Rabu, 12 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Harga Perodua turun, servis percuma

Posted: 12 Jun 2013 02:36 AM PDT

Harga Perodua turun, servis percuma
Aminar Rashid (bertopi) memperkatakan sesuatu kepada kakitangan ABH Sales Sdn Bhd selepas perasmian pusat jualan dan bilik pameran Perodua di Kuala Krai, semalam.
 
KUALA KRAI - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sudah pun dilaksanakan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam bentuk pelancaran Siri-S, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, penurunan harga itu dilaksanakan dengan membantu pelanggan menurunkan kos pemilikan kereta secara keseluruhan.

Selain mengurangkan harga kereta katanya, Perodua turut memberi nilai tambah dari segi aksesori dan servis percuma selama tiga tahun, bukan sahaja kepada Siri-S malah untuk semua model.

"Menerusi langkah ini, nilai kami berikan kepada pelanggan adalah antara RM4,500 dan RM5,600," katanya pada majlis perasmian pusat jualan dan bilik pameran terbaru Perodua, ABH Sales Sdn Bhd, di sini, semalam.

Perasmian pusat jualan dan bilik pameran Perodua kelima di Kelantan dan ke-19 di Pantai Timur itu turut dihadiri Pengarah Urusan ABH Sales Sdn Bhd, Ab Halim Hassan.

Aminar Rashid berkata, sejak dilancarkan Mac lalu, tempahan untuk varian terbaharu beberapa model Siri-S berjumlah 4,000 buah dengan 3,000 daripadanya sudah diserahkan kepada pelanggan.

"Kami dalam perancangan untuk meningkatkan pengeluaran supaya tempoh menunggu sebelum kereta dapat diserahkan kepada pelanggan boleh dikurangkan," katanya.

Menurutnya, jika dilihat kepada nilai tambah diberikan terutama servis percuma selama tiga tahun untuk kesemua model, kini masa terbaik untuk membeli kereta keluaran Perodua.

"Harga kereta sudah turun, tak perlu tunggu lagi. Tahun ini masa terbaik untuk beli kereta kerana tahun depan, mungkin servis percuma tiga tahun sudah tidak ada kerana melibatkan perbelanjaan besar," katanya.

Sementara itu, Aminar Rashid berkata, Perodua merancang untuk membuka lapan pusat jualan dan 15 pusat servis baharu pada tahun ini sebagai tambahan kepada 185 pusat jualan dan 174 pusat servis sedia ada.

"Pusat jualan dan servis tambahan ini diluluskan pada 2011 dan 2012 lagi tetapi kesukaran mencari lokasi sesuai menyebabkan kelewatan untuk memulakan operasi," katanya.

Pas, DAP tidak boikot

Posted: 12 Jun 2013 02:27 AM PDT

Khalid Samad
Khalid Samad
 
Charles Anthony Santiago
Charles Anthony Santiago
 
R Sivarasa
R Sivarasa
 
SHAH ALAM – Ahli Parlimen PR Selangor tetap akan menghadiri sidang Dewan Rakyat yang bermula 24 Jun ini, walaupun memboikot sesi taklimat, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Khalid Samad berkata, setakat yang dimaklumkan, tindakan boikot hanya pada sesi taklimat.

"Kita dah menang, buat apa nak boikot? Walaupun ada penipuan, tetapi kita tetap menang.

"Rakyat susah payah beri kemenangan kepada kita, takkanlah tak pergi. Ahli Parlimen PKR pun akan hadir," kata Khalid, yang juga ahli Parlimen Shah Alam kepada Sinar Harian.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Anthony Santiago berkata, tujuan PR memboikot sesi taklimat Parlimen sebagai simbolik kepada protes penipuan pada PRU13.

"Kita nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa PRU13 adalah paling kotor dalam sejarah pilihan raya.

"Kita minta kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digantikan segera. Kita juga mahu undang-undang berkaitan pilihan raya seperti Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 digugurkan," katanya.

Beliau, yang juga ahli Parlimen Klang turut memaklumkan akan menghadiri sesi Parlimen pada 24 Jun ini kerana tidak mahu mengkhianati kepercayaan rakyat.

"Rakyat dah beri kepercayaan kita harus hormati harapan rakyat, kalau ada ahli Parlimen lain nak boikot, terserah," katanya.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, memaklumkan belum ada keputusan daripada pimpinan tertinggi PKR sama ada akan menghadiri sesi Parlimen 24 Jun atau tidak.

"Kita sedang adakan perbincangan dengan wakil-wakil PKR dan perkara ini akan dipanjangkan kepada wakil PR yang lain, sama ada akan hadir atau tidak," katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berhasrat untuk memboikot sesi pembukaan Dewan Rakyat ke-13 sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU13, 5 Mei lalu dan enggan membentangkan soalan di Parlimen.

Tarikh akhir bagi ahli Parlimen mengemukakan soalan untuk jawapan kementerian pada sesi yang bermula 24 Jun berakhir Rabu.

Anwar dilaporkan sedang mempertimbangkan sama ada mahu hadir majlis angkat sumpah Parlimen sebagai menunjukkan rasa kesal terhadap keputusan PRU13 yang didakwa wujud unsur penipuan.

'Undurlah Azzuddin', kata Annuar

Posted: 12 Jun 2013 02:23 AM PDT

Annuar Musa
Annuar Musa
 
TANPA niat untuk memburuk dan menjatuhkan kredibiliti individu tertentu apa lagi berdendam, Tan Sri Annuar Musa menggesa Datuk Azzuddin Ahmad mempercepatkan proses peletakan jawatannya dalam badan induk bola sepak itu.

Menurut Annuar, seorang Setiausaha Agung FAM yang tidak tahu memainkan peranan serta hilang kewibawaan perlu lah meletak jawatan dan memberi peluang kepada pemimpin baru.

Hal ini katanya penting bagi memastikan kepimpinan baru boleh membawa idea-idea yang lebih segar dalam usaha memartabatkan kembali kegemilangan arena bola sepak negara.

"Azzuddin merupakan Setiausaha Agung yang hanya bertanggungjawab kepada Presiden FAM sahaja, tetapi apa peranannya di antara ahli gabungan dan Exco?

"Ikhlas saya cakap, Azzuddin tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ahli-ahli gabungan dan Exco, sebab itu beliau gagal memainkan peranannya sebagai urus setia yang baik.

"Dan disebabkan itu juga beliau sudah hilang kewibawaan dalam menyelesaikan banyak perkara," kata Annuar kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas Majlis Taklimat kepada ahli-ahli Ðewan Rakyat Parlimen ke-13, semalam.

Apa yang diperkatakan Annuar itu reaksi mengenai kenyataan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan meneliti laporan Azzuddin sebelum mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim yang terus mengkritik badan induk itu.

Menurut Annuar, berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, sebuah urus setia yang akan menentukan sama ada perbicaraan akan dilakukan ataupun tidak.

Bagaimanapun, disebabkan urus setia FAM yang diterajui oleh Azzuddin sudah hilang kewibawaan, maka situasi ini berlaku dalam bola sepak negara.

"Seperti saya cakap masalah dalam FAM adalah berpunca daripada Azzuddin, mereka sikap bukan memikirkan apa orang kata, bila teguran sahaja di fikiran mereka hanya memikirkan untuk mengambil tindakan.

"Orang semua memandang bagaimana dia mengambil tindakan yang tidak konsisten dalam memilih untuk perbicaraan. Saya melihat perbicaraan nampaknya dibuat secara selektif, ada masa cepat ambil tindakan, ada masa tak pula ambil tindakan.

"... sebab itu saya rasa lebih elok Azzuddin berhenti daripada FAM supaya lebih cepat dia berpindah ke AFF dan mungkin di situ akan membawa satu harapan baru apabila FAM melantik setiausaha agung baru," jelas Annuar.

Pua akan puji kerajaan jika IPCMC ditubuh dan anggota polis bersalah dihukum

Posted: 12 Jun 2013 02:14 AM PDT

Oleh Md Izwan



KUALA LUMPUR ― Pemimpin DAP Tony Pua hari ini berkata hanya akan memuji kerajaan jika anggota polis yang bersalah dihukum, ia menjawab kritikan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Heliliah Mohd Yusof semalam.

Semalam, Heliliah membidas pembangkang Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak pernah menyokong sebarang langkah yang diambil kerajaan dan tidak kisah dengan kritikan tersebut walaupun dituduh gagal melaksanakan tanggungjawab terutamanya melibatkan kes kematian dalam tahanan.

"Saya akan orang pertama puji kerajaan jika Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan dan mereka yang bersalah salah guna kuasa dihukum," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Walaubagaimanapun, Pua (gambar) mempersoalkan prestasi EAIC yang menerima peruntukkan RM7 juta setahun sejak penubuhannya tiga dahulu dengan mempertahankan pendiriannya mengatakan agensi tersebut ditubuhkan bertujuan untuk "gagal".

"Hakikatnya adalah kerajaan tidak serius, dengan hanya seorang pegawai penyiasat sehingga hari ini 'untuk menjaga' 19 agensi kerajaan adalah bukti jelas tujuan kerajaan supaya badan tersebut gagal," tegas Pua lagi.

Pua sebelum ini berkata EAIC dicipta untuk gagal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan hanya ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menenangkan tekanan ke atas pelaksanaan IPCMC.

"Perbezaan antara kedua-dua adalah jelas dalam niat mereka, dengan EAIC ditubuhkan sebagai harimau tidak bertaring bertujuan khusus melakukan kerja kosmetik menenangkan permintaan orang ramai untuk IPCMC, disamping memenuhi bantahan lantang daripada pasukan polis," kata beliau.

Sebanyak 469 aduan diterima EAIC sehingga 31 Mei tahun ini sejak ia ditubuhkan pada tahun 2011, dengan 353 aduan terhadap polis. Dua puluh satu aduan telah dibuat terhadap Jabatan Imigresen, 15 terhadap JPJ, 10 terhadap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan sembilan terhadap Jabatan Kastam.

Penyiasatan telah dijalankan untuk 124 daripada 469 aduan, dengan satu kes menyebabkan cadangan tindakan tatatertib terhadap polis.

Menurut kumpulan hak asasi SUARAM, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lapan kes kematian setakat ini dilaporkan berlaku dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, "seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa".

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan memberitahu Parlimen Oktober lalu 298 orang ditembak mati oleh polis diantara 2007 dan Ogos 2012, termasuk 151 rakyat Indonesia dan 134 rakyat Malaysia di mana secara puratanya seorang mati ditembak dalam setiap minggu.

Isu kematian dalam tahanan Kematian telah mencetuskan reaksi negatif pelbagai pihak, malahan pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis terlibat dengan menangkap mereka, dan bukannya hanya menukar kepada tugasan pejabat.

IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong.

Pengerusi SPR: Kami tak akan letak jawatan

Posted: 12 Jun 2013 02:11 AM PDT

SINAR HARIAN

Abdul Aziz Mohd Yusof
Abdul Aziz Mohd Yusof
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.

  Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat," katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan,  menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang...jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.

"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.

Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dibahas dan dilulus. - Bernama

MP Segambut buat laporan polis desak identiti suspek keempat kes Dhamendran didedah

Posted: 12 Jun 2013 01:59 AM PDT


Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR – Satu laporan polis hari ini dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) DAP Lim Lip Eng bagi menggesa pihak polis mendedahkan identiti suspek anggota polis yang terlibat dalam kes pembunuhan N. Dhamendran.

Lim (gambar) mendesak pihak polis supaya memaparkan wajah dan nama suspek tersebut yang disyaki berpangkat inspektor di dalam semua akhbar dan media massa lain, selain meletak gambar suspek di semua balai polis seluruh negara.

"Seorang lagi suspek dalam kes Dharmendran masih bebas dan tidak dapat dicari," kata Lim dalam satu sidang media selepas membuat laporan polis di balai polis Jinjang Utara di sini.

"Saya buat laporan polis hari ini supaya menggesa pihak berkuasa memaparkan gambar dan nama suspek dalam semua akhbar, selain mempamerkannya di semua balai polis seluruh negara."

Menurut Lim lagi, gesaan tersebut  bukan sesuatu perkara yang sukar untuk dilakukan memandangkan pihak polis sentiasa melakukannya dalam memburu penjenayah lain, serta menyifatkan kegagalan bertindak sedemikian bukti pihak polis tidak telus dan adil dalam menjalankan tugas.

"Kalau gagal berbuat demikian, bermakna polis tidak telus dan adil dalam penyiasatan," tambahnya lagi.
Dhamendran, 32, mati pada 21 Mei disebabkan dipukul berkali-kali semasa berada dalam tahanan reman di ibu pejabat polis kontigen di Kuala Lumpur.

Tiga anggota polis masing-masing seorang berpangkat sarjan dan dua koperal dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh Dhamenderan, 32, di lokap tersebut.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 7 Jun lalu berkata usaha mengesan seorang lagi suspek yang bebas sedang dipergiatkan selepas tiga anggota polis yang terlibat dalam kes tersebut didakwa di Mahkamah Majistret.

Isu kematian dalam tahanan Kematian telah mencetuskan reaksi negatif pelbagai pihak, malahan pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis terlibat dengan menangkap mereka, dan bukannya hanya menukar kepada tugasan pejabat.

Menurut kumpulan hak asasi SUARAM, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lapan kes kematian setakat ini dilaporkan berlaku dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, "seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa".

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan memberitahu Parlimen Oktober lalu 298 orang ditembak mati oleh polis diantara 2007 dan Ogos 2012, termasuk 151 rakyat Indonesia dan 134 rakyat Malaysia di mana secara puratanya seorang mati ditembak dalam setiap minggu.

Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang telah mendesak Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis semenjak 2006.

Rafizi: Perhimpunan Pakatan kekal di Padang Merbok pada 22 Jun

Posted: 12 Jun 2013 01:54 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR – Perhimpunan #Black505 Pakatan Rakyat (PR) akan terus diadakan di Padang Merbok di sini pada 22 Jun walaupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengatakan semalam mereka akan menggunakan lokasi itu untuk larian mereka, kata Rafizi Ramli dari PKR hari ini.

Pengarah strategi PKR itu juga mengatakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberitahu PR bahawa Padang Merbok hanya ditempah dari 6.00 petang ke atas pada 22 Jun, bercanggah dengan kenyataan MOM semalam persediaan logistik untuk larian olimpik McDonald 23 Jun akan bermula pada 21 Jun.

"Pada mulanya DBKL beritahu kita hanya boleh tempah sehingga 6.00 petang oleh kerana selepas itu, acara lain akan diadakan di Padang Merbok pada keesokkan hari," kata Rafizi kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Kita boleh duduk dengan Majlis Olimpik untuk berbincang apa jenis susunan perlu untuk membolehkan kedua-dua program berjalan lancar," katanya.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi mengatakan semalam persiapan untuk Larian Olimpik di tengah bandar akan bermula pada 21 Jun selepas 3.00 petang dan 22 Jun selepas 6.00 petang.

Beliau berkata pelari akan melalui Padang Merbok, walaupun larian akan bermula dari Dataran Merdeka di sini pada 23 Jun.

Sieh berkata Larian Olimpik – yang diadakan setiap tahun pada 23 Jun sejak tahun 1994 dalam sambutan Hari Olimpik – akan melibatkan 15,000 pelari dan tempat telah ditempah semenjak akhir tahun lepas.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib menggesa PR pada Isnin untuk memilih satu lagi tempat untuk perhimpunan, sebaik-baiknya kawasan tertutup seperti stadium, mendakwa padang akan digunakan untuk "persiapan logistik" MOM pada 23 Jun.

Datuk bandar itu juga berkata mengadakan perhimpunan di tempat terbuka, tempat orang ramai akan menimbulkan gangguan trafik di jalan raya di sepanjang Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja Laut, Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

PR telah mengadakan perhimpunan besar-besaran #Black505 di seluruh negara semenjak 8 Mei untuk memperotes dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa walaupun kehilangan undi popular.

Pegawai penyiasat EAIC individu sama kendali kes Teoh Beng Hock, kata Pakatan

Posted: 12 Jun 2013 01:51 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR– Penyiasat tunggal pasukan petugas Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan untuk menyiasat kes kematian dalam tahanan merupakan pegawai sama mengendalikan kes Teoh Beng Hock, dakwa Pakatan Rakyat (PR).

PR mendakwa, pegawai berkenaan, Mohd Nadzri Ibrahim, merupakan bekas pegawai Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terlibat dalam kes mendiang Teoh Beng Hock.

"Mengikut laporan-laporan berita, Mohd Nadzri adalah pegawai yang telah merakamkan keterangan Teoh pada malam kematiannya," kata ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong dan ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

"Malah, Majlis Peguam juga pernah menyarankan tindakan siasatan lanjutan diambil terhadap beberapa pegawai SPRM yang terlibat, termasuk Mohd Nadzri, atas tuduhan konspirasi jenayah, persubahatan serta mengusik bukti (tampering with evidence) dalam kes tersebut."

Pasukan berkenaan merangkumi enam  pegawai EAIC, yang diketuai pengerusinya Datuk Heliliah Mohd Yusof, pesuruhjaya Datuk Seri Robert Jacob Ridu, setiausaha Ahmad Razif Mohd Sidek, pengarah Foo Hui Yi, penasihat undang-undang Eda Mazuin Abdul Rahman dan pegawai penyiasat tunggal EAIC, Mohd Nadzri Ibrahim.

Laman web EAIC, jelas kedua-dua mereka, Mohd Nadzri tersenarai sebagai satu-satunya pegawai penyiasat dalam direktori EAIC.

"Jika ini adalah benar, ini bermaksud bahawa seorang pegawai yang pernah terlibat dalam kes kematian dalam tahanan kini ditugaskan untuk menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan yang lain. Oleh itu, integriti EAIC sekali lagi menjadi persoalan besar," kata mereka lagi.

"Malah menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif EAIC Nor Afizah Hanum Mokhtar, pegawai penyiasat EAIC telah diwarisi daripada SPRM."

Pencarian dalam direktori SPRM juga kata kenyataan yang dikeluarkan tengahari ini menunjukkan bahawa Mohd Nadzri Ibrahim sudah tidak lagi tersenarai.

"Maka, kemungkinan besar pegawai penyiasat tunggal EAIC Mohd Nadzri Ibrahim merupakan pegawai SPRM sama yang telah menyoal siasat Teoh Beng Hock sebelum kematiannya," kata mereka.

Mereka justeru menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan segera dengan melucut jawatan Mohd Nadzri memandangkan badan berkenaan berada di bawah seliaan beliau.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan Ketua Biro Hak Asasi Manusia Perundangan PKR Latheefa Koya menyelar pengerusi EAIC, kerana mengeluarkan kenyataan mengkritik pembangkang.

"Kami terkejut Heliliah sebagai ketua kepada badan bebas mengkritik pembangkang sedangkan beliau sepatutnya mengambil tindakan terhadap rungutan dan fungsi EAIC," katanya dalam kenyataan tersebut.

"EAIC gagal menyelesaikan kebimbangan awam terhadap cara mereka yang tidak efisyen berbanding Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

"Kenyataan Heliliah menunjukkan satu lagi badan bebas bersekutu dengan kerajaan Barisan Nasional (BN)."

Heliliah semalam mengatakan tidak kisah dengan kritikan pembangkang PR yang mendakwa mereka gagal melaksanakan tanggungjawab terutamanya melibatkan kes kematian dalam tahanan.

Agensi kerajaan itu menerima tekanan daripada pelbagai pihak terutamanya melibatkan isu kematian 9 orang dalam tahanan polis sepanjang tempoh tahun ini, yang terbaru adalah melibatkan kematian warga Jepun Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya hujung minggu lalu.

Menurut Heliliah sudah menjadi sikap pemimpin pembangkang  sentiasa mengkritik terutamanya terhadap kerajaan, disamping menegaskan agensi yang diterajuinya adalah bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

"Adakah mana-mana badan yang diwujudkan kerajaan, walaupun dengan tulus ikhlas, pihak pembangkang akan mengatakan itu adalah digalakkan dan menyokongnya?" katanya semalam.

"Saya ingin tegaskan suruhanjaya adalah sebuah agensi bebas walaupun kami mendapat sumber kewangan daripada Jabatan Perdana Menteri... kami perlu menjawab kepada Parlimen."

[VIDEO & GAMBAR] Hujan Tak Halang Ribuan Banjiri BLACK 505 Sungai Petani Malam tadi

Posted: 12 Jun 2013 01:40 AM PDT


KELAB GREENBOC

Sekalipun hujan turun dan petir berdentum namun ia tidak sesekali menyekat momentum himpunan Black 505 di Sungai Petani malam tadi.

Hampir keseluruhan yang hadir tidak berganjak dan untuk mendengar ikon pembangkang Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyat bercakap mengenai penipuan pilihanraya dan untuk mendapatkan perkembangan terkini terhadap tindakan undang-undang ke atas Anwar serta perancangan PR untuk bertindak ke atas Suruhanjaya Pilihanraya. SPR telah dilihat secara meluas sebagai bersalah kerana membantu Umno-BN memenangi PRU pada 5 Mei lepas melalui cara-cara yang tidak jujur dan tidak adil.

"Kita berharap untuk mendapatkan kehadiran yang ramai, kita telah bersedia untuknya. Pihak polis dan pihak berkuasa memberikan kerjasama yang baik. Kita boleh merancang tetapi bergantung kepada Yang Satu (Allah swt) untuk menentukannya. Malah, saya sudah berfikir berkemungkinan hujan akan turun dan telah membuat persediaan jika berlaku demikian. Bersyukur kepada Allah, kita mempunyai dewan yang baik dan sistem PA yang baik juga. Rakyat tidak berganjak, mereka menunggu sehingga akhir malah selepas hujan berhenti mereka terus mendengar ucapan-ucapan para pemimpin. Ini benar-benar menyentuh hati. Ia adalah semangat yang tinggi," kata Johari Abdul, ahli parlimen Sungai Petani.

Hujan turun kira-kira jam 10 malam, muncul tiba-tiba dan dengan lebatnya. Orangramai yang berada di padang, bergerak seperti dalam satu pasukan secara bersama-sama dan seperti satu alunan gelombang, menuju kearah pentas yang dibina di luar dewan yang berbumbung.

Dengan jumlah hadirin sebegitu ramai - dianggarkan 10,000 di atas padang - tiada seorang yang tercedera dan suasana kelam-kabut hanya berlaku seketika. Pasukan penganjur seperti mengetahui apa yang perlu dilakukan dan mereka bertindak pantas. Situasi begitu terkawal dan dalam tempoh hanya 10 minit, orangramai kembali duduk sekalipun kali ini di atas lantai dewan dan siap sedia untuk mendengar cermaha-ceramah yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan.

Tarikh Penting 22, 23 dan 24hb Jun

Selain Anwar dan Johari, lain-lain pemimpin yang menyertai himpunan Black 505 Sungai Petani malam tadi ialah Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Naib Presiden PKR Tian Chua, ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy dan aktivis anak muda Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.

Dengan sambutan yang ramai untuk himpunan Black 505, pemimpin Pakatan terus membelasah Umno-BN kerana "mencuri" kejayaan mereka. PR bercadang untuk mengadakan satu perhimpunan raksaksa pada 22 Jun ini, dimana mereka mensasarkan satu juta akan hadir.

"Apa-apa pun boleh berlaku pada tarikh 22, 23 dan 24 (Jun). Kita akan berada di sana (di parlimen untuk mengangkat sumpag) pada 24 dan juga 25 (ucapan perasmian Yang DIpertuan Agong). 22 merupakan hari yang besar dimana kita akan berhimpun di Padang Merbok - 505 - dan kita akan bermula pada jam 12 tengahari," kata Johari.

"Ada yang bercadang untuk tinggal semalaman di sana sehingga 23hb dan kemudian pada 24 hb merupakan hari mengangkat sumpah. Jadi ini rentetan peristiwa yang akan berlaku. 22hb itu adalah hari yang penting. (Pada) 23hb, orangramai mungkin mahu menunggu dan melihat apa yang bakal berlaku kerana mereka mengharapkan banyak pihak media akan berada di sana dari seluruh dunia, jadi mereka bleh mengambil kesempatan dari media ini dan mereka boleh menyuarakan ketidak-puashatian mereka terhadap kerajaan minoriti yang ada sekarang."

Pandikar Amin & Himpunan Jun 22

Di dalam pilihanraya 5 Mei, Umno-BN menang 133 kerusi di peringkat Parlimen berbanding Pakatan cuma 89. Tetapi Anwar enggan untuk mengakui kekalahan, mendakwa telah wujud penipuan dan salahlaku. Majoriti daripada 13 juta pengundi dilihat menyebelahi Anwar kerana Pakatan telah 51% dari undi popular tetapi tewas dengan BN sebanyak 44 kerusi di Parlimen.

Anwar, 64, telah memulakan himpunan Black 505 untuk memprotes pengundian yang dianggapnya tidak adil. Pakatan telah menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatannya. Mereka juga mahu pilihanraya semula di 30 kerusi 'yang meragukan".

Lain-lain tindakan dimulai Pakatan untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan PRU13 termasuklah pemboikotan taklimat Dewan rakyat semalam.

Ini menyebabkan Pandikar Amin, Speaker BN pada sessi parlimen yang lalu, melenting dan mengeluarkan amaran kepada pemimpin Pakatan jika mereka memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun, dia tidak akan membenarkan mereka mengangkat sumpah di tarikh yang lain. Pemimpin Pakatan kemudian akan berrisiko kehilangan status wakil rakyat, kata Pandikar, yang kata-katanya telah disifatkan sebagai ugutan yang "bertentangan dengan undang-undang" dan terang-terangan melanggar Perintah Tetap Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.

Himpunan di Sungei Petani malam tadi adalah himpunan yang ke 12 di dalam siri Black 505. Selepas ini ialah di Kota Bahru, Kelantan pada malam ini, diikuti pada 16 Jun 16 di Batu Pahat, Johor. Namun himpunan 22 Jun mwerupakan himpuan yang sedang ditunggu-tunggu.

"Sama seperti ini, satu perhimpunan aman, namun di dalam skala yang lebih besar - satu acara nasional - bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kmai tidak sesekali merestui penipuan," kata Anwar, merujuk kepada himpunan yang bakal berlansung pada 22 Jun. Beliau menjelaskan ia adalah perhimpunan aman dan bukan satu protes jalanraya. - malaysian-chronicle/terjemahan bebas oleh GB









 




Ali Rustam Pun Failkan Petisyen Jugak?

Posted: 12 Jun 2013 01:32 AM PDT


Ali Rustam ada bukti gambar
 
KELAB GREENBOC

AYER KEROH - BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Mohd Ali, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

"Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya,"
katanya.

Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.

Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi. -SH

Ulasan GB

Dulu Ali Rustam tuduh kaum Cina tak bagi undi kepadanya yang menyebabkan beliau kalah di Palimen Bukit Katil.

Sekarang semasa memfailkan petisyen lain pula dakwaannya.

Samada sahih atau tidak dakwaan Ali Rustam itu, ia adalah hal yang lain, namun aduannya menyatakan ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi agak menarik untuk diberikan ulasan.

Biasanya jika ada individu terutama PR melakukan kerja berkempen di pusat mengundi, bukankah di pusat mengundi apatah lagi di bilik mengundi itu ada petugas-petugas SPR yang bertugas dan boleh menahan mereka?


Dalam hal ini ada gambar tak Tok Ali untuk melihat dan mengenalpasti siapakah gerangan yang berkempen itu? Jika tak da gambar tak dapatlah nak dijadikan alasan jika semata-mata membuat tuduhan rambang sedemikian. Silap gaya orang UMNO BN yang berbuat begitu.

Dan dari gambar yang ada, nampaknya Tok Ali sendiri yang berkempen sampai di depan pintu bilik mengundi! tengoklah ni.



Kedua mengenai pihak terbabit yang juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

Seperkara lagi siapa "pihak yang terbabit" itu? Yang berkempen itukah?

Nampaknya Tok Ali sendiri tak percaya kepada SPR!

Ambil barang yang tertinggal di dalam peti undi, bukan memasukkan sesuatu di dalam peti undi?

Sandaran dan alasan Tok Ali memfailkan petisyen nampaknya tak cukup kuat sekalipun dikatakan ada gambar kerana gambar itu berkemungkinan, seperti yang GB katakan tadi orang UMNO BN sendiri.

Tetapi rasanya pihak Pakatan Rakyat tidak akan rasa resah gelisah, jauh sekali "kecut perut" dengan petisyen Tok Ali. Sekalipun katakanlah Tok Ali menang di dalam petisyen itu, rakyat Melaka sentiasa bersedia untuk menjalani pilihanraya semula bagi Parlimen Bukit Katil. Dan ia juga peluang untuk rakyat Bukit Katil untuk benamkan Tok Ali kali kedua....

Tok Ali sudah bersediakan?

Tunku, Hussein juga bekas Presiden UMNO, tidak pula sibuk macam...

Posted: 11 Jun 2013 08:27 PM PDT



Oleh Aspan Alias

Kian hari kian ternampak dengan jelas yang 'ringgit dan sen' merupakan elemen penting yang menentukan samada satu-satu negara itu mampu untuk mewujudkan politik yang bersih untuk masa depan negara yang aman. Kadangkala kita menjadi hairan kenapa ada sesetengah orang yang pernah menjadi pemimpin penting kembali sibuk berpolitik setelah bersara begitu lama. 

Rupa-rupanya yang membuatkan mereka ini sibuk kembali untuk mempengaruhi politik negara ini untuk memberikan keuntungan atau perlindungan kepada kerja-kerja mereka lakukan secara tidak betul semasa berkuasa dahulu. Semuanya mempunyai kepentingan peribadi dan mempunyai 'stake' yang begitu besar jika politik negara tidak menyebelahi kemahuan mereka. Dulu saya bertanya kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan kenalan yang faham tentang politik negara ini.
Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn tidak sibuk bercakap politik apabila bersara walaupun mereka mempunyai 'preferences' mereka sendiri dalam politik ini. Adakah latar belakang dan cara mereka dibesarkan oleh keluarga mereka itu yang membezakan di antara dua orang pemimpin yang berbeza nilainya?
Mereka, seperti Tunku dan Hussein, meletakkan diri mereka lebih tinggi daripada mereka yang sedang berkuasa dan mereka lebih kepada menjadi seorang negarawan yang dihormati, tempat rujukan kepada mereka dalam generasi sekarang. Begitu juga kepada Menteri-Menteri kabinet yang bersara juga tidak mengambil tempat yang besar dalam ruang politik setelah mereka bersara.
Tan Sri Khir Johari tidak menyibuk dalam politik, Bahaman Shamsudin tidak sibuk bermain politik dan Tan Sri Samad Idris tidak bergiat bercakap dan terlibat dalam perkelahian politik setelah mereka bersara. Abdul Manan Othman tidak bercakap sedangkan semua mereka ini mempunyai pandangan dan 'preferences' mereka sendiri. Pendeknya mereka tahu membawa diri dan meletakan diri mereka di tempat yang sepatutnya mereka berada.
Begitu juga pimpinan dari kaum lain seperti Lee San Choon, Lee Kim Sai serta ramai lagi bekas-bekas pimpinan utama MCA dan juga Gerakan dan MIC yang lain. Apabila mereka bersara mereka mendiamkan diri dan hanya bercakap jika keadaan dan waktunya memaksa mereka untuk bercakap.
Sesungguhnya pimpinan seperti Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn dahulu, mereka meninggalkan jawatan mereka tanpa sebarang 'outstanding issues' untuk mereka. Mereka bersara dengan tangan yang bersih kerana mereka sesungguhnya pemimpin yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan tidak dapat didekati oleh pewaris-pewaris mereka selepas itu.
Keadaan sekarang sudah jauh berubah, Daim Zainudin dan Dr Mahathir, tidak dapat duduk diam dan di atas nama menyelamatkan negara mereka bercakap dan memainkan peranan untuk menentukan segala-galanya dalam politik UMNO dan BN sekarang ini. Mereka tidak senang hati jika pihak dan parti yang mereka rasakan tidak dapat memberikan perlindungan dan keuntungan berterusan kepada peribadi mereka.
Mereka menggunakan pengaruh mereka yang masih ada sedikit saki bakinya untuk berpolitik walaupun mereka tahu keadaan sekarang tidak seperti dahulu lagi. Walaupun secara peribadi mereka tidak ke hadapan tetapi mereka ke hadapan melalui proxy-proxy mereka selalunya melalui syarikat dan individu-individu tertentu. 
Kemunculan Halim Saad ke hadapan dengan tuntutan di mahkamah terhadap kerajaan ini melambangkan yang politik negara ini adalah berkisar kepada 'dollars and cents'.
Dengan timbulnya isu Halim Saad ini ia memberikan kita makluman bahawa UMNO itu adalah sebuah pertubuhan konglomerat besar dengan menggunakan ahli-ahli dan pemimpin membiarkan keadaan ini berlaku. Bagi pihak Khazanah, mereka tidak mahu memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui dengan Halim dengan menganggapkan semuanya itu adalah hak UMNO, sedangkan Halim yang semua tahu siapa di belakangnya itu pula, beranggapan yang semuanya itu hak peribadi mereka.
Pendeknya apa yang sedang kita saksikan ini adalah hasil dari laba perniagaan yang menggunakan UMNO itu sebagai landasan untuk mereka mendapatkan keuntungan peribadi mereka sahaja.
Di sinilah kita mendapatkan bukti bahawa ahli-ahli UMNO itu diminta terus bersatu mempertahankan parti itu untuk kepentingan mereka yang besar-besar di dalam parti itu. Ahli-ahli di bawah bergaduh sesama sendiri kononnya memperjuangkan negara, bangsa dan agamanya. Akhirnya tidak ada apa yang didapati oleh negara, bangsa dan agamanya.
Hanya mereka yang menjadi pimpinan besar mendapat laba besar, bukan sahaja untuk diri mereka tetapi juga untuk rakan-rakan kroni mereka dalam jumlah yang beratus billion ringgit masing-masing.
Ramai telah menyedari tentang isu ini, maka ramailah yang bertindak dan memberikan reaksi yang berlainan di antara mereka. Ada yang bertukar parti, ada yang menyepi dan ada yang terus mengkririk dari dalam sehingga hari ini. Hanya mereka yang masih terpedaya dengan dakyah yang UMNO itu adalah parti yang berjuang untuk agama, bangsa dan agama sahaja yang masih kekal di dalamnya.
Di dalam PRU 13 yang baru selesai ini BN sepatutnya sudah kalah tetapi parti itu masih selamat kerana kesilapan pihak Pakatan Rakyat yang melakukan kesalahan moral dan politik pada saat-saat akhir sebelum pilihanraya itu.
Dari pandangan sesetengah pihak PR telah kehilangan peluang untuk memenangi sekurang-kurangnya 28 kerusi parlimen kerana kesilapan atau kesalahan sendiri yang 'unnecessary' itu. Keghairahan yang keterlaluan pihak PR telah memberikan kemenangan kepada UMNO dan BN yang semasa itu sudah begitu defensif dan dalam ketakutan.
Apakah hikmah di sebalik UMNO yang masih memenangi PRU yang lalu itu? Di sebaliknya apakah hikmah di sebalik kekalahan yang dialami oleh Pakatan Rakyat itu?
Hikmahnya hanya diketahui oleh sesiapa yang mengambil berat untuk melakukan 'soul searching' yang intensif dan menerima keputusan dengan kesyukuran kerana hikmah yang diperolehi itu. http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Persempadanan semula ,adilkah SPR ?

Posted: 11 Jun 2013 08:13 PM PDT




Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tahun ini SPR akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya yang tertangguh sejak tahun 2012. Tujuan persempadanan semula ini adalah untuk menambahkan bilangan kerusi parlimen dari 222 kepada satu angka baru. Namun, pertambahan kerusi ini sukar dilakukan kerana ia melibatkan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan.

Tetapi jika sekadar hendak mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi, maka cukup sekadar sokongan majoriti mudah sahaja (Seksyen 9 Jadual 13). Persoalannya, apakah SPR hanya akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi baru atau akan membuat penambahan kerusi dari 222 kepada satu angka baru?

Jika SPR mahu mempersempadankan semula kawasan pilihan raya seperti tuntutan Perkara 113(2) Perlembagaan, sama ada dengan atau tanpa pertambahan kerusi, maka SPR perlu memberi perhatian kepada aspek berikut.

i. Sebelum pindaan tahun 1973, beza pengundi bagi setiap kawasan parlimen yang dibenarkan adalah 5% bagi kawasan bandar dan 15% antara kawasan bandar dan luar bandar. Selepas itu, perbezaan pengundi yang dibenarkan bagi setiap kawasan pilihan raya ialah sebanyak 33%. Pada hari ini, peruntukan tentang varian perbezaan yang dibenarkan ini sudah tidak ada lagi. Oleh sebab itulah, pada hari ini perbezaan antara kawasan Putrajaya 15,000 (terkecil) dan Kapar 150,000 (terbesar) ialah sehingga 900%. Ini menunjukkan satu pengundi di Putrajaya adalah bersamaan dengan 10 pengundi di Kapar. Perlukah SPR mengekalkan jurang perbezaan sebanyak ini?

ii. SPR perlu melihat kepada ketidakseimbangan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Dengan hanya 1/6 daripada jumlah pengundi, Sabah dan Sarawak mendapat 25% daripada kerusi parlimen, iaitu 56 daripada 222 kerusi.

Akibat dari pembahagian kawasan parlimen yang tidak seimbang ini, maka keputusan PRU ke-13 yang lepas menunjukkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

i. BN memenangi 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan dengan hanya 20 peratus daripada jumlah pengundi.

ii. BN mendapat undi popular sebanyak 47% sahaja, tetapi mendapat 60% kerusi parlimen. Ini menunjukkan PR perlu memenangi 1.7 undi berbanding BN 1 undi untuk memenangi kerusi pilihan raya.

iii. Calon DAP, Teresa Kok dan Tony Pua memenangi undi majoriti yang jauh lebih besar daripada 31 kerusi yang memenangi majoriti di bawah 3000 undi dalam PRU yang lalu. Jumlah undi majoriti bagi 31 kerusi tersebut ialah 43,079 berbanding dengan undi majoriti Teresa 51,552 di Seputeh and Tony Pua 44,672 di Petaling Jaya Utara.

iv. Majoriti pengundi bandar mengundi PR, manakala pengundi luar bandar yang bilangan pengundinya sedikit mengundi BN.

v. Persempadanan sebelum ini juga merugikan orang Melayu. Misalnya, Baling yang majoriti pengundinya adalah Melayu mempunyai pengundi seramai 93,376 orang berbanding Alor Setar, kawasan campuran yang mempunyai 69,189 pengundi.

Data di atas tentunya menimbulkan sentimen kita kepada SPR. SPR akan dituduh sebagai tidak adil kepada pembangkang dan akan membuat gerrymandering dalam mempersempadankan semula kawasan pilihan raya untuk memastikan BN dapat terus kekal berkuasa (konsep gerrymandering ini akan saya tulis dalam posting yang lain).

Apapun sentimen kita kepada persempadanan semula kawasan pilihan raya dan integriti SPR ini, perlu dinyatakan ketidakseimbangan jumlah pengundi bagi setiap kawasan pilihan raya sekarang ini adalah selari dengan peruntukan dalam Perjanjian Kemerdekaan, iaitu persempadanan semula kawasan pilihan raya hendaklah memberi kelebihan kepada kawasan luar bandar.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, pembahagian yang ada sekarang ini juga adalah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 di mana Sabah, Sarawak dan Singapura telah dipersetujui akan diperuntukkan 34% kerusi parlimen.

Dengan pengetahuan sebegitu, apakah SPR bersalah dan tidak dalam menjalankan tugasnya? Adil atau tidak adalah tanggapan kita. Cuma pada saya, apa yang ingin saya mimta daripada SPR dalam persempadanan semula ini hanya sahaja: supaya SPR menambahkan kerusi parlimen dalam persempadanan semula ini supaya setiap kawasan — sama ada bandar atau luar bandar boleh cepat maju sebab wakil rakyat tentunya akan berebut membangunkan kawasan masing-masing.

Dalam merealisasikan hal ini, semoganya kerajaan BN dan PR dapat bekerjasama dalam meluluskan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan. YB, lakukan ini demi rakyat dan negara

Pecutan PRU-14; Manamatkan 'Nyawa-nyawa Ikan' Umno-BN Terengganu

Posted: 11 Jun 2013 08:11 PM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/Hishamuddin%20Cabang%20Tiga.jpgKUALA TERENGGANU - Pemuda PAS negeri Terengganu perlu bangkit dan membuat pecutan bagi menamatkan 'nyawa-nyawa ikan' Umno-BN Terengganu pada pilihanraya umum kali ke-14 (PRU-14) akan datang.

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, para pemuda mesti meneruskan cetusan kebangkitan anak-anak muda dan mengatur agar kebersamaan mereka bersama PAS dan Pakatan Rakyat dapat melenyapkan Umno-BN Terengganu.

"(Pemuda) yang kita nak lantik pada penggal kali ini adalah orang yang mencetuskan kebangkitan dan kebersamaan anak muda bagi bekerja bersama-sama dengan PAS, untuk memastikan 'pecutan' kita bagi berdepan pilihanraya,

"mesti lebih serius......bukan lagi main-main........melainkan pilihanraya kali ke-14 adalah pilihanraya untuk kita merampas kembali negeri Terengganu,"tegasnya

Beliau yang juga Ahli Dewa Undangan Negeri (Adun) Tepoh berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Pemuda di Cabang Tiga, dekat sini pada Ahad malam, 9 Jun.

Beliau menyeru para pemuda untuk melakarkan kejayaan masa depan dan melupakan kegembiraan menang sebanyak 15 kerusi Dun, kerana menurutnya, ia adalah kegembiraan sementara yang memberikan peluang kepada kawasan-kawasan yang menang, untuk bersyukur kepada Allah.

Menurutnya, tidak ada sebab anak-anak muda Islam tidak boleh mencipta kemenangan kerana katanya seruan 'marilah menuju kemenangan' berkumandang dalam azan di masjid-masjid sebanyak 15 kali sehari

Justeru beliau yakin, dengan penglibatan semua pihak, para pemuda kampung dan bandar, aktivis anak-anak muda disemua peringkat, yang bekerja di ladang atau di pejabat, akan membuahkan hasil dan memenangkan PAS pada pilihanraya umum kali ke-14 akan datang

Cari Titik Persamaan; Cakap Najib Tak Serupa Bikin

Posted: 11 Jun 2013 08:09 PM PDT

Editor BULETIN

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/minyak%20kelantan.jpgPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan umat Islam di negara ini untuk mencari titik pertembungan dan persamaan walaupun berbeza pendapat dan ideologi supaya dapat menunjuk contoh yang baik kepada masyarakat bukan Islam.

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan disifatkan 'memang lunak', tetapi ia hanya 'manis dibibir kata' tetapi di hati lain bicara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, sebaliknya sejak tahun 1990 kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak mencari 'titik persamaan' malah mengamalkan politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat  Kelantan.

"Seruan beliau supaya mencari titik persamaan walaupun berlainan ideologi politik hendaklah dilaksanakan dengan tindakan. Semuanya terletak kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Pusat,

"Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat  Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat,"ujarnya.

Ustaz Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang mempersoalkan, apakah dosa negeri Kelantan sehingga pemimpin Umno sanggup berbuat demikian?

Sehingga pemimpin Umno sanggup menganiayai dan mengkhianati rakyat Kelantan yang sama bangsa dan sama agama dengan datuk Seri Najib Razak serta ahli-ahli Umno yang Melayu dan Islam!

"Bukankah banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang melarang hambanya  melakukan kezaliman, walaupun kepada musuh. Mungkin Datuk Najib terlepas pandang ayat-ayat tersebut, atau pun ulamak pengampu tidak memberi tahu kepada beliau?,"soal Ustaz Idris

Malah, setiap kali musim pilihanraya, maka datang janji manis daripada pemimpin Umno untuk rakyat Kelantan, seolah-olah jika Kelantan diperintah oleh Umno, maka semua perkara akan selesai seperti isu air, pada hal tegas Ustaz Idris, di Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri pun menghadapi masalah air.

"Pemimpin BN sengaja mendera rakyat Kelantan dengan harapan rakyat akan tolak PAS di dalam pilihanraya, sebaliknya tidak.

"Rakyat Kelantan yang sudah terdidik dengan ilmu agama amat memahami isi kandungan al-Quran, dan kenal pula peribadi  Datuk Najib yang bercakap di majlis perasmian Tilawah al-Quran,"tambahnya.

PKR: Speaker tak patut pulau upacara angkat sumpah

Posted: 11 Jun 2013 08:07 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Naib presiden PKR N Surendran berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya "mengancam" untuk turut memulaukan upacara mengangkat sumpah bagi ahli dewan Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun Pandikar berkata demikian secara berjenaka, tindakan memulaukan upacara mengangkat sumpah itu menyalahi Perintah Tetap dan juga Perlembagaan.

pkr dharmendran dang wangi police 260513 surendranUpacara mengangkat sumpah itu melibatkan MP Pakatan Rakyat yang enggan berbuat demikian pada pertama persidangan Parlimen bagi penggal ini pada 24 Jun.

Katanya, Perintah Tetap itu antara lainnya mewajibkan setiausaha Dewan Rakyat menerima angkat sumpah dari mana-mana ahli dewan yang ingin melafazkan sumpah.

"Ini jelas daripada Perintah Tetap 5(2) yang menyatakan bahawa ahli yang belum pernah angkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang dewan dan boleh mengangkat sumpah.

"Di bawah Perintah Tetap, setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah.

"Yang Dipertua dan BN tidak mempunyai kuasa apa pun untuk menolak angkat sumpah daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Surendran.

Ayuh, selepas solat Jumaat di Kedutaan Syria

Posted: 11 Jun 2013 08:05 PM PDT

NASRUDIN HASSAN


1. Krisis Syria telah berlanjutan 2 tahun. Sejak 15 Mac hingga 15 Mac 2013.

2. Kini lebih 1.6 juta rakyat Syria menjadi pelarian dan hampir 100 ribu rakyat terbunuh.

3. Para alim ulama menegaskan kebangkitan rakyat Syria adalah jihad dan mati mereka kerananya adalah syahid.

4. Justeru itu, saya menyeru agar seluruh rakyat dan warga prihatin di negara ini tanpa mengira perbedaan agama, kaum dan politik berkumpul di hadapan Kedutaan Syria pada hari Jumaat ini bersamaan 14 Jun 2013 sejurus selesai solat Jumaat bagi menyatakan bantahan dan kutukan keras kita terhadap campurtangan asing, keganasan, pertumpahan darah dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat Syria

5. Sewajarnya kita menunjukkan solidariti kita terhadap insan yang tertindas menjadi mangsa kekejaman dan gas beracun. Sungguhpun Syria nun beribu kilometer, namun kekejaman dan keganasan yang berlaku tidak mungkin membuatkan kita kaku membatu diri.

6. Saya juga menyeru agar sebelum turun berhimpun dan menyerahkan memorandum kecaman ke Kedutaan Syria, seluruh masjid mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah swt dan sekaligus memusnahkan mereka yang kejam, ganas dan tidak berhati perut.

7. Penyertaan dan solidariti dari pihak NGO dan orang perseorangan sangat dialu-alukan bagi meningkatkan tekanan ke atas pihak berkuasa Syria supaya segera mengambil langkah menghentikan keganasan dan menerima campur tangan asing. Juga tekanan ke atas badan-badan dunia yang berautoriti agar mengusahakan kedamaian dan keselamatan rakyat Syria dan mengambil tindakan tegas kepada penjenayah kejam yang membunuh rakyat Syria.

8. Diulangi:

Tarikh: 14 Jun 2013
Hari: Jumaat
Masa: Sejurus selesai solat Jumaat.
Tempat: Kedutaan Syria Kuala Lumpur.

9. Kita juga mendesak agar ketajaan Malaysia segera menyatakan sikap untuk mengutuk kekejaman ini dan mengadakan Sidang Khas Parlimen bagi membincang dan mengambil keputusan dan tindakan rasmi kerajaan Malaysia terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di bumi Syam itu.

10. Ayuh nyatakan kebersamaan dan penyertaan saudara untuk menentang kezaliman dan kekejaman manusia banjingan ini. Temui anda di sana.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

‘R’ dapat permit anjur Black505 di Ketereh esok

Posted: 11 Jun 2013 08:00 PM PDT

Salmah Mat Husain,


KOTA BHARU: NGO Royalti (R) mendapat kebenaran dan permit menganjurkan perhimpunan aman Black505 mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Perhimpunan aman itu akan diadakan esok, 12 Jun di Padang Majlis Daerah Ketereh bermula jam 9.00 malam.

Penganjur yang juga aktivis R, Mohd Adnan Abdullah berkata, perhimpunan tersebut dijangka dihadiri lebih 20,000 orang untuk mendengar amanat pimpinan berhubung peristiwa Black505.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menerima permit program berkenaan di IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa, hari ini.

Beliau berharap dengan adanya permit yang diberikan oleh pihak berkuasa itu perhimpunan yang bakal dijalankan itu berjalan baik.

Katanya, permit berkenaan dipohon pada 3 Jun lalu kira-kira jam 2.00 petang.

Terdahulu beliau menerima kenyataan permit yang diluluskan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Superitendan Azham Othman.

"Perhimpunan itu juga akan dihadiri badan NGO seluruh negara seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Perubuhan Anak Muda Bersama Ulama.

"Pihak media pro Umno yang mendakwa program Black505 dianjurkan tanpa permit adalah tidak benar," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mewakili penganjur mengucapkan terima kasih pada pihak keselamatan kerana meluluskan permit itu.

Katanya, permit berkenaan dianjurkan bukan untuk merusuh sebagaimana yang didakwa oleh pihak berlainan politik, sebaliknya untuk pencerahan, untuk menyatakan betapa rakyat mengharapkan PRU yang adil.

PAS kekalkan tuntutan pemimpin SPR berundur

Posted: 11 Jun 2013 07:58 PM PDT

Bashir Ishak,



Mohamad Sabu berucap di himpunan Black 505 Kangar

KANGAR: Sekiranya tatacara pengurusan pihan raya di negara ini tidak diperbetulkan, parti yang mendapat undi minoriti akan terus memerintah dan parti yang memperolehi majoriti akan terus tertindas kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Berucap dalam himpunan Black 505 peringkat negeri Perlis malam semalam, bersama-sama dengan sokongan padu suara rakyat beliau sekali lagi mempertegaskan bahawa kedua-dua penjawat tertinggi di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu meletakkan jawatan.

"Melihat kepada segala bentuk penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu, SPR bukan lagi bebas dan sudah menjadi kuda tugggangan, kita mahu Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan," ujarnya di hadapan kira-kira 7000 orang yang hadir membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini.

Menurutnya lagi, rakyat sudah sedar dengan segala penipuan yang dibuat dan mereka bangkit tanpa perlu diseru atau dihasut.

"Lihat saja himpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, siapa yang hasut rakyat? 5 Mei hari mengundi, 6 Mei semua orang letih, 7 Mei barulah kita mula bercakap dan melalui SMS dan sebagainya, pada 8 Mei 200 ribu orang hadir. Ertinya rakyat dengan sendirinya sedar belaku penipuan dalam pilihan raya.

"Jika penipuan berlaku dengan berleluasa tak payah siapa seru atau hasut, rakyat sendiri akan turun ke jalanraya.. Jadi,sebelum sampai ke peringkat itu kena perbetulkan tatacara pengurusan pilihan raya sebab sekarang ini ni kami di pihak majoriti, Najib hanyalah kerajaan minoriri.

"Kalau keadaan ini tidak dipebetulkan, inilah yang akan terus berlaku dalam PRU14. Dikatator akan terus berkuasa, minoriti berkuasa dan majoriti akan tertindas. Malaysia akan terus menjadi negara paling pelik di dunia. Biarlah penipuan PRU13 ini menjadi yang terakhir,"katanya lagi.

Mahathir pelopor hina Agong - Tamrin

Posted: 11 Jun 2013 07:54 PM PDT

Harakah,


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu pelopor yang mengaibkan institusi beraja di negara ini, tegas Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba itu mempersoalkan mengapa Mahathir yang suatu masa dahulu melakukan tindakan berupa penghinaan ke atas sultan tidak pula dikatakan menderhaka.

Beliau membangkitkan kisah Mahathir "membelasah" institusi beraja ekoran muncul semula isu Kerajaan Umno-BN yang galak mengaitkan kenyataan beberapa orang awam di laman sosial sebagai kononnya menderhaka kepada sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Pemilihan Umno Lebih Ditakuti Najib Daripada PRU

Posted: 11 Jun 2013 07:47 PM PDT


Umno-Najib-Muhyidin-1

ULASAN : Sejauh mana keberanian Umno untuk merealisasikan tujuh pindaan perlembagaannya yang dimeterai pada Oktober 2009 menjelang pemilihan pada penghujung tahun ini masih belum teruji.

Mengikut pindaan yang diluluskan itu,146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

Pindaan ini dibuat kononnya ekoran rasuah politik (politik wang) yang sudah tidak dapat dikawal lagi selain memperlihatkan parti tersebut lebih demokratik dan tidak dikuasai oleh golongan yang berduit.

Sistem kuata sebelum ini yang memperuntukan sokongan 30 peratus (57 Bahagian) untuk jawatan Presiden,Timbalan Presiden – 20 peratus (38 bahagian), Naib Presiden – 10 peratus (19 bahagian), Anggota Majlis Tertinggi – 5 peratus (10 bahagian), Ketua Pemuda – 20 peratus (38 bahagian), Ketua Wwanita – 20 peratus (38 bahagian),    Ketua Puteri – 20 peratus (38 bahagian).

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, hanya perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan. Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, sistem pemilihan sedia ada untuk jawatan tertinggi itu sudah memadai dan lebih baik berbanding sistem kuota yang diamalkan sebelum ini.

Katanya sekiranya Umno kembali menggunakan sistem kuata. parti tersebut di lihat semakin berundur kebelakang.

Tiru PKR Bukan Transformasi Dalam Umno

Ramai yang masih ingat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno mengkritik PKR ketika pemilihan parti itu pada November 2010 lalu.

Tindakan Datuk Zaid Ibrahim yang keluar PKR dan menubuhkan parti KITA dijadikan bahan rujuk oleh Umno memberikan gambaran perpecahan dalam PKR.

Sedangkan Umno tidak pernah membuat pemilihan sejak 2009 hingga ke saat ini disebabkan takut dengan perpecahan dalam parti.

Begitu juga ketika PRU 13 lalu Jawatankuasa disiplin Umno menerima 99 aduan berhubung isu calon BN ditikam daripada belakang.

Ketika pengumuman tindakan Umno membuat tujuh pindaan perlembagaannya, Najib dengan bangganya mengumumkan pindaan tersebut merupakan sebahagian dari tranformasi beliau untuk meremajakan kembali Umno.

Najib mungkin menang dari sudut moralnya ketika itu disebabkan beliau belum pernah di uji termasuk pemilihan dalam parti mahupun PRU.

Senario tersebut berbeza ketika ini apabila menyaksikan kegagalan BN menambah kerusi parlimen sebaliknya hilang tujuh lagi kerusi parlimen ketika PRU 13 lalu.

Prestasi Najib juga dilihat lebih buruk dari pencapaian Tun Abdullah Badawi ketika PRU 12 yang memenangi 140 kerusi parlimen.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dalam blognya berkata, kemenangan Umno kali ini bukan kerana kekuatan Umno ataupun perpaduan dalam Umno, kemenangankali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu akan kehilangan kuasa kepada DAP dan PKR khususnnya.

Kenyataan ini membuktikan Dr Mahathir sendiri mengakui kegagalan Najib. Namun di sebabkan Dr Mahathir terpaksa mengharapkan ihsan Najib untuk meletakkan anak beliau (Mukhriz) menerajui Kedah, Mahathir terpaksa menyembunyikan siratan hati beliau buat seketika.

Di sudut ekonomi pula menyaksikan keadaan defisit negara sedang berada dalam keadaan nazak di paras 53 peratus berbandik KDNK. Dari sudut nilainya pula hutang negara melebihi RM502 bilion.

Dalam kata lain daripada 28 juta rakyat negara ini serta setiap anak yang bakal lahir di Malaysia berhutang dengan bank dunia dianggar berjumlah RM17,928 seorang.

Kegagalan Tranformasi Bakal Dihukum

Angka ekonomi ini menyerlahkan lagi kelemahan Najib. Peluang ini tentunya akan dipergunakan oleh team Muhyiddin serta calon yang layak terutamanya Naib-Naib Presiden untuk menentang Najib.

Penghapusan sistem kuata dan penglibatan 146,500 anggota peringkat akar umbi untuk memilih secara langsung pucuk pimpinan parti membuka laluan yang lebih besar kepada calon yang dianggap layak untuk bertanding diperingkat tertinggi

Penolakan masyarakat Cina, Melayu dan India terhadap BN dan kepimpinan Umno yang di ketuai Najib boleh dijadikan senjata oleh pencabar Najib.

Pemulauan MCA dan Gerakan dari menyertai kabinet Najib mencerminkan kempen dan slogan 1Malaysia Najib gagal mencapai matlamatnya.

Begitu juga dengan sambutan penduduk bandar yang terlalu dingin dan menolak Umno-BN secara total. BN kalah hampir disemua kawasan bandar di seluruh negara dalam PRU 13 lalu.

Ini juga disuluh sebagai kegagalan tranformasi Najib yang gagal membawa orang-orang Melayu dibandar untuk menyokong Umno-BN.

Lebih menakutkan, era Najib membawa Umno berubah dari moderate Melayu menjadi extremist Melayu yang bersifat rasis dan mengalakkan kempen permusuhan di antara kaum.

Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno di semua peringkat terpaksa menggunakan pelbagai sentimen perkauman, fitnah, sentimen agama dan sebagainya untuk mengembalikan kekuatan Umno.

Sentimen ini ternyata membawa Umno kembali ke era 1970an. Manakala pembangkang pula dilihat mengorak selangkah demi selangkah menuju kepada realiti politik pelbagai kaum untuk masa depan negara.

Ramai yang ternanti-nanti, apakah Najib bakal menerima hukuman dari kegagalan beliau dalam pemilihan Umno penghujung tahun ini?.

Himpunan 22 Jun: PKR dakwa DBKL tunduk pada BN

Posted: 11 Jun 2013 07:36 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa tunduk kepada tekanan Umno/BN kerana enggan memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan Padang Merbok bagi perhimpunan 'Black 505' pada 22 Jun.

Katanya, beliau mendakwa demikian kerana DBKL sehingga kini gagal memberi alasan jelas kepada keputusan untuk menolak permohonan tersebut.
NONEKatanya, DBKL semalam menyatakan bahawa padang berkenaan digunakan untuk acara Larian Olimpik McDonalds anjuran Majlis Olimpik Malaysia – pada 23 Jun.

DBKL juga menyatakan bahawa pihak berkuasa berkenaan memerlukan tempoh sehari sebelum acara tersebut bagi membuat persiapan, katanya.

Namun acara tersebut tiada kena mengena dengan penggunaan padang berkenaan, kata Rafizi dalam kenyatannya hari ini.

Rajah laluan untuk acara larian tersebut, yang diedarkan Rafizi, menunjukkan bahawa para peserta akan melalui tiga jalan di sekeliling padang berkenaan.

NONERafizi berkata semakannya di laman web MOM, Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) dan laluan larian serta borang penyertaan acara itu mendapati larian itu bermula dan berakhir di Dataran Merdeka dan bukannya di Padang Merbok

"Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman PACM yang turut sama akan terlibat di laman rasminya.

"Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.

"Maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman Black 505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun," katanya.

Semalam DBKL menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mengadakan perhimpunan Black505 di padang tersebut antaranya MOM telah menempah tempat itu sejak tahun lalu lagi dan mereka harus membuat persediaan logistik sehari sebelumnya.

MP Bakri mohon maaf kerana hadir taklimat

Posted: 11 Jun 2013 07:24 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
VIDEO | 1.43 min

MP Bakri Er Teck Hwa memohon maaf kerana menghadiri majlis taklimat untuk ahli parlimen hari ini, yang sepatutnya dipulaukan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa tidak menerima apa-apa arahan rasmi untuk tidak menghadiri majlis berkenaan, walau mengetahui mengenai perkara itu melalui laporan media.

Er berkata, arahan seperti itu biasanya dihantar melalui SMS dan emel dari jawatankuasa pusat partinya, DAP.

Beliau tidak menganggap pemulauan tersebut sebagai arahan rasmi kerana tidak menerima maklumat melalui saluran tersebut, katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Er merupakan wakil tunggal Pakatan Rakyat yang hadir ke majlis berkenaan pagi ini.

Katanya, beliau membuat panggilan ke ibu pejabat parti yang mengesahkan bahawa arahan untuk memulaukan majlis tersebut dikeluarkan pada minggu lalu.

"Ini merupakan kesalahan saya kerana tidak meneliti kesemua pesanan dan emel untuk arahan khusus untuk memulaukan taklimat hari ini dan membangkitkan kontroversi lanjut dalam senario politik masa kini.

"Saya dengan tulus hati ingin memohon maaf atas tindakan yang tidak sepatutnya itu dan dengan rendah hati menerima apa-apa tindakan disiplin yang mungkin dikenakan ke atas saya," katanya.

Seramai 88 daripada 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat gagal hadir ke sesi taklimat mengenai tempat duduk dan isu-isu lain di Parlimen pagi ini.

Bot terbalik di Dungun, 2 dikhuatiri lemas

Posted: 11 Jun 2013 07:22 PM PDT

MALAYSIA KINI



 
Seorang nelayan terselamat manakala dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Sura Hujung, dekat Dungun semalam.

Kejadian pukul 4.45 petang itu menyebabkan dua nelayan berkenaan, Mohd Saifuddin Shafie, 18, dan Halim Hurus, 22, hilang manakala Mohd Mazli Mohamad, 30 berjaya diselamatkan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri darat, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.

Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke dalam laut.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata seorang daripada nelayan itu iaitu Mohd Mazli diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berada di tepi pantai dan melihat kejadian itu.

Beliau berkata Mohd Mazli yang lemas dan tidak bermaya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun.

"Sehingga pukul 8 malam tadi, gerakan mencari dua lagi nelayan itu masih diteruskan melibatkan anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Dungun.

Dahlan berkata ketiga-tiga nelayan itu yang berasal dari Kampung Sura Hujung keluar menangkap ikan sejak pagi.

Sementara itu, Hamidi Hurus, 19, ketika ditemui di hospital berkata ketika kejadian beliau berada di tepi pantai menunggu kepulangan abangnya, Halim.

"Masa itu saya melihat bot yang dinaiki abang berpusing saya nampak dengan jelas mereka semua tercampak ke laut," katanya.

Hamidi berkata dia hanya berjaya menyelamatkan Mohd Hazli manakala abangnya dan seorang rakan lain hilang.- Bernama

Qariah wanita Kelantan pertama selepas 23 tahun

Posted: 11 Jun 2013 07:21 PM PDT


 
MALAYSIA KINI


 
Empat qari dan lima qariah memperdengarkan bacaan Al Quran masing-masing pada malam kedua Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 yang berlangsung di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di Kota Baharu, semalam.

Empat qari tersebut ialah peserta tuan rumah Zulkipli Harun, Zul Hasyimi Mohamed Yunus (Pahang), Amirahman Abas (Negeri Sembilan), dan Mohamad Hafas Ali (Terengganu).

Lima qariah pula ialah johan menunggu Che Aminah Che Awang, Radziah Ibrahim (Kelantan), Sarina Yahaya (Perlis), Salina Ali (Sarawak) dan Munirah Razali (Perak).

Menarik perhatian penonton yang memenuhi dewan tersebut ialah bacaan daripada Radziah yang bertugas di pejabat Kemas, Bachok, yang pertama kali muncul mewakili peserta wanita (qariah) negerinya selepas 23 tahun kerajaan Kelantan pimpinan PAS melarang wanita menyertai majlis tilawah Al Quran peringkat negeri dan kebangsaan.

Ketika ditemui pemberita, Radziah, 50, berkata beliau amat gembira kerana dapat menyertai tilawah tersebut dan dapat mewakili negeri kelahirannya.

"Saya sangat gembira dan bersyukur setelah 23 tahun kerajaan negeri Kelantan menghalang penyertaaan dari qariah (wanita) dan kali ini saya berpeluang memperdengarkan bacaan saya sebagai wakil qariah dari Kelantan," katanya yang pernah mewakili Pahang pada Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada 2003.

Semalam, selepas majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua orang peserta iaitu qari dari Kedah Mohd Fakhrulradhi Kamaruddin, dan qariah dari Selangor Nor Faizah Panut, memperdengarkan bacaan masing-masing.

Malam esok sembilan lagi peserta akan memperdengarkan bacaan.

Majlis tilawah tersebut yang berlangsung sehingga Jumaat ini disertai oleh 29 peserta dari seluruh negara.
- Bernama

Tiada ulasan: