Jumaat, 14 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Tambang bas raya bakal naik

Posted: 14 Jun 2013 12:34 AM PDT

Syed Hamid Albar
Syed Hamid Albar
 
SERI KEMBANGAN - Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

"Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.

Jadi, ini yang perlu diambil kira," katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

"Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang," katanya.

Jakim: 81 rumah amal GISB sebar ajaran Al-Arqam

Posted: 14 Jun 2013 12:26 AM PDT

SINAR HARIAN

JAKIM
JAKIM
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenal pasti sekurang-kurangnya 81 rumah amal di seluruh negara yang diwujudkan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) untuk meneruskan penyebaran ajaran sesat kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sejak 1994.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata rumah amal berkenaan, yang setiap satunya mempunyai purata penghuni antara 20 dan 80  orang, dikendalikan GISB menggunakan sumbangan luar sama ada dalam bentuk sedekah atau zakat.

"Hakikatnya, penghuni rumah amal itu merupakan anak-anak pekerja GISB, dan mereka tidak mendapat pendidikan formal dan terpisah daripada arus  perdana.

"Rumah amal itu bernaung di bawah Yayasan Kebajikan Perubatan dan Perkhidmatan Malaysia (YKPPM) yang bertanggungjawab mengeluarkan surat  bagi tujuan memohon sumbangan.

"(Lazimnya) menjelang ketibaan Ramadan, GISB akan mengerakkan pengeluaran surat ini kepada individu, institusi atau syarikat," katanya kepada  Bernama di sini, hari ini.

Othman berkata GISB menubuhkan rumah-rumah amal itu sebenarnya untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam, namun mengaburi masyarakat  dengan mendakwa ia pusat kebajikan yang menempatkan golongan asnaf.

"Pengurus-pengurus zon GISB akan meminta pengurus rumah amal supaya berusaha untuk mencari wang sebanyak mungkin terutama pada  Ramadan untuk membolehkan kegiatan mereka dijalankan," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak melayan surat memohon sumbangan itu.

Beliau berkata sebanyak 26 rumah amal GISB itu terdapat di Selangor, enam di Lembah Klang, Kedah (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (lima),  Melaka (dua), Negeri Sembilan (lima), Johor (sembilan), Pahang (lima), Terengganu (dua), Kelantan (tiga), Perlis (satu), Sarawak (dua) dan Sabah (enam).

Antaranya ialah Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (Rabeka) di Ampang, Rumah Amal Kasih Harmoni di Rawang, Rumah Amal Limpahan Kasih  (Ralk) di Puchong, Rumah Anak Kesayangku di Bukit Beruntung dan Baitus Sakinah Wal Mahabah di Sepang.

Othman berkata pihak yang mahu mendapatkan kepastian berhubung status atau nama-nama rumah amal berkenaan boleh menghubungi Jakim atau  pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Beliau juga berkata Surat Pekeliling Am Bil 4 pada 1994 yang melarang penglibatan pegawai awam dan agensi kerajaan dalam aktiviti  berkaitan  Al-Arqam masih berkuat kuasa sehingga kini.

Usaha menggerakkan kegiatan Al-Arqam dikatakan didalangi Hatijah Aam, balu pemimpin kumpulan itu Allahyarham Ashaari Muhammad.

Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab  Saudi dan akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) November ini kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam.

Hatijah yang juga dikenali sebagai Ummu Jah boleh didakwa mengikut Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina  pihak berkuasa agama. - Bernama

MAHB ikut tarikh kontraktor siapkan KLIA2

Posted: 14 Jun 2013 12:24 AM PDT

SINAR HARIAN

Malaysia Airports Holdings Bhd
Malaysia Airports Holdings Bhd
 
KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan mengumumkan tarikh pembukaan baharu bagi lapangan terbang tambang murah, klia2, selepas menerima tarikh daripada pembina terminal lapangan terbang itu, iaitu syarikat usaha sama UEM Group dan Bina Puri.
  
Lapangan terbang ini kini sudah 90 peratus siap, dan kerja-kerja yang paling banyak perlu disiapkan ialah di bangunan terminal utama.
  
"Ini bukan lagi tarikh MAHB. Kami mahu tahu tarikh kontraktor. Apabila tarikh diberikan, kami akan umumkannya," kata satu sumber yang rapat dengan pengendali lapangan terbang itu kepada Bernama.
  
Usaha sama UEM-Bina Puri itu telah meminta tempoh lanjutan hingga September atau Oktober untuk menyiapkan kerja-kerja tambahan.
  
Sumber itu berkata landasan dan menara kawalan lapangan terbang masih belum siap. Bagaimanapun, kerja-kerja itu boleh dipercepatkan.
  
MAHB telah menolak dakwaan bahawa ia telah menyalahkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd, bagi kelewatan terbaru ini.
  
"Ya. Kami menyalahkan syarikat penerbangan kerana memainkan sedikit peranan dalam kelewatan-kelewatan sebelum ini, tetapi pendirian kami mengenai kelewatan terbaru ini amat jelas. Penangguhan tarikh daripada 28 Jun itu pada asasnya disebabkan oleh kontraktor," kata sumber itu.
  
Semalam, AirAsia meminta kerajaan menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat pembinaan lapangan terbang tambang murah baharu itu yang tarikh siapnya telah beberapa kali ditunda, dan menilai kemajuan semasa projek itu, bila ia akan siap dan berapa kos yang terlibat.
  
Pada Jun 2011, MAHB menyalahkan AirAsia, syarikat penerbangan utama yang akan menggunakan klia2, bagi kelewatan itu, disebabkan oleh permintaan AirAsia untuk menambah kapasiti penumpang kepada 45 juta setahun daripada 30 juta pada mulanya.
  
Pengendali lapangan terbang itu juga berkata syarikat penerbangan tambang murah itu enggan menggunakan jambatan aero, dengan menyebut kos kendalian yang tinggi dan juga mengambil keputusan pada saat-saat akhir untuk beralih daripada sistem pengendalian bagasi separa automatik kepada yang automatik sepenuhnya.
  
Penyusunan semula itu telah menyebabkan penangguhan tarikh siap terminal baharu itu kepada April 2013.
  
Pada Januari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa  klia2 akan dilancarkan pada 28 Jun, sama dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 1998.
  
Bulan lepas, MAHB mengumumkan kelewatan kelima pelancaran klia2 tanpa memberikan tarikh baharu. - Bernama

Bohong isu penurunan kereta, Utusan harus minta maaf

Posted: 14 Jun 2013 12:16 AM PDT

Oleh Azuan Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia harus meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan pengeluar kereta yang dimanipulasi kononnya penurunan harga kereta syarikat mereka sebahagian dari manifesto pilihan raya BN.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, tindakan Utusan menyiar berita palsu itu tindakan terdesak melindungi kegagalan Umno mencari makanisme menurunkan harga kereta seperti dijanjikan.

"Utusan mestilah memohon maaf segera kepada semua rakyat Malaysia disamping pembuat-pembuat kereta di atas berita ini.

Nik Nazmi

"Laporan Utusan bahawa 10 model kereta telah mencatatkan penurunan harga adalah suatu percubaan terdesak untuk memperbodohkan rakyat.

"Kedua-dua Volkswagen dan Peugeot sudah menafikan dakwaan tersebut," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Pada 10 Jun lalu, akhbar milik Umno itu melapor bahawa kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Utusan melapor, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Bagaimanapun Volkswagen dan Peugeot Malaysia di Facebook menjawab soalan pelayar Internet, menafikan dakwaan Utusan Malaysia.

Volkswagen Malaysia menjelaskan, harga model Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot menyatakan, harga ditunjukkan iaitu 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya dua varian berbeza dari Peugeot 308.

"Komitmen untuk menurunkan harga kereta oleh UMNO-BNI dibuat hanya selepas mereka menyedari betapa popularnya kempen Turunkan Harga Kereta Pakatan

Utusan_Tipu

"Utusan menunjukkan betapa akhbar yang suatu ketika dahulu mendepani kewartawanan melayu kini menjadi simbol etika kewartawanan yang pincang dalam usahanya untuk menjaga kepentingan pemiliknya , iaitu Umno," kata Nik Nazmi.

Black 505: DBKL gagal beri alasan munasabah- Rafizi

Posted: 14 Jun 2013 12:12 AM PDT

Oleh: Ruqayya Rahman

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal memberi alasan mengapa Himpunan Black 505 tidak boleh diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

"DBKL gagal memberi alasan yang munasabah kenapa himpunan perlu diadakan di tempat tertutup.

"Arahan itu menyalahi hak yang diperuntukkan bagi himpunan aman, kalau kita terus terima keputusan DBKL, ini bermakna kita telah bertentangan dengan prinsip PR yang konsisten mempertahan isu hak dan hubungan langsung dengan rakyat," kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pertemuan antara wakil Pakatan Rakyat dan DBKL di Bilik Mesyuarat DBKL, Jalan Raja Laut hari ini. Pakatan turut diwakili dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Johari Abdul dan Fong Kui Lun.

DBKL sebelum ini menolak permintaan Pakatan Rakyat mengadakan himpunan di Padang Merbok dan menetapkan himpunan hanya boleh diadakan di stadium dan tempat tertutup.

Bagaimanapun menurut Rafizi, keputusan akhir hanya akan dibuat selepas mesyuarat diadakan dengan pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO terlibat.

"Setakat ini, mandat kami tidak berubah, himpunan akan tetap diadakan di Padang Merbok. Namun kita akan maklum semula dari masa ke semasa," katanya menyifatkan pertemuan dengan pihak DBKL hari ini berjalan dalam keadaan baik dan mesra.

Sementara itu, wakil gabungan 50 NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisyam Shaharin (Chegu Bard) berkata, alasan DBKL bersifat politik dan NGO itu akan kekal dengan keputusan sebelum ini.

"Kita sudah buat keputusan bahawa himpunan ini perlu berlaku. Kita sudah ikut semua prosedur, dan ternyata alasan penolakan ini bersifat politik. NGO akan kekal dengan kehendak rakyat," katanya.

NGO Anjur Jelajah Countdown, Flash Mob Besar-besaran Sebelum #Blackout505

Posted: 14 Jun 2013 12:08 AM PDT


himpunan suara rakyat kelana jaya black 505 03

KUALA LUMPUR: Gabungan lebih 50 badan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan program "countdown" (mengira detik) sebelum berlangsungnya perhimpunan aman #Blackout505 yang akan diadakan di Kuala Lumpur, 22 Jun nanti.

Program tersebut dimulakan dengan aksi 'flash mob' yang melibatkan rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang di sepanjang jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur bermula jam 2.00 petang Sabtu ini.
Dalam acara flash mob itu nanti, orang ramai juga diseru agar hadir dengan membawa pelbagai plakad berdasarkan kretiviti masing-masing.

Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, selain flash mob di Jalan Tunku Abd Rahman acara countdown ini juga diadakan di beberapa tempat di seluruh negara.

"Bagi memastikan mobilisasi terbesar dan sebagai aksi akhir membangkitkan kesedaran rakyat tentang penipuan Pilihan Raya Umum ke-13, Gabungan Suara Rakyat 505 mengkordinasi sebuah jelajah mengira detik menuju 22 Jun."

Badrul Hisham berkata demikian dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini hari ini.

Pada 17 Jun pula, program Pidato Perdana akan diadakan dengan melibatkan beberapa pemimpin NGO dan aktivis mahasiswa bertempat di Padang Awam, Halaman Meru Permai, Meru Raya, Ipoh.

Program countdown itu diteruskan pada 18 Jun di Dataran Tonggak 10, Sg Besar, Selangor dengan satu lagi program Pidato Perdana.

'Flash mob' kembali beraksi bagi fasa ke dua bertempat di Jalan Tun Perak, berhampiran Pudu Raya bermula jam 6.00 petang pada 19 Jun.

Pada 20 Jun pula, Pidato Perdana kembali mengambil tempat pada 20 Jun bertempat di Taman Muhibbah, Temerloh Pahang.

Manakala acara 'Malam Kemuncak Kira Detik' pula akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada sebelah malam 21 Jun nanti.

Selain SAMM, antara NGO lain terlibat termasuklah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jerit, Radio Bangsar, Kill The Bill, Universiti Bangsar Utama (UBU) dan lain-lain.

Acara-acara countdown tersebut turut melibatkan nama besar Pakatan Rakyat seperti MP Batu, Tian Chua, Timbalan PAS, Mohamad Sabu, aktivis mahasiswa, Adam Adli dan Safwan Anang, aktivis Hishamuddin Rais, Badrul Hisham sendiri dan lain-lain.

Sementara itu, mengulas Perhimpunan Blackout505 pada Jun 22 nanti, Badrul Hisham menjangkakan perhimpunan tersebut akan mengumpulkan lebih 200,000 perserta perhimpunan.

Turut sama dalam sidang media tersebut Hishamuddin dan wakil-wakil dari beberapa NGO lain.

Pelantikan Tengku Adnan Mansor Sebagai Menteri Dipertikai

Posted: 14 Jun 2013 12:05 AM PDT


KELAB GREENBOC

Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang kini Menteri Wilayah Persekutuan perlu bersih daripada dakwaan terbabit dalam konspirasi skandal Datuk V K Lingam berhubung pelantikan hakim.

Bagaimanapun, segalanya sudah terlambat apabila beliau didapati bersekongkol merosakkan Perlembagaan Persekutuan apabila terbongkarnya rahsia besar sepertimana pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendapati beliau berkonspirasi mengatur pelantikan hakim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, pendedahan RCI pada 2008 jelas menunjukkan bahawa menteri baru yang dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjadi satu misteri.

"Saya hairan mengapa pemimpin seperti itu dilantik sebagai menteri kerana ia boleh dipertikaikan.

"Tengku Adnan sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri sebelum ini berjanji akan "melindungi, memelihara dan mempertahankan" Perlembagaan Persekutuan tetapi beliau sendiri memusnahkan kredibiliti institusi keadilan negara," katanya.

Justeru itu, katanya, pelantikan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai pemimpin berkarisma dan lebih baik.

"Ini membuktikan segala pembaharuan yang didakwa Najib tidak akan ke mana. Malaysia tidak akan mampu mengeluarkan dirinya daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa selagi orang seperti itu, yang jelas merosakkan perlembagaan dilantik ke jawatan menteri," katanya.

Pada September 2007, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kebocoran rakaman perbualan telefon selama lapan minit VK Lingam dengan seorang hakim kanan membincangkan konspirasi jahat untuk menetapkan pelantikan hakim kanan dalam badan kehakiman Malaysia.

Dalam rakaman selama lapan minit itu, nama Tengku Adnan disebut tidak kurang daripada 11 kali.-Roketkini

GAMBAR Antenna Di Menara UMNO Pulau Pinang Tumbang, 9 Cedera

Posted: 13 Jun 2013 11:45 PM PDT


Rakaman bangunan UMNO dulu dan sekarang selepas pemancar telekomunikasi di bangunan tersebut tumbang

KELAB GREENBOC

Sembilan orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada pukul 6.45 petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah.

"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Beliau berkata, agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalu lintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.





Warga Emas Ini Masih Hidup Walau Leher Hampir Putus Ditetak Perompak

Posted: 13 Jun 2013 11:43 PM PDT

KELAB GREENBOC
 
Menurut mangsa rompakan seorang warga emas, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumahnya, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.

Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang. Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

SPRM perlu peruntukan baru perkasa usaha perangi rasuah

Posted: 13 Jun 2013 05:07 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan menyeluruh semua pihak termasuk diadakan peruntukan-peruntukan yang baru lagi berkesan bagi memperkasa usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, tanpa kerjasama menyeluruh dan peruntukan undang-undang yang lebih berkesan, usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan hasil diharapkan oleh rakyat.

Kata beliau, pihaknya gembira kerana ada indikator menunjukkan sokongan rakyat yang semakin meningkat ekoran program-program transformasi termasuk penggubalan Akta SPRM 2009, tetapi negara memerlukan peruntukan lebih berkesan bagi memenuhi keperluan semasa.

"Jika tidak diberi kuasa yang lebih berkesan, usaha-usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan impak yang mendalam.

"Kita perlu bersama, tidak kira ideologi politik, rasuah adalah jenayah. Kalau undang-undang tidak cukup, kita perlu buat pindaan, kita perlu sokong," kata beliau dalam mesyuarat bersama pada majlis Dialog Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Editor di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini, hari ini.

Kata beliau, SPRM memerlukan kerjasama lebih menyeluruh daripada orang ramai selaras dengan program transformasi yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya ini.

SPRM ditubuhkan pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Kami memerlukan sokongan media, ada kekurangan... semua pihak perlu menyokong usaha-usaha yang mengesyorkan pindaan undang-undang dan peruntukan-peruntukan baru," katanya.

Dalam mengetengahkan perkara ini, Abu Kassim memetik syor-syor yang digariskan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) dalam Laporan Tahunan 2011.

Laporan tersebut antara lain menekanklan perlunya penambahbaikan ke atas aspek perundangan dan pendakwaan.

Antara pindaan dicadangkan oleh JKMR, yang anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dari parti kerajaan pusat dan pembangkang ialah membolehkan seseorang membuat pengisytiharan harta tanpa ada siasatan terhadap individu-individu terbabit.

Oleh itu, JKMR mencadangkan pindaaan dibuat terhadap Seksyen 36 Akta SPRM 2009 bagi membolehkan SPRM terus menyiasat pemilikan harta orang yang disyaki.

Dalam syor itu, JKMR berpandangan inisiatif tersebut jika dilaksanakan boleh memberi impak positif kepada kerajaan dan seterusnya menambah keyakinan masyarakat terhadap SPRM.

Selain itu, JKMR juga mencadangkan kerajaan mencari mekanisme terbaik sama ada dari segi perundangan atau prosedur untuk menangani isu 'legally right morally wrong'.

JKMR merupakan salah satu dari lima panel khas yang diwujudkan pada Januari 2009 sebagai mekanisme 'check and balance' ke atas perjalanan SPRM.

Empat panel yang lain ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Abu Kassim berkata, perkara-perkara disyorkan oleh JKMR dalam Laporan Tahunan 2012 akan dibawa kepada anggota baru jawatankuasa itu yang bakal dilantik.

Pertemuan hari ini merupakan siri dialog pertama tahun ini diadakan oleh SPRM bersama media.
Selepas ini, SPRM akan mengadakan pertemuan dengan media alternatif bagi mendekatkan hubungan dengan orang ramai, dengan menyalurkan maklumat perkembangan berlaku di SPRM khususnya perkembangan transformasi.

Di bawah program transformasi ini, SPRM sudah pun melakukan beberapa penambahbaikan iaitu dalam aspek operasi, modal insan dan kini mengembangkan fokusnya ke as aspek pencegahan.
Dialog hari ini dihadiri lebih 30 editor media pelbagai bahasa.

Mengulas lanjut mengenai program transformasi, Abu Kassim berkata, usaha itu dilaksanakan untuk mempertingkatkan lagi keyakinan dan memperbaiki persepsi masyarakat dalam dan luar negara terhadap usaha pencegahan rasuah dengan berteraskan prinsip kebebasan, ketelusan dan profesionalisme.

"Tiga bidang utama diperkukuhkan termasuk memperkenalkan sistem pengurusan siasatan berkesan, sistem pengurusan pencegahan dan pendidikan berkesan, dan pembangunan serta pemantapan modal insan SPRM secara menyeluruh," kata beliau lagi.

Tahun 2012 adalah tahun pelaksanaan transformasi setelah tiga tahun pertama perjalanan SPRM sebagai sebuah agensi bebas.

Kerajaan jangan lagi berlembut kepada pembangkang, kata Dr M

Posted: 13 Jun 2013 05:02 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR,– Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya (gambar) kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, malam tadi.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk "Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. – Bernama

Proton tawar harga mampu milik Sabtu ini

Posted: 13 Jun 2013 04:55 PM PDT

SINAR HARIAN

Proton
Proton
 
JAKARTA - Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia pada Sabtu ini, satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu, yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara.

"Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah, kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti, malah aspek keselamatannya dipertingkatkan lagi," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini.

Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan.

Mohd Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannyanya pada Sabtu ini.

Pengerusi Eksekutif Proton itu berkata langkah menawarkan harga rendah untuk kereta Proton adalah selaras dengan langkah kerajaan Malaysia untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Mengenai penjualan Proton Preve di Indonesia, Mohd Khamil berkata syarikat itu yakin dapat menjual kereta itu dengan sasaran 200 ke 220 unit setahun, untuk eksekutif muda yang berhasrat menukar kereta baharu untuk gaya hidup baru. 

Keyakinan itu disandarkan kepada strategi pemasaran tempatan termasuk jaminan pembelian balik selama tiga tahun kepada para pembeli dari Indonesia.

"Preve diciptakan dengan aspek keselamatan, prestasi, keselesaan, rangka berkualiti, teknologi, reka bentuk keseluruhan dan kemudahan. Ia menetapkan standard untuk generasi baru kereta Proton," katanya.

Proton menyasar menjual 2,500 unit kereta untuk semua model keluarannya untuk pasaran Indonesia pada tahun ini.

Proton Preve sebelum ini telah dipasarkan di Australia, Thailand and Brunei dan langkah proton untuk memasarkan model-model kereta keluarannya di luar negara merupakan sebahagian daripada langkah membina jenamanya yang kukuh kepada para pembeli kereta.

Mohd Khamil berkata, di Indonesia Proton Preve akan dijual dengan harga Rp285 juta seunit (kira-kira RM89,000).

Harga yang ditawarkan itu adalah 16 peratus lebih rendah daripada kereta kelas yang sama dari jenama lain, namun kualiti dan teknologi Preve adalah lebih baik atau sekurang-kurangnya setanding dengan mereka, katanya. - Bernama

Harimau Malaya terus diaibkan

Posted: 13 Jun 2013 04:50 PM PDT

Harimau Malaya
SKUAD Kebangsaan gagal meneruskan rentak kecemerlangan apabila tewas 0-2 kepada Marconi Stallions FC di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, semalam.

Keputusan itu sekali gus membuatkan skuad Harimau Malaya melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka apabila hanya mencatat satu kemenangan dalam tiga perlawanan.

Dua gol pasukan tuan rumah pada perlawanan itu dijaringkan Milorad Simonovic dan Tadgh Purcell, masing-masing pada minit ke-42 dan 45.

Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian.

Jelajah itu adalah sebahagian persiapan skuad Harimau Malaya untuk menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Okt depan.

Sebelum pertemuan itu, skuad Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC  dan gergasi Sepanyol, FC Barcelona masing-masing pada 21 Julai dan 10 Ogos depan.

Perang media dan potensi menang PRU14

Posted: 13 Jun 2013 04:46 PM PDT



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Apa faktor terbesar Umno-BN masih mengekalkan kuasa dalam PRU13 lebih sebulan lalu? Bagi Dr Mahathir Mohamad, kuncinya terletak kepada ketakutan majoriti pengundi Melayu terhadap kemungkinan Anwar Ibrahim bersama DAP menguasai Putrajaya. Rasa takut "kehilangan hak-hak Melayu" yang dsengaja dicipta ini disuntik melalui propaganda berterusan sehingga membentuk persepsi hodoh kepada Pakatan Rakyat

Namun begitu, ramai tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir itu. Tentulah lebih banyak pihak menyalahkan sistem, proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Dan ketempangan amalan demokrasi itu bukan hanya bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen, tetapi sudah berakar umbi sejak lama, malah  dianggap suatu kelebihan buat mana-mana parti pemerintah, yang jarang dibantah  secara berkesan. 

Saya sedaya upaya tidak mahu mengulangi hujah-hujah basi, tetapi terpaksa juga membawa penekanan hampir sama. Kadang-kadang isu-isu stereotaip terpaksa diulang selagi ia belum ditangani dengan tekun, berhemah dan serius. Kita memang menyenaraikannya sebagai faktor utama kekalahan dalam setiap kali pilihan raya, tetapi ia terus "terbiar" begitu sahaja, dan mengulangi punca-punca itu sebagai daleh tanpa mengatur pelan tindakan lebih bermakna.

Bagi saya -- begitu juga anggapan ramai pemerhati politik  -- kekuatan Umno-BN masih terletak kepada penguasaan dan manipulasi media. Tentu ramai yang spontan mengangguk lesu, mengiakan hakikat "padang permainan masih tidak sama rata" ... tetapi apa perancangan strategik Pakatan untuk berdepan dengan serangan, ancaman dan pujukan kuasa media ini?

Dalam pada itu, tidak sedikit penyokong Pakatan akan menyatakan, kita sendiri sudah memiliki senjata paling berkesan, iaitu media baru -- termasuk media sosial yang lebih demokratik dan mudah dicapai --  yang dapat menyalurkan maklumat alternatif, menyanggah tohmahan media tradisional dan seterusnya membentuk persepsi masyarakat.

Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik tidak berkesudahan ini. Kesimpulan mudah saya, meskipun capaian dan akses internet lebih menyeluruh, namun pengaruh akhbar, radio dan televisyen tetap menyerlah dan menyengat.

Kalaupun anda mempunyai perbedaan pandangan -- dan tetap berkeras bahawa kian ramai rakyat Malaysia yang tidak lagi melanggan akhbar harian, jarang-jarang sekali menonton siaran berita TV3, apatah lagi terkesan dengan berita radio -- ketepikan sekejap. Ya, mengapa kita tidak boleh sama-sama bersetuju bahawa kita juga berpeluang untuk membangunkan "sistem media" sendiri, yang lebih sofistikated atau sekurang-kurangnya setanding dengan BN?

Baru-baru didedahkan dalam satu forum mengenai persempadanan semula, berdasarkan kawasan pilihan raya sedia ada, Umno-BN boleh mendapat majoriti mudah di Parlimen hanya dengan menguasai kerusi-kerusi yang mempunyai sekitar 20 peratus saja. Dan kebanyakan kerusi terbabit adalah di luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak. Soalnya, setakat mana pengaliran maklumat secara cepat dan mudah di kawasan tumpuan atau "simpanan tetap" BN itu?

Mungkin DAP tidak menghadapi kesukaran berdepan karenah akhbar-akhbar Cina, sepertimana  PAS dan KeADILan yang dianggap oleh harian berbahasa Melayu sebagai seteru yang mesti dimusnahkan. Pemimpin DAP masih diberikan liputan sewajarnya oleh akhbar Cina berbanding rakan-rakan mereka dalam Pakatan yang "dihenyak semahunya" oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Okey, saya tidak perlu membazirkan masa melukiskan kembali situasi berat sebelah ini, yang diwarisi zaman berzaman. Kita harus ada pelan bertindak.

Semua akur bahawa ketiga-tiga lidah rasmi parti-parti dalam Pakatan, terutama Harakah dan Suara Keadilan, amat tidak memadai untuk memikul tanggungjawab yang begitu besar. Dengan kekerapan penerbitan yang terbatas -- dua kali seminggu untuk Harakah, dan bertaraf mingguan untuk SK -- apatah lagi begitu mudah dijejaskan rangkaian pengedarannya disebabkan peruntukan undang-undang sedia ada, pengaruh kedua-dua media ini dapat dihadkan.

Justeru, saya menggesa agar tekanan dapat ditingkatkan bagi memastikan semua lidah rasmi parti politik tidak lagi dibataskan hanya kepada ahli-ahli parti sahaja, dan peraturan "karut-marut" itu dimansuhkan.
(Pelik memikirkan, mengapa Pakatan seakan-akan memandang sepi gangguan berterusan -- dan sistematik -- terhadap pengedaran lidah rasmi masing-masing).

Serentak dengan itu, rangkaian pengedaran harus diperluaskan dengan pelbagai inovasi baru. Pada hemat saya, selama ini, jaringan itu terbina dengan sendiri atau semulajadi, dengan segala kelemahan dan kekurangan. Pimpinan Pakatan seolah-olah tidak memberi perhatian serius untuk meningkatkan jumlah cetakan (rekod semasa masih terlalu jauh daripada target), termasuk memastikan Harakah dan SK, mengetuk setiap pintu rumah pengundi, khususnya di kawasan tumpuan. 

"PAS dan KeADILan harus merancang untuk terbit akhbar harian, sekurang-kurangnya kombinasi di antara kekerapan Harakah dan SK," kata seorang bekas editor kanan, yang percaya masih banyak potensi dalam dunia media yang belum diteroka oleh Pakatan.

"Mungkin Harakah tiga kali seminggu dan SK juga begitu, berselang-seli. Bagi Harakah yang ada permit, boleh difikirkan judul lain, seperti Bangkit dan Inikalilah yang diterbitkan masa kempen PRU13 yang lalu," ujarnya.

"Jangan tunggu PRU14 baru nak aktifkan penerbitan, waktu itu sudah crowded, pengundi pun mungkin pening dengan begitu banyak asakan media, ditambah surat layang atau risalah tidak bertanggungjawab. Lebih penting, usaha mempengaruhi pengundi Melayu memakan masa dan perlu dilakukan secara berterusan dan halus seninya," tambah rakan saya itu, yang kini bersara dari alam kewartawanan.

Seorang pembaca Harakah, berkelulusan jurnalisme, memberi komentar melalui emel: "Kualiti akhbar lebih penting. Laporan Harakah dan Suara Keadilan perlu lebih bermutu, tidak mengulangi kesilapan sama, dan harus ditadbir  seperti industri akhbar yang profesional. Karyawannya tidak boleh tangkap muat, mesti hebat dan dihormati, dan pastinya perlu diganjari setanding akhbar-akhbar utama. Brain dan skill terbaik tidak datang menggolek."

Beliau turut menyokong penuh cadangan yang pernah saya luahkan, agar  sistem penajaan percuma kepada audien terpilih dilaksanakan. "Saya yakin ramai penyumbang bermurah hati untuk beramal secara lebih praktikal, menaja terus naskhah Harakah kepada sasaran yang dipilih mereka."

Pengalaman saya membuktikannya. Kutipan dana yang dipelopori Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) amat memberangsangkan. Saya terfikir, jika inisiatif mengumpul kewangan untuk penerbitan akhbar seumpama Bangkit dan Inikalilah ini dimulakan daripada sekarang, dan disokong oleh pimpinan tertinggi Pakatan, tentu sambutannya lebih menakjubkan.

Apa pun, bukan hanya penerbitan akhbar parti perlu disusun semula, tetapi dimensi lain yang juga begitu penting, misalnya TV internet dan potensi klip video, belum diteroka sepenuhnya. Aspek kandungan media baru juga seperti terabai walaupun penguasaan teknologi begitu baik sekali.

Setakat ini, saya lebih suka menyalahkan diri sendiri jika peluang untuk menyaingi media UMno-BN tidak diberi perhatian serius. Kita seolah-olah membiarkan sekelompok pengundi yang cukup penting dan kritikal -- kini, pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah/ Sarawak -- terus diperbodohkan. Ironinya, kita terus menyalahkan orang lain, tanpa menampilkan gerakerja luarbiasa untuk memetik hasil yang lebih manis.

Khidmat Ambulans Laut Pulau Redang Hanya Waktu Pejabat?

Posted: 13 Jun 2013 04:43 PM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/ambulans%20laut%20P%20redang1.jpgKUALA TERENGGANU - Penduduk Kampung Pulau Redang menggesa kerajaan menyelesaikan masalah perkhidmatan ambulans laut untuk kes-kes kecemasa yang kini hanya terhad pada waktu pejabat sahaja.

Mereka yang ditemui berkata, bagi kes-kes kecemasan diluar waktu pejabat dan pada waktu-waktu hujung minggu, penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan bot bersendirian bagi mengangkut pesakit ke hospital Kuala Terengganu.

Seorang pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hasmizi Hassan, 23, berkata, perkhidmatan yang terhad itu juga memberikan kesukaran kepada para pelancong kerana  majoriti pelancong datang ke Pulau tersebut pada hujung minggu.

"kalau ada kecemasan, lepas pukul 5 petang........orang nak bersalin ke........kemalangan ke........ penduduk terpaksa cari bot sendiri, kadang-kadang ada......kadang-kadang tak ada,

"memang pelancong ramai datang ke pulau ini pada hujung minggu, jadi kalau tak ada khidmat bot ambulans tu pada hari cuti, ada kes-kes kemalangan di laut susah juga,"ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/ambulans%20laut%20P%20redang2.jpgBeliau berharap pihak terbabit menyelesaikan segera masalah itu kerana katanya, tidak ada makna kalau ada bot ambulans tetapi tidak boleh memberikan khidmat sepenuh masa.

Seorang pekerja rencam, Idrus Mohd Amin, 49, berkata, kerajaan jangan berkira sangat bagi memberikan khidmat di Pulau Redang kerana ia merupakan destinasi pelancongan antarabangsa yang menyumbangkan pendapatan.

Katanya, keperluan kepada khidmat bot ambulans setiap masa itu amat penting bukan sahaja kepada pelancong malah kepada penduduk kampung sendiri kerana tiada perkhidmatan doktor di Klinik Desa di Kampung Pulau Redang.

Menurutnya, masalah perkhidmatan terhad tersebut bermula sejak tahun lalu apabila pemandu tetap bot ambulans telah meninggalkan tugas tanpa sebarang notis.

Walaupun pihak jabatan kesihatan melantik seorang petugas sementara, namun beliau dimaklumkan, petugas sementara itu tidak bolh bertugas diluar masa pejabat kerana tidak boleh membuat tuntutan lebih masa.

Petisyen p'raya: Sri Ram wakili Pakatan Perak

Posted: 13 Jun 2013 04:37 PM PDT

 


 
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram akan mewakili Pakatan Rakyat Perak dalam petisyen pilihan raya yang telah difailkan di mahkamah.

gopal sri ramSri Ram, 69. bersara daripada mahkamah tertinggi itu pada bulan Februari 2010.

Sri Ram adalah seorang peguam yang kemudiannya menjadi orang pertama dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Rayuan, dan kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009.

Seorang lagi yang memecahkan rekod itu ialah bekas Ketua Hakim Negara (CJ) Tun Zaki Azmi, yang terus dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, dan kemudian menjadi CJ.

Nama Sri Ram dicatat dalam beberapa permohonan petisyen Pakatan Perak, dan beliau dijangka hadir di mahkamah.

NONEAhli Jawatankuasa PAS pusat, Mohd Hanipa Maidin (kanan) - yang
merupakan salah seorang penasihat undang-undang parti itu - mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Sri Ram adalah salah seorang peguam kanan yang akan mewakili parti itu dalam tiga kes di Perak.

"Semuanya, terdapat enam petisyen pilihan raya yang difailkan di Perak - semuanya melibatkan kerusi DUN negeri.

"Tiga daripadanya dikendalikan oleh pasukan peguam parti itu dan tiga lagi dikendalikan peguam sukarela yang termasuk Gopal  (Sri Ram)," kata Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang.

PAS telah memfailkan enam petisyen pilihan raya di Perak, iaitu Pasir Panjang, Manjoi, Lubuk Merbau, Rungkup, Selama dan Manong.

Sementara itu, PKR telah memfailkan satu petisyen yang melibatkan kerusi Parlimen Tapah.

Petisyen pilihan raya Pakatan Perak dilihat sebagai penting, kerana jika Pakatan berjaya, ia boleh menukar kerajaan negeri.

BN memenangi 31 kerusi negeri, manakala Pakatan mempunyai 28 kerusi. Perubahan keputusan dua daripada enam kes petisyen tersebut akan membawa kepada perubahan kerajaan negeri.

Ribut: Menara antena atas bangunan Umno tumbang, seorang maut

Posted: 13 Jun 2013 04:29 PM PDT



 
VIDEO 1 dan VIDEO 2 (pengguna Facebook)

Ribut melanda Pulau Pinang lewat petang ini dan menumbangkan menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno negeri di Jalan Macalister, mengakibatkan seorang maut dan lapan lagi cedera.

NONEStruktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Balai Bomba Lebuh Pantai berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

NONEMenurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini.    

Kejadian itu menyebabkan kerosakan besar di Jalan Macalister yang terletak di tengah-tengah bandaraya George Town.

 Tong-tong gas yang jatuh dari lori yang dihempap serpihan menara tersebut berselerak di atas jalan.'

Pihak berkuasa telah NONEmengesahkan bahawa seorang - Jahir Hussain Sulaiman, berumur 46 - meninggal dunia akibat terkena serpihan yang jatuh.

Beliau adalah salah seorang pemandu lori yang ditimpa serpihan tersebut di Jalan Macalister.

Pihak berkuasa juga mengesahkan NONEseorang lagi meninggal dunia dalam kejadian berasingan di Air Hitam, tetapi juga disebabkan oleh ribut.

Wong Tze Chow, 33, meninggal dunia selepas ditimpa sebatang pokok yang jatuh tumbang.

NONEKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, pula berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai kejadian itu untuk segera mengambil langkah keselamatan.

Dalam kenyataan audio kepada media, Lim berkata setakat yang diketahui, hanya seorang yang cedera serius dan telah dihantar ke hospital.

Lim menggesa Umno negeri supaya segera membuka bangunan itu supaya tindakan segera yang boleh diambil untuk mengelakkan lebih bahagian bumbung jatuh.

Sementara itu, Bernama melaporkan angin kencang dan hujan lebat yang mengakibatkan tiang antena itu runtuh, telah mencederakan tujuh penguna jalan raya, dua daripadanya parah.
   
Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau dimaklumkan bahawa antena di atas bangunan itu telah runtuh.

Terdapat banyak pejabat di dalam bangunan itu dan pejabat Umno terletak di tingkat enam dan tujuh.

"Ia adalah satu kemalangan, satu bencana alam," katanya.

Apabila diberitahu ada yang dipercayai cedera parah dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan, Shaik Hussein mendoakan mangsa terbabit cepat sembuh.

"Kami akan menilai situasi dan melihat apa yang perlu dilakukan," katanya.

Sementara itu, Bernama  melaporkan Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian itu mengakibatkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu lori berkenaan cedera parah. 
   
"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.
   
"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian malam ini.

Abdul Rahim berkata kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.
   
Beliau berkata agensi kerajaan akan memberi bantuan segera bagi memulihkan keadaan dan beliau menyeru orang ramai agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
   
"Masyarakat jangan marah kepada keadaan lalulintas yang sesak dan saya akan pastikan jalan laluan berjalan dengan lancar dalam masa yang singkat," katanya.
   
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai Ismail Mohd Zain berkata: "Apabila sampai, kita dapati pemancar telekomunikasi di atas bangunan ini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan. Yang cedera parah adalah daripada lori pikap yang membawa tong gas, yang lain-lain cuma cedera ringan.
   
"Buat masa ini keadaan kembali stabil cuma kita nak kosongkan kawasan ini dan nak tinjau bangunan. Setakat ini, pada zahirnya bangunan ini selamat kerana yang jatuh itu adalah alat komunikasi yang dipasang bukan struktur bangunan," katanya.
   
Saksi kejadian, Imam Masjid Pakistan Hafiz Mohamad Akhlaq, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di dalam masjid sebelum mendengar bunyi kuat seperti gempa bumi.
   
"Nasib baik saya berada di dalam masjid kerana selalunya saya akan duduk di luar kawasan masjid sementara menunggu waktu Maghrib. Selepas mendengar bunyi kuat itu saya dapati antena telekomunikasi menghempap sebuah kereta," katanya.
   
Seorang lagi saksi yang turut berada di dalam masjid itu, Mohd Yasin Hamid, 59, berkata beliau bersyukur kerana pemancar telekomunikasi itu tidak menghempap masjid kerana masjid itu terletak di hadapan Bangunan Umno.
   
"Memang satu keajaiban kerana pemancar itu tidak jatuh menghempap masjid sebaliknya jatuh ke jalan raya," katanya.

SPRM syor EAIC gugur Mohd Nadzri Ibrahim

Posted: 13 Jun 2013 04:22 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) supaya menggugurkan Mohd Nadzri Ibrahim daripada bertindak sebagai pegawai penyiasat pasukan yang menyiasat kes kematian tahanan dalam lokap polis.

"SPRM tidak mahu pegawai SPRM dikaitkan dalam mana-mana kontroversi sama ada yang melibatkan SPRM sendiri mahupun EAIC," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam hal ini, tambahnya, SPRM ingin menegaskan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim, pegawai SPRM yang telah dipinjamkan ke EAIC sejak lebih setahun lalu, merupakan seorang pegawai yang telah menjalankan tugasnya secara profesional selama ini.

"Sebagaimana SPRM, SPRM yakin bahawa EAIC sebagai sebuah suruhanjaya, yang bertindak secara bebas, juga mahu memastikan keadilan bagi semua pihak yang terlibat dalam isu kematian dalam tahanan," katanya

Tiada ulasan: