BRIGED MP SEGAMBUT |
- IMPIAN MUHYIDDIN JADI PERDANA MENTERI TINGGAL JADI MIMPI:INI MALAON KASI TUTUP OOO
- AKIDAH MELAYU MEMBUAT PAS KALAH?
- PEKERJA ASING HUTANG RM26 JUTA DENGAN HOSPITA:HA HA HA...
- ANWAR BERSALAH BANGUNAN MENARA UMNO RUNTUH?
- ISU ALTANTUYA:PAKATAN RAKYAT BERNIAT JAHAT
- SUMPAH MATI:KADANG DEMI KUASA SANGGUP YG LAIN
- KETAHUI SYIAH DIMALAYSIA:INI DI ANTARANYA?
- KERAJAAN MEMBAZIR DAN TIDAK PATRIOTIK?
- SEMUA PERLU HADIR DEMO 2206 BLACKOUT
- KABINET SERIUS AMBIL TINDAKAN TEGAS
- PERDANA MENTERI DARI KAUM CHINA...IH IH IH PERKASA MANA KAU
- 'Pendatang haram dapat dokumen M'sia di Filipina'
- MYKARD DAN RESIT BURUNG BURUNG HA HA HA
- LAGI PENGAMPU SUDAH MARI:KETAHUI SIAPA DIA
- BN UMNO TUNAIKAN JANJI TURUNKAN KERETA:BACALAH
- BALAS DENDAM KERAJAAN BN SUDAH DIMULAKAN?
- MB S'gor kata keluarga Dharmendran perlu bantuan
- AHLI PARLIMENT PR AKAN ANGKATR SUMPAH
- PELIK :BANYAK TERBAKAR
- MAYAT PENJUAL NASI BELUM DITEMUI DALAM RUNTUHAN
- bantah BARANGAN NAIK=BN 7 julai
- SAH:PERTEMUAN ANWAR -NAJIB PERNAH BERLAKU
- ADAKAH RUNDINGAN DS NAJIB ANWAR? UNTUK MENGHALANG KULI JADI PM?
- DR MAHADIR MAHUKAN DS NAJIB TURUN MENCONTOHI BADAWI?
- GAMBAR YG WAJIB DS NAJIB AMBIK PERATIAN:SAKSIKAN
IMPIAN MUHYIDDIN JADI PERDANA MENTERI TINGGAL JADI MIMPI:INI MALAON KASI TUTUP OOO Posted: 18 Jun 2013 08:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Umno Wilayah Persekutuan berpendapat dua jawatan tertinggi parti yang masing-masing disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan tahun ini. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabsee berkata Najib dan Muhyiddin selaku Presiden dan Timbalan Presiden masing-masing, adalah gandingan yang baik untuk memajukan parti, lebih-lebih lagi mereka 'orang lama' dalam politik Umno. "Kenapa harus dipertandingkan kerana kita melihat gandingan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin begitu baik sekali sehinggakan Umno dapat menambah bilangan kerusi daripada 79 kepada 89 kerusi atas keyakinan orang-orang Melayu terhadap Umno," katanya kepada pemberita di Pusat Rekreasi Umno Bahagian Cheras dekat sini. Bagaimanapun Syed Ali berkata sebagai sebuah parti demokrasi, Umno tidak akan menghalang jika ada anggota yang berhasrat menandingi dua jawatan tertinggi itu, akan tetapi mereka wajar melihat keupayaan diri terlebih dahulu. "Tengok cermin dahulu, jangan ikut hawa nafsu dan perasaan. Kalau tanya pandangan saya sebagai anggota parti saya lebih gemar jawatan nombor satu dan dua ini ini tidak dipertandingkan," katanya. Sementara itu dalam laman blog www.umnobahagian cheras.blogspot.com, Syed Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras menafikan tohmohan sesetengah pihak kononnya demokrasi dalam UMNO sudah mati berikutan majoriti ahlinya mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemlihan parti hujung tahun ini. UMNO sejak dulu sehingga sekarang menjunjung semangat demokrasi, setiap ahli parti ada hak untuk menawarkan diri bertanding bagi sesuatu jawatan, katanya. Oleh sebab itu katanya, UMNO meminda perlembagaannya bagi membolehkan pencalonan dibuat secara terbuka oleh seluruh-ahli-ahlinya di peringkat bahagian. Tuduhan kononnya demokrasi sudah mati dalam UMNO hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang, jadi kenapa kita perlu terikut-ikut dengan persespsi negatif itu, tegasnya. Syed Ali berkata buat masa ini gandingan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan regu terbaik untuk memimpin dan meneruskan kecemerlangan halatuju parti. Katanya, gadingan Najib dan Muhyiddin tidak ada cacat celanya malah mendapat sokongan padu daripada majoriti ahli-ahli UMNO dan rakyat secara keseluruhannya. "Kalau gandingan itu sudah baik dan ampuh, kenapa perlu dipertandingkan, kekalkanlah mereka berdua," tegas beliau. -- BERNAMA |
AKIDAH MELAYU MEMBUAT PAS KALAH? Posted: 18 Jun 2013 07:30 AM PDT Umno telah berjaya mengeksploitasi ketakutan di kalangan orang Melayu dengan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat yang kuat akan menjadikan DAP dominan, kata ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. Menurutnya, strategi ini digunakan Umno dengan berjaya di kawasan luar bandar dan di kalangan segelintir Melayu bandar - termasuklah di kalangan Melayu profesional, bekas pegawai kerajaan dan teknokrat. Kumpulan ini katanya menolak PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu, katanya. Bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu berkata, orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina, tidak ada masalah untuk menyokong PAS yang berasaskan Islam. Justeru katanya, PAS dan Pakatan perlu meredakan ketakutan ini di kalangan Melayu, terutamanya di kalangan profesional, sebelum pilihan raya umum ke-14 dalam masa lima tahun lagi. |
PEKERJA ASING HUTANG RM26 JUTA DENGAN HOSPITA:HA HA HA... Posted: 18 Jun 2013 05:30 AM PDT PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula prosedur pengambilan pekerja asing bagi memastikan tiada penindasan terhadap mereka. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata prosedur baharu nanti akan turut menyentuh soal pelindungan insurans secukupnya, serta bayaran gaji yang setara dengan kerja yang dilakukan. "Pekerja asing (ketika ini) berhutang RM26 juta dengan hospital kerajaan bagi khidmat perubatan, dan perkara ini juga kami akan tekankan dalam kajian semula itu," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini. Beliau berkata kajian juga akan melihat mengenai bon dalam pengambilan pengawal-pengawal keselamatan dari kalangan rakyat asing agar pihak majikan lebih bertanggungjawab dalam memastikan kehadiran pekerja mereka dalam negara tidak melebihi tempoh yang dibenarkan. Pelbagai aspek berkaitan perkhidmatan pekerja asing tidak seharusnya dipandang ringan kerana Malaysia memerlukan khidmat mereka untuk membangunkan ekonomi negara, katanya. Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil contoh sistem pengambilan pekerja asing yang diguna pakai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura untuk dibuat perbandingan dalam menampilkan sistem terbaik buat negara. Beliau berkata UAE adalah contoh negara yang dapat mengawal kehadiran warga asing dengan baik, apabila negara yang mempunyai penduduk sekitar 500,000 orang itu memiliki kira-kira 4.6 juta pekerja asing ketika ini. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta masyarakat tidak menyalah tafsir pertemuan tertutupnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam. "Kami berjumpa untuk berbincang atas alasan kemanusiaan, dan kepentingan politik harus ditolak ke tepi. Saya ada membaca komen di laman sosial twitter, facebook dan blog, ada yang positif dan ada juga negatif," katanya. Semalam Ahmad Zahid mengadakan pertemuan tertutup dengan Lim dan anggota keluarga seorang lelaki yang hilang dipercayai tertimbus dalam kejadian ribut di Jalan Macalister, Pulau Pinang, untuk berbincang mengenai inkues serta bantuan yang boleh diberi kepada keluarga mangsa. Dalam kejadian angin kencang Khamis lepas, seorang penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dikhuatiri tertimbus apabila sebuah kereta Honda City berwarna kelabu dipercayai miliknya ditemui terbenam di kawasan runtuhan pada Sabtu. -- BERNAMA |
ANWAR BERSALAH BANGUNAN MENARA UMNO RUNTUH? Posted: 18 Jun 2013 03:00 AM PDT Pengerusi Umno Pulau Pinang Zainal Abidin Osman berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang paling layak untuk menjawab soalan berkaitan Menara Umno negeri yang didakwa dibina sebelum pelannya dihantar. Zainal berkata, Anwar ketika itu timbalan perdana menteri dan pengerusi Umno Pulau Pinang dan mereka tidak mempunyai sebarang jawatan pada masa itu. "Dia tahu segala-galanya," kata Zainal dalam sidang media hari ini. Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik semalam mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima. Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan permit khas kerja kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998. Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng. |
ISU ALTANTUYA:PAKATAN RAKYAT BERNIAT JAHAT Posted: 18 Jun 2013 01:00 AM PDT Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sekeras-kerasnya komen Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mengaitkan pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada perdana menteri. Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai "berniat jahat dan tidak berasas", Setiausaha Akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak - Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad - juga berkata ia adalah "sebahagian daripada kempen berterusan oleh parti-parti pembangkang untuk melemahkan kedudukan perdana menteri". Dalam surat kepada Malaysiakini, Tengku Sariffuddin menuntut portal berita itu menarik balik laporannya mengenai kenyataan Zuraida itu, serta menyiarkan permohonan maaf secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. "Gagal berdemikian, kita akan mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam membuat dan menerbitkan tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat itu," katanya. Malaysiakini dalam proses menjawab kepada PMO, dengan menawarkan kepada perdana menteri hak untuk menjawab. Dalam sidang akhbarnya, Zuraida mengaitkan perdana menteri dengan kes tersebut - yang telah berkali-kali dinafikan oleh Najib - semasa ketua wanita PKR itu mengulas komen Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Rohani Abdul Karim bahawa kes tersebut 'telah ditangani'. |
SUMPAH MATI:KADANG DEMI KUASA SANGGUP YG LAIN Posted: 17 Jun 2013 11:30 PM PDT Penyokong PAS di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah akan atau telah menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, dakwa calon kawasan itu Dr Dzulkefly Ahmad. Dakwanya, perkara itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen. "Orang Melayu takut bersumpah. Sangat takut. Jika kamu bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak lakukannya, kami akan mati," katanya ketika diwawancara Malaysiakini pada Khamis lalu. Dzulkefly tewas di tangan calon BN Datuk Irmohizam Ibrahim dengan majoriti 460 undi di kawasan majoriti Melayu dengan 64 peratus. Di Jeram, salah satu kerusi negeri di Kuala Selangor, penyandang daripada BN Amiruddin Setro mempertingkatkan majoritinya daripada 1,476 undi pada 2008 kepada 2,834. Dzulkefly berkata, beliau mengesan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang kampung, termasuk anak muda, enggan bertemu dengannya. Ditanya Malaysiakini, Irmohizam bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas. |
KETAHUI SYIAH DIMALAYSIA:INI DI ANTARANYA? Posted: 17 Jun 2013 10:00 PM PDT Kami di AsSajjad Movement ingin merujuk kepada laporan Md Izwan bertarikh 15 Jun 2013 dengan judul, Syiah Jika Berkembang Akan Tindas Sunni, Kata Pas Kelantan (lihat http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/syiah-jika-berkembang-akan-tindas-sunni-kata-pas- kelantan/). Laporan tersebut menyebutkan bahawa Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu Utusan Malaysia bahawa Syiah berpotensi untuk menjadi sebuah fahaman berbahaya: "Kita tidak boleh biarkan fahaman Syiah berkembang dengan bebas, walaupun kita hormati pegangan dia, tapi dalam konteks masyarakat kita di Malaysia, pada pandangan kita, kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sendiri, pegangan kita adalah Sunnah Wal Jamaah. "Kumpulan syiah ini apabila mereka diatas, mereka menekan orang-orang Sunni." Kami di AsSajjad Movement berasa hairan dengan kenyataan di atas dan menganggapnya sebagai satu modal politik untuk beliau dan jalur 'Islam Keras' berkembang di dalam Parti Islam Semalaysia tersebut. Ini memandangkan Parti Islam Semalaysia akan berdepan dengan muktamar pemilihan tidak lama lagi. Adalah dipercayai, kata-kata beliau 'tidak akan membiarkan pengaruh Syiah berkembang dalam parti itu sendiri' merupakan satu modal kempen awal oleh blok 'Islam Keras'. Kami berasa kecewa kerana ahli-ahli politik di negara ini masih menggunakan isu perkauman, dan sejak mutakhir ini isu kemazhaban juga digunakan secara berleluasa untuk menagih populariti dalam kalangan pengikut mereka. Jika parti lain cenderung menggunakan isu rasisme untuk menagih perhatian, PAS pula menggunakan isu sektarian untuk mengalih perhatian. Kedua-dua aksi ini tidak sihat, dan tidak bertanggungjawab. Ia juga menunjukkan PAS tidak konsisten. Kami ingin mengingatkan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PAS dalam acara sempena Muktamar Taqrib Antara Mazhab di Tehran, Iran pada bulan Mac 2010, telah mengutus Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Presiden PAS tersebut, bersama Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS waktu itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat dan persefahaman dengan Parti Motalefeh. Mereka telah bertemu dengan Saedi Amani, Setiausaha Agung parti berkenaan yang dirujuk oleh Harakah, organ rasmi parti PAS sebagai 'parti Ahmadinejad' (lihat laporan PAS Jalin Persefahaman Dengan Parti Ahmadinejad, Harakah, 19-21 Mac 2010, muka N31). Kami di AsSajjad Movement ingin menasihatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa niat terselindung beliau dan kem 'Jalur Keras' dalam PAS untuk mencemarkan nama baik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengaitkannya dengan isu kemazhaban merupakan satu langkah politik yang fatal dan akan membawa kemusnahan kepada diri sendiri. Tambahan pula baru-baru ini, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu rayuan supaya umat Islam Sunni dan Syiah berbaik-baik ada menyatakan yang 'semangat tolak ansur diperlukan. Menurut Tun Dr Mahathir, dipetik: "Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama. "Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam" (lihat laporan Sharaimei Shaik Ahmedullah, Sunni Syiah Usah Berbalah, Utusan Malaysia 23 Mei 2013, muka 3). Pandangan Tun Dr Mahathir di atas memaparkan sikap parti pemerintah yang lebih toleran sesuai dengan semangat wasatiyyah yang didendangkan oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang ini. Adalah jelas berdasarkan poin di atas, Islam 'Jalur Keras' dalam PAS semakin mengukuhkan bloknya dan sedang melakukan pergerakan yang boleh meruntuhkan keutuhan ummah. Kami juga berpendapat kewujudan kumpulan ekstrim dalam PAS yang terserlah menerusi kenyataan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ini merapuhkan lagi pakatan antara PAS dengan DAP dan PKR. Tidak syak lagi PAS sedang meraikan jerat yang dipasang musuh-musuhnya. - 17 Jun, 2013. · Husin Sajjad merupakan Setiausaha Agung AsSajjad Movement. · Pandangan penulis merupakan pandangan peribadinya, tidak semestinya mewakili pandangan |
KERAJAAN MEMBAZIR DAN TIDAK PATRIOTIK? Posted: 17 Jun 2013 08:00 PM PDT Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat. Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan. Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara "Pertimbangan utama adalah kenderaan mestilah dipasang di sini," kata sumber kepadaThe Malaysian Insider. Beliau mengatakan Putrajaya akan menggunakan model Honda Accord berkapasiti enjin 2.4 liter sementara kerajaan Pahang akan mengambil Volkswagen Passat berkapasiti enjin 2.0 liter. Difahamkan, sebuah Volkswagen Toureg juga telah dibeli untuk kerajaan negeri Pahang. Penggantian lain bagi Perdana termasuk Mercedes-Benz E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu pada tahun 2008, menggantikan Perdana V6 Eksekutif tahun 2004 mereka. Kedua-dua Selangor dan Perak juga telah menggantikan Perdana mereka dengan Toyota Camry sementara kerajaan negeri Sabah menggunakan Volvo S80s. Proton telah melancarkan model berkos rendah Saga SV hujung minggu lalu akan tetapi tidak menyatakan sama ada akan mengeluarkan model berkuasa tinggi yang boleh menggantikan Perdana. The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand. Terdapat spekulasi tentang model baru Perdana berasaskan Passat apabila perjanjian diantara Proton dan Volkswagen dibincangkan sekitar 2004-2007. Akan tetapi rancangan itu dibatalkan apabila Volkswagen mengumumkan rundingan kerjasama menemui kegagalan. Terdapat juga perbincangan diantara Proton dan Mitsubishi pada 2005 untuk model baru Perdana berasaskan Mitsubishi 380 sedan yang menghentikan pengeluaran pada 2008. Spekulasi lain tentang penggantian Perdana adalah menggunakan platform Proton Exora iaitu Nissan Fuga atau berkongsi casis dengan Honda Accord akan tetapi tiada perkembangan. Perdana merupakan model terbaik Proton yang menggeluarkan model pertama Saga pada tahun 1985 dalam program industri berat dimulakan oleh perdana menteri paling lama berkhidmat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana SEi diperkenalkan buat pertama kali sedekad selepas model pertamanya dan dibuat dari 1995 hingga 1998. Ia berdasarkan kepada platform Mitsubishi Galant dan menggunakan enjin 2.0L 4G63 SOHC pembuat kereta Jepun itu. Generasi pertama Perdana merupakan model pertama Proton menawarkan sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan pemanduan. Pada tahun 1997, Perdana diberikan wajah baru dengan jeriji krom, reka bentuk rim baru, warna badan yang baru dan hiasan dalaman dipertingkatkan. Pada tahun 1999 Proton menggeluarkan Perdana yang menggunakan enjin Mitsubishi 2.0L 6A12 V6 dengan bodykit dan rim 16 inci. Pada tahun 2003, Perdana V6 telah melakukan prubahan yang besar dan diberi wajah serta bumper baru. Di dalam, perubahan besar turut dilakukan. Model ini kekal dijual sehingga awal 2010. Terdapat juga Proton Perdana V6 versi mewah dengan kepanjangan melebihi 25 cm (10 inci) di pintu sisi - di gelar Proton Perdana V6 Executive yang diubah oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), salah satu unit EON - khusus dalam membangunkan limosin untuk negarawan. Seperti Perdana asal, Perdana V6 juga tidak dieksport ke Eropah. – 18 Jun, 2013. |
SEMUA PERLU HADIR DEMO 2206 BLACKOUT Posted: 17 Jun 2013 07:00 PM PDT Para pimpinan PAS menggesa seluruh ahli dan penyokongnya agar turun ke Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir Black505. "Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar). Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua para pemuda agar jangan ragu untuk menyertainya. "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," tegas Husam Musa. Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini. "Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam. "Kita boleh redha dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk redha dengan penipuan dan maksiat. "Ini dua perkara yang berbeza. Kita boleh terima hakikat takdir yang telah ditentukan tetapi kalau penipuan demi penipuan, tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," tegas beliau. Menurut Husam, semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak boleh berdiam diri dengan penipuan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu. "Kalau kita berdiam diri kerana telah menang menguasai kerajaan (negeri), kita pengkhianat kepada perjuangan," kata Husam. Sehubungan itu beliau bersyukur kerana semua hadir dalam pertemuann yang diadakan ini termasuk wakil kerajaan negeri Kelantan iaitu Datuk Ahmad Yakob. Beliau yakin undi yang diberikan oleh penyokong adalah untuk perjuangan bukan untuk mana-mana individu. Husam juga menjelas, tujuan diadakan himpunan Black505 adalah untuk mencegah kemungkaran sebagaimana yang diminta oleh Allah. Oleh itu, katanya, rakyat perlu bangkit menentangnya bagi memastikan penipuan tidak lagi berlaku dalam pilihan raya ke 14 dan 15 nanti. Dalam ucapan itu juga, Husam berkata, tidak mustahil Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan dalam masa terdekat. "Kalau pengerusi SPR tak nak letak jawatan, Najib kena letak jawatan. Kalau kedua-dua letak jawatan, Alhamdulillah, itu lagi baik. "Atas sebab itu, tidak mustahil Najib letak jawatan," tegas Husam. Bagi beliau, dalam PRU 13 yang penuh dengan penipuan itu, orang yang paling kecewa adalah Najib kerana dengan perbelanjaan yang begitu besar, dengan penipuan yang diatur begitu rapi, kenangkitan rakyat melalui peti undi lebih besar dari yang dijangkakan. "Kerana itu dia kecewa. Dalam politik moral, politik akhlak dan maruah, Datuk Seri Najib yang menang minoriti tidak layak untuk memimpin rakyat," tegas beliau. Atas dasar itulah, katanya, himpunan Blackout505 akan diadakan di Kuala Lumpur 22 Jun ini bagi menuntut perubahan di negara ini. |
KABINET SERIUS AMBIL TINDAKAN TEGAS Posted: 17 Jun 2013 05:22 PM PDT Dalam isu kematian dalam tahanan dan penyalahgunaan kuasa oleh agensi penguatkuasa, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata apa yang penting adalah "tindakan tegas", bukan melihat agensi yang terlibat. Menurutnya, rakyat mahu kepada tindakan tegas sama ada daripada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) atau mana-mana agensi. Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berkata tidak penting apa yang dilakukan oleh agensi, sebaliknya memastikan tugas yang diamanahkan dilaksanakan sepenuhnya. Beliau juga menegaskan, kabinet serius untuk menyelesaikan itu kematian dalam tahanan dan salah guna kuasa oleh pegawai penguatkuasa. |
PERDANA MENTERI DARI KAUM CHINA...IH IH IH PERKASA MANA KAU Posted: 17 Jun 2013 07:09 AM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada apa yang didakwanya sebagai sifat perkauman yang diterapkan pembangkang dan bercampur dengan bangsa lain. "Jika orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, bercampur sepenuhnya dengan masyarakat pelbagai kaum Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina," katanya dalam wawancara dengan Sin Chew Daily. Beliau mendakwa, rakyat Malaysia berbangsa Cina sudah didoktrinasi dengan perkauman melampau, terutamanya oleh DAP. Sebaliknya, kata Shahidan, BN bergerak ke arah kerajaan yang inklusif untuk semua kaum dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia. |
'Pendatang haram dapat dokumen M'sia di Filipina' Posted: 17 Jun 2013 02:00 AM PDT Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu bahawa pendatang haram boleh mendapatkan dokumen Malaysia ketika masih berada di Filipina lagi. Macarius Sabinus - pegawai lapangan yang ditugaskan mendaftar pendatang haram di Sabah dan mengeluarkan resit sementara (kad burung-burung) kepada mereka - menemukan bahawa mereka mendapat dokumen itu di Bongoa, Tawi-Tawi, walaupun belum didaftarkan. Bagaimanapun Macarius - juga penyelidik di badan pemikir Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS badan bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) - berkata, resit itu mempunyai nombor siri dan cop berbeza. IDS, sebelum ini dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Awam (IPPA), ditugaskan mengkaji pendaftaran pendatang haram secara besar-besaran di Sabah antara 1986 dan 1988. |
MYKARD DAN RESIT BURUNG BURUNG HA HA HA Posted: 17 Jun 2013 12:04 AM PDT Saksi Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) hari ini berkata pihaknya mendapati terdapat sindiket-sindiket yang menjual "resit sementara" atau dikenali sebagai "kad burung-burung" kepada pendatang asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah. Macarius Sabinus, 56, yang bekerja mendaftarkan pendatang asing tanpa izin pada tahun 1986-1988 di Sabah berkata, ketika proses itu pihaknya menemui kes-kes berkenaan dan pendatang asing tanpa izin tersebut menerima kad burung-burung berkenaan di Bongao, Filipina. "Saya banyak menemui kes sedemikian di kawasan Sandakan, bila saya buat pendaftaran di Dewan Masyarakat, mereka tunjuk resit burung-burung yang diterima daripada orang di Bongao. "Kad itu berbeza daripada segi rekod nombor sirinya, dan cop Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang sebenar," katanya, yang merupakan saksi kedua inkuiri hari ini, dan menambah, pasukannya sahaja menemui sekitar 10 kes seperti itu. Bongao merupakan daerah yang terdapat di Pulau Tawi-Tawi milik Filipina yang berhampiran dengan kawasan perairan Sabah. Sementara resit burung-burung adalah dokumen pengenalan yang diberikan kepada warga asing tanpa izin yang didaftarkan di Sabah pada tahun 80an, sebagai bukti mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan. Macarius merupakan Pegawai Penyelidik di Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, dan bagi tujuan mengumpul data pendatang asing tanpa izin berkenaan, beliau dipinjamkan ke JKM pada 1985. Beliau bertanggungjawab merekod dan mendaftar pendatang asing tanpa izin di negeri Borneo itu bagi tujuan statistik dan kaji selidik terhadap pendatang asing pada masa tersebut di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Sepuluh. "Saya buat kaji selidik, mereka (pendatang asing) akan isi borang dan kami akan dapatkan maklumat lengkap untuk mereka yang datang mendaftar ... Kemudian kami akan keluarkan resit 'burung-burung' kerana mereka langsung tidak mempunyai dokumen. Ditanya sama ada dengan memberikan mereka kad burung-burung berkenaan akan menjadikan mereka rasa mereka boleh kekal di Sabah, Macarius berkata: "Tidak ... Ia hanyalah pendaftaran sementara yang menunjukkan mereka tiaada dokumen daripada negara asal." "Ada juga yang membawa kad pengenalan meragukan, jadi saya rumuskan mereka dapat daripada majikan syarikat jadi bukan daripada JKM," katanya lagi. Laporan berhubung pendaftaran berkenaan, jelas Macarius akan dihantar kepada JKM dalam tempoh seminggu sekali. "Kebiasanya laporan menunjukkan kawasan kami melakukan pendaftaran, berapa pelarian, berapa pendatang. "Bila saya temubual mereka, ada yang ada kad pengenalan biru, namun cara percakapan mereka bukan umpama rakyat Malaysia, tapi dia ada kad pengenalan biru, resit sementara, saya cakap Sulu dengan dia, dia cakap Sulu dengan saya," terang Macarius kepada panel inkuiri hari ini. Beliau turut menjelaskan, terdapat lebih 12 pasukan yang melakukan pendaftaran tersebut dengan setiap daripada mereka memiliki 12 hingga 13 anggota. Inkuiri di hadapan bekas Ketua Hakim Sabah Steve Chim hari ini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2 petang nanti. - 17 Jun, 2013 |
LAGI PENGAMPU SUDAH MARI:KETAHUI SIAPA DIA Posted: 16 Jun 2013 08:30 PM PDT ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju jawatan Presiden serta Timbalan Presiden parti yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ditandingi. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat pertama badan itu selepas pilihan raya umum ke-13 di Bangunan Tunku hari ini. "Saya harap tiada sesiapa menawarkan diri untuk bertanding. Dalam suasana politik hari ini, kedua-dua jawatan penting itu wajar tidak menjadi perebutan. "Jawatan naib presiden dan lain-lain boleh ditandingi, tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang dihadiri 21 daripada 26 anggotanya. Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Ahmad Bashah berkata mesyuarat juga memilih bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno peringkat negeri manakala Umno bahagian Sungai Petani dan Padang Serai yang ditadbir Perhubungan Negeri akan diserah semula kepada pengurusan bahagian. Katanya, beliau akan mengutus surat kepada Umno Malaysia agar pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserah semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan. Mengulas pemilihan parti akan datang, Ahmad Bashah berkata penerangan kepada anggota adalah penting kerana banyak elemen baharu, antaranya, cawangan diberi kuota mengundi agar tidak berlaku kepincangan. Beliau berkata mesyuarat cawangan peringkat negeri bermula 15 Julai sehingga 31 Ogos ini, diikuti bahagian selepas Majlis Tertinggi menetapkan tarikh. -- BERNAMA |
BN UMNO TUNAIKAN JANJI TURUNKAN KERETA:BACALAH Posted: 16 Jun 2013 07:00 PM PDT ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) -- Inisiatif yang dibuat oleh Proton Holdings Bhd menawarkan pengurangan harga kereta kepada rakyat Malaysia membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri janji yang dibuat kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Proton telah menyahut baik seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam manifesto PRU13 yang lalu. "Proton telah menyahut seruan Perdana Menteri dengan menurunkan harga kereta Proton 1.3 sebanyak RM5,000 dan ini membolehkan rakyat Malaysia mampu untuk memiliki kereta. "Bila harga kereta diturunkan, pengguna boleh melihat dan merasai sendiri janji-janji yang dibuat oleh pihak kerajaan pada PRU13 lalu. Janji Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia telah pun ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini Ahad. Sehubungan itu, beliau berharap agar syarikat-syarikat kereta lain turut sama mengikut jejak Proton untuk menurunkan harga kereta demi kesenangan rakyat. "Proton dah turunkan harga, jadi saya harap syarikat lain menjadikan Proton sebagai contoh dan akan tampil ke hadapan untuk mengurangkan harga kereta," katanya. Ahmad Bashah berkata harga kereta-kereta lain akan diturunkan secara berperingkat. -- BERNAMA |
BALAS DENDAM KERAJAAN BN SUDAH DIMULAKAN? Posted: 16 Jun 2013 06:00 PM PDT Kerajaan BN Terengganu didakwa mula mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi Pakatan Rakyat. Adun Bandar, Azan Ismail berkata, selepas beliau menang di Dun tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, beberapa pemohon bantuan kerajaan negeri dari Dun Bandar mula dinafikan hak mereka. Menurut Azan, pihaknya mendapati lebih 200 borang permohonan Kem Bakti Remaja yang dihantar oleh pemohon dan disahkan oleh beliau ditolak. Kem Bakti Remaja merupakan bantuan yang diberikan Kerajaan Negeri kepada pemohon dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM1,500. "Malangnya perkembangan terkini mendapati permohonan mereka dari Dun Bandar ditolak kerana beranggapan mereka menyokong Pakatan Rakyat. "Tindakan ini bercanggah dengan perlembagaan negeri dan hal-hal pentadbiran negeri tidak boleh dicampur aduk dengan hal kepartian," kata beliau pada sidang media di pejabat PKR, dekat sini hari ini. Tegas beliau, tindakan kerajaan negeri itu jelas menganiaya rakyat dan melanggar undang-undang. "Saya sempat bertanya kepada Adun BN selepas majlis angkat sumpah tadi dan mereka kata tidak sepatutnya berlaku sedemikian. "Siapa yang bertanggungjawab menolak permohonan ini sedangkan borang permohonan sah walaupun ditandatangan oleh Adun PR kerana saya dipilih oleh rakyat. |
MB S'gor kata keluarga Dharmendran perlu bantuan Posted: 16 Jun 2013 05:16 PM PDT Keluarga mangsa yang mati dalam tahanan, N Dhamendran memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan selepas kematian pencari nafkah tunggal keluarga tersebut, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Khalid, yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak, melawat keluarga Dhamendran di flat mereka di Bandar Tun Razak hari ini, tetapi tidak menyatakan secara khusus bentuk bantuan yang beliau atau partinya akan sumbangkan kepada keluarga terbabit. Katanya, beliau tidak mahu bercakap tentang bantuan tertentu, tetapi menjelaskan bahawa pendidikan kanak-kanak terbabit mesti diberi perhatian. Di samping itu, katanya, keluarga tersebut juga hanya menyewa di situ, dan oleh itu mereka memerlukan pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Khalid berkata, beliau mengunjungi keluarga keluarga Dhamendran kerana mereka tinggal di kawasan pilihan rayanya, dan juga untuk mengetahui perkembangan terkini kes itu. Isteri Dhamendran - M Mary (kanan) berkata beliau mungkin perlu bekerja untuk menampung keluarganya, tetapi berkata anaknya yang berusia dua tahun tidak akan tinggal dengan mana-mana saudara-maranya. "Kami perlukan pendapatan. Saya tidak pernah bekerja sebelum ini. Suami saya menjaga segala-galanya, termasuk sewa flat," katanya. Dhamendran meninggal dunia dalam tahanan polis pada 21 Mei di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 10 hari selepas ditangkap berhubung satu kejadian menembak di Bandar Tun Razak. Tiga anggota polis telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh Dhamendran manakala seorang lagi pegawai polis yang didakwa terlibat dengan kematian Dhamendran sedang bersembunyi. |
AHLI PARLIMENT PR AKAN ANGKATR SUMPAH Posted: 15 Jun 2013 11:30 PM PDT GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Anggota Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot persidangan parlimen ke-13, kata pengerusi DAP Karpal Singh. Beliau berkata anggota parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan PAS dijangka mengangkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun. "Saya mendapat tahu kesemua mereka, termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan menghadiri persidangan parlimen," kata Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu kepada pemberita ketika melakukan kunjungan mingguannya ke pasar Air Itam di sini. Karpal berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Anggota Parlimen PKR mungkin menimbang untuk memboikot upacara angkat sumpah pada sidang parlimen baharu yang bermula 24 Jun. Katanya sebagai ketua pembangkang, Anwar akan membuat kenyataan berhubung perkara itu dalam tempoh terdekat. Sementara itu, Karpal berkata perhimpunan "Black 505" akan tetap diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun, walaupun terdapat 'campur tangan polis'. Katanya PKR patut dibenar mengadakan perhimpunannya secara aman. -- BERNAMA |
Posted: 15 Jun 2013 07:56 PM PDT P |
MAYAT PENJUAL NASI BELUM DITEMUI DALAM RUNTUHAN Posted: 15 Jun 2013 07:26 PM PDT Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta yang ditemui di kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister sepadan dengan kereta milik penjual nasi, Lim Chin Aik. Beliau berkata penemuan itu sekaligus merungkai laporan kehilangan seorang lelaki berusia 44 tahun sejak hari kejadian iaitu pada Khamis lepas. "Polis buka kertas siasatan berdasarkan laporan orang hilang. Berdasarkan laporan yang dibuat isteri mangsa sehari selepas kejadian, kami dapati butiran yang diberikan sepadan dengan bukti-bukti yang ditemui," katanya kepada pemberita di lokasi malam tadi. Isteri Lim, Lee Chai Song, 48, membuat laporan berhubung kehilangan suaminya pukul 3 petang semalam. Lee berkata suaminya yang memandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb kira-kira pukul 6.30 petang, Khamis lepas. Abdul Rahim berkata mayat mangsa masih belum ditemui dan pasukan mencari dan menyelamat sedang bertungkus lumus menggali runtuhan. Beliau berkata setakat ini, hanya serpihan seperti tayar, enjin dan bahagian depan kereta ditemui. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati kerja-kerja mencari mangsa yang dipercayai tertimbus menjadi sukar berikutan struktur tanah termendap selain lubang sedalam lima meter dilimpahi air akibat paip bawah tanah pecah akibat runtuhan itu. Pada jam 6.15 petang tadi, pasukan petugas kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan menjumpai serpihan sebuah lagi kereta yang dipercayai tertimbus dalam lumpur. Anggota Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh berkata beliau dimaklumkan serpihan itu dipercayai sebahagian kereta milik seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak hari kejadian. Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa yang terperangkap ditemui dan penemuan terbaharu itu menjadikan jumlah kereta yang disahkan terhempap dalam kejadian runtuhan penebat kilat Khamis lepas ialah lapan buah. - Bernama |
bantah BARANGAN NAIK=BN 7 julai Posted: 15 Jun 2013 04:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan satu gerakan anti kenaikan harga barang di pasar pagi Greenwood, 7 Julai akan datang. Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata pada pelancaran tersebut jawatankuasa yang ditubuhkan DPPM itu akan bertemu para pelanggan yang membeli di pasar tersebut dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kenaikan harga barang yang dikesan. Pelancaran itu juga bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadan, yang biasanya berlaku kenaikan harga barangan yang akan membebankan pelanggan, seterusnya akan berterusan hingga ke hari perayaan. "Risalah itu akan diedarkan yang antara lainnya mengandungi perbandingan harga barangan dari Ramadan sebelum ini. Kita juga akan berkempen berkenaan kesedaran pelanggan tentang hak-hak mereka dalam usaha menangani kenaikan harga barangan," tegas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Jawatankuasa Anti Kenaikan Harga Barang itu dipengerusikan Exco Pemuda, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah yang ditubuhkan sejurus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu apabila terdapat beberapa barangan yang dikesan telah berlaku kenaikan harga secara mendadak. Dalam pada itu, jawatankuasa itu juga akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada 1 Julai ini bagi mengadakan perbincangan berkaitan isu kenaikan harga barangan ini, selain bertukar-tukar pandangan. Bagaimanapun, DPPM masih belum menghantar surat rasmi untuk tujuan tersebut dan akan melakukannya dalam tempoh terdekat. |
SAH:PERTEMUAN ANWAR -NAJIB PERNAH BERLAKU Posted: 15 Jun 2013 08:30 AM PDT |
ADAKAH RUNDINGAN DS NAJIB ANWAR? UNTUK MENGHALANG KULI JADI PM? Posted: 15 Jun 2013 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Jun – Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-duanya di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun. Difahamkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut. Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala. "Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri. Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini. Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti. "Akan tetapi Najib berhadapan dengan dua serangan terhadapnya, jadi dia perlu mencari sekutu," kata sumber lain kepada The Malaysian Insider, mengatakan ironinya Anwar juga mahukan jawatan tertinggi itu. Tidak diketahui sama ada presiden Indonesia sedar mengenai pertemuan di ibu kota negaranya akan tetapi bekas timbalan presiden Indonesia pernah menjadi pengantara kepada kedua-dua pemimpin sebelum pilihan raya 5 Mei untuk kempen pilihan raya aman. Akan tetapi Kalla mengatakan persepakatan gagal selepas Anwar memulakan kempen di seluruh negara untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013. Pemimpin PKR itu mengatakan Najib tidak pernah menandatangani perjanjian itu walaupun terdapat persetujuan mulut. Pemimpin Malaysia, terutamanya dari Umno, telah diketahui mengadakan pertemuan sulit di Jakarta - hanya mengambil masa dua jam penerbangan dari Kuala Lumpur, bagi mengelakkan publisiti dan gossip. Najib dan Anwar diketahui mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Indonesian yang mahu melihat kestabilan di negara jiran mereka Malaysia – menggajikan dua juta rakyat Indonesia dari profesional, buruh dan pembantu rumah. Kedua-dua Anwar dan Najib merupakan sebahagian daripada Team Wawasan yang memenangi jawatan tertinggi dalam pemilihan Umno 1993, dengan Muhyiddin, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Umno memecat Anwar pada 1998 dan bekas timbalan presiden parti itu berhadapan dengan pertuduhan liwat dan rasuah di mahkamah sementara Muhammad meninggalkan parti sebelum pilihan raya bulan lalu. Zahid pada ketika itu merupakan sekutu Anwar dan ketua Pemuda Umno yang menggunakan terma Indonesia KKN untuk korupsi, kronisme dan nepotisme dalam serangan terhadap bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan Umno 1998. Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sementara Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno sebulan selepas perhimpunan parti itu. |
DR MAHADIR MAHUKAN DS NAJIB TURUN MENCONTOHI BADAWI? Posted: 15 Jun 2013 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 Jun – Beberapa minggu sebelum Pilihan Raya 2013 dalam satu sesi tertutup dengan ahli politik Umno Johor, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua orang bersatu di belakang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN). Bekas perdana menteri itu menegaskan, ini bukan masanya untuk bercakap soal kelemahan kepimpinan Najib atau tindakannya yang sering tidak menggerakkan polisi sehingga mendapat konsensus. Akan tetapi pemimpin kanan Umno Johor mengatakan, Dr Mahathir memberitahu dengan jelas, sebaik sahaja pilihan raya berakhir, beliau akan bercakap dan mengkritik Najib secara terbuka jika perlu. Ahli politk di Kedah juga mengatakan Dr Mahathir bercakap dengan nada sama mengenai Najib dalam pertemuan tertutup sebelum pilihan raya. Dr Mahathir kelihatan menunaikan janjinya. Selepas pilihan raya umum 5 Mei yang menggembalikan kuasa BN akan tetapi tidak membawa kembali majoriti dua pertiga atau kemenangan di Selangor atau Pulau Pinang, perdana menteri paling lama berkhidmat itu telah mengkritik strategi pilihan raya Najib, kelemahan penasihat Najib dan halatuju pentadbirannya. Dr Mahathir juga memberitahu dengan jelas pertandingan jawatan tertinggi Umno seharusnya diadakan, mengatakan ia akan menunjukkan kepada rakyat Malaysia demokrasi masih lagi hidup dalam parti nasionalis Melayu itu. Setakat ini, Dr Mahathir masih belum lagi bercakap secara terbuka tentang Najib akan tetapi telah melakukan dalam perjumpaan tertutup dengan eksekutif kewangan dan ahli politik serta dalam surat-menyurat. Beliau juga mengulangi keperluan untuk pertandingan bagi jawatan presiden Umno di perjumpaan dengan pengurus-pengurus dana di Kuala Lumpur semalam. Penulis blog pro Umno - menyokong bekas perdana menteri itu telah menyelar ahli-ahli politik yang menggesa tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti, jika di sokong oleh majlis tertinggi parti akan menyaksikan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri. Seorang penulis blog menjalankan tinjauan atas talian sama ada Najib harus kekal sebagai presiden Umno, dengan 75 peratus daripada responden setakat ini tidak menyokong Najib. Walaupun tidak lagi aktif dalam Umno atau memegang sebarang jawatan, Dr Mahathir terus mendapat sokongan dalam parti dan pernah mengetuai gerakan untuk mendesak peletakan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum 2008. Masih belum terdapat bukti beliau mahu menyingkirkan Najib akan tetapi terdapat meklumat mengatakan Dr Mahathir mahu memberikan lebih banyak input untuk polisi dan pembuatan keputusan peringkat tertinggi dan menubuhkan badan penasihat ekonomi. |
GAMBAR YG WAJIB DS NAJIB AMBIK PERATIAN:SAKSIKAN Posted: 15 Jun 2013 12:21 AM PDT Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana melantik mantan ketua pegawai eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengetuai Unit Perancangan Ekonomi (EPU). Setiausaha Agung NUBE, J Solomon mendakwa Najib gagal mengambil kira penolakan kesatuan itu terhadap pelantikan Abdul Wahid sebagai menteri sebaliknya terus memuji bakat dan pengalaman beliau dalam sektor kewangan negara. Bulan lalu NUBE memfailkan tindakan undang-undang terhadap Abdul Wahid dan dua pegawai kanan Maybank berhubung dakwaan pemecatan tidak sah dua pemimpin NUBE dari bank tersebut. Kedua-dua pemimpin tersebut dipecat atas aktiviti mereka dalam kesatuan. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan