Ahad, 30 Jun 2013

.

.


Larangan Terhadap Izzah Ditarik Balik

Posted: 03 Jun 2013 06:11 AM PDT

BERITA TERKINI                                                                                      

Maklumat tidak rasmi menyebut larangan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarikh balik hari. Ia diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib seperti mana dilapor oleh sebuah setesen tv.

Penarikan balik itu sesuatu yang dialu-alukan  dan tindakan positif. Saya percaya ia adalah atas arahan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid. Sehubungan itu juga menurut laporan itu sesiapa juga boleh memasuki negeri di Borneo itu asalkan tidak menimbulkan masalah kepada Sabah.

Minggu lepas Nurul Izzah telah dihalang dari memasuki Sabah atas perintah Ketua Menteri Musa Aman. Izzah sudah berada di lapangan terbang Kota Kinabalu diarah pulang semula ke Kuala Lumpur.

Sehubungan itu Nurul Izzah bercadang untuk mengambil tindakan ke atas larangan itu kerana ia mencabuli perlembagaan negara ini.

Atas kelonggaran yang diberikan itu serta pembentulan demokrasi negara ini, tahniah diucapkan kepada Ahmad Zahid Hamidi. Penarik-balikkan larangan ke atas Nurul Izzah dan juga mana-mana tokoh politik pembangkang itu menggambarkan menteri dalam negeri mahu berdiri atas prinsip undang-undang dan perlembagaan sebenarnya. [wm.kl.9:07 pm 03/06/13]

Tiada ulasan: