. |
Kehadiran Husam Mengubat Rindu Posted: 12 Jun 2013 09:17 PM PDT LAPORAN LEWAT Sejak tidak dilantik menganggotai barisan kabinet Kelantan yang dibentuk dalam tempoh tidak sampai 60 jam selepas pilihan raya umum lalu, malam tadi Husam Musa telah muncul dalam majlis orang ramai apabila beliau hadir dalam majlis Himpunan Black505 yang diadakan di Ketereh, Kota Bharu Kelantan.
Husam tiba setelah kira-kira 10 minit ketibaan Menteri Besar Ahmad Yaaob bersama Nasaruddin Daud dan lima minit kemudian diikuti ketibaan Anwar Ibrahim yang juga berpakaian serba hitam. Ketibaan Husam menjadi perhatian umum kerana sejak selepas pilihan raya lalu malam tadilah beliau muncul dalam majlis orang ramai di Kelantan. Beberapa majlis yang diadakan sebelum ini tidak kelihatan wajah Husam kerana beliau berada di luar negara ini menjadi para penyokong tertanya-tanya dan merinduinya. Ketibaan Husam juga dinanti-nanti dan ada yang menyangka beliau tidak akan tiba kerana Husam baru saja sampai dari luar negara. Sebaik saja beliau masuk ke padang majlis Bandaran Ketereh, para penyokong khasnya anak-anak muda yang meminati Husam berkerumum dan berebut-tebut untuk bersamaan dan bertanya khabar dengannya. Ada juga yang berpelukan erat dengan Husam dan ada yang mengesat air mata tatkala melihat Husam berjalan masuk. Husam yang baru balik dari mengerjakan Umrah dan lawatan ke Turki bersama keluarga kelihatan ceria dan tersenyum menyambut sapaan salam dan huran tangan orang ramai seperti tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas dirinya. Penamplikan Husam tanpa memegang jawatan Exco kelihatan lebih menyenangkannya dan seakan beliau boleh bergerak lebih bebas dan mempunyai masa yang banyak untuk bersama rakyat serta membangunkan parti. Sokongan orang ramai pula menjadikan beliau tidak kesepian walaupun dinafikan untuk berkhidmat kepada rakyat menerusi jawatan. Khabarnya sejak tidak sibuk dengan urusan kerajaan, beliau kini mendapat berbagai undangan dari berbagai pihak termasuk menyampaikan ucapan di universiti di luar negera serta berjumpa dengan rakan dialog perniagaan. Dalam masa terdekat katanya Husam akan berlepas ke Libya untuk menghadiri satu undangan persidangan berhubung diner emas dan beliau juga khabarnya dijemput oleh sebuah badan di London untuk menyampaikan ucapan berhubung masa depan dan peralihan politik Malaysia. Ternyata kehadiran Husam malam tadi sedikit sebanyak dapat mengubat hati para penyokong dan anak-anaknya muda yang tertarik dengan gaya kepimpinan dan idea-idea beliau berhubung dengan pembangunan negara dan politik. Dalam pada itu Himpunan Black505 malam tadi dihadiri lebih 30,000 orang. Lebih 60 yang hadiri terdiri dari golongan muda yang mengenakan baju T berwarna hitam. Himpunan itu anjuran gabungan 30 NGO yang membantah keputusan pilihan raya ke-13. [wm.kl.12:08 pm13/06/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan