Jumaat, 28 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


SELEPAS KUALA TERENGGANU:PERAK AKAN MENJADI NEGERI KEDUA PRK?SAKSIKAN MENGAPA..

Posted: 28 Jun 2013 07:30 AM PDT

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

"Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.

Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

MAHADHIR PERLU DISOAL PEMBERIAN KAWASAN MINYAK:APAKAH ITU CARA DIA KUMPUL HARTA?

Posted: 28 Jun 2013 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (gambar)berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.

"Di bawah peruntukan apa Tun Dr Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.

"Wujudkan Majlis Penasihat dan ahli-ahli dari wakil negeri yang mengeluarkan minyak itu ada bersama dalam majlis penasihat itu, bukan wakil Petronas sahaja," katanya.

Merujuk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang meletakkan kuasa dan hak ke atas petroleum yang dimiliki oleh negeri-negeri adalah diserahkan kepada Petronas dan sebagai balasan Kerajaan Negeri-Negeri akan dibayar bayaran tunai (Klausa 4 Akta PDA menyebut perkataan the Governments of the relevant states).

Selain itu, beliau mempersoal penganugerahan satu kawasan cari gali minyak kepada syarikat individu bernama Pexco.

Pexco milik Ananda Krishnan yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Tun Mahathir.

"Satu kejutan kepada kami bagaimana satu kawasan besar minyak dan gas diberi kepada syarikat individu terutamanya orang yang begitu rapat dengan Tun Mahathir.

"Kalau kita bandingkan ini akan menguntungkan syarikat individu tertentu, jika kita bandingkan apa yang telah berlaku di Kelantan dan Terengganu di mana royalti mereka ditarik balik sedangkan individu dapat projek besar," tegasnya.

SAKSIKAN:LEMBU JAWATAN DAN PENGGIRNGNYA

Posted: 27 Jun 2013 11:57 PM PDT

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini.

Laporan The Star hari ini menyebut, Azalina telahpun membuat keputusan untuk bertanding menentang Shahrizat, yang berazam untuk mempertahankan jawatan tersebut.

Shahrizat, 50, berkata beliau berjaya anggota Wanita Umno tidak akan menyisihkannya kali ini.

Katanya, penyokongnya itu tetap berdiri di belakangnya ketika beliau terheret ke kancah kontroversi pada tahun lalu, ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan anggota keluarganya.

"Mereka adalah teman saya dan teman adalah ibarat bintang. Ketika langit kian gelap, sinaran mereka akan semakin cerah," katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Azalina pula menawarkan diri untuk menjadi "ejen perubahan" dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu.

Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru.

Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen.  


KETAHUI MENGAPA TPM MUHYIDDIN AKAN SELALU TERSENGIH SENGIH

Posted: 27 Jun 2013 08:09 PM PDT

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.

"Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Rakyat, di ibu negara.

Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar.

Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota Umno dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

"Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya.

Katanya taklimat Umno mengenai format baru itu akan diakhiri dengan Umno Sabah esok.

Ini merupakan kali pertama Umno menggunakan mekanisme baru pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

-Bernama   Ku Nan: Jawatan tertinggi Umno terbuka untuk ditandingi

PERDANA MENTERI LETAK JAWATAN KHAMIS INI

Posted: 27 Jun 2013 05:00 PM PDT

.Kevin Rudd sekali lagi akan menjadi perdana menteri selepas muncul pemenang dalam undian bagi memilih kepimpinan Parti Buruh Australia.

NONEBeliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard, yang berikrar untuk bersara daripada politik dalam pilihan raya akan datang, dengan memperoleh 57 undi berbanding 45 pada Rabu malam di Canberra.

Rudd, yang fasih berbahasa Mandarin, menjadi Pengerusi Parti Buruh dan bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Khamis pagi.

Timbalan perdana menteri baharu ialah Anthony Albanese yang menggantikan Wayne Swan.

Gillard mengetepikan Rudd tiga tahun lepas bagi jawatan perdana menteri dan menjadi perdana menteri wanita pertama bagi negara ini.

Sementara itu, anak kelahiran Malaysia Penny Wong, dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Senat yang menjadikan beliau ahli politik ketiga paling berkuasa di Australia selepas perdana menteri dan timbalannya.

Wong, seorang daripada ahli politik paling dihormati dan dikagumi di Australia, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah, dan menjadi peguam di Adelaide sebelum menyertai parlimen.

-Bernama

GAMBAR BERBICARA:ZAHID MERAYU KELUARGA DAP?

Posted: 27 Jun 2013 01:00 PM PDT



Tiada ulasan: