Sabtu, 22 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ROSMAH BUKA PINTU CUIT HADIRIN

Posted: 22 Jun 2013 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jihad for Justice, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim mencuit perhatian para peserta himpunan aman Black 505 dengan dua buah lagi Tamil.

Beliau mendendangkan dua buah lagu yang bertajuk 'Umno curi' dan 'Rosmah buka pintu'.

Dalam kenyataan yang disiarkan KeadilanDailysebelum ini, beliau berkata satu himpunan aman akan berlangsung di jalan masuk bangunan Parlimen anjuran Jihad for Justice pada jam 8 pagi, 24 Jun ini.

Menurutnya, himpunan berkenaan diadakan bersama 15 NGO lain untuk membuka mata kerajaan BN agar menubuhkan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi menghentikan kejadian kekerasan anggota polis terhadap orang awam.

Berucap sebelum itu, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat kejutan mengumumkan kehadiran 'YAB Rosmah Mansor'. 

Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan isteri, Normah Alwi.

'Pengumuman' itu sekaligus melenyapkan seketika suasana yang agak bising sebelum itu.

Bekas MB Perak itu menjelaskan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya, terdapat bukti dalam satu Dun seramai 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu.

SPR BERJASA PADA UMNO?

Posted: 22 Jun 2013 05:14 AM PDT

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya mendesak kepimpinan SPR meletak jawatan.
Katanya, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf secara khususnya perlu meletak jawatan berhubung kegagalannya dalam isu penggunaan dakwat kekal.

kl black505 event 220613Katanya lagi, timbalan Abdul Aziz pula, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula bersikap sombong.
"Kamu tidak layak (memimpin SPR). Kamu bicara dengan sombong. Orang ini sepatutnya didakwa di mahkamah," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak mempertahankan SPR.
"Kamu dah hilang mandat. Kamu tak sanggup ambil tindakan kepada mereka sebab mereka berjasa kepada Umno," katanya.

NONEAnwar juga menyatakan alasan di sebalik usul Pakatan untuk melantik Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Kita ketengahkan beliau kerana, kita tidak mahu jadi alat pekakas Umno.

"Kedua, kita tidak mahu disalahtafsir sebagai menghina Yang di-Pertuan Agong memandangkan keesokan hari, Tuanku akan merasmikan sidang parlimen.

Dalam ucapan selepas itu, pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin pula berkata NGO berkenaan serta pergerakan siswa SMM akan terus berkhemah di Padang Merbok.

BLACKOUT 505 TIDAK MENCAPAI SASARAN?

Posted: 22 Jun 2013 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.

Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu..

BLACKOUT:HUSAM MUSA DITAHAN

Posted: 22 Jun 2013 01:47 AM PDT

Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan kenyataannya beberapa hari lalu berhubung kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.
NONESementara itu diPadang Merbok, bekas MB Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam ucapannya berkata Pakatan Rakyat memenangi undi sebanyak 55 peratus di Perak, manakala BN hanya 44 peratus.

Katanya, Ini membuktikan rakyat tolak BN, dan mahu pr terajui kerajaan.

Katanya, peguam PAS telah hantar lapan petisyen pilihan raya bagi membukti segala salah laku yang didakwa yang dibuat oleh BN.

"Kalau dua petisyen kalah, dia akan tumbang di Perak. Tuan-tuan nak tgk BN tumbang di Perak? Jadi doa terus.

"Dari lapan, kita mohon dua utk menyebelahi kita dan tumbang bn dan zambry. Itu permintaan drpd Pakatan Perak," katanya.

'Hantu kotak SPR' curi perhatian di Brickfields

Posted: 21 Jun 2013 10:19 PM PDT

Polis wajar membantu, bukan halang - DAP

Posted: 21 Jun 2013 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR: DAP menyatakan pendirian menyokong penuh Himpunan Blackout 505 yang kan berlangsung di Padang Merbok petang ini.

Dalam satu kenyataan media yang dihantar DAP Malaysia petang semalam, mereka menyifatkan himpunan itu sebagai tanggungjawab rakyat membantah proses PRU 13 yang kotor dan tidak adil. 

"DAP melihat hak berhimpun juga merupakan hak asasi dan pihak polis sepatutnya membantu dan bukannya menghalang ekspresi kebebasan rakyat ini.

"Semua anggota serta ahli DAP digalakkan memakai baju hitam dan turut serta membanjiri himpunan yang penuh bermakna ini," kenyataan itu dipetik.

Dalam kenyataan itu juga turut memaklumkan bahawa tempat berkumpul untuk ahli-ahli DAP adalah di Jalan Sultan berhadapan Hotel Lok Ann bermula dari pukul 12 tengah hari.

JEREBU:SINGAPURA JANGAN LEPAS TANGAN:YG BAKARTU SARIKAT SINGAPURA TAU

Posted: 21 Jun 2013 07:31 PM PDT

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Dr Vivian Balakrishnan akan ke Jakarta pada Khamis sebagai wakil khas Perdana Menteri Lee Hsien Loong, untuk menyampaikan sendiri surat Lee kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengenai masalah jerebu.

Dalam kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negara berkata, Balakrishnan akan menemui Menteri Alam Sekitar Indonesia Prof Dr Balthasar Kambuaya untuk menyampaikan surat tersebut.

Dalam surat itu, Lee berkata, beliau dan Presiden Susilo telah bersetuju untuk bekerjasama memerangi pencemaran merentasi sempadan semasa 'Leaders Retreat' di Singapura, pada April.

Beliau menyampaikan kebimbangan terhadap kesan jerebu yang teruk ke atas Singapura dan rakyatnya dan menggesa Indonesia agar mengambil tindakan sesuai dan konkrit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Lee menawarkan bantuan Singapura untuk memadamkan kebakaran di Sumatera, termasuk kemudahan pesawat untuk pembenihan awan dan gambar satelit serta koordinasi titik panas untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam pembakaran haram.

Beliau juga menggalakkan Indonesia untuk meratifikasi Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Balthasar mengakui kebimbangan Singapura dan memaklumkan kepada Balakrishnan mengenai langkah-langkah yang diambil Indonesia untuk memerangi kebakaran di Sumatra.

Ini termasuk 'water bombing' dan menyiasat syarikat-syarikat perladangan yang terlibat dalam aktiviti pembakaran haram.

Balthasar juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan Ogos depan.

Balthasar berjanji untuk mempertimbangkan tawaran bantuan Singapura dan meneroka bagaimana kedua-dua negara boleh membuat tindakan susulan terhadap saranan surat Perdana Menteri Lee.

Dalam kenyataan berasingan, Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) berkata bacaan Indeks Standard Pencemaran (PSI) tiga jam meningkat ke 401 pada pukul 1 petang Khamis dan telah menurun kepada 137, pada pukul 8 malam.

Bacaan PSI 24-jam kini dalam julat antara 173 hingga 225.

Angka PSI tiga jam adalah satu angka yang tidak menentu yang boleh berubah dengan cepat.

"Kami masih mengharapkan bacaan PSI 24-jam untuk hari ini berada dalam julat antara 200 hingga 300," menurut kenyataan itu.

- Bernama

Tiada ulasan: