Rabu, 12 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ADIK NAJIB TAMBAH MASALAH UMNO ?

Posted: 12 Jun 2013 08:30 AM PDT

Sokongan terbuka adik perdana menteri terhadap Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, yang mengkritik akhbar Utusan Malaysia "menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno", kata mantan menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Menulis dalam ruangannya dalam Utusan Malaysia hari ini, Zainuddin berkata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak gagal memahami "krisis keyakinan" yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Isnin lalu, Nazir mempertahankan Azran dan memuji sifat terus terangnya terhadap pendirian editorial Utusan dan NGO pendesak Melayu, PERKASA.

NONEBangkit mempertahankan Utusan, Zam (kiri) berkata Nazir tidak faham bahawa Umno tidak akan dapat mengekalkan sokongan Melayu sewaktu pilihan raya lalu jika Utusan tidak "memerangi anasir-anasir yang menghakiskan keyakinan kepada kerajaan".

"Barangkali Nazir memikirkan tanpa Utusan Malaysia menyerang balas terhadap sikap melampau orang Cina, maka BN akan mendapat sokongan orang Cina.

"Sebenarnya Nazir menambah masalah yang dihadapi Najib dan Umno," tulis beliau.

'Anarkis korporat'
Beliau turut menyifatkan sokongan Nazir terhadap Azran sebagai pengiktirafan kepada "sikap anarkis CEO korporat dan syarikat besar".

azlan"Dalam perkembangan kapitalisme Barat, korporat gergasi dan syarikat-syarikat perniagaan besar semakin berleluasa, malah melebihi kuasa kerajaan dan mengancam kebebasan media atau memperalatkan media dengan kuasa wang mereka.

"Inilah kuasa yang tidak kelihatan kepada orang ramai, sebaliknya rakyat hanya nampak kuasa kerajaan yang menekan kebebasan media khususnya akhbar," tulisnya.

Beliau turut mendakwa akhbar itu dan beberapa harian lain tahu banyak hal negatif tentang AirAsia tetapi memilih untuk menyembunyikannya demi kepentingan iklan tetapi, "ia tidak cukup kepada Azran".

"Beliau merasakan bahawa untuk Utusan mendapat iklan daripada AirAsia maka perlulah Utusan mengikuti kecenderungan sosial dan politiknya.

'Maka tekanan kewangan dan politik perlu dikenakan ke atas Utusan," tulis Zam lagi.

APA RUGINYA PULAU ANGKAT SUMPAH PARLIMENT?..BACA DULU

Posted: 12 Jun 2013 06:00 AM PDT

Memulaukan majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen tidak menghilangkan jawatan anggota Parlimen, tetapi mereka hanya akan terlepas peluang memilih speaker Dewan Rakyat, jelas gabungan NGO "Suara Rakyat 505".

Kumpulan yang mendakwa berlakunya penipuan besar-besaran dalam pilihan raya umum lalu juga menegaskan, jika semua anggota parlimen Pakatan Rakyat hadir pun, BN hanya memerlukan majoriti mudah untuk melantik speaker.

"Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua anggota Parlimen Pakatan hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu," menurut soalan lazim yang dikeluarkan gabungan itu hari ini.

Berikut senarai soalan lazim yang diedarkan mereka bagi menjawab tujuh persoalan berhubung saranan pemulauan majlis angkat sumpah yang dibuat mereka sebelum ini.

Apakah tuntutan Suara Rakyat 505 kepada ahli-ahli Parlimen?

Suara Rakyat 505 menuntut ahli-ahli parlimen Pakatan untuk boikot/t idak menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun 2013.

Kenapa?

Pertama sekali, ia selari dengan kenyataan Pakatan. Pakatan telah menyebut sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu kerana berlaku banyak penipuan. Dalam masa yang sama, lebih dari 35 kerusi yang telah dipetisyenkan . BERSIH juga tidak mengiktiraf BN sebagai kerajaan.

Kedua, untuk menarik perhatian media antarabangsa terhadap Malaysia. Upacara angkat sumpah selalu diberi perhatian meluas oleh media antarabangsa. Kita memerlukan liputan media ini untuk melawan arus media yang bias dan mengingatkan rakyat tentang penipuan pilihan raya.

Juga boleh baca kenyataan ini: PENJELASAN: DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Adakah MP yang memboikot upacara angkat sumpah akan hilang jawatan mereka sebagai wakil rakyat?

Tidak. Sememangnya tidak. Artikel 59, Klausa 2 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa , ahli-ahli parlimen mempunyai masa sehingga enam bulan untuk mengangkat sumpah sebelum kerusinya diisytiharkan kosong.

Parlimen standing order juga menuntut speaker untuk membantu MP mengangkat sumpah secepat mungkin jika mereka tidak menghadiri sesi pertama. Asasnya, jika mereka tidak hadir pada hari tersebut, hari seterusnya mereka masih boleh dibantu speaker untuk mengangkat sumpah.

Pada 11 Jun 2013, Naib Presiden PKR Surendran pernah menjelaskan perkara ini.

Apakah yang akan terjadi kepada anggota Parlimen Pakatan yang menyertai boikot?

Mereka akan terlepas dalam memilih speaker Dewan. Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua anggota Parlimen Pakatan PR hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu.

Tidakkah BN akan mencuba meluluskan apa-apa sahaja undang-undang dengan ketiadaan anggota Parlimen Pakatan?

Ada sesetengah undang-undang yang hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, dan ada yang memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan.

Untuk undang-undang dengan majoriti mudah, anggota Parlimen BN boleh meluluskannya tanpa kehadiran anggota Parlimen Pakatan. Untuk undang-undang dengan majoriti dua pertiga , BN tidak boleh meluluskannya dengan ketiadaan anggota Parlimen Pakatan.

Dalam mana-mana situasi, undang-undang baru memerlukan masa berminggu-minggu untuk dibawa ke Parlimen dan didebatkan,dirangka-semula, didebatkan lagi kemudian barulah ia diluluskan. Maka, mustahil bagi Parlimen untuk meluluskan undang-undang dalam masa 24 jam. Jadi perkara ini tidak harus dirisaukan.

Pernahkah ia dibuat sebelum ini?

Ya, perkara ini adalah tindakan wajar yang biasa dilakukan yang mana keputusan pilihan raya tidak diterima sebagai sah.

Sebagai contoh, pada tahun 2008, anggota Parlimen Mongolia memboikot sesi pertama Parlimen kerana mereka menganggap pilihan raya dipenuhi banyak penipuan.

Pada tahun 2011, ahli-ahli pembangkang Turki juga boikot upacara angkat sumpah di Parlimen untuk menunjukkan protes terhadap beberapa anggota Parlimen yang dipenjara oleh Erdogan, yang kini berdepan dengan protes besar-besaran.

Ada banyak lagi contoh seperti di Sudan, Ghana, Fiji dan India.

Dan dalam negara-negara ini, anggota Parlimen tidak kehilangan kerusi mereka?
Tidak. Sememangnya tidak. Inilah demokrasi. Anggota Parlimen berhak untuk memboikot angkat sumpah kerana ini kebebasan meluahkan pendirian mereka. Ia sama seperti rakyat biasa yang memboikot sebarang acara/surat khabar kerana tidak berpuas hati dengannya. Mereka tidak kehilangan kerusi, malah mendapat liputan media secara meluas dalam masa yang sama menidakkan tuntutan kerajaan.

APA HAL PULA LIM GUANG ENG PUJI ADIK NAJI? HA HA

Posted: 12 Jun 2013 03:34 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempertahankan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Nazir Abdul Razak berhubung kenyataannya berkaitan Ketua Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani.

dap special meeting 110313 lim guan eng"Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar," kata Lim (kanan) dalam sidang media hari ini.

"Kami harap abangnya boleh seberani Nazir," kata Lim yang mengaku membaca laporan Utusan Malaysia semalam yang mengkritik Nazir sebagai "anti-Melayu".

"Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak," kata Lim.

Nazir merupakan adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Azran sebelum ini dikritik Utusan dan NGO Melayu ekoran tweet beliau yang menggelar harian itu sebagai "rasis" apabila memuatkan artikel berjudul "Apa Lagi Cina Mahu".

USTAZ AZHAR IDRUS DAN NERAKANYA BAKAL DISALAHKAN JIKA PETISYEN KALAH:BERGAMBAR

Posted: 12 Jun 2013 01:05 AM PDT

Pengaruh tidak wajar" dua pendakwah menjadi faktor BN Kelantan memfailkan lima petisyen membantah keputusan pilihan raya di Kelantan.

Lima petisyen itu melibatkan kerusi parlimen Bachok, dan dewan undangan negeri Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manik Urai dan difailkan menerusi Tetuan Mohd Ilyas and Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam.

Peguam BN, Nor Azli Ahamed mendakwa PAS menggunakan poster dengan wajah dua pendakwah terkenal, Azhar Idrus dan Zahazan Muhammad dalam kempen pilihan raya mereka yang lalu bagi menarik pengundi.

"Antara penggunaan bahan kempen salah itu boleh dilihat di seluruh Kelantan seperti papan tanda memaparkan gambar Ustaz Azhar Idrus dengan kata-kata yang mempengaruhi dari segi kerohanian dan agama.

"Ini ialah satu kesalahan mengikut Akta Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 9, iaitu pengaruh tidak wajar," katanya seperti dilaporkanSinar Harian.

Menurut Azli, PAS menggunakan poster dengan wajah Azhar Idrus dengan tulisan "haram menjatuhkan kerajaan Islam".

BN dilaporkan akhbar sama akan turut memfokus kepada dakwaan sogokan wang dan 2,000 rumah yang dijanjikan calon PAS dan wakilnya sebagai alasan utama untuk mahkamah mengeluarkan perintah membatalkan kemenangan.

BN sebelum ini mengumumkan telah memfailkan 21 petisyen pilihan raya dan Pakatan Rakyat pula memaklumkan akan memfailkan 36 petisyen.

Jumlah tersebut menjadikan pilihan raya lalu sebagai pilihan raya dengan paling banyak petisyen difailkan

ALTANTUYA DAN TANGAN TANGAN GAIBNYA?

Posted: 11 Jun 2013 10:45 PM PDT

Wanita PKR menuntut Menteri pembangunan wanita Datuk Rohani Abdul Karim menjelaskan maksudnya apabila berkata kes kematian warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu sudah ditangani.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin mendakwa, seperti semua orang tahu, pihak yang terlibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Najib sudah beberapa itu kali menafikan dakwaan itu sebelum ini.

Dalam sidang media hari ini, Zuraida turut mendakwa, Rohani sebenarnya mengetepikan kebimbangan delegasi Mongolia yang ditimbulkan dalam persidangan wanita di Kuala Lumpur minggu lalu.

Rohani semalam enggan mengulas apabila ditanya mengenai memorandum delegasi Mongolia yang menuntut jawapan berhubung kes kematian Altantuya.

Rohani dalam satu sidang media semalam berkata, delegasi Mongolia itu tidak mengemukakan memorandum tersebut kepadanya dan kes itu juga kini telah ditangani.

KENAL NI ORANG...? SPR KENA JAWAB

Posted: 11 Jun 2013 11:00 AM PDT


Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata BN pada mulanya merancang untuk memfailkan 50 petisyen, namun atas faktor ingin menjimatkan masa mahkamah dan mengelak perbelanjaan yang tidak munasabah, jumlah itu dikurangkan kepada hanya 21.

"Setelah mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh pasukan petugas khas undang-undang, maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tengku Adnan berkata BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah dan yakin petisyen yang difailkannya mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.

"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin benteng kerajaan yang dipimpin BN akan kekal untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

PKR, PAS dan DAP memfailkan 25 petisyen kerusi Parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13 mulai Isnin hingga Rabu.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: