BRIGED MP SEGAMBUT |
- KES ALTANTUYA AKAN DIBUKA SEMULA? MAHUKAH PIHAK DS NAJIB?
- PSM TIDAK MELUKUT DAN KEMARUK HENDAK SERTAI PAKATAN RAKYAT
- BN PERAK BEREBUT SPEAKER...PAMPASAN POLITIK IH IH..INI MEDAN BALAK
- BRLUM ADA PADANG UNTUK BLACKOUT 2206: TAKUT KEJALAN RAYA SAHAJA JADINYA
- PERJUMPAAN ANWAR DAN NAJIB...RAHASIA DALAM RAHASIA..
- DEMO JALANAN SARANA TERAKHIR REFORMASI
- DR MAHADHIR DESA KERAJAAN BERTINDAK KERAS TERHADAP PAKATAN RAKYAT?AWAS!!1
- EMPAT WATAK PRU 13 HILANGKAN DIRI?
- TERIMA HAKIKAT :DATO BANDAR
KES ALTANTUYA AKAN DIBUKA SEMULA? MAHUKAH PIHAK DS NAJIB? Posted: 14 Jun 2013 06:00 AM PDT KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdulah menyokong usaha dilakukan pihak tertentu yang mahu kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula. "Sejak dahulu pun, kita minta supaya keadilan diberikan. "Walau pun sudah dibicarakan pegawai polis tertentu itu, tetapi kita tidak tahu apa motif pembunuhan itu dan siapa sebenarnya yang berada di belakang," ujar Nik Amar. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi. "Jadi sebab itu saya menyokong usaha-usaha untuk 'membongkar' perkara ini dan memberikan keadilan kepada Altantuya dan keluarga dia. Mengulas isu ditimbulkan deligasi Mongolia pada Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur baru-baru ini yang menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri Altantuya Shaariibuu di Malaysia seperti disuarakan Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg baru-baru ini, Timbalan Menteri Besar mendakwa langkah itu memang wajar. "Tindakan itu wajar dan berharap kerajaan menanganinya dengan baik," ujarnya. |
PSM TIDAK MELUKUT DAN KEMARUK HENDAK SERTAI PAKATAN RAKYAT Posted: 14 Jun 2013 04:00 AM PDT Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata partinya "tidak melukut" untuk menyertai Pakatan Rakyat sekalipun memohon untuk menyertai gabungan itu sebelum pilihan raya. Katanya, kongres parti itu selepas pilihan raya umum 2008 memutuskan supaya PSM mengadakan kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang kemudiannya, beberapa pemimpin gabungan itu "meminta, mengalu-alu dan mengajak" mereka menyertai Pakatan Rakyat. Sehinggakan, katanya, timbul persoalan di kalangan akar umbi Pakatan mengenai keikhlasan PSM dan ada yang melihat parti itu seolah-olah "terlalu angkuh" untuk menyertai pakatan itu. "Bila kita bincang balik dalam kongres (selepas itu), banyak pandangan. Pandangan umum ahli-ahli PSM, adalah bahawa kita dengar sentimen rakyat. Kalau sentimen parti mungkin lain. "Sentimen rakyat, mereka mahu lihat satu pasukan lawan Barisan Nasional. Dan mereka mahu PSM bersama Pakatan Rakyat. "Sebab itu dalam surat kita kepada Pakatan Rakyat, kita dengan jelas menyatakan supaya Pakatan menilai opsyen-opsyen ini. Kita sedia mendengar tetapi pada masa yang sama kita hendak bincang masak-masak," katanya dalam wawancara Malaysiakini kelmarin. Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai tanggapan pelbagai pihaknya yang mendakwa PSM "terhegeh-hegeh" untuk menyertai Pakatan Rakyat. |
BN PERAK BEREBUT SPEAKER...PAMPASAN POLITIK IH IH..INI MEDAN BALAK Posted: 14 Jun 2013 03:00 AM PDT Isu ugutan oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel apabila Umno ingin merampas kembali kerusi speaker Dun Perak yang sebelum ini milik MIC telah membuka pekung pergolakan dalaman BN di Perak. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien berkata, pada hakikatnya, BN Perak kini hanya tinggal Umno sahaja setelah MCA gagal memenangi sebarang kerusi manakala MIC hanya menang satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah meminggirkan diri dalam kerajaan. Menurutnya, masyarakat bukan Melayu sudah menolak BN pada pilihanraya yang lepas ditambah lagi dengan ketiadaan sokongan parti komponen BN yang lain terhadap Umno yang mementingkan diri sendiri sahaja telah membuktikan lagi penolakan ini. Jelas beliau, perkara ini telah menggambarkan kegagalan Umno untuk menyatu padukan masyarakat pelbagai kaum seperti slogan yang dimomokkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Umno ternyata telah memecah belahkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum ketika ini disebabkan sifat tidak adilnya apabila hanya mementingkan diri sendiri. "Kerajaan BN Perak juga dilihat cuba tidak memberi keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat Perak dalam hal ini melalui perkongsian kuasa yang sekata melibatkan semua kaum," katanya kepada Harakahdaily. Adun Titi Serong itu menjelaskan, hal ini membuktikan Pakatan Rakyat sahaja yang boleh diyakini bagi menyatupadukan semua kaum dan menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang boleh dipercayai semua kaum. "PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan dan menjadi tunjang orang Melayu dalam era politk baru ini tanpa memingirkan hak-hak kaum lain," tegasnya. |
BRLUM ADA PADANG UNTUK BLACKOUT 2206: TAKUT KEJALAN RAYA SAHAJA JADINYA Posted: 14 Jun 2013 01:00 AM PDT Penganjur perhimpunan Black505 dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini masih gagal mencapai kata sepakat berhubung lokasi penganjuran himpunan tersebut pada 22 Jun ini yang mahu diadakan Padang Merbok. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib pagi ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata buat masa ini penganjur kekal "status quo" untuk mengadakan himpunan itu di padang tersebut sekalipun DBKL tidak membenarkannya. Dalam pertemuan lebih sejam itu bermula 8.15 pagi, Rafizi berkata perbincangan turut berkisar mengenai tawaran DBKL sebelum ini supaya mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka atau Stadium Titiwangsa. Bagaimanapun, Rafizi berkata pihaknya tidak mempunyai mandat membuat keputusan dan akan berbincang perkara itu dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dan NGO berhubung perkara itu. Beliau yang juga ahli parlimen Pandan sebaliknya menegaskan "tidak mengharapkan banyak perubahan akan berlaku". "Setakat ini tidak ada perubahan (lokasi). Pertemuan hari ini berjalan dengan baik dan mesra tetapi keputusan kedua-dua pihak adalah sama pada asal. "Kita mahu berhimpun di Padang Merbok. Sebagaimana dengan DBKL tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa permohonan itu ditolak dan minta kita memindahkannya ke Stadium Merdeka. "Saya tidak nampak ada perubahan. Kita telah bincang mengenai Stadium Merdeka pada peringkat awal... Masih status quo. Kita akan update. Tapi saya tidak mengharapkan banyak perubahan," kata Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan. Turut hadir dalam perbincangan itu Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fung Kui Lun serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad. Semalam, Ahmad Phesal meminta PKR menerima hakikat bahawa padang itu ditempah oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun lalu dan mereka memerlukannya bermula dari 22 Jun bagi persiapan acara larian yang dianjurkan oleh mereka. Ia sekaligus menolak dakwaan PKR bahawa MOM tidak menggunakan Padang Merbok pada tarikh tersebut. Dalam pertemuan itu juga, Rafizi menjelaskan bahawa pihak berkuasa tempatan itu "tidak ada asas kukuh" untuk menolak perhimpunan yang diadakan di kawasan terbuka selagi ia boleh dipastikan berjalan dengan lancar. "Padang Merbok terbuka kepada rakyat dan tempahannya mudah, siapa sahaja boleh buat tempahan. Tetapi tiba-tiba dengan hanya acara ini, Padang Merbok menjadi eksklusif... "Jika terus menerus menerima hanya perhimpunan aman hanya dalam kawasan tertutup sahaja boleh dibenarkan, itu bertentangan dengan hak yang telah diperakui dalam Akta Perhimpunan Aman. "Memang kita nak berhimpun di padang. Ditengah bandaraya, tidak ada padang, yang hanya ada di Padang Merbok," katanya sambil menegaskan pihaknya "berkompromi untuk tidak pergi dekat dengan Dataran Merdeka". |
PERJUMPAAN ANWAR DAN NAJIB...RAHASIA DALAM RAHASIA.. Posted: 13 Jun 2013 11:36 PM PDT |
DEMO JALANAN SARANA TERAKHIR REFORMASI Posted: 13 Jun 2013 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 telah mengakui protes jalanan mungkin hanya cara yang tinggal untuk memperjuangkan reformasi pilihan raya sekiranya kempen mereka untuk membersihkan sistem pilihan raya melalui saluran undang-undang menemui kegagalan. Pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) mengatakan bagaimanapun, kumpulan itu akan menggunakan "Tribunal Rakyat" sebagai platform untuk "meneliti" tuduhan penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya 2013 dimana hasil penemuannya akan menjadi asas sokongan kepada kerja reformasi pilihan raya mereka. "Kita akan jalankan tribunal terlebih dahulu," katanya kepada The Malaysian Insider. "Bergantung kepada hasilnya, kita akan desak reformasi yang relevan. Jika itu gagal, mungkin protes adalah pilihan yang tinggal." Ambiga sebelum ini mengatakan "tribunal rakyat" akan bertindak sebagai "kuasa moral" untuk menyiasat secara terbuka pendedahan penipuan didakwa dalam pilihan raya umum 5 Mei. Tribunal ini dan penemuannya juga akan menyokong desakan peletakan jawatan barisan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dituduh berat sebelah. Bersih dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menjadikan ini sebagai syarat utama untuk perbincangan bilateral mengenai reformasi pilihan raya. Akan tetapi pentadbiran Najib menegaskan SPR adalah bebas dan ini dilihat sebagai tidak bersetuju dengan syarat diberikan. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengatakan, suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada desakan tersebut. Kebuntuan itu juga boleh memaksa Bersih dan pembangkang untuk menggunakan demonstrasi jalanan sebagai jalan akhir. "Perlawanan kami untuk reformasi pilihan raya akan berterusan. Tribunal Rakyat kami akan diteruskan," kata Ambiga. Bersih telah mengadakan tiga protes besar-besaran. Tindakan keras terhadap demonstrasi, terutamanya terhadap perhimpunan ketiga, mengundang kutukan dalam dan luar negara kepada pentadbiran Najib yang kemudiannya menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk melihat tentang reformasi pilihan raya. Walaupun langkah itu memberikan harapan untuk dialog konstruktif mengenai reformasi pilihan raya, kegagalan Putrajaya untuk melaksanakan sebahagian besar cadangan dibuat oleh jawatankuasa itu menyebabkan Bersih dan pembangkang memperbaharui perlawanan untuk membersihkan sistem pilihan raya. Kempen itu semakin intensif selepas SPR dituduh melakukan penipuan pada pilihan raya 5 Mei untuk memastikan kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN). Menurut Ambiga, SPR telah gagal untuk mempertahankan diri mereka dan menerangkan mengenai penyelewengan besar-besaran didedahkan dalam perlawanan sengit Pilihan Raya 2013 termasuk kegagalan mentadbir sistem dakwat kekal untuk menghalang pengundian berulang dan tiada tindakan terhadap integriti tercemar daftar pemilih. "Setakat yang saya tahu SPR tidak menikmati keyakinan orang ramai. Mereka telah gagal untuk bertindak secara bebas dan gagal dalam melaksanakan proses dakwat kekal secara berkesan. "Kepentingan proses itu tidak boleh dipandang rendah. Ia adalah cadangan PSC dan diperkenalkan untuk menggelakkan pengundian berulang," katanya. Pembangkang telah memfailkan lebih 30 petisyen untuk mencabar sesetengah daripada keputusan pilihan raya. Mereka juga memfailkan saman sivil dalam percubaan untuk menyingkirkan barisan kepimpinan SPR dan mengelakkan mereka daripada melakukan persempadanan kawasan pilihan raya akhir tahun ini. Kawasan pilihan raya tidak seimbang dan persempadanan semula berat sebelah dilihat sebagai faktor menyebabkan dominasi BN dan gabungan pemerintah itu turut dilihat sentiasa mendapat keuntungan setiap kali aktiviti itu dijalankan, kata ahli akademik. "SPR tidak seharusnya dibenarkan untuk melakukan aktiviti persempadanan semula. "Mereka mencadangkan untuk dilakukan terhadap daftar pemilih sedia ada yang perlu dibersihkan secara serius. Mereka telah setakat ini menunjukkan tiada kecenderungan untuk melakukan itu," kata Ambiga |
DR MAHADHIR DESA KERAJAAN BERTINDAK KERAS TERHADAP PAKATAN RAKYAT?AWAS!!1 Posted: 13 Jun 2013 07:00 PM PDT Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara. "Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibunegara semalam. Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lepas. "Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya. LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana. Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara. Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia. "Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya. Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI). "Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - Bernama |
EMPAT WATAK PRU 13 HILANGKAN DIRI? Posted: 13 Jun 2013 05:00 PM PDT coba anda sebutkan: RPK dimana suaranya,.. ibrahim katak perkasa dimana.. hassan ali jati dimana.. 101% DIMANA.. CER HANG SEMUA SEBUT DIMANA SEMUA MEREKA NI..SILA TANBAH LAGI YG TAK TESEBUT ER... |
Posted: 13 Jun 2013 01:30 PM PDT Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib menolak dakwaan PKR bahawa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun ini kerana mereka menempah Dataran Merdeka untuk digunakan pada tarikh itu. Menurutnya, beliau menerima surat MOM pada Disember lalu yang memohon untuk menggunakan Padang Merbok pada 23 Jun ini, dan MOM memerlukan padang itu bermula dari 22 Jun persiapan acara mereka. "Mereka perlu terima realiti bahawa padang itu telah ditempah. "Saya ada surat permohonan pada Disember tahun lepas dari Majlis Olimpik Malaysia untuk menggunakan padang bagi menjalankan aktiviti mereka. "Saya pun dah keluarkan surat (kelulusan). Saya tak tahu macam mana dikatakan acara hendak diadakan di Dataran Merdeka sedangkan surat jelas kata Padang Merbok," katanya pada sidang media petang ini. Tambahnya lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah meluluskan permohonan penggunaan Padang Merbok kepada MOM. "Surat kelulusan yang kita bagi (kepada Majlis Olimpik) untuk (guna) Padang Merbok," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian dan pelancaran Pusat Menunggang Kuda bagi Orang Kelainan Upaya Kuala Lumpur, petang tadi. Pengarah Strategi PKR Rafizi Rafizi sebelum ini berkata, semakannya di laman web berkaitan mendapati Padang Merbok tidak terlibat untuk acara larian seperti didakwa. .. BERPERASANGKA BAIK SAHAJALA... BIAR TENANG HATI.. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan