin tidak menghantar panda ke Malaysia," katanya.

Tiada ulasan: