. |
- Penahanan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin
- Perhimpunan Black505 Tanpa Permit Berjalan Aman
- Husam Ditahan Polis Sedang Dibawa Ke Kelantan
Penahanan Husam: Satu Penangkapan Terpilih - Tamrin Posted: 22 Jun 2013 10:21 PM PDT ULASAN Anak negarawan yang kini ahli Pas seumur hidup Tamrin Ghafar kesal dengan apa yang berlaku ke atas Naib Presiden Pas yang ditahan polis lewat petang semalam di bawah akta Hasutan 1948. Bagi Tamrin penanahan Husam itu merupakan bukti tindakan penangkapan terpilih dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Dalam percakapan dengan bloger sekejap tadi, Tamrin mempersoalkan kenapa polis begitu cepat, pantas dan rajin bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi seakan memejamkan mata atau buat-buat tidak dengar terhadap kroni kerajaan yang melakukan kesalahan sama. Beliau lantas memberi contoh dan mempersoalkan kenapa, polis tidak menahan dan melokapkan Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali, atau pun Ahmad Zahid Hamidi dan Non Omar walaupun mereka pernah mengeluarkan kata-kata berunsurkan hasutan yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.
Katanya Mahathir semasa berceramah di Gelang Patah Johor pada pilihan raya lalu telah membangkitkan dengan niat orang Melayu benci dan tidak mengundi calon-calon Cina terutama DAP dalam PRU-13 dengan mengatakan kalau DAP menang negara ini akan diperintah oleh Cina. Soal beliau apakah Mahathir ini boleh sewenang-wenangnya boleh cakap dan buat apa saja yang disuaki. "Apakah dia ni termasuk dalam golongan kasta d' untouchble. Apakah darjat Tun ini lebih tinggi dari raja-raja Melayu. Sekurang-kurangnya raja-raja boleh juga diheret ke mahkamah walaupun mahkamah khas yang diwujudkan oleh beliau dulu," katanya. Runggut bekas Exco Pemuda Umno itu kalau inilah kenyataanya, kata beliau elok sajalah campakkan saja perlembagaan dan undang-undang negara ini ke laut. Tekan beliau inikah transformasi Najib? Begitu juga dengan Inchek Ibrahim Ali yang pernah berucap menganjurkan agar kitab Bible dibakar. Kata-kata Ibrahim itu juga merupakan satu hasutan dan boleh menimbulkan perbalahan di kalangan penganut agama di negara ini. "Bagi saya kata-kata Ibrahim itu lebih sadis daripada apa yang Datuk Husam ucapkan. Tetapi kenapa Ibrahim dilepas?" soalnya lagi kesal dan kecewa. Sambungnya cuba bayangkan apa jadi kalau tiba-tiba orang Kristian bangkit menyatakan kemarahan mereka ekoran ucapan Ibtrahim itu, tentu keadaanya tegang. Malang menurutnya polis tidak berbuat apa-apa dan hanya mendiamkan diri tidak mengambil apa-apa tindakan jauh sekali untuk mengheret Ibrahim ke dalam lokap. Usahkan untuk melokap mereka (Mahathir) dalam lokap tetapi memanggil ke balai Polis pun tidak. Bukan Mahathir dan Ibrahim saja, Zahid Hamidi dan Noh Omar juga pernah mengeluarkan kata-kata bersunsur hasutan yang mana katanya dia percaya kalau kata-kata itu keluar dari mulut pemimpin pembangkang mereka akan dilokapkan. Zahid Hamidi kerana berang kepada anak-anak muda dan orang ramai yang memprotes keputusan pilihan raya lalu kerana didakwa berlaku penipuan khasnya mengenai penggunaan dakwat kekal, telah mengeluarkan kata-kata penghinaan meminta rakyat yang memprotes keputusan pilihan raya dan sistem pilihan raya agar nyah dari negara ini. Manakala bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani, Noh Omar pula jelas Tamrin telah meminta mereka agar tinggal dalam hutan.Kata-kata Zahid dan Noh Omar itu merupakan satu penghinaan dan orang yang bercakap seolah tidak tahu membaca perlembagaan negara. Tamrin sendiri yang dilokapkan dan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948 juga mempersoalkan wibawa Menteri Dalam Negeri (KDN) Zahid Hamidi berhubung penahan Husam serta sikap mendiamkan diri terhadap pemimpin kroni kerajaan itu. Katanya apakah Zahid membisu seribu bahasa dan berani bertindak ke atas pemimpin pemabangkang kerana beliau mahu memngambil hati perwakilan Umno? "Kita tahu Umno akan mengadakan perhimpuan dan pemilihan pemimpin hujung tahun. Boleh jadi kerana Zahid hendak jadi hero dia hanya berani bertindak ke atas pemimpin pembangkang tetapi pengecut untuk menyentuh pemimpin kroni kerajaan kerana ingin menang dalam perhimpuann agung Umno?" sinis Tamrin. [putrajaya. 1:20 t/hari 23/06/13] # tanpa edit. | ||||||||||||
Perhimpunan Black505 Tanpa Permit Berjalan Aman Posted: 22 Jun 2013 05:19 AM PDT CATATAN HIMPUNAN BLOCK505 Walaupun perhimpunan Black505 di Padang Merbok petang ini diadakan tanpa permit polis tetapi perhimpunan itu berjalan secara aman dan lancar. Ini menjelaskan perhimpunan tanpa permit terbukti boleh berlangsung dalam kawalan, aman dan tidak timbul apa-apa provokasi.
Apa yang terjadi hari ini juga menafikan provokasi Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamad Salleh yang mengatakan ada maklumat himpunan tadi akan menimbulkan ketegangan adalah tidak benar. Katanya ada pihak yang cuba sengaja menimbulkan huruhara, justeru Mohamad itu melarang orang ramai agar tidak hadir. Mohamad yang membuat kenyataan bersifat provokasi dan bertujuan jahat kepada peserta himpunan dan pengajur itu Black 505 itu seharusnya memohon maaf. Atau kalau tidak.. orang akan beranggapan bahawa risikan yang diterima polis adalah risikan palsu. Orang akan persoalkan macam mana standard polis Malaysia mendapat risikan palsu?
Apa lagi beberapa himpunan sama telah pun diadakan sebelum ini, di Ibu Kota sendiri di Petaling Jaya dan Shah Alam di mana jumlah kehadiranya empat atau lima kali ganda dengan kehadiran petang ini. Mesej himpunan berkenaan untuk mendesak Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar serta lima yang lain meletak jawatan sudah pun sampai. Banyak sepanduk atau kain rentang yang dibawa oleh peserta himpunan mengutuk dan mencela Aziz dan Wan Omar. Apa yang berlaku ke atas kedua orang kuat SPR itu adalah pertama kali di mana tidak pernah berlaku sebelum ini di mana Pengerusi dan timbalannya dikecam dan dikata huduh 'begitu ma lalu.' Sekiranya mereka mempunyai 'muka genap' sudah tentu mereka akan menyahut cabaran rakyat agar berundur. Apakah mereka akan dengar jeritan rakyat di Padang Merbok tadi? Aziz dan Wan Omar tidak akan berbuat demikian kerana mereka sudah ada dendam. [wm.kl.8:09 pm 22/06/13] | ||||||||||||
Husam Ditahan Polis Sedang Dibawa Ke Kelantan Posted: 22 Jun 2013 03:28 AM PDT TERKINI Naib Presiden Pas, Husam Musa yang ditahan polis di Pandan jam 4:00 petang tadi kemudian ditahan di Balai Polis Ampang kini sedang dibawa polis ke Kota Bharu Kelantan kemungkinan untuk dihadap ke mahkamah di Kota Bharu esok. Menurut maklumat Husam dibawa dengan kereta polis berlepas dari Ampang baru sekejap tadi. Beliau ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran ucapan beliau pada perhimpunan di Ketereh minggu lepas. Husam yang sepatutnya berucap di perhimpunan Black505 di Padang Merbok tengah hari ini tidak sempat berbuat demikian. Ketiadaan Husam di perhimpunan tadi menjadi tanda tanya kerana beliau dikatakan antara pemidato utama. Ramai anak-anak muda yang menjadi penyokong dan peminatnya bertanya sesama sendiri kerana tiada kelibat Husam. Husam juga baru pulang dari lawatan ke beberapa buah negeri di Timur Tengah termasuk Jordan. Penagkapan Husam hari ini mengejutkan kerana tidak ada apa-apa desas desus yang Husam dikehendaki polis. Justeru Husam beranggapan penahanan beliau itu sebagai menghalang beliau untuk ke Padang Merbok. [wm.kl.6:25 pm 06/22/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan